DEFINISI BUDAYA

16
Budaya dan Pembelajaran EDU3063 Isi Kandungan DEFINISI BUDAYA...................................................... 2 TUGASAN 1............................................................ 4 Temubual............................................................4 Transkrip.........................................................4 TUGASAN 2............................................................ 8 Penulisan Esei......................................................8 Bibliografi........................................................12 1

description

:)

Transcript of DEFINISI BUDAYA

Page 1: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

Isi Kandungan

DEFINISI BUDAYA.........................................................................................................................................2

TUGASAN 1..................................................................................................................................................4

Temubual.................................................................................................................................................4

Transkrip..............................................................................................................................................4

TUGASAN 2..................................................................................................................................................8

Penulisan Esei..........................................................................................................................................8

Bibliografi..............................................................................................................................................12

1

Page 2: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

DEFINISI BUDAYABudaya secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya

mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama

ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan

dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek

bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung

dan sama.

Menurut Wikipedia pula, budaya merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang

bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan

akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau

dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau

boleh diubah oleh manusia

Selain itu juga, Ia boleh didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku,

kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada

suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat

dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya,

itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang

mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.

Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat

dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya

yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah,

Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya

lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu

ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang

asal.

Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk kepada suatu

komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan manakala frasa

bangsa merujuk kepada suatu komuniti yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan

bahasa tersendiri.

2

Page 3: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

Oleh itu, konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh

sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identity yang menjurus kepada sebuah

negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen

perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh

membawa kepada perpecahan.

Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia

pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk

dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat

majmuk yang bersifat seragam.

Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia

juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar

belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar

belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza

satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.

Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan

bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan

pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman

ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini

menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan

adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat

Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah

adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang

berteraskan Islam.

Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu

pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat

Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat

orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan

Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah

mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu

3

Page 4: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang

Melayu.

4

Page 5: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

TUGASAN 1

Temubual

Transkrip

Saya juga telah menemu bual responden yang berketurunan Mandailing, bagi mendapatkan

beberapa informasi.Temu bual itu adalah seperti berikut:

Saya : Assalamualaikum puan. Apa khabar?

Responden : Waalaikumussalam. Alhmdulillah saya sihat.

Saya : Kalau tidak keberatan, saya Munirah Binti Mokhtar dari IPG Kampus Bahasa

Melayu ingin menemu bual mengenai suku kaum mandailing bagi menyiapkan

kerja Kursus Budaya dan Pembelajaran saya. Boleh?

Responden : Apa salahnya, In Sha Allah saya akan membantu apa yang termampu.

Saya : Saya mulakan sekarang ya? Terima kasih kerana sudi ditemu bual.

Responden :Sama-sama baiklah, awak boleh mulakan sekarang.

5

Page 6: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

Saya :Boleh puan ceritakan mengenai latar belakang puan? Seperti nama

penuh,umur,tempat lahir dan pekerjaan.

Responden : Nama saya puan Rozilawati, berumur 30 tahun dan dilahirkan di Setiawan,

Perak. Saya bekerja sebagai guru.

Saya : Saya diberitahu puan merupakan suku kaum mandailing, boleh puan ceritakan

serba ringkas asal usul kaum tersebut?

Responden :Suku mandailing merupakan nama suku bangsa yang berasal dari Sumatera

Utara.Hal ini kerana moyang saya merupakan suku kaum mandailing asli dari

Sumatera.

Saya :Ooo begitu, puan boleh ceritakan dengan lebih lanjut mengenai kepercayaan

khususnya dari perkahwinan, kelahiran dan kematian bagi suku kaum

mandailing.

Responden :Seingat saya pada perkahwinan suku kaum mandailing berbeza dengan

perkahwinan Melayu, upacaya adat perkahwinan kenali sebagai Siriaon/Horja

Haroan Boru/Pabuat Boru. Panaek Gondang merupakan salah satu ritual yang

menjadi bagian dari seluruh rangkaian upacara adat perkawinan dalam

masyarakat Mandailing,jika perkawinan tersebut dikategorikan sebagai horja

godang, panaek gondang sendiri dalam arti bahasa indonesia nya , panaek

artinya menaikkan , Gondang artinya gendang atau drum , maka panaek

gondang adalah menaikan atau memainkan alat muzik gendang , yaitu yang

dikenal dengan nama gordang sembilan. Panaek gondang merupakan satu hal

yang sangat penting dilakukan, karena hal ini sangat terkait dengan adat. Sebab

dalam masyarakat Mandailing adat merupakan salah satu atau merupakan

tujuan hidup yang harus dilakukan oleh masyarakat Mandailing.

Saya :Gordang sembilang dipelopori oleh kaum mandailing rupanya, bagaimana pula

jika upacara kematian bagi suku kaum mandailing ?

Responden :Upacara kematian dikenali sebagai Horja Siluluton, semua mesti menghormati si

mati dan terdapat satu pantang larang semasa upacara kematian , tidak

dibenarkan mengadakan majlis keramaian, menurut orang mandailing dahulu

kala, semasa upacara tersebut bendera-bendera adat dibalik menghadap

kerumah sebagai tanda duka cita. Bagi suku kaum mandailing ini terdapat satu

6

Page 7: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

lagi upacara “Naik Rumah”, iaitu bergotong-royang seperti berewang seperti

menyembelih seekor lembu secara beramai-ramai. Di mana pihak lelaki

menyembelih lembu, manakala pihak perempuan bergotong-royong memasak di

dapur.

Saya : Menariknya, boleh puan ceritakan pakaian perkahwinan suku kaum

mandailing?

Responden : Saya kurang mahir kerana adat sekarang telah banyak berubah tetapi saya

ingat Penutup kepala disebut Bulang, berwarna keemasan dengan beberapa

lapis. Di masa lalu, Lapisan bulang ini menandakan jumlah atau jenis haiwan

yang disembelih saat upacara adat tersebut.

Saya : Puan boleh ceritakan serba sedikit mengenai makanan yang sinomin dengan suku kaum Mandailing?

Responden : Masakan Mandailing juga dipengaruhi oleh masakan Minangkabau dan Melayu tetapi makanan mandailing yang paling saya gemar kari ikan keli salai yang dikenali sebagai Gulai Sale.

Saya : Saya difahamkan suku kaum Mandailing ini merupakan suku kaum batak, betul ke puan?

Responden : Meskipun Mandailing sering dikaitkan dengan Batak, namun rata-rata orang Mandailing menolak tanggapan ini. hal ini disebabkan karena perbedaan agama, kerana rata-rata orang Batak menganut agama Kristian sedangkan orang Mandailing kebanyakan menganut agama islam. Patung Sangkalon yang menjadi lambang keadilan dalam masyarakat Mandailing sering disalah anggap oleh masyarakat luar. Patung yang dipanggil 'si pangan anak si pangan boru'

7

Page 8: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

yang bermaksud 'si pemakan anak lelaki, si pemakan anak perempuan' ini dijadikan tohmahan bahawa kaum Mandailing adalah kaum pemakan daging manusia. Padahal maksud sebenar perumpamaan ini ialah setiap keadilan mesti ditegakkan meskipun terpaksa membunuh anak sendiri.

Saya : Sangat menarik, banyak pengetahuan baharu yang saya perolehi hari ini, terima kasih puan kerana sudi ditemu bual dan memberi ruang untuk saya berkongsi ilmu baharu dengan puan.

Responden : Sama-sama, tidak mengpa.

8

Page 9: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

TUGASAN 2

Penulisan Esei

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa

pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan

warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti

yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pernyataan di atas menggambarkan peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan

oleh sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa yang bersatu dan moden.

Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru

dalam mendidik anak bangsa menacapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai

tahap keprofesionalan yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu

melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang

diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pmurid agar

hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat

dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam

usaha memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta

membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.

Disini saya mencadangkan beberapa aktiviti yang mampu memenuhi pembentukan

Negara Bangsa iaitu program kegiatan kurikulum di luar bilik darjah yang melibatkan setiap

murid tidak kira dari pelbagai ras yang berbeza sebagai contoh mengadakan pertandingan

pidato berbentuk kumpulan yang meragkumi pelbagai etnik. Hal ini mampu menyemai sifat

toleransi antara murid Dalam program tersebut murid dalam mendalami dialek, bahasa yang

digunakan dan sebagainya.

Tuntasnya pembentukan diri dapat dipupuk sejak di bangku sekolah lagi dengan

mengaplikasikan program mesra budaya ini yang mempunyai empat elemen utama iaitu dari

sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. Gabungan kepada empat elemen tersebut akan

menjadikan pembentukan sahsiah mereka adalah secara holistik.

9

Page 10: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

Program kebudayaan merupakan aktiviti yang melibatkan teras kebudayaan seperti

aktiviti yang boleh memberikan peluang kepada murid untuk menguasai bidang kemahiran

profesional kebudayaan dan kesenian yang akan menjana pembangunan jati diri, perwatakan

dan keperibadian. Murid juga akan lebih memahami masyarakat dan budaya setempat agar

sifat hormat menghormati antara satu sama lain dapat di pupuk dan diperkukuhkan di dalam diri

mereka sebagai contoh member peluang kepada mereka memperkenalkan sesuatu yang unik

yang terdapat dalam etnik masing-masing. Sebagai guru kita haruslah memberi kepercayaan

dan ruang mereka berkarya seperti program memperkenalkan budaya masing-masing dari segi

muzik khususnya. Selain itu juga, murid dapat mengcungkil bakat yang terdapat dalam diri

mereka. Sebagai contoh memperkenalkan alat-alat muzik mengikut budaya masing-masing.

Selain itu juga, penglibatan masyarakat dalam aktiviti kebudayaan serta sambutan

perayaan pelbagai kaum di negara ini membuktikan suasana mesra budaya dan mampu hidup

aman dan harmoni. Hal ini, saya mencadangkan supaya program pada setiap perayaan

diraikan di sekolah tidak kira kaum minoriti dan sebagainya. Sebagai contoh semua murid

menyambut perayaan yang disambut oleh rakan-rakan berlainan kepercayaan. Program yang

harus dijalankan di sekolah ialah mengenakan pakaian yang sesuai pada majlis tersebut.

Penghargaan seperti hadiah mampu menaikkan semangat murid di samping merayakan

sambutan yang meriah tanpa mengenal perbezaan agama dan kepercayaan. Bagi

memeriahkan lagi sambutan tersebut murid diberi peluang mendapat hadiah ganjaran

mengenakan pakaian perayaan yang sesuai. Hal ini murid lebih seronok untuk datang ke

sekolah.

Bagi memastikan pembentukan Negara bangsa, program RIMUP mesti dijalankan di

semua sekolah rendah dan menengah - memastikan hubungan rapat dapat dijalin antara

pelajar pelbagai kaum. hal ini dapat saya perhatikan semasa Bina Insan Guru baru-baru ini di

SK Salak,Sepang mendapati jalinan ukhwah memang diterapkan pada murid mahupun guru.

Kejelikitan itu dapat dilihat sepanjang lawatan penanda aras. Tuntasnya Program seperti ini

mampu menerapkan nilai-nilai murni yang ada dalam diri murid,

Selain itu sekolah harus wujudkan aktiviti melibatkan waris, pihak-pihak yang terlibat

secara langsung untuk mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik untuk menjadikan ibu

bapa sebagai “smart partnership” dalam memperkasa sistem pendidikan di sekolah. Beberapa

10

Page 11: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan hubungan ini agar sekolah dapat memacu

kecemerlangannya dan murid-murid pula mendapat manfaatnya. Sebagai contoh melibatkan

penglibatan aktif murid dan ibubapa dimana mereka akan peka dan berfikiran terbuka. Sebagai

contoh sambutan Hari Raya, para ibu bapa diwajibkan menghadiri dan melaksanakan program

terbuka bersama-sama anak masing-masing. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan

silaturrahim malah megelakkan jurang yang terdapat bagi sesetengah kaum yang terdapat di

Malaysia.

Selain itu juga, budaya juga tidak dilupakan seperti sekolah wujudkan program

berbentuk tradisional tidak kira dari aspek seperti makanan, pakaian, nyanyian, bahasa dan

sebagainya. Sebagai contoh pada bulan hadapan sekolah akan menganjurkan program budaya

iaitu budaya tradisional mengikut negeri dan kaum. Misalnya permainan yang diperkenalkan di

negeri masing-masing, Contohnya permainanan gasing yang sinomin dengan negeri Kelantan.

Masyarakat kita mahukan pendidikan yang berkualiti. Justeru, sebagai pentadbir

sekolah perlu mampu menyampaikan mesej membentuk keperibadian pelajar di bawah

jagaannya termasuklah semua yang berada dalam komuniti sekolah. Kajian ini telah mengenal

pasti tahap serta amalan-amalan yang praktikal di terapkan dalam usaha menyahut tranformasi

yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

11

Page 12: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang

menyihatkan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan

udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari.

Contohnya, melalui aktiviti terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda pemudi,

anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh. Sudah

terang lagi bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi

Malaysia Cergas. Misalnya program 1 Sukan,1 Murid yang melahirkan murid yang sihat dari

segi mental dan fizikal. Hal ini selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang melahirkan setiap

individu yang seimbang dari segi JERIS.

Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada sesebuah negara, malah dari

konteks yang lebih kecil, kemerdekaan amat bermakna kepada diri kita sendiri. Kita akan

menjadi tidak selesa jika kita akan dikongkong oleh individu yang lain. Bagi sesebuah negara,

kemerdekaan bermaksud segala-galanya dan merupakan umpama sebuah permata yang amat

bernilai. Kemerdekaan akan menentukan kedaulatan sesebuah negara. Program sambutan hari

kebangsaan juga mampu melahirkan murid yang mesra budaya. Hal ini mereka sama-sama

mengenal asal usul mereka dan bagaimana pengorbanan orang dahulu mendapatkan

kemerdekaan.

Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat

mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara

yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat

adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi

visi Wawasam 2020.

12

Page 13: DEFINISI BUDAYA

Budaya dan Pembelajaran EDU3063

Bibliografi

Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Aziz dan Mohamad Yusof Ismail (2003). Masyarakat, Budaya dan Perubahan, Bangi : Penerbit Universit Kebangsaan Malaysia.

Azmah Abdul Manaf (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Buyong Adil. (1980). Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://en.wikipedia.org/wiki/Mandailing_people

http://eprints.uthm.edu.my/3839/1/PKPGB_2_ISBN978-9732963-86-8.pdf

http://eprints.uthm.edu.my/2712/1/21._PKPGB_2008_1.pdf

13