EDU 3063 ISL 5

11
EDU 3063 ISL 5 : Berdasarkan pengalaman anda di sekolah sewaktu menjalankan latihan Praktikum, imbas kembali aspek yang dilakukan oleh guru dalam menangani ketaksamaan peluang pendidikan di bilik darjah yang terdiri daripada kumpulan minoriti. Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini penting bila murid keluar dari sistem persekolahan kelak, mereka mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut didalam bilik darjah.Bilik darjah

description

EDU 3063 ISL 5

Transcript of EDU 3063 ISL 5

EDU 3063 ISL 5: Berdasarkan pengalaman anda di sekolah sewaktu menjalankan latihan Praktikum, imbas kembali aspek yang dilakukan oleh guru dalam menangani ketaksamaan peluang pendidikan di bilik darjah yang terdiri daripada kumpulan minoriti.Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini penting bila murid keluar dari sistem persekolahan kelak, mereka mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut didalam bilik darjah.Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran yang membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. Guru perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang terdapat di dalam kelas. Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan membuat kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan dengan kaum Melayu sahaja. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak membantu mereka untuk mempelajari secar tidak langsung mengenai budaya kaum kaum lain. Sekiranya didalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial dikalangan murid, guru harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan murid murid untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai murni did lam kelas yangmempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang mereka. Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung. Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai kepercayaan, guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji latar belakang murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama murid.Guru harus bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi dimana berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk melihat masalah dari sudut pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah. Antara kemahiran lain untuk menanggani masalah perselihan faham ini ialah menyatakan pendirian guru, berunding antara pihak yang terlibat dan membuat keputusan berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat guru yang adil ketika menanggani permasalahan ini membantu mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati terutama di kalangan murid yang berbeza kaum atau berbeza status kelas sosial.Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititikberatkan oleh guru ketika mengajar didalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai murid yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi mengelakkan jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan membuka peluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat memahami penggunaan bahasa murid. Hal ini kerana, jika guru berasal dari Kelantan, dialek Kelantan perlu dikurangkan apabila mengajar di luar kawasan Kelantan kerana tidak semuamurid dapat memahami dialek Kelantan dengan baik.Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yang melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya jurang diantara murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini. Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran, wujud ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki seperti matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan murid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki.