ECSC

6
AJ31603 Benua Eropah Selepas Perang Dunia Kedua 1.00-2.00 PM BT 1.6 Nurul Shahida Bt Mahd Abas BA10110342 Soalan no.5 : Telusuri Komuniti Arang Batu dan Besi Keluli (ECSC) di Eropah sehingga pembentukan Eropah United. 1.0 Pengenalan Kesatuan Eropah ialah etnik geo-politik yang meliputi sebahagian besar benua Eropah. Usaha-usaha untuk menyatukan negara negara di Eropah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula dengan Empayar Rom, Empayar Frankish Charlemagne, sehinggalah Napoleon Bonaparte dan penaklukan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan yang menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal dan tidak stabil. Penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan diutarakan oleh Victor Hugo pada 1851. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, telah mendorong untuk mewujudkan negara-negara Eropah yang membangun dan untuk mengelakkan berlakunya perang. Sentimen ini akhirnya mewujudkan Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah pada 1951. 2.0 Latar Belakang Eropah Eropah baru sahaja menghadapi Perang Dunia Kedua, konflik yang telah hampir memusnahkan benua Eropah dan membahagikan antara dua pengaruh sfera yang menguasai dunia. Dalam mencapai hasrat untuk tidak mengulangi kemusnahan

Transcript of ECSC

Page 1: ECSC

AJ31603 Benua Eropah Selepas Perang Dunia Kedua 1.00-2.00 PM BT

1.6

Nurul Shahida Bt Mahd Abas BA10110342

Soalan no.5 : Telusuri Komuniti Arang Batu dan Besi Keluli (ECSC) di Eropah

sehingga pembentukan Eropah United.

1.0 Pengenalan

Kesatuan Eropah ialah etnik geo-politik yang meliputi sebahagian besar benua

Eropah.

Usaha-usaha untuk menyatukan negara negara di Eropah telah berlaku beberapa

kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula dengan Empayar Rom, Empayar

Frankish Charlemagne, sehinggalah Napoleon Bonaparte dan penaklukan Jerman

dalam Perang Dunia Kedua.

Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan yang

menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal dan tidak stabil. Penyatuan pertama

yang tidak melibatkan ketenteraan diutarakan oleh Victor Hugo pada 1851.

Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, telah mendorong untuk

mewujudkan negara-negara Eropah yang membangun dan untuk mengelakkan

berlakunya perang. Sentimen ini akhirnya mewujudkan Komuniti Arang Batu dan

Keluli Eropah pada 1951.

2.0 Latar Belakang Eropah

Eropah baru sahaja menghadapi Perang Dunia Kedua, konflik yang telah hampir

memusnahkan benua Eropah dan membahagikan antara dua pengaruh sfera yang

Page 2: ECSC

menguasai dunia. Dalam mencapai hasrat untuk tidak mengulangi kemusnahan

dalam Perang Dunia Kedua, ECSC sebuah organisasi antarabangsa merupakan

batu loncatan untuk menyatukan Kesatuan Eropah.

Robert Schuman telah bertanggungjawab dalam perdamaian Perancis-Jerman di

Eropah bersatu dalam satu ucapan di Metz pada 14 Julai 1946. Dalam Ucapan

Robert Schuman, Menteri Luar Perancis, dimana dikenali sebagai Deklamasi

Schuman.

Tercetus idea pembentukan sebuah organisasi antarabangsa sebagai alat

penyatuan Eropah yang dikenali sebagai Kesatuan Eropah (EU), iaitu ECSC

(European Coal and Steel Community) pada ketika itu dua sumber utama yang

sangat penting di Benua Eropah.

Schuman mencadangkan bahawa "Perancis-Jerman pengeluaran arang batu dan

keluli secara keseluruhannya akan diletakkan di bawah Pihak Berkuasa Tertinggi,

dalam rangka kerja organisasi terbuka kepada penyertaan daripada negara-

negara lain di Eropah." Perbuatan itu bertujuan untuk membantu pertumbuhan

ekonomi dan keamanan antara Perancis dan Jerman, yang merupakan musuh

bersejarah. Selain itu ingin melibatkan Jerman sebagai ahli anngota.

3.0 ECSC

ECSC (European Coal and Steel Community) telah ditandatangani dalam Perjanjian

Paris pada 18 April 1951 di Paris dan ianya dilaksanakan dari 25 Julai 1952

sehingga tahun 2002.

ECSC merupakan organisasi pertama Eropah iaitu berbentuk supranasional

melibatkan pemberian kedaulatan oleh negara anggota kepada pihak berkuasa

supranasioanal yang mana merupakan Kuasa Tertinggi

ECSC ini diwakili oleh enam buah negara iaitu Perancis, Jerman Barat, Belanda,

Belgium, Itali dan juga Luxembourg.

ECSC ini mula dicadangkan oleh menteri luar Perancis iaitu Robert Schuman pada

9 Mei 1950 yang mana beliau merasakan penubuhan ECSC adalah merupakan

salah satu cara untuk menghalang daripada berlakunya persaingan diantara

Jerman dengan Perancis.

Pembentukan ECSC ini akan mewujudkan satu bentuk pasaran bersama diantara

negara-negara yang mewakilinya dalam sektor arang batu dan juga keluli.

3.1 Tujuan ECSC

Menghapuskan pelbagai halangan perdagangan dan juga mewujudkan

satu pasaran bersama di mana produk, pekerja dan juga modal daripada sektor

Page 3: ECSC

arang batu dan besi keluli dari negara-negara anggotanya dapat bergerak dengan

bebas.

Selain itu juga pembentukan ECSC ini dapat mengelakkan berlakunya

persaingan diantara Perancis dan juga Jerman yang boleh mencetuskan

ketegangan diantara kedua-dua buah negara tersebut dan seterusnya membentuk

dasar bagi pembentukan kesatuan Eropah.

Mengelakkan peperangan antara Perancis dan Jerman dan negeri-negeri

lain dengan menangani punca perang melalui Pertubuhan Organisasi

antarabangsa ECSC terutamanya diilhamkan untuk pendamaian antara Perancis

dan Jerman

3.2 Organisasi ECSC

Pada mula pergenalan ECSC dianggotai oleh enam buah negara iaitu Perancis,

Jerman Barat, Belanda, Belgium, Luxembourg dan juga Itali.

Presiden pertama ECSC adalah Jean Monnet. Beliau merupakan tokoh yang

banyak berperanan menggerakkan kejayaan ECSC. Monnet merupakan mantan

Timbalan Setiausaha Liga Bangsa-Bangsa. Beliau juga seorang tokoh yang

mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi dan juga pentadbiran.

ECSC mempunyai dewan perhimpunan, mahkamah unsur asas perundangan-

perundangan dan badan kehakiman serta keperluan majlis menteri-menteri dari

negara-negara anggota

3.3 Perjanjian Rom

Pada tanggal 2 Jun 1955, wakil-wakil daripada setiap negara-negara ahli ECSC telah mengadakan persidangan di Messina, Itali. Ekoran daripada persidangan tersebut telah mendorong mereka untuk memperluaskan lagi intergrasi eropah ke semua bidang dan tidak terhad kepada sector arang batu dan besi keluli sahaja.

Pada 25 Mac 1957, European Atomic Energy Community (EAEC) telah ditandatangani di Rome. Namun begitu EAEC ini lebih dikenali sebagai Euratom dan European Economic Community (EEC)

Kedua-duanya telah dilaksanakan pada 1 january 1958. Euratom tidak seperti ECSC dimana Euratom lebih berbentuk kepada sebuah

perjanjian rangka kerja.

3.4 Sumbangan ECSC

ECSC menyumbang kepada perkembangan ekonomi, pembangunan,

pekerjaan dan peningkatan taraf hidup rakyat. Dengan pengeluaran

Page 4: ECSC

komuniti arang batu dan besi keluli, masyarakat Eropah mendapat faedah dengan

sektor masing-masing. Perdagangan antara anggota berlaku peningkatan 10x bagi

arang batu yang mana menjimatkan wang anggota dengan tidak perlu

mengimport sumber dari AS terutamanya di mana terdapat pengurangan dalam

satu negeri. Pihak Berkuasa Tinggi juga mengeluarkan 280 pinjaman pemodenan

industri yang membantu industri untuk meningkatkan pengeluaran dan

mengurangkan kos. Kos dapat dikurangkan dengan penghapusan tarif di

sempadan.

Antara pencapaian terbesar ECSC mereka mengenai isu-isu kebajikan. Beberapa

lombong, contohnya dengan jelas mereka boleh berdikari tanpa subsidi kerajaan.

Sesetengah pelombong mempunyai perumahan yang amat miskin. membolehkan

pekerja untuk membeli rumah. ECSC juga dibayar separuh penempatan semula

kos pekerjaan pekerja-pekerja yang telah kehilangan pekerjaan mereka.

Digabungkan dengan bantuan pembangunan semula serantau ECSC

membelanjakan $ 150 juta mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan ini dapat

membantu masyarakat daripada isu pengganguran di Eropah.

Lebih penting daripada mewujudkan dasar sosial dan serantau pertama di Eropah,

ia diperdebatkan bahawa ECSC dilihat sebagai alat untuk mencapai

keamanan di Eropah. Ia melibatkan cukai pertama di benua Eropah. Ini adalah

cukai rata, dimana atas pengeluaran dengan kadar maksimum sebanyak satu

peratus. Memandangkan bahawa negara-negara Komuniti Eropah sedang

mengalami tempoh terpanjang keamanan, ini telah digambarkan sebagai cukai

termurah untuk keamanan dalam sejarah. Selain itu dapat mengelakkan sebuah

perang besar selepas PD2, atau 'world suicide' sebagaimana Schuman

menyatakan memberi ancaman ini pada tahun 1949 kepada Eropah. Pada bulan

Oktober 1953 Schuman berkata bahawa kemungkinan perang lain di Eropah telah

dihapuskan.

4.0 Kesatuan Eropah (EU)

Kesatuan Eropah (EU) adalah sebuah kesatuan ekonomi dan politik daripada 27

negara anggota di Eropah. EU beroperasi melalui sistem institusi

supranasional yang bebas dan keputusan antara kerajaan dimana

dirunding dalam negara-negara anggota.

Institusi EU termasuklah Suruhanjaya Eropah, Majlis Kesatuan Eropah. Majlis

Kesatuan Eropah berperanan utama dalam membuat keputusan Komuniti,

menyelesaikan konflik di dalam majlis yang gagal diselesaikan oleh menteri-

menteri serta bersetuju dengan persetujuan perjanjian yang penting.

Page 5: ECSC

Selain itu, terdapat juga Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah, Pusat Bank

Eropah, Mahkamah Juruaudit, dan Parlimen Eropah. Parlimen Eropah dipilih setiap

5 tahun oleh warga EU.

EU telah membangunkan satu pasaran tunggal melalui sistem seragam

undang2 yang diguna pakai di semua negara anggota serta draft perjanjian

Kesatuan Eropah.

Pada tahun 1957, enam negara menandatangani Perjanjian Rom, yang

melanjutkan kerjasama awal dalam Arang Eropah dan Masyarakat Keluli (ECSC)

dan mewujudkan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) mewujudkan kesatuan

kastam. Mereka juga menandatangani satu lagi perjanjian pada hari yang sama

mewujudkan Komuniti Tenaga Atom Eropah (Euratom) untuk kerjasama

dalam membangunkan tenaga nuklear. Kedua-dua perjanjian telah berkuatkuasa

pada tahun 1958.

Kesatuan yang sebenar ditubuhkan pada 1957 melalui Perjanjian Rom

dan kesatuan ini dinamakan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) membentuk

pasaran bersama dalam tiga peringkat dalam tempoh 12 tahun. Pasaran

bersama ini akan mempunyai tarif luar bersama, pergerakan bebas

modal, buruh, berangan, perkhimatan dan Dasar Pertanian Bersama.

Kesatuan dimulakan pada 1 Januari 1958. Kesatuan ini kemudiannya dinamakan

Komuniti Eropah dan akhirnya Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah telah berevolusi

daripada sebuah badan perdagangan kepada persekutuan ekonomi dan politik.

EEC dan Euratom dicipta berasingan dari ECSC, walaupun mereka berkongsi

mahkamah yang sama dan Perhimpunan Umum. EEC diketuai oleh Walter

Hallstein (Suruhanjaya Hallstein) dan Euratom diketuai oleh Louis Armand

(Suruhanjaya Armand) dan kemudian diganti oleh Étienne Hirsch. Euratom

mengintegrasikan sektor tenaga nuklear manakala EEC akan

membangunkan sebuah kesatuan kastam antara ahli-ahli.

Sepanjang tahun 1960-an ketegangan mula menunjukkan dengan Perancis yang

ingin menghadkan kuasa oraganisasi antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada

tahun 1965, satu perjanjian telah dicapai dan dengan itu pada tahun 1967

Perjanjian Penggabungan telah ditandatangani di Brussels. Ia berkuatkuasa pada 1

Julai 1967 dan mencipta satu set institusi untuk tiga masyarakat, yang

secara kolektif dirujuk sebagai Komuniti Eropah (EC).

Pada tahun 1970-an Kesatuan EU semakin memperluaskan ke negara2 Eropah

seperti Greece,Sepanyol dan Portugal dimana temetri Perjanjian Schengen iaitu

ke arah penciptaan sempadan terbuka tanpa kawalan passport antara negara

anggota.

Kesatuan Eropah telah ditubuhkan secara rasmi apabila Perjanjian

Maastrichtdimana telah dikuatkuasa pada 1 November 1993, dan pada tahun

1995 Austria, Finland dan Sweden menyertai EU yang baru ditubuhkan. Pada 1997

Page 6: ECSC

satu lagi perjanjian iaitu Perjanjian Amstedam dan dikuatkuasa pada

dikuatkuasa pada 1999. Perjanjian ini untuk menambahbaikan lagi kecekapan EU.

5.0Penilaian

Penyatuan Eropah telah bermula sejak dengan Empayar Rom, Empayar Frankish

Charlemagne, sehinggalah Napoleon Bonaparte dan penaklukan Jerman dalam

Perang Dunia Kedua. Pelbagai usaha-usaha telah dilakukan untuk menyatukan

Eropah sebuah satu Empayar Eropah yang kuat. Namun debgan usaha yang

melibatkan militer atau melalui penaklukan merupakan usaha yang dapat dilihat

sebagai kekerasan. Akhirnya usaha tersebut tidak bertahan lama dan bersifat

sementara sahaja. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, sememangnya telah

mengubah perkembangan ekonomi dunia dan memberi kemusnahan yang teruk

akibat perang. PD2 telah mendorong Robert Schuman mencari punca untuk keluar

daripada masalah dan tidak mahu pengalaman perang berlaku lagi di Benua

Eropah. Robert Schuman iaitu Menteri Luar Perancis telah mencetuskan idea

pembentukan sebuah organisasi antarabangsa iaitu ECSC dikenali sebagai

Deklamasi Schuman. ECSC (European Coal and Steel Community) telah

ditandatangani dalam Perjanjian Paris pada 18 April 1951 di Paris dan ianya

dilaksanakan dari 25 Julai 1952 merupakan batu loncatan sebagai alat keamanan

dan penyatuan Eropah. Schuman melihat bahawa kedua-dua sumber ini sangat

penting dalam industri pembuatan peluru.Oleh itu, Schuman melihat bahawa

dengan ECSC dapat mengelakkan peperangan antara Perancis dan Jerman dan

negeri-negeri lain dengan menangani punca perang melalui Pertubuhan

Organisasi antarabangsa ECSC. Pembentukan ECSC ini akan mewujudkan satu

bentuk pasaran bersama diantara negara-negara yang mewakilinya dalam sektor

arang batu dan keluli. Bermulanya pengenalan ECSC diikuti pertubuhan lain

Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) dan mewujudkan Komuniti Tenaga Atom Eropah

(Euratom). Pembentukan organisasi pertama Eropah ECSC merupakan alat

penyatuan kepada pembentukan Kesatuan Eropah (EU) sehingga ke hari ini.

7.0 Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan Komuniti Arang Batu dan Besi Keluli

(ECSC) telah banyak membawa manfaat bukan sahaja kepada negara-negara

ahlinya malah negara-negara Eropah yang lain turut merasakan kebaikan hasil

daripada kewujudan komuniti tersebut. Jika diteliti secara halus, ECSC merupakan

titik permulaan bagi usaha sama antara negara-negara eropah dalam bidang

ekonomi. Secara tidak langsung juga ianya dapat mengimbangi ekonomi

Page 7: ECSC

sesebuah negara dan sekaligus dapat mengekalkan keamanan. PD2 yang telah

berlaku telah banyak memberikan pengajaran kepada negara-negara eropah

tentang kepentingan usahasama ekonomi serantau berbanding dengan

persaingan ekonomi secara tidak sihat yang boleh membawa keburukan dan juga

kebinasaan.