edu 3083

15
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” (Falsafah Pendidikan Guru) Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam falsafah ini dapat membangunkan modal insan. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) akan memberikan memberikan implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan. Kerjaya guru adalah salah satu profesion yang dipandang mulia oleh masyarakat. Kerjaya membawa erti ikhtisas atau pekerjaan yang membawa peluang untuk meningkatkan kemajuan. Oleh itu, kerjaya guru boleh diertikan sebagai profesion guru yang mempunyai ikhtisas pendidikan dalam membangunkan modal insan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang diterima daripada Ibnu Umar, katanya Nabi Muhammad menyatakan Apabila mati anak Adam itu, maka tiada lagi yang berguna padanya, kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya, sedekah dan ilmu yang bermanfaat. (Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar, 2006:4). Berdasarkan hadis ini nilai dan kemuliaan seseorang insan yang bergelar guru amatlah tinggi dalam Islam. Peranan guru dalam profesion keguruan cukup besar. Guru dianggap sebagai agen perubahan dalam sesebuah masyarakat. Selain itu guru juga dianggap sebagai arkitek manusia kerana membentuk dan membimbing seluruh lapisan masyarakat supaya mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang di sekolah mahupun di luar sekolah. Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan cabaran golongan pendidik pada masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan vandalisme yang

description

edu

Transcript of edu 3083

Page 1: edu 3083

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan

individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin.”

(Falsafah Pendidikan Guru)

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju

kepada segala usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam falsafah ini dapat

membangunkan modal insan. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk meneliti dan

mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang

terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam Falsafah

Pendidikan Guru (FPG) akan memberikan memberikan implikasi kepada keseluruhan

perjalanan sistem pendidikan.

Kerjaya guru adalah salah satu profesion yang dipandang mulia oleh masyarakat.

Kerjaya membawa erti ikhtisas atau pekerjaan yang membawa peluang untuk meningkatkan

kemajuan. Oleh itu, kerjaya guru boleh diertikan sebagai profesion guru yang mempunyai

ikhtisas pendidikan dalam membangunkan modal insan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh

Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang diterima daripada Ibnu Umar, katanya Nabi Muhammad

menyatakan “Apabila mati anak Adam itu, maka tiada lagi yang berguna padanya, kecuali tiga

perkara iaitu doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya, sedekah dan ilmu yang

bermanfaat.” (Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar, 2006:4). Berdasarkan hadis ini nilai dan

kemuliaan seseorang insan yang bergelar guru amatlah tinggi dalam Islam. Peranan guru

dalam profesion keguruan cukup besar. Guru dianggap sebagai agen perubahan dalam

sesebuah masyarakat. Selain itu guru juga dianggap sebagai arkitek manusia kerana

membentuk dan membimbing seluruh lapisan masyarakat supaya mendapat peluang

mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara

menyeluruh dan seimbang di sekolah mahupun di luar sekolah.

Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan cabaran golongan pendidik pada

masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan

perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah,

kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan vandalisme yang

menjijikkan mata memandang, memeras ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan sekolah

dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini perlu ditangani secara

Page 2: edu 3083

berkesan oleh sekolah kerana jika dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah

dalam kalangan anak muda kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru

mesti menjurus kepada pembentukan akhlak pelajar yang murni dan bukan setakat menjadi

penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah

mengatakan:

‘Guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid,

tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang

dipegang dan budaya yang diterima olehnya.’

(Petikan ucapan beliau pada Sambutan Hari Guru peringkat

Kebangsaan di Ipoh pada 16 Mei 2000)

Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi tanggungjawab teras

seseorang guru itu membentuk jati diri dan akhlak anak muridnya dengan keluhuran budi

pekerti yang tinggi dan mempunyai akhlak yang mulia. Sebenarnya, teras utama dalam aspek

pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa

jua mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh

diabaikan. Ini yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’.

Peranan guru berubah mengikut peredaran masa dan zaman yang diiringi dengan

perubahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu sistem latihan perguruan

dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan

yang kompleks. Para guru pada masa kini hendaklah menghadapi cabaran dan tuntutan

daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya

memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Guru hendaklah sentiasa berusaha

melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari

semasa ke semasa. Justeru itu, ini akan menghasilkan rakyat Malaysia yang progresif, mahir

serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta

sempurna demi memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan.

Setiap guru harus bijak bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur

(2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran

daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat

amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan

mempunyai sikap membantu serta menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-

Page 3: edu 3083

muridnya. Penekanan di sini ialah menegenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap

konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu

kepada para murid bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.

Guru berperanan sebagai pembentuk akhlak. Tugas utama guru adalah mendidik

murid menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Guru pada masa

lampau dalam suasana pembelajaran yang serba kekurangan dan tidak kondusif masih

berupaya memikul tangunggjawab dengan penuh komited terhadap kewajipan mendidik

sehingga melahirkan generasi masa kini yang cemerlang, hatta pemimpin dan peneraju

pemerintahan negara. Oleh demikian, tiada alasan bagi guru di zaman modenisasi kini untuk

tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab malahan tidak lagi sering

memberi alasan apabila diarahkan bertugas ke kawasan terpencil dan pedalaman.

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang

mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan

peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya

ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting bagi

membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.Ragbir Kaur,

2007).

Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif.

Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-

murid yang dapat belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi

era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada

pandangan jauh dan luar biasa.

Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai

pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfkir, kemahiran mengguna dan

mengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan

pembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka

pendek dan jangka panjang untuk guru. Oleh itu, guru dapat mengaplikasikan kemahiran ini

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: edu 3083

Seseorang guru juga hendaklah menjadikan prinsip belajar sepanjang hayat

sebagai pegangan hidup. Ilmu yang dipelajari di institut pendidikan guru ataupun universiti

tidak semestinya cukup bagi diamalkan di dalam kelas. Guru perlu menyedari, ilmu yang

dipelajari semalam tidak semestinya relevan pada hari ini, apa yang dipelajari pada hari ini,

tidak semestinya relevan pada masa akan datang. Oleh itu belajar adalah proses yang

berterusan sepanjang hayat. Tambahan pula, zaman globalisasi yang semakin mencabar

memerlukan guru supaya lebih peka kepada ilmu yang terkini. Guru perlu berpegang pada

konsep ‘sesuatu ilmu itu akan sentiasa bertambah sekiranya dicari’. Guru tidak hanya

berbangga dengan segulung ijazah yang diperoleh, tetapi mereka perlu bersedia menambah

segala kepakaran dan pengalaman dalam semua bidang. Ilmu yang diperoleh semasa

menuntut di universiti adalah sedikit dan perlu terus berusaha melengkapkan diri bagi

mencurahkan ilmu itu kepada anak didik. Tanggungjawab guru pada masa kini semakin berat

dan harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk generasi yang akan

menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan dalam dekad 1980-an dengan pegenalan

program KBSR dan KBSM dan yang terkini KSSR memerlukan guru pula mentransformasikan

diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

dan kemahiranbmengajar yang canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya

dalam bidang kerja yang kian mencabar. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang menyatakan pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan.

Guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi. Sekolah berfungsi sebagai sebuah

institusi yang memberi pendidikan dan latihan yang berperanan memberi peluang kepada

manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat

dan kehidupan harian. Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dengan

murid di sekolah. Proses interaksi ini boleh berlaku ketika P & P dan juga ketika kokurikulum.

Ketika P&P, murid akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar bersama rakan-

rakannya dan membuat refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya.

Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses sosialisasi akan terbentuk dan murid akan

berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, proses sosialisasi juga boleh berlaku apabila

aktiviti kokurikulum dijalankan. Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dijalankan di sekolah.

Ini kerana melalui aktiviti ini, murid dapat meluaskan persahabatannya bersama murid lain

berasaskan minat dan bakat yang sama. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mempraktikkan

konsep kepimpinan yang dipelajarinya dalam bilik darjah. Justeru itu, melalui kepimpinan

persatuan, murid akan bersosialisasi dengan khalayak yang dipimpinnya.

Page 5: edu 3083

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir

Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan

mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama,

terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,

profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik

dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku

guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di

sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003)

guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung,

guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-

amalannya di dalam bilik darjah. Oleh itu, para guru hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku

dan akhlak kerana guru menjadi role model kepada murid-murid dan masyarakat. Seseorang

guru hendaklah seimbang dan harmonis iaitu sentiasa riang gembira dan mempunyai sahabat

yang suka bergaul dengannya. Sifat ramah mesra merupakan satu kualiti yang perlu ada untuk

mendapat kerjasama orang lain. Sifat ini mendorong murid-murid suka berdamping rapat

dengan guru itu. Perkara ini akan mempengaruhi suasana sekolah dan dapat menarik minat

para pelajar untuk mendekati sekolah. Dalam masa yang sama, maka terlahirlah rakyat yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya

mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran

negara.

Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan berbeza-beza. Bagi seorang guru, bukan

kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu dicari dan digilap agar menjadi

manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk mesyarakat dan negara.

Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar

tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.

Guru ialah pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan

dan bimbingan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan

kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid

dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai murni. Contohnya melalui pelajaran

Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum. Setiap guru yang

bertanggungjawab mengendalikan mata pelajaran tersebut merupakan pihak yang boleh

mengenal pasti bakat murid dan menggilap potensi mereka supaya potensi tersebut dapat

menjadi modal insan yang mampu menyumbang kejayaan kepada diri dan negaranya.

Page 6: edu 3083

Guru boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu, untuk memenuhi ciri

pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir

secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong

pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru mendorong pemikiran kritis

dan kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal insan yang mampu membangunkan negara

menerusi pemikiran mereka. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan

kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya

supaya dapat menjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang

kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.

Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha membangunkan

modal insan, tumpuan diberikan dalam melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan

berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab

dalam mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi pengajaran guru.

Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung

dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea

baru yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbagai

bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.

Guru bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap

yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan guru yang

boleh merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid adalah pemilihan teknik pembelajaran yang

memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar

bilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu

sahaja, keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh guru adalah penyediaan sumber

pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah

di samping membaca pelbagai bahan ialah ransangan kemahiran berfikir kepada guru dan

murid.

Seterusnya, guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas. Maksud

pendidik kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang bertanggungjawab dalam

mengajar kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur

merupakan salah satu keutamaaan kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan

kebolehannya bertutur membolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada orang

lain.

Page 7: edu 3083

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran

mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru

perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang

mungkin dihadapi dalam hidupnya. Peranan seorang guru sebagai pembimbing dan

kaunselor sangat besar dan sangat penting dalam memastikan kelahiran manusia-manusia

yang berilmu, yang boleh berfikir untuk membawa perubahan keidupan manusia ke arah yang

lebih selesa dan sempurna.

Di samping itu, guru harus bertugas sebagai jurulatih yang dapat mencungkil bakat

dan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu. Guru itu perlu menggilap potensi

murid-murid agar potensi mereka dapat digilap secara bersepadu yang meliputi aspek, jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial. Setiap murid di sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri.

Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan

potensi murid-muridnya. Hal ini kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat

menonjolkan bakatnya kerana tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui cara yang betul

untuk mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan

potensi yang ada dikalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap

yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat yang

lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam acara

sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat

beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani murid

tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek,

rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu

dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka

akan belajar apa yang diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu

menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam

proses pembinaan modal insan. Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika

profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub

dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru

haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan murid di

sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui latar belakang

Page 8: edu 3083

keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang

diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan

tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan

mendidik anak mereka di luar jagaan mereka di sekolah dengan cara yang terbaik dan

berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan dengan anak mereka, guru

merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan perasan dan masalah serta meminta

nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian,

peranan guru ketika ini amatlah penting dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan

kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak

mereka dan membantu anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta

pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka.

Seterusnya, sebagai seorang pendidik, guru juga merupakan seorang

penyelidikan. Penyelidikan Tindakan merupakan salah satu amalan profesionalisme yang

efektif. Ini merupakan salah satu lagi strategi guru yang mampu meningkatkan profesionalisme

diri dengan menjalankan penyelidikan tentang semua aspek yang berkaitan dengan

pengajaran. Penyelidikan juga akan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut

berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion keguruan

sebagai a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan

pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik melalui budaya penyelidikan dan bukan sekadar

berdasrkan pendapat.

Berdasarkan peranan guru yang telah dinyatakan, ianya jelas berkait rapat dalam

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Guru. Melalui Falsafah Pendidikan Guru juga

secara tidak langsung telah memberi satu garis panduan kepada para pendidik dalam

menjalankan tugasnya untuk melahirkan anak didik yang berdaya saing, berilmu,

berkepimpinan dan berketrampilan dalam mengharungi cabaran yang mendatang.

Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier

seseorang. Ia melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek

deskriptif, perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru

mengambil tempat atau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif

menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita

inginkan (Kelchtermans, 1993). Day (1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari

suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses

Page 9: edu 3083

ini melibatkan penyemakan semula, pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka

sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat

sebagai suatu proses yang intensif, berterusan dan sistematik untuk meningkatkan pengajaran,

pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner, 1985). Pembangunan profesional

juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman yang membawa kepada pemikiran

yang kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002).

Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta

latihan yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam

pemdidikan. Ia juga membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan

denagn cabaran hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya

nanti pada tahap yang membanggakan (AFT, 2000). Perkembangan profesional guru juga

boleh dinyatakan sebagai pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan

meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi

mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan masyarakat

(Ramaiah, 1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan profesional guru

dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek

penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran,

mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas

apa yang mereka ajar dan menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu

di dalam bilik darjah (Perry, 1980). Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional

ialah suatu proses yang intensif, berterusan dan bersistematik yang bertujuan untuk

meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana sekolah. Tambahan lagi, beliau

berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu

dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan ini diharap dapat

meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah di seluruh dunia.

Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang

guru dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan

diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan

penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan

penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

Page 10: edu 3083

Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem

pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang

lebih berpengalaman bertindak sebagai ‘role model’, penasihat dan pembimbing kepada guru

lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan

peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang

waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan,

memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih

berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan

profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru

tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang

mentor untuk membimbingnya.

Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan

membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan

profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia

bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalah

manusia mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Dunia sekarang

semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet

memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja,

kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai

ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat

bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher

Education Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.

Mengadakan program perkembangan staf merupakan salah satu strategic untuk

memajukan diri dan profesionalisme guru. Diantara peranan yang dimainkan oleh

perkembangan guru termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan

dan kepakaran guru, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran

dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan

keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan

guru. Malah, banyak kajian tentang perkembangan guru telah membuktikan bahawa

penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan

memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf (Little, 1982).

Page 11: edu 3083

Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baik

mestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya menyusun

satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti

Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan

didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran,

memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah

menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan

latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan sains

dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.

Aktiviti-aktiviti dalam ‘Lesson Study’ melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalam

pembelajaran dan pengajaran matematik, skil kehidupan, aktiviti hands on dan pembinaan

silibus. Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik matematik dengan kegiatan

pengajaran matematik yang betul (Hera, 2003). Di Jepun, ‘Lesson Study’ dibuat dengan guru

membina pelan pengajaran dan membina soalan-soalan dari perspektif pelajar matematik.

Dengan menganalisa soalan matematik tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan

matematik yang lebih bagus. Ia ternyata dapat meningkatkan profesional guru dari segi

pengajaran dan pelbagai metod pengajaran. Para pensyarah pula dapat mengetahui masalah

yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu, banyak bahan-bahan alat bantu

mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan pensyarah matematik (Marsigit, 2007). Dengan

bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan

pendidikan lebih efisien.

Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia

adalah satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui

pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan

perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan

profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru

berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil

pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991). Ia juga

dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang guru

kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan

pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat

merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan

Page 12: edu 3083

dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan

akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional.

Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme

guru ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang

boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat

dan nilai organisasi masing-masing.

Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa,

masyarakat dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam

pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib

memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai

disiplin dan dimensi demi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita

selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.