SINTAKSIS 2013

31
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110) Soalan 3 Anda juga dikehendaki menjelaskan dengan sekurang- kurangnya 6 contoh proses penerbitan ayat dengan menggunakan konsep transformasi generatif. 1.0 Pengenalan Proses penerbitan ayat sebenarnya berasal daripada konsep tatabahasa Transformasi-Generatif, iaitu menukar dan menerbitkan ayat. tatabahasa Transformasi-Generatif merupakan aliran transformasi generatif, iaitu satu aliran mazhab pengkaji bahasa yang telah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Beliau merupakan seorang professor linguistik yang telah menyumbangkan buah fikirannya berkaitan transformasi-generatif di Massachusetts Institute of Technology. Transformasi-generatif yang dikemukakan oleh Chomsky telah diperkenalkan pada tahun 1957 melalui penerbitan sebuah tesisnya yang bertajuk Syntactic Structure. Kemudiannya, teori transformasi-generatif ini telah diperbaiki dan diperluaskan oleh Chomsky dalam bukunya, MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIRPage 1

Transcript of SINTAKSIS 2013

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

Soalan 3Anda juga dikehendaki menjelaskan dengan sekurang-kurangnya 6 contoh proses penerbitan ayat dengan menggunakan konsep transformasi generatif.

1.0 Pengenalan Proses penerbitan ayat sebenarnya berasal daripada konsep tatabahasa Transformasi-Generatif, iaitu menukar dan menerbitkan ayat. tatabahasa Transformasi-Generatif merupakan aliran transformasi generatif, iaitu satu aliran mazhab pengkaji bahasa yang telah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Beliau merupakan seorang professor linguistik yang telah menyumbangkan buah fikirannya berkaitan transformasi-generatif di Massachusetts Institute of Technology. Transformasi-generatif yang dikemukakan oleh Chomsky telah diperkenalkan pada tahun 1957 melalui penerbitan sebuah tesisnya yang bertajuk Syntactic Structure. Kemudiannya, teori transformasi-generatif ini telah diperbaiki dan diperluaskan oleh Chomsky dalam bukunya, Aspect of the Theory of Syntax yang memberi tumpuan pada makna dan ayat.Teori ini berpendapat bahawa setiap ayat yang dihasilkan mengandungi dua peringkat, iaitu struktur dalaman dan struktu permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat inti, manakala struktur permukaan pula ialah struktur yang telah mengalami perubahan daripada struktur dalaman dan juga merupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur. Mengikut hukum transformasi- generatif, struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua rumus tatabahasa.

Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus Transformasi. Rumus Struktur Frasa akan menbentuk ayatpada struktur dalaman, manakala Rumus Transformasi pula akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasildaripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada penerbitan ayat pada peringkat permukaan.

2.0 Proses Penerbitan ayatMenurut Nik Safiah Karim et al. (2008 : 538), penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa Melayu, proses penerbitan ayat melibatkan proses pengguguran, proses penyusunan semula dan proses peluasan.

2.1Proses PengguguranProses pengguguran adalah satu proses transformasi yang berlakupada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur -unsur ataukonstituen tertentu seperti pengguguran subjek, predikat dan sebagainyadaripada binaan ayat asalnya. Proses pengguguran dalam Bahasa Melayu ini mempunyai beberapa istilah lain yang digunakan oleh tokoh-tokoh bahasa. Asmah Haji Omar (1993:369) menggunakan konsep penghilangan bagi proses pengguguran ini. Beliau mendifinisikan penghilangan sebagai proses yang menghilangkan binaan-binaan tertentu daripada pola dasar.Menurut Arbak Othman (1980:77) pula, pengguguran juga disebut sebagai delesi. Abdullah Hassan et al. (2006:114) dan Nik Safiah Karim et al. (2008:538) masing-masing bersetuju bahawa proses pengguguran utama dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran frasa nama sebagai subjek dan pengguguran frasa predikat. Walau bagaimanapun, Nik Safiah Karim et al. (2008:538) berpendapat bahawa ada dua lagi jenis pengguguran utama, iaitu pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.

2.1.1Pengguguran Frasa Nama sebagai SubjekMenurut Nik Safiah Karim et al. (2008:538), Arbak Othman (1980:82) dan Abdullah Hassan et al. (2006:114), proses pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh berlaku dalam ayat perintah yang melibatkan pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua. Walau bagaimanpun, terdapat lagi penambahan proses pengguguran frasa nama sebagai subjek ini. Abdullah Hassan et al. (2006:115) menambah proses pengguguran juga boleh berlaku melalui pengguguran subjek kata ganti nama orang ketiga dan pengguguran frasa nama. Nik Safiah Karim et al. (2008:538) juga ada menambah bahawa subjek yang serupa dalam ayat majmuk boleh digugurkan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa pengguguran frasa nama sebagai subjek terbahagi kepada empat jenis, iaitu pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah, pengguguran subjek kata ganti diri orang ketiga, pengguguran frasa nama dan pengguguran subjek frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk.

i. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Menurut Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, jika terdapatbeberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentitisama, yang diberi tanda I dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk dibawah, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yangdi awal ayat majmuk tersebut.Contohnya :(1a) Ayah pergi kerja dengan muka yang muram. Emak pula asyik termenung.(1b) Ayah dan emak berasa risau.Dalam contoh ayat majmuk di atas, subjek yang serupa telah digugurkan. Subjek ayah pergi kerja telah digugurkan oleh sebab kedua-dua subjek menunjukkan orang yang sama.

ii. Pengguguran frasa Predikat

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, jika terdapat frasapredikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, maka kesemua frasa predikat serupa kecuali yang terakhir bolehdigugurkan berdasarkan contoh ayatdi bawah :-(2a) Aku ingin bertanya ayah dan emak kenapa mereka bersusah mereka bersusah hati?(2b) Aku ingin bertanya, kenapa mereka bersusah hati?

Predikat ayah dan emak dalam ayat (2a) boleh digugurkan kerana ayat (2b) telah membawa maksud yang jelas tanpa kehadiran predikat ayah dan emak.iii. Pengguguran frasa nama

Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:115), frasa nama jugadapat digugurkan sekiranya konteks ayat sudah jelas dan tidak menimbulkan kekaburan pada ayat. Penerangan ini dapat dijelaskan lagi berdasarkan contoh ayat di bawah :-(3a) Ayah dan emak tidak banyak bercakap.(3b) Mereka tidak banyak bercakap.Dalam contoh ayat (3a), ayah dan emak merupakan frasa nama yang mengisi konstituen subjek dalam ayat. Frasa nama ayah dan emak boleh digugurkan seperti dalam ayat (3b) kerana sudah membawa maksud yang jelas dan boleh difahami.

iv. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:540), jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang terdapat pada awal ayat majmuk. Contohnya :-(4a) Ayah risau. Kakak kau nak pindah sekolah. Ayah tak ada duit.(4b) Ayah risau kerana tak ada duit, kakak nak pindah sekolah.Dalam contoh ayat (4a), terdapat subjek frasa nama Ayah yangserupa dalam ayat yang berpotensi untuk bergabung bagi membentukayat majmuk. Jadi, subjek frasa nama ayah dalam ayat kedua yangserupa tersebut boleh digugurkan bagi membentuk ayat majmuk denganmenggunakan kata hubung kerana dalam ayat (4b)

2.1.2Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa RelatifMenurut Nik Safiah Karim et al. (2008:557), frasa nama yangserupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan apabila duaayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yangsatu lagi sebagai frasa relatif. Dalam Bahasa Melayu, proses pengguguran jenis ini boleh berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek dan frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek. Contohnya :-

(13)Aku tak inginkan puji-pujian itu. Aku tak mahu ayah bersusah hati.Aku tak inginkan puji-pujian kerana tidak mahu ayah bersusah hati.3.0KesimpulanProses penerbitan ayat terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada unsur perkataan atau unsur frasa mengalami penambahan pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar (Ahmad Khair Mohd, 2003:147). Terdapat tiga proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengguguran, proses peluasan dan proses penyusunan semula. Pendapat Nik Safiah Karim et al.(2008), Asmah Haji Omar(1993), Abdullah Hassan et al.(2006) dan Arbak Othman (1980)berkaitan proses penerbitan ayat adalah hampir sama,namun agak berbeza dari segi penggunaan istilah dan pembahagiannya. Nik Safiah Karim et al.(2008) dan Abdullah Hassan et al.(2006) sependapat dalam penggunaan istilah pengguguran, penyusunan semula dan peluasan ayat. Asmah Haji Omar (1993) pula menggunakan istilah lain bagi proses pengguguran ayat, iaitu penghilangan. Selain itu, Arbak Othman(1980) pula menggunakan istilah delesi yang berasal daripada delectiondalam bahasa Inggeris untuk proses pengguguran, pergerakan untuk proses penyusunan semula dan penambahan untuk proses peluasan.Berdasarkan pendapat Abdullah Hassan et al. (2006) dan Nik Safiah Karim et al. (2008) berkaitan dengan proses pengguguran ayat, dapatlah disimpulkan bahawa proses peluasan yang utama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa.

Dalam proses penyusunan semula pula, Nik Safiah Karimet al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) masing-masing sependapat dalam membahagikan proses penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula melalui ayat songsang. Walau bagaimanapun, Arbak Othman (1980) ada menambah satu lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif, manakala Asmah Haji Omar (1993) pula tidak membuat pecahan-pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan. Di samping itu, Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) juga bersependapat bahawa proses peluasan ayat dalam bahasa Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi. Walau bagaimanapun, Abdullah Hassan et al. (2006) menambah satu lagi bentuk peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba (keterangan).

Soalan 2Secara berkumpulan (2 orang) atau individu juga, andadikehendaki mencari sekurang-kurangnya 10 jenis ayatyang terdiri daripada ayat penyata, ayat Tanya,ayat perintah dan ayat seruan dari teks yang telah dipilihdan menganalisisnya dengan menggunakan rajah pohonyang sesuai.

Ayat ialah perkataan-perkataan yang mempunyai susunan tertentudan makna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai subjek danpredikat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

1.0Ayat PenyataAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuatSatu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakanAtau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat ini juga disebutSebagai ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan petikan yangTelah dipilih, ayat penyata adalah seperti di bawah :-

a)Ayah pergi kerja dengan muka masam.Ayat

Subjek Predikat Ayah(KN) pergi kerja dengan muka yang muram

(KK) (KK) (KH) pergi kerja dengan muka yang muram

(KA) muka

(KH) (KS) yang muram

b)Ayah dan emak tidak banyak bercakap.

Ayat

Subjek PredikatAyah dan emak tidak banyak bercakap (KN) dan emak tidak banyak bercakap(KK) Ayah (KS) (KH) (KH) (KN) tidak banyak dan emak

c)Emak dan ayah tidak banyak berubah.Ayat

Subjek Predikat Emak dan ayah tidak banyak berubah

(KN) emak dan ayah tidak banyak berubah(KK)

(KH) (KN) (KS) (KH) dan ayah tidak banyak

2.0Ayat TanyaAyat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakanSesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan Perkataan tertentu, ayat Tanya dapat digolongkan kepada dua jenis,Iaitu :-a)Ayat Tanya tanpa kata Tanyai)Ayah yang buat janji itu!

Ayat

Subjek predikat Ayah yang buat janji itu! (KN) (KH) buat janji itu! Yang Buat janji itu! (KK) (KK) (KS) (TS) Buat janji itu !

ii)Kakak dah lupa pesan ayah agaknya?Ayat

Subjek predikatKakak dah lupa pesan ayah agaknya?

(KN) (KK) pesan ayah agaknya?kakak dah lupa

(KH) (KS) (KN) dah lupa ayah agaknya? (KS) (TT) agaknya ?

iii)Di mana ayah nak cari?Ayat

Subjek predikat

Di mana ayah nak cari?

(KS) (KA) (KN) di mana ayah nak cari?

(KH) cari? nak (KK) (TT) cari ?

3.0Ayat perintahAyat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuatoleh penutur terhadap pendengar. Ayat ini bertujuan untuk menimbulkansatu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak, danengkau yang biasanya digugurkan. Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta. Ayatperintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nadakeras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnyabertujuan untuk mendapat respon pendengar.Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel -lah. Ini kerana,tanpa partikel -lah, nada suara ketika mengucapkannya dirasakanagak keras atau kasar. Dengan adanya partikel -lah, maka untukmelembutkan perintah. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4jenis :- Ayat suruhan Ayat larangan Ayat silaan Ayat permintaanContoh ayat perintah yang terdapat dalam petikan yang dianalisisialah seperti berikut :-

i)Basikal yang ada beri saja kepada adik kau!

Ayat

Subjek predikat

Basikal yang ada beri saja kepada adik kau

(KN) yang ada beri saja kepada adik kau

(KH) (KS) (KK) (KS) (KA) adik kau yang ada beri saja kepada (KN) (KG) adik kau

ii).Cakaplah ayah. Mana tahu adik boleh tolong.Ayat

Subjek predikat Cakaplah ayah mana tahu adik boleh tolong

Cakaplah ayah mana tahu adik boleh tolong(KK) (PAR) (KN) Cakap lah (KA) (KH) (KN) boleh tolong Mana tahu adik (KH) (KK) Boleh tolong

4.0Ayat seruanAyat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nadaatau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan,seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasiseruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kataseru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi,wah, cis, eh, aduh, syabas, aduhai dan sebagainya.Contoh ayat seruan dalam petikan ialah seperti berikut :-i)i)Ayah yang buat janji itu!

Ayat

Subjek predikat Ayah yang buat janji itu! (KN) (KH) buat janji itu! Yang Buat janji itu! (KK) (KK) (KS) (TS) Buat janji itu !

ii)Duit boleh dicari, ayah! jelasku.Ayat Subjek predikat

Duit boleh dicari ayah jelasku Duit boleh dicari ayah! Jelasku

(KN) (KH) (KS) (KK) ayah ! jelas ku Duit boleh di cari (KN) (KS) (KK) (KN)

5.0Kesimpulan Jelas bahawa bidang sintaksis, yang mengkaji persoalan bentuk,struktur, dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalampenganalisisan sesuatu bahasa.

Refleksi (Madlane Ak. Assing / 720714-13-5384)

Saya telah menerima tugasan ini pada 24 Ogos 2013 olehpensyarah pembimbing bagi subjek sintaksis 3010. Kami dimintauntuk mencari pasangan dalam menyelesaikan tugasan ini. Sayabersama rakan saya Zainon Bt. Tahir telah berkolaborasi dalammenyelesaikan tugasan ini. Pertama sekalinya kami telah membuatpembahagian tugas dan membuat perbincangan awal sambilbertanya kepada pensyarah pembimbing sebagai gambaran awal. Setelah itu kami bergerak sendiri dengan tugas masing-masing. Buat pertama kalinya saya membaca tugasan dan kehendaknya, saya rasa tugasan ini amatlah mencabar dan amat sulit buatsaya sudah 9 tahun tidak mengajar bahasa Melayu. Banyak sudahsaya ketinggalan dalam bahasa Melayu dan perkembangannya.amat banyak kekangan pada saya kerana saya sudah tidak begitumahir dan pasti beberapa aspek dalam jenis-jenis ayat, pembentukankata, frasa-frasa dan sebagainya. Sintaksis ini pada saya, bukan satu bidang yang mudah dan ringan.Untuk mengatasi masalah ini, saya menjadikan perpustakaan,rakan-rakan sebagai rujukan disamping menjadi laman sesawangsebagai peneman. Mengalir jugalah air mata saya, dalam usia yang sebegini saya gagal menghantar tugasan tepat pada waktunyasehingga saya perlu minta penangguhan kepada pensyarah. Buatpertama kalinya setelah berada dalam semester 5 saya gagalmenghantar tugasan tepat pada tarikhnya. Namun saya berasabersyukur kerana pensyarah saya amat memahami dan mengerti.

Masalah ini bukanlah kerana disengajakan tetapi ketidakfahamanmenghimpit diri sehinggakan saya merasakan diri ini seperti seorangpengemis bertanya pada rakan-rakan sekelas tentang tugasan. Sayaamat berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikansaya rakan-rakan yang begitu prihatin dan mempunyai perasaan inginmembantu. Dalam kelas BMM2 inilah saya telah belajar mengenali rakan sejati dan rakan berbudi. Akhirnya, tugasan ini berjaya juga disiapkan walaupun sayadan rakan saya menghadapi pelbagai kekangan. Dari pengalamanini, saya tanamkan semangat dan kekuatan agar saya lebih bersabardan bertawakal dalam menghadapi apa jua rintangan sehingga keakhir perjuangan ini.

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIRPage 1