Edu bab2

15
BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN GURU DAN CABARAN SEMASA

Transcript of Edu bab2

Page 1: Edu bab2

BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN

GURU DAN CABARAN SEMASA

Page 2: Edu bab2

Akta Pendidikan 1996Merupakan lanjutan dan pembaharuan dari

Akta Pelajaran 1961.Bertujuan memantapkan sistem pendidikan

kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Page 3: Edu bab2

Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996

Memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.

Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi  termasuk kerajaan dan sawasta.

Page 4: Edu bab2

Memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

 Penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.

 Menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.

 Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.

 Memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.

Mempertingkatkan pendidikan teknikal.

Memperkukuhan latihan perguruan.

Pendidikan swasta yang lebih sistematik.

Memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

Page 5: Edu bab2

Sistem Pendidikan Kebangsaan

Merangkumi beberapa peringkat pendidikan : Pendidikan Prasekolah

• Program pendidikan bagi murid 4-6 tahun. Pendidikan rendah

Kursus pengajian bagi peringkat rendah yang dirancang bgi tempoh 6 tahun tetapi boleh ditamatkan dalam tempoh 5-7 tahun.

Pendidikan menengah Ada 2 bahagian : Menengah rendah – kursus 3 tahun yangg sesuai bagi

seorang murid yang telah tamat pendidikan rendah. Menegah tinggi – pendidikan yang sesuai dengan

kebolehan dan bakat seseorang murid yang telah tamat pendidikan menengah rendah.

Page 6: Edu bab2

Pendidikan lepas menengah Pendidikan yang disediakan selepas seseorang itu

tamat pendidikan menengah tinggi tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

Pendidikan tinggi Pendidikan yang disediakan oleh institut pendidikan

tinggi untuk diploma dan ijazah.

Page 7: Edu bab2

Jenis sekolah

Sekolah Kebangsaan Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah

Kebangsaan. Sekolah rendah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah bagi murid berumur 6 tahun. BI matapelajaran wajib, BC & BI boleh diadakan sekiranya ada permintaab.

Sekolah Kluster Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang

dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Sekolah Jenis Kebangsaan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa

pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. BI & BM sebagai matapelajaran wajib.

Page 8: Edu bab2

Sekolah Wawasan Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam

sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

Sekolah Agama Islam Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan

bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan pelajar ini perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

Sekolah Mubaligh Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.[2]

Sekolah Bestari Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah

pembelajaran.

Page 9: Edu bab2

Sekolah Teknik dan Vokasional Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang

kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Sekolah Berasrama Penuh Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains

MARA (MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

Sekolah yang terdapat dalam Sisem Pendidikan Kebangsaan : Sekolah kerajaan. Sekolah bantuan kerajaan. Sekolah swasta.

Page 10: Edu bab2

Pendidikan khas

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Tempoh pendidikan tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan pendidikan menengah.

Kurikulum mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabah.

Page 11: Edu bab2

Pengajaran agama ISLAM

Sekiranya terdapat 5 orang murid / lebih yang mengganut agama Islam

Pengajaran Agama selain Islam : Sesebuah sekolah boleh melaksanakan pengajaran

agama selain Islam tetapi tiada peruntukan daripada kerajaan.

Tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang di anutinya kecuali dengan keizinan ibu bapa secara bertulis.

Page 12: Edu bab2

Implikasi akta pendidikan 1996

FPK menjadi landasan akta.Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua

peringkat sekolah.Kedudukan bahasa ebangsaan diperkukuh.Kurikulum diselaraskan.Peperiksaan yang sama.Pendidikan Islam diperluas.Pendidikan Prasekolah diperluas dan mutu dipertingkat.Pendidikan teknik dipertingat di SKM.Pendidikan guru diperkukuh.Pendidikan swasta berkembang dan sistematik.PK diberi tumpuan.Mengambil kira kepentingan pendidikan semua kaum

Page 13: Edu bab2

Contoh soalan

Dalam SPK, terdapat beberapa jenis sekolah. Jenis yang manakah menerima sumbangan modal daripada kerajaan.

Apakah implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Pendidikan Kebangsaan.

Jelaskan maksud sekolah bantuan kerajaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

Jelaskan maksud sekolah wawasan.Jelaskan maksud sekolah bestari dan sekolah kluster.Kepada siapakah perlu meluluskan penubuhan

persatuan pandu puteri di sekolah?Pada situasi apakah Bahasa Kebangsaan tidak

dugunakan sebagai bahasa pengantar?

Page 14: Edu bab2

Murid A mendapat keizinan daripada penjaganya mempelajari Agama Islam, murid B, C, D dan E beragama Islam, apakah yang perlu dilakukan oleh GB di sekolah x ?

Apakah syarat kemasukan murid-murid pendidikan Khas?

Nyatakan kurikulum pendidikan khas?

Page 15: Edu bab2

1 Malaysia klik, Khamis, 26 Julai 2012 Dasar Pendidikan Kebangsaan. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html

wikipedia 26 Julai 2012 Pendidikan Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia