EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) - ESAIMEN SBE KUMPULAN

download EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) - ESAIMEN SBE KUMPULAN

of 51

Transcript of EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) - ESAIMEN SBE KUMPULAN

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

1.0 PENGENALAN

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) PENGENALAN

Menurut kamus dewan (1994, ms.624), perkembangan bermaksud perihal atau proses berkembang iaitu menjadi maju atau meluas manakala kanak-kanak pula mengikut kamus dewan (1994, ms.570) bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil. Secara ringkasnya, perkembangan kanak-kanak merujuk kepada proses untuk menjadi maju atau meluas bagi budak yang masih kecil.

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan yang asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala, konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.

Menurut Wikipedia, perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif, biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-kanak). Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan kematangan.

Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosio emosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

Gesell (1949) pula menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak

Secara ringkasnya, kami berpendapat bahawa Perkembangan kanak-kanak dapat dinilai melalui pelbagai aspek seperti aspek fizikal, bahasa, kognitif dan emosi. Namun, perkembangan kanak-kanak tidak semestinya boleh diukur melalui satu mekanisme yang tepat, tetapi boleh dilihat berdasarkan penilaian dan pemerhatian seseorang terhadap kanak-kanak tersebut. Perkembangan tersebut adalah berterusan sejak daripada lahir hinggalah ke akhir hayatnya.

Untuk membolehkan guru pelatih menghayati intisari perkembangan kanakkanak itu sendiri, subjek Perkembangan Kanak-kanak ini telah diperkenalkan kepada guru pelatih yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Menerusi subjek ini, guru pelatih dapat mengenalpasti konsep pertumbuhan dan perkembangan dan ciri-cirinya, menerangkan perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan, menerangkan prinsip asas perkembangan kanak-kanak, menjelaskan maksud baka dan persekitaran dan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, menerangkan bagaimana perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh perbezaan individu dan menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang berkaitan.

Berdasarkan dapatan yang diperoleh, guru pelatih dapat menggunakan ilmu yang dipelajari untuk mendekati murid-murid dengan cara yang lebih efektif ketika menjadi guru kelak. Hal ini kerana mereka telah mengetahui tentang latar belakang murid tersebut daripada pemerhatian, data dan hasil temubual dengan murid tersebut. Bukan itu sahaja, subjek ini juga dapat menyediakan peluang kepada guru pelatih untuk

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) merancang aktiviti yang sesuai dan melaksanakan sesi pengajaran & pembelajaran (P&P) dengan berkesan kerana mereka telah mengetahui tentang latar belakang

murid-murid tersebut. Selain itu juga, subjek ini juga amat penting untuk membolehkan para guru pelatih berinteraksi dengan murid-murid dengan cara yang sesuai mengikut tahap perkembangan mereka kerana setiap individu mempunyai perkembangan yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Kesimpulannya, subjek Perkembangan Kanak-kanak ini amat penting untuk dipelajari kerana merupakan ilmu yang berguna kepada guru pelatih semasa menjadi guru kelak.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

2.0 PErancangan

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) CARTA GANTT

HARI PERKARA Merancang alat yang digunakan. (Soal selidik, temubual, pemerhatian) Merangka soalan fizikal. Merangka soalan kognitif. Merangka soalan sosioemosi. Merangka soalan bahasa. Pelaksanaan tugasan. Pengumpulan data. Analisis data. Membukukan tugasan. Menyemak keseluruhan tugasan. Menghantar tugasan.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) LATAR BELAKANG TUGASAN Dalam tugasan ini, kami dikehendaki untuk mengumpul data dan mengkaji perkembangan murid semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kami juga dikehendaki untuk membincang dan merumuskan analisis data dalam bentuk pengurusan grafik yang bersesuaian. Kumpulan kami terdiri daripada empat orang ahli kumpulan. Kami menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah yang berlainan. Sekolah yang terlibat adalah SK Darul Hikmah, Alor Setar, Kedah; SK Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah dan SK Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. Ketiga-tiga buah sekolah ini terletak di kawasan luar bandar. SK Darul Hikmah, Alor Setar, Kedah merupakan sekolah yang bergred baik dan mempunyai bilangan pelajar sebanyak 310 orang dan bilangan guru sebanyak 29 orang. Kawasan sekolah tersebut dikelilingi sawah padi dan mempunyai semua keperluan asas dan kemudahan yang mencukupi yang disediakan untuk warga sekolah. SK Hutan Kampung, Alor Star Kedah pula merupakan sekolah gred A dan mempunyai jumlah murid sebanyak 320 orang dan 34 orang guru yang berkhidmat di sekolah tersebut. Sekolah tersebut memiliki semua keperluan asas bagi sesebuah sekolah. Manakala, SK Kuala Teriang, Langkawi, Kedah pula merupakan sekolah gred A dan mempunyai jumlah murid sebanyak 769 orang dan bilangan guru sebanyak 46 orang. Sekolah ini merupakan sekolah rendah terawal di Langkawi yang menggunakan papan putih di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) KUMPULAN SASARAN Sampel murid yang digunakan adalah sampel murid yang sama bagi pemerolehan data bagi aspek perkembangan fizikal, kognitif, bahasa dan emosi. Dalam proses pemilihan sampel murid, setiap individu perlu memilih seramai empat orang murid iaitu 2 orang daripada Tahun 2 (8 tahun) dan 2 orang daripada Tahun 5 (11 tahun). Murid Tahun 2 dan Tahun 5 tersebut pula masing-masing terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Data yang diambil dilakukan secara bersistem, iaitu bermula dengan memilih murid dan kemudian mengambil butiran peribadi mereka. Pemilihan murid dilakukan secara rawak oleh pihak pengurusan iaitu tiada kriteria atau ciri-ciri khas yang ditentukan kepada sampel murid yang ingin dipilih. Pemilihan murid tersebut pula dibuat berdasarkan kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Bagi murid tahun 2, sampel murid dipilih daripada kelas Tahun 2 Azam dan 2 Ihsan manakala bagi Tahun 5 adalah daripada Tahun 5 Azam dan 5 Ihsan.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

3.0 pengumpulan data

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) 3.1 A) DATA FIZIKAL PENGENALAN UMUM Perkembangan pertumbuhan fizikal merujuk kepada fungsi perubahan saiz fizikal, badan kadar dan

bahagian-bahagian

badan,

anggota-anggota

perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007) menerusi (Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2010). Perkembangan fizikal berlaku secara kuantitatif, di mana perubahan tersebut boleh diukur dan dilihat. Sebagai contoh, perubahan panjang dan saiz tangan, kaki dan ketinggian dan juga berat badan boleh diukur dan dilihat. Dalam perkembangan data fizikal, tugasan ini memfokuskan kepada ketinggian murid, berat badan, cara penulisan, penglihatan, penglibatan dalam sukan, jenis rambut dan juga penyakit yang dihidapi.

B)

KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses pengumpulan data fizikal, pelbagai kaedah telah digunakan iaitu

kaedah temubual, pemerhatian dan analisis rekod kesihatan murid. Bagi pengukuran ketinggian murid, kami telah menggunakan pita pengukur dan kad ukuran ketinggian yang dilekatkan pada dinding bangunan. Sampel murid tersebut diminta berdiri tegak semasa pengukuran dibuat. Ketinggian diukur dari bahagian tapak kaki sehingga bahagian hujung atas kepala. Data yang diperoleh kemudiannya direkod dalam jadual. Bagi pengukuran berat badan pula, kami menggunakan alat timbangan yang disediakan di dalam kelas Pra-sekolah. Beberapa peraturan telah diberitahu kepada sampel murid sebelum membuat timbangan supaya data yang diperoleh adalah tepat. Sampel murid dikehendaki untuk menanggalkan kasut supaya berat kasut dapat diabaikan semasa membuat timbangan. Mereka juga diminta berdiri dalam keadaan

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) statik dan tidak menggerakkan badan semasa bacaan diambil. Pengukuran dibuat sebanyak 2 kali bagi setiap sampel murid untuk memperoleh nilai bacaan yang tepat. Aspek cara penulisan murid pula dapat direkod melalui cara pemerhatian. Cara penulisan bagi sampel murid dapat diperhatikan semasa merekod data kognitif murid dimana sampel murid perlu menjawab sendiri soalan yang telah diberikan di atas helaian kertas soalan tersebut. Hasil soal selidik tersebut boleh digunakan untuk menilai perkembangan kognitif murid. Pada masa yang sama, cara penulisan murid juga dapat direkodkan sama ada kidal atau pun tidak. Tahap penglihatan murid pula dapat diperhatikan melalui kedudukan mereka di dalam kelas dan juga melalui hasil temubual bersama mereka. Selain itu juga, kami telah melihat rekod kesihatan murid untuk mengukuhkan bukti bagi data yang telah diperoleh. Bagi data penglibatan dalam sukan pula, kaedah temubual telah digunakan. Kami telah menemubual sampel murid tersebut beserta guru kelas mereka untuk mengetahui tahap penglibatan mereka dalam sukan. Kaedah pemerhatian dan temubual juga digunakan untuk mengetahui tentang jenis rambut murid. Kami juga telah bertanyakan jenis rambut ibu bapa mereka untuk kajian analisis data kami yang seterusnya. Bagi mengetahui tentang penyakit yang dihidapi oleh murid, kami telah bertanyakan sendiri kepada murid-murid tentang tahap kesihatan mereka. Namun, data yang diperoleh tidak semestinya tepat kerana ada dalam kalangan mereka yang tidak mengetahui tentang status kesihatan mereka sendiri. Jadi, kami juga telah melihat buku rekod kesihatan murid tersebut untuk mendapat data kesihatan mereka yang lebih tepat.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) C) ALAT PENGUMPULAN DATA

Alat Penimbang Berat

Pita Pengukur

Kad Ukuran Ketinggian

Rekod Kesihatan Murid

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) 3.2 A) DATA KOGNITIF PENGENALAN UMUM Kemahiran kognitif merupakan kemampuan seseorang untuk memberi pendapat, berfikir akan sesuatu, memahami sesuatu dan menyimpan serta mengingati perkara yang berlaku di persekitarannya. Dalam perkembangan kognitif, kami telah memberikan 6 jenis soalan yang berbeza-beza kepada sampel murid. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman murid terhadap pelbagai konsep yang perlu mereka kuasai. Prinsip yang digunakan dalam pelaksanaan ujian ini lebih tertumpu kepada prinsip pengekalan.

B)

KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam pelaksanaan ujian ini, kami telah memberikan kertas soal selidik yang

mengandungi 6 jenis soalan kepada murid untuk dijawab oleh mereka. Arahan telah diberikan kepada mereka untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan. Terdapat murid-murid yang boleh menjawab kesemua soalan tanpa memerlukan bantuan daripada guru pelatih (kami). Namun, untuk memudahkan mereka menjawab soalan, kami telah memberi penerangan dan simulasi kepada murid-murid yang memerlukan bimbingan. Dalam soalan pertama, murid-murid telah diuji tentang pemahaman konsep berat. Mereka ditanya tentang yang manakah yang lebih berat antara 1 kg kapas dan 1 kg gula. Mereka perlu menulis jawapan di ruangan kosong yang terdapat di bawah soalan tersebut kerana tiada variasi jawapan disediakan. Jawapan yang tepat bagi soalan ini ialah : Sama sahaja. Dalam soalan yang kedua, murid-murid dikehendaki untuk membaca situasi yang diberikan dan menjawab soalan yang dikemukakan berdasarkan pilihan jawapan yang telah disediakan. Soalan tersebut adalah berkonsepkan situasi sebelum dan selepas sesuatu aktiviti itu dijalankan (prinsip identiti). Mereka dikehendaki untuk

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) memilih jawapan yang sesuai terhadap soalan yang berkaitan bekas yang mana yang lebih banyak mempunyai air setelah dituangkan secara sama rata ke dalam cawan dan gelas. Grafik yang berkaitan (Rajah 1) juga telah disediakan bagi memberi rangsangan kepada para pelajar. Tiga pilihan jawapan telah disediakan iaitu : a) cawan, b) gelas dan c) cawan dan gelas. Jawapan yang tepat adalah c iaitu cawan dan gelas (sama sahaja).

Rajah 1 Bagi soalan yang ketiga, konsep yang digunakan masih sama seperti soalan nombor 1 tetapi grafik (Rajah 2) telah disediakan untuk merangsang pemikiran murid. Murid-murid ditanya tentang pilihan buku yang lebih berat antara buku A dan buku B yang mana kedua-duanya telah dilabelkan berat sebanyak 2 kg. Tiga pilihan jawapan disediakan iaitu buku A, buku B dan sama. Jawapan yang tepat adalah jawapan yang ketiga : Sama.

Rajah 2

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Bagi soalan yang keempat pula, soalan yang dikemukakan adalah masih berunsurkan prinsip identiti. Rajah (Rajah 3) telah ditunjukkan seperti dibawah. Bola X disusun secara rapat-rapat manakala Bola Y disusun dengan berjarak antara satu sama lain. Murid-murid dikehendaki untuk memilih jawapan bola yang mana yang mempunyai bilangan yang lebih banyak. Tiga jawapan disediakan iaitu : a) Bola X, b) Bola Y dan c) sama. Jawapan yang tepat adalah : Sama.

Rajah 3 Bagi soalan yang kelima, soalan yang dikemukakan adalah berkonsepkan pengelasan. Murid-murid ditunjukkan tiga jenis gambar rajah (Rajah 4) yang mempunyai bentuk yang berlainan iaitu gambar A, gambar B dan gambar C. Mereka kemudiannya perlu mengira dan mengelaskan gambar tersebut mengikut bilangan yang sama. Empat pilihan jawapan disediakan iaitu : a) A dan B, b) B dan C, c) A dan C dan d) A, B dan C. Jawapan yang tepat adalah a) A dan B.

Rajah 4

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Dalam soalan kognitif yang terakhir, soalan yang diberikan merupakan soalan tahap sederhana. Murid tersebut perlu membaca dan memahami terlebih dahulu tentang situasi yang diberikan. Soalan ini juga dibantu dengan gambar rajah (Rajah 5). Murid diberikan maklumat yang berkaitan dengan masa dan diberikan tiga pilihan jawapan berkaitan soalan yang dikemukakan iaitu : a) Jalan R, b) Jalan P dan c) Sama. Jawapan yang tepat adalah : c) Sama.

Rajah 5 C) ALAT PENGUMPULAN DATA

Borang soal selidik

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) 3.3 A) DATA BAHASA PENGENALAN UMUM Mengikut Skinner (1957), bahasa, seperti tingkahlaku yang lain, adalah dikuasai melalui pelaziman operan. Mengikut Chomsky, kanak-kanak kurang mampu belajar peraturan dan organisasi ayat yang kompleks jika diajarkan secara langsung, atau dikuasai oleh kanak-kanak sendiri. Sebaliknya, kanak-kanak dilahirkan dengan instrumen

memperolehi bahasa (language acquisition devise : LAD, suatu sistem semulajadi yang mengandungi satu set peraturan yang sama untuk semua bahasa. Dengan ada instrumen memperolehi bahasa (LAD) ini, kanak-kanak dapt menguasai bahasa secara semula jadi, dan tidak perlu bergantung banyak pelaziman operan sebagaimana yang dicadangkan oleh ahli behaviorisme. (Mok Soon Sang, 2009). Untuk tujuan ini, sebanyak 13 soalan telah dikemukakan yang meliputi perkembangan bahasa daripada pelbagai aspek.

B)

KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam melaksanakan tugasan ini, dua kaedah telah digunakan iaitu

menggunakan kaedah soal selidik dan kaedah temu bual (berdasarkan kertas soal selidik). Kertas soal selidik tersebut mempunyai 5 skala Likert untuk membuat pengukuran tentang perkembangan bahasa murid yang meliputi potensi dan kecenderungan mereka untuk terlibat dalam sesuatu aktiviti. Kami telah menganalisis terlebih dahulu soalan yang dibuat sebelum menentukan skala Likert yang sesuai untuk digunakan dalam soal selidik ini. Hal ini penting kerana skala Likert yang betul adalah penting supaya responden dapat memahami dan menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Skala tersebut adalah bermula daripada nombor 1 sehingga nombor 5.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Skala nombor 1 adalah penilaian yang paling lemah manakala skala nombor 5 adalah merupakan penilaian yang paling baik. Dalam kaedah soal selidik, kertas soal selidik tentang perkembangan bahasa ini telah diberikan kepada guru kelas murid tersebut untuk dibuat penilaian. Kami juga meminta bantuan daripada rakan terdekat murid tersebut untuk menandakan sendiri dan membuat penilaian terhadap sampel murid tersebut. Dalam kaedah yang kedua pula, kami telah menemubual guru kelas murid tersebut dan juga rakan mereka untuk mengetahui tentang perkembangan bahasa mereka. Kami membaca pernyataan yang terdapat dalam kertas soal selidik dan meminta mereka untuk menilai murid tersebut berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang mereka ada.

C)

ALAT PENGUMPULAN DATA

Borang soal selidik (mempunyai skala Likert)

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) 3.4 A) DATA EMOSI PENGENALAN UMUM Emosi merupakan sesuatu perasaan jiwa yang kuat. Kamus Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap seperti kasih gembira, benci, takut dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. (Mok Soon Sang, 2009). Dalam perkembangan data emosi, sebanyak 16 soalan telah dikemukakan kepada sampel murid. Soalan-soalan tersebut meliputi pertanyaan tentang reaksi murid tersebut terhadap sesuatu situasi yang berlaku serta tahap perhubungan murid-murid dengan persekitaran di sekeliling mereka.

B)

KAEDAH PENGUMPULAN DATA Untuk pengumpulan data emosi, kami telah menggunakan dua kaedah iaitu

menggunakan kertas soal selidik dan kaedah temubual. Kami telah memberikan kertas soalan soal selidik kepada sampel murid tersebut untuk terus dijawab oleh mereka pada masa tersebut. Tetapi, murid-murid tersebut juga boleh bertanyakan kepada kami (guru pelatih) jika mereka tidak memahami akan soalan tersebut. 8 soalan yang memerlukan mereka menjawab Ya atau pun Tidak telah diberikan manakala 8 soalan lagi merupakan soalan terbuka yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Kami akan memberikan mereka contoh-contoh dan situasi yang sesuai untuk memberikan mereka rangsangan dan pemahaman kepada mereka untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan lebih yakin. Murid tersebut juga dikehendaki untuk memberikan alasan berdasarkan jawapan yang mereka berikan (jika berkaitan).

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) C) ALAT PENGUMPULAN DATA

Borang soal selidik

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

4.0 analisis Data

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) ANALISIS DATA KOGNITIF Tahun 2 SOALAN 1 MURID A (L) B (P) C (L) D (P) E (L) F (P) G (L) H (P) Jadual 1.1 Tahun 5 SOALAN 1 MURID I (L) J (P) K ( P) L (L) M (L) N (P) O (L) P (P) Jadual 1.2 BETUL SALAH 2 3 4 5 6 2 3 4 5 6

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Bilangan murid menjawab soalan kognitif dengan betul SOALAN TAHUN 2 5 L 1 3

1 P 0 2 L 1 1

2 P 1 1 L 0 3

3 P 1 0 L 2 3

4 P 1 1 L 4 4

5 P 4 3 L 0 2

6 P

JUMLAH (/48)

1 16 (33%) 2 25 (52%)

Jadual 1.3 Graf Data Kognitif Murid Lelaki yang Menjawab Dengan Betul4 3 Bil.Murid

Rajah 62 1 0 1 2 3 Soalan 4 5 6 Tahun 2 Tahun 5

Graf Data Kognitif Murid Perempuan yang Menjawab Dengan Betul4

3 Bil.Murid

2

Tahun 2 Tahun 5

Rajah 7

1

0 1 2 3 Soalan 4 5 6

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

Graf Data Kognitif yang dijawab Dengan Betul8 7 6 Bil. Murid 5 4 3 2 1 0 1 2 3 Soalan 4 5 6 Tahun 2 Tahun 5

Rajah 8

Carta Pai Data Kognitif Tahun 2

Carta Pai Data Kognitif Tahun 5

Jawapan Salah 67%

Jawapan Betul 33%

Jawapan Salah 48%

Jawapan Betul 52%

Rajah 9

Rajah 10

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Graf Data Kognitif Yang Dijawab Dengan Betul

20 18 16 14 Bil.murid(/24) 12 10 8 6 4 2 0 TAHUN 2 Tahun TAHUN 5 Murid Lelaki Murid Perempuan

Rajah 11

Analisis Jadual-jadual serta rajah-rajah di atas merupakan data kognitif yang telah digabungkan daripada setiap ahli kumpulan kami. Data tersebut diambil daripada 8 orang Tahun 2 dan 8 orang lagi daripada Tahun 5. Berdasarkan jadual 1.1 dan jadual 1.2, kami mendapati soalan 2 merupakan solan yang sering dijawab dengan betul oleh murid Tahun 2 dan murid Tahun 5. Warna merah sebagai simbol bahawa soalan yang dijawab adalah salah manakala warna hijau adalah simbol yang menunjukkan jawapan yang diberikan adalah betul. Soalan 5 merupakan soalan yang menggunakan konsep pengelasan. Namun, pada kedua-dua jadual menunjukkan tiada perubahan bilangan murid yang dapat menjawab dengan betul bagi soalan 2. Soalan 2 merupakan soalan yang menekankan konsep pengekalan dengan prinsip keterbalikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan soalan yang lain, kami dapat melihat jumlah soalan yang dijawab dengan betul telah meningkat.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Seterusnya, berdasarkan jadual 1.1 dan jadual 1.2, kami telah mengelaskan bilangan murid Tahun 2 dan Tahun 6 yang dapat menjawab dengan betul bagi setiap soalan kognitif yang diberikan. Jadual 1.3 menunjukkan bilangan murid lelaki serta murid perempuan yang dapat menjawab dengan betul. Daripada jadual tersebut, kami mendapati bahawa berlaku perubahan dalam pemikiran mereka dengan melihat kepada peningkatan peratus yang menjawab dengan bertul iaitu daripada 33% meningkat kepada 52%. Rajah 6 dan rajah 7 pula menunjukkan dengan lebih jelas perubahan kognitif yang berlaku bagi murid perempuan dan murid lelaki. Rajah 6 menunjukkan perubahan kognitif murid lelaki Tahun 2 dan Tahun 5. Berdasarkan graf tersebut, kita boleh melihat bahawa berlaku peningkatan dari segi kognitif mereka. Walau bagaimanpun, kita boleh melihat kadar perkembangan kognitif murid lelaki lebih pantas berbanding murid perempuan. Rajah 7 menunjukkan graf data kognitif murid perempuan Tahun 2 dan Tahun 5 yang boleh menjawab dengan betul. Walaupun berlaku peningkatan terhadap kognitif mereka, tetapi jika dibandingkan dengan murid lelaki, tahap perkembangan murid perempuan adalah lebih perlahan. Secara keseluruhannya, graf data kognitif pada Rajah 8 menunjukkan berlaku perubahan dalam kognitif mereka. Soalan 1 menunjukkan bilangan murid yang boleh menjawab dengan betul meningkat lebih tinggi berbanding soalan yang lain iaitu soalan yang melibatkan pengelasan. Walau bagaiaman pun, soalan 5 iaitu solan pengelasan bentuk, terdapat murid yang gagal menjawab dengan betul. Namun begitu, jika dibandingkan antara murid lelaki dan murid perempuan yang sama umurnya, murid lelaki menunjukkan perubahan kognitif yang lebih cepat berbanding murid perempuan seperti yang ditunjukkan pada rajah 11.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) DATA SOSIOEMOSI Tahun 2 (MURID) PERKARA 1 MURID A Gembira Baik Baik Cikgu Rosni Cikgu Shirley Cikgu Fazil Cikgu Aini Guru Bahasa Melayu Cikgu Isma Wahida Cikgu Rosli Tiada Bermain PS2, melukis Bola jaring Bola sepak Doktor haiwan Ustazah -Polis -Angkasawan Guru Wonderpets Dora the Explorer Upin & Ipin Upin & Ipin Tom & Jerry Upin & Ipin Spongebob, Wonderpets Upin & Ipin Semua watak Dora 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

B

Gembira

Baik

Baik

C

Gembira

Baik

Baik

Ipin

D

Gembira

Baik

Baik

Badminton

Upin Ben 10 besar Upin & Ipin Patrick Upin & Ipin

E

Gembira

Kurang Baik baik Baik Baik

Bola sepak

Polis

F

Gembira

Berbasikal Bermain kereta kawalan Bermain masakmasak

Pramugari

G

Gembira

Baik

Baik

Ahli Bomba

H

Gembira

Baik

Baik

Doktor

Jadual 2.0

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Tahun 5 (MURID) PERKARA 1 2 3 4 5 6 7 8 MURID I Gembira Baik Baik Cikgu Husni Cikgu Rosni Bola sepak Pemain bola sepak Doktor Spongebob Spongebob *tidak suka kartun (Cinta anugerah) *tidak suka kartun *tidak suka kartun Nabila (Cinta anugerah) Azzam, Dayana (Bintang kecil) 9 10 11 12 13 14 15 16

J

Gembira

Baik

Baik

Membaca

K

Gembira

Baik

Baik

Cikgu Asmadi Cikgu Zahanim Cikgu Zainol Muda Cikgu Zarina Taib CIkgu Rosni Tiada

Bermain masakmasak Bola sepak

Doktor

L

Gembira

Baik

Baik

Askar Ahli Sains Guru *Tidak tahu Guru

M

Gembira

Baik

Baik

Memancing

Naruto

Sasuke

N

Gembira

Baik

Baik

Membaca

Atasinchi

Mikan

O

Gembira

Baik

Baik

Membaca Bola jaring, badminton

Spongebob Spongebob Upin&Ipin, Dora

P

Gembira

Baik

Baik Jadual 2.1

-

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Tahun 2 (GURU KELAS) PERKARA 1 MURID A B C D E F G H Sangat baik Sangat baik Bagus(Baik) Baik Kurang memuaskan - Murid pemulihan Bagus. Pencapaian yang baik Sederhana Sederhana Jadual 2.2 Tidak terlibat (Tahap 1) Tidak terlibat (Tahap 1) Tidak terlibat Tidak terlibat Tidak terlibat Tidak terlibat Tidak terlibat Tidak terlibat Baik Baik Baik Sangat baik Baik Baik Baik Baik 2 3 4 5 6

Tahun 5 (GURU KELAS) PERKARA 1 MURID I Sederhana Baik, aktif Baik Tidak berkeyakinan berinteraksi dengan guru dan yang lain. Baik Baik Baik Baik Tiada berkeyakinan Baik 2 3 4 5 6

J

Lemah

Tidak aktif

K L M N O P

Sederhana Lemah Baik Baik Lemah Sederhana Jadual 2.3

Tidak aktif Tidak aktif Aktif Memuaskan Tidak aktif Sederhana

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Tahun 2 (GURU DISIPLIN)

PERKARA 1 MURID A B C D E F G H Jadual 2.4 1. Bergaduh 2. Ponteng kelas 2 CATATAN

Tahun 5 (GURU DISIPLIN)

PERKARA 1 MURID I J K L M N O P Jadual 2.5 1. Kerap tidak datang ke sekolah. 1. Selalu tidak menyiapkan kerja sekolah. 1. Bergaduh 2. Tidak direkodkan memandangkan kes pertama 1. Tidak hadir ke sekolah. 2 CATATAN

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Soalan data sosioemosi telah dibahagikan kepada 3 iaitu ruangan murid, guru kelas dan juga guru disiplin. Jadual 2.0, jadual 2.1, jadual 2.2, jadual 2.3, jadual 2.4 dan jadual 2.5 merupakan data terkumpul yang diperolehi setiap ahli kumpulan.

Tahun 2 (MURID)

LELAKI PERKARA Ya 1 2 3 4 5 6 7 8 3 1 3 4 4 4 4 2 Tidak 1 3 1 0 0 0 0 2

PEREMPUAN Ya

JUMLAH

Ya 2 2 2 4 4 4 4 4

Tidak 2 2 2 0 0 0 0 0

Tidak 3 5 3 0 0 0 0 2

5 3 5 8 8 8 8 6

Jadual 2.6

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

Tahun 5 (MURID)

LELAKI PERKARA Ya 1 2 3 4 5 6 7 8 1 0 3 4 4 4 4 3 Tidak 3 4 1 0 0 0 0 1

PEREMPUAN Ya

JUMLAH

Ya 4 4 3 4 4 4 4 3

Tidak 0 0 1 0 0 0 0 1

Tidak 3 4 2 0 0 0 0 2

5 4 6 8 8 8 8 6

Jadual 2.7

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

Graf Data Murid Menjawab 'Ya'9 8 7 Bilangan Murid 6 5 4 3 2 1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 Perkara Tahun 2 Tahun 5

Rajah 12

Graf data Murid Lelaki dan Perempuan bagi Jawapan 'Ya' (Tahun 2)4 Bil. Murid (Tahun 2)

3

2

Lelaki Perempuan

1

0 1 2 3 4 5 6 7 8 Perkara

Rajah 13

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

Graf Data Murid lelaki dan Perempuan bagi Jawapan 'Ya'(Tahun 5)4

Bil. Murid (Tahun 5)

3

2

Lelaki Perempuan

1

0 1 2 3 4 5 6 7 8 Perkara

Rajah 14

Bilangan Murid Lelaki yang Menjawab 'Ya8 7 6 Perkara 5 4 3 2 1 0 1 2 Bil. Murid 3 4 Tahun 5 Tahun 2

Rajah 15

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

Graf Bilangan Murid Perempuan yang Menjawab 'Ya'4 3 Bil.Murid 2 1 0 1 2 3 4 Perkara 5 6 7 8

Tahun 2 Tahun 5

Rajah 16 MURID Berdasarkan Jadual-jadual di atas, kami telah menjadualkn data mereka mengikut kepada tahun dan juga jantina. Jadual 2.6 menunjukkan bilangan murid lelaki dan murid perempuan Tahun 2 yang menjawab ya dan Tidak berdasarkan soalan yang ditanya dalam borang soal selidik. Jadual 2.7 pula menunjukkan bilangan murid lelaki dan murid perempuan Tahun 5 yang menjawab Ya dan Tidak. Kedua-dua jadual hanya menunjukkan pernyataan sehingga nombor 8. Rajah 12 menunjukkan graf data murid yang menjawab Ya sahaja bagi pernyataan 1 segingga 8 untuk Tahun 2 dan Tahun 5 tanpa mengira jantina. Berdasarkan graf tersebut, kami mendapati walaupun mereka mempunyai ciri-ciri fizikal, kebolehan bahasa serta perkembangan kognitif yang berbeza, murid yang kami selidik yang terdiri daripada murid Tahun 2 dan Tahun 5 mempunyai persamaan. Mereka mempunyai ramai kawan, sahabat baik, suka ke sekolah dan menyukai subjek

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Pendidikan Jasmani. Ini boleh dilihat berdasarkan graf yang mendatar daripada soalan 4 hingga 7. Selain itu, berdasarkan graf tersebut kami dapat melihat perubahan dalam sosioemosi mereka. Perubahan ini boleh dilihat dalam peningkatan bilangan murid yang menjawab Ya bagi soalan 2 dan 3 iaitu ketakutan mereka terhadap serangga dan guruh. Perasaan takut semakin menebal dengan peningkatan umur. Walau

bagaimanapun, bilangan murid yang takut kepada gelap dan tidak menyiapkan kerja sekolah tidak berubah. Rajah 13 menunjukkan bilangan murid lelaki dan perempuan Tahun 2 yang menjawab Ya. Melalui graf tersebut kita boleh melihat bahawa bilangan murid lelaki yang takut pada gelap adalah melebihi bilangan murid perempuan dengan bilangan 3-2. Begitu juga dengan ketakutan mereka kepada guruh. Berdasarkan maklumat yang diterima, bilangan murid lelaki yang takut pada guruh melebihi bilangan murid perempuan dengan 3-2 juga. Walau bagaimanapun, murid perempuan lebih cenderung takut kepada kepada serangga serta selalu menyiapkan kerja sekolah yang diberikan jika dibandingkan dengan murid lelaki. Bagi Tahun 5 pula, berdasarkan rajah 14, keempat-empat murid perempuan yang kami selidiki takut pada gelap dan serangga. Murid lelaki Tahun 5 menunjukkan hanya seorang yang takut pada gelap manakala tiada murid lelaki yang takut pada serangga. Jika dibandingkan murid lelaki Tahun 2 dan Tahun 5 seperti Rajah 15, kita boleh melihat perbezaan sosioemosi yang berlaku. Murid lelaki Tahun 5 lebih berani jika dibandingkan dengan murid lelaki Tahun 2 dan mereka juga selalu menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Berbeza dengan murid perempuan, murid perempuan Tahun 2 lebih berani daripada murid perempuan Tahun 5. Ini boleh dilihat seperti dalam Rajah 16. Berdasarkan rajah tersebut, kita boleh melihat bilangan murid perempuan tahun 5 yang takut kepada gelap, serangga dan guruh melebihi bilangan murid perempuan Tahun 2. Walau bagaimanapun, data yang diambil menunjukkan bilangan murid perempuan Tahun 2 yang menyiapkan kerja sekolah melebihi bilangan murid perempuan Tahun 5. Terdapat murid Tahun 5 yang tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) DATA SOSIOEMOSI GURU KELAS TAHUN 2 Lelaki Perkara Ya Tidak Ya Perempuan Tidak

1

1

3

1

3

2

4

0

4

0

3

0 Jadual 2.8

4

1

3

Graf Data Guru Kelas Tahun 24

3 Bil.Murid

2

Lelaki Perempuan

1

0 1 2 Perkara 3

Rajah 17

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

Lelaki Perkara Baik 4 2 Sederhana 1 Kurang Baik 1 Baik 3

Perempuan Sederhana 1 Kurang Baik

6

4 Jadual 2.9 Lelaki

4

Perempuan TT 4 A S TA TT 4

Perkara A 5 Jadual 3.0 A = AKTIF S = SEDERHANA TA = TIDAK AKTIF TT = TIDAK TERLIBAT S TA

Carta Pai Data Guru Kelas Tahun 2 (4)Kurang Baik 13% Sederhana 25%

Baik 62%

Rajah 18

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) GURU KELAS Tahun 2 Jadual 2.8 menunjukkan data yang diberikan oleh setiap guru kelas murid yang kami selidiki. Jadual ini menunjukkan jawapan bagi perkara 1, 2 dan 3. Berdasarkan maklumat tersebut, kami mendapati murid Tahun 2 tidak begitu agresif. data menunjukkan hanya seorang murid lelaki dan perempuan sahaja yang agresif daripada 8 orang jumlah pelajar Tahun 2. Semua murid tahun 2 mudah didekati. Selain itu, seperti yang ditunjukkan pada rajah 17, tiada murid lelaki Tahun 2 yang pendiam manakala terdapat seorang murid perempuan Tahun 2 yang pendiam. Jadual 2.9 dan jadual 3.0 menunjukkan perkara 4,5 dan 6 yang dijawab oleh guru kelas murid tersebut. Seperti yang ditunjukkan pada rajah 18, Pencapaian akademik murid Tahun 2 majoritinya adalah baik. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang prestasinya adalah kurang baik. Jika dibandingkan pula prestasi di antara murid lelaki dan murid perempuan, murid perempuan lebih cenderung untuk memberikan pencapaian yang lebih baik dalam akademik. Hubungan antara guru dan murid juga semuanya berada dalam keadaan yang baik. Perkara 5 ialah soalan yang bertanyakan pencapaian murid dalam kokurikulum, tetapi memandangkan murid merupakan murid tahap 1, maka mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti kokutikulum.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) DATA SOSIOEMOSI GURU KELAS TAHUN 5 Lelaki Perkara Ya 1 2 Tidak 2 Ya 0 Tidak 4 Perempuan

2

3

1

2

2

3

1

3

3

1

Jadual 3.1

Graf Data Guru Kelas Tahun 54

3 Bil.Murid

2

Lelaki Perempuan

1

0 1 2 Perkara 3

Rajah 19

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

Lelaki Perkara Baik 4 1 Sederhana 1 Kurang Baik 2 Baik 1

Perempuan Sederhana 2 Kurang Baik 1

6

2

1 Jadual 3.2 Lelaki

1

3

1

Perempuan TT A S 2 TA 2 TT

Perkara A 5 2 S TA 2 Jadual 3.3 A = AKTIF S = SEDERHANA TA = TIDAK AKTIF TT = TIDAK TERLIBAT

Carta Pai Data Guru Kelas Tahun 5 (4)

kurang baik 38%

baik 25%

sederhana

37%

Rajah 20

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Carta Pai Data Guru Kelas Tahun 5 (6)

kurang baik 25% baik 62% sederhana 13%

Rajah 21 Jadual 3.1 menunjukkan data sosioemosi ruangan guru kelas bagi Tahun 5 perkara 1, 2 dan 3. Berdasarkan jadual tersebut, kami mendapati murid lelaki Tahun 5 adalah seorang murid yang agresif. Perkara ini boleh dilihat dengan lebih jelas pada rajah 19. Pada graf tersebut, data jelas menunjukkan murid lelaki lebih agresif dan murid perempuan pula cenderung menjadi seorang yang pendiam dan menyebabkan mereka sukar didekati. Walau bagaimanapun, terdapat juga murid lelaki yang sukar didekati. Rajah 20 dan 21 merupakan grafik kepada jadual 3.2. Carta pai tersebut menunjukkan pencapaian murid bagi tahun 5 adalah sederhana sahaja. Tetapi jika dilihat daripada segi jantina, mereka memberikan keputusan yang hampir sama. Tetapi bilangan murid lelaki yang mendapat pencapaian kurang baik adalah melebihi bilangan murid perempuan. Terdapat juga murid yang tidak ddapat mengekalkan hubungan baik dengan guru kelas mereka. Carta pai rajah 21 menunjukkan 25% daripada kumpulan murid tahun 5 yang kami selidiki mempunyai hubungan yang kurang baik dengan guru kelas mereka. Walau bagaimanapun, 62% menunjukkan hubungan mereka adalah baik. Jadual 3.3 menunjukkan pencapaian murid dalam kokurikulum iaitu pada perkara 5. Pada Tahun 5, mereka sudah melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Berdasarkan jadual tersebut, kita boleh melihat bahawa murid lelaki tahun 5 aktif dalam kokurikulum jika dibandingkan dengan murid perempuan yang hanya mendapat

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) pencapaian yang sederhana dan tidak aktif. namun begitu, terdapat juga murid lelaki yang tidak aktif dalam kokurikulum. Jika dibandingkan antara tahun 2 dan tahun 5, kita boleh melihat ramai Lelaki Perkara Ya Tidak Ya Perempuan Tidak 4

1

1

3

0

2

1

3

0

4

murid yang mendapat keputusan yang baik dalam akademik dibandingkan dengan Tahun 5. Selain itu, bilangan murid perempuan Tahun 5 yang pendiam adalah lebih ramai jika dibandingkan dengan Tahun 2.

DATA SOSIOEMOSI GURU DISIPLIN TAHUN 2 Jadual 3.4

GURU DISIPLIN TAHUN 5

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) Jadual 3.5

Jadual 3.4 dan 3.5 menunjukkan data yang diperolehi daripada guru disiplin. Perkara 1 dan 2 yang ditanya ialah sekiranya murid pernah menimbulkan masalah dan sekiranya mereka mempunyai rekod disiplin. Berdasarkan jadual tersebut, kami mendapati murid lelaki yang lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam masalah. jadual 3.4 menunjukkan terdapat murid lelaki tahun 2 yang pernah menimbulkan masalah dan mempunyai rekod disiplin . Manakala murid perempuan tahun 2 pula tiadak ada yang terlibat dalam maslah disiplin. Lelaki Perkara Ya Tidak Ya Perempuan Tidak 3

1

3

1

1

2

0

4

0

4

Jadual 3.5 menunjukkan peningkatan dalam bilangan murid lelaki yang terlibat dalam maslah disiplin. Walaupun terdapat murid perempuan yang menimbulkjan masalah, tetapi bilangan murid lelaki adalah lebih ramai. walau bagaimanapun, tiada rekod disiplin bagi mana-mana murid Tahun 5 jijka dibandingkan dengan murid tahun 2 yang mempunyai rekod disiplin.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

5.0 cadangan penambahbaikan

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Selepas melaksanakan

tugasan ini, saya mendapati bahawa data yang

diperoleh mempunyai sedikit masalah untuk dianalisis. Jadi, untuk memperbaiki kelemahan yang timbul dalam tugasan ini, kami telah membincangkan beberapa cadangan penambahbaikan agar objektif yang ingin dicapai dalam tugasan ini mencapai matlamatnya dan dapat diguna pakai untuk tujuan pembelajaran kelak. Cadangan tersebut adalah seperti di bawah : 1) Cara pengumpulan data mestilah sama antara ahli kumpulan agar data yang diperoleh dapat dianalisis dengan mudah. Kaedah yang boleh digunakan adalah menggunakan rekod kesihatan murid (perkembangan fizikal dan sosio-emosi), markah peperiksaan (perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa). Kami juga perlu menyemak kehadiran mereka di dalam Buku Kedatangan Murid untuk mengetahui dan menganalisis perkembangan mereka dengan lebih teliti.

2) Bagi data fizikal, kami tidak semestinya tertumpu kepada aspek umum sematamata tetapi kami juga perlu memfokuskan kepada pengumpulan data dan membuat pengukuran tentang aspek perkembangan bahagian badan murid meliputi pengukuran saiz dan berat badan (kg), ketinggian (cm), ukur lilit kepala (cm), ukur lilit pinggang (cm), ukur dari panjang pinggang ke kaki (cm), ukur panjang tangan (cm) dan ukur lilitan dada (cm). Data yang diperoleh adalah lebih jelas dan dapat digunakan untuk analisis perkembangan fizikal yang lebih tepat.

3) Bagi perkembangan kognitif, kami perlu menentukan dahulu aspek yang ingin dianalisis seperti konsep pengekalan yang terdiri daripada tiga prinsip iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan ; proses pengelasan, proses penyusunan secara bersiri dan sebagainya. Selepas itu, barulah proses membuat soalan dilakukan berdasarkan konsep-konsep tersebut. Hal ini akan

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) memudahkan proses untuk menganalisis data kerana konsep yang ingin ditekankan telah diketahui sejak awal lagi.

4) Kami juga perlu bertanya dahulu kepada guru kelas murid yang terlibat tentang sasaran murid yang ingin digunakan sebagai sampel murid untuk memudahkan kami membuat perbandingan apabila merekod data kelak.

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

6.0 keputusan data

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

EDU 3102 (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK) RUJUKAN

Perkembangan Kanak-kanak. Dilayari pada 15 Mac 2011 di URL : http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkembangan_kanak-kanak

Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Cerdas. Dilayari pada 15 Mac 2011 di URL : http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/d034742/st udy_kes_sem_3.pdf

Mok Soon Sang (2009). Siri Pengajian Profesional : Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2010). Siri Pendidikan Perguruan : Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Skala Likert. Dilayari pada 12 Mac 2011 di URL : http://samianstats.files.wordpress.com/2008/08/skala-likert.pdf

Data Soal Selidik Perkembangan Kanak-kanak, (24 Mac 2011)