edu 4a

28
Soalan EDU 3104 BAHAGIAN A (20 markah) 1. Kemahiran profesional guru juga melibatkan kemahiran dalam mengurus bilik darjah dan tingkahlaku. Situasi di atas merujuk kepada peranan guru yang berkesan antaranya (A) mengendalikan setiap aktiviti dalam bilik darjah dengan baik dan dilaksanakan mengikut perancangan. (B) mengintegrasi dan mengaplikasi pengajaran dengan sumber teknologi, bahan bantu mengajar dan belajar yang bersesuaian (C) mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang,memilih strategi dan aktiviti yang sesuai berdasarkan kemahiran. (D) mampu mengurus keadaan fizikal bilik darjah dan murid supaya suasana pembelajaran menjadi lebih mudah dan kondusif. 2. Sekiranya guru gagal menguruskan bilik darjah dengan berkesan, implikasinya (A) keadaan kelas akan menjadi bising dan hilang kawalan. (B) bermasalah untuk menguruskan pembelajaran murid. (C) tidak dapat menguruskan rutin harian di bilik darjah. (D) wujud masalah komunikasi antara murid dan guru. 1

description

njnk

Transcript of edu 4a

Page 1: edu 4a

Soalan EDU 3104BAHAGIAN A(20 markah)

1. Kemahiran profesional guru juga melibatkan kemahiran dalam mengurus bilik darjah dan tingkahlaku.

Situasi di atas merujuk kepada peranan guru yang berkesan antaranya

(A) mengendalikan setiap aktiviti dalam bilik darjah dengan baik dan dilaksanakan mengikut perancangan.

(B) mengintegrasi dan mengaplikasi pengajaran dengan sumber teknologi, bahan bantu mengajar dan belajar yang bersesuaian

(C) mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang,memilih strategi dan aktiviti yang sesuai berdasarkan kemahiran.

(D) mampu mengurus keadaan fizikal bilik darjah dan murid supaya suasana pembelajaran menjadi lebih mudah dan kondusif.

2. Sekiranya guru gagal menguruskan bilik darjah dengan berkesan, implikasinya

(A) keadaan kelas akan menjadi bising dan hilang kawalan.

(B) bermasalah untuk menguruskan pembelajaran murid.

(C) tidak dapat menguruskan rutin harian di bilik darjah.

(D) wujud masalah komunikasi antara murid dan guru.

3.

1

Page 2: edu 4a

Jumlah pelajar dalam kelas 40 orang Terdapat dua aras kebolehan pelajar Waktu mengajar 12.30 tengahari

Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah anda dapat memastikan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan.

(A) Membawa pelajar ke pusat sumber sekolah membuat rujukan.

(B) Menggunakan bahan pembelajaran berasaskan teknologi.

(C) Merancang aktiviti bagi setiap kumpulan.

(D) Mengadakan kuiz .

4. Dalam situasi proses mengurus bilik darjah, guru perlu menggalakkan perkembangan sosial dalam kalangan murid-murid dengan mempamerkan stail pengajaran yang

(A) pasif

(B) asertif

(C) agresif

(D) manipulatif

5. Penyediaan ujian dalam bilik darjah mengambil kira pelbagai tahap kebolehan murid. Berikut adalah perkara yang perlu difikirkan oleh seseorang guru bila menyediakan ujian

i. soalan objektif

ii. objektif tingkahlaku

iii. objektif pengajaran

iv. jadual penentuan

(A) I dan II sahaja

(B) I dan III sahaja

(C) II dan III sahaja

(D) III dan IV sahaja

2

Page 3: edu 4a

6. Berikut adalah kebaikan-kebaikan penyimpanan data maklumat murid yang baik dan berkesan.

i. membantu guru memantau dan mengatasi masalah disiplin murid.

ii. memberi peluang kepada guru kelas untuk berhubung dengan ibubapa bagi perbincangan tentang muridnya.

iii. guru mengetahui tentang keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh murid misalnya kewangan.

iv. membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid.

Pilihan yang tepat ialah

(A). I sahaja

(B) I dan II sahaja

(C) I, II dan III sahaja

(D) I,II,III dan IV sahaja

7. Membina hubungan yang positif antara guru dan murid memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.

Apakah kebaikan - kebaikan yang diperolehi oleh guru kesan daripada perhubungan yang positif antara guru dan murid?

(A) Prestasi pelajar dapat ditingkatkan

(B) Guru lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mengajar

(C) Pelajar lebih bersemangat dan sangat bermotivasi untuk belajar

(D) Pelajar dan guru saling memahami untuk melahirkan suasana yang kondusif

3

Page 4: edu 4a

8. Seorang pelajar pengsan semasa beratur di kantin.Kebetulan seorang guru bergegas keluar dari kantin kerana dipanggil oleh Guru Besar dan tidak sempat untuk bertanya khabar mengenai murid tadi.

Berdasarkan situasi, guru tadi boleh di kategorikan sebagai

(A) kurang komited dan tegas

(B) tidak memahami kehendak pelajar

(C) kurang mengamalkan budaya penyayang

(D) sangat baik dan sentiasa memahami keadaan diri pelajarnya

9. Di dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah menunjukkan kepercayaan pendidik masa lalu mengenai disiplin di sekolah.

(A) Pengajaran dan penguatkuasa undang-undang adalah dua perkara yang sangat berbeza

(B) Pengajaran dan penguatkuasa undang-undang adalah perkara yang saling berkait

(C) Disiplin merupakan salah satu aspek dalam pengajaran dan pembelajaran

(D) Penguatkuasaan disiplin yang ketat menjamin kecemerlangan pelajar

10. Model pengurusan disiplin “Asertif Canter” berpegang kepada beberapa prinsip utama. Di antara berikut merupakan ciri utamanya kecuali

(A) manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan.

(B) tingkahlaku yang wajar hendaklah sentiasa diberikan pengukuhan.

(C) guru hendaklah bersifat asertif jika ingin mengawal bilik darjah dengan berkesan.

(D) guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan untuk murid mengenai tingkahlaku yang baik dan buruk.

4

Page 5: edu 4a

11. Apakah konsep yang sesuai digunakan oleh guru apabila beliau ingin mengeluarkan rangsangan yang tidak diingini untuk meningkatkan tingkahlaku murid yang diingini.

(A) Dendaan

(B) Hukuman

(C) Peneguhan positif

(D) Peneguhan negatif

12. Di antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan kekuatan model Modifikasi tingkahlaku Skinner

(A) ganjaran bagi seorang murid mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain.

(B) program modifikasi tingkahlaku memastikan agar guru menjadi lebih tekal untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam bilik darjah.

(C) penggunaan strategi modifikasi tingkahlaku mendesak guru menjadi lebih sedar serta peka tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah.

(D) strategi-strategi modifikasi tingkahlaku mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana telah melalui penyelidikan secara meluas serta sering disokong sebagai strategi disiplin yang berkesan.

13. Mengikut Skiba 2000, disiplin murid merupakan garis panduan dalam meramal prestasi akademik pelajar, masalah delikuen serta keciciran dari sekolah.

Pilih penyataan yang benar berkaitan dengan masalah disiplin.

(A) Hukuman dikenakan setelah salah laku berlaku

(B) Hukuman bersifat negatif dalam mendidik kanak-kanak.

(C) Konsep disiplin memberikan penekanan kepada masalah pelajar.

(D) Disiplin memberikan penekanan kepada pencegahan masalah tingkah laku pelajar

5

Page 6: edu 4a

14. “ Ali selalu mengganggu kawan-kawannya semasa pengajaran di dalam bilik darjah dan Cikgu Faridah hanya mendiamkan diri sahaja”

Berdasarkan penyataan di atas antara faktor guru yang menyumbang kepada masalah disiplin dan tingkah laku murid tersebut

(A) bersikap autokratik

(B) mempunyai masalah komunikasi

(C) menggunakan ugutan dan hukuman

(D) tidak memberi perhatian kepada murid

15. Antara berikut pilih pasangan pola persahabatan yang paling tepat.

(A) Pencilan – pola persahabatan yang memilih satu sama lain.

(B) Klik - pola persahabatan dua orang murid yang saling bersahabat

(C) Dyad – pola persabatan saling bersahabat di antara dua orang murid.

(D) Singkiran – murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat dan murid lain juga menamakan dia sebagai seorang sahabat.

16. Murid yang memerlukan bimbingan dan kaunseling adalah merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. Berikut adalah prinsip-prinsip bimbingan dan kauseling kecuali

(A) perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hanya boleh diberi kepada murid yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa.

(B) sesi kaunseling boleh dijalankan antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik yang disediakan khas atau bilik yang sunyi.

(C) kaunseling ialah interaksi antara kaunselor dengan murid berdasarkan hubungan mesra dan kepercayaan.

(D) bimbingan kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian antara kaunselor dan murid sahaja.

6

Page 7: edu 4a

17. Teknik modifikasi tingkahlaku melalui proses pembiasaan berdasarkan Teori Pelaziman Operan Skinner ialah

(A) unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.

(B) tingkahlaku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.

(C) dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.

(D) untuk menjayakan proses mengubah tingkah laku murid yang tidak diingini, peneguhan positif hendaklah diberikan pada masa tertentu sahaja.

18. Yang manakah benar tentang ciri-ciri murid berkeperluan khas autistik?

(A) Bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah.

(B) Bersifat pemalu, pendiam, sensitif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung.

(C) Kurang sedar konvensi sosial, kod etika dan sering memberi komen yang kurang munasabah.

(D) Mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti, tidak patuh undang-undang dan suka menyerang orang lain.

19. Berikut ialah panduan penetapan rutin bilik darjah kecuali

(A) tentukan rutin untuk murid mengemaskan bilik darjah

(B) pastikan semua murid mengetahui cara untuk menjalankan rutin bilik darjah.

(C) menentukan tugasan murid dengan membuat satu ruang pada papan tulis untuk mencatat semua kerja rumah setiap hari

(D) murid hendaklah dilatih supaya santai dan tidak perlu mengangkat tangan dan berdiri semasa mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah

7

Page 8: edu 4a

20. Jadual di bawah menunjukkan tiga jenis Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

tidak dapat memberi perhatian

hiperaktif dan impulsif

kombinasi ADHD

jenis tingkahlaku murid yang mengalami tingkahlaku ini tidak dapat menimbulkan masalah dan pendiam

murid ini banyak menunjukkan ciri-ciri hiperaktif

murid-murid ini menunjukkan kedua-dua bentuk ADHD

ciri-ciri sering bergerak, menyentuh dan bermain semua benda yang ada, meninggalkan tempat duduk dan sering resah

X Melibatkan kedua-dua bentuk ADHD:masalah memberi perhatian, hiperaktif dan impulsif

Jadual 1

Dalam jadual 1 di atas, X merujuk kepada ciri-ciri Hiperaktif dan Impulsif, iuntuk itubmurid ini menunjukkan

(A) hiperaktif dan impulsif tetapi kurang ciri-ciri tidak memberikan perhatian.

(B) hiperaktif dan impulsif tetapi tidak menimbulkan masalah dan bersifat pendiam.

(C) kedua-dua bentuk ADHD iaitu masalah memberi perhatian, hiperaktif dan impulsif.

(D) suka bergerak,resah,menyentuh semua benda dan bermain semua benda dan selalu hilang tumpuan.

8

Page 9: edu 4a

BAHAGIAN B(40 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. Tugas guru di dalam mengurus rutin bilik darjah menjadi semakin komplek dan sukar apabila berlaku perkembangan yang cepat dalam dunia pendidikan pada hari ini. Tugas guru tidak terbatas mengajar di dalam bilik darjah sahaja tetapi ia termasuk juga tugas yang mempunyai kaitan dengan pengajaran.

(a) Secara ringkas huraikan dua (2) tugas lain guru yang berkaitan.

(i) ___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

(ii) ___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

[ 6 markah ]

(b) Proses pembelajaran melibatkan bilik darjah dan guru boleh memaksimakan peluang belajar murid secara berkesan melalui

(i) ___________________________________________________

(ii) ___________________________________________________

(iii) ___________________________________________________

(iv) ___________________________________________________

[ 4 markah ]

9

Page 10: edu 4a

2. Nyatakan lima kepentingan guru membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid.

(a) (i) ___________________________________________________

(ii) ___________________________________________________

(iii) ___________________________________________________

(iv) ___________________________________________________

(v) ___________________________________________________

[ 5 markah ]

(b) Nyatakan lima ciri penerapan budaya penyayang oleh guru di bilik darjah.

(i) ___________________________________________________

(ii) ___________________________________________________

(iii) ___________________________________________________

(iv) ___________________________________________________

(v) ___________________________________________________

[ 5 markah ]

3. (a) Mengikut model Modifikasi Tingkah Laku peneguhan menjadikan rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.

Namakan dua jenis peneguhan dalam model ini dan jelaskan bagaimana ia mampu menangani masalah disiplin pelajar.

(i) ___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

[ 2 markah ]

(ii) ___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

[ 2 markah ]

10

Page 11: edu 4a

(b) Model Terapi Realiti mengatakan tingkah laku murid dalam kelas dapat dikawal apabila keperluan asas psikologi dan fisiologi dapat dipenuhi.

Nyata dan jelaskan bagaimana tiga keperluan tersebut dapat mengatasi masalah disiplin di dalam kelas.

(i) ___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

(ii) ___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

(iii) ___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

[ 6 markah ]

4. (a) Bilik darjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati, mengkaji, menguji dan menemui sesuatu yang baru.

Sebagai seorang guru kelas huraikan apakah yang anda boleh lakukan untuk memenuhi kenyataan di atas.

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

[ 5 markah ]

11

Page 12: edu 4a

(b) Sebagai seorang guru kelas, pada permulaannya anda seharusnya merancang pengurusan bilik darjah yang bersesuaian Salah satu komponen yang penting adalah komponen persekitaran fizikal.

Huraikan secara ringkas apakah yang seharusnya diambil kira untuk mempastikan persekitaran fizikal yang dapat menyokong pengajaran dan pembelajaran murid.

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

[ 5 markah ]

12

Page 13: edu 4a

BAHAGIAN C(40 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. (a) Mengikut Evertson, Emmet & Worsham, 2006; Weinstein, 2006; larivee, 2005 ; Weinstein & Mignano 2007, pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat memaksimumkan peluang pembelajaran.

Oleh itu beberapa elemen penting yang harus diberi perhatian dalam membina persekitaran yang kondusif. Sebagai seorang bakal guru huraikan secara teperinci persekitaran psikososial dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif?

[ 10 markah ]

(b) Kovalik (2002) telah menyatakan penaksiran dapat memberikan maklumat dan garis panduan kepada guru dalam mengubah suai prosedur pengajaran untuk memenuhi keperluan murid di dalam bilik darjah.

Bincangkan kepentingan penaksiran di dalam bilik darjah yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran ?

[ 10 markah ]

2. (a) Teknik intervensi yang biasanya digunakan untuk menangani masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah ialah pastoral care, bimbingan dan kaunseling dan teknik modifikasi tingkah laku.

i. Jelaskan lima peranan guru dalam menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah mengikut teknik “Pastoral Care”.

[ 5 markah ]

ii. Jelaskan lima objektif bimbingan dan kaunseling dalam menyelesaikan masalah sama ada akademik atau emosi sosial pelajar.

[ 5 markah ]

13

Page 14: edu 4a

3. (a) Murid yang mengalami disleksia akan bermasalah apabila mengikuti aktiviti membaca. Berdasarkan pemahaman anda, apakah maksud disleksia?.

[ 2 markah ]

Huraikan tiga ciri disleksia seperti yang dihadapi oleh murid di atas.

[ 3 markah ]

(b) Terdapat dua aliran pemikiran yang berbeza tentang cara membantu murid-murid pintar cerdas, iaitu dengan menekankan program pengayaan dan dengan memfokuskan kepada program ekspres.

Pada pandangan anda apakah implikasi kepada pengurusan bilik darjah apabila kedua-dua aliran pemikiran ini dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru.

[ 5 markah ]

14

Page 15: edu 4a

1. D

2. B

3. C

4. B

5. D

6. D

7. B

8. C

9. A

10. A

11. D

12. A

13. D

14. D

15. C

16. B

17. C

18. C

19. D

20. A

15

Page 16: edu 4a

BAHAGIAN B(40 markah)

1.(a)

Persediaan,perancangan,klasifikasi dan penyimpanan data dan maklumat ke dalam buku rekod

Persediaan dan implementasi rutin bilik darjah Mengurus skim pinjaman buku,skim susu,projek sekolah yang berkaitan.

(b) strategi pengajaran aturan bilik darjah Bahan/sumber pelajaran Ruang fizikal

2.a LIMA Kepentingan hubungan guru murid.

-menaikan motivasi dan semangat kepada guru yang mengajar.-dapat melicinkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.-memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan

guru.-murid lebih berminat untuk belajar-guru dapat mengurus dan mengawal murid dengan lebih efektif-pengajaran menjadi lebih seronok dan lebih aktif-mendorong guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih praktik dan berkesan.-merangsang komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang lebih baik.

2.b Lima ciri penerapan budaya penyayang oleh guru di bilik darjah.

-hormat (hormat murid, berinteraksi dengan murid,boleh di percayai oleh murid)-auntentik (jadi diri sendiri,memberi maklumbalas dengan jujur,berani mengaku silap)-prihatin (bertimbang rasa, ambil berat,boleh berkongsi masalah)-integriti emosi (kejujuran dalam meluahkan pendapat,berintegriti ke atas sebarang tingkahlaku)

3a. Terdapat 2 jenis peneguhan yang disarankan oleh Model Modifikasi Tingkah Laku iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan Positif

Melalui peneguhan ini murid-murid diberikan pujian,hadiah,markah merit dan sebagainya selepas melalukan sesuatu aktiviti. Amalan ini akan membantu membentuk tingkah laku yang diingini oleh guru..Melalui kaedah ini murid akan merasakan dihargai dan lebih bertanggungjawab sebagai seorang pelajar.Rangsangan ini akan dikurangkan apabila tingkalaku yang diingini sudah tercapai.

Peneguhan kedua ialah peneguhan negatif iaitu apabila seorang guru mengeluarkan rangsangan yang tidak diingini oleh pelajar di atas perbuatan yang

16

Page 17: edu 4a

dilakukan.contoh, seorang guru merampas buku cerita yang sedang dibaca oleh seorang murid semasa guru sedang membaca.Tindakan ini tidak disenangi oleh pelajar tetapi dapat mengembalikan penumpuan pelajar tadi kepada pengajaran guru.Akhir sekali tingkah laku yang diingini dapat diperolehi dan guru seterusnya mengurangkan memberi peneguhan negatif.

3b. Kasih sayang

Perasaan kasih sayang dan dipunyai menjadi sebahagian daripada keperluan asas individu. Perhatian dan ambil berat seorang guru menyebabkan pelajar merasaakan ia disayangi dan diterima oleh komuniti.guru boleh memenuhi keperluan ini dengan mengamalkan pengurusan demokratik di dalam bilik darjah.guru juga boleh menunjukkan sikap prihatin dan ambil berat terhadap kebajikan murid.Dengan cara ini murid akan merasaakan ia disayangi dan dipunyai di dalam persekitaran bilik darjahnya.

Mempunyai kuasa dan kawalan

Murid perlu mempunyai kuasa dan kawalan untuk menguruskan diri dan persekitaran bilik darjah mereka.mereka mempunyai pilihan untuk memilih aktiviti-aktiviti bilik darjah yang bersesuaian dengan minatdan kecenderungan mereka.Murid-murid mempunyai peluang untuk membuat pilihan mereka sendiri dan mereka perlu dibimbing untuk membuat pilihan yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

Kebebasan

Kebebasan merupakan salah satu keperluan asas yang dinyatakan oleh Glasser.Kebebasan perlu diberikan kepada murid bersepadan dengan keupayaan murid.kebebasan membuat pilihan akan membangkitkan rasa tanggungjawab murid terhadap pilihan aktiviti bilik darjah. Ini memberi kepuasan kepada pelajar dan seterusnya tingkah laku mereka akan boleh dikawal.

Keseronokan

Apabila murid-murid berasa seronok untuk belajar, guru juga akan lebih bermotivasi untuk mengajar.contohnya kaedah pengajaaran secara bermain,sumbangsaran,main peranan dan sebagainya akan memberi keseronokan kepada murid.kesan daripada keseronokan ini murid mudah dikawal dan tingkah laku yang dikehendaki akan

diperolehi.

4(a)

- Bilik darjah sebagai mini perpustakaan

- Sediakan buku-buku bacaan

- Bahan sokongan seperti puzzle, teka teki, carta, poster dll

- Bahan-bahan seni, radas sains

- Bahan-bahan manipulatif matemtik

- Sumber internet, komputer, LCD

4(b)

17

Page 18: edu 4a

- Rancang susunan kerusi, meja untuk menyokong aktiviti p & p

- Pelan susunan yang fleksibel mengikut panduan

- Rancang ruang pembelajaran yang lain seperti carta pembelajaran, sudut membaca, sudut pengayaan

- Un tuk setiap ruang, pastikan cara untuk melibatkan murid supaya ruang dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

- Pastikan elemen-elemen seperti kebersihan, keselamatan, pengudaraan dan pengcahayaan diambil kira.

- Tunjukkan cara penggunaan ruang pembelajaran dan cara menggunakan kemudahan dalam bilik darjah kepada murid.

- Tunjukkan cara menyusun kerusi dan bagaimana mengekalkan kebersihan bilik darjah kepada murid

BAHAGIAN C(40 markah)

1. a Persekitaran psikososial dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

i. Pendekatan pengajaran guru perlu mengambil kira keperluan muridii. Gaya kepimpinan guruiii. Bentuk komunikasi dan corak interaksi yang wujud dalam bilik darjahiv. Mana-mana yang sesuai

1b . Kepentingan penaksiran di dalam bilik darjah yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

i. Bertujuan menyediakan guru dan murid dengan maklumat dan perihal yang diperlukan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran:- Menyediakan kefahaman yang tinggi mengenai pembelaajaran murid dan

membenarkan guru menyesuaikan pengajaran sepanjang kelas berjalan.ii. Mengesan keberkesanan pengajaran:

- Sebagai satu kaedah pengumpulan dan penganalisisan maklumat yang sistematik bagi meningkatkan pengajaran guru.

iii. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh dan mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.- Merancang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan

murid.iv. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dan

pembelajarandari masa ke semasa: - Mengenal pasti pelbagai pontensi murid secara menyeluruh.

v. Membantu menerangkan dan menjelaskan matlamat pengajaran guru dan apa yang guru inginkan murid capai.

vi. Menyediakan bukti yang menyakinkan bahawa objektif pengajaran telah dicapai:- Menyediakan maklumat spesifik mengenai apa yang hendak di capai:

vii. Satu cara untuk memahami pembelajaran murid:- Lebih banyak guru tahu apa yang murid tahu dan bagaimana mereka belajar,

lebih mudah guru merancang aktiviti pembelajaran dan menstruktur pengajaran mereka.

18

Page 19: edu 4a

- Cara yang mudah adalah dengan mengumpul maklumat seawall dan sekerap mungkin tentang sejauh manakah murid telah mempelajari apa yang telah di ajar.

2 a. Jelaskan lima peranan guru dalam menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah mengikut teknik “Pastoral Care”.Membimbing murid yang bermasalah dengan ikhlas hati

i. Pemupukan kasih sayang di dalam bilik darjahii. Mengadakan program ke arah pembentukan masyarakat penyayangiii. Membuat hubungan mesra antara guru dengan muridiv. Mengadakan kelas bimbingan bagi murid yang lemah.

(Lain-lain jawapan yang munasabah)

2 b. Jelaskan lima objektif bimbingan dan kaunseling dalam menyelesaikan masalah sama ada akademik atau emosi sosial pelajar.

i. Menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yg sesuai dengan budaya sekolah dan norma masyarakat.

ii. Melayan keperluan murid ke arah perkembangan potensi mereka secara optimum.

iii. Menolong murid memahami kekuatan dan kelamahannya agar mereka dpt menyesuaikan diri mengikut kebolehannya serta merancang masa depan dgn berkesan.

iv. Mendorong murid menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha menyelesaikannya dengan penuh yakin.

v. Menyedari murid bahawa ada orang yang rela membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

3. (a) Murid yang mengalami disleksia akan bermasalah apabila mengikuti aktiviti membaca.

Berdasarkan pemahaman anda, apakah maksud disleksia?. Huraikan lima ciri disleksia seperti yang dihadapi oleh murid di atas.

(10 markah)

(i) Pembelajaran bahasa lewat(ii) Mempunyai pembendaharaan kata lewat

(iii) Membaca dengan pelahan(ii) Penyebutan yang tidak tepat dan tidak fasih(ii) Membuat banyak kesilapan semasa membaca dan perlu

mengulang-ngulang(iii) Sering menterbalik perkataan(iv) Masalah kefahaman, iaitu sukar mengenal pasti idea utama(v) Tidak berkait dengan masalah penglihatan atau kecerdasan murid(vi) Lain-lain jawapan yang munasabah

19

Page 20: edu 4a

(b) Terdapat dua aliran pemikiran yang berbeza tentang cara membantu murid-murid pintar cerdas, iaitu dengan menekankan program pengayaan dan dengan memfokuskan kepada program ekspres.

Pada pandangan anda apakah implikasi kepada pengurusan bilik darjah apabila kedua-dua aliran pemikiran ini dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru.

(10 markah)

(i) Program Pengayaan melibatkan aktiviti yang dapat memberi murid yang lebih mendalam berkaitan sesuatu topik

(ii) Boleh melibatkan pembelajaran arahan kendiri, aktiviti bersifat penyiasatan(inkuiri), simulasi dan lain-lain

(iii) Murid juga boleh diberi aktiviti yang bertujuan meningkatkan kreativiti atau kebolehan menyelesai masalah

(iv) Program Ekpress melibatkan pembelajaran topik-topik di aras lebih tinggi(v) Memberikan peluang kepada murid untuk berkerjasama dengan murid-

murid yang lebih tua/cerdas(vi) Pemisahan murid dari rakan sekelas dan memberi dia peluang belajar

mengikut kadarnya sendiri(vii) Pengajaran guru menekankan pemikiran abstrak, kreativiti, pembacaan

peringkat tinggi dan pembelajaran kendiri

20