Edu Guru Inovasi29014

11
Tajuk 1 Sejauh manakah anda bersetuju bahawa perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan ini memberi gambaran yang sistem pendidikan negara adalah dinamik dan apakah persediaan diri guru untuk mengharunginya? Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses

description

dash

Transcript of Edu Guru Inovasi29014

Page 1: Edu Guru Inovasi29014

Tajuk 1

Sejauh manakah anda bersetuju bahawa perubahan dan inovasi dalam dunia

pendidikan ini memberi gambaran yang sistem pendidikan negara adalah dinamik dan

apakah persediaan diri guru untuk mengharunginya?

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna

inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak

begitu jelas. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang

di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di

anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi

Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh

mempertingkatkan sesuatu amalan.

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu

pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga

yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap.

Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah

profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh

disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun

sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik

malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk

mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk

menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi

proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering

menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan

sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai

hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan untuk berlawan dan sebagainya),

sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan

seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh

itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji

kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.

Page 2: Edu Guru Inovasi29014

Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk

melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik

darjah namun di sekolah secara amnya.

Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam

menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan

pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan.

Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah

pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius,

menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar

digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang

terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru

kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit

yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu

dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan

pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.

Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi

persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi

pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah

seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan

pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan

penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu

menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum

Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai

bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat

dilaksankan dengan baik.

Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan

pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru

terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas

kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang

Page 3: Edu Guru Inovasi29014

sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi

pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah

serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan

dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda

latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem

pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus

dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan

dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa

semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa

di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak

mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru

perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping

tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.

Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu

rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan

pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang

perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan

pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang

tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan

pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara

‘adhock’ dan perlu disegerakan. Tugas guru yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan

mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya

bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini bersesuaian dengan kajian

yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan

Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru

Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan bahawa cabaran

guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping menyampaikan isi

pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk menghadapi

cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu

mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut.

Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan

Page 4: Edu Guru Inovasi29014

lebih detail beserta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan

seorang guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan

tugasnya.

Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-

dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya

seperti Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah

dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains

dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah

telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur

yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa

Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini

tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap

melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di

sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula ‘tiga dalam

satu’. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat

Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru

dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris

(MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil

alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses ‘soft

landing’. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku

Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian

Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang

menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa

ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar

25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental

dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak

menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan

hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun ditetapkan

maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.

Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran

program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid.

Page 5: Edu Guru Inovasi29014

Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid.

Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu

‘Dasar 1 Murid 1 Sukan’.Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin

bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian

aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu

berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum

iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan

kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan pada hari

Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah selama

4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual

yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya

perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.

Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam

perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan yang semakin canggih

dalam sesi pengajaran. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini perlu

memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era

globalisasi yang dihadapi. Dahulu, teknologi dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat

seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakkan guru-guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri

kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir

dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap

penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang komplex dan

tidak mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya mengikut

perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar. Sebagai contohnya, guru

perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar dapat mendapatkan maklumat terkini

untuk mengajar pelajar dan memudahkan proses pengajaran. Dalam bidang pendidikan masa

kini, interactive board  telah diperkenalkan di Intitusi Pendidikan Guru dan pada masa hadapan

mungkin akan diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah. Oleh itu, guru haruslah

mempelajari teknologi ini agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas pada masa

hadapan. Tuntasnya, guru perlu menghadapi cabaran dalam usaha memajukan diri agar dapat

mengikut perkembangan semasa.

Cabaran yang dihadapi oleh guru pada zaman kini juga termasuk isu disiplin dan salah

laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah pada hari ini semakin hari semakin merosot dalam

kalangan murid. Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk

Page 6: Edu Guru Inovasi29014

membentuk para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-

undang sesebuah negara. Namun peraturan ini tidak mudah diterima oleh sebahagian pelajar

dan pelajar ini dikenali sebgai pelajar yang bermasalah disiplin. Gejala seperti ponteng sekolah,

melawan guru, bersikap antisosial, bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya wujud di

dalam kalangan pelajar. Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru dalam era

yang sereba moden ini. Namun, isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sering

diperkatakan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk membendung masalah ini.

Tanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin pelajar sekolah ini terletak di atas bahu

guru-guru. Terbuktilah bahawa guru menghadapi cabaran dalam menyelesaikan masalah

disiplin dalam kalangan pelajar.

Cabaran seterusnya ialah guru Abad ke-21. Menurut kamus dewan, guru merupakan

tenaga pengajar, pendidik, dan pengasuh. Guru dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang

diajarnya. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang

proses pembelajaran dan pelajaran (P&P). Dalam abad ke-21, guru memainkan peranan yang

lebih berat dengan bebanan tugas yang semakin bertambah. Guru abad ke-21 merupakan guru

yang mempunyai ciri-ciri seperti kaya dengan maklumat terutama dalam sains dan teknologi,

mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi,berfikiran konstuktif, mampu menerapkan nilai-nilai

murni dalam diri pelajar serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran industri. Guru abad

ke-21 perlu mengorak langkah bagi menggembleng tenaga dan peluang untuk melengkapkan

diri supaya lebih berketrampilan sebagai pemimpin yang menyampaikan ilmu berasaskan

teknologi semasa serta bersedia untuk menguasai dan menggunakan teknologi maklumat untuk

pelbagai bidang dan menjalani urusan harian. Selain itu, kemahiran berfikir secara konstruktif

juga perlu dimiliki oleh guru abad ke-21. Para pelajar perlu dididik menggunakan daya

pemikiran yang beraras tinggi untuk menghadapi perubahan zaman. Peranan guru dalam abad

ke-21 ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap insan yang bergelar pelajar. Pelajar

merupakan pelanggan utama kepada guru dan guru bertindak sebagai agen dalam

menyampaikan semua perkara berkaitan kehidupan.

Selain itu, para guru juga harus menimbangkan tentang kelayakan akademik mereka

sendiri. Seorang guru yang berkualiti haruslah mementingkan profesionalisme dan berusaha

untuk mempertingkatkannya. Hal ini demikian kerana profesionalisme guru adalah berpusatkan

Page 7: Edu Guru Inovasi29014

kepada ilmu pengetahuan. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam

pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai

kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa

perkhidmatan. Guru perlulah sentiasa mengemaskini kemahiran dan pengetahuan dalam aspek

pendidikan serta berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini.

Oleh itu, pihak berwajib telah menganjurkan kursus-kursus pendidikan untuk mempertingkatkan

keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini.

Sebagai contohnya, langkah KPM dalam menggalakkan guru untuk meningkatkan kelayakan

akademik melalui pelbagai program untuk membangunkan kerjaya guru. Tetapi program-

program seperti ini telah mendatangkan kesan negatif kepada guru. Hal ini demikian kerana

para guru tidak dapat menumpuhkan segala perhatiannya atas pengajarannya dan

pembelajaran murid-muridnya. Guru yang belajar sambil mengajar menyebabkan mereka tidak

dapat menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar. Beban para guru

juga akan menjadi lebih besar dan menyebabkan para guru berasa tertekan dengan keadaan

hidup mereka. Mereka bukan sahaja perlu menyediakan aktiviti pengajaran seharian malah

mereka juga perlu menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan sendiri. Nyatalah bahawa

guru menghadapi cabaran dalam meningkatkan kelayakan akademik sendiri.

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan

perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat

sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di

sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah

Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai

Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru

sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar

yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak

memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah