edisi_108_2012.pdf

36
ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI SAINS DAN INOVASI PEMACU TRANSFORMASI UTUSAN MALAYSIA F RABU 25 JULAI 2012 F EDISI 108 F TAHUN KE-10 F PP362/12/2012 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Jejak Inovasi Terbaik Luar Bandar Kenapakah Harta Intelek penting? Saintis Muda Negara ke IIASA dan CERN PERCUMA Bersama

description

Esti dot my

Transcript of edisi_108_2012.pdf

Page 1: edisi_108_2012.pdf

ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI

SAINS DAN INOVASI PEMACU TRANSFORMASIUTUSAN MALAYSIA F RABU 25 JULAI 2012 F EDISI 108 F TAHUN KE-10 F PP362/12/2012

Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi

JejakInovasiTerbaik Luar Bandar

Kenapakah Harta Intelek penting?

Saintis MudaNegara keIIASA danCERN

PERCUMA Bersama

Page 2: edisi_108_2012.pdf

Kandungan Julai 2012

Ma Ja l a h kesayangan anda yang memfokus kepada hala tuju dan

aspirasi sains semasa, estidotmy tampil semula menerusi tema Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI 2012).

Tema ini menumpukan kepada inovasi yang kini menjadi agenda penting negara dan pemupukan

dimulakan di peringkat akar umbi.Pembaca dibawa menyelusuri

kehebatan inovasi luar bandar dan bagaimana ia menjadi penting dalam kehidupan seharian.

Turut dipaparkan adalah kehe­batan inovasi sehingga mem­pengaruhi gaya hidup manusia seharian termasuk penggunaan gajet.

Fokus

Fokus Fakta Menarik Kerjaya

1. SGI2012: Kukuhkan Sains, Inovasi Negara

muka 4 & 5

2. Jejak Inovasi Terbaik Luar Bandar muka 6 & 7

3. The Best Innovation muka 8 & 9

4. ASM’s Standpoint muka 10 & 11

5. Pembudayaan Inovasi muka 12 & 13

6. Kalendar SGI2012 muka 14 & 15

7. Chit-chat: Pupuk Identiti Kebangsaan dalam Seni Bina

­ Ar. Hijjas Kasturi muka 16 & 17

8. Info Esti muka 18 & 19

9. Dunia Sains muka 20 & 21

10. Science Facts muka 22 & 23

11. Fakta Menarik muka 24 & 25

12. Saintis Islam muka 26

13. Dunia Saintis muka 27

14. Kerjaya muka 28

15. Bicara IT muka 29

16. ScienceBuzz muka 30

17. Saintis Muda Negara ke IIASA dan CERN muka 31

18. Fun in Science muka 32

19. Rakan Esti muka 33

20. Surat Pembaca muka 34

21. Poster muka 35

Malaysia masih memerlukan usaha lebih bersungguh­sungguh untuk menghasilkan inovasi masa hadapan...

muka 4 dan 5

Facebook dan carian mengenai gajet terkini antara yang paling popular dalam Google...

muka 16-17

Kerjaya dalam bidang kejuruteraan mekatronik menawarkan peluang pekerjaan yang luas kerana ia mencakupi pelbagai kepakaran seperti kejuruteraan mekanikal, komputer, perisian, teknologi maklumat dan penghasilan sistem... muka 28

2Julai2012

Page 3: edisi_108_2012.pdf
Page 4: edisi_108_2012.pdf

Fokus

SGI2012: Kukuhkan Sains, Inovasi NegaraOleh SyahIdI BaKar

PelBaGaI inisiatif dilaksanakan kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi

membudayakan sains dan inovasi di kalangan masyarakat yang dilihat menjadi antara kriteria penting meningkatkan lagi daya saing negara di pentas global.

Capaian teknologi dan inovasi terkini merupakan platform penting ke arah matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dalam bidang ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi.

Justeru, pengisytiharan 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) merupakan usaha MOSTI menyokong objektif Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Panglima Maximus J. Ongkili berkata, bagi mencapai objektif yang disasarkan, Malaysia perlu progresif dengan menggalakkan rakyat lebih inovatif dan

mampu menghasilkan produk-p r o d u k b a r u y a n g b o l e h dipasarkan di peringkat global.

Beliau berkata, melalui SGI2012, pelbagai program telah dan akan dilaksanakan MOSTI dengan kerjasama kementerian lain, pihak swasta, akademia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meng galakkan minat rakyat terhadap sains dan inovasi.

“Minat terhadap sains dan inovasi masih rendah iaitu 40 peratus sahaja pelajar memilih aliran pendidikan sains dan ia memerlukan lebih banyak program berunsurkan sains dan inovasi bagi meningkatkan penjanaan ilmu, penghasilan kekayaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

SGI2012 merupakan kesinambungan program daripada Tahun Kreativiti dan Ino-vasi Malaysia atau dikenali Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) dan Tahun Penggalakan Sains dan Matematik 2011 yang kedua-duanya diterajui oleh MOSTI.

Agenda pembangunan negara menerusi

pembudayaan sains dan inovasi merupakan objektif utama yang ditumpukan dalam SGI2012 yang menyaksikan sejumlah 397 program bersifat interaktif dan beraplikasi telah dan akan dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menurut Maximus, program dan aktiviti yang dirangka

diharap dapat memberi impak jangka panjang bagi memastikan pembudayaan sains dan inovasi mampu memanfaatkan pembangunnan negara.

Sehingga kini, katanya, jumlah pengunjung empat Karnival Sains dan Inovasi yang dijalankan setakat ini mencecah seramai 78,308 orang dengan sambutan meng-galakkan terus diterima daripada golongan remaja dan belia.

“Di bawah program induk SGI2012 iaitu Majlis Pelancaran Logo dan Lagu SGI2012, Majlis Perasmian SGI2012, Karnival Sains dan Inovasi Zon Timur dan Zon Sabah 2012, sejumlah 7,797 pengunjung terdiri daripada golongan remaja.

4Julai2012

Page 5: edisi_108_2012.pdf

“Selain itu, seramai 12,752 pengunjung adalah belia, 1,670 kanak-kanak dan 7,900 orang golongan berumur lebih 40 tahun,” katanya sambil menjelaskan melalui SGI2012, jabatan dan agensi di bawah MOSTI turut memantapkan program mene-rusi infrastruktur sedia ada.

Salah sebuah agensi MOSTI iaitu Pusat Sains Negara (PSN) melaksanakan lebih 30 program seperti kelana sains, demonstrasi sains, cuti-cuti di PSN dan pameran Encyclopedia of the Actroid dan Dinosaurs Live! berjaya menarik penglibatan 228,459 orang dengan 77,093 orang atau 32% daripadanya adalah remaja.

Penglibatan PSN dalam Karnival Sains dan Inovasi SGI2012 pula menerima 7,300 pengunjung di mana hampir 50% adalah remaja, manakala program Family Innovation Movement (FIM) disertai 37.5 peratus peserta remaja.

Selain itu, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) pula menerima 16 lawatan berkum-pulan dengan jumlah pelawat seramai 619 orang pada lima bulan pertama 2012. Daripada jumlah tersebut, 71% adalah golongan belia dari penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Penglibatan ARSM di 11 lokasi pameran tahun ini sempena SGI2012 telah dikunjungi 60 peratus golongan remaja dan 40 peratus golongan belia dan orang awam.

Sementara itu, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) yang melak-sanakan aktiviti kesedaran ilmu sains angkasa di Planetarium Negara menerima 149,425 pengunjung pada tahun 2011 dan 50,737 pengunjung setakat lima bulan pertama 2012 dengan anggaran pengunjung kanak-kanak seramai 30%, remaja 60% dan pengunjung luar 10%.

Pelawat yang berkunjung ke Agensi Nuklear Malaysia pada tahun 2011 mere-kodkan seramai 5,991 pelawat berbanding 4,626 pelawat pada tahun 2005, yang majoritinya pelajar-pelajar sekolah dan penuntut IPT.

Melalui Program Siri Jelajah Malaysia: I Love Nuclear yang dijalankan, sebanyak 80% daripada 4,000 responden berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun menyokong penggunaan teknologi nuklear dalam bidang perindustrian, pertanian, perubatan dan tenaga elektrik.

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) turut memainkan peranan seiring SGI2012 dengan mengendalikan program Jejak Inovasi dan Kids Event yang mendapat sambutan meng-galakkan. Sehingga 30 Jun 2012, seramai 2,880 murid berumur 10 hingga 12 tahun dari lapan negeri iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan,

Sabah, Johor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kedah terlibat dalam program Kids Event.

MenjelajahSementara itu, pelaksanaan Jejak Inovasi

yang diadakan bersama Karnival Sains dan Inovasi serta program induknya telah menjelajah ke sembilan lokasi antaranya Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, Johor dan Kedah telah berjaya menjejaki sebanyak 246 inovasi.

Menurut Maximus, penemuan ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran dan minat terhadap sains dan inovasi semakin meningkat di kalangan rakyat. Bagai-manapun, MOSTI memerlukan tempoh lebih lama bagi mengukur sejauh mana ke -berkesanan program yang dilaksanakan se -terusnya meningkatkan impak positif terhadap bidang ini.

“Melalui SGI2012 diharapkan kecen -derungan dan minat belia serta remaja terhadap bidang sains mampu ditingkatkan dan MOSTI bersama-sama agensi berkaitan akan meneruskan usaha mendedahkan

golongan ini terhadap potensi serta tarikan bidang sains,” katanya sambil menjelaskan kera -jaan juga telah mem -belanjakan sejumlah dana untuk penyelidikan d a n p e m b a n g u n a n (R&D) bidang ini.

Dalam pada itu, melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), RM2.87 bilion diperuntukan untuk melaksanakan aktiviti R&D dalam bidang STI dan sebanyak 4,440 projek telah diluluskan dengan 3,397 projek berjaya disiapkan sehingga tahun 2011.

Bagi RMK-10 pula, Maximus berkata, sebanyak RM250.77 juta telah dipe-runtukkan dan 581 projek telah diluluskan bagi Dana MSC Malaysia Customise Incen­tive, Dana ScienceFund, Dana Pra Peng-komer sialan, Dana CRDF, Dana TAF dan MSC Malay sia R&D Grant Scheme.

Beliau menjelaskan, pengkomersialan R&D bagi sektor ICT dan Bioteknologi agak membanggakan, namun ia perlu terus diperkukuhkan bagi merealisasikan inovasi yang disebut game changer.

“Inovasi ini mempunyai implikasi besar bukan sahaja ia mengubah persepsi bahawa kita hanyalah pengguna kepada teknologi, malah kita akan menyumbang kepada pembangunan teknologi dan produk baru di pasaran global, seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat dan membuka peluang pekerjaan kepada para graduan dalam bidang-bidang profesional,” katanya.

PrOGraM berasaskan sains dan inovasi ditumpu dalam SGI2012 bagi menarik minat golongan remaja dan belia.

5Julai2012

Page 6: edisi_108_2012.pdf

fokus

Jejak inovasi terbaik luar bandar

Oleh NURUL ANUAR KARI

PROGRAM Jejak Inovasi merupakan satu inisiatif bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) da lam usaha memartabatkan hasil inovasi semua golo­ngan masyarakat di negara ini ter uta manya di akar umbi.

Program ini telah menjelajah ke be be rapa buah negeri termasuk Melaka, Sabah dan Sarawak malahan akan diteruskan ke seluruh negara tanpa mengira bandar atau pedalaman demi me man faat kan idea inovatif untuk kepentingan sejagat.

Selain warga kerja YIM dan MOSTI, program Jejak Inovasi turut disertai pakar dalam bidang automotif, reka bentuk mesin, perkhidmatan, pembuatan, pemasaran, media cetak dan elektronik serta sukarelawan institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Objektif Jejak Inovasi adalah mengenal pasti hasil kerja atau karya inovatif yang di ­hasilkan golongan akar umbi serta mem ­berikan khidmat nasihat tentang objektif utama, kaedah penambahbaikan dan ciri­ciri inovasi yang bermutu kepada pereka cipta berkenaan.

Produk inovatif yang dikenal pasti ber ­potensi untuk dikomersialkan akan diba­ngun kan lagi melalui pelbagai platform yang disediakan pihak kerajaan dan swasta, mi ­salnya Pusat Innospace MOSTI yang ber­tempat di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Sabah merupakan destinasi kedua pro­gram Jejak Inovasi selepas pertama kali diadakan di Melaka pada Julai 2011.

Jejak Inovasi Sabah yang bermula pada 17 hingga 19 September 2011 cuba mengurai rahsia idea kreatif dan ciptaan penduduk ter­utamanya di pedalaman yang melangkaui semua kekangan geografi, pendidikan dan sosioekonomi.

Membabitkan daerah Keningau, Tenom dan Tambunan, 10 inovasi warga Sabah di ­kong si bersama­sama pakar industri dan wakil­wakil agensi kerajaan berkaitan untuk dinilai daripada sudut pembangunan untuk dikomersialkan.

Walaupun kesemuanya unik dan menarik, empat inovasi dari Sabah mempunyai po ­tensi besar untuk dikomersialkan serta di ­manfaatkan individu mahupun penduduk seluruh dunia.

Penuai dan pelerai padiUniknya di Sabah, Jejak Inovasi bermula

dan berakhir dengan inovasi melibatkan padi untuk memudahkan pesawah mengumpul hasil tuaian mereka.

Mesin pelerai padi ciptaan Siteo Akang di Keningau umpama saling melengkapi fungsi mesin penuai padi ciptaan Julius Peter di Kampung Dabata, Tambunan yang kedua­duanya sesuai digunakan pesawah kecil khususnya di kawasan pedalaman.

Mesin penuai padi Julius secara asasnya satu pengubahsuaian kepada mesin pe ­motong rumput yang diganti dawai pe mo­

tong rumputnya dengan mata gergaji bagi membolehkannya memotong batang padi ketika proses menuai.

Dicipta bagi mengatasi masalah sakit pinggang dan belakang yang dialaminya ketika menuai padi, Julius yang sudah ber­usia berjaya membangunkan satu reka ben­tuk baru untuk memudahkan kerja pe nuaian.

Selain itu, mesin yang diubahsuai itu juga terbukti mengurangkan pembaziran butir padi ketika proses menuai yang sering kali menyaksikan biji padi bertaburan di sana sini.

Walaupun inovasinya ringkas dengan penggantian mata pemotong mesin rumput serta menambah sekeping zink untuk me ­ngumpulkan padi, ia terbukti me mudahkan kerja pesawah, mengurangkan pembaziran dan mudah untuk diko mer sialkan.

Dengan pengeluaran bilah mata dan komponen zink pengumpulan padi sebagai ak sesori tambahan kepada mesin pe mo tong rumput, hasil inovasi ini dapat dijual kepada mana­mana individu mahupun masyarakat yang mengerjakan sawah padi di seluruh dunia.

Mesin pelerai padi rekaan Siteo pula m e n g g u n a ka n ko n s e p s e r u p a i a i t u mengurangkan pembaziran butir padi tetapi pada masa sama dapat mengasingkan biji padi daripada batangnya.

Uniknya mesin pelerai padi ini, ia diperbuat daripada besi terpakai dan barang gantian kenderaan menggunakan rekaan dan ilham Siteo sendiri setelah bertahun­tahun penat

JEJAK Inovasi Sabah mendapat sambutan masya rakat setempat khususnya di daerah Keningau, Tenom dan Tambunan, Sabah.

MESIN pelerai padi ciptaan Siteo Akang bakal memudahkan pesawah mengumpul hasil tuaian.

6Julai2012

Page 7: edisi_108_2012.pdf

menghempas padi menggunakan tangan.Selepas 12 tahun mencipta mesin pelerai

padi itu, Siteo kini mempunyai sebilangan pelanggan di kawasan pedalaman yang berkongsi mesin tersebut bersama­sama pesawah kecil lain untuk mengumpulkan hasil tuaian masing­masing.

Walaupun tidak mempunyai latar bela­kang pendidikan yang tinggi, dia kini ber jaya menjual lebih 100 unit mesin pelerai padi itu di Keningau, Tambunan, Tenom dan Ranau yang mampu meleraikan satu ekar tuaian padi daripada hampasnya da lam masa dua jam berbanding meng gu nakan tangan yang memerlukan masa lebih daripada satu hari.

Dengan reka bentuk sedia ada, hasil inovasi ini boleh dikembangkan lagi se te­rusnya dikeluarkan secara besar­besaran un ­tuk kegunaan pesawah­pesawah kecil di dalam dan luar negara.

Pengeluaran secara besar­besaran di ­jangka dapat mengurangkan kos pembuatan dan harga jualan terutamanya untuk pe ­sawah kecil yang sudah berusia dan tidak mampu mengupah pembantu atau meng­gunakan jentera berat.

Mesin penuai dan mesin pelerai ini menjadi contoh inovasi terbaik dari pesawah dan boleh menghapuskan peranan orang tengah, mengurangkan kos penuaian serta meningkatkan hasil tuaian.

Alat muzik buluhSelain inovasi jentera, Sabah juga mem­

punyai inovasi karya seni tersendiri yang sememangnya sudah terkenal se hing ga ke negara matahari terbit.

Philipus Jani dari Kampung Kepayan Lama, Tambunan telah memulakan projek menghasilkan alat­alat muzik daripada buluh sejak 1993 lagi dan sehingga kini telah berjaya meng hasilkan 12 alat muzik berbeza ber asaskan buluh.

Hasil paling di bang gakannya ada lah saksofon buluh yang berjaya diha silkan pada

tahun 2005, selepas 12 tahun mencuba.Philipus memu lakan projek inova tifnya itu

kerana minatnya bermain saksofon tetapi kerana tidak mampu membeli saksofon besi, dia berazam menghasilkannya sendiri daripada sumber asli yang kaya di sekeliling kawasan rumahnya.

Produk ciptaannya itu bukan sahaja berjaya menarik pengkaji muzik, profesor universiti dan peminat muzik seluruh negara, malahan telah membawanya ke pentas antarabangsa di Jepun.

Selain saksofon, dia turut berjaya meng­hasilkan flut, dram dan gitar elektrik daripada buluh dengan kesemuanya dibentuk bagi menghasilkan bunyi yang sama dengan alat muzik yang diperbuat daripada besi.

Dengan berfikir secara kreatif dan inovatif, Philipus berjaya menukar nilai sebatang buluh yang berharga RM2 jika dijual kepada kilang, menjadi alat­alat muzik bernilai sekitar RM4,000.

Uniknya produk ini, reka bentuk khusus setiap alat muzik sedia ada sudah boleh dikomersialkan dengan kadar segera jika menggunakan bantuan mesin berat.

Di samping itu, kesemua alat muzik buluh rekaan Philipus juga boleh dike luarkan dalam saiz mini sebagai cenderahati dan hiasan ikonik untuk negeri Sabah dan juga Malaysia.

Empangan hidro miniMenyebut kawasan pedalaman, bekalan

elektrik merupakan antara masalah yang sering dihadapi penduduk memandangkan kabel elektrik sukar disambung akibat kekangan faktor geografi setempat.

Namun, hasil ciptaan inovatif Abdul Hamid Jasmin di Kampung Libang Laut membolehkan penduduk kampungnya menikmati bekalan elektrik berterusan sepanjang tahun.

Empangan hidroelektrik mini yang

dihasilkan Abdul Hamid direka sepenuhnya hasil ilham membaca tentang empangan hidro yang menghasilkan sejumlah besar elektrik yang mampu menampung keperluan sebuah negara.

Mula beroperasi sejak tahun 2003, se ba­nyak 14 rumah penduduk kampung di ka wa­san pedalaman itu dapat menggunakan se ­mua jenis peralatan elektronik dan ko mu ni­kasi walaupun penempatan mereka jauh dari jalan mahupun kabel grid elektrik utama.

Dengan reka bentuk empangan yang ringkas di sebuah sungai yang kecil, turbin empangan hanya disambung kepada sebuah enjin, kotak gear dan dinamo untuk menghasilkan tenaga elektrik secukupnya untuk penduduk kampung setiap hari.

Dengan kos pembinaan sekitar RM10,000 dan diselenggara pada kadar RM15 sebulan bagi setiap rumah, bekalan elektrik kini boleh dinikmati sesiapa sahaja walaupun di kawasan pedalaman.

Selain sebuah empangan mini di kam­pungnya sendiri, Abdul Hamid juga telah mem bina tiga lagi empangan mini di per­kam pungan lain dengan satu lagi dalam perancangan berhampiran Kota Kinabalu.

Industri makanan dan minuman berasaskan halia

Diusahakan Henry Charles di sebuah bengkel kecil, pelbagai produk makanan dan minuman yang telah menerima sijil pe nge sa­han halal seperti halia halwa, madu, serbuk minuman, kordial dan sos cili diusahakan.

Menurut Henry, dia telah mengusahakan bengkel tersebut selama tiga tahun dengan bantuan agensi kerajaan selaku usahawan bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Per ta­nian Malaysia (MARDI) dan SIRIM Berhad.

ALAT muzik berasaskan buluh yang dicipta oleh Philipus Jani.

INOvASI masyarakat setempat berjaya menghasilkan Empangan Mini Hidro di Kampung Limbang Laut Tambunan, Sabah.

7Julai2012

Page 8: edisi_108_2012.pdf

Inovasi

Compiled by:NURUL ANUAR KARI

TaLKING about innovation, we some­times confuse it with the term invention since both words are quite similar and

can hardly be distinguished.‘By anyone, for everyone’ would best

describe an innovation which is something creative made to enhance or improve the quality of life for someone, their family or their community.

Anyone regardless of age, geography, socio­economy or educational status can be inno va­tive and create something new, such as a product, a system or even a way of life.

Innovations probably existed since the time humans were able to think creatively in making improvements to everyday life, be it an improvement in daily tools or the means of fixing a problem.

This was possibly until the language of science and mathematics catapulted humans to be the dominant species on earth by improving the details, accuracy and potential of innovations in the modern world.

However, probably only a few are entitled to be named ‘the best’ after selecting from the many, many number of inventions or innovations published in books and the internet, as they have played an integral part of human civilization.

MedicineDNA testing and sequencing, even the

human genome mapping project started as a purely academic program to excel in understanding ourselves, the human body.

However, from this mega­exercise, we have found the root of many, mainly hereditary diseases that plagued mankind for generations.

This information later led to new innovative

The Best Innovation

8Julai2012

Page 9: edisi_108_2012.pdf

means of preventing diseases such as thalassemia or even the possibility of genetic treatment using viruses.

Talking about treatments, the discovery of penicillin by Alexander Fleming in 1928 probably changed how humans see and treat diseases.

From there, generations of new antibiotics from chemical and natural products have helped to prevent pain and death to countless lives.

This brought about the age of safe surgeries, the latest being non­invasive, laser and even robotic surgeries for all sorts of human diseases, without having to cut anyone open.

ElectronicsWhere do we start when we look at

innovative electronics that have changed the course of human civilization?

Computers, television (TV) and radio, the camera, global positioning system (GPS), the radar and sonar systems, and even the small blinking light bulbs we take for granted, light emitting diodes (LED)?

These are not just plain inventions that

have changed our way of life, they are innovations that improve and enhance everyday life for the better.

Computers have taken over in the way we work, how we communicate, control transport, even enable humans to reach for the stars and beyond.

Television and radio once were only envisioned as communication tools have now set the trend of daily life be it culture, social interaction and even new industries from the analog to the digital age.

Even the camera has tagged along into the digital superhighway, leaving behind the use of film to accommodate an easier, faster and even for multipurpose usage by the average man.

Way of lifeWhat better innovation than electronic

gadgets? These innovations changed our way of life, from walking on sidewalks to speeding through the electronic superhighway.

Around the early to middle of the 20th century, human civilization saw innovations in harnessing daylight (the light bulb), communications (telegraph, telephone),

traveling (petrol fuelled motorcycles, cars, planes) and even ways to cook your food (the microwave oven).

By the end of that century and beginning in the 21st, the new boom began due to the introduction of new electronic equipment and devices such as, the mobile phone, scanners and the bar code system.

Although all these electronic devices were highly innovative on their own and an integral part of our life today, there’s one thing that made the boom ‘explode’, the internet itself.

Basically using the concept of connecting everyone regardless of geographical location, the internet brought about the borderless age via the telephone landline (cable), satellite and even wireless connections.

Through this limitless connection, people are able to shop online (eBay, Amazon), bank online, watch TV and best of all communicate by messaging (Facebook, chatroom, Twitter), or voice (Internet phone, VOIP) or do video conferencing (Skype), with minimal financial cost.

With the introduction of smart phones, tablets, netbooks, laptops and other gadgets linked to ‘the net’, internet access is no longer bound to the personal computer, making all its functions and applications available at the touch of a button, anytime anywhere.

Of course, you can spend the next 100 years arguing about which innovations are the best and yet there will always be something better ahead.

It is probably best said that the best innovation is a unique choice entitled to each individual considering how it has touched and shaped their lives to the person they are today.

Rather than picking an innovation, why not make one yourself and let that be the best innovation to you and someday, maybe even best for the world.

So, continue on the path of creative and innovative thinking, using any and all new innovations to enrich, empower and enhance the joys of life.

9Julai2012

Page 10: edisi_108_2012.pdf

ASM’s Standpoint

LaTELY, there have been disturbing reports about the decline in the number of students doing science. It has reached

a critical level.Though the government had targeted a

science to arts students ratio of 60:40, the actual ratio is much lower. Some say it may be more like 20:80.

At the rate things are going, it will be tough for the government to increase the number of research scientists and engineers (RSEs) in the country. The government’s target of 50 RSEs per 10,000 workers by 2020 does not look achievable.

This can have serious repercussions on the country’s innovation plan. How can we address this? How can we attract more students to do science?

Ask any student what would be their preferred profession. Or for that matter, ask the parents what they want their children to be. Chances are the student will not choose a career in science.

And the parents will also not want their children to pursue science. Anything but science.

Why is this so? Why is science unattractive? Experts have offered many reasons for the declining interest in science.

On top of the list is the fact that a career in

science does not pay well. It is much less lucrative compared with other professions.

But many believe there is more to it. One factor contributing to the growing disinterest in science has to do with the fact that science is widely viewed as complicated, uninteresting and difficult to master. Is this true?

Is it really complicated? In the past, there was no difficulty in getting students to join the science stream. In fact, in the early years, the country was able to attract many to do science.

Some were disappointed when told they did not qualify to join the science class. Is it the teaching methods that are putting students off science nowadays? Or is it to do with the facilities for studying science?

Many countries have introduced new approaches to teaching science.

In France, for example, their inquiry-based science education (IBSE) is proving to be a hit among students.

China is also implementing its own IBSE model. They call it the “handsbrain” programme. In the United States, their K12 model has also shown positive signs.

All these programmes are based on the use of practical approaches to explain and describe scientific theories and phenomena.

Malaysia has yet to put in place its own IBSE programme. The fact that some schools reportedly do not have proper science laboratories would make it difficult to implement IBSE.

This does not augur well for science teaching and will negate the target to increase the number of scientists to support the nation’s transformation agenda.

Under the government’s Economic Transformation Programme, many admit science and technology can make a lot of difference to the outcome.

Science can be deployed to not only sustain

By Dr. AhMAD IBrAhIM FASc.

Putting Science Back on the Agenda

10Julai2012

Page 11: edisi_108_2012.pdf

the 12 National Key Economic Areas (NKEA) but also discover new potential areas for growth. This cannot be achieved without a critical mass of scientific talent.

Without a sufficient number, the country could face difficulties competing in a global economy increasingly led by science and innovation.

Already, the plantation sector is lamenting the lack of human capital in agriculture, especially agronomists, microbiologists and fertiliser technologists.

An acute shortage of taxonomists needed to support our biodiversity programme has

also been reported.There are also very few students taking

mathematics. Yet, a strong command of mathematics is essential in almost all fields of science.

In developed countries, professionals in biotechnology, bioinformatics, information and communications technology and computational biology all have good grounding in mathematics.

It is high time we resolved this talent issue in science. The government’s recent announcement to undertake a national review of the country’s education policy is

welcome.In science education, the review should

seriously look at the policy to train science teachers. Often, the teaching of science is not the preferred vocation of many would-be teachers.

Some take up the option while waiting for a better job opportunity.

As a result, there have been blatant cases of teachers not taking classroom teaching seriously. Often classroom teaching is considered inadequate to cover the full syllabus.

Students, therefore, have to attend expensive tuition classes to make up for whatever has been left out in the classroom. There have been a mushrooming of tuition centres.

In the early days, extra tuition was not widely taken. Yet, we were able to produce well-schooled students.

We may want to take a cue from some countries which have been more successful in attracting the best brains to take up the teaching of science.

One country has successfully attracted its top students to take up the teaching of science by offering them lucrative incentives and rewards.

Apart from better pay, those who join the programme are also given the opportunity to pursue further studies up to the PhD level.

If we are to make headway in the global innovation-led economy, investment in science education is of paramount importance.

Otherwise, it will be a matter of time before we are overtaken by countries like Vietnam, where their investment in science education is on the rise.

ProF. Asma Ismail FASc. (fourth from the left) led the National Science

Challenge champions to Stockholm to meet the Nobel Prize winners.

Dr. AhMAD IBrAhIMis a CEo/Fellow of the Academy

of Sciences Malaysia.

11Julai2012

Page 12: edisi_108_2012.pdf

fokus

Pembudayaan Inovasi

Oleh Dr. SAIfOLLAH ABDULLAH

APA B I L A k i t a m e m p e r ka t a ka n tentang inovasi biasanya kita tidak terlepas daripada menyebut nama

Steve Jobs yang terkenal dengan produk inovasi iPad di bawah jenama Apple Computers.

Se t iap manusia mempunyai s i fat berinovasi walau bagaimanapun ia berbeza-beza daripada segi tahap inovasinya.

Tahap inovasi seseorang individu mungkin bergantung kepada pengalaman, pendedahan dan yang paling penting adalah kebijaksanaan atau kepekaan menilai persekitaran.

Seseorang yang sangat peka kepada persekitaran sama ada dalam lingkungan kehidupan masyarakatnya atau yang lebih global akan dapat menghasilkan inovasi yang lebih baik.

Inovasinya mungkin bagi menyelesaikan masalah atau meningkatkan gaya dan taraf kehidupannya dan masyarakat sejagat.

Penilaian tahap inovasi seseorang sama ada dalam bentuk produk atau ilmu pengetahuan adalah sangat subjektif.

Ia mungkin berbentuk penghargaan, pemasaran produk atau sekadar memenuhi

kepuashatian diri sendiri atau sekelompok individu.

Oleh itu penilaian inovasi seseorang adalah penting bagi meningkatkan tahap pembudayaan inovasi ketahap lebih tinggi.

Kejayaan menilai tahap inovasi merupakan faktor penting agar kita dapat terus menyuburkan kecenderungan inovasi dalam pelbagai bidang.

Proses penyuburan, memudah cara dan menghargai hasil inovasi akan mem-budayakan masyarakat berinovasi.

Minat terhadap inovasi perlu dipupuk dan diambil perhatian di semua peringkat masyarakat, sama ada dalam kalangan pentadbir, penyelidik, usahawan, pendidik, petani dan yang lebih penting di kalangan pelajar.

Mereka yang telah menceburi bidang pekerjaan sama ada sebagai majikan atau pekerja sepatutnya lebih tahu mengenai keupayaan mereka untuk menginovasikan sesuatu produk atau proses dalam bidang teknologi atau pengurusan.

Bagaimanapun, kadang-kadang mereka tidak tahu menilai tahap inovasi masing-masing dan tidak menghargai inovasi yang telah dilakukan.

Lebih penting lagi majikan sama ada

sektor awam atau swasta perlu tahu menilai tahap inovasi pekerjanya dan mestilah memupuk dan memudah carakan agar ia berkembang dan bermanfaat.

Bagi golongan pelajar sama ada di p e r i n g ka t s e ko l a h a t a u u n i ve r s i t i ,

Steve Jobs, pengasas bersama dan bekas ketua pegawai eksekutif Apple Computers.

BAJU tahan kotor hasil inovasi teknologi nano.

LInUS Hovmoller Zou (kanan), kanak-kanak 10 tahun yang berjaya menyelesaikan masa-lah sains dan telah menjadi penerbit kertas kerja dalam jurnal bersama bapanya.

12Julai2012

Page 13: edisi_108_2012.pdf

pembudayaan inovasi sangatlah penting kerana mereka tidak mempunya had berinovasi dan pemikiran mereka masih bebas untuk berinovasi.

Guru, ibu bapa dan masyarakat mesti tahu menilai hasil inovasi pelajar-pelajar dan kecenderungan bidang inovasi mereka.

M u n g k i n m e r e k a t i d a k d a p a t menghasilkan produk atau proses yang dapat meningkatkan jualan sesebuah s y a r i k a t t e t a p i m e m a d a i d e n g a n menghasilkan kaedah paling mudah untuk menghafal sifir, memudahkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dalam matematik.

Pelajar di peringkat yang lebih tinggi mungkin berkeupayaan untuk berinovasi pada tahap lebih tinggi untuk menyelesaikan masalah persekitaran atau lebih mencabar lagi.

Contohnya kejayaan inovasi yang ditunjukkan oleh seorang pelajar dari Kolej Tunku Kurshiah iaitu, Siti Norsarah Suhaimi, 16, yang telah memenangi anugerah Emas katogeri keseluruhan pertandingan dan Anugerah khas dari pertubuhan rekacipta Korea dalam pertandingan Reka Cipta dan Inovasi di Lasi, Romania pada Mei 2012.

Dia telah menghasilkan inovasi hos air automatik yang dikenali sebagai Aqueract yang mana kita tahu ia merupakan masalah seharian masyarakat.

Apabila minat dan kecenderungan mereka dipupuk dan dimudah carakan diharap ia akan dapat memberi manfaat kepada

negara. Industri pembuatan peralatan permainan

seperti di Hong Kong dan Taiwan meng-gunakan inovasi dan maklum balas dari kanak-kanak bagi meningkatkan kualiti sesuatu peralatan permainan agar lebih digemari dan menyeronokkan di kalangan kanak-kanak.

Penggalakkan, penghargaan dan motivasi kepada pembudayaan inovasi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti pertandingan, bengkel dan pendedahan kepada hasil-hasil inovasi.

Ekosistem amatlah penting ke arah pembudayaan inovasi di semua peringkat.

Inovasi mestilah tidak dihadkan kepada sesuatu bidang sahaja dan setiap inovasi mestilah dinilai tidak kira dari golongan dan tahap mana walaupun ia dari kalangan penduduk luar bandar atau sekolah rendah.

Konsep industri keluarga atau di rumah mungkin mempunyai nilai inovasi yang tinggi dan ia harus diambil perhatian dan dimudahcarakan agar ia dapat menyokong industri yang lebih besar sebagaimana banyak diamalkan di Korea, negara paling tinggi tahap inovasi di dunia.

Ekosistem inovasi merupakan teraju utama bagi pembudayaan inovasi yang bermula dari unit-unit inovasi yang kecil dan bergabung menjadi rangkaian industri berasaskan inovasi dengan polisi dan perlaksanaan yang mampan.

Namun pembudayaan inovasi mesti diteruskan.

l Pelbagai takrifan telah digunakan misalnya Joseph Schumpeter mentakrirkan sebagai Creative Destruction tetapi secara amnya adalah penambahbaikan kepada lebih cekap, lebih baik, lebih selamat dan lebih mudah sama ada kepada sesuatu produk atau proses.

l Inovasi bermula daripada semua sudut, lapisan masyarakat dan pelbagai bidang tetapi untuk mengenal pasti dan menghasilkan produk atau mengenali individu yang akan menghasilkan produk berasaskan inovasi yang dapat mengubah gaya hidup manusia sejagat, mungkin satu dalam berjuta kalau tidak pun satu dalam sejuta.

Profesor Saifollah Abdullah ialah Pensyarah di fakulti Sains GunaanUniversiti teknologi MARA, Shah Alam.

iPAD hasil inovasi Steve Jobs yang mengu-bah gaya hidup ICt remaja masa kini .

RAk penyimpan peralatan taman yang begitu mudah dan sangat berguna hasil inovasi syarikat Wolf Garten, Jerman.

13Julai2012

Page 14: edisi_108_2012.pdf

kalendar SGI2012

Januari 2 9 2 2 15Februari 2 21 5 2 30Mac 9 26 8 5 48April 8 27 5 4 44Mei 7 17 8 1 33Jun 11 20 9 6 46Julai 8 23 4 0 35Ogos 1 3 1 5 10September 5 19 9 1 34Oktober 9 20 5 5 39November 4 7 10 3 24Disember 4 3 7 7 21Sepanjang Tahun 3 12 0 3 18Jumlah Aktiviti / Segmen 74 206 73 44 397

Sains &Matematik

kesedaran & Pembudayaan Inovasi

Pengkomersialan & Pameran (R& D

dan Akar Umbi)

Inovasi Perkhidmatan &

Pengurusan

Jumlah Aktiviti /

Bulan

Ringkasan kalendar Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional 2012

kalendar terkini di portal SGI2012: http://sgi2012.mosti.gov.my

14Julai2012

Page 15: edisi_108_2012.pdf

ogos 2012 PRoGRAM/ AkTIVITI

Sains dan Matematik1, 8 dan 11 ogosMakmal Amali Fizik, Kimia dan Biologianjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh MRSM

kesedaran dan Pembudayaan Inovasi17-19 ogosMindset Change Programme anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Sarawak

21-23 ogosMAKE WEEKEND KELANTAN anjuran Kaki Seni dan Tandemic di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

ogos*Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)dan KIK peringkat zon anjuran Kementerian PerdaganganAntarabangsa dan Industri (MITI) di MITI

Pengkomersialan dan Pameran (R&D dan Akar Umbi)ogos- NovemberDIY Malaysia anjuran kaki Seni dan tandemic

Inovasi Perkhidmatan dan Pengurusan1 ogos - 30 oktoberPertandingan Creannovators KementerianPengangkutan anjuran Kementerian Pengangkutan.

1 ogos - 30 oktoberPertandingan Div-Inno anjuranKementerian Pengangkutan

1 ogos Pertandingan Inovasi Jabatan Tenaga Kerja (JTM)Sarawak anjuran Kementerian Sumber Manusia di Sarawak

ogos*MdI Innovative and Facilitative Dialogue 2012 anjuranJabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Sabah dan Sarawak

ogos*Anugerah Inovasi MARA anjuran Majlis Amanah Rakyat(MARA) di semua pusat MARA

RINGkASAN PRoGRAM

Ujian Amali ini bertujuan mengujikeberkesanan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif pelajar dalam bidang fizik, kimia dan biologi.

Program ini bertujuan mengubah pemikiran warga kerja syarikat agar lebih inovatif dan kreatif dengan merencanakan elemen kepimpinan dan kerja berkumpulan di setiap peringkat pengurusan.

Program ini bertujuan mempersembahkanidea, membentuk kumpulan berdasarkan idea tersebut dan seterusnya membina prototaip. Prototaip tersebut akan ditunjukkan kepada pakar-pakar dari industri bagi tujuan penambahbaikan.

Konvensyen ini bertujuan menyediakan platform kepada KIKbagi mempersembahkan projek mereka dengan menggunakanalat-alat serta teknik kreativiti dan inovasi serta memberikan pengiktirafan kepada kumpulan KIK yang mencapai tahap kecemerlangan.

Rancangan realiti TV yang memaparkan perjuangan idea serta inovasi akar umbi.

Pertandingan ini bertujuan mencungkil potensi warga Kementerian Pengangkutan yang berdaya kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea yang baharu bagi menambah baik bidang pengangkutan.

Pertandingan ini melibatkan antara bahagian di Kementerian Pengangkutan untuk menyerlahkan potensi dalam menghasilkan produk inovasi terutamanya dalam sistem pengurusan.

Pertandingan ini diadakan untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan khususnya di peringkat jabatan.

Program ini berbentuk sesi dialog di antara pemegang kepentingan, pengamal undang-undang, institusi kewangan dan perbankan.

Pertandingan inovasi ini bertujuan menggalakkan budaya kreativiti dan inovasi di dalam perkhidmatan.

Nota: * Dikemaskini sehingga 22 Jun 2012

15Julai2012

Page 16: edisi_108_2012.pdf

Pupuk Identiti Kebangsaan dalam Seni Bina Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

Apakah jawatan tuan sekarang?Ar. HijjAs KAsturi: saya merupakan Pengarah di Hijjaz

Kasturi Associates yang ditubuhkan pada tahun 1977 untuk melaksana urusan merancang dan mereka bentuk projek pembinaan bangunan.

Boleh kongsikan latar belakang akademik tuan?Ar. HijjAs KAsturi: sejak kecil saya memang meminati

bidang seni bina. tuah menyebelahi saya kerana mendapat tajaan melanjutkan pelajaran dalam kursus seni bina di sebuah universiti di Australia selama tujuh tahun.

Bagaimana dengan perjalanan karier tuan pula?Ar. HijjAs KAsturi: sekitar tahun 1965, saya berkhidmat

sebagai arkitek di singapura selama lebih kurang setahun. Disebabkan kesukaran mendapatkan projek di sana, saya berhijrah ke Malaysia atas undangan tun Abdul razak sebelum menubuhkan sekolah seni Bina di institut teknologi MArA (sekarang dikenali sebagai universiti teknologi MArA) pada tahun 1966. Kemudian, pada tahun 1968 pula, saya bersama-sama lima orang rakan kongsi menubuhkan syarikat Arkitek Bersekutu sebelum akhirnya saya menubuhkan syarikat pembinaan sendiri, Hijjaz Kasturi Associates sehingga kini.

Apakah kejayaan yang pernah dicapai sejak penubuhan Hijjaz Kasturi Associates?

Ar. HijjAs KAsturi: Ketika awal penubuhan dahulu, aktiviti pembinaan banyak tertumpu kepada projek perumahan dan kedai-kedai. sehingga pada tahun 1989, syarikat saya telah memenangi pertandingan membina Menara Maybank di Kuala Lumpur yang disertai lebih 50 syarikat tempatan dan antarabangsa. sejak kejayaan itu, Hijjaz Kasturi Associates terus sukses dengan pelbagai projek komersial.

Apakah pegangan yang sentiasa tuan diikuti untuk terus berjaya dalam bidang ini?

Ar. HijjAs KAsturi: saya rasa saya merupakan arkitek paling senior di negara ini. Walaupun telah berusia 75 tahun namun sebenarnya saya masih bimbang kerana belum menghasilkan seni bina yang melambangkan kebudayaan

SEsiAPA sahaja pasti mengenali bangunan unik Menara tM, Menara tabung Haji, Menara Alor setar,

stadium shah Alam dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PiCC).

selain mempunyai reka bentuk luar biasa, binaan-binaan tersebut turut menjadi mercu tanda serta lambang kebanggaan imej Malaysia yang cukup gah.

Di sebalik tarikan itu, tahukah anda

sebenarnya segala operasi pembanguan serta perancangan bangunan-bangunan berkenaan telah diselenggara oleh arkitek tempatan.

Beliau adalah Ar. Hijjas Kasturi FAsc., arkitek popular negara yang banyak terlibat dalam projek pembinaan pelbagai jenis bangunan di dalam dan luar negara.

Walaupun telah berusia 75 tahun, minatnya yang tidak berbelah bahagi dalam bidang itu tidak menghalang beliau

untuk terus menyumbang idea dan kepakaran yang dimiliki.

impiannya hanyalah mahu melihat generasi jurubina akan datang dapat m e n e r a p k a n n i l a i s e r t a i d e n t i t i nasionalisme dalam setiap produk mereka.

Wartawan NAZruL AZiM sHAruDDiN menemuramah beliau untuk mengetahui serba-sedikit pengalaman serta perjalanan kerjayanya sebagai arkitek.

- Ar. Hijjas Kasturi

Chit-chat16julai2012

Page 17: edisi_108_2012.pdf

Malaysia dalam setiap karya saya. ini kerana saya selalu memegang inspirasi untuk mencipta seni Bina yang mempunyai imej kebudayaan nasional. jadi, selagi ada upaya, saya akan berusaha sepenuh tenaga saya untuk mempromosi imej kebangsaan dalam produk seni bina.

Bagaimana tuan melihat pem ba-ngunan bidang pembinaan di Malaysia sekarang?

Ar. HijjAs KAsturi: Kita sudah merdeka lebih daripada 50 tahun, tetapi kebanyakan bangunan di negara ini masih dipengaruhi rekaan barat dan tiada jiwa kebangsaan. sebenarnya, dalam bidang ini kita perlu berani untuk menjadi kreatif dalam menghasilkan reka bentuk unik dan aneh. seorang jurubina perlu memupuk semangat nasionalisme dalam karya mereka.

Apakah yang dimaksudkan dengan identiti kebangsaan dalam bidang seni bina?

Ar. HijjAs KAsturi: setiap arkitek perlu

membuat kajian dan mengaplikasikan pelbagai pengaruh pada produk seni bina m e r e ka . Da l a m ko n t e k s s e m a n g a t kebang saan, banyak falsafah boleh digabungkan terutama yang mengaitkan bangsa Melayu, Cina, india dan sebagainya.

selain itu, mereka juga perlu mengadaptasi elemen ilmu seperti fizik, kimia, alam, kesusasteraan, sukan dan muzik bagi memastikan binaan yang dicipta lengkap dan sempurna.

Apakah cabaran yang dilalui sepanjang bertugas sebagai seorang arkitek?

Ar. HijjAs KAsturi: sejujurnya, sebelum kita menjual idea kepada klien, kita sebenarnya perlu mencari jalan untuk menarik perhatian mereka supaya mengutamakan seni bina berlandaskan imej kebangsaan secara moden. untuk tujuan itu, saya perlu banyak bersabar dan berusaha meyakinkan klien kerana kita harus memimpin dan bukan menjadi pengikut mereka.

Bagaimana generasi baru boleh

memupuk semangat kebangsaan dalam kerjaya mereka sebagai arkitek?

Ar. HijjAs KAsturi: Mengetengahkan semangat kebangsaan bukan bermaksud kita membawa seni bina lama ke zaman sekarang. Apa yang saya maksudkan adalah mengadaptasi elemen tersebut dengan teknologi lebih moden, terkini dan bersemangat baru. Barulah orang boleh menerimanya. ia lebih cenderung kepada teknik memberi inovasi sesuai untuk jiwa orang muda hari ini. Mereka mesti berani buka jalan baru.

Apakah nasihat tuan kepada para pelajar yang berminat menceburi bidang pembinaan?

Ar. HijjAs KAsturi: Apa yang paling penting adalah mereka mesti mempunyai minat yang mendalam dan menjiwai bidang ini . Mereka juga mesti raj in mendapatkan maklumat dan belajar daripada senior. Paling penting jangan lupa selitkan idea dan unsur kebangsaan dalam setiap binaan yang mereka lakukan. Fokus dan tetapkan matlamat yang ingin dicapai.

BIODAtA:

Pencapaian Akademik Profesional :l sarjana Muda seni Bina (university of Adelaide).l sarjana Muda seni Bina (university of Melbourne).l Diploma Perancang Bandar dan Wilayah (university of Melbourne).l ijazah Kedoktoran seni Bina Hon DArch (universiti Malaya) 2008.l ijazah Kedoktoran Kemanusiaan, sains sosial dan

seni Bina (university of Adelaide) 2008.l ijazah Kedoktoran seni Bina (honoris causa) (university of Melbourne) 2008.l ijazah Kedoktoran inovasi senibina (universiti teknologi Malaysia) 2010.l Felo Akademi sains Malaysia sejak tahun 1997.

Nama :Ar. Hijjas bin Kasturi

tarikh lahir:26 september 1936

1956 - 1959Pembantu Arkitek untuk perancangan pelan utama singapore Housing trust di Queenstown dan flat kos rendah di singapura.

1959 - 1961Pembantu Arkitek south Australian Housing trust untuk rancangan pelan Elizabeth town, Australia.

1961 - 1963Pembantu Arkitek Brown & Davis, south Australia untuk perancangan pembinaan bangunan hospital, keagamaan dan perumahan.

1965 - 1965Arkitek Hume Proprietory Ltd., Melbourne, Australia untuk pembinaan kilang, gudang dan bangunan pejabat.

1966 - 1967Arkitek/Perancang urban renewal Department di singapura untuk rancangan pembangunan bandar.

1967 - 1969Ketua Pasukan dalam, pembentukan sekolah seni bina di institut teknologi MArA.

1969 - 1977Menubuhkan syarikat Arkitek Bersekutu yang merupakan anak syarikat kepada Akitek Bersekutu Malaysia.

1977Menubuhkan Hijjas Kasturi Associates, Architects and Planners.

ANtARA BANgUNAN POPULAR yANg PeRNAH DIBINA :

l Perpustakaan dan Fakulti sains sosial, universiti Putra Malaysia (uPM), serdang.

l Perpustakaan dan Fakulti Bisnes universiti teknologi Mara (uitM), shah Alam.

l Club Mediterranean, Cherating, Pahang.

l Hotel Nikko, jalan Ampang, Kuala Lumpur.

l Pusat Membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

l Kelab Darul Ehsan, Ampang jaya, selangor.

l stadium shah Alam, selangor.l stadium tertutup, shah Alam,

selangor.l stadium sarawak, Kuching.l stadium Kedah, Alor setar.l Kedutaan Kuwait, jalan tun razak,

Kuala Lumpur.l Menara Alor setar, Kedah.l Menara MBPj, Petaling jaya.l Menara tM, Kuala Lumpur.l terminal satelit A, KLiA, sepang.l Pusat Konvensyen Putrajaya (PiCC).l Menara tabung Haji, Kuala Lumpur.

SejARAH KeRjAyA

17julai2012

Page 18: edisi_108_2012.pdf

info EstiSUSUNAN NOOR DiANA AZiS

KEmENtERiAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion bagi dana pe- n yelidikan dan pembangunan (R&D).

Ini merupakan peningkatan sebanyak 27.3% berbanding RM1.6 bilion yang diperuntukan dalam Rancangan Malaysia

Ke-8 (RMK-8).Bagi tempoh RMK-9 (2006-2010),

sebanyak 10,413 permohonan dana p e n y e l i d i k a n p e m b a n g u n a n d a n pengkomersialan (R&D&C) berjumlah RM11.63 bilion telah diterima dan sebanyak RM2.87 bilion diluluskan untuk

membiayai 4,440 projek. Sehingga kini, sebanyak 329

hasil daripada 3,397 (9.7%) projek R&D siap di bawah geran MOSTI telah berjaya dipasarkan di Malaysia dan luar negara.

Pada masa sama, institut pengajian tinggi awam dalam usaha pengukuhan penye li di-kan dan pembangunan dalam bidang-bidang ke uta maan negara.

MOSTI juga menjalankan

Program Brain Gain Malaysia bagi pembangunan modal insan negara.

Program tersebut mengguna pakai stra tegi di mana penyelidik, saintis, juru tera dan teknologis (RSET) di luar negara di bawa ke Malaysia untuk tem-poh masa tertentu bagi menjalankan kolaborasi R&D dengan institusi pengajian tinggi institut penyelidikan industri tempatan.

Bagi RMK-9, Program Brain Gain Ma -laysia yang tamat ini telah melibatkan s e j u m l a h p e r u n t u ka n s e b a nya k RM36.06 juta, yang telah memberi manfaat kepada 26 institusi pengajian tinggi (IPT) dan 11 institut penyelidikan serta 4,221 penyelidik dan saintis melalui pemindahan ilmu pengetahuan serta kaedah saintifik baru dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Dana Penyelidikan MOSTI

Pasukan Editorial Pencarian Yahoo! baru-baru ini telah me na makan Pulau Tioman sebagai tempat paling popular dicari dalam enjin carian Yahoo! Malaysia sepanjang tahun 2011.Mengikut statistik tersebut, Pulau Lang-kawi dan Cameron Highland kini berada di tempat kedua dan ketiga.Berikut merupakan antara destinasi percutian yang menjadi pilihan pe ­lancong untuk disemak melalui enjin carian Yahoo! malaysia:1. Pulau tioman: Pulau kecil di Pahang ini ter letak kira-kira 32 kilometer dari pantai Semenanjung Malaysia. 2. Pulau Langkawi: Terletak 30 kilometer dari pantai utara Semenanjung Malaysia, merupakan antara sebahagian daripada 104 pulau yang ada di sini. 3. Cameron Highland: Merangkumi tanah seluas 700 kilometer persegi ini me -rupakan destinasi percutian di utara Malaysia. 4.Pulau Redang: Antara pulau ter be sar di

pantai timur Ma -laysia yang me -r a n g k u m i s e -bahagian daripada pulau yang kaya dengan hidupan laut seperti penyu.5. Pulau Pangkor: Terletak di negeri Perak, pulau ini berkeluasan hanya lapan kilo meter. Namun ia merupakan antara pu lau yang sibuk dengan aktiviti nelayan ser ta industri akuakultur.6. Pulau Perhentian: Ia terletak di timur laut Malaysia dan merupakan kawasan terlindung dan hanya beberapa aktiviti dibenarkan seperti renang, snorkling dan selam skuba.7. Genting Highland: Terletak di Pahang dan hanya memakan masa kira-kira sejam pemanduan dari Kuala Lumpur. Terdapat enam buah hotel, sistem kereta kabel, taman tema serta sebuah pusat konvensyen.

8. Pulau Kapas: Merupakan sebuah pulau berkeluasan enam kilometer di perairan pan tai Terengganu. Ia terkenal dengan aktiviti seperti snorkling serta beberapa kegiatan pantai lain.9. Port Dickson: Bagi mereka yang ge -markan suasana pantai, destinasi yang ter letak di Negeri Sembilan ini amat se -suai untuk penggemar makanan laut ataupun aktiviti pantai lain.10. Pulau Pinang: Merupakan sebuah pulau dan pada masa sama merupakan sebuah negeri yang terletak di utara tanah air. Negeri ini terkenal dengan ke -pel bagaian kaum, kaya dengan sejarah, budaya serta hidangan istimewa.

Paling Popular dalam Yahoo!

Pulau tioman

18Julai2012

Page 19: edisi_108_2012.pdf

Oleh LAUPA JUNUS

manusia kini semakin bergantung kepada butang di hujung jari untuk menikmati pelbagai kemudahan

dalam kehidupan mereka atau mene kan butang untuk lebih mudah melakukan pel

Carian Bahasa MelayuBagaIMana sekiranya anda bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Hindi, bahasa Welsh atau bahasa afrika?

Jumlah kandungan yang terdapat online bagi setiap penutur bahasa Melayu adalah kurang daripada satu peratus daripada kandungan yang ada bagi setiap penutur Bahasa Inggeris.

Oleh itu, sekiranya anda penutur bahasa yang mempunyai kurang kandungan online, sesetengah hasil carian yang paling relevan untuk carian mungkin dalam bahasa Inggeris.

Bagi membantu meruntuhkan tembok halangan antara anda dengan jawapan yang anda perlukan, mulai hari ini anda mungkin melihat keputusan-keputusan relevan dalam Bahasa Inggeris sebagai tambahan kepada hasil carian dalam bahasa pilihan anda.

Sebagai contoh, katakan anda meng gu-nakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan mahu mencari maklumat tentang ‘diet seimbang’ .

g o o g l e a ka n m e m b a n t u m e n c a r i halaman-halaman relevan dalam bahasa Inggeris dan untuk ini anda akan melihat terjemahan ke dalam bahasa anda.

Bahasa adalah salah satu halangan terbesar dalam membolehkan maklumat dicapai oleh semua, enjin carian itu telah berusaha mening-k a t k a n p e n g g u n a a n terjemahan mesin untuk m e m p e r b a i k i c a r i a n merentas bahasa.

Perkara ini penting t e r u t a m a n y a u n t u k bahasa-bahasa tempatan yang kurang mempunyai kandungan online.

Menerusi kemudahan i t u , p e n g g u n a h a r u s m e n d a p a t m a k l u m a t paling relevan tidak kira bahasa apa yang anda gunakan dalam carian.

Kenyataan daripada google menyebut, pihaknya menggunakan terjemahan enjin carian untuk menterjemah carian, mencari halaman-halaman yang paling tepat menjawab soalan anda dan menterjemahkan keputusan-keputusan yang relevan untuk anda.

anda akan mula melihat halaman-

halaman berbahasa Inggeris yang relevan apabila melakukan carian dalam salah satu daripada 14 bahasa ini: Afrikaans, Melayu, Swahili, Serbia, Slovakia, Macedonia, Slovenia, Norway, Hindi, Catalan, Malta, Iceland, Welsh dan Albania.

apabila pengguna mengklik pada tajuk keputusan utama, anda akan mendapat halaman asal berbahasa Inggeris manakala pautan di bawahnya akan membawa anda ke halaman terjemahan.

Terhangat di googleZeitgeist dalam bahasa Jer-man bermakna semangat masa melalui eksplorasi ber bilion ter-ma carian yang dite rima setiap tahun.

‘Paling popular’ merupakan terma carian yang digunakan pa -

ling banyak dalam carian Google pada tahun lepas ma nakala “meningkat naik pa ling pantas” merupakan ter ma ca ri an yang memper li hat kan pe ning katan carian pa ling cepat daripada jumlah carian sepanjang tahun.

Google Malaysia Zeitgeist: Sebahagian senarai paling po -pu lar dan carian yang me ning -

kat naik paling pantas pada tahun 2011.

terma Carian yang me ning kat Naik Paling Pantas: 1. Facebook 2. angry Birds 3. Maharaja Lawak 4. iPhone 5 5. Samsung galaxy

6. iPad 2 7. Jawatan kosong

8. android 9. Tonton

10. aishiteru

Carian yang meningkat Naik Paling Pantas Berkaitan Orang: 1. Bruno Mars2. Hana Tajima3. Cikgu Shida4. avril Lavigne5. anwar Ibrahim6. Fatin Liyana7. Justin Bieber8. Rihanna9. Ustaz Kazim10. Hanis Zalikha

Carian Berita Paling Popular:1. iPad 2 2. Malaysian grand Prix 3. Pusat angkasa Kennedy 4. Kentucky Derby 5. Krisis nuklear Jepun6. anugerah MTV 7. Pengkebumian Michael Jackson 8. Terbuka Malaysia (Badminton) 9. Banjir Thailand 10. Bajet 2012

Carian Persoalan ‘What is’ Paling Popular:1. What is bersih2. What is g6 3. What is ppvrip4. What is ipad 5. What are words6. What is jailbreak7. What is android8. What is lmao 9. What is hacking10. What is information

Carian Blog Paling Popular:1. Blog Serius2. Beautifunara 3. Papagomo4. Jejariruncing5. Honeykoyuki 6. Oh Bulan7. Kari ngeri8. Malaymoviesfull 9. My Resipi 10. IniBelogSaya

19Julai2012

Page 20: edisi_108_2012.pdf

fokus

Kenapakah Harta Intelek Penting?

SOS tomato memang pelengkap kepada rasa pelbagai jenis masakan terutama ala barat.

Mengikut rekod di dalam buku resipi Sugar House Book pada tahun 1801, sos tomato dibuat menggunakan ramuan 100 biji tomato dan juga garam.

Kemudian, resipi berkenaan perlahan-lahan diperkembangkan dan semakin popular di kalangan penduduk Amerika Syarikat (AS).

Sekitar tahun 1824 pula, para petani di sana telah membuat sendiri sos tomato

untuk dijual kepada pasaran tempatan.Antara nama pengusaha sos tomato

besar-besaran yang popular di AS ketika itu adalah Jonas Yerks pada tahun 1837.

Cara penyimpanan sos tomato turut mengalami evolusi di mana dahulu ia dimasukkan ke dalam botol kaca dan pengguna sering berhadapan masalah untuk mengeluarkannya kerana mempunyai struktur yang likat.

Mencari penyelesaian masalah tersebut, ia dipek pula di dalam botol plastik supaya mudah untuk dipicit.

Asal-usul sos tomato

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

HARTA intelek merujuk kepada hak eksklusif sesuatu penciptaan yang dilindungi di bawah undang-undang berkaitan.

Di bawah pemilikan itu, pencipta sesuatu produk mempunyai hak mutlak terhadap pelbagai aset nyata dan tidak nyata yang dihasilkan.

Ia termasuk produk, muzik, karya seni kreatif, perkhidmatan, reka bentuk dan sebagainya.

Secara asasnya, harta intelek boleh dibahagikan kepada kategori hak cipta, paten, cap dagangan dan rahsia perdagangan.

Di sebalik penguatkuasaan undang-undang harta intelek, ia sebenarnya mempunyai kelebihan mampu meningkatkan tahap ekonomi dan inovasi sesebuah negara.

Ini kerana, undang-undang harta intelek menjadi faktor penting mempengaruhi pelaburan perniagaan dari luar negara.

Di negara ini, harta intelek dilindungi oleh undang-undang seperti Akta Cap Dagangan 1976, Akta Paten 1983, Akta Hakcipta 1987 dan Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996

Untuk peringkat global pula, China, Korea Selatan dan Jepun merupakan antara negara yang berada di tempat 10 teratas paling banyak memfailkan paten.

20Julai2012

Page 21: edisi_108_2012.pdf

Apakah Jam Gajah?INOVASI jam gajah yang diperkenalkan pada zaman pertengahan Islam merupakan konsep jam air berkuasa pemberat dengan bentuk seperti gajah.

Pembangunannya yang mengaplikasikan pelbagai unsur barangan boleh bergerak dan menghasilkan bunyi setiap setengah jam.

Selain membantu penentuan masa, penciptaan jam itu dilihat memberi gambaran terbaik tentang kepelbagaian budaya dalam dunia teknologi.

Gajah mewakili budaya India dan Afrika, naga untuk budaya Cina, unsur air mewakili budaya Yunani purba serta serban mewakili kebudayaan Islam.

Untuk mekanisme jam itu, baldi yang dipenuhi air akan disembunyikan di dalam ruang gajah yang mengandungi mangkuk terapung.

Mangkuk berkenaan akan mengambil masa selama 30 minit untuk dipenuhi dengan air melalui lubang yang ditebuk sebelum membebaskan bola dan memukul gendang.

Bagaimanakah Manusia Memahami Bahasa?

M E L I H AT k e p a d a p e l b a g a i program berunsurkan penyiasatan di televisyen, tentu sahaja ada di kalangan kita yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bidang berkenaan.

Salah satu cabang utama kajian itu adalah sains forensik yang banyak digunakan oleh pihak polis ketika membuat penyiasatan jenayah.

Sesuatu yang unik mengenai bidang tersebut, ia melibatkan implementasi banyak ilmu sains terutama kimia, biologi, fizik dan teknologi maklumat.

Namun, melihat skopnya secara lebih besar, sains forensik kini telah diperluas kepada ilmu sains sosial, perakaunan dan juga ekonomi.

Secara umumnya, tujuan utama bidang berkenaan adalah untuk mencari bukti dan kenyataan di sebalik sesuatu kes.

Teori forensik boleh dibahagikan kepada dua iaitu sentuhan dan individualistik.

Sentuhan mengapl ikasikan analisis kimia pada dua objek yang bersentuh sementara individualistik pula melibatkan perbandingan di antara dua objek yang disyaki sama.

Keunikan Sains Forensik

ADA banyak bahasa yang digunakan oleh manusia dalam dunia ini untuk bertutur dan berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Namun pernahkah kita terfikir bagaimana otak manusia mampu memproses serta memahami setiap bahasa tersebut.Ia sebenarnya melibatkan bidang kajian faktor neurobiologi yang dikenali sebagai Psikolinguistik atau psikologi bahasa.Menerusinya, ia membenarkan otak manusia memproses serta memahami sesuatu bahasa secara teknikal.Psikolinguistik meliputi aplikasi sains kognitif untuk membolehkan penjanaan ayat dan tatabahasa bermakna daripada segi struktur dan susunan.

Proses pemahaman pula akan melibatkan penyusunan pernyataan, perkataan dan juga teks.Keupayaan pemahaman tersebut biasanya akan berkembang secara berperingkat sejak bayi sehingga dewasa.

21Julai2012

Page 22: edisi_108_2012.pdf

Science Facts

Telegraph InventorCompiled by KHAIRUNNISA SULAIMAN

THOMAS Alva Edison was born on 11 February 1847 in Milan, Ohio. He began working at an

early age, as most boys did at the time.

At thirteen he took a job as a newsboy, selling newspapers and candy on the local railroad that ran through Port Huron to Detroit.

He seems to have spent much of his free time reading scientific, and technical books, and also had the opportunity at this time to learn how to operate a telegraph.

By the time he was sixteen, Edison was proficient enough to work full time as a telegrapher.

The development of the telegraph was the first step in the com mu­

nication revolution, and the telegraph industry expanded rapidly in the second half of the 19th century.

This rapid growth gave Edison and others like him a chance to travel, see the country, and gain experience.

Edison worked in a number of cities throughout the United States before arriving in Boston in 1868. Here Edison began to change his pro­fession from a telegrapher to an inventor.

He received his first patent on an electric vote recorder, a device intended for use by elected bodies such as Congress to speed the voting process.

This invention was a commercial failure. Edison resolved that in the future he would only invent things that he was certain the public would want.

Founder of Pen DriveP UA Khein­Seng, the 38­year­old Malaysian entrepreneur who invented the pen drive and runs a Taiwan­listed Phison Electronics Corp.

Pua, who was raised in Sekinchan, Selangor, moved to Taiwan in 1993 to study engineering and continued to live in the republic after graduation. He founded Phison with four university friends in 2000.

The company is Phison Electronics Corp, a listed technology company in Taiwan with a market capitalisation of almost NT$40 billion (RM4.3 billion).

Its main claim to fame is that it changed how many personal computer users store and transfer data.

According to Phison’s website, in 2001, the company came up with a product that led to the demise of the floppy disk. It was the world’s first USB (universal serial bus)

‘flash removable disk’. Most of us know it simply as a pen drive. In fact, that was what Phison named the product.

USB flash removable disks are also known as thumb drives, yet another trademark that has evolved into a generic term.

His success story began in 1993, when he arrived in Taiwan to study electrical control engineering at the National Chiao Tung University. During his three years there, he worked part time, earning about NT$80 per hour (RM8), to help pay his way.

To him, it is a simple principle: “Don’t treat others the way you wouldnít want others to treat you. Your staff will like you more if you treat them like your friends. They will not like to work for you if you treat them as part of a money­making machine.”

22Julai2012

Page 23: edisi_108_2012.pdf

Inventor of Basket BallIN December 1891, Canadian­born James Naismith, a physical education teacher at the YMCA (Young Men’s Christian Association) training school, took a soccer ball and a peach basket into the gym and invented basketball.

In 1893, James Naismith replaced the peach basket with iron hoops and a hammock­style basket.

Ten years later came the open en ded nets of today.

Before that, you had to retrieve your ball from the basket every time you scored.

Background of James Naismith

James Naismith was born in Ramsay township, near Almonte, Ontario, Canada and attended McGill University in Montreal, Quebec.

After serving as McGill’s Athletic Director, James Naismith moved on to work at the YMCA Training School in Springfield, Massa­chusetts, in 1891.

The game of basketball was inspired by a children’s game

James Naismith knew called duck­on­a­rock, in which players throw a small rock at a “duck” placed on top of a large rock in an attempt to knock the “duck” off.

While at Springfield, James Naismith invented basketball as a sport to play indoors during the cold Massachusetts winters.

The first game of basketball was played with a soccer ball and two peach baskets used as goals.

After changing the peach baskets for open hoop nets, James Naismith soon wrote thirteen official rules for the game.

The first ever college basketball game was played on 18 January, 1896, when the University of Iowa invited student athletes from the new U n i ve r s i ty o f C h i c ag o fo r a n experimental game. Final score: Chicago 15, Iowa 12, a bit different from the hundred­point scores of today.

In 1963, college games were first broadcast on national TV, but it wasn’t until the 1980s that sports fans ranked basketball up there with football and baseball.

George Washington Carver Changes Agriculture IT is rare to find a man of the caliber of George Washington Carver. A man who would decline an invitation to work for a salary of more than USD100,000 a year (almost a million today) to continue his research on behalf of his countrymen.

As an agricultural chemist, Carver discovered three hundred uses for peanuts and hundreds more uses for soybeans, pecans and sweet potatoes.

Among the listed items that he suggested to southern farmers to help them eco­nomically were his recipes and impro­vements to/for: adhesives, axle grease, bleach, buttermilk, chili sauce, fuel briquettes, ink, instant coffee, linoleum, mayonnaise, meat tenderizer, metal polish, paper, plastic, pavement, shaving cream,

shoe polish, synthetic rubber, talcum powder and wood stain.

However, Carver only applied for three patents. Carver did not patent or profit from most of his products.

He freely gave his discoveries to mankind. Most important was the fact that he changed the South from being a one­crop land of cotton, to being multi­crop farmlands, with farmers having hundreds of profitable uses for their new crops.

“God gave them to me” he would say about his ideas, “How can I sell them to someone else?” In 1940, Carver donated his life savings to the establishment of the Carver Research Foundation at Tuskegee, for continuing research in agriculture.

23Julai2012

Page 24: edisi_108_2012.pdf

Fakta Menarik

Apakah Kod QR?Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

Umum mengetahui tentang fungsi kod bar digunakan untuk menyimpan informasi tentang sesuatu produk

atau maklumat pengenalan individu.Garisan selari berwarna hitam dan putih

padanya yang mempunyai ruang serta lebar berbeza akan mewakili bacaan digit 0 dan 1.

Kandungannya pula boleh dibaca oleh alat pengimbas optik yang dilengkapi perisian pengesanan khas menerusi teknik pantulan cahaya .

Perkembangan teknologi hari ini telah membawa evolusi terhadap pembangunan

kod bar di mana generasi keduanya iaitu Kod 2D atau Kod QR telah diperkenalkan.

Ia merupakan simbol perwakilan dua dimensi yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat inovasi dari Jepun, Denso Wave.

Ko d Q R m e m p u n y a i k e b o l e h a n menyimpan lebih banyak maklumat berbanding kod bar biasa menerusi garisan mendatar dan menegaknya.

Di samping itu, Kod QR turut boleh diintegrasikan bersama peranti telefon bimbit pintar secara mobiliti.

Keunikan itu telah menjadikan imple­mentasinya semakin diperluas untuk tujuan pengiklanan dan promosi sesuatu produk atau perkhidmatan.

MUNGKIN kita pernah bertanya ke manakah sampah­sampah domestik yang dipungut setiap hari oleh petugas pembersihan akan dibawa?

Secara asasnya, kesemua sisa berkenaan akan dikumpul di tapak pelupusan sampah untuk tujuan pengurusan lebih bersistematik supaya dapat mengurangkan kesan tidak baik kepada alam sekitar dan juga kesihatan manusia.

Peringkat awal pengurusan biasanya akan melibatkan proses pengasingan sampah mengikut mengikut material kertas, kaca dan aluminium.

Pe l a k s a n a a n p e r i n g ka t i t u b e r m a t l a m a t meminimumkan sisa sampah yang akan melalui proses seterusnya.

Proses pelupusan kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kategori seperti pemulihan tenaga, pemproses biologi dan kitar semula.

Untuk pemulihan tenaga, sampah­sampah tersebut akan diproses sebagai sumber bahan api bagi menjana wap atau elektrik di dalam turbin.

Bagi sisa organik pula, bahan seperti tumbuhan dan sisa makanan akan melalui proses pencernaan biologi

dan penguraian jisim.Akhir sekali, bagi barang­barang kompleks seperti

perabot dan barang elektronik akan di kitar untuk p e ng g u n a a n s e m u l a ko m p o n e n­ ko m p o n e n berkaitan.

Bagaimanakah Sampah Diproses?

24Julai2012

Page 25: edisi_108_2012.pdf

Kepelbagaian Fungsi KontenaPETI pengangkutan atau lebih dikenali sebagai kontena sebenarnya telah di ­perkenalkan pada tahun 1950 untuk tujuan mengangkut kelengkapan tentera di Amerika Syarikat.

Lanjutan daripada itu, penggunaannya semakin diperluas dalam sektor perdagangan antarabangsa untuk tujuan pengangkutan barangan jarak jauh sekitar tahun 1970.

Ia melibatkan pelbagai bentuk dan saiz kontena bergantung kepada jenis barang yang dibawa.

Antaranya adalah seper t i kontena untuk membawa kargo pukal, kargo pukal cerai, tangki cecair dan gas serta kargo udara yang lebih ringan.

Selain itu, terdapat juga beberapa kontena yang dilengkapi pendingin udara untuk membawa kargo

mudah rosak serta kontena yang mempunyai bukaan atas bagi muatan tinggi.

Biasanya, kapasiti di dalam kontena diukur menggunakan unit TEU iaitu berdasarkan muatan kontena 20 kaki panjang dan lapan kaki lebar.

PASTI ramai kurang sedar t e n t a n g k e w u j u d a n frasa.my pada kebanyakan alamat laman web se be­narnya mewakili pangkalan data yang berpusat di Malaysia.

Ia diselenggara oleh sebuah syarikat tempatan dikenali sebagai sebagai .my Domain Registry dan diselenggara di bawah Ke m e n t e r i a n S a i n s , Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Ditubuhkan pada tahun 1980 menggunakan nama Pusat Rangkaian Inovasi Malaysia (MYNIC), ia kemudiannya ditukar kepada .my Domain Registry pada tahun 2009.

Secara asasnya, organisasi berkenaan berperanan mendaftar dan menguruskan sebanyak lapan nama domain utama.

Kategori berkenaan adalah .my, .com.my (komersial), .net.my (berkaitan rangkaian), .org.my (organisasi), .edu.my (institusi pendidikan), .gov.my (kerajaan), .mil.my (tentera) dan .name.my (profil individu).

Di samping itu, syarikat tersebut turut berperanan memberi perlindungan akses Internet Protokol (IP) bagi sebarang pelayaran laman web.

Mendaftar bersama .my Domain Registry menawarkan kelebihan penjenamaan dan identiti unik kepada sesebuah laman web selain mengelakkan berlakunya pencerobohan siber.

WATAK kartun Walt Disney memang cukup popular dan digemari ramai kerana kecomelan karakternya.

Namun, tahukah anda se ­benarnya Walt Disney atau nama sebenarnya Walter Elias Disney merupakan seorang penerbit filem, sutradara, juru animasi dan pelakon suara daripada Amerika Syarikat yang cukup ber pe­ngaruh.

Dilahirkan pada tahun 1901, orang kuat dunia hiburan animasi itu merupakan pengasas kepada produksi tersohor dunia, Walt Disney Productions.

Sepanjang hayatnya, beliau telah menerima 59 pencalonan untuk Anugerah Akademi dan memenangi 26 daripadanya sejak tahun 1932 hingga 1969.

Melengkapkan inovasinya dalam bidang animasi, beliau turut membina Taman Tema Disneyland dan Walt Disney World Resort di Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan China.

Hari ini, perniagaan studio filem dan animasi serta taman tema Walt Disney telah berkembang menjadi sebuah perbadanan televisyen, perfileman, destinasi pelancongan dan media yang cukup tinggi nilainya.

Siapakah Walt Disney?

Domain .my untuk Malaysia

25Julai2012

Page 26: edisi_108_2012.pdf

Saintis Islam

Cipta Konsep Pesawat, Teknologi Gelas Ibnu Firnas

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

BE R C E R I TA m e n g e n a i d u n i a penerbangan, tentu saja tokoh-tokoh seperti Sir George Cayley, Otto

Lilienthal, Santos-Dumont dan Wright Bersaudara menjadi sebutan.

Mereka dikenali kerana berjasa merintis dunia penerbangan hingga menjadi industri moden seperti sekarang ini.

Sebenarnya pereka asas konsep pesawat terbang pertama adalah seorang ilmuwan Muslim dari Sepanyol, Abbas Ibnu Firnas.Beliau adalah orang pertama dalam sejarah yang menggunakan pendekatan sains dalam mempelajari proses terbang.

Ibnu Firnas layak disebut sebagai manusia pertama yang terbang ribuan tahun sebelum Wright Bersaudara berhasil melakukannya.

Pada tahun 852, di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Rahman II, Ibnu Firnas me mu-tuskan untuk melakukan eksperimen ‘ter-bang’ dari menara Masjid Mezquita di Cor-doba menggunakan sayap dari jubah yang disokong dengan kayu.

Sayap buatan itu ternyata membuatnya melayang sebentar di udara dan memper la-hankannya jatuh, serta mendarat dengan sedikit cedera ringan.

Alat yang digunakan Ibnu Firnas inilah yang kemudian dikenal sebagai payung terjun pertama di dunia.

Kejayaannya itu tidak membuatnya berpuas hati.

Beliau melakukan beberapa penelitian dan mengembangkan konsep serta teori yang diadaptasi daripada pemerhatian alam sekitar.

Pada tahun 875, saat usianya menginjak 65 tahun, Ibnu Firnas merancang dan membuat sebuah mesin terbang yang mampu membawa manusia.

Setelah versi terakhirnya berhasil, ia mengundang penduduk Cordoba untuk turut menyaksikan penerbangan bersejarah

di Jabal Al-’Arus (Mount of the B r i d e ) d i

kawasan Rusafa, dekat Cordoba.Penerbangan yang disaksikan secara

meluas oleh penduduk Cordoba boleh dika ta-kan berjaya tetapi kerana cara meluncur yang kurang baik, Ibnu Firnas terhempas ke tanah bersama pesawat layang buatannya.

Dia mengalami kecederaan punggung yang sangat parah menyebabkan Ibnu Firnas tidak dapat meneruskan eksperimen yang seterusnya.

Kemalangan berlaku kerana Ibnu Firnas lalai memerhatikan bagaimana burung menggunakan ekor mereka untuk mendarat.

Beliau juga lupa untuk menambahkan ekor pada model pesawat terbang buatannya sehingga mengakibatkan dia gagal mendaratkan pesawat ciptaannya dengan sempurna.

Cedera punggung yang tidak sembuh menyebabkan Ibnu Firnas memberikan perhatian yang lebih kepada projek-projek di dalam makmal.

Seperti biasa, beliau meneliti kejadian alam misalnya mempelajari mekanisme terjadinya halilintar dan kilat, menentukan jadual astronomi dan merancang jam air yang disebut Al-Maqata.

Ibnu Firnas berhasil mengembangkan formula untuk membuat gelas daripada pasir, mengembangkan beberapa kaedah yang digunakan untuk melihat pergerakan planet-planet dan bintang-bintang.

Kejayaan ibn Firnas ketika itu merupakan satu pencapaian dalam bidang sains dan menjadi simbol kegemilangan pada zaman al-Andalus.

Ketika itu ibn Firnas sudah menentukan dasar-dasar bagi pembuatan pesawat angkasa, 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci berimaginasi dengan planetariumnya.

Selain itu ibn Firnas berjaya mengem bang-kan proses pemotongan batu kristal yang pada ketika itu hanya orang-orang Mesir mam pu melakukannya.

Berkat penemuannya itu, Sepanyol tidak perlu lagi mengeksport quartz ke Mesir tapi memprosesnya sendiri di dalam negeri.

Salah satu penemuannya yang amat penting adalah pembuatan kaca silika serta kaca murni tak berwarna.

Ibnu Firnas juga dikenal sebagai ilmuwan pertama yang menghasilkan kaca dari pasir dan batu-batuan.

Kejernihan kaca atau gelas yang diciptakannya itu mengundang kekaguman penyair Arab, Al-Buhturi (820-897 M).

Beliau menemui ajal semasa berjuang menyembuhkan kecederaan punggung yang dideritai akibat kegagalan menjalankan uji kaji pesawat terbang buatannya.

Walaupun percubaan terbang menggu na-kan sepasang sayap daripada bulu dan rang-ka kayu tidak berjaya, namun gagasan ino-vatif Ibnu Firnas kemudian dipelajari Roger Bacon 500 tahun setelah Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbangnya.

Kemudian sekitar 200 tahun setelah Bacon (700 tahun selepas uji kaji Ibnu Fir-nas), barulah konsep dan teori pesawat ter-bang dikembangkan.

Tidak ramai orang yang mengetahui bahawa kejayaan industri pesawat terbang moden ketika ini hasil daripada perjuangan Ibnu Firnas yang rela mengorbankan dirinya.

Bagi mengingati jasanya, nama Abbas Ibnu Firnas diabadikan pada lapangan terbang di Baghdad serta di salah satu kawah permukaan Bulan.

l Abbas Qasim Ibnu Firnas (di Barat dikenali dengan nama Armen Firman).

l Dilahirkan pada tahun 810 Masehi di Izn-Rand Onda, Al-Andalus (kini Ronda, Sepanyol).

l Diiktiraf sebagai pakar dalam pelbagai disiplin ilmu, selain seorang ahli kimia, ia juga seorang sarjana kemanusiaan, pereka, ahli geografi, penulis puisi dan penggiat teknologi.

l Berketurunan Maghribi, beliau hidup pada era pemerintahan Khalifah Umayyah di Andalusia.

l Meninggal dunia pada tahun 888 Masehi.

Info

26Julai2012

Page 27: edisi_108_2012.pdf

Dunia Saintis

Oleh NOOR DIANA AZIS

JOHN Loudon McAdam dilahirkan pada 21 September 1756 di Ayr, Scotland. Bapanya merupakan golongan berada

tetapi mengalami kerugian dalam satu pelaburan di sebuah bank tempatan.

Ketika berusia 14 tahun, beliau berpindah ke Bandar New York untuk bekerja dengan bapa saudaranya, William McAdam di sebuah rumah pengiraan.

Bapa saudaranya merupakan seorang pedagang makmur dan tidak mempunyai anak. Oleh itu, John menjadi anak angkat kepada pasangan tersebut dan selepas William bersara, John mengambil alih syarikat miliknya.

Ketika Amerika mencapai kemerdekaan, John mengambil keputusan untuk kembali ke Scotland dan beliau telah membeli rumah dan estet di Sauchrie.

Keputusannya untuk pulang ke Scotland mendorong beliau u n t u k m e n g e m b a n g k a n kerjayanya dengan menjadi usahawan perniagaan pada awalnya.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang hakim, pemegang amanah jalan bertol di Ayrshire, Timbalan Leftenan Daerah serta pegawai yang bertanggungjawab dalam pasukan sukarela kor meriam ketika serangan Perancis pada 1794.

Namun pada 1798, keluarganya berpindah ke Bristol dan menubuhkan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri kimia.

Mengambil keputusan membantu wujudkan Bristol Commercial Rooms pada 1811, ia sekali gus membolehkan beliau dilantik menjadi presiden syarikat pertama serta individu paling berpengaruh dalam kempen bagi menubuhkan penjara baru di bandar raya tersebut

Minatnya yang cenderung ke arah pembinaan jalan raya serta penerbitan buku turut membolehkan beliau menerbitkan naskah berjudul Remarks on Present System of Road Making dan mendakwa pendapat yang ditulis adalah berdasarkan kajian syarat-syarat yang dijumpai ketika pengemba-raannya melebihi 30,000 batu.

Kejayaannya bermula pada 1816 apabila dilantik sebagai juruukur di Bristol Turnpike Trust ketika membina semula jalan raya

menggunakan batu hancur yang diikat pada batu kerikil di

setiap kawasan jajahannya.B e l i a u j u g a t e l a h

m e m p e r k e n a l k a n s i s t e m Macadamized (menurap dengan

makadam) iaitu membina lengkungan dengan menjadikan jalan raya sedikit cembung bagi memastikan air hujan dapat disalurkan terus ke jalan supaya tidak menembusi benteng.

Menurut buku yang ditulis oleh Brenda J. Buchanan, sistem pembinaan jalan raya yang dibangunkan John melibatkan persediaan yang rapi serta menggunakan jumlah tanah yang ditos sama rata.

Batu jalan akan dipecahkan terlebih dahulu menggunakan tukul menjadi kepingan kasar dengan berat tidak lebih daripada 170 gram.

Di samping itu, John telah membuat kajian bahawa batu yang besar serta kasar akan pecah dan terbang apabila kenderaan melalui kawasan tersebut.

Jika ia lebih kecil serta diturapkan sedalam 0.254 meter maka ia akan menghasilkan permukaan yang lebih tahan lama serta kedapannya mampu mempercepatkan waktu pembinaan.

Teknik ini mudah, paling efektif serta tidak menggunakan sumber kewangan yang banyak.

Tiga tahun kemudian, Bristol Turnpike Trust kendalian John Loudon McAdam telah

menguasai jalan raya sepanjang 286.5 kilometer dan ketika itu, gaji beliau telah mencecah £500 (RM2,476) setahun.

Dengan reputasi cemerlang itu, John telah meluaskan pengaruhnya dengan menjadi juruukur perunding bagi pemegang amanah yang lain.

Ketika itu juga beliau bersama dua orang anak lelakinya bekerja untuk 25 badan pemegang amanah sekali gus layak menjadi juruukur bagi jalan raya metropolitan seluruh bandar England.

Tiada yang lebih membanggakan apabila masyarakat mula mempercayai kredibiliti John Loudon McAdam dalam kerja pembinaan jalan raya sekali gus menerima dana sebanyak sebanyak £6000 (RM 29,713) antara tahun 1820 dan 1825 daripada orang awam.

McAdam Bangunkan Sistem Jalan Raya

Info

lDilahirkan pada 21 September 1756 di Ayr, Scotland.

lPada tahun 1778, John telah berkahwin dengan anak perempuan seorang peguam yang kaya, Gloriana Margaretta Nicoll.

27Julai2012

Page 28: edisi_108_2012.pdf

Kerjaya

cipta produk pintarJurutera mekatronik

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

DI sebalik bidang pengajian kejuruteraan awam, elektrik dan elektronik yang memang sudah dikenali umum,

kejuruteraan mekatronik pula merupakan antara kursus baru yang ditawar kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT).

Secara asasnya, kajian tersebut meng­kombinasikan ilmu­ilmu daripada bidang kejuruteraan mekanikal, komputer, perisian, teknologi maklumat dan penghasilan sistem.

Ia lebih memberi fokus kepada aktiviti pembangunan produk­produk pintar dengan sokongan kawalan robotik bagi memudahkan aktiviti harian manusia.

Perkembangan industri kejuruteraan mekatronik bermula sejak pemproses mikro digunakan secara meluas dalam pem­bangunan dan kawalan sistem mekanikal.

Mekatronik merujuk kepada teknologi di sebalik pengoperasian produk pintar di mana melibatkan kawalan sistem digit secara berkomputer.

Individu yang terlibat dalam pengendalian dan pengawalan sistem berkenaan pula dikenal sebagai jurutera mekatronik.

Mereka perlu mempunyai pengetahuan serta pengalaman khusus dalam memastikan keseluruhan sistem berjalan lancar dan sempurna.

Biasanya, mereka akan bertugas dengan syarikat­syarikat pembangunan produk berteknologi t inggi seperti industri pembuatan dan pemasangan.

Contohnya adalah produk automotif, pengimejan dan mesin­mesin logik yang mempunyai kaitan dengan pengendalian sistem.

Produk lain yang disokong bidang kejuruteraan mekatronik adalah seperti peranti elektrik dan elektronik, bioperubatan, kawalan pintar serta automasi robotik.

Di Malaysia, semakin banyak syarikat mengaplikasi teknologi berkenaan dalam perniagaan mereka kerana selain memberi pendapatan lumayan, ia turut mendapat permintaan tinggi terutama untuk produk pengguna.

Ia termasuk kamera digital, mesin basuh, televisyen, peti sejuk, telefon bimbit dan penghawa dingin.

Melihat kepada peranan sektor tersebut yang semakin meluas, ia secara tidak

langsung telah membuka banyak peluang kerjaya dalam pelbagai industri.

Disebabkan itu, sektor mekatronik terus berkembang pesat di negara ini dan semakin semakin ramai tenaga kerja profesional dan terlatih dilahirkan.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, terdapat banyak IPT awam dan swasta menawarkan pendidikan dalam bidang tersebut.

Antaranya seperti Politeknik, Universiti Teknologi MArA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Kemahiran Malaysia (IKM).

Penyediaan program­program berkenaan bermatlamat mendedah dan menyediakan para pelajar dengan ilmu asas kejuruteraan mekatronik secara komprehensif.

Pendidikannya merangkumi pengenalan kepada pengetahuan kejuruteraan mekanik, matematik, bentuk dan komponen mesin, termodinamik, litar dan sistem, elektronik dan komunikasi, teori kawalan, pemprosesan isyarat digital, kejuruteraan kuasa serta robotik.

Menerusinya, para pelajar akan dapat berfikir secara lebih kreatif dalam me ­nyelesaikan sebarang masalah ber kaitan­nya.

Cara itu juga secara tidak langsung mampu menarik minat pelajar untuk terus me ­ningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang berkenaan.

Daripada segi peluang kerjaya, para graduan kursus itu berpeluang bertugas di organisasi kejuruteraan, bioperubatan, pembangunan perisian, penyelenggaraan serta syarikat penyelidikan dan pem­bangunan.

Syarat kemasukan am lDiplomalSTPMlSPM

Syarat kemasukan program Diploma

lLulus dalam peperiksaan Si j i l Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf d e n g a n m e n d a p a t s e k u r a n g­kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Syarat khas program

lMendapat sekurang­kurangnya satu kepujian dalam salah satu mata p e l a j a r a n F i z i k , S a i n s , S a i n s Tambahan, Matematik dan lulus Bahasa Inggeris.

Subjek pengajian

lMatematik kejuruteraanlSains jurutekniklSistem elektroniklTeknologi elektriklreka bentuk litar bersepadulElektronik kuasalSistem mikrokomputerlSistem digital

28Julai2012

Page 29: edisi_108_2012.pdf

Gaya pengkomputeran kerja kiniBYOD: Oleh FIRKHAN ALI

Bring Your Own Device (BYOD) atau membawa peranti anda sendiri meru ­pakan satu gaya pengkomputeran

yang mana para pekerja membawa sendiri peranti mudah alih atau komputer dalam pelbagai bentuk sama ada komputer tablet, komputer riba atau telefon pintar ke tempat kerja untuk melaksanakan tugas kerja masing­masing.

Di samping itu, komputer kepunyaan peribadi tersebut digunakan untuk mencapai sumber­sumber teknologi maklumat sese ­buah organisasi seperti perisian, sistem mak ­lumat, Internet, e­mel, rangkaian kom puter dalaman dan sebagainya.

Pengkomputeran BYOD ini menjadi gaya atau kaedah baru di tempat kerja disebabkan oleh perkembangan aspek pengindividuan peranti elektronik atau personalization dan harga peranti­peranti mudah alih ini berada pada tahap mampu milik pengguna yang tinggi.

Pengkomputeran BYOD ini boleh disekat amalannya oleh sesebuah organisasi tetapi ia berkemungkinan akan menyekat produktiviti dan kreativiti bagi seseorang pekerja.

Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh sesebuah organisasi adalah melaksanakan polisi­polisi, garis­garis panduan dan pendidikan bagi mengurus perlaksanaan pengkomputeran BYOD dalam sesebuah organisasi.

Masalah yang kritikal adalah keselamatan

dan kerahsiaan data dan harta intelek bagi sesebuah organisasi yang berada dalam peranti mudah alih atau komputer kepunyaan para pekerja.

Perkara paling penting bagi sesebuah organisasi menghadapi gaya pengkomputeran BYOD ini adalah ia perlu menyediakan satu pelantar pengkomputeran yang cekap, selamat dan mesra peranti mudah alih.

Pelantar pengkomputeran ini perlu me ­rangkumi keseluruhan infrastruktur teknologi maklumat kepunyaan sesebuah organisasi seperti Internet, rangkaian kom puter, sistem maklumat, perkakasan, peri sian, pangkalan data, sistem pengo perasian dan data.

Pelantar yang sesuai untuk perlaksanaan pengkomputeran BYOD ini adalah peng­komputeran maya atau pengkomputeran awanan cloud computing.

Ini kerana, apa sahaja peranti mudah alih yang digunakan oleh pekerja untuk mencapai infrastruktur teknologi maklumat sesebuah organisasi akan dicapai menerusi komputer peribadi atau aplikasi secara maya dengan talian rangkaian setempat atau internet.

Ia boleh diandaikan seperti komputer stesen kerja workstation mencapai sebuah komputer kerangka utama mainframe.

Pelantar pengkomputeran maya atau pengkomputeran awanan ini akan memu ­dahkan pengurusan perlaksanaan peng kom ­puteran BYOD bagi pekerja dalam sesebuah organisasi.

Pekerja akan mencapai infrastruktur teknologi maklumat organisasi secara jauh dan terkawal.

Apa yang paling penting adalah data yang merupakan aset kritikal bagi sesebuah organisasi dapat diurus dengan baik, selamat dan cekap dalam persekitaran pengkom­puteran BYOD ini.

Beberapa persoalan daripada sudut pandang penggunaan infrastrukur teknologi maklumat

organisasi oleh para pekerja dalam pengkomputeran BYOD ini perlu dikaji

dan ditangani dengan baik dan cekap.

Antara persoalan-per-so a lan nya adalah

seperti berikut:

1. Adakah pe lu ­ang untuk para

pekerja meng gu ­nakan apa­apa data

atau harta intelek hak milik organisasi dalam

peranti mudah alih hak peribadi mereka?2. Adakah dibenarkan jenis­jenis capaian di

buat kepada infrastruktur teknologi maklumat organisasi dan sekiranya ada yang tidak dibenarkan, bagaimana ia ditangani?

3. Apakah bentuk dan kadar kawalan yang diperlukan oleh organisasi terhadap pe ­ranti­peranti mudah alih peribadi ini daripada sudut pandang pengurusan organisasi dan para pekerja?

4.Apakah bentuk­bentuk ancaman kese ­lamatan yang berkemungkinan wujud dalam penggunaan peranti­peranti mudah alih ini dan bagaimana untuk menanganinya?

5.Adakah infrastruktur teknologi maklumat organisasi sedia ada berupaya untuk menangani penggunaan peranti­peranti mudah alih peribadi terutama daripada segi keperluan jalur lebar dan kekangan­kekangan fizikal yang akan timbul? Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

6. Bagaimana pula daripada segi bentuk sokongan, penyelenggaraan dan pengu ­rusan infrastruktur teknologi maklumat yang diperlukan dalam pengkomputeran BYOD?

Konsep pengkomputeran BYOD ini sudah lama wujud dalam sesebuah organisasi tetapi bezanya adalah peranti mudah alih yang digunakan seperti komputer riba adalah hak milik organisasi dan para pekerja yang terlibat juga adalah terhad kepada bilangan dan jabatan yang tertentu seperti jabatan pemasaran dan jualan, sokongan dan lain­lain.

Mereka ini perlu mencapai data atau sistem maklumat dari jarak jauh dan dikenali sebagai perkerja yang sentiasa buat kerja di luar pejabat mobile worker.

Gaya pengkomputeran BYOD ini sudah men jadi satu gaya kerja kini yang mem ­bolehkan produktiviti, inovasi dan kreativiti seseorang pekerja dikembangkan.

Bagaimanapun, perlu ada polisi­polisi un ­tuk mengawal dan mengurus perlak sana ­annya.

Daripada sudut pandang sesebuah or ­ganisasi, perkara utama yang perlu dikaji adalah kesan kos­kos tambahan yang akan wujud dalam perlaksanaan pengkomputeran BYOD ini.

Aspek keselamatan teknologi maklumat juga perlu dikaji semula dalam perlaksanaan pengkomputeran BYOD ini bagi menangani bentuk­bentuk ancaman baru yang perlu ditadbir urus dengan baik dan cekap.

Bicara IT 29Julai2012

Page 30: edisi_108_2012.pdf

ScienceBuzz30Julai2012

Page 31: edisi_108_2012.pdf

Saintis Muda Negara ke IIASA dan CERN

Oleh ASHRIQ FAHMY [email protected]

BUAT pertama kalinya lima saintis muda Malaysia diberi peluang bekerjasama dengan saintis antarabangsa bagi

menjalankan penyelidikan dalam beberapa bidang yang menjadi cabaran global.

Mereka bakal bekerjasama dengan saintis antarabangsa di Institut Antarabangsa Untuk Sistem Analisis Gunaan (IIASA), Vienna, Austria dan di Organisasi Kajian Nuklear Eropah (CERN) di Geneva, Switzerland.

Menurut Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali FASc, penyertaan saintis muda ini merupakan kejayaan pertama agensi tersebut dalam usaha untuk membantu mereka menjalinkan kerjasama dalam program anjuran IIASA dan CERN.

“Kejayaan ini adalah susulan peranan ASM sebagai ahli organisasi nasional kepada IIASA sejak 9 Februari lalu.

“Malah, kita sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mengadakan kerjasama penyelidikan dan pembangunan modal insan yang mana ditandatangani bersama oleh ASM dan CERN pada 23 Jun tahun lalu,” katanya pada majlis memperkenalkan lima saintis muda kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

IIASA merupakan sebuah organisasi penyelidikan antarabangsa yang menjalankan kajian berorientasikan polisi.

Ia juga khusus bagi menangani masalah yang kompleks dan sukar untuk diselesaikan oleh sesebuah negara atau satu disiplin akademik.

Terdapat t iga bidang keutamaan penyelidikan di IIASA iaitu Tenaga dan Perubahan Iklim; Air dan Makanan; serta Kemiskinan dan Ekuiti. Manakala CERN adalah sebuah pusat penyelidikan saintifik yang terbesar dan unggul terletak berdekatan antara sempadan Perancis dan Switzeland.

CERN merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan yang unggul di dunia yang men -jadi contoh baik bagi kerjasama antarabangsa. Bidang kajian yang menjadi fokus utama CERN adalah fizik asas yang membolehkan pema -haman mendalam tentang alam semesta. CERN juga merupakan tempat di mana World Wide Web direka pada tahun 1989.

Sepanjang penyertaan saintis muda negara dalam kedua-dua program tersebut, mereka bakal memperolehi pengalaman serta mem-perluaskan minat dalam bidang penyelidikan

melalui kerjasama pelbagai disiplin dan persekitaran penyelidikan daripada pelbagai budaya.

Pada masa sama, mereka juga dapat mem-ben tuk satu rangkaian hubungan antarabangsa bersama saintis-saintis terkemuka serta rakan sebaya dari seluruh dunia.

Sementara itu, Maragatham Kumar berkata, kerjasama bersama saintis luar negara ter se-but dapat menambah pengala mannya sebagai seorang pegawai penyelidik.

Maragatham yang sedang menjalankan penyelidikan berkenaan Assessment of Air Pollution and GHG Mitigation Strategies in Malaysia using Scientific Model berharap dapat mencari satu resolusi khas menangani masalah pencemaran udara di negara ini melalui kerjasama tersebut.

Bagi Oh Pin Pin pula, menerusi program tersebut beliau berharap penyelidikan yang sedang dijalankan iaitu Development of a Novel Mebrane Reactor System for Sustainable Palm Biodiesel Production in Malaysia dapat dikembangkan lagi.

Sementara itu, Mohammed Daniel Davis Muhammed menyifatkan minat yang mendalam dalam bidang fizik sejak kecil akhirnya membuahkan kejayaan apabila terpilih menjadi salah seorang saintis muda negara untuk program CERN.

“Kini, saya masih belajar dan sedang menjalankan kajian teori fizik mengenai alam cakerawala. Terpilih dalam program sebegini merupakan pendedahan yang amat baik bagi saya,” katanya.

Pun begitu, saintis muda kecil molek, Siti Fatimah Mohd. Raihan pula tidak dapat

menyembunyikan rasa bangga atas penghargaan yang diberikan oleh ASM melalui pemilihan tersebut.

Katanya, peluang bekerjasama dengan CERN merupakan langkah beliau untuk lebih mendalami bidang fizik dan astrofizik yang amat diminatinya.

Afiq Aizuddin Anuar yang juga amat berminat dalam bidang teori zarah fizik berkata bentuk kajian yang akan dijalankan menerusi program tersebut masih belum ditentukan secara spesifik, namun beliau memiliki perancangan tersendiri.

Saintis Muda

Lima orang saintis muda

lMaragatham Kumar Pegawai penyelidik, Agensi Nuklear MalaysialOh Pin Pin calon doktor falsafah (PhD), Universiti

Nottingham, Kampus MalaysialMohammed Daniel Davis

Muhammed Pelajar Ijazah Sarjana Muda Fizik,

Universiti Putra Malaysia (UPM)lSiti Fatimah Mohd Raihan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Fizik,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)lAfiq Aizuddin Anuar Pelajar Ijazah Sarjana Muda Fizik,

Universiti Malaya (UM).

LIMA saintis muda yang berjaya mengharumkan nama negara setelah terpilih untuk be kerjasama dengan saintis di IIASA dan CERN.

31Julai2012

Page 32: edisi_108_2012.pdf

Fun In Science

Objective

What You Need

To Do and Observe

What’s Going On

Cool Links

Parent / Teacher Tips

Contributed by: The Children’s Museum

This activity allows you to explore a range of science topics including Newton’s Third Law, simple machines and friction. Newton’s Third Law states that for every action there is an equal and opposite reaction. If you let go of a balloon filled with air, what happens?

The balloon flies around somewhat randomly as the air escapes. As the balloon contracts it forces the air out of its opening. Air has mass, it is made of molecules. The air molecules that are pushed out of the balloon also push against the molecules in the atmosphere creating a reaction force called thrust that acts on the balloon. Thrust acts on the balloon with equal

force in the opposite direction as the air that is squeezed out. In this activity, because the balloon is attached to the vehicle, the balloon stays put, but thrust causes the car to move.

Without the spools on the balloon car, do you think the car would move? It probably would, but not as far. That is because the bottom surface of the car would make contact with the surface that it is moving on. This increased amount of contact would lead to lots of friction, the force of two surfaces, rubbing against each other.

By adding the spools to the car, we decrease the amount of friction because only the spools – acting as

wheels and are down making contact with the surface, and they are spinning rather than rubbing. The wheel and axle are one of the six types of simple machines, which are tools that allow us to do a certain amount of work (like use air to push a car a certain distance) by applying a smaller force than would be needed without the simple machine.

We find examples of simple machines around us all the time. Some examples of a wheel and axle that help us every day are doorknobs and the gears in a clock. Can you think of some others?

Investigate Newton’s Third Law as you build an air-powered vehicle

l Half-Gallon Milk Cartonl Balloonl 2 Drinking Straws

l 4 Spoolsl 4 Straight Pins (length must be

shorter than spool’s diameter)

l Sharp Scissorsl Rulerl Pen

Wash out your carton and cut off the top. The milk carton will be the body of your vehicle.

Cut carton half the long way. Cut a small hole in the middle of

one of the short sides of the carton. This hole should be the same diameter as the neck of the balloon. Start with a small hole. The fit must be precise-if the hole is too big or too small, the flow of air won’t create enough force to move the car.

Pull the end of the balloon through the hole, keeping the

body of the balloon inside the carton. If the neck of the balloon is squeezed, enlarge the hole. Repeat until the fit is snug, but not tight. Air flow should not be restricted.

Mark the spots on the sides of the carton where you will cut holes for the axels. Use a ruler to make sure the holes on opposite sides of the carton will match up. Use the spools to measure and make sure the axel holes are at a height that will allow the spool-wheels to touch the rolling surface and lift

the body off of the surface. Cut holes for axels and push

straws through the holes. Slide spools on to the straws and

poke pins through the straws to keep the spools on. Adjust the pins as needed until the wheels spin freely.

NOTE: For younger children, please have a parent or adult to help in this step.

Finally, blow up the balloon – don’t tie the end – and let your

car move smoothly.

For Younger ChildrenBefore the children attach the wheels and axles, have them to blow up the balloons and let their cars go. How far does the car travel? Does it go very fast? Have the children hypothesize as to what modifications might make the car travel farther and faster.

For Older ChildrenHave the children test their balloon cars on different surfaces? Ask them to observe or measure how far and how fast the car travels on a carpet. Then have the children do the same thing on a smooth, flat table. Were there any differences in the cars’ speed or distance traveled on the

different surfaces? On the textured surface of the carpet there will be more friction and the balloon car should not be able to travel as fast or as far as it will on a smooth surface. The children can make hypotheses about additional types of surfaces and other variables, perform tests and observe the results.

www.edheads.org/activities/simple-machine/index.htmwww.bbc.co.uk/schools/scienceclips/agen89/friction.shtml

Balloon Car

32Julai2012

Page 33: edisi_108_2012.pdf

Nama:Alamat:

Sekolah:

Umur: E-mel: Tarikh:Bidang sains yang diminati:

Nurul Nuha HaidzirAlamat: 14 Jalan 4, Kampung Melayu Tambahan, 68000 Ampang, SelangorSekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Kosas AmpangUmur: 9 tahunBidang sains yang diminati: Sains Forensik dan Sains Kimia.

Nurul Najaa HaidzirAlamat: 14, Jalan 4, Kampung Melayu Tambahan, 68000 Ampang, SelangorSekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Kosas AmpangUmur: 7 tahunBidang sains yang di minati: Sains Perubatan.

Divenkumar a/l RamanAlamat: No.7 Jalan 7/3, Taman Sri Cahaya, 45600 Btg. Berjuntai, Selangor Sekolah: SMK Sultan Sulaiman Shah, Btg. Berjuntai, Selangor Umur: 13 tahunBidang sains yang di minati: Astronomi dan Reka Cipta.

Iman El-Muhammadd Putra JemadiAlamat: 84, Jalan Suadamai 6/3, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, Kuala LumpurSekolah: SMK Bandar Tun Hussien Onn 2 Umur: 9 tahunBidang sains yang diminati: Perubatan dan kejuruteraan.

Sudirman Kiffli Alamat: No. 35, Kampung Hulu Supa, 94950 Pusa, SarawakSekolah: SMK (BM)SaratokUmur: 16 tahunBidang sains yang di minati: Botani dan Sains Perubatan.

Noor Atika Idayu OthmanAlamat: No.13, Jalan Hikmah 9, Kampung Kopok Baru, 81700, Pasir Gudang, JohorSekolah: Sek. Men. Keb. Dato’ Penggawa Timur, Masai, JohorUmur: 13 tahunBidang sains yang di minati: Sains Matematik.

Mohamad Syamsul Izwan Md. FauziAlamat: No. 760, Jalan Kuda Kepang 2/2, Taman Ria Jaya, 08000 Sg. Petani, KedahSekolah: SMK Taman Ria Jaya, 08000, Sungai Petani, KedahUmur: 18 tahunBidang sains yang diminati: Bioteknologi dan Sains Pertanian (Botani).

Iman Al-Qhalydd Putra JemadiAlamat: 84, Jalan Suadamai 6/3, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, Kuala LumpurSekolah: MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, PahangUmur: 13 tahunBidang sains yang diminati: Sains Perubatan dan Kimia.

Mohd. Fadzil Mohd. RashidAlamat: KM 16 Jalan Mulia Kampung Pulai, 77300 Merlimau, MelakaSekolah:SMK Seri Mahkota, UmbaiUmur: 17 tahunBidang sains yang diminati: Sains Teknikal.

Farah Hazwani Abd RahimAlamat: 194, Jalan Masjid, Kampung Manjoi, 30020, Ipoh, PerakSekolah: Sekolah Menengah Tarcisian ConventUmur: 17 tahunBidang sains yang diminati: Sains Perubatan.

BORANg PENYERTAAN

Alamatkan borang anda kepada: Akademi Sains Malaysia (ASM), 902-4, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Anda juga boleh e-melkan penyertaan anda kepada: [email protected]

Lekatkangambar anda

di sini.

33Julai2012

Page 34: edisi_108_2012.pdf

Surat Pembaca

l Tiga surat tersiar akan menerima hadiah misteri daripada estidotmy. l Satu surat akan terpilih sebagai surat terbaik dan dua surat lagi me nerima hadiah penghargaan.l Maka, penulis surat hendaklah menyertakan nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon untuk dihubungi. Surat hendaklah pendek dan

padat serta mempunyai idea bernas. Keputusan adalah muktamad dan pihak estidotmy tidak bertanggungjawab ter hadap mana-mana surat yang dikirim tetapi tidak diterima.

Hantarkan sebarang pendapat atau teguran sama ada melalui surat kepada Akademi Sains Malaysia (ASM), 902-4, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur ataupun menerusi e-mel: [email protected]

estidotmy untuk semua golonganASSAlAMuAlAiKuM

Salam 1Malaysia. Setiap bulan saya hanya akan memilih dan membeli

majalah yang benar-benar diper lukan serta berguna sahaja walaupun terdapat banyak majalah di pasaran.

Saya terpandang majalah ini di sebuah perpustakaan mini. Majalah ini menawarkan satu kelainan dan perspektif berbeza kerana ia menggarap pengertian yang amat luas dan mendalam daripada aspek penciptaan sains, teknologi dan inovasi.

Di dalam majalah ini, ia mentafsir keindahan yang kita atur dan lakar di pelbagai ruangan kehidupan. Sesungguhnya

majalah estidotmy amat sesuai untuk semua golongan. Rencana dan ilustrasi yang disediakan sangat menarik dan hebat sesuai dijadikan garis panduan dalam hidup.

Majalah estidotmy bukan sahaja isinya menarik, malah setiap bulan pemilihan warna juga ceria. Harapan saya agar majalah estidotmy akan terus tersemat di hati dan sentiasa mantap lagi bermutu. Kedatangan majalah estidotmy setiap keluaran sangat dinanti oleh saya sekeluarga.

Semoga estidotmy terus mencetus fikiran dan menjadi majalah sains nombor satu Malaysia.

Akhir kata jangan lupa sediakan kuiz atau sebarang peraduan untuk pembaca.

Diharap estidotmy dapat memaparkan

sejarah penciptaan laman Facebook yang memang popular pada masa kini. estidotmy wujudmu umpama permata yang bersinar untuk pemikiran sains yang tiada sempadan dan penjana generasi berilmu teknologi dan inovasi. Syabas!

Zuraidah Mohd. ZainudinTaman Puncak Boungaivilla,Kuala Kangsar, Perak.

Pengarang: Kepada saudari Zuraidah, terima kasih kerana menjadikan estidotmy bacaan utama. Dengan kemunculan semula majalah ini, kami mengalu-alukan maklum balas daripada semua.

SAyA merupakan salah seorang di antara jutaan pembaca yang begitu meminati sisipan estdotmy terbitan Utusan Melayu ini. Di samping saluran informasi yang bernas, sisipan yang banyak menitik beratkan aspek pendedahan mengenai Sains dan Teknologi ini juga banyak memberi kepuasan kepada pembaca.

Memandangkan minat saya yang cenderung ke arah forensik patologi, saya ingin meminta supaya dalam keluaran yang akan datang, pihak tuan dapat mendedahkan isu mengenai dunia kerjaya pakar patologi.

ini kerana, saya berpendapat bidang ini masih belum diperluaskan secara langsung kepada masyarakat dan saya yakin dengan penyusunan informasi yang mantap, ia akan menarik perhatian pembaca lain.

Pada pandangan saya, masih ramai yang beranggapan bidang ini tidak mencabar dan mengerikan. Oleh yang demikian, saya berharap pihak estidotmy dapat mengubah stigma negatif masyarakat terhadap bidang tersebut.

Mohon dipertimbangkan cadangan yang telah dikemukakan. Tahniah dan syabas saya ucapkan di atas pembaharuan yang dilakukan. Di harap majalah ini akan menjadi majalah nombor satu di Malaysia.

Nur Syafikah Nabilla ZaharuddinSeksyen 3 Bandar Teknologi,Semenyih, Selangor.

Pengarang: Teirma kasih. Buat pengetahuan saudari, Patologi Forensik disenaraikan sebagai tema yang akan dibawa oleh majalah ini, Nantikan keluarannya.

Bertanya kad keahlian ASSAlAMuAlAiKuM saya ucapkan kepada semua

pembaca estidotmy dan kepada saudara Pengarang. Saya

adalah antara pembaca setia estidotmy. Saya ingin bertanya

tentang kad keahlian Rakan Esti yang saya hantar pada

Februari lepas.Saya juga tidak melihat gambar saya di ruangan Rakan

Esti. Saya tidak pernah terlepas sisipan estidotmy kerana

setiap bulan saya menunggu gambar saya tersiar di ruangan

tersebut tetapi malangnya tidak tersiar. Sudah dua kali saya menghantar borang Rakan Esti tetapi

tiada tersiar gambar saya dan kad keahlian tidak dihantar.

Saya berharap tiada sebarang kesilapan yang saya buat.

Saya juga ingin tahu bila saya akan mendapat kad keahlian

kad keahlian Rakan Esti. Saya harap saudara Pengarang

pertimbangkan aduan saya.Nur Atiqah Wahidah Noor Roslan,Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara,Pulau Pinang

Pengarang: Kepada saudari Atiqah dan semua pembaca

estidotmy, dimaklumkan bahawa kita tidak lagi mengeluarkan kad

Rakan Esti. Bagaimanapun anda masih boleh menghantar borang

keahlian untuk ruangan Rakan Esti pada keluaran akan datang.

Minat patologi forensik

34Julai2012

Page 35: edisi_108_2012.pdf

Mihalis Mike Lazaridis

Poster

founder of Blackberry

By ASHRIQ FAHMY AHMAD

MIHALIS Mike lazaridis born on March 14 1961 in istanbul, Turkey is a Greek Canadian businessman, founder and Vice Chairman of

Research in Motion (RiM).He is the man who created and manufactures the

BlackBerry wireless handheld device.Mike, also a former chancellor of the university of

Waterloo, and an Officer of the Order of Canada. With an estimated net worth of uSD800 million (as

of June 2011), lazaridis was ranked by Forbes as the 17th wealthiest Canadian and 651st in the world.

Born in istanbul, Turkey, to Greek parents (specifically Pontic), lazaridis was five years old when his family moved to Canada in 1966, settling in Windsor, Ontario.

At age 12, he won a prize at the Windsor Public library for reading every science book in the library.

in 1979, he enrolled at the university of Waterloo in electrical engineering with an option in computer science.

in 1984, lazaridis responded to a request for proposal from General Motors to develop a network computer control display system.

GM awarded him a uSD600,000 contract. He dropped out of university that year, just two months before he was scheduled to graduate.

The GM contract, a small government grant, and a uSD15,000 loan from lazaridis’s parents enabled lazaridis, Mike Barnstijn, and Douglas Fregin to launch Research in Motion (RiM).

One of the company’s first achievements was the development of barcode technology for film.

RiM ploughed the profits from that into wireless data transmission research, eventually leading to the introduction of the BlackBerry wireless mobile device in 1999, and its more well-known version in 2002 until now.

35Julai2012

Page 36: edisi_108_2012.pdf

Sains dan InovasiPemancu Transformasi

SAINS DAN INOVASIPEMANCU TRANSFORMASI

Budaya Kreativiti: Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel

Ulf Larsson (Editor)(2004)

ISBN 983-9445-09-XHarga: RM50.00

Pengembaraan Merentasi Masa: Satu Perjalanan ke Arah Hadiah Nobel

Ahmed Zewail(2007)

ISBN 978-983-9445-20-6Harga: RM40.00

Kecemerlangan Sains Da lam Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman Scientific Excellence in Islamic Civilization:Islamic Science Ahead of its Time

Fuat Sezgin(2006)

ISBN 983-9445-16-2Harga: RM40.00

Budaya Kreativiti: Pameran Seratus tahun Hadiah Nobel Menceritakan bagaimana pemenang Hadiah Nobel memupuk kreativiti yang membawa kepada penciptaan dan inovasi seterusnya mengangkat ketinggian ilmu kepada nilai ekonomi.

Kecemerlangan Sains dalam Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman merupakan himpunan ciptaan saintis Islam dahulu yang mempelopori banyak inovasi pada hari ini. Buku merupakan katalog ba­han panduan yang dipamerkan di Pa meran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam yang diadakan di negara ini.

Pengembaraan Merentasi Masa: Satu Perjalanan ke Arah Hadiah Nobel meru­pakan biografi seorang cendekiawan sains Islam kini Prof Ahmed Zewail yang me­nerima Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada 1999. Buku ini wajar dimiliki untuk generasi muda yang bercita­cita untuk mengikut jejak langkah penulisnya.

BAgI mereka yang men­cintai dunia ilmu sains, teknologi dan inovasi,

inilah masanya untuk memi­liki tiga buah buku yang amat berguna sebagai sumber pengetahuan dan rujukan dalam bidang tersebut.

Pada harga yang berpa­tutan, harganya tidak mungkin dapat menandingi isi kandungan buku­buku berke naan yang menghim­punkan khazanah ilmu sains.

Dapatkan set CD kompilasi estidotmy bagi tahun 2002-2010 pada harga RM45.00 (termasuk bayaran pos)