ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

11

Click here to load reader

Transcript of ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

Page 1: ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

Pengenalan

ECG222 Tugasan

School of Education and Cognitive Science

ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

Panduan ini menerangkan dengan terperinci Tugasan untuk kursus ini. Tujuan panduan ini ialah untuk memastikan bahawa semua pelajar serta Fasilitator Akademik

Tugasan

1

Page 2: ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

Plagiarisme

ECG222 Tugasan

mempunyai maklumat yang sama tentang apa yang dikehendaki. Tugasan ini merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kurusus ini.

Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi; iaitu kebolehan anda mengaplikasai prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.

Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan Fasilitator Akademik menilai hasil kerja anda.

Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifk yang menjawab secara sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan kepada idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak terpengaruh dengan pegangan sendiri (kecuali tajuk menggalakkan penulis memberi pandangan atau merupakan sesuatu refleksi peribadi), gunakan data yang diperolehi untuk menyokong sesuatu soalan atau hipotesis.

Secara ringkas sesuatu Penulisan Akademik mempunyai ciri-ciri berikut: Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur

yang jelas. Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian. Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti. Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu. Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada

kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

Apa itu PLAGIARISME?Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar. Selaras dengan Seksyen 14.0 Academic Offence, dalam Buku Panduan Peraturan Universiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaa orang lain yang bermaksud seperti berikut:

Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwah bahawa ia adalah hasil ciptaan sendiri.

Penulisan Akademik

2

Page 3: ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

ECG222 Tugasan

Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber,

Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk gambaraj, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya.

Penyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih kursus.

Bagaimana saya boleh elak daripada PLAGIARISME?

Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik mempunyai rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan.

Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinayatakan dalam kurungan.

Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat segala rujukan.

Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang anda boleh gunakan tanpa hak cipta.

c) Rujukan Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan diakhir tugasan anda di bawah seksyen RUJUKAN. Berikut ini ialah kaedah membuat Rujukan.

Daripada JurnalDuFour, R. (2002). The learning-centred principal: Educational Leadership, 59(8). 12-15.

Daripada Online JurnalEvnine, S. J. (2001). The universality of logic: On the connectionbetween rationality and logical ability [Versi Elektronik].Mind, 110, 335-367.

Dariapada Halaman Web atau Halaman SesawangNational Park Service. (2003, February  11). Abraham LincolnBirthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003,from http://www.nps.gov/abli/

Daripada BukuNaisbitt, J. and Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London: Pan Books.

3

Page 4: ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

TUGASAN

ECG222 Tugasan

Dariapda Bab dalam BukuNickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J. Sternberg (Eds),  Teaching thinking skills: Theory and practice. New York: W.H. Freeman and Company. 27-37.

Daripada AkhbarHolden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82: Matchless stylist of pop. The New York Times, pp. A1,A22-A23.

Tarikh Penyerahan: Tutorial 3Pemberatan: 35%

Pemikiran Kanak-Kanak Praoperasi dan Konkrit

Tujuan: Tugasan ini bertujuan untuk membolehkan anda membuktikan perbazaan pemikiran kanak-kanak pada tahap praoperasi dan tahap konkrit dengan menggunakan tiga jenis ‘tugas konservasi’.

Baca Bab 3: Perkembangan Kognitif – Piaget & Vygotsky Tonton klip-klip video untuk membantu anda dalam Tugasan ini

Ingat: Anda bukan main silap mata atau cuba mengajar kanak-kanak tentang ‘konservasi’. Tujuan anda ialah untuk memerhati dan merekod jawapan kanak-kanak berkenaan tugas-tugas yang diberikan.

Kaedah: a) Kenal pasti DUA kanak-kanak –

seorang berumur kira-kira 5 tahun dan seorang lagi berumur 7 hingga 8 tahun.

b) Dengan menggunakan tugas-tugas konservasi Piaget, tadbirkan TIGA tugas kepada setiap kanak-kanak yang dipilih.

4

Page 5: ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

ECG222 Tugasan

c) Bandingkian respon kanak-kanak berumur 5 tahun dengan respon kanak-kanak berumur 7-8 tahun bagi setiap tiga tugas.

d) Rekod setiap jawapan kanak-kanak (gunakan iPad anda untuk merekod sama ada audio atau video)

e) Anda boleh gunakan apa jua bahasa pun semasa menjalankan eskperimen tersebut (Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin atau Tamil)

f) Pilih satu tempat yang senyap, meja dan kerusi untuk menyusun bahan-bahan dan menjalankan eksperimen anda. Ikut penyusunan meja seperti di Rajah 1.

g) JANGAN SEBUT, “Ini adalah Ujian”h) SETIAP ‘TUGAS’ HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN SEORANG KANAK-

KANAK BERUMUR 5 TAHUN DAN DIULANG DENGAN SEORANG KANAK-KANAK BERUMUR 7-8 TAHUN.

i) Anda boleh gunakan kanak-kanak yang sama atau kanak-kanak berlainan.

Tugas 1: Konservasi Nombor

Bahan: Pilih 14 objek bulat yang sama saiz dan warna seperti duit syling 50 sen,

butang besar, kepingan plastik bulat, kepingan dam dan sebagainya. Bahagikan 14 objek itu kepada DUA set yang terdiri daripada 7 objek.

Kaedah: Langkah 1: Susun 7 objek sebagai satu barisan dan 7 objek sebagai barisan kedua

dihadapan subjek seperti Rajah 1. Tanya subjek sama ada kedua-dua barisan itu mempunyai objek yang

sama banyak (perkataan yang penting ialah “banyak”) Tunggu sehingga subjek bersetuju yang kedua-dua baris itu

mempunyai objek sama banyak. o Tanya subjek mengapa dia mengatakan objek-objek dalam

kedua-dua barisan itu “sama banyak”.

Subjek Subjek

5

Page 6: ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

ECG222 Tugasan

Rajah 1 Rajah 2

Langkah 2: Kemudian susun objek-objek dalam satu baris berjarak jauh seperti di Rajah 2

dihadapan subjek. Tanya subjek jika objek-objek dalam kedua-dua baris sama banyak atau satu

baris mempunyai lebih banyak objek. [perkataan penting ialah lebih banyak].

Rekod segala yang disebut subject serta pemerhatian anda.

Tugas 2: Konservasi Cecair Bahan:

Anda memerlukan 2 gelas yang sama saiz & bentuk dan 1 gelas yang bercorong panjang.Kaedah:

Isikan kedua gelas yang sama saiz dengan air. Pastikan air dalam kedua-dua gelas itu sama banyak. – Lihat Rajah 3(a)

Tanya subjek sama ada air dalam dua gelas tersebut adalah sama banyak.

Betulkan isi padu dalam gelas-gelas berkenaan sehingga subjek bersetuju bahawa air dalam kedua-dua gelas itu sama banyak.

Selepas itu, ambil satu gelas dan tuangkannya kedalam gelas yang bercorong panjang – Lihat Rajah 3(b)

Kemudian, tanya subjek sama ada air dalam kedua-dua gelas yang berlainan bentuk itu sama banyak atau satu gelas mempunyai lebih banyak air – Lihat Rajah 3(c).

Jika subjek menjawab ‘tidak sama’, minta subjek nyatakan gelas manakah yang mempunyai air yang banyak.

Minta subjek memberi penjelasan mengapa gelas yang bercorong panjang mempunyai lebih banyak air.

Rekod segala yang disebut oleh subjek dan perhatikan tingkahlaku subjek.

O O O O O O O

O O O O O O O

O O O O O O O

O O O O O O O

PenyelidikPenyelidik

6

Page 7: ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

ECG222 Tugasan

Rajah 3

Tugas 2: Konservasi JisimBahan:

Anda memerlukan sekelompok tanah liat, plastisin atau lain-lainKaedah:

Bentukkan tanah liat atau plastisin menjadi 2 bentuk bola yang sama saiz

Tanya subjek sama ada kedua-dua bentuk bola itu sama. Kemudian, ambil satu bentuk bola dan menjadikanya leper Tanya subjek, manakah yang lebih banyk – yang bentuk bola atau

yang bentuk leper Rekod jawapan subjek.

Format of the Report

a) Pengenalan: - 5 markah – [2 halaman] Keterangan ringkas tentang kanak-kanak yang terlibat dalam kajian – unur

yang tepat, jantina, kelayakan tertinggi bapa, kelayakan tertinggi ibu Teori Piaget – tahap praoperasi dan tahap konrit Matlamat Kajian: Contohnya, anda ingin tah, “Adakah terdapat perbezaan di

antara ...............”

b) Pengumpulan dan Analisis Data – 17 markah – [12 halaman – termasuk gambar]

• Jelaskan ap yang anda lakukan• Rekod perbualan di antara anda dengan subjek (kanak-kanak)• Contoh:

o Penyelidik: “Perhatian dua gelas ini dan beritahu sama ada........”

o Kanak-Kanak: “Sama banyak”o Penyelidiak: “Sekarang, adakah gelas-gelas ini mempunyai air

yang sama.”o Kanak-Kanak: “Yang ini lebih banyak air”o Penyelidik: “Boleh kamu beritahu mengapa”

• Pastikan anda merekod proses penakulan kanak-kanak yang dikaji. Ambil gambar setiap eksperimen yang jalankan – penyelidik dan kanak-kanak. Gunakan iPad. Kamu juga digalakkan merekod video eksperimen yang dijalankan.

7

Page 8: ECG222.TUGASAN.pertumb.perk.Kanak.jan.2013

ECG222 Tugasan

c) Interpretasi – 7 markah [3 halaman] Contoh:

Adakah terdapat perbezaan di antara pelajar 5 tahun dan pelajar 7 tahu? Mengapa? Apakah anda dapat tafsirkan tentang pemikiran kanak-kanak? Mengapa kanak-kanak berumur 5 tahun tidak berjaya berbanding dengan kanak-

kanak 7 tahun? Apakah tugas-tugas yang sukar bagi kanak-kanak?

d) Kesimpulan – 5 markah [2 halaman]o Sejauh manakah kajian ini menyokong teori Piaget?

Penyerahan Tugasan

Serahkan Tugasan anda kepada MyPLS secara online sebelum atau pada Tutorial ke 3 – 17 Mac, 2013.

Rujuk kepada Panduan Penyerahan Online.

Sila gunakan muka hadapan seperti dilampikan dan jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK.

Format Tugasan

Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)

Gunakan Font New Times Roman, saiz 12

------------oooo------------

8