QGJ 3063 - D20102044620.doc
-
Upload
chris-lim-mee-cin -
Category
Documents
-
view
262 -
download
7
Transcript of QGJ 3063 - D20102044620.doc
QGJ3063
SUKAN BERPASUKAN
KUMPULAN :UPSI 11
NAMA NO MATRIKS & NO IC
NO TEL
Pua Jie Yu D20102040448 012-6854839
PENSYARAH E-PEMBELAJARAN:
DR. Azali bin Rahmat
TARIKH SERAHAN: 21 November 2014
No Perkara Muka surat
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
1.0
2.0
PENDAHULUAN
KEMAHAIRAN ASAS BOLA KERANJANG 3-4
3.0 LATIHAN KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG 4-204.1.1 KEMAHIRAN ASAS HANTARN BOLA 4.1.2 KEMAHIRAN ASAS MENYAMBUT BOLA4.1.3 ANSUR MAJU / LATIHAN KEMAHIRAN ASAS MENGHANTAR DAN MENYAMBUT BOLA4.1.1 JUSTIFIKASI LATIHAN
4.2 KEMAHIRAN ASAS MENGGELECEK4.2.1 PROSEDUR / ANSUR MAJU KEMAHIRAN ASAS MENGGELECEK4.2.2 JUSTIFIKASI LATIHAN
4.3 KEMAHIRAN ASAS MENJARING4.3.1 PROSEDUR / ANSUR MAJU KEMAHIRAN ASAS MENJARING4.3.2 JUSTIFIKASI LATIHAN
5.0 PERALATANa. gelanggang bola keranjangb. tiang bola keranjangc.papan bola keranjangd. jaring bola keranjange. bola keranjangf. pakaian pertandingan
21-24
6.0 RUMUSAN 25
7.0 PERKARA-PERKARA LAIN YANG BERKAITAN8.1 kesalahan-kesalahan dalam pertandingan(foul)8.2 gambar rajah pertahanan dan penyerang8.3 isyarat-isyarat pengadil8.4 Latihan asas Bola Keranjang
26-34
8.0 RUJUKAN 35
Isi kandungan
1.0 PENDAHULUAN
Sukan bola keranjang mula diperkenalkan oleh Dr James Naismith pada tahun 1891.
Ketika itu beliau adalah seorang pemimpin YMCA, Springfield, Massachussets, Amerika
2
3
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Syarikat. Sejak permainan ini diperkenalkan, ia adalah satu jenis permainan riadah
terutama sekali pada musim sejuk. Bola yang digunakan adalah bola sepak dan sejenis
bakul yang digantungkan pada dinding sebagai gol.
Kemudian, beberapa tahun selepas itu, terdapat banyak perubahan yang berlaku dari
segi undang-undang permainan dan teknikal. Perubahan yang terbaru ialah merupakan
satu garisan yang melengking menyentuh kedua-dua garisan tepi. Sekiranya jaringan
dilakukan dari luar garisan tersebut adalah jaringan dari jauh dan 3 mata akan diberikan
kepada pasukan yang berjaya.
Permainan bola keranjang adalah suatu permainan yang sangat menarik dan
mencabar. Pemain-pemain sentiasa bergerak lincah sepanjang masa permainan. Sesuatu
pasukan yang sedang bertahan mungkin akan secara tiba-tiba bertindak pantas menyerang
ke kawasan gol pasukan lawan dan bola sentiasa bertukar tangan. Dengan
demikian ,permainan bola Keranjang juga telah menjadi satu bab dalam pendidikan
jasmani dan akan diajar oleh guru pendidikan jasmani di negara kita.
2.0 KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG
Seseorang pemain bola keranjang yang baik memerlukan kemahiran asas seperti melontar ,
menangkap , dan menjaring. Dia juga perlu mempunyai kemahiran-kemahiran yang lain
seperti ketangkasan, iaitu kebolehan bergerak dengan pantas ke sebarang arah termasukan
melompat. Para pemain perlu bergerak tanpa rehat dari satu hujung gelanggang ke hujung
yang lain, jika tiada hentian permainan sementara. Prasyarat yang mustahak bagi setiap
pemain ialah daya tahan , kekuatan , kelembutan , ketangkasan , dan pelaziman untuk
membolehkannya mengendalikan bola.
Untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemain bola keranjang yang berjaya , dia
pasti boleh bergerak dengan cepat , tangkas , pantas , dan mempunyai daya tenaga untuk
melompat. Di samping itu, dia juga perlu mempunyai pengamatan tentang ruang dan para
pemain yang bergerak dalam ruang yang kecil. Dalam permainan bola keranjang , terdapat
beberapa jenis kemahiran yang perlu diperolehi bagi setiap pemain . Biasanya kemahiran-
3
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran permulaan , pertengahan , dan kemahiran
lanjutan . Kemahiran tersebut telah disusun dengan mengikut perkembangan pengajaran yang
lojik dan bukannya mengikut fungsi.
Kemahiran permulaan , iaitu kemahiran asas , amat diperlukan untuk membolehkan
seseorang itu bermain bola keranjang. Kemahiran pertengahan dan lanjutan pula, adalah
merupakan satu bahagian penting dalam permainan bola keranjang secara menyeluruh yang
membolehkan pemain menghadapi lebih banyak jenis keadaan. Namun begitu , kemahiran
permulaan tetap menjadi asas permainan di semua tahap kemahiran.Seterusnya, Kemahiran
yang diperlukan oleh seseorang pemain ialah kemahiran asas menghantar , menangkap , dan
menjaring bola pada jarak dekat dan jerak sederhana jauh. Di samping itu, pemain perlu
mempunyai kemahiran gerak kaki asas untuk mengawal bola.Walaupun kemahiran
pertahanan amat penting dalam permainan bola keranjang,tetapi permainan boleh diadakan
sebelum kemahiran pertahanan disampaikan kepada pemain berkenaan.
3.0 LATIHAN KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG
3.1 kemahiran asas hantaran bola dan menyambut bola
3.1.1 kemahiran asas hantaran bola
Hantaran aras dada biasa digunakan semasa membuat hantaran dalam jarak yang dekat. Ia
merupakan hantaran yang pantas dan tepat.
Hantaran aras dada biasanya dilakukan semasa pihak lawan tidak mengawal dengan rapat
dan terdapat ruang untuk dihantar. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas, ia
dapat mengurangkan peluang dipintas-sekat oleh pihak lawan. Lantunan dibuat dengan
sebelah tangan atau dua belah secara menolak bola kepada pemain lain.
Hantaran aras kepala dapat bergerak pantas melepas kepala pemain lawan. Selain itu,
pemain yang hendak membuat hantaran yang jarak jauh supaya menggelakkan pihak
lawan merampas bola. Biasanya pemain tinggi sesuai melakukan hantaran ini.
Terdapat 3 jenis hantaran bola yang dapat dijalankan kepada pamian iaitu hantaran aras
dada, hantaran lantun ,hantaran atas kepala.
4
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
hantaran aras dada
hantaran lantun
hantaran atas kepala
3.1.2 Kemahiran asas menyambut bola
Hujung jari dan ibu jari membentuk cawan di bahagian belakang bola. Hulurkan
kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk menyambut. Sebaik sahaja menyentuh
5
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
denga bola, para pemain hendak bengkokkan siku untuk melembutkan kederasan
hantaran.
Pandangan dari atas Pandangan dari tepi
Terdapat pelbagai cara menyambut bola. Apabila rakan menghantar bola dengan
tinggi, pemain terpaksa melompat untuk menyambut bola, cara ini adalah menyambut
lompat. Pemain berada di udara tanpa menyertuh lantai.
Pemain menyambut bola dalam keadaan berlari, rakan pemain akan memberi
“isyarat” supaya pemain bersedia dalam keadan yang baik iaitu, jari terbuka dan
tangannya bebentuk cawan.
3.12 Prosedur/ansur maju latihan kemahiran asas hantaran dan menyambut bola
3.1.3 Ansur maju / latihan kemahiran asas menghantar dan menyambut bola
Guru memperkenalkan posisi badan semasa membuat hantaran dan menyambut bola.
Fasa persedian hantaran bola
(murid yang menggunakan tangan kanan) kaki kiri perlu melangkah setengah
langkah ke arah hantar bola.
Fasa pelaksanaan hantaran bola
6
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Menggunakan tangan kanan menolak bola ikut aras yang betul. Selepas bola
dihantar, mengekalkan posisi berdiri asas.
Fasa persedian menyambut bola
Mata pandang pada kawan dengan hulurkan tangan ke arah bola datang.
Fasa pelaksanaan menyambut bola
Tangan sentiasa bersedia dalam keadaan jari-jari dibuka dan lurus.
Menyambut bola dan serap daya dengan membawa bola ke dada serta
mengekalkan posisi berdiri asas.
I. Ansur maju (mudah)
Murid-murid hendak berdiri dalam jarak kira-kira 4-6 langkah dari dinding sasaran.
Lakukan hantaran berulangkali. Selepas mendengar bunyi wisel, tukar jenis hantaran
dengan langkah-langkah yang sama.
Rajah 1
7
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Rajah2
Rajah 3
II. Ansur maju (sederhana)
Murid diminta berpasangan. Murid A akan berdiri di hadapan muid B, jarak kira-kira
4-6 langkah Selepas guru bertiup wisel, murid-murid melakukan hantaran dan
menyambut bola. Selepas 1 minit, tukar jenis hantaran dengan langkah-langkah yang
sama.
Rajah 4 Rajah5
8
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Rajah 6
III. Ansur maju (susah)
Murid diminta berpasangan. Murid A akan berhadapan dengan muid B, jarak kira-kira
4-6 langkah Selepas guru bertiup wisel, murid A dan murid B akan berlari sambil
membuat hantaran dan menyambut bola. Guru akan tiup wisel kali kedua dan murid
akan berhenti dan rehat. Guru tiup wisel kali ketiga, murid-murid tukar jenis hantaran
dengan langkah-langkah yang sama.
Rajah 7
III.1.4 Justifikasi latihan
Melalui ansur maju (mudah) murid dapat melatih langkah-langkah asas dalam kemahiran
hantaran. Ansur maju (serdehana) merupakan latihan kualitatif untuk membuat teknik
yang lebih canggih dan dapat komunikasi dengan kawan. Ansur maju (susah) dapat
menambahkan kesusahan aktiviti supaya murid-murid tidak berasa bosan.
3.1 kemahiran asas Menggelecek
9
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Menggelecek bola adalah pemain berada di tempat asas atau sedang bergerak, pemain itu
ingin membawa bola bergerak ke jaring atau membuat hantaran kepada pemain lain.
Pemain akan menggunakan sebelah tangan atau dua belah tangan menggelecek bola
supaya bola melantun dan bergerak ke sana sini dalam gelanggang. Menggelecek yang
baik dapat mengawal bola dan menguasai bola, ia juga merupakan sejenis serangan yang
penting.
Posisi badan semasa menggelecek bola dengan lantunan rendah ialah lutut bengkok,
badan condong ke hadapan, merendahkan pusat graviti, menggunakan jari dan
pergelangan tangan menggelecek bola. Untuk melindungi bola, pemain hendaklah
memastikan pemain sendiri selari dengan bola dan pihak lawan. Selain itu, pemain juga
harus meninggikan lengan yang tidak menggelecek bola supaya menghalang pihak lawan
merampas bola. Cara ini biasa digunakan semasa pihak lawan menjaga dengan ketat.
Posisi badan semasa menggelecek bola dengan lantunan tinggi ialah kaki depan
terbuka berdiri, lutut bengkok, mata sentiasa lihat depan. Cara ini biasa digunakan semasa
pemain ingin bergerak dengan cepat atau berada di gelangan yang terbuka. Apabila
pemain berlari dengan cepat, bola akan berada di depannya. Bola akan dilantunan pada
aras pinggan tetapi tidak melebihi aras pinggan.
Semasa di gelanggang, pemain akan menghadapi pertahanan yang sangat kuat atau
sangat pintar, maka bagaimana penyerang dapat menyingkirkan pemain pertahanan itu?
Dalam keadaan ini, pemain boleh menggunakan kemahiran menggelecek belakang badan.
Menggelecek belakang badan merujuk kepada menggelecek bola di bahagian belakang
badan, pemain menggunakan tubuh sendiri sebagai satu halangan pelindung.
Terdapat beberapa jenis menggelecek bola iaitu:
menggelecek dengan lantunan rendah
10
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
menggelecek dengan lantunan tinggi
menggelecek belakang badan
4.2.1 Prosedur/ansur maju latihan kemahiran asas menggelecek
Guru memperkenalkan posisi badan semasa menggelecek:
a) menggelecek dengan lantunan rendah
Fasa persedian menggelecek dengan lantunan rendah dan tinggi
Lutut bengkok, badan condong ke hadapan, merendahkan pusat graviti. Minta
murid menolak bola ke bawah dengan jari menyebar, menggunakan hujung
jari, bukan telapak tangan.
Fasa pelaksanaan menggelecek dengan lantunan rendah dan tinggi
Menggunakan jari dan pergelangan tangan menggelecek bola. (murid yang
menggunakan tangan kanan) Kaki kanan harus melangkah sedikit lebih awal
daripada yang lain, lutut dan pinggang bengkok. Selalu ingat, semasa bola
11
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
mendarat, arahnya mesti condang ke depan, ini adalah untuk mencegah kaki
pemain menendang bola. Ingat, menggelecek dengan lantunan rendah,
melantun bola tidak lebih dari lutut. Jika menggelecek dengan lantunan tinggi,
melantun bola tidak lebih dari pinggang.
b) menggelecek belakang badan
Fasa persedian menggelecek belakang badan
Bersedia dengan lutut dibengkokkan dan kepala tegak. Minta murid menolak
bola dengan menggunakan hujung jari, bukan telapak tangan.
Fasa pelaksanaan menggelecek belakang badan
Lantun bola kebelakang apabila kaki bergerak ke depan. Selepas itu, tolak
bola ke belakang apabila kaki bergerak ke depan. Tukar tangan dan
kepantasan menggelecek apabila bola telah dilantun ke depan. Guna jari untuk
mengawal bola supaya bergerak ke depan.
i. Ansur maju (mudah)
Murid diminta berpasangan. Murid A akan berdiri di hadapan muid B, jarak kira-kira
10 langkah. Selepas guru tiup wisel, murid-murid menggelecek dengan lantunan
rendah. Muid B melakukan kemahiran yang sama. Tukar jenis menggelecek dengan
langkah-langkah yang sama.
Rajah 8
ii. Ansur maju (sederhana)
12
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Murid-murid berbaris dalam satu barisan. Guru meletakkan kon seperti rajah 9.
murid-murid diminta menggelecek bola dengan lantunan rendah/tinggi dalam corak
zigzag.
Rajah 9
iii. Ansur maju (susah)
Murid-murid dibahagikan dalam dua kumpulan. Murid kumpulan A diminta
menggelecek bola dengan lantunan rendah/tinggi sambil menjatuhkan kon dengan
tangan yang tidak menggelecek bola, seperti rajah 10. Manakala murid kumpulan B
diminta menggelecek bola dengan lantunan rendah/tinggi sambil meletak balik kon
yang jatuh dengan tangan yang tidak menggelecek bola, seperti rajah 11. Selepas
semua murid bermain, tukar kumpulan murid menggelecek bola dengan lantunan
rendah/tinggi sambil menjatuhkan kon dengan tangan yang tidak menggelecek bola.
Rajah 10
13
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Rajah 11
3.2.1 Justifikasi latihan
Melalui ansur maju (mudah) murid dapat melatih langkah-langkah asas dalam kemahiran
menggelecek bola. Selain itu, murid-murid dapat menunjuk kesalahan masing-masing
semasa menjalankan aktiviti dengan kawan-kawan.
Dalam ansur maju (serdehana) guru menyediakan corak “zigzag” untuk melatih
murid mengawal bola semasa menggelecek. Ini kerana semasa pertandingan bola
keranjang, pemain bukan menggelecek bola dalam garisan lurus sahaja. Mereka perlu
melatih menggelecek bola ke arah yang berlain untuk mengelakkan serangan dari pihak
lawan.
Ansur maju (susah) dapat menambahkan kesusahan aktiviti supaya murid-murid tidak
berasa bosan. Selain itu, aktiviti ini dapat melatih murid menggelecek bola tanpa
memandang bola. Kebanyakkan murid mempunyai kesalahan semasa menggelecek, iaitu
memandang bola sambil menggelecek. Hal ini perlu dielakkan kerana semasa
pertandingan dijalankan, pemain perlu memastikan kedudukan rakan sepasukan dan
menggunakan “mata” sebagai isyarat dengan rakan sepasukan semasa membuat hantaran.
Selain itu, jika pemain hanya tunduk kepala memandang bola, pihak lawan dapat
merampas bola dengan senang.
4.3 kemahiran asas menjaring
Mana-mana pasukan yang mendapat markah yang tinggi sebagai pemenang adalah salah satu
peraturan dalam permainan bola keranjang. Oleh itu, matlamat terakhir para pemain adalah
14
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
menjaring dengan baik dan mendapat markah yang banyak. Dalam situasi yang berbeza,
pemain akan menjaring dengan cara yang berbeza. Contohnya, jaringan lompat merupakan
sejenis jaring untuk jarak dekat dan jaringan kaku boleh dilakukan dari jarak jauh atau jarak
sedarhana. Terdapat beberapa jenis cara menjaring iaitu:
jaringan lompat
jaringan tegak
jaringan kaku
jaringan cangkuk
15
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
3.3.1 Prosedur/ansur maju latihan kemahiran asas menjaring
Guru memperkenalkan posisi badan semasa menjaring:
a) Jaringan lompat
Fasa persedian jaring lompat
Bengkokkan lutut dengan satu kaki di depan dan satu kaki dibelakang. Murid
memegang bola dengan dua belah tangan pada aras dada.
Fasa pelaksanaan jaring lompat
(Untuk pemain yang menggunakan tangan kanan) melompat dengan dua
belah kaki. Apabila badan mencapai ketinggian maksimum, lengan kanan
diluruskan dan menjaring bola dengan jari. Semasa mendarat, bengkokkan
lutut serta mengimbangkan posisi badan
b) Jaringan tegak
Fasa persedian jaring tegak
Bersedia dengan lutut dibengkokkan dan kepala tegak. Minta murid menolak
bola dengan menggunakan hujung jari, bukan telapak tangan.
Fasa pelaksanaan jaring tegak
Dua-dua belah kaki lompat. Apabila mencapai ketinggian maksimum tolak
bola ke arah jaring.
c) Jaringan kaku
16
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Fasa persedian jaring kaku
Bengkokkan lutut dengan satu kaki di depan dan satu kaki dibelakang. Murid
memegang bola dengan dua belah tangan pada aras dada.
Fasa pelaksanaan jaring kaku
(Untuk pemain yang menggunakan tangan kanan) Dua belah kaki di atas
lantai. Lengan kanan murid diluruskan dan menjaring bola dengan jari.
d) Jaringan cangkuk
Fasa persedian jaring cangkuk (lay up)
Biasanya mula dengan menggelecek pantas. Murid harus bengkokkan lutut,
beban badan diletakkan ke bahagian depan kaki. Murid menolak bola ke depan
sambil melangkah ke depan. Murid menggunakan jari untuk mengawal bola
supaya menghala ke arah jaring.
Fasa pelaksanaan jaring cangkuk (lay up)
Apabila jarak jaring dengan murid tinggal beberapa langkah, murid
menggunakan kaki kanan untuk melangkah satu langkah ke arah jaring.
Semasa melangkah langkah ini, murid harus mengira jarak dan menerapkan
posisi sendiri dengan jarring. Menjaring dengan tangan kanan dan pada masa
yang sama mengangkat kaki kanan. Lutut kanan murid harus bengkok dan
lengan murid dilurus seperti leher angsa.
Murid boleh melakukan tangan kanan lay up jika murid dekat dengan pusat
atau di sebelah kanan jaring. Jika murid di sebelah kiri jaring, murid
melakukan tangan kiri lay up.
Contoh-contoh posisi tangan semasa menjaring:
17
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Sumber : http://blog.csdn.net/
I. Ansur maju (mudah)
Murid-murid hendak berbaris dalam satu barisan. Murid-murid melakukan langkah-
langkah menjaring tanpa bola. Tukar jenis jaringan dengan langkah-langkah yang
sama.
Rajah 12
18
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
II. Ansur maju (sederhana)
Murid mula menjaring di tempat A1. selepas berjaya, berterus dengan tempat A2, A3,
A4, A5 dan A6. Tukar jenis jaringan dengan langkah-langkah yang sama.
III. Ansur maju (susah)
Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Guru akan meletakkan dua buah
bola keranjang di tengah gelanggang. Selepas guru bertiup wisel, murid pertama
setiap kumpulan berlari untuk merampas bola. Murid yang cepat mendapat bola dan
membuat jaringan yang betul akan mendapat 10 markah. Murid yang dapat merampas
bola tetapi tidak berjaya membuat jaringan dapat 5 markah. Murid yang tidak dapat
merampas bola tiada markah. Kumpulan yang mendapat markah yang banyak adalah
pemenang.
Rajah 13
19
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
III.3.2 Justifikasi latihan
Pada peringkat awal, murid tidak dapat mengawal posisi kaki serta tangan semasa
menjaring. Ini kerana mereka tidak biasa dengan langkah-langkah serta kaki yang tertentu
digunakan. Melalui ansur maju (mudah) murid dapat melatih langkah-langkah semasa
menjaring. Mereka juga dapat mencari titik mula mereka hendak lompat untuk menjaring.
Ansur maju (serdehana) bertujuan melatih kestabilan murid. Aktiviti ini juga
membolehkan murid-murid mengetahui daya yang diperlukan dan memilih sudut yang
tepat semasa menjaring di tempat yang berlainan.
Ansur maju (susah) dapat menyambung posisi tangan dan kaki semasa menjaring.
Melalui aktiviti ini guru dapat melatih tindak balas murid. Jika ingin menang dalam
sesuatu pertandingan, pemain-pemain harus bertindak dengan cepat.
4.0 Peralatan
Bola keranjang boleh dimainkan sama ada di dalam dewan tertutup atau di gelanggang
terbuka. Peralatan yang diperlukan ialah gelanggang, bola, tiang gol, pemain dan pakaian
dan pegawai permainan.
a) gelanggang bola keranjang
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata.
Ukuran gelanggang ialah 15m X 28m. Ketinggian keranjang ialah 2.60 meter Ukuran diameter keranjang ialah 0.45 meter. Ukuran papan tampan ialah 1.20 meter lebar X 0.9 meter tinggi.
Sumber: leeyuenhow20102045143.blogspot.com
20
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
b) tiang bola keranjang
setiap gelanggang bola keranjang mempunyai dua (2) unit tiang bola
keranjang, satu (1) ditempatkan pada setiap akhir gelanggang. (Rajah 14 )
Rajah 14
Sumber: FIBA RULES 2010
c) papan bola keranjang
Papan Bola Keranjang mestilah terdiri dari permukaan yang rata.
Segi empat kecil berukuran 0.59 m mendatar dan 0.45 menegak adalah
penting.
21
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
segi empat kecil ini merupakan titik sasaran oleh para pemain. Dengan itu,
peluang para pemain masuk gol akan meningkat.
Gol Bola Keranjang terdiri dari besi bulatan dan jaring.
Ketinggian papan bola keranjang ialah 1.20 m
Sumber: FIBA RULES 2010
d) Jaring bola keranjang
Jaring hendaklah diikat pada 12 tempat di “gol”.
Tidak mempunyai tepi yang tajam.
Ukuran jurang kecil daripada 8mm, untuk mengelakkan jari masuk ke dalam
jurang itu.
Sumber: FIBA RULES 2010
22
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
e) Bola keranjang
Bola diperbuat daripada getah dan dilepaskan dengan kulit getah
atau bahan tiruan.
Beratnya tidak kurang daripada 450 gram dan tidak melebihi 500
gram.
Ukuran bola ialah 68cm hingga 72cm.
Dalam pertandingan peringkat antarabangsa,hanya bola yang mempunyai cop
NBA sahaja yang boleh digunakan.
Sumber: buku kpm, sekolah rendah
f) pakaian pertandingan
Pakaian untuk lelaki dan perempuan terdiri daripada baju tanpa lengan atau berlengan
pendek, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but.
Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak
dibenarkan.
Pemain dalam satu gelanggang terdiri daripada 10 orang pemain.23
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Pemain dibenarkan memakai jersi bernombor sehingga ke angka 99. Nombor tiga
angka adalah tidak dibenarkan sama sekali.
c) Posted in: Bola Keranjang
Pakaian bola keranjang dipakai oleh atlet semasa menjalankan pertandingan
atau latihan bola keranjang. Biasanya warna singlet sama dengan seluar
pendek.
Pakaian bola keranjang harus longgar dan kain yang digunakan harus
menyerap peluh.
Mengikut peraturan FIBA dan NBA, nombor jersi pasukan wajib dari nombor
4 hingga 15. Mengikit tradisi, nombor jersi pemain disusun mengikut urutan
tinggi, sesiapa yang tinggi akan mengguna nombor yang besar. Walau
bagaimanapun, peraturan tradisional ini semakin kurang diikuti oleh pasukan
bola keranjang pada masa kini.
Mengikut peraturan NBA, nombor jersey adalah kurang daripada nombor 55.
Untuk pemain NBA hari ini, nombor jersey bukan sahaja sebagai nombor
untuk bermain tetapi telah mewakili personaliti pemain itu sendiri.
Nombor (depan): sekurang-kurangnya 10 cm tinggi, 2 cm lebar.
Nombor (belakang): sekurang-kurangnya 20 cm tinggi, 2 cm lebar.
Sumber:www.alibaba.com
5.0 Rumusan
24
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Bola keranjang adalah merupakan satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai
unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Bola
keranjang mempunyai pelbagai jenis kemahiran asas yang perlu dikuasai. Antara
kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah mengelecek,
menghantar, menyambut bola dan menjaring. Dalam permainan, kemahiran asas ini
merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari agar murid dapat mengawal bola dengan
baik.
Untuk memastikan para murid menguasai kemhiran asas, ansur maju latihan
kemahiran amat penting. Daripada itu, baru murid-murid dapat menguasai kemahiran-
kemahiran yang perlu mereka kuasai dalam satu satu permainan. para guru pendidikan
jasmani perlu mempunyai fikiran kreativiti untuk merancangkan aktiviti atau permainaan
kecil yang sesuai dan seronok supaya meningkatkan motivasi murid-murid serta
kemahiran mereka.
Kesimpulannya, untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran asas
yang diajar, para guru harus merancangkan ansur maju latihan yang sesuai dan baik.
6.0 Perkara-perkara yang berkaitan
6.1 Kesalahan-kesalahan dalam permainan (foul)
25
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Sumber: http://www.slideshare.net/gtabbas/04-bola-keranjang
6.2 Gambar rajah pertahanan dan penyerang
Sumber: http://basketball.fanpiece.com/
26
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Sumber: http://www.npjyw.com/
6.3 Isyarat-isyarat pengadil
a) isyarat yang menentukan scoring
b) isyarat yang berhubungan dengan masa (clock)
c) isyarat yang mengenali Administatrif
27
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
d) isyarat yang mengenali pelanggaran
e) isyarat untuk melapor Foul kepda petugas meja (3 langkah)
28
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
langkah 1: nombor pemain
langkah 2: jenis Foul
29
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Langkah3: jumlah Free-throw yang diberi
30
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Atau arah permainan
f) isyarat Aminitasif Free-Throw
31
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Sumber rajah iasyarat pengadil : http://www.tutorialbolabasket.com/
6.4 Latihan kemahiran bola keranjang
Kuasa pecutan
Latihan : lari pecut
Ulangan : 3 kali seminggu ( 1 hari 10 set )
Berlari pecut diatas gelangang bola keranjang secara ulang-alik. Selepas itu berhenti
rehat selama 3 minit dan lakukan larian pecut semula sehingga 10 set. Bagi permulaaan
lakukan secara berperingkat.
Stamina
latihan : berlari/jogging
Ulangan : 3-5 kali seminggu ( 10 minit )
Belari atau jogging( dilakukan secara selang -seli ),boleh dilakukan diatas gelanggang
selama 10 minit tanpa henti.
Jarak lontaran
latihan : melakukan lontaran dari setiap sudut
Ulangan : tanpa had
lakukan lontaran di setiap sudut.
32
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Air Alert( Latihan lompatan )
Leapups
Leapups menggunakan tali
Langkah 1: pada mulanya berlutut turun pergi ke 1 / 4.
Langkah 2: melemparkan tali dan melompat naik apabila tali menyentuh hujung tanah .
Langkah 3: ulang sehingga 1 set sepenuhnya.
Leapups tanpa menggunakan tali
33
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
Langkah 1: Pada mulanya berlutut turun sehingga 1 / 4 letakkan kedua-dua lengan
di sebelah pinggang.
Langkah 2: melompat naik manakala lengan
anda mesti diluruskan terus di sebelah badan apabila kaki menyentuh hujung tanah tangan
harus diletakkan semula ke pinggang.
Stepups
Langkah 1: angkat kaki sebelah letakkan satu di kerusi ,pastikan tinggi kaki tersebut sama
tinggi dengan pinggang.
Langkah 2 : langkah dengan semua kuasa naik dengan kekuatan hujung
kaki danmelompat dari kerusi.
Langkah 3 : sewaktu di udara tukarkan kaki.
Langkah 4 : silih ganti meletakkan kaki sebelah diatas dan yang diatas tadi diletakkan di
bawah. Lakukan secara berulang-kali seperti model 1.
34
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
1.0 Rujukan
Adam Augustyn(2011). The Britannica Guide to Basketball. new york: Britannica Education
Fred Ramen(2007). Basketball: Rules, Tips, Strategy, and Safety. Rosen Publishing Group
Robert Peterson(1990.). Cages to Jump Shots: Pro Basketball's Early Years. New York:
Oxford University Press
(2014). QGJ 3063 Sukan Berpasukan Unit 6-9 . Universiti Pendidikan Sultan Idris.Tanjung
Malim.
(2011). Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu murid Satu Sukan (1M1S). Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2011). Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihatan Bola Keranjang Sekolah Menengah.
Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.basketballmanitoba.ca/2012/05/james-naismith-statue-unveiled-in.html
http://www.malaysia-basketball.com/?q=aboutus
35