edu sem8
-
Upload
sharmila-dharshenee -
Category
Documents
-
view
12 -
download
4
description
Transcript of edu sem8
ETIKA DAN AKAUNTABILI
TI GURU
DIB
EN
TAN
G O
LEH
KONSEP ETIKA
• Merujuk kepada peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antarasatu sama lain.
Ahli falsafah
• Bererti norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah lakumanusia yang baik.
Ethos ( YUNANI)
Konsep etika
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJARLebih
mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani,mental, emosi,politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
Mengelakkan diri daripada menjatuhkan maruah seseorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru
Konsep Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan
sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang
diperlukan(Kamus Dewan, 2007).
Akauntabiliti keguruan pula merujuk kepada tanggungjawab seorang guru
terhadap profesion keguruannya.
Ciri-ciri Akauntabiliti Keguruan
Bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Melaksanakan kerja dengan bersemangat. Merasa bersalah jika tugas yang dipikul tidak dapat disempurnakan. Menjaga maruah agama,bangsa dan negara. Mengimbangi antara kecemerlangan akademik
dengan kebajikan dan keselamatan murid Bersikap adil terhadap setiap orang murid
tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi ,politik,ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhakmengetahuinya.
Jenis Akauntabiliti
Jenis Akauntabilit
i
Terhadap pelajar
Terhadap diri sendiri
Terhadap ibu bapa
Terhadap masyarakat dan negara
Terhadap rakan
sejawat dan profesion
Akauntabiliti terhadap pelajar
Guru harus membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan dalam
akademik dan juga membentuk potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang
dari segi JERIS.Pembentukan sahsiah seserang pelajar
juga harus diambil berat dalam melahirkan insan yang mempunyai
akhlak yang terpuji.
•Guru juga harus mengamalkan amalan pengajaran yang lebih menitikberatkan kepelbagaian bangsa, jantina, agama, etnik, kebolehan dan tingkah laku.
•Memastikan persekitaran bilik darjah yang kondusif, selamat dan suasana sosioemosi yang sesuai juga merupakan antara akauntabiliti guru.
Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri
•Guru haruslah berpengetahuan luas dan berketerampilan dalam mata pelajaran
yang diajar.•Guru juga harus mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak, perbezaan
individu bagi mengesan tahap penguasaan para pelajar.
•Guru juga hendaklah sentiasa memberikan komitmen terhadap tugas,
bersikap positif, melaksanakan tugas dengan adil serta memberi peluang
kepada semua pelajar.
Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa
•Guru berperanan dalam membentuk keperibadian seseorang pelajar kerana
guru telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah dan ibu bapa.
•Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa juga perlu bagi membolehkan kedua pihak ini berbincang tentang
perkara berkaitan pelajar
Akauntabiliti Terhadap Masyarakat dan Negara
Guru mempunyai akauntabiliti dalam mencapai aspirasi dalam FPK.
Guru hendaklah sentiasa peka terhadap persekitaran komuniti dan
menghindarkan diri daripada sebarang gejala-gejala negatif.
o Guru perlu memupuk sikap taat setia kepada negara, bertanggungjawab, menghormati orang tua dan mempunyai nilai moral yang tinggi.
o Guru juga harus menghormati masyarakat di tempat guru berkhidmat dan menjalinkan hubungan mesra dengan masyrakat.
o Guru harus mengamalkan sikap kesopanan semasa melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sosial dalam komuniti.
Akauntabiliti terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan
Guru perlulah sentiasa saling bekerjasama dan sedia membantu rakan sejawat.
Untuk memartabatkan profesion keguruan, guru perlu menguasai ilmu
pengetahuan terkini, kandungan pedagogi dan kemahiran pedagogi.
Dengan menghadiri kursus, diskusi intelektual, penyelidikan tindakan dapat
meningkatkan lagi profesionalisme diri seorang guru.
DEFINIS
I INTEGRITI
Integriti guru merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu
anggota perkhidmatan pendidikan dan organisasi pendidikan berlandaskan
etika dan piagam pelanggan organisasi