EDISI FEBRUARI 2018 ISLAM # ... tetapi amalanku tidak bertambah.” Al-Imam Hassan Al-Basri pula...

3
E BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM B EDISI FEBRUARI 2018 #MasjidNadiKeimananUniversiti ULETiN PERUTUSAN PENDAFTAR 8 Februari 2018 I DATC UiTM SHAH ALAM Ustaz Hj Hanafi Hj Hamdani, Pengarah BHEI telah diberi peluang untuk berkongsi dengan warga UiTM berkenaan perkhidmatan dan hala tuju BHEI selaras dengan kehendak universiti. BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM, ARAS 3 MASJID AL-WATHIQUBILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI 40450 UiTM SHAH ALAM TEL: 03-55442350 Faks: 55442668 PENASIHAT Prof. Dr Muhamad Rahimi Osman KETUA EDITOR Ustaz Hj Hanafi Hj Hamdani PEN. KETUA EDITOR Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan PENYELARAS Mohd Afiz Hasan PUBLISITI Ustaz Mohd Syukri Mohd Fawzi AHLI SIDANG Ustaz Khamariah Othman Ustazah Wan Razifah Wan Ahmad Ustaz Lufti Hj Sabari Ustaz Hj Md Idris Abdullah Ustaz Nazril Saad Ustaz Shahrul Nizam Akhsan Ustaz Puaad Osman Ustaz Mohd Faizan Tajuid Ustazah Nurul Afidah Awang Ustaz Johari Budin Ustaz Mohd Fauzan Md Nor Ustaz Mohd Bakri Aminuddin Ustaz Ismail Hashim SIDANG REDAKSI BIL: 1/1/2018

Transcript of EDISI FEBRUARI 2018 ISLAM # ... tetapi amalanku tidak bertambah.” Al-Imam Hassan Al-Basri pula...

Page 1: EDISI FEBRUARI 2018 ISLAM # ... tetapi amalanku tidak bertambah.” Al-Imam Hassan Al-Basri pula pernah berkata “Tidaklah berlalu sebuah hari bagi seorang anak Adam kecuali hari

E

BAHAGIAN HAL EHWAL

ISLAM B EDISI

FEBRUARI

2018

#MasjidNadiKeimananUniversiti

ULETiN

PERUTUSAN PENDAFTAR 8 Februari 2018 I DATC UiTM SHAH ALAM

Ustaz Hj Hanafi Hj Hamdani, Pengarah BHEI telah diberi peluang untuk berkongsi dengan warga UiTM berkenaan perkhidmatan dan hala tuju BHEI selaras dengan kehendak universiti.

BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM,

ARAS 3 MASJID AL-WATHIQUBILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN,

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

40450 UiTM SHAH ALAM

TEL: 03-55442350 Faks: 55442668

PENASIHAT

Prof. Dr Muhamad Rahimi Osman

KETUA EDITOR

Ustaz Hj Hanafi Hj Hamdani

PEN. KETUA EDITOR

Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan

PENYELARAS

Mohd Afiz Hasan

PUBLISITI

Ustaz Mohd Syukri Mohd Fawzi

AHLI SIDANG

Ustaz Khamariah Othman

Ustazah Wan Razifah Wan Ahmad

Ustaz Lufti Hj Sabari

Ustaz Hj Md Idris Abdullah

Ustaz Nazril Saad

Ustaz Shahrul Nizam Akhsan

Ustaz Puaad Osman

Ustaz Mohd Faizan Tajuid

Ustazah Nurul Afidah Awang

Ustaz Johari Budin

Ustaz Mohd Fauzan Md Nor

Ustaz Mohd Bakri Aminuddin

Ustaz Ismail Hashim

SIDANG REDAKSI

BIL: 1/1/2018

Page 2: EDISI FEBRUARI 2018 ISLAM # ... tetapi amalanku tidak bertambah.” Al-Imam Hassan Al-Basri pula pernah berkata “Tidaklah berlalu sebuah hari bagi seorang anak Adam kecuali hari

Pada 16 Januari 2018, BHEI telah

menerima kunjungan dari Institut

Pendidikan Guru (IPG), Temenggong

Ibrahim JB

MESYUARAT DAN

TEMUBUAL BANTUAN PERSEKOLAHAN

LAWATAN PENANDA ARAS

Bantuan persekolahan ini

bertujuan untuk meringankan

beban kakitangan UiTM yang

berpendapatan RM4000

kebawah (seisi rumah) dalam

perbelanjaan persekolahan

anak-anak.

UJIAN SARINGAN PELAJAR

BAHARU UiTM

Ujian ini dijalankan pada setiap sesi

kemasukkan pelajar baharu. Tujuannya

adalah mengenalpasti pelajar yang

mempunyai kelemahan dalam ilmu fardhu ain.

Pelajar yang terpilih akan diserapkan ke

dalam kokurikulum Asas Pembangunan Insan

(API) untuk diberi bimbingan.

Page 3: EDISI FEBRUARI 2018 ISLAM # ... tetapi amalanku tidak bertambah.” Al-Imam Hassan Al-Basri pula pernah berkata “Tidaklah berlalu sebuah hari bagi seorang anak Adam kecuali hari

SAMPAI BILA KITA HARUS LALAI

?

Penulis: Ustaz Hj Hanafi Hj Hamdani Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam

ACIS UiTM Shah Alam

Di antara penyakit yang amat berbahaya

banyak menimpa umat Islam masa kini ialah

penyakit lalai. Bila penyakit ini menjangkiti

seseorang, maka dia akan merasa malas,

hatinya menjadi beku, asyik melakukan

pelanggaran hukum Allah, lupa beribadah.

Hidupnya hanya untuk dunia semata-mata,

hari-hari yang dilaluinya penuh dengan

gelumang dosa sehingga dirinya jauh dari

hidayah Allah s.w.t. Sesungguhnya Al-Quran

dan Sunnah telah banyak mengingatkan

manusia betapa bernilainya mengisi waktu

dengan amalan yang bermanfaat mahupun

amalan yang mendatangkan laba ataupun

keuntungan di akhirat. Kerana waktu adalah

merupakan nikmat pemberian Allah yang

amat besar kepada manusia, tanpa

penjagaan waktu penyakit lalailah yang

akan bersarang di dalam jiwa sanubari

manusia.

Kadangkala kita merasa amat gembira dan

seronok tiap kali matahari terbenam, walhal

itu adalah petunjuk yang umur kita makin

berkurangan walaupun angkanya

bertambah dan tidak sama sekali yang

berlalu itu akan kembali lagi. Abdullah bin

Masud R.an. pernah berkata: “Tidaklah aku

merasa menyesal atas sesuatu seperti

penyesalanku terhadap matahari yang

terbenam pada hari itu, usiaku berkurang

akan tetapi amalanku tidak bertambah.”

Al-Imam Hassan Al-Basri pula pernah berkata “Tidaklah berlalu sebuah hari bagi seorang anak Adam kecuali hari itu akan berkata kepadanya: Hai anak Adam, aku adalah harimu yang baru, apa yang telah engkau kerjakan untukku akan aku menjadi saksinya. Apabila aku telah berganjak pergi aku tak akan kembali lagi, Kerjakanlah sesuka hatimu”.

Ingatlah apabila nafas mula tinggal sisa itu

tandanya barang pinjaman akan diambil

semula, bila kain kafan telah dipersiapkan,

ertinya tanahpun harus mula digali segera.

ketika itu tiada apa-apa yang boleh

dilakukan kecuali menjemput kedatangan

malaikat maut.

Sampai Bila kita harus

Bagi mereka yang sihat tubuh badannya dan

waktunya itu kosong dari kesibukan, kalaulah

ia tidak berusaha menggapai apa-apa

kebaikan akhirat maka boleh diibaratkan

seperti orang yang tertipu dalam jual beli,

kadangkala kita menganggap bahawa

perilaku yang kita lakukan sehari-harian itu

terlepas dari pandangan Allah, wal hal

hakikat yang kita tidak dapat nafikan setiap

langkah, gerak geri dan lisan yang terucap

itu tidak akan terlepas dari pandangan Allah.

Imam Ibnul Qayyim pernah berkata:

memanfaatkan waktu dengan

menyebokkan diri dalam segenap

kesempatan untuk mendekatkan diri dengan

Allah, atau segala sesuatu itu dilakukan

hanya semata-mata kerana mendekatkan

diri kepada Allah baik ketika makan, minum,

nikah, tidur dan istirehat hal ini termasuk di

dalam pemanfaatan waktu yang baik.

Justeru itu, marilah kita bangkit mengorak

langkah memperbaiki diri semula sementara

masih ada kesempatan, kerana orang yang

berbahagia di dunia itu ialah mereka yang

bersegera bertaubat dan bersegera

memperbaiki diri dan bersegera beramal

soleh lalu meninggalkan jauh-jauh akan

kemaksiatan Wallahua’lam.

.

Firman Allah SWT, mafhumnya: “dan Dia lah Yang

menjadikan malam dan siang silih berganti untuk

sesiapa Yang mahu beringat (memikirkan

kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-

nikmatNya itu)

)Furqan: 62-Surah Al(