Edu 3106

50
Budaya: Bab 1 Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia 1) Pengertian Budaya E.B.Tylor- keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan. Bourdieu- proses sosial di mana budaya dan struktur sosial saling berinteraksi. L.A. White- satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat), idea, sentimen (nilai) bergantung kepada simbol-simbol. Kroeber & Kluckohn- entiti yang mengandungi pola implisit dan eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui simbol dan mengambil bentuk metarial. Rumusannya: Pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka. 2) Budaya Sekolah Budaya sekolah sebahagian budaya masyarakat. Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki masyarakat. 1

Transcript of Edu 3106

Page 1: Edu 3106

Budaya: Bab 1 Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

1) Pengertian Budaya• E.B.Tylor- keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan,

kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk

kebiasaan.

• Bourdieu- proses sosial di mana budaya dan struktur sosial saling berinteraksi.

• L.A. White- satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat), idea,

sentimen (nilai) bergantung kepada simbol-simbol.

• Kroeber & Kluckohn- entiti yang mengandungi pola implisit dan eksplisit tentang

tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui simbol dan mengambil bentuk

metarial.

Rumusannya:

• Pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya.

• Warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang diwarisi.

• Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

2) Budaya Sekolah Budaya sekolah sebahagian budaya masyarakat.

Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki

masyarakat.

3) Komponan Budaya Sekolah Pendidikan nilai- merangkumi nilai material an bukan material ala Malaysia.

Budaya formal;kurikulum dan ko-kurikulum.

Status sekolah;berasrama penuh dan sekolah harian

4) Pola Dalam Budaya Wajib- mempunyai satu cara untuk melakukannya.

1

Page 2: Edu 3106

Preferred- (lebih digemari)- ada beberapa melakukannya tetapi satu daripadanya lebih

digemari.

Tipikal- ada beberapa cara melakukannya tetapi tidak satupun digemari tetapi satu

daripadanya lebih kerap dilakukan.

Alternatif – ada beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari.

Terhad- cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu sahaja

6)Unsur-unsur Dalam Budaya• Peralatan & kelengkapan

• Sistem ekonomi

• Sistem kemasyarakatan

• Bahasa

• Kesenian

• Sistem pengetahuan

• Kepercayaaan

• Kerajaan

7) Ciri-ciri Utama Budaya di Malaysia• Keseluruhan mengandungi unsur budaya rakyat asal.

• Lambang dan institusi kebangsaan

• Hasil ciptaan nasional- kepercayaan, pemkiran, falsafah, moral, undang-undang, etika,

kesenian, bahasa, kesusteraaan dan cara hidup.

• Unsur asing termasuk kauman atau sukuan yang sesuai dan tidak bercanggah.

• Kepunyaan bersama rakyat, menjadi sumber identifikasi/kekitaan.

8) Kepelbagaian Kelompok• Lokasi

• Pekerjaan

• Pendidikan

• Ekonomi

• Sosial

• Keturunan

• Kuasa politik

2

Page 3: Edu 3106

• Bangsa

• Bahasa

• Adat resam

• Kepercayaan

• Jantina

Budaya: Bab 2 Kesedaran kepelbagaian Sosio Budaya

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA1)Bangsa kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya.

Ditakrifkan juga sebagai kaum atau ras.

Bangsa atau kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India

Bangsa dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa dan semangat patroitik.

Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang

sama.

2) Jenis Nasionalisme Bangsa Nasionalisme sebelum negara cth Israel.

Nasionalisme selepas negara cth Switzerland.

Nasionalisme dunia ketiga cth negara Asia.

Nasionalisme menyeluruh cth Pertubuhan Negara Afrika.

Nasionalisme komuniti konflik cth orang Islam di Rusia dan, Bosnia.

Nasionalisme totalitarium cth Jerman semasa pemerintahan Hitler.

3) Bangsa Melayu Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa

Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk seseorang yang

berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.

Istilah "Melayu" untuk merujuk nama bangsa atau bahasa adalah suatu

perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan

Melayu Melaka.

3

Page 4: Edu 3106

4) Bangsa Cina Orang Cina Malaysia ialah yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di

Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan yang datang dari China,tiba di

Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.

Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya

dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab

agama dan budaya kerana batasan agama.

Orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik,

budaya dan politik.

5) Bangsa India Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada

mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu sebelum

dan semasa Kesultanan Melaka, kemudian semasa pendudukan Melaka oleh orang

Portugal dan Belanda seterusnya semasa penjajahan British.

Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk

di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

6) Struktur Masyarakat/ Kelas Sosial Sekelompok besar manusia yang saling berhubungan & bergantungan berasaskan

satu budaya dan mempunyai matlamat yang sama.

Struktur masyarakat ialah sebuah rangkaian hubungan antara orang yang membentuk

sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-

undang dan sebagainya.

Sebuah masyarakat juga boleh merupakan sebuah komuniti yang saling bergantung

antara golongan yang wujud bersama. Makna "masyarakat" ialah "segolongan orang

yang tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang teratur".

7) Kepercayaan Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke

atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara

berkenaan.

4

Page 5: Edu 3106

Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang

berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).

Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas

pembangunan moral. Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.

8)Agama Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa

yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait

dengan kepercayaan tersebut.

Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Namun

begitu agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem

kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan.

Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam

dalam agama Islam & dewa dewi dalam agama Hindu.

Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang

berikut:

1. Perlakuan

- seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.

2. Sikap

- seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan

suci dan bersih terhadap agama.

3. Pernyataan

- seperti jampi,mantera dan kalimat suci.

4. Benda-benda material

- yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal

9)Animisme Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai

merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan

manusia primitif purba kala.

Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti

kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti

dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu

mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka.

5

Page 6: Edu 3106

Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh,

datuk, tuan, dan penunggu.

10)Semangat Padi Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari

zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang

mengawalnya.

Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi

secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga

perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi

semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

11)Mantera Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata-

kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.

Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau

seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur

sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk

memenuhi kenginan penuturnya.

Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan

pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

12)Bahasa Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama

dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang

kompleks; Cole 1998.

Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.

Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran

masa

13)Adat Resam• Andersen and Taylor 2004;

“Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation.”

6

Page 7: Edu 3106

• Marsh and Keating 1996;

“Norms are the unwritten rules that influence people’s behaviour.”

• Resam

• Membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua sebagai tanda hormat.

14)Nilai / Kepercayaan Nilai dan kepercayaan saling berkaitan

Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan.

Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral

dalam sesebuah masyarakat. (tanggapan)

betul atau salah

cantik atau hodoh

baik atau buruk

Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.

Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan

norma sendiri.

Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan

nilai, kepercayaan dan norma sendiri.

Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada

masyarakat sendiri.

15)Jantina The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and

behavior that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998).

Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di

mana guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang

bersesuaian dengan jantina.

Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan

perempuan yang begitu stereotaip.

Budaya: Bab 3 Implikasi Kepada Kepelbagaian Sosio Budaya

7

Page 8: Edu 3106

IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

1) Implikasi berlaku dari segi;

Guru Murid

Sekolah

Kurikulum Tersembunyi

2) Guru Pengajaran

Pembimbingan murid bermasalah

Pentadbiran/pengurusan

Fasilitator Perancangan

Pengelolaan

Inavator

Penilaian

Pembentuk nilai

Model

Duta

Implikasinya kepada guru;

Bangsa;mengajar tidak membezakan bangsa.

Kelas sosial; tidak mengajar mengikut kepentingan kelas sosial.

Nilai;membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik.

Kepercayaan;tidak menyentuh sensitif agama.

Bahasa;jurang bahasa dialek

Jantina; layanan berbeza & peka kepada keperluan gender.

tepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid.

8

Page 9: Edu 3106

Membantu murid membuat pemilihan kerjaya.

Bertindak profesional dalam kerjaya.

Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan.

Sentiasa menjadi guru terkini/ up to date.

3) Ciri-ciri Budaya Pelajar Yang Sihat

Menghormati dan taat pada guru.

Kerjasama dengan rakan & kakitangan sekolah.

Berdisiplin, bermoral & beragama.

Menyokong cita-cita sekolah.

Rajin & berusaha dalam kelas.

Berpakaian kemas & bersih.

Melaporkan kepada ibu bapa perkara mustahak.

Perantaraan agen sosial sekolah.

Bersedia terlibat dalam semua aktiviti sekolah.

Implikasinya:

Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lain?

Kelas sosial- golongan atasan dan bawahan.

Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama.

Bahasa- bahasa standard/dialek.

Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina.

Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman).

Sikap/tingkah laku murid.

Nilai yang dipegang/diamalkan.

9

Page 10: Edu 3106

Latar belakang keluarga/SES

4) Sekolah

Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk pemikiran, intelektual, tingkah laku & sikap murid bagi melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS.

5)Budaya Formal Sekolah

Aspek ilmu

Aspek fizikal

Aspek sosial

Aspek pentadbiran

Implikasinya;

Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India. Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar.

Kepercayaaan- sekolah agama.

Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah.

Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuan

Sekolah agen perubahan.

Sekolah tempat penyuburan budaya.

Perpaduan

Dasar-dasar kerajaan.

Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.

6)Kurikulum Tersirat

James (1986) – apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di luar kurikulum

nyata. Chafel (1997) – norma, nilai & kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum

tetapi diajar secara tidak langsung.

7)Ciri-ciri Kurikulum Tersirat

10

Page 11: Edu 3106

Merangkumi pengalaman belajar. Bersifat relatif & sukar diukur.

Merangkumi nilai.

Kewujudannya berbeza-beza.

Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian,

Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan matlamat.

Implikasinya;

Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat. Kelas sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial.

Kepercayaaan- menekankan nilai keagamaan.

Bahasa- menghormati bahasa rasmi, ibunda, dialek & bahasa orang lain.

Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

1) Definisi Ketaksamaan Menurut Kamus Dewan edisi ke-3:

Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan

hakikat.

• Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran

sosial yang sama.

• Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan

• Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan

• Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat

• Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa

panjang

• Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain

• Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan

2)Jantina Gender

11

Page 12: Edu 3106

Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai

untuk lelaki dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan.

Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami.

Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk

golongan lelaki.

Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai

kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak.

Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian

akademik dan bukannya gender.

Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi

3)Murid Berkeperluan Khas Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar

biasa.

Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih

tinggi.

Persekitaran yang kurang yang kurang “mesra” menyebabkan golongan ini

tertinggal.

Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku

Tingkah laku terbias

Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman.

Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara.

Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus

pendidikan nasional.

Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan

pendidikan yang sesuai untuk golongan ini.

4)Siapakah Mereka? Kerencatan mental

Masalah pembelajaran

Kecelaruan tingkah laku

Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi

Kecacatan penglihatan

12

Page 13: Edu 3106

Kecacatan fizikal

Pintar cerdas & berbakat istimewa

5)Kerencatan Akala) Autisme

- ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling.

- biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan.

- gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi &

komunikasi.

- Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang.

- Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1.

Ciri-ciri Autisme;

Suka menyendiri

Masalah bahasa & komunikasi

Asyik dengan aktiviti sendiri

Ketawa tiba-tiba

Tidak rasa sakit apabila jatuh

Tidak takut pada bahaya

Menangis/marah tanpa sebab

Mengulangi kata-kata

Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal

Tidak bertentangan mata semasa bercakap

Menunjukkan dgn jara arah yang disukai

Bertingkah laku melampau

Cara Mengatasi; Pakar jiwa.

Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian.

Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya.

Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.

b)Sindrom down Sindrom Down

13

Page 14: Edu 3106

kecacatan mental dan fizikal.

Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang.

Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi

mendapat sindrom down 5%.

Ciri-ciri; Fizikal

Kepala bulat

Hidung kemik

Berbadan pendek

Mata sepet

Rupa hampir serupa

Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia

Kecerdasan

IQ rendah daripada 50

Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa

c)Cerebral palsy Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot.

Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot.

Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain.

Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja.

Terjejas pusat kawalan otok di otak.

Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan.

Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki &

tangan kejang,masalah menghisap & menelan

Punca;

Kerosakan otak

Deman kuning yang teruk selepas lahir

Deman panas

Kelahiran awal

Kecederaan, pembengkakan otak & selaput

Jangkitan rahim

14

Page 15: Edu 3106

Pendarahan sebelum kelahiran

Rawatan;

Mengajar kebolehan asas.

Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih

pertuturan

d) Kecacatan Penglihatan Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille.

Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan

6/60 atau 20/200 atau kurang.

Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau

kurang.

Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa

kawalan cahaya, kanta khas dan latihan khusus.

Punca; Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell.

Keturunan

Jangkitan kuman semasa mengandung.

Kekurangan vitamin A.

Termakan bisa

Kemalangan

Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan.

rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik

putih di tengah mata hitam.

Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip

mata, menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata.

Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala.

e) Kecacatan Pendengaran

Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh

mendengar tetapi kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat.

Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal.

15

Page 16: Edu 3106

Ciri-ciri; Lambat menjawab pertanyaan

Lain ditanya lain dijawab

Gangguan dalam sebutan

Sukar menguasai kosa kata

Menyendiri

Punca; Baka

Jangkitan kuman semasa mengandung

Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah

Lahir tidak cukup bulan

Demam campak

Terdedah bunyi yang sangat kuat

f)Kecelaruan Tingkah Laku Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun.

Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas.

Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah

tingkah laku.

g)Ciri-ciri Hiperektif Bising/merayau

Mengganggu orang tanpa sebab

Nakal & tidak takut pada hukuman

Tidak mendengar kata

Tidak menumpukan pada kelas

Tidak menyiapkan kerja sekolah

Suka membuat rekaan

Suka merosakkan harta orang

Kasar

Resah

16

Page 17: Edu 3106

Tidak disukai orang lain

Punca;

Kurang kasih sayang

Minta perhatian

Pengaruh cerita

Pengaruh keluarga

Kerosakan otak

Sifat semula jadi

Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil

Kebimbangan tinggi

Deraan

Keluarga terlampau keras dalam mendidik

h)Masalah Pembelajaran Masalah Pembacaan (Dyslexia)

sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun

diajar secara lisan.

mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya.

otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik.

mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau

tulisan.

Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa.

Ciri-ciri; Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak.

Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira.

Melakukan banyak kesilapan ejaan.

Lambat atau terhenti-henti ketika membaca.

Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d.

Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini.

Boleh dipulihkan.

i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi.

17

Page 18: Edu 3106

Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar.

Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif.

Ingatan yang baik.

Cepat menguasai kemahiran baru.

Menunjukkan bakat luar biasa.

Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru.

Menyusun turutan secara logik.

Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah.

Boleh berbincang & menghuraikan idea.

Minat menulis & membaca.

Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari.

Inisiatif & mahu bekerja sendiri.

Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar.

Menunjukkan kepintaran & kelucuan.

Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal.

Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh.

Sangat kritikal pada diri sendiri.

6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN )” … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar

dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital

dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang

golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.”

YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

( Perutusan Tahun Baru, 2006 )

A) Pengenalan

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar

dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan

kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

18

Page 19: Edu 3106

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai

kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa

dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha

memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang

disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan

tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan

kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang

perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha

menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga

(RMKe-3).

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai

banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum

selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

B)Dasar dan Matlamat

1. Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap

sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk

memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan

yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah

mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti

dan kualiti dapat ditingkatkan.

2. Jurang bandar dan luar bandar

19

Page 20: Edu 3106

Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan

daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di

Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang Digital Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT

antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M,

kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir

daripada sistem pendidikan.

Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas.

Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan

penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p

pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan

berbakat.

Jurang sosioekonomi Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan,

disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam

Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas o Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih

belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula

berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di

sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel

terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.

Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-

35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan

diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT

sepenuhnya untuk p&p.

20

Page 21: Edu 3106

o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah

rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air

disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting)

dan telaga tiub (tube well).

Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian

hujan pula menggunakan air tadahan hujan.

3. Sekolah Kurang Murid Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan

sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang.

Hampir 90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah

kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.

Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti

ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar

dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman.

Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran

kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang

terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

4. Cabaran KPM Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian

dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar

bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.

Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan

dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang

mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar

SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat

akses akan dibina.

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGANKPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan

golongan kurang upaya melalui program berikut;

a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

21

Page 22: Edu 3106

b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)

c) Bantuan Makanan Asrama.

d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

e) Jaket Keselamatan

f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya

g) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

h) Skim Baucer Tuisyen (SBT)

i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti

(BKPU)

j) Asrama Harian

FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN

Faktor pertama: Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.

Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh

guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak

menarik.

Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid

di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya

akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri.

Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu

kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat

untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab.

Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai

pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya

22

Page 23: Edu 3106

kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan

prasarana sekolah yang teruk.

Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia

menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu.

Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke

sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.

Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang

merangsang.

Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal

dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama

dalam aspek pendidikan.

Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran

anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak

berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka

melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

Ketaksamaan Kelas Sosial Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan

Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum

Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan)

Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat )

Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan

Kelas sosial masyarakat: Sistem feudal

Rakyat bawahan@marhain

Golongan pembesar

Golongan istana

Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:

Kemudahan mendapatkan guru

Bahan-bahan rujukan

Peluang kerjaya selepas tamat belajar

23

Page 24: Edu 3106

Kelas sosial masyarakat:

Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah:

Golongan petani

Golongan masyarakat kampung

Golongan yang tinggal di bandar

Golongan kurang berkemampuan

Golongan pemimpin

Golongan berada

Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:

Kemudahan mendapatkan guru

Kemudahan peralatan fizikal di sekolah

Kelas tambahan@tuisyen

Pembiayaan kewangan

Bahan-bahan rujukan

Peluang-peluang melanjutkan pelajaran

Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous• Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum

menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat

tradisional. Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya

mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari

sesuatu.

• Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum

menerima sebarang perubahan luar.

• Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka.

• Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah &

Sarawak.

• Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei.

• Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit.

24

Page 25: Edu 3106

• Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous

learning system) masyarakat tradisional.

• Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan

kemampuan mempelajari sesuatu.

• Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga.

• Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan

proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan

dengan kudrat dan perkembangan manusia.

• Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat

perkara.

• manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.

• memikirkannya secara konseptual.

• mengamati sesuatu sambil merenung, dan

• mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

• Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara

deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah

mengalami pengalaman nyata.

• Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous.

• Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan

nilai-nilai budaya

Orang Asli Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan

kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.

Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di

mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara

pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002)

Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG

ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah

masa depan kaum mereka.

25

Page 26: Edu 3106

`Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan

dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.

Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu

yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan

dasar pendemokrasian pendidikan.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang

Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus

dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke

sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik

yang rendah (Mustaffa Omar, 2004).

Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di

tahap rendah.

Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar

buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus).

Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih.

Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan.

Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk.

Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah.

Taraf sosio-ekonomi yang rendah.

Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka

itu normal atau berkeperluan khas.

Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang

kurang memuaskan.

Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal

berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah.

26

Page 27: Edu 3106

Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli

berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan

atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit.

Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka.

Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya

mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem

pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar

bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan

kegiatan kebudayaan).

Budaya: Bab 5 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza.

Implimentasi dalam Pendidikan

Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial

Orientasi sosial bilik darjah

Bahan P&P mengaitkan dengan budaya

Peluang kepada setiap etnik

Isu sensitif

Bangga dengan setiap budaya etnik

2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

Definisi Pengajaran

27

Page 28: Edu 3106

Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran.

Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah

laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran;

Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya

Perayaan di Malaysia

Permainan Tradisional

Pakaian

Makanan

Kesenian

Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;

Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif) Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan

pelajar

Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Semasa Pengajaran;

Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam

bilik darjah

Drama

Main peranan/simulasi

Belajar ambil bermain

Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya

Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.

Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.

Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.

28

Page 29: Edu 3106

idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak

Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.

Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan

keamanan dan kesejahteraan

Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin

tahu yang tinggi

Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.

Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang

anti budaya etnik lain.

Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras.

Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan

dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras.

3. Pengurusan Sosio Emosi Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.

Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi.

Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;

SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA

SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN

SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH

SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA

Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.

Tujuan;

Kawalan kelas

Mengelakkan pembentukan kelompok kecil

Mengenal pasti murid pilihan ramai

Murid kategori berasingan berhubung.

Ciri Emosi;

Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.

Nada suara

Kesederhanaan

Bersikap kawalan positif

29

Page 30: Edu 3106

Kepimpinan demokratik

Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi

Dorongan positif- pujian & penghargaan.

Menerima kekuatan & kelemahan murid.

Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.

Hubungan positif

Kemahiran menyelesaikan masalah

Suhu motivasi

4. Pengurusan Sosio Linguistik Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya

terhadap cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia)

Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya.

Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.

Sosial merupakan interaksi antara masyarakat

Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya; Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar.

Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris.

Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu.

Kedudukan pelajar dalam bilik darjah.

Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas.

Menerapkan nilai kerjasama antara budaya.

Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah

5. Penilaian Berasaskan Budaya Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza.

Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.

Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia.

Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek.

30

Page 31: Edu 3106

Budaya: Bab 6 Kemahiran Komunikasi Guru

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

Menurut Covey (1990); Cubalah anda memahami barulah anda difahami

A) Konsep Kumunikasi; Wagner (1994) – komunikasi sebagai tindak balas peristiwa yang memerlukan

sekurang-kurangnya dua objek / dua aksi. Komunikasi berlaku apabila objek dan

peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain.

Komunikasi di dalam bilik darjah-interaksi antara individu dengan individu dan

individu dengan persekitaran.

Komunikasi merupakan kunci penting antara guru dan murid.

Guru bertanggungjawab menggunakan komunikasi yang efektif.

Komunikasi berbentuk lisan dan bukan lisan merupakan cara maklumat diterima.

B) Kemahiran Komunikasi; Lisan- pertuturan menyoal & penerangan

Bukan lisan;

1. Orientasi badan : bertentangan muka, kedudukan - keyakinan dan minat, ekspresi

muka, konteks mata, senyuman, renungan, anggukan & genggaman tangan

2. Ruang : jarak antara individu

3. Penampilan diri

Laras bahasa- gaya penggunaan bahasa

C)Definisi;

Verderber & Verderber (2002) – Komunikasi merupakan proses untuk membina

atau berkongsi makna perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan

ataupun syarahan.

Kajian Flanders mendapati;

31

Page 32: Edu 3106

Wujud hubungan sehala antara guru-murid.

bersyarah/menerang/arahan/mengkritik

Wujud hubungan dua hala.

menerima perasaan murid

memuji/dorongan

Ned A.Flanders

Interaksi guru-murid melibatkan percakapan guru, percakapan murid dan

kesenyapan.

D) Konsep Kemahiran Komunikasi Berkesan

Teknik yang efektif amat dtitikberatkan

Komunikasi dapat dicapai dalam bentuk lisan dan bertulis

Komunikasi lisan dan bertulis digunakan untuk menilai kefahaman murid

Komunikasi merupakan kunci kejayaan dalam setiap bilik darjah

E) Jenis-jenis Komunikasi;Terdapat tiga jenis komunikasi

1. Berbentuk simbolik

2. Berbentuk lisan

3. Berbentuk tulisan

F) Prinsip Asas Komunikasi;A. Komunikasi harus ada tujuan ◦ memastikan bahawa tujuan dalam menyampaikan ilmu itu telah tercapai.

B. Komunikasi harus berterusan ◦ orang lain sering membuat andaian daripada pergerakan dan tingkah laku

◦ sentiasa berhati-hati dengan mesej , tidak kira yang nyata atau yang tersirat yang

kita sampaikan kepada orang lain.

C. Fahaman mesej komunikasi berbeza ◦ Proses fahaman boleh berlaku secara spontan

32

Page 33: Edu 3106

◦ Seringkali apa yang kita luahkan bergantung kepada keadaan dan apa yang kita

lalui seperti

-ekspresi spontan dari emosi

-komunikasi yang telah kita skripkan

-mesej yang dibina atau dikonstruk

D.Komunikasi ada hubungan ◦ Dalam komunikasi, kita bukan sahaja berkongsi maksud sesuatu tetapi juga

merundingkan tentang hubungan

◦ Dua aspek dalam hubungan boleh dirunding semasa interaksi :

-Hubungan Komplimenteri/Lengka

-Hubungan Bersimetri

G)Perancangan IdeaDalam perancangan idea; 1. memastikan keperluan peralatan yang paling sesuai untuk struktur P&P

2. membezakan antara keperluan, apa yang diunsurkan/ pilihan alat dalam sukatan

membenarkan pelajar menerokai subjek pada tahap yang berbeza.

3. mengetahui cara terbaik dalam merancang pengisian mata pelajaran

Tujuan;

Mempengaruhi minda pelajar.

Mengawal idea mengikut kesesuaian keadaan.

Memberikan idea sokongan yang relevan dengan keperluan pelajar.

Menjelaskan idea sokongan dengan sebaiknya dengan contoh yang logik dan

dengan fakta yang betul.

Membuat pengenalan topik yang baik untuk menarik minat pelajar.

Menyusun idea yang berkaitan dan diterangkan dengan cara-cara yang logikal.

Tempat dan Masa;

Tempat Tidak kira sama ada guru memilih bilik darjah, taman, makmal atau seagainya,

guru harus menentukan tempat yang sesuai untuk mengajar murid.

33

Page 34: Edu 3106

Dengan adanya teknologi yang canggih, komunikasi antara guru dengan murid

boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti menerusi e-mail, sms dan “chat”

Masa Masa merupakan aset penting dan harus digunakan dengan sebaiknya dalam

P&P

Tiga aspek penting dalam menguruskan masa

-Jangka masa

-Aktiviti

-Tepat pada waktu

H) Strategi Kesantunan; Menurut Brown dan Levinson (1978), strategi kesantunan dikembangkan untuk

menjaga martabat pendengar.

Strategi kesantunan yang biasa digunakan;

-Berterus terang

-Kesantunan positif

-Kesantunan negatif

-Tanpa rekod

I) Gangguan Dalam Komunikasi;

Gangguan dalaman

Bias dalam persepsi

Pengalaman lalu

Perbezaan dalam budaya

Gangguan luaran Bahasa

Komunikasi bukan lisan

Defensi

34

Page 35: Edu 3106

Faktor lain seperti sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan dalam alih

bahasa, nilai pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang

berbeza

Budaya: Bab 7 Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza.

Implimentasi dalam Pendidikan

Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial

Orientasi sosial bilik darjah

Bahan P&P mengaitkan dengan budaya

Peluang kepada setiap etnik

Isu sensitif

Bangga dengan setiap budaya etnik

2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

Definisi Pengajaran

Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran.

Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah

laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran;

35

Page 36: Edu 3106

Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya

Perayaan di Malaysia

Permainan Tradisional

Pakaian

Makanan

Kesenian

Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;

Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif) Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan

pelajar

Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Semasa Pengajaran;

Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam

bilik darjah

Drama

Main peranan/simulasi

Belajar ambil bermain

Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya

Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.

Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.

Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.

idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak

Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.

Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan

keamanan dan kesejahteraan

Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin

tahu yang tinggi

Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.

36

Page 37: Edu 3106

Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang

anti budaya etnik lain.

Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras.

Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan

dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras.

3. Pengurusan Sosio Emosi

Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.

Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi.

Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;

SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA

SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN

SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH

SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA

Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.

Tujuan;

Kawalan kelas

Mengelakkan pembentukan kelompok kecil

Mengenal pasti murid pilihan ramai

Murid kategori berasingan berhubung.

Ciri Emosi;

Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.

Nada suara

Kesederhanaan

Bersikap kawalan positif

Kepimpinan demokratik

Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi

Dorongan positif- pujian & penghargaan.

Menerima kekuatan & kelemahan murid.

Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.

Hubungan positif

37

Page 38: Edu 3106

Kemahiran menyelesaikan masalah

Suhu motivasi

4. Pengurusan Sosio Linguistik Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya

terhadap cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia)

Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya.

Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.

Sosial merupakan interaksi antara masyarakat

Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya; Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar.

Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris.

Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu.

Kedudukan pelajar dalam bilik darjah.

Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas.

Menerapkan nilai kerjasama antara budaya.

Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah

5. Penilaian Berasaskan Budaya Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza.

Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.

Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia.

Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek.

38