Edu

18
Program-program untuk memupuk perpaduan di kalangan pelajar

description

memupuk perpaduan

Transcript of Edu

Page 1: Edu

Program-program untuk memupuk perpaduan di kalangan pelajar

Page 2: Edu

•Program permuafakatan Masyarakat•Hari keluarga dan sukan Rakyat•Acara kebudayaan dan kesenian•Majlis Sambutan Perayaan•Penyertaan Dalam Kokurikulum•Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan•Lawatan dan Ziarah di Peringkat Sekolah

Page 3: Edu

Halangan-halangan merealisasikan hasrat demokrasi

Page 4: Edu

Faktor kepelbagaian latar belakang kaumStatus sosioekonomiDemografiGeografi Saiz populasi masyarakat

Page 5: Edu

Segala halangan yang diatas bertambah sukar dengan wujudnya:Perbezaan kategoriSaiz dan jenis sekolahKepelbagaian etnikIdentiti masyarakatHak autonomi dalam pengurusan sekolahKepentingan politik tertentu dalam pendidikan

Page 6: Edu

Strategi Meningkatkan Pencapaian Pendemokrasian Pendidikan

Page 7: Edu

Pengenalan

Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan

supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang

disediakan

Page 8: Edu

Pendemokrasian Pendidikan

Semua dapat hak yang sama

Sekolah dapat kemudahan yang sama

Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan

Sekolah satu aliran

Peluang pendidikan yang sama

Persamaan hak

Peluang luas

Pembangunan sumber manusia

Page 9: Edu

Tumpuan dalam Pendemokrasian Pendidikan

Tumpuan dalam

Pendemokrasian

Pendidikan

Basmi buta hruf

Pra sekolah untuk semua

Guru terlatih

yang mencukupi

Penyediaan infrastruktu

r

Pendidikan Universal

Tumpuan lain?

Page 10: Edu

STRATEGI PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Isu pendemokrasian pendidikan di Malaysia khususnya dari segi peluang dan mutu atau kualiti pendidikan dapat dilihat dari beberapa aspek pendekatan, perlaksanaan dan amalan seperti berikut:

1) Sistem Pendidikan : Terdiri daripada beberapa peringkat pendidikan iaitu

peringkat rendah (6tahun), menengah rendah (3tahun), menengah atas (2tahun), tingkatan enam (2tahun) dan pendidikan tinggi.

Page 11: Edu

Wujudnya pendidikan swasta dan Sekolah Agama Rakyat iaitu warisan dari Sistem Pondok sebagai pilihan untuk mendapatkan pendidikan.Golongan murid istimewa juga tidak diabaikan oleh sistem pendidikan negara. Langkah meningkatkan bilangan pelajar di universiti juga memantapkan pendemokrasian sistem. Di mana lebih ramai yang berpeluang untuk mendapatkan peluang pendidikan.

Page 12: Edu

2) Pendidikan Untuk Semua :Sistem pendidikan negara tidak pernah mengabaikan atau meminggirkan mana-mana golongan masyarakat khususnya untuk mendapat pendidikan.Mewujudkan SPBT, RMT dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi mereka yang layak selain daripada pendidikan percuma.Namun begitu, masih ada sebilangan murid yang tidak dapat meneruskan persekolahan akibat desakan hidup keluarga. Jadi pelaksana sistem pendidikan terutamanya di peringkat akar umbi iaitu di sekolah-sekolah lebih peka dan memahami tentang agenda pendemokrasian pendidikan.

Page 13: Edu

3) Pendidikan Sarwajagat/ Sejagat :Had umur bagi setiap individu untuk mendapatkan pendidikan formal semakin diperluaskan.Sebagai contoh kini pelajar boleh meneruskan pengajian ke tingkatan 4 walaupun keputusan PMR yang diperolehi minimum. Perakuan ini dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979.Selain itu juga, terjadinya isu yang agak besar yang menjadi cabaran dan harus ditangani sistem pendidikan iaitu pertama, kesanggupan pelajar yang memperolehi kelulusan yang minimum itu sendiri untuk meneruskan pelajaran dan kedua, masalah kualiti pelajar.

Page 14: Edu

4) Kemudahan dan Infrastruktur :Kemudahan-kemudahan untuk proses P&P, asrama, Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, dan sebagainya.Untuk perkembangan pendidikan di luar bandar asrama desa dibina di setiap daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman.Dari segi kemudahan dan infrastruktur pendidikan luar bandar, Malaysia boleh dikatakan di antara negara membangun yang mencatat rekod yang cemerlang.

Page 15: Edu

5) Pendidikan Bertaraf Dunia :Malaysia kini telah diakui dan boleh dikatakan di antara negara membangun yang mencatat rekod yang cemerlang dalam bidang pendidikan.Untuk pendemokrasian, kita tidak seharusnya melihat dari segi skop perbandingan antara bandar dan luar bandar atau dalam negara semata-mata. Skop perbandingan perlulah lebih luas dan lebih global sebagai memenuhi cabaran semasa dan matlamat serta tuntutan sistem pendidikan sebagai wadah pembangunan negara bangsa yang maju.

Page 16: Edu

6) Pendidikan Berkualiti :Pendidikan berkualiti di semua merupakan ciri utama yang akan menentukan taraf sesuatu sistem pendidikan.Untuk mencapainya, Kementerian Pendidikan perlu menambahbaikkan sistem pendidikan, kurikulum, profesion pendidikan, kemudahan fizikal dan kelengkapan serta keefisienan pengurusan.Kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan perlu menerima pendidikan yang berkualiti tanpa mengira tahap sosio-ekonomi, keadaan fizikal dan tempat tinggal sekurang-kurangnya untuk tempoh 11 tahun.

Page 17: Edu

7) Pendidikan Berterusan :Pendemokrasian pendidikan perlu memastikan yang sistem pendidikan memperluaskan peluang pendidikan berterusan.Di mana tanpa mengambil kira akan batas usia individu, mereka masih disediakan peluang untuk menyambung pendidikan.Sebagai contoh kini kita dapat lihat pendidikan jarak jauh diperluaskan dan menjadi agak biasa. Diharapakan juga, dengan ciri istimewa peluang yang disediakan dapat dijadikan wadah kepada mereka yang berminat untuk meneruskan pelajaran demi mempertingkatkan taraf pendidikan mereka.

Page 18: Edu

8) Sekolah Asrama Penuh :

Satu usaha bagi pendemokrasian pendidikan di mana menyediakan peluang pendidikan yang lebih berkualiti khususnya pelajar yang berpotensi dan cemerlang.