Edisi September 2017 - mardec.com.my MARDEC_ September... · getah dan sasaran eksport sebanyak...

10
Artikel disumbangkan oleh: Sylvia Kennedy S. Si • Muhammad Azimuddin Mohd Azmi Md Sodiqin Md Salleh • Azira Ahmad Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin Menurut sumber berita atas talian iaitu “Rubber Journal Asia” edisi September 2017, beberapa syarikat di China komited untuk mengimport kira-kira 300,000 tan getah dari Kemboja bermula pada tahun hadapan, kata Pol Sopha, ketua pengarah Kementerian Getah Khas Kementerian Pertanian Kemboja. Langkah itu bertepatan dengan rancangan kerajaan Kemboja untuk meningkatkan kapasiti eksport getah langsung ke China. Sopha berkata Kemboja telah menganggarkan bahawa ia tidak dapat menghasilkan kuantiti itu pada masa itu tetapi gembira kerana syarikat-syarikat tersebut mahu mengimport terus dari Kemboja. Edisi September 2017 Kemboja mempunyai 430,000 hektar tanah untuk tanaman pokok getah dan sasaran eksport sebanyak 190,000 tan menjelang akhir tahun ini. Menjelang separuh pertama tahun 2017 sahaja, Kemboja telah mengeksport lebih 80,000 tan getah ke pasaran asing, terutamanya ke Vietnam, Malaysia dan Singapura. Kemboja, salah sebuah negara daripada 11 anggota Persatuan Negara Pengeluaran Getah Asli terdiri dari Kemboja, China, Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand, dan Vietnam.

Transcript of Edisi September 2017 - mardec.com.my MARDEC_ September... · getah dan sasaran eksport sebanyak...

Artikel disumbangkan oleh:

Sylvia Kennedy S. Si • Muhammad Azimuddin Mohd Azmi • Md Sodiqin Md Salleh • Azira Ahmad

Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin

Menurut sumber berita atas talian

iaitu “Rubber Journal Asia” edisi

September 2017, beberapa syarikat

di China komited untuk mengimport

kira-kira 300,000 tan getah dari

Kemboja bermula pada tahun

hadapan, kata Pol Sopha, ketua

pengarah Kementerian Getah Khas

Kementerian Pertanian Kemboja.

Langkah itu bertepatan dengan

rancangan kerajaan Kemboja untuk

meningkatkan kapasiti eksport

getah langsung ke China.

Sopha berkata Kemboja telah

menganggarkan bahawa ia tidak

dapat menghasilkan kuantiti itu

pada masa itu tetapi gembira kerana

syarikat-syarikat tersebut mahu

mengimport terus dari Kemboja.

Edisi September 2017

Kemboja mempunyai 430,000

hektar tanah untuk tanaman pokok

getah dan sasaran eksport sebanyak

190,000 tan menjelang akhir tahun

ini.

Menjelang separuh pertama tahun

2017 sahaja, Kemboja telah

mengeksport lebih 80,000 tan getah

ke pasaran asing, terutamanya ke

Vietnam, Malaysia dan Singapura.

Kemboja, salah sebuah negara

daripada 11 anggota Persatuan

Negara Pengeluaran Getah Asli

terdiri dari Kemboja, China,

Indonesia, Malaysia, Papua New

Guinea, Filipina, Singapura, Sri

Lanka, Thailand, dan Vietnam.

Mukasurat 2 dari 10

Bertepatan dengan Hari Raya

Aidiladha yang jatuh pada hari

Jummaat, tanggal 1hb September

2017, PT. Mardec Siger Way Kanan

(PTMSWK) telah mengadakan

aktiviti penyembelihan haiwan

korban di lokasi kilang PTMSWK.

Korban berasal dari bahasa Arab,

“Qurban” yang bererti dekat (قربان).

Korban dalam Islam juga disebut

dengan “al-udhhiyyah dan adh-

dhahiyyah” yang bererti binatang

sembelihan, seperti unta, lembu,

kerbau, dan juga kambing yang

disembelih pada hari raya Aidiladha

dan hari-hari “Tasyriq” sebagai

bentuk “taqarrub” atau

mendekatkan diri kepada Allah.

Penyembelihan haiwan korban ini

diuruskan oleh ahli jawatankuasa

yang berjumlah 30 orang terdiri

daripada pekerja PTMSWK. Jumlah

haiwan korban yang disembelih

adalah sebanyak 3 ekor lembu yang

kemudiannya dibahagikan ke semua

penduduk setempat di PTMSWK.

Ibadah korban ini dapat menjalinkan

hubungan kasih sayang sesama

manusia terutama antara golongan

berada dengan golongan yang

kurang bernasib baik.

• Sylvia Kennedy S. Si (PTMSWK)

Gambar 1: Proses penyembelihan lembu korban

Mukasurat 3 dari 10

Gambar 2: Proses melapah haiwan

korban

Gambar 3: Proses pemotongan &

penimbangan daging korban

Gambar 4: Proses pembahagian

daging korban bagi penduduk

kampung setempat

Mukasurat 4 dari 10

Pada 18 hingga 20 September 2017,

MPSB Mentakab telah mengadakan

liga sukan peringkat saringan bagi

acara Ping Pong dan Badminton.

Liga sukan ini diadakan dari jam

9.00 malam hingga 11.30 malam

bertujuan untuk memilih pasukan

yang bertanding ke peringkat akhir

pada 26 September 2017 bagi acara

Ping Pong dan 30 September 2017

bagi perlawanan Badminton.

Pertandingan ini telah diadakan di

kawasan “shipment bay” dengan

jumlah peserta seramai 25 orang.

Antara acara yang dipertandingkan

selama 3 hari ini adalah;

1. “Single” Lelaki

2. “Single” Perempuan

3. “Double” Lelaki

4. “Double” Perempuan

5. “Mix Double”

Pertandingan yang diadakan ini

adalah hasil usaha Kelab Rekreasi

dan Sukan MPSB Mentakab yang

mendapat sokongan dari pengurus

kilang, Encik Mohd Yazid Yusop.

Aktiviti sukan ini secara tidak

langsung mampu menggalakkan

gaya hidup yang sihat di kalangan

para peserta. Diharap aktiviti riadah

ini dapat menjadi satu platform bagi

mengeratkan silaturrahim sesama

pihak pengurusan dan kakitangan.

• Muhammad Azimuddin Mohd Azmi (MPSB Mentakab)

Gambar 5: Pertemuan sengit antara Encik

Mazwan dan Encik Isnain di peringkat

saringan kumpulan

Gambar 6: Kakitangan memberi

sokongan kepada kumpulan-kumpulan

yang bertanding

Mukasurat 5 dari 10

Gambar 7: Antara peserta yang bertanding bagi

acara Badminton (Lelaki & Perempuan)

Mukasurat 6 dari 10

Gambar 8: Perlawanan “semi final”

antara Adi dan Shahrul Azwan. Shahrul

Azwan mendapatkan sokongan dari

jurulatih beliau, Afiq. Perlawanan ini

telah dimenangi oleh Shahrul Azwan

Gambar 9: Acara badminton

diadakan di kawasan ruang legar

berhadapan makmal MPSB

Mentakab. Encik Esamsuri juga turut

serta dalam perlawanan ini

Gambar 10: Peserta mengambil

peluang masa rehat dari perlawanan

Ping Pong untuk turut serta di dalam

perlawanan Badminton

Mukasurat 2 dari 10

Lateks telah digunakan dalam pelbagai aplikasi dan industri. Busa, produk hasil celupan

seperti sarung tangan dan pembuatan gam merupakan antara industri yang

melibatkan penggunaan lateks sebagai bahan mentah. Terdapat 3 jenis proses untuk

menghasilkan lateks pekat iaitu Proses Sejatan, Proses Emparan dan Proses

Krim. Proses Emparan merupakan proses yang banyak digunakan dalam penghasilan

lateks pekat.

Secara amnya, piawaian bagi lateks pekat adalah seperti berikut:

Parameter Piawaian

Kandungan Pepejal Kering (TSC)

61.5% (min)

Kandungan Getah Kering (DRC)

60.0% (min)

Ammonia 0.2 – 0.7% (bergantung kepada gred)

Coagulum 0.05% (max)

Kestabilan Mekanikal (MST) 650 saat (min)

Volatile Fatty Acid (VFA) 0.2 (max)

Nombor KOH (KOH No.) 1.0 (max)

• Md Sodiqin Md Salleh (Ibu Pejabat)

Gambar 11: Pemprosesan lateks bagi menghasilkan ‘Latex Concentrate”

dan “Skim Block”

Mukasurat 2 dari 10

Gred untuk lateks pekat pula adalah seperti berikut:

Gred Definisi

High Ammonia Latex (HA) Lateks diawet dengan 0.7% w/w ammonia

Medium Ammonia Latex (MA) Lateks diawet dengan 0.3 – 0.5% ammonia

Low Ammonia-Tetramethyl Thiuram Disulphide/Zinc Oxide Latex (LA/TZ)

Lateks diawet dengan 0.2% ammonia, 0.013% Larutan Tetramethyl Thiuram Disulphate/Zinc Oxide dan 0.05% Lauric Acid.

Antara produk yang dihasilkan daripada lateks pekat adalah seperti berikut:

• Tilam/Bantal

• Sarung Tangan

• Kondom

• Bebenang Getah

• Karpet Getah

• Kasut Keselamatan

• Gam

Mukasurat 2 dari 10

Pada 7 September 2017, wakil

daripada syarikat Nectar Agro (M)

Sdn. Bhd. iaitu Encik Mohd Tariq bin

Mohd Taufekh telah melawat MPSB

Mentakab. Nectar Agro adalah

sebuah syarikat penghasilan baja

yang beroperasi di Petaling Jaya,

Selangor.

Lawatan ini bertujuan menjalankan

proses persampelan sisa effluen

bagi penentuan kadar Nitrogen (N),

Phosphorus (P) dan Potassium (K)

yang terkandung di dalam sisa

effluen. Sampel ini telah dihantar

untuk dianalisis di Makmal “Global

Testing and Consultancy for Rubber”

(G-TACR) di Lembaga Getah

Malaysia (LGM).

• Muhammad Hamizan Abu Hassan (Ibu Pejabat)

Gambar 12: Proses persampelan sisa effluen

Gambar 13: Sesi taklimat oleh Encik Azimuddin

Gambar 14: Sampel sisa effluen dibawa balik

oleh Encik Mohd Tariq untuk dianalisa

Mukasurat 3 dari 10

Sebelum melawan apa-apa kebakaran, PASTIKAN:

1. Semua penghuni telah meninggalkan bangunan, penggera kebakaran

telah dibunyikan dan Jabatan Bomba telah dihubungi

2. Anda tahu menggunakan alat pemadam api/hose reel

3. Saiz api masih kecil dan tidak merebak

4. Kenalpasti kelas api yang terlibat dan bersedia dengan alat pemadam api

yang sesuai

5. Kedudukan anda membelakangkan jalan keluar ketika melawan

kebakaran

6. Tangga atau laluan keluar di belakang anda bebas dari halangan

7. Jarak anda dua hingga lima meter dari tempat kebakaran

• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)

Gambar 15: Panduan Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran