educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan...

13
TAHAP KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP KEPUASAN KERJA GURU DI SJKC ZON JORAK, MUAR Koh How Earn & Yusof Boon Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepimpinan instruksional Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Zon Jorak, Daerah Muar berdasarkan kepada persepsi guru. Kajian ini juga khusus untuk mengkaji sama ada perbezaan yang signifikan ke atas tahap kepimpinan instruksional berdasarkan jantina Guru Besar berdasarkan persepsi guru, tahap kepuasan kerja guru berdasarkan kepada jantina guru dan tempoh perkhidmatan guru tersebut serta mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional Guru Besar dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh daripada kaedah soal selidik. Nilai Cronbach Alfa hampir sama dengan nilai 0.91 dalam kajian rintis. Seramai 114 orang guru dari 10 buah sekolah telah dipilih untuk kajian ini. Statical Package For Social Science (SPSS) versi 21 digunakan dalam menganalisis data. Data diproses menggunakan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-t, Pekali Korelasi Pearson, ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional Guru Besar adalah tinggi dengan min sebanyak 3.98 dan tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi dengan min sebanyak 3.75. Kajian menunjukkan tidak mewujud perbezaan yang signifikan tahap kepimpinan instruksional Guru Besar berdasarkan jantina Guru Besar. Bagi aspek tahap kepuasan kerja guru, kajian menunjukkan tidak mendapat perbezaan yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja guru berdasarkan jantina guru dan tempoh perkhidmatan mereka dalam sekolah tersebut. Hasil menunjukkan tidak wujudnya hubungan yang signifikan antara tahap kepimpinan instruksional Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Berdasarkan kepada hasil kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi kepimpinan instruksional Guru Besar, kepuasan kerja guru dan kajian masa akan datang. Kata kunci: Kepimpinan instruksional; guru besar; kepuasan kerja guru PENGENALAN Cabaran yang dihadapi pada abad ke 21 sama ada aspek globalisasi ataupun liberalisasi turut membawa pelbagai perubahan gaya hidup melalui input

Transcript of educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan...

Page 1: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

TAHAP KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP KEPUASAN KERJA GURU DI SJKC

ZON JORAK, MUAR

Koh How Earn & Yusof Boon

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), [email protected]

Abstrak:

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepimpinan instruksional Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Zon Jorak, Daerah Muar berdasarkan kepada persepsi guru. Kajian ini juga khusus untuk mengkaji sama ada perbezaan yang signifikan ke atas tahap kepimpinan instruksional berdasarkan jantina Guru Besar berdasarkan persepsi guru, tahap kepuasan kerja guru berdasarkan kepada jantina guru dan tempoh perkhidmatan guru tersebut serta mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional Guru Besar dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh daripada kaedah soal selidik. Nilai Cronbach Alfa hampir sama dengan nilai 0.91 dalam kajian rintis. Seramai 114 orang guru dari 10 buah sekolah telah dipilih untuk kajian ini. Statical Package For Social Science (SPSS) versi 21 digunakan dalam menganalisis data. Data diproses menggunakan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-t, Pekali Korelasi Pearson, ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional Guru Besar adalah tinggi dengan min sebanyak 3.98 dan tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi dengan min sebanyak 3.75. Kajian menunjukkan tidak mewujud perbezaan yang signifikan tahap kepimpinan instruksional Guru Besar berdasarkan jantina Guru Besar. Bagi aspek tahap kepuasan kerja guru, kajian menunjukkan tidak mendapat perbezaan yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja guru berdasarkan jantina guru dan tempoh perkhidmatan mereka dalam sekolah tersebut. Hasil menunjukkan tidak wujudnya hubungan yang signifikan antara tahap kepimpinan instruksional Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Berdasarkan kepada hasil kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi kepimpinan instruksional Guru Besar, kepuasan kerja guru dan kajian masa akan datang. Kata kunci: Kepimpinan instruksional; guru besar; kepuasan kerja guru

PENGENALAN

Cabaran yang dihadapi pada abad ke 21 sama ada aspek globalisasi ataupun liberalisasi turut membawa pelbagai perubahan gaya hidup melalui input maklumat dan ilmu pengetahuan yang mudah didapati dalam jaringan komunikasi dan teknologi yang serba canggih. Oleh itu, generasi muda masa kini banyak bergantung kepada kekuatan mental dan ilmu pengetahuan. Bidang pendidikan di negara ini memikul tanggungjawab dalam menyediakan generasi akan datang yang mampu bersaing di seluruh dunia terutama dalam aspek intelektual atau ilmu pengetahuan.

FPUTM, 25/09/16,
TAJUK – HURUF BESAR
FPUTM, 25/09/16,
Email pelajar
FPUTM, 25/09/16,
Nama supervisor
FPUTM, 25/09/16,
Nama pelajar
Page 2: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

Sistem pendidikan negara ini telah bersedia dengan misinya tersendiri. Bagi mencapai misi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sekian lama membina misi untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini selaras dengan pernyataan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang menggariskan bahawa misi Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti (SKPM, 2010). Kepimpinan instruksional merupakan satu konsep yang terdiri daripada pendekatan kepimpinan yang memberi penekanan kepada tingkah laku guru dalam aktiviti-aktiviti yang secara langsungnya memberi kesan kepada pencapaian akademik dan perkembangan murid. Kepimpinan ini termasuklah pemahaman tentang pengajaran, kurikulum dan penilaian dan keupayaan mereka mempengaruhi budaya sekolah melalui jangkaan dan piawai yang tinggi untuk pelajar dan gurunya (Leithwood, Jantzi dan Steinbach, 1999; Cuban, 1984; Hallinger dan Murphy, 1985; Hallinger, 2003). Sumber tenaga dalam sekolah merupakan para pendidik atau guru. Pencapaian kepuasan kerja guru banyak bergantung kepada cara bagaimana guru besar melaksanakan tahap kepimpinan instruksional yang mampu menjadi tonggak utama dalam memastikan para guru di bawah penyeliaannya dapat menunjukkan prestasi dan perkembangan yang cemerlang dalam bidang profesionalismenya (Elangkumaran, 2010).

LATAR BELAKANG MASALAH

Pengkaji-pengkaji barat telah banyak mengkaji mengenai bidang kepimpinan instruksional. Antaranya, Hallinger dan Murphy (1985,1987) yang begitu sinonim dalam peranan guru besar sebagai pemimpin instruksional telah mendefinisi serta membina kerangka teori kepimpinan instruksional mereka sendiri. Mereka membina konsep kepimpinan instruksional sebagai tingkah laku dan tindakan-tindakan guru besar yang meliputi merangka matlamat sekolah, memantau pengajaran guru, menyelaras kurikulum, mengawas kemajuan murid, mengawal masa pengajaran, menggalakkan perkembangan profesional guru, sentiasa kelihatan dalam kawasan sekolah serta menyediakan ganjaran untuk guru dan menyediakan insentif untuk murid. Setelah konsep dan kerangka dibinakan, Hallinger dan Murphy (1987) telah membina dan menghasilkan soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) untuk mengukur tahap kepimpinan instruksional guru besar. Menurut Hallinger (2011), instrumen ini telah diguna pakai secara meluas di seluruh dunia. Selain itu, instrumen ini juga diguna untuk tujuan yang sama di negara kita (Mohd. Yusri, 2014). Di Malaysia, kepimpinan instruksional mula difokuskan sebagai peranan guru besar dan pengetua kerana ciri-cirinya yang amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali et al. 2007). Menurut Hallinger (2005), dalam abad ke-21, amalan kepimpinan instruksional masih relevan dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Kajian Sahin (2011) menunjukkan kepimpinan instruksional mempunyai impak yang positif terhadap pencapaian pelajar. Ini adalah disebabkan oleh guru besar yang merupakan ketua di sekolah mempunyai pengaruh ke atas guru, kurikulum, teknik mengajar dan disiplin pelajar (Coelli dan Green,2011).

Hallinger dan Murphy (1985) telah mengemukakan satu kerangka kepimpinan instruksional. Dalam kerangkanya, salah satu dimensi adalah pemupukan iklim sekolah yang turut melibatkan komunikasi dan hubungan yang dibinak antara pemimpin sekolah bersama para guru. Menurut Raziah dan Ahmad (2008), setiap guru mengalami keperluan dan masalah yang berlainan. Selaku pentadbir sekolah, guru besar perlu mengambil tahu keperluan guru-guru dan kakitangan

Page 3: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

sekolahnya. Tambahan daripada pengkaji, para guru dan kakitangan akan lebih menghormati pemimpin apabila dapati pihak pentadbir mengambil berat keperluan mereka. Implikasi daripada hubungan yang dijalin, guru-guru akan memberikan komitmen kerja yang tinggi apabila mereka berasa gembira dan berminat untuk bekerja di bawah pimpinan guru besar tersebut. Berdasarkan kajian yang bertajuk “Kepimpinan Pengajaran Pengetua Dan Kepimpinan Guru”, para guru sebenarnya memerlukan bimbingan, nasihat, bantuan, sokongan dan dorongan daripada pengetua untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan (Norashikin et al. 2013). Kajian Sahin (2011) menunjukkan kepimpinan instruksional mempunyai impak yang positif terhadap sekolah dan bilik darjah sekaligus memberi kesan yang positif terhadap pencapaian murid. Sehubungan itu, kepuasan guru akan ditingkatkan sekiranya pencapaian murid meningkat.

Selain daripada kepimpinan instruksional, kepuasan kerja guru juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi keberkesanan sekolah. Northouse (2010) menyatakan kepuasaan kerja guru akan mempengaruhi moral, motivasi dan kesanggupan bekerja untuk memaksimumkan proses pengajaran guru. Tambahan daripada Spector (1985), guru akan berasa lebih berpuas hati jika sasaran kerja tercapai dan mendapat ganjaran. Pernyataan-pernyataan ini membawa satu isi tersirat iaitu kepuasan kerja guru amat berkaitan dengan kepimpinan guru besar. Kajian teorikal dan empirikal yang dijalankan serantau dunia telah memberikan data yang signifikan untuk membuktikan hubungan antara gaya kepimpinan dan kepuasan kerja guru. Para pengkaji telah menyatakan gaya kepimpinan akan mempengaruhi kepuasan kerja, sikap kerja dan hasil kerja (Greenleaf, 1977; Podsakoff et al. 1990; Davis, 2003; Yuki, 2002). Dalam kerangka kepimpinan instruksional Hallinger dan Murphy (1987), penyediaan insentif kepada guru sebagai elemen penwujudan iklim pembelajaran positif turut diperkenalkan dalam sistem sekolah Malaysia. Insentif diberi berasaskan penilaian prestasi guru. Menurut Yusof Boon (2012), penilaian prestasi ditakrifkan sebagai penilaian tahap prestasi seseorang pekerja iaitu dengan melakukan perbandingan pencapaian sebenar dengan pencapaian yang diharapkan atau yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi termasuk organisasi sekolah. Bagi guru yang menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang, ganjaran kewangan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah hadiah terbaik kepada mereka, namun begitu pemberian ganjaran dan pampasan ini hendaklah dilakukan dengan adil (Zafir dan Fazilah, 2003).

Menurut hasil dapatan kajian Hellinger dan Heck (1996), hubungan antara pencapaian akademik para pelajar dengan kepimpinan guru besar adalah secara tidak langsung, iaitu melalui faktor pengantara atau pencelah di peringkat sekolah iaitu para guru. Namun Demikian, fenomena yang berlaku masa kini adalah mengapakah pencapaian akademik para pelajar dalam peperiksaan awam iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah-sekolah rendah luar bandar berbeza antara satu sama lain. Dengan kata lain, ada di kalangan sekolah luar bandar yang mendapat keputusan sama atau melebihi purata negara. Sebaliknya, ada sekolah luar bandar yang mendapat keputusan yang lebih rendah daripada purata negara. Kajian ini berharap untuk mengkaji sama ada keadaan ini mempunyai hubungan yang langsung kepada pemimpin guru besar atau tidak sedangkan semua sekolah mempunyai kurikulum dan guru-guru yang mempunyai latihan yang sama (Mohd Nor, 2002).

Hallinger dan Heck (1996) menjelaskan banyak kajian menunjukkan kesan perantara lebih konsisten berbanding dengan kesan langsung kepimpinan sekolah terhadap kejayaan akademik.

Page 4: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

Dalam kajian empirikal Sarros (2001) yang mengkaji tentang kepimpinan karismatik, keputusan menunjukkan gaya kepimpinan secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan kepada pencapaian prestasi individu.Kedua-dua pernyataan ini membuktikan faktor kepimpinan sekolah perlu berintegrasi dengan faktor-faktor lain untuk menjamin pencapaian sekolah. Masalahnya, faktor-faktor lain ini jarang dikaji untuk menentukan sama ada sesebuah sekolah itu berkesan atau tidak. Kajian-kajian penyelidikan sekolah sebelum ini mengambil ‘produk’ sekolah iaitu kejayaan akademik murid-murid sebagai penentu kepada keberkesanan sekolah (Edmonds, 1979; Purkey & Smith, 1983; Bossert,1988). Faktor-faktor seperti iklim sekolah, budaya sekolah, kepuasaan kerja guru, komitmen guru, motivasi guru, kompetensi guru dan pengupayaan guru turut boleh dijadikan parameter ‘proses’ dalam pengukuran keberkesanan sekolah. (Hoy & Miskel, 1996). Di Malaysia, kebanyakan kajian mengenai kepimpinan instruksional dijalankan di sekolah menengah untuk mengkaji amalan instruksional pengetua. Jarang kajian dijalankan di sekolah rendah lagipun sekolah jenis kebangsaan. Tambahan pula, model atau teori kepimpinan instruksional yang dibina oleh penyelidik-penyelidik kebanyakan berasaskan persekitaran pendidikan luar, khususnya persekitaran pendidikan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang lain. Persoalan mengenai keberkesanan mengaplikasikan teori atau model kepimpinan instruksional di persekitaran pendidikan dalam Malaysia turut dikemukakan (Mohd. Yusri dan Aziz Amin, 2014).

Kesuntukan masa merupakan cabaran yang dihadapi oleh para guru besar. Tambahan dengan kesibukan tugas telah membatasi guru besar untuk menyempurnakan peranan sebagai pemimpin instruksional. Apatah lagi pemantauan dan penyeliaan pengajaran guru. Oleh itu, guru besar kerap kali meletakkan tanggungjawab penyeliaan dan pemantauan kepada Guru Penolong Kanan dan Ketua Bidang (Hallinger, 2005).

KERANGKA TEORITIKAL

Penyelidikan ini menggunakan dua model dan teori utama sebagai asas kajian iaitu Model Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1987) bagi mengkaji tahap amalan kepimpinan instruksional Guru Besar serta Teori Dua Faktor Herzberg bagi mengkaji tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.

Page 5: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

Kajian ini mengkaji tentang persepsi guru mengenai tahap kepimpinan instruksional Guru Besar dan kepuasan kerja dalam kalangan guru di sekolah. Malahan, demografi jantina Guru Besar serta jantina dan tempoh tahun perkhidmatan guru juga menjadi satu komponen dalam kajian ini. Bahagian ini akan dikaji untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional Guru Besar dan juga tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru di sekolah. Selain itu, faktor demografi juga dimasukkan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan jantina Guru Besar dalam tahap kepimpinan instruksional berdasarkan persepsi guru serta mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan jantina dan tempoh perkhidmatan guru terhadap tahap kepuasan kerja dalam sekolah. Akhir sekali, hubungan antara kepimpinan instruksional Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru juga dikenal pasti.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk:

i. Menentukan tahap amalan kepimpinan instruksional Guru Besar SJKC Zon Jorak, Muar. ii. Menentukan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru SJKC Zon Jorak, Muar.iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan amalan kepimpinan instruksional Guru

Besar SJKC Zon Jorak, Muar mengikut jantina Guru Besar. iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan

guru SJKC Zon Jorak, Muar mengikut jantina dan tempoh perkhidmatan guru.v) Menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan Guru Besar

dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru SJKC Zon Jorak, Muar.

Page 6: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

METODOLOGI

Kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini melibatkan semua guru dari sepuluh buah Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Zon Jorak, Muar. Kajian rintis telah dijalankan untuk mendapat indeks kebolehpercayaan item soal selidik. Nilai indeks kebolehpercayaan nilai alfa yang diperolehi adalah tinggi, iaitu 0.901. Soal selidik kajian diedarkan kepada 114 orang guru dalam kajian ini dan pulangan soal selidik adalah 114 buah. Set borang soal selidik yang dikemukakan kepada responden mengandungi 32 item yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada 4 item yang meliputi jantina, syarat jawatan, tempoh bertugas di sekolah semasa dan jantina Guru Besar sekolah semasa. Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai berdasarkan soal selidik Principal Instructional Rating Scale (PIMRS) (Hallinger&Murphy, 1987) mengikut tiga dimensi iaitu mendefinisi matlamat sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran serta memupuk iklim pengajaran dan pembelajaran. Jenis pengukuran yang digunakan ialah Skala Likert. Bahagian C pula mengukur tahap kepuasan kerja guru dalam sekolah dengan menggunakan soalan yang telah diubahsuai oleh Ariffin Ba’da (2001) dan Ahap (2009). Terdapat 8 item mengenai kepuasan kerja guru dalam bahagian ini. Data-data yang dikumpul daripada responden dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21.

HASIL DAPATAN

Dapatan kajian dibentangkan kepada persoalan kajian. Berdasarkan Jadual 1, didapati tahap kepimpinan instruksional Guru Besar SJK (C) Zon Jorak, Daerah Muar berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhan dengan nilai min adalah 3.98 dan sisihan piawai adalah 0.389.

Jadual 1: Tahap Kepimpinan Instruksional Guru Besar

Perkara Min Sisihan Piawai TahapTahap kepimpinan instruksional Guru Besar

3.98 0.389 Tinggi

Bagi aspek tahap kepuasan kerja guru pula, didapati tahap kepuasan Guru Besar SJK (C) Zon Jorak, Daerah Muar berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhan dengan nilai min adalah 3.75 dan sisihan piawai adalah 0.520. Nilai min dan sisihan piawai ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Tahap Kepuasan Kerja Guru di Sekolah

Perkara Min Sisihan Piawai TahapTahap kepuasan kerja guru di sekolah

3.75 0.520 Tinggi

Hasil daripada dapatan kajian bagi mengenal pasti sama ada wujud atau tidak perbezaan persepsi terhadap tahap kepimpinan instruksional Guru Besar SJKC Zon Jorak, Muar mengikut jantina guru besar. Dapatan kajian ini mendapati bahawa nilai p= 0.696 > 0.05. Maka, hipotesis nol

Page 7: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

diterima bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persepsi tahap kepimpinan instruksional Guru Besar SJKC, Zon Jorak, Daerah Muar mengikut jantina Guru Besar iaitu berdasarkan Guru Besar responden yang berjantina lelaki (Min= 3.76, SP=0.385) Guru Besar responden yang berjantina perempuan (Min 3.79, Sp= 0.370). Hasil dapatan ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Analisis ujian-t menunjukkkan perbezaan persepsi tahap kepimpinan instruksional Guru Besar SJKC Zon Jorak, Muar

Pembolehubah N Min Sisihan Piawai

df T Nilai Signifikan

Lelaki 41 3.76 0.385 112 -0.392 0.696Perempuan 73 3.79 0.370

* Nilai ujian t signifikan pada α < 0.05

Hasil daripada dapatan kajian bagi mengenal pasti sama ada wujud atau tidak perbezaan tahap kepuasan kerja mengikut jantina guru. Ini dapat dilihat dalam Jadual 4. Dapatan kajian ini mendapati bahawa nilai p= 0.443 > 0.05. Maka, hipotesis nol diterima bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap tahap kepuasan kerja guru di SJKC, Zon Jorak, Daerah Muar berdasarkan guru lelaki (Min= 3.71, SP=0.534) dengan guru perempuan (Min 3.77, Sp= 0.517).

Jadual 4: Analisis ujian-t menunjukkkan perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Guru SJKC Zon Jorak, Muar

Pembolehubah N Min Sisihan Piawai

df T Nilai Signifikan

Lelaki 28 3.71 0.534 112 -0.535 0.443

Perempuan 86 3.77 0.517

* Nilai ujian t signifikan pada α < 0.05

Untuk melihat perbezaan tahap kepuasan kerja guru berdasarkan tempoh perkhidmatan guru, ujian statistik ANOVA sehala digunakan untuk melihat min satu pemboleh ubah bagi lebih daripada dua kumpulan yang tidak bersaling gantungan. Berdasarkan Jadual 5, hasil analisis perbezaan tahap kepuasan kerja guru berdasarkan tempoh berkhidmat guru, nilai p= 0.057 > 0.05., maka hipotesis nol diterima bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja guru dengan tempoh perkhidmatan kerja guru di sekolah.

Page 8: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

Jadual 5: Analisis perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Guru SJKC Zon Jorak, Muar berdasarkan tempoh perkhidmatan

Df Min Kuasa Dua

F Nilai Signifikan

Antara Kumpulan 3 3.71 2.587 0.057

Dalam Kumpulan 110 3.77

* Nilai ujian ANOVA sehala signifikan pada α < 0.05

Untuk menjawab persoalan kajian yang ditentukan dalam kajian ini, hipotesis kajian dibina melihat korelasi antara dua pemboleh ubah ini, iaitu tahap kepimpinan instruksional Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Ujian Pearson digunakan untuk menguji. Berdasarkan Jadual 6, ia menunjukkan hubungan kolerasi antara tahap kepimpinan instruksional dengan tahap kepuasan kerja guru di SJKC Zon Jorak, Daerah Muar. Hasil dianalisis dengan menggunakan kolerasi Pearson dan menunjukkan nilai kolerasi yang diperolehi adalah bersamaan 0.260. Ini menunjukkan kolerasi pada tahap yang sangat rendah. Hasil kajian menunjukkan nilai sig. (2 tailed) yang memaparkan nilai alfa yang bersamaan dengan 0.05. Maka boleh disimpulkan bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap kepimpinan instruksional dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Maka hipotesis nol diterima.

Jadual 6: Hubungan Tahap Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dengan Tahap Kepuasan Kerja Guru

Tahap KepimpinanInstruksional

Tahap Kepuasan Kerja Guru

Tahap KepimpinanInstruksional

Korelasi PearsonSig. (2-tailed)N

1

114

.260**

.005114

Tahap Kepuasan Kerja Guru

Korelasi PearsonSig. (2-tailed)N

.260**

.005114

1

114** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)

PERBINCANGAN

Dapatan kajian yang dinyatakan dalam objektif kajian dibincang secara terperinci. Perbincangan merangkumi penelitian dapatan kajian terhadap tahap kepimpinan instruksional Guru Besar, tahap kepuasan kerja guru di sekolah serta hubungannya dibincang. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional Guru Besar berdasarkan persepsi guru adalah pada tahap yang tinggi. Kepimpinan instruksional Guru Besar adalah penting untuk menentukan keberkesanan prestasi dan kualiti sesebuah sekolah di bawah tiga dimensi iaitu, mendefinisikan matlamat sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran sekolah serta memupuk

Page 9: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

iklim pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa Guru Besar menentukan matlamat berdasarkan data prestasi murid adalah pada tahap min yang paling tinggi. Ini bermaksud kebanyakan Guru Besar akan menentukan matlamat berdasarkan pencapaian murid. Ini secara langsung telah menunjukkan matlamat yang ditetapkan oleh Guru Besar adalah praktikal dan kebolehpercayaan matlamatnya adalah tinggi. Memandangkan pencapaian murid merupakan satu pra syarat bagi Guru Besar untuk menentukan matlamat sekolah, maka ia merupakan elemen yang tidak dapat dikurangkan untuk difokuskan. Ini selari dengan kajian yang dibuat untuk membuktikan terdapat perkaitan antara kepimpinan instruksional dengan pencapaian murid. (Hallinger dan Heck, 1998; Scheerens dan Bosker 1997; Waters, et.al. 2003). Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan guru berada pada tahap tinggi atau para guru berpuas hati dengan bekerja di sekolah yang sedang mereka berkhidmat. Menurut Herzberg (1959) bahawa kepuasan kerja seseorang itu ditentukan oleh faktor dalaman yang dipanggil pendorong seperti mendapat pengiktirafan dan kepuasan terhadap pekerjaan itu sendiri. Manakala ketidakpuasaan kerja pula adalah faktor-faktor luaran seperti faktor-faktor keadaan kerja, jaminan kerja dan status. Berdasarkan hasil dapatan soal selidik, didapati bahawa kebanyakan guru mengganggapi pekerjaan mereka selaku guru sebagai hobi mereka. Item ini mendapati nilai min yang tertinggi dalam kalangan item mengenai aspek tahap kepuasan kerja guru. Kepuasan kerja guru dihasilkan oleh salahs atu faktor iaitu menganggap pekerjaan tersebut sebagai hobi. Keminatan dalam bidang ini dapat dinilai melalui persepsi dan perasaan guru. Ini disokong oleh kajian Fredy (2009) yang menyatakan kepuasan kerja adalah merujuk kepada persepsi dan perasaan seseorang guru terhadap pekerjaannya.

Daripada persepsi guru terhadap tahap kepimpinan instruksional Guru Besar berdasarkan jantina Guru Besar dan hasil dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persepsi tahap kepimpinan instruksional Guru Besar Zon Jorak, Daerah Muar mengikut jantina Guru Besar. Kepimpinan instruksional Guru Besar tidak menjejaskan persepsi guru terhadap Guru Besar mengikut jantina. Kajian ini adalah selari dengan kajian tahap kepimpinan instruksional di sekolah Amerika yang dijalankan oleh Yasser dan Amal (2015) yang mengkaji tahap kepimpinan instruksional mengikut dimensi. Dimensi kedua dan ketiga iaitu mengurus kurikulum dan pengajaran serta dimensi ketiga iaitu mewujud iklim pengajaran dan pembelajaran menunjukkan hasil tidak dapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina Guru Besar. Data yang diperolehi dapat memberikan satu perspektif yang adil dalam meninjau tahap kepimpinan instruksional Guru Besar tanpa mengambil faktor jantina Guru Besar. Ini juga bermakna kepimpinan instruksional Guru Besar tidak dinilai mengikut jantina Guru Besar. Bagaimanapun, hasil dapatan kajian Aslah (2013) membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepimpinan instruksional berdasarkan jantina Guru Besar. Kajiannya yang dijalankan di sekolah bandar mewujudkkan pentas untuk membuat perbandingan hasil dapatan dengan hasil kajian ini yang dilaksanakan di SKM.

Hasil dapatan nilai min bagi setiap jantina adalah selaras dengan kajian Clark (1997) yang menyatakan kumpulan wanita mempunyai kepuasan kerja yang lebih daripada kumpulan lelaki. Penjelasan yang diberi oleh beliau menyatakan kumpulan wanita mempunyai jangkaan pulangan hasil kerja yang lebih rendah daripada lelaki. Oleh sebab tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja guru berdasarkan jantina guru, maka kita merujuk kepada hasil dapatan Clark (1997) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja berdasarkan jantina merupakan satu fenomena sementara. Hasil dapatan ini adalah sama dengan hasil dapatan Fredy (2009) yang

Page 10: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

menyatakan tidak ada perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja berdasarkan pengalaman mengajar. Keputusan tidak selaras dengan hasil dapatan Greenberg dan Baron (1995) yang berpendapat bahawa pekerja yang semakin lama bekerja akan mempunyai kepuasan lebih daripada pekerja yang bekerja beberapa tahun. Walau bagaimanapun, penemuan terkini adalah selaras dengan Crossman dan Harris (2006) yang mendapati pengalaman mengajar tidak menyumbang apa-apa perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja di kalangan guru-guru di United Kingdom.

Hasil kajian menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap kepimpinan instruksional dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Hasil dianalisis dengan menggunakan kolerasi Pearson dan menunjukkan terdapat hubungan antara tahap kepimpinan intruksional Guru Besar dengan tahap kepuasan kerja guru tetapi hubungan pada tahap yang lemah.Hasil dapatan adalah selari hasil kajian Abdul Haris (1999), mendapati hubungan antara tingkah laku kepimpinan Guru Besar dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru tidak terdapat kolerasi yang signifikan antara tingkah laku kepimpinan Guru Besar dengan kepuasan bekerja secara menyeluruh. Berdasarkan kajian Elangkumaran (2011), analisisnya menunjukkan wujudnya perbezaan signifikan antara tahap kepimpinan instruksional Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru di tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Walau bagaimanapun, hasil kajian itu menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Hasil kajian hubungan adalah sama seperti hasil kajian ini yang menyatakan hubungan yang lemah anatara kepimpinan instruksional dan tahap kepuasan kerja guru tetapi dari segi perbezaan jenis sekolah, ia menunjukkan perbezaan yang signifikan tetapi hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian ini, kebanyakan guru berpuas hati dalam pekerjaan selaku seorang guru bukan disebabkan kepimpinan instruksional Guru Besar. Hasil ini mendedahkan kita satu hala tuju ke arah faktor kepuasan kerja guru. Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Andre Bishay (1996), beliau menyatakan kepuasan kerja guru dihasilkan oleh motivasi intrinsik guru sendiri. Kepuasan yang ditunjukkan oleh guru adalah disebabkan oleh tanggungjawab yang dipikul oleh guru. Ini bermaksud hasil kepuasan kerja guru bukan disebabkan oleh faktor luaran tetapi faktor dalaman yang mempengaruhi seseorang guru dalam menentukan tahap kepuasan kerjanya.

RUMUSAN

Kajian secara keseluruhannya telah berjaya mengenal pasti hubungan antara tahap kepimpinan instruksional Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Faktor jantina Guru Besar tidak mempengaruhi tahap kepimpinan Guru Besar berdasarkan persepsi para guru. Begitu juga faktor jantina dan pengalaman mengajar bagi para guru tidak mempunyai pengaruh terhadap tahap kepauasan kerja guru. Guru Besar perlu menitikberatkan suasana dan iklim untuk pembelajaran supaya murid dapat mencapai prestasi mengikut matlamat sekolah. Namun begitu, kajian ini hanya melibatkan guru-guru sekolah rendah Zon Jorak. Oleh hal yang demikian, dicadangkan kajian lanjutan dijalankan di sekolah rendah zon lain. Kajian ini dapat menjadi rujukan kepada Guru Besar terhadap aspek dan dimensi kepimpinan instruksional yang perlu dimiliki untuk mentadbir dan menguruskan sekolah. Keberkesanan kepimpinan Guru Besar dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah, guru dan murid demi membangunkan sistem pendidikan negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 11: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

RUJUKAN

Abd. Haris Ahmad Nor (1999). Hubungan Antara Kepimpinan Dengan Kepuasan Bekerja Di kalangan Guru-guru: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Universiti Malaya.

Abdul Shukor Abdullah. 1995. Membina sekolah berkesan: Aplikasi dasar. Seminar Sekolah Efektif anjuran Kementerian Pendidikan pada 13-14 Julai 1995 di Institut Aminudin Baki.

Bass, B.M. (1990). Bass and Stogdill’s handbook of leadership: Theory, research, and applications (3rd ed.). New York: Free Press.

Blasé, J. & Blasé, J. (1999). Effective Instructional Leadership: Teachers' Perspectives On How Principals Promote Teaching And Learning In Schools. Journal of Educational Administration, 38 (2), 2000, pp. 130-141.

Coelli, M, & Green, D. (2011). Leadership Effects: School Principals and Student Outcomes. Economics of Education Review, 31(1), 92–109. Dimuat turun pada 12.11.2015 dari econ.arts.ubc.ca/dgreen/documents/PrinEERrev3.pdf.

Dwyer, D.C., (1984). The search for instructional leadership : Routines and subtleties in the principal’s role. Educational Leadership, 41 (5), hlm.38.

Elangkumaran Davarajoo. (2010). Hubungan Antara Kepempimpinan Pengajaran Guru Besardengan Komitmen Kerja dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah di Zon Tanjung Karang, Selangor.

Frost, D. & Durrant, J. (2002) Teachers as Leaders: Exploring the Impact of Teacher Led Development Work. School Leadership and Management, 22(2), 143-161.

Frost, D. (2003). The Contribution Of Teacher Leadership To 'Leadership For Learning': A Paper Presented Within The Symposium 'Leadership for Learning: the Cambridge Network' at the annual conference of the British Educational Research Association, Edinburgh, September 2003

Fullan, M. (2004). Leading in a Culture of Change. San Francisco: Jossey BassGlasman,N.S.,(1986). Evaluation-based leadership: School admnisfration in confemporary

prespective, Albany : State University of New York Press.Hallinger, P & Murphy, J (1985). Assessing The Instructional Management Behaviour Of

Principals. The Elementary School Journal. 86 (2), 217-247Hallinger, Philip & Murphy J.F (1987). Assessing and Developing Principals Instructional

Leadership. Educational Leadership Sept. 54-61.Hallinger, P., & Heck, R. H. (1996). Reassessing the principal's role in school effectiveness: a

review of empiral research, 1980-1995. Educational Administration Quarterly. 32(1).Hallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership.

Educational Leadership 45(1): 54-61.Hallinger, P., & Taraseina, P. (2001). The principal's role as instructional leader: a review of

studies using the principal instructional management rating scale. Paper presented at the annual meeting of the American Educational Research Association, Seattle.

Hussein Mahmood (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1982. Laporan jawatankuasa mengkaji taraf pendidikan di sekolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 12: educ.utm.my · Web viewBahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kepimpinan instruksional Guru Besar. Soal selidik bagi bahagian ini mengandungi 20 item yang diubahsuai

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1987. Pekeliling ikhtisas bil. 3/87: Penyeliaan pengajaran pembelajaran di dalam kelas oleh pengetua/guru besar. KP (BS) 8591/Jld.II (77).

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Pembangunan pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah. Kuala

Lumpur: Jemaah Nazir Sekolah.Latip bin Muhammad (2007). Pelaksanaan Kepemimpinan Pengajaran di Kalangan Pengetua

Sekolah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.Leithwood, K.A. dan Montgomery, D.J., (1986). Using the principal profile to acess

performance, Educational Leadership, 45 (1 ), hlm. 63-67.Murphy, J. (1987). School Effectiveness and School Restructuring: Contributions to Educational

Improvement. School effectiveness and School improvement. 90-110.Murphy, J.F, & Hallinger, P., Weil, M. dan Mitman, A. (1984). Academic Press:Translating

High Expectations in School Policies and Classroom Practice. Educational Leadership.Rohana Salam (2002). Peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran: kajian di sekolah di

daerah Pontian, Johor. Tesis Sarjana Kepengetuaan. Bangi: Universiti Malaya.Saraswathi Marappan (2008). Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-Sekolah Jenis

Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai. Tesis Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh November 26, 2015 daripada.http://eprints.utm.my/12041/1/kepuasan_Kerja_Dalam_Kalangan_Guru_Di_Sekolah.pdf

Shafari Mohamed Nor (2001). Kajian Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dari Persepsi Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Di Kuala Pilah. Tesis Sarjana Sains: Universiti Putra Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Woo Yoke Ling (2007). Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Vroom (1964). Vroom's expectancy theory. Diperoleh November 25, 2010 daripadahttp://www.ifm.eng.cam.ac.uk/dstools/paradigm/vroom.html

Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Batu Caves Selangor. PTS Profefessional Publishing Sdn Bhd.

Zulkafli Arifin, (2008). Pengaruh Kepimpinan Prestasi Pengetua Terhadap Prestasi Akademik Pelajar: Satu Tinjauan Di Sekolah-Sekolah Menengah. Tesis Sarjana: Universiti Teknologi Malaysia.