Edu

5
PENGERTIAN Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek Assidere iaitu bermaksud duduk di sisi (Adimin,2011). (Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. (Airasian, 2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan ,sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian,pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujiankertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005). Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepda proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. PERLAKSANAAN DI SEKOLAH Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencungkil potensi dan bakat pelajar (Ali, 2008). Proses pengajaran dan pembelajaran tidak lengkap jika penilaian tidak diambil kira. Tiga komponen utama yang terkandung dalam setiap pelajaran. Komponen pertama ialah objektif di mana kenyataan berkaitan dengan apa yang ingin dicapai oleh guru dan pelajar. Setelah mengetahui apa yang patut dicapai, rancangan pengajaran akan disediakan untuk mewujudkan pengalaman yangsesuai bagi membantu pelajar capai objektif berkenaan bergantung kepada kebolehan, kemahiran dan bakat serta minat pelajar yang pelbagai. Merancang dan menyediakan keadaan yang menimbulkan pengalaman yang sesuai merupakan komponen kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (Wahid & Jahya, 2009) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Pembangunan Modal Insan menyatakan bahawa timbunan pengalaman terjadi sama ada dialami sendiri, melalui pembacaan, dari suka dan duka sebuah pengembaraan, dari sesuatu sesi perbincangan, dari pelbagai pertemuan intelektual dan yang seumpamanya. Kesemua kaedah penimbunan pengalaman ini merupakan rutin harian setiap pelajar, aktiviti seperti itu bertapak semenjak di peringkat sekolah rendah lagi sehingga ke peringkat tertinggi cuma yang berbeza adalah darjah pemberatan dan tahap keseriusannya. Komponen ketiga ialah menilai pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku pelajar berkait dengan objektif pelajaran. Objektif pengajaran mestilah membolehkan pelajar

description

edu

Transcript of Edu

PENGERTIANPengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek Assidere iaitu bermaksud duduk di sisi(Adimin,2011). (Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. (Airasian, 2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan ,sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian,pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujiankertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005). Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepda proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.PERLAKSANAAN DI SEKOLAHPenilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencungkil potensi dan bakat pelajar (Ali, 2008). Proses pengajaran dan pembelajaran tidak lengkap jika penilaian tidak diambil kira. Tiga komponen utama yang terkandung dalam setiap pelajaran. Komponen pertama ialah objektif di mana kenyataan berkaitan dengan apa yang ingin dicapai oleh guru dan pelajar. Setelah mengetahui apa yang patut dicapai, rancangan pengajaran akan disediakan untuk mewujudkan pengalaman yangsesuai bagi membantu pelajar capai objektif berkenaan bergantung kepada kebolehan, kemahiran dan bakat serta minat pelajar yang pelbagai. Merancang dan menyediakan keadaan yang menimbulkan pengalaman yang sesuai merupakan komponen kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran.(Wahid & Jahya, 2009) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Pembangunan Modal Insan menyatakan bahawa timbunan pengalaman terjadi sama ada dialami sendiri, melalui pembacaan, dari suka dan duka sebuah pengembaraan, dari sesuatu sesi perbincangan, dari pelbagai pertemuan intelektual dan yang seumpamanya. Kesemua kaedah penimbunan pengalaman ini merupakan rutin harian setiap pelajar, aktiviti seperti itu bertapak semenjak di peringkat sekolah rendah lagi sehingga ke peringkat tertinggi cuma yang berbeza adalah darjah pemberatan dan tahap keseriusannya. Komponen ketiga ialah menilai pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku pelajar berkait dengan objektif pelajaran. Objektif pengajaran mestilah membolehkan pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran serta mampu mempamerkan perubahan tingkah laku seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian sangat penting dalam proses pengajaran. Guru perlu membuat pelbagai pertimbangan semasa pengajaran sesuatu topik berdasarkan persoalan yang timbul sebelum, semasa, atau selepas pengajaran. (Ghafar, 2011) menunjukkan aliran penilaian dalam pengajaran. Bermula dengan objektif pengajran, diikuti dengan proses pengajaran yang sesuai sehingga ke penilaian hasil. Terdapat beberapa jenis penilaian yang terlibat di dalam proses pengajaran ini. Dahulunya, penilaian dianggap hanyalah penentu pencapaian pelajar pada akhir satu sesi pembelajaran. Tetapi kini penilaian merangkumi aktiviti mendapat informasi dan membuat perbandingan semasa pembelajaran dan pengajaran itu berlangsung. Sistem penilaian kini memberi penekanan kepada penilaian berterusan yang bertujuan membantu pembelajaran pelajar. Di samping menjalankan penilaian berterusan, informasi itu perlu direkodkan oleh guru bagi melihat kemajuan pelajar dan pelajar yang masih belum menguasai topik atau satu unit akan diberikan pengajaran pemulihan. Dengan cara ini,penilaian dapat digunakan dengan lebih efektif. Penilaian untuk pembelajaran adalah bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran. Ia adalah proses mencari dan mentafsir bukti untuk digunakan oleh guru dan pelajar untuk membuat keputusan dalam pembelajaran pelajar (Dikli, 2003). Pada masa yang sama, penilaian juga boleh bertindak sebagai alat pengukur untuk menunjukkan kecekapan dan keberkesanan guru. Di peringkat bilik darjah, penilaian boleh dijadikan sebagai alat mengajar yang baik dan keputusan pelajar boleh memaklumkan pelbagai keputusan pengajaran. (Nordin & Bakar, 2008) menunjukkan tiga langkah penting yang mesti dipatuhi oleh guru semasa membuat penilaian pembelajaran. Yang pertama ialah jawapan yang diberikan oleh pelajar hendaklah diperiksa dengan betul atau salah sahaja. Oleh itu, markah, gred serta peratus tidak sesuai digunakan. Langkah kedua ialah jawapan-jawapan yang telah diperiksa akan dikembalikan kepada pelajar supaya pelajardapat melihat sendiri hasil pembelajaran yang telah dikuasai mahupun belum dikuasainya. Langkah yang terakhir pula ialah semasa kertasdipulangkan, guru dengan serta-merta menjalankan kerja-kerjapemulihan dan pengukuhan. Dengan melalui ketiga-tiga langkah ini,secara tidak langsung penilaian telah menjadi sebahagian daripadaaktiviti pengajaran dan pembelajaran.JENIS PENAKSIRAN

Terdapat empat jenis pentaksiran iaitu pentaksiran penempatan,pentaksiran formatif, pentaksiran diagnostik dan juga pentaksiransumatif. Setiap pentaksiran antara keempat-empatnya mempunyaitujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran penempatan bertujuanmengukur tingkah laku untuk kemasukan, pentaksiran formatif untukmemantau kemajuan pembelajaran. Pentaksiran diagnostikdilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah pembelajaranmanakala pentaksiran sumatif pula untuk mengukur pencapaian diakhir sesuatu topik atau unit.PENAKSIRAN ALTENATIF DI SEKOLAHKementerian berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar, gurudan sekolah dari segala aspek sejajar dengan Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) ke arah memperkembangkan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakatdan negara sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikanMalaysia di arena antarabangsa dan secara tidak langsung akan dapatmenambah modal insan yang berkemahiran untuk membantupembangunan negara dan individu tersebut. Beberapa usaha telahdijalankan bagi memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakansistem pendidikan negara. Pentaksiran alternatif merupakan salah satukaedah yang mana dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiranmenyeluruh potensi pelajar dengan penekanan diberikan pada aspekpenting iaitu potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran adalahproses pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankanuntuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemahkankehendak tugasan. Guru juga dapat menentukan apa yang bolehdibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. (Reeves, 2000)mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian prestasi dapatmemberi keupayaan kepada pelajar dalam mengaplikasikanpengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran yang bersifat alternatif adalah seperti pentaksiran kerja kursus/portfolio,projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budipekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan. Melaluipentaksiran ini bukan sahaja dapat menilai kemajuan pelajar, malahanproses pembinaan modal insan yang holistik dapat juga diteruskansejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin (Khan, 2009).HALANGAN PELAKSANAAN PENAKSIRAN ALTENATIFPelaksanaan pentaksiran alternatif diperingkat sekolah dan dalam bilikdarjah agak sukar untuk dilaksanakan. Berdasarkan kajian yangdilaksanakan oleh (Rahman & Ali, 2008) mendapati terdapat beberapafaktor permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaanpentaksiran kerja kursus/protfolio yang mana sebahagian daripadapentaksiran alternatif atau dikenali sebagai pentaksiran berasaskansekolah (PBS). Faktor guru adalah yang paling penting dalammelaksanakan pentaksiran alternatif. Dapatan kajian tersebutmenunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang sederhana tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus.Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak mempunyai masamencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggapproses melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain.Begitu juga kajian (Noor & Sahip, 2010) yang menunjukkan bahawa jadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untukmelaksanakan pentaksiran tersebut.Kajian oleh (Begum & Farooqui, 008) pula menyatakan bahawa gurusangat optimis mengenai perubahan sistem pentaksiran. Hasil kajianmenunjukkan bahawa walaupun kerajaan telah melaksanakan sistempentaksiran baru, kebanyakan guru-guru tidak mendapat latihan yangsecukupnya untuk melaksanakan projek tersebut. Guru yang tidakterlatih akan mempunyai kefahaman yang sedikit seterusnya akanmenyebabkan markah tidak dapat diagihkan dengan berkesan akibatketidakmampuan guru tersebut. Jika pentaksiran alternatif inidilaksanakan tanpa menyediakan latihan kepada guru-guru yangmencukupi, jurang yang besar akan wujud antara strategi yang digubaloleh kerajaan dengan realiti sebenar dalam bilik darjah. Dalam artikel(Seng, 2009) yang bertajuk School-based Assessment: The Concept of School based Assessment menyatakan bahaw terdapat perbezaanpersepsi mengenai makna pentaksiran berasaskan sekolah di antara ibubapa, stakeholder ,pelajar-pelajar mahu pun guru-guru. Hal ini adalah kerana masyarakat di Malaysia sudah lazim dengan pentaksirantradisional sejak zaman merdeka lagi.Sehubungan daripada kekangan yang membataskan pelaksanaanpentaksiran alternatif, pelbagai aktiviti pentaksiran ini dikemukakansupaya guru dapat memilih dan menggunakan semasa prosespengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran dalammengaitkan sukatan pelajaran kurikulum dan aktiviti pentaksiranalternatif yang ingin dijalankan bagi mematuhi prinsip asas pentaksiranalternatif (Saptu & Said, 2011).CARA MENGATASIPentaksiran alternatif merupakan pentaksiran autentik atau pentaksiranformatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaanpentaksiran alternatif dapat dijalankan dengan baik, konsisten dan berterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap pengetahuan,kemahiran dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perludilatih dengan menghadiri kursus, seminar atau mesyuarat berkaitanbagi mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran. Guru juga perludilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus, adil dantidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Kekangandari segi masa, jadual yang padat dan tenaga boleh diatasi denganmembahagikan tugasan kerja yang sama rata antara setiap guru disekolah. Pihak pentadbir perlu bijak membahagikan tugasan kerja, bagiguru subjek yang perlu melakukan pentaksiran, tugasan kerja yangberat harus dielakkan untuk memastikan pentaksiran dapat dijalankandengan jayanya tanpa sebarang alasan.Dalam usaha untuk menegakkan dan mempertahankan mutu kualitipentaksiran dalam sistem pendidikan di Malaysia, ketelusan dalamsistem pentaksiran baru ini memerlukan gandingan yang kukuhkerjasama daripada pelbagai pihak. Bagi memastikan pentaksirandilaksanakan degan betul, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh(Begum & Farooqui, 2008) dalam kajiannya iaitu;penyelia akademik perlu diberi tanggungjawab untuk memantauguru besar perlu membuat mesyuarat dan memeriksa rekodsemua guru-guru setiap penggalsuatu jawatankuasa perlu dibentuk di setiap sekolah untukmemeriksa rekod tersebutibu bapa perlu menyedari bahawa anak-anak tidak boleh menjadimangsa kepada guru, jika disyaki ibu bapa harus membuat aduandengan segera kepada guru besarguru besar perlu mengaturkan mesyuarat bersama ibu bapaselepas setiap penggal dan menyelesaikan segala aduan oleh ibubapasatu elemen bimbingan dan kaunseling boleh diperkenalkan. Iaakan memberi peluang untuk mengetahui guru-guru yangmempunyai masalah dalam pelaksanaan sistem baru ini.Sehubungan itu, guru perlu memahami segala jenis pentaksiran samaada pentaksiran tradisional mahu pun pentaksiran alternatif bagimewujudkan pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secaratidak langsung proses pembinaan modal insan yang holistik dapatditeruskan sejajar dengan saranan kementerian. Jesteru itu, dapatdirumuskan bahawa pentaksiran alternatif atau pentaksiran untukpembelajaran merupakan salah satu pilihan dalam sistem pentaksiran yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melaluikepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajarmelalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.