EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

12
1.0 PENGENALAN Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan. (Crowell, 1971). Rajah 1: Konsep teknologi (Crowell, 1971) Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Antaranya merupakan 6 langkah yang terdapat dalam model ASSURE. A Analyse Learner (Analisis Pelajar) S State Objective (Nyatakan Objektif) S Select method, media dan materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U Utlilise media dan materials (Gunakan media dan bahan) R Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar) E Evaluate dan revise (Nilai dan Semak) Rajah 2: Model ASSURE 1

Transcript of EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Page 1: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

1.0 PENGENALAN

“Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang

bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan.” (Crowell, 1971).

Rajah 1: Konsep teknologi (Crowell, 1971)

Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan

pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Antaranya merupakan 6 langkah yang

terdapat dalam model ASSURE.

A Analyse Learner (Analisis Pelajar)

S State Objective(Nyatakan Objektif)

S Select method, media dan materials (Pilih kaedah, media dan bahan)

U Utlilise media dan materials (Gunakan media dan bahan)

R Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar)

E Evaluate dan revise (Nilai dan Semak)

Rajah 2: Model ASSURE

1

gabungan manusia peralatan

teknik peristiwa

Page 2: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR TAHUN 1

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Tahun : 1 Bintang

Tarikh : 27 Ogos 2013 ( Selasa )

Masa : 8.45 – 9.45 pagi ( 60 minit )

Fokus : Penghasilan Muzik -

Standard Kandungan : Pengalaman Muzikal

1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.

2. Membuat gerakan mengikut muzik.

Standard Pembelajaran : 1. Mendemonstrasikan warna ton yang didengar dengan betul

2. Mengajuk pic dengan cepat.

3. Mengenal perubahan tempo.

Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :

1. Mengecam tempo dan bunyi yang didengari.

2. Membuat pergerakan kreatif berdasarkan pic dan bunyi yang

dimainkan.

Pengalaman sedia ada : Murid pernah bermain alat perkusi.

Bahan Bantu Mengajar : Kibod

Rakaman bunyi

Kad ikon : kompang, tik tok dan kerincing

Penyerapan Nilai  : Berdisiplin – Mengikut arahan

Kemahiran Berfikir  : Meneroka pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara dan

bunyi menggunakan anggota badan

EMK( Elemen Merentas Kurikulum ) : 1. Kreativiti – menjana idea

2. Nilai Murni - kerajinan

2

Page 3: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Masa /

LangkahIsi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Warna ton 1. Guru mempamerkan kad gambar ayam, itik

dan burung.

2. Guru meminta murid menamakan kad

gambar haiwan yang dipamerkan.

3. Guru meminta murid menutup mata dan

mendengar bunyi yang dimainkan oleh

guru.

ayam

itik

burung

4. Guru memainkan semula bunyi haiwan dan

murid meneka gambar haiwan yang

menghasilkan bunyi – bunyi tersebut.

5. Guru memperkenalkan konsep warna ton

dan pic kepada murid - murid

BBM :

Kad gambar

ayam, itik dan

burung

Teknik:

Soal jawab

Perbincangan

3

Page 4: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Masa /

Langkah

Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Langkah 1

(7 minit)

Nyanyian “Lagu

Binatang”

1. Guru menunjukkan tayangan video “Lagu

Binatang”.

2. Guru bersama murid menyanyikan “Lagu

Binatang.”

3. Murid – murid dibahagikan kepada 3

kumpulan untuk membuat bunyi ayam, itik

dan burung.

4. Murid berdiri dalam tiga barisan di hadapan

guru.

5. Murid diperdengarkan dengan video “Lagu

Binatang” sambil membuat bunyi haiwan

yang telah dipilh.

A B C

TKP:

interpersonal

intrapersonal

verbal

kinestatik

KB:

mengecam

BCB:

Kemahiran

mendengar

Kemahiran

bertutur

Teknik:

4

Page 5: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Perbincangan

Nilai :

patuh

bekerjasama

Langkah 2

(7 minit)

Mengajuk bunyi

pic alat muzik

1. Murid diminta untuk berdiri dalam

bentuk bulatan.

2. Guru bermain kompang, kerincing dan

tik tok di hadapan murid.

3. Murid diminta untuk mengajuk bunyi:

kompang

“ pak pak dum dum”

kerincing

“cing cing cing”

tik tok

“tik tok tik tok”

- pelajar

- guru

BBM :

Alat muzik

kompang, tik tok

dan kerincing

TKP:

interpersonal

intrapersonal

kinestatik

5

Page 6: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

BCB:

Kemahiran

mendengar

Teknik:

penerangan

Nilai :

patuh

bekerjasama

Langkah 4

(6 minit)

Persembahan

muzikal murid.

1. Murid dibahagikan kepada dua

kumpulan.

Kumpulan A

Kumpulan B

2. Setiap kumpulan diminta untuk memilih

salah satu daripada tiga alat muzik

untuk dimainkan bersama dengan

pergerakan bebas bersama dengan

ahli kumpulan.

3. Murid diberi masa untuk merancang

dan berbincang bersama ahli kumpulan

masing – masing.

4. Kumpulan A dan B diminta untuk

mempersembahkan hasil perbincangan

kumpulan bersama dengan mainan alat

muzik dan juga pergerakan bebas.

5. Murid diminta untuk mendengar dan

merasai permainan kumpulan yang

baik dari segi

ton yang jelas

mengikut tempo

bunyi yang seimbang

pergerakan yang sesuai

Nilai:

peka

mendengar

arahan

6

Page 7: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Penutup

(5 minit)

1. Murid bersoal jawab dengan guru

tentang matapelajaran pada hari ini.

2. Murid dikehendaki memberikan contoh

aktiviti yang lain yang dapat

memperlihatkan warna ton dan tempo

suatu muzik itu.

3. Murid diminta untuk menyatakan nilai –

nilai murni yang diperoleh dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran

4. Murid bersama guru bermain alat muzik

dan membuat pergerakan bebas

bersama.

TKP:

Muzik

Teknik:

perbincangan

KB:

merumus

Nilai murni:

prihatin

REFLEKSI

STEHANIE UNSIL ANAK RAKEY

910502-13-5056

Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Semester 4,

kami telah diwajibkan untuk mengikuti Teknologi dalam Pengaharan dan Pembelajaran yang

7

Page 8: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

melibatkan pengetahuan dan kefahaman komponen mikro – makro dan peranan teknologi

dalam pendidikan di dalam bilik darjah. Malah, mata pelajaran ini melibatkan pemahaman

terhadap konsep – konsep asas seni visual, muzik dan teknologi sebagai cara

menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

Teknologi dalam Pendidikan ini membawa kepada pengaplikasian teknologi di dalam

pelbagai mata pelajaran yang lain. Di sini, proses penggabungjalinan berlaku di mana,

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah lebih menarik dan mampu

menghasilkan hasil pendidikan yang berkualiti. Kerja kursus pendek ini sememangnya telah

memberi impak yang besar kepada diri saya dari segi pengetahuan dan pemahaman saya

dalam transformasi pendidikan negara, di mana perkara ini patut diketahui oleh bakal guru

sebagai panduan mengajar kelak.

.

Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas saya, PISMP

Muzik Semester Empat untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai matlamat dalam

melaksanakan tajuk kerja kursus ini dengan berkesan di mana kami harus melihat ke

hadapan dan meletakkan situasi kami sebagai seorang guru kelak. Transformasi kurikulum

pendidikan negara membawa kepada penambaikan dalam sistem pendidikan kita. Oleh itu,

sebagai seorang bakal yang menjadi guru, pengetahuan tentang kandungan yang sedia ada

dalam kurikulum setiap matapelajaran di sekolah nanti adalah perlu.

8

strategi

pendekatan

kaedah

teknik pengajaran

Page 9: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Melalui tugasan ini, saya harus meneliti dan meneroka sendiri bagaimana teknologi

itu dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam

Pendidikan itu boleh diterapkan dalam kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah yang

mempunyai tiga tunjang utama iaitu seni visual, muzik dan pergerakan.

Bagi Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik, elemen muzik sememangnya sudah

wujud dalam sesi pengajaran tersebut. Setelah mendapatkan semua maklumat ini, saya

melihat tajuk ini agak membebankan di mana selama ini saya tidak pasti di mana saya

mampu menyelitkan unsur teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik di

dalam kelas. Melalui kerja kursus ini, saya harus meneliti sendiri bagaimana saya patut

menggunakan konsep grafik. Video dan audio di dalam pengajaran Pendidikan Muzik di

dalam kelas. Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan

menekankan kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru

masa hadapan. Secara tidak langsung, saya telah meneroka sendiri tentang kepelbagaian

teknik dalam pengajaran dan pembelajaran dari segi penyuntingan video dan power point

dalam mempelbagaikan teknik pengajaran saya di dalam kelas muzik. Malah, teknik – teknik

tersebut bukanlah perkara perkara yang asing lagi kerana, semua teknik – teknik ini pernah

dilalui sejak di bangku sekolah lagi. Pembelajaran di dalam kelas sememangnya amat

menarik apabila guru menggunakan kemudahan teknologi, yang berunsurkan audio, grafik

dan video sekaligus mampu menyediakan pakej aktiviti pengajaran – pengajaran yang

berkualiti.

9

Muzik

Pergerakan

Seni visual

Page 10: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga –

pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja kursus

ini. Selama ini, saya masih belum pasti dengan komponen – komponen pengajaran mikro

dan makro serta teknik pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Selama ini, saya

hanya bertindak sebagai penonton dan peserta kepada aktiviti pengajaran yang dilakukan

oleh guru di dalam bilik darjah. Di bangku sekolah, saya hanya berperanan sebagai pelajar

dan melihat sendiri keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru

saya. Kini, sebagai bakal guru, sayalah yang menjadi akan penganjur kepada aktiviti untuk

anak – anak didik saya agar perjalanan sesi pengajaran itu mencapai objektif yang

disasarkan. Oleh itu, pada awal perbincangan saya, rakan sekelas bersama pensyarah, saya

hanya berdiam diri kerana saya kurang pasti dengan tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi

masalah ini, saya berusaha mencari sebanyak maklumat yang diperlukan bagi memberi

pemahaman yang lebih tentang kehendak kerja kursus ini.

Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah seperti

yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini,

teknik – teknik dalam pengajaran Pendidikan Muzik yang perlu menyelitkan konsep – konsep

asas teknologi bukanlah suatu yang boleh didapati mudah di ruangan perpustakaan dan juga

internet. Kebanyakkan buku yang saya peroleh adalah lebih kepada pengajaran yang

tunggal, tidak pelbagai dan tidak merangkumi aspek lain. Di sini, saya meminta bantuan

daripada rakan – rakan saya untuk bertukar – tukar idea dan bahan rujukan bagi

melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.

Halangan seterusnya ialah, saya telah mengalami kesukaran dalam menghasilkan dan

melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan kaedah yang

sesuai dalam satu sesi pengajaran. Namun begitu, saya bersyukur kerana mempunyai rakan

– rakan sekelas yang sudi berkongsi idea dalam mempelbagaikan menyiapkan kerja kursus

ini dan juga pensyarah tidak berhenti memberi teguran positif serta bimbingan sepenuh

masa. Pada masa ini, saya mendapati bahawa kaedah komunikasi yang digunakan sewaktu

perbincangan adalah lebih memudahkan proses pembelajaran sekaligus membantu secara

langsung dalam menyempurnakan kerja kursus.

10

Page 11: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan kerja

kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap individu yang

ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan berkenaan dengan tajuk

kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya untuk mendengar pendapat

orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu di dalam kerja kursus ini. Dengan

kata lain, saya telah melihat kelemahan diri saya melalui tahap pemikiran rakan – rakan yang

lain dan berusaha untuk memperbaiki diri saya. Hal ini demikian, guru harus peka dan cekap

dalam memperbaiki kelemahan diri kerana gurulah yang sentiasa diperhatikan oleh

masyarakat pada masa hadapan.

Di dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas, guru masih lagi memainkan peranan

utama sebagai penggerak pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik –

teknik yang sedia ada ini bergerak sebagai panduan bagi guru dalam melaksanakan

tanggungjawabnya di sekolah. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah melihat

begitu besarnya tanggungjawab seorang guru. Pengetahuan tentang teknik – teknik

pengajaran adalah tidak cukup sekiranya tidak mampu mengaplikasikan teknik – teknik

tersebut dengan baik di dalam kelas. Oleh itu, saya telah mempelajari bahawa guru masih

perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka

dan juga murid. Hal Ini akan menggalakkan murid secara aktif dalam pembelajaran

seterusnya meningkatkan kecekapan guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran.

Saya juga mendapati sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan

bersahaja adalah penting bagi mengelakkan tekanan emosi di dalam kelas. Adanya

teknologi dalam pendidikan membekalkan saya dalam kebolehan merancang, mereka

bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan

kepekaan deria kanak – kanak. Malah nilai – nilai murni juga mampu diterapkan melalui

pengalaman seni di dalam bilik darjah. Sebagai bakal guru, saya harus bijak merancang

segala penyelesaian yang wujud di dalam kelas saya dan mewujudkan suasana pengajaran

dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid dari awal hingga akhir pengajaran

saya. Sama ada mata pelajaran Pendidikan Muzik atau sebaliknya, tujuan utama pendidikan

ialah untuk memperlihatkan potensi dan kebolehan murid dikembangkan dengan seimbang

melalui semua aspek JERIS, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

11

Page 12: EDU3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan

menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang

penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang positif

terhadap gaya pembelajaran yang berkesan dan bekerja secara kumpulan.

12