edu.docx

12

Click here to load reader

description

edu.docx

Transcript of edu.docx

Page 1: edu.docx

Cara-cara bagaimana guru berupaya mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah.

Komunikasi bermaksud berhubung di antara satu sama lain yang melibatkan pihak yang berkomunikasi, ruang, jarak dan medium yang digunakan.  Dalam konteks bilik darjah, komunikasi berlaku di antara guru dengan murid, murid dengan murid  dan murid dengan sumber (BBM yang bersifat interaktif). 

Komunikasi yang berkesan dapat memastikan suatu sesi Pengajaran dan pebelajaran yang efektif, aktif,menyeronokkan, dan mencapai hasil pembelajaran. Perancangan P&P yang baik  patut disampaikan dan dilaksanakan melalui kamahiran komunikasi yang baik.  Komunikasi yang berkesan bermaksud mesej yang disampaikan adalah jelas, tepat dan difahami oleh si penyampai dan si penerima.

Guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi terutama melibatkan murid yang pelbagai latar belakang. Guru  penting mengetahui  latar belakang murid agar mudah menyesuaikan laras bahasa dan isu yang akan dikemukakan. Dengan pengetahuan tersebut, isu sensitive dapt dielakkan. Guru juga tahu tentang kebolehan  dan penguasaan bahasa muridnya.  Di pihak guru pula perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid. Arahan guru mestilah jelas, tepat, padat  dan ringkas

Guru  perlu bersikap dan berfikiran positif.  Lihat kepada persamaan murid. Anggap perbezaan sebagai kelebihan. Hindarkan sikap pilih kasih atau diskriminasi. Sebaliknya bersikap demokratik dan melayan sama rata. Beri motivasi dan pujian serta rangsangan kepada murid. Pembelajaran akan jadi lebih seronok.

Guru juga bersikap ramah, mesra dan beremosi stabil. Tunjukkan air muka yang manis, tersenyum dan berkeyakinan.  Ini akan menjadikan murid yakin, selesa, berani dan bermotivasi untuk memberi respon.  Hormatilah pandangan dan idea yang murid berikan. Jangan cepat menyangkal. Bagi sesi soal jawab, jawapan murid yang kurang baik boleh dikembangkan dengan menanya soalan kepada murid lain pula.  Bagi jawapan yang baik, berikan pujian.

Guru perlu menjadi pendengar yang aktif apabila murid memberikan pandangan. Berikan dorongan minima seperti “ooh”, hmmm, ‘ ya, teruskan’, mengangguk, memek muka yang penuh minat dan gerakan tangan yang ringkas (gesture). Ini akan menggalakkan murid terus bercerita atau menjawab soalan.  

Berikan jeda (pause) di antara 3-5 saat sebaik sahaja habis bertanya supaya murid mempunyai masa untuk berfikir dan menyusun idea.  Jangan mendesak atau segera mahukan jawapan. Kajian menunjukkan bahawa sedikit masa senyap yang diberi selepas bertanya soalan akan menghasilkan jawapan yang lebih tepat, lebih banyak, lebih panjang  dan lebih komunikatif.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi komunikasi  efektif segala masalah atau halangan komunikasi mestilah dielakkan sama sekali. Misalnya suara yang kurang jelas, kedudukan penutur terlindung di sebalik objek, bunyi bising, guru melabel murid dengan gelaran negative, guru mengkritik, autokratik atau mengeksploitasi perbincangan, memek muka yang serius ataubersifat  mengancam.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA TERHADAP PENGAJARAN BILIK  DARJAH

Page 2: edu.docx

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.

Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama.            Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal – hal berkaitan budi dan akal manusia. 

            Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah.

Menurut analisis, Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengajaran bilik darja bergantung pada guru yang mengendalikan sesuatu bilik darjah.. Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.

Kepelbagaian sosio-budaya di dalam kelas ini memerlukan guru untuk bijak dalam merancang perjalanan kelasnya. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Antara aspek yang perlu diberi perhatian seperti objektif pembelajaran, keadaan bilik darjah dan tahap kecerdasan murid.

Page 3: edu.docx

        Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan,

nilai dan agama murid. Di dalam aktiviti yang dirancang itu mestilah diselitkan dengan nilai-nilai murni dan unsur-unsur perpaduan. Murid boleh diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka dapat menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu.     

Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang rasmi iaitu Bahasa Melayu dan bebas daripada sebarang dialek. Hal ini kerana bahasa yang standard membolehkan semua murid memahami apa yang dituturkan oleh guru. Secara tidak langsung, mereka dapat berinteraksi dengan guru dan mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.     

 Selain itu, topik-topik yang dibincangkan mesti bebas daripada menyentuh sebarang isu-isu sensitif. Guru perlu peka dengan nilai dan kepercayaan murid. Setiap kepercayaan dan nilai perlu diterima seadanya. Tumpuan juga perlu diberikan kepada murid yang lemah. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran boleh diaplikasikan oleh guru agar masalah perbezaan kecerdasan ini dapat diatasi beransur-ansur

Kemahiran komunikasi sangat penting dalam mewujudkan perpaduan. Komunikasi yang berkesan dapat merapatkan jurang di antara kaum. Komunikasi yang berkesan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan dan sebagainya. Guru yang menggunakan kemahiran ini berupaya untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Selain itu, pembentukan nilai-nilai murni dapat dilakukan dengan mudah melalui komunikasi kerana guru boleh menerangkan mengenai nilai-nilai murni ini secara lisan dan lebih difahami oleh murid.

         Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru hendaklah membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya seperti menyiapkan kerja sekolah, mendapat keputusan yang baik dan sebagainya.

Dalam berkomunikasi, guru serta murid harus mengamalkan penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu. Penggunaan dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Selain

Page 4: edu.docx

itu, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai. Aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa juga perlu disertai supaya tahap penguasaan murid sentiasa bertambah. Murid juga digalakkan untuk berinteraksi dan berhubung denga mereka yang berlainan jantina. Hal ini supaya mereka mendapat kesedaran mengenai batas-batas perhubungan dalam interaksi berlainan jantina.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya.

Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda.Kata-kata motivasi dan penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.

Page 5: edu.docx

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.

Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.

http://hemalathagovindasamy.blogspot.my/

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA TERHADAP PENGAJARAN BILIK  DARJAH

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang

Page 6: edu.docx

kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.

Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama.            Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal – hal berkaitan budi dan akal manusia. 

            Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah.

Menurut analisis, Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengajaran bilik darja bergantung pada guru yang mengendalikan sesuatu bilik darjah.. Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.

Kepelbagaian sosio-budaya di dalam kelas ini memerlukan guru untuk bijak dalam merancang perjalanan kelasnya. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Antara aspek yang perlu diberi perhatian seperti objektif pembelajaran, keadaan bilik darjah dan tahap kecerdasan murid.        

Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid. Di dalam aktiviti yang dirancang itu mestilah diselitkan dengan nilai-nilai

Page 7: edu.docx

murni dan unsur-unsur perpaduan. Murid boleh diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka dapat menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu.     

Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang rasmi iaitu Bahasa Melayu dan bebas daripada sebarang dialek. Hal ini kerana bahasa yang standard membolehkan semua murid memahami apa yang dituturkan oleh guru. Secara tidak langsung, mereka dapat berinteraksi dengan guru dan mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.     

 Selain itu, topik-topik yang dibincangkan mesti bebas daripada menyentuh sebarang isu-isu sensitif. Guru perlu peka dengan nilai dan kepercayaan murid. Setiap kepercayaan dan nilai perlu diterima seadanya. Tumpuan juga perlu diberikan kepada murid yang lemah. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran boleh diaplikasikan oleh guru agar masalah perbezaan kecerdasan ini dapat diatasi beransur-ansur

Kemahiran komunikasi sangat penting dalam mewujudkan perpaduan. Komunikasi yang berkesan dapat merapatkan jurang di antara kaum. Komunikasi yang berkesan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan dan sebagainya. Guru yang menggunakan kemahiran ini berupaya untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Selain itu, pembentukan nilai-nilai murni dapat dilakukan dengan mudah melalui komunikasi kerana guru boleh menerangkan mengenai nilai-nilai murni ini secara lisan dan lebih difahami oleh murid.

         Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru hendaklah membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya seperti menyiapkan kerja sekolah, mendapat keputusan yang baik dan sebagainya.

Dalam berkomunikasi, guru serta murid harus mengamalkan penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu. Penggunaan dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Selain itu, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai. Aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa juga perlu disertai supaya tahap penguasaan murid sentiasa bertambah. Murid juga digalakkan untuk berinteraksi dan berhubung denga mereka

Page 8: edu.docx

yang berlainan jantina. Hal ini supaya mereka mendapat kesedaran mengenai batas-batas perhubungan dalam interaksi berlainan jantina.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya.

Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda.Kata-kata motivasi dan penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang

Page 9: edu.docx

aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.

Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.

Rujukan Asas:Asma Abdullah & Pedersen,P.B.(2003). Understanding multicultural Malaysia:Delights,

puzzles and irritations. KL: Pearson Educational Sdn. Bhd.Bennette,C.I.(2006).Comprehensive multicultural education:Theory and practice.(6 thed.)               Needham,MA:Allyn & Bacon.

Davis,B.M.(2006).How to teach students who don’t look like you:Culturally relevant teaching strategies. CA:Corwin Press.

Rujukan Tambahan:

Page 10: edu.docx

Dunn, R.S & Dunn, R.,Griggs, S.A.(2000). Practical approaches to using learning styles in higher education. Westport:Bergin & Garvey.

Good,T.L. & Brophy,J.E.(1997). Looking in classrooms. New York:Addison-Wesley Educational Pub.

Marshall,P.L.(2002).Cultural diversity    in our schools.,CA.:Wadsworth Publishing Company.

Nieto,S.(2002).Language,culture and teaching: Critical perspective for a new century.New Jersey:Lawrence Erlbaum Associates.

Pang,V.C.(2001).Multicultural education:A caring-centered, reflective approach. Boston:McGraw Hill.

Sharifah Md. Nor(2000). Keberkesanan sekolah: Satu perspektif    sosiologi. Serdang:Universiti PutraMalaysia.

Woolfolk,A.E.(2004).Educational psychology, (9th ed). New Jersey :Prentice Hall.