maklumat edu.docx

47
Malaysia yang merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan etnik. Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini. Disebabkan terdapat pelbagai kaum di Malaysia, terutamanya tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, maka hak dan kepentingan semua kaum perlulah dijaga agar keharmonian negara dapat dikecapi. Hak dan kepentingan mereka yang perlu dijaga termasuklah daripada segi Politik, Ekonomi dan Sosial (Aziz, 2008). Sebagai sebuah Negara yang penduduknya berbilang kaum, Malaysia perlu memastikan semangat muhibah, Tolak ansur, dan perpaduan sentiasa tertanam dalam jiwa setiap rakyat. Hal ini demikian kerana semangat muhibah dan perpaduan merupakan elemen terpenting dalam memastikan kestabilan dan keharmonian sesebuah Negara. Jika semangat perpaduan selalu diterapkan dalam jiwa seseorang, maka hasilnya akan lahirlah individu dan seterusnya masyarakat yang cinta akan perpaduan. (Sarlan, ngadiman, & Hairan, 2009) sekolah merupakan temat yang paling sesuai untuk menerapkan semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan masyarakat kerana dunia persekolahan sangat luas dan memakan masa yang panjang. (Sarlan, ngadiman, & Hairan, 2009) Pelajar dari tadika hingga universiti merupakan kelompok masyarakat yang besar. Oleh itu, amat wajar sekolah dijadikan tempat untuk menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Apabila pelajar yang tamat sekolah berada dalam kelompok masyarakat setempat, maka mereka telah mempunyai asas untuk mengamalkan nilai perpaduan yang selama ini dipelajari di sekolah. Malaysia adalah sebuah negara yang sering dikaitkan dengan kebujaksanaan dalam pengurusan keharmonian antara kaum. Ini kerana lebih 50 tahun merdeka, tidak ada pergolakan kaum yang benar-benar serius. Beberapa siri

description

n

Transcript of maklumat edu.docx

Page 1: maklumat edu.docx

Malaysia yang merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan etnik. Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini.

   Disebabkan terdapat pelbagai kaum di Malaysia, terutamanya tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, maka hak dan kepentingan semua kaum perlulah dijaga agar keharmonian negara dapat dikecapi. Hak dan kepentingan mereka yang perlu dijaga termasuklah daripada segi Politik, Ekonomi dan Sosial (Aziz, 2008).

   Sebagai sebuah Negara yang penduduknya berbilang kaum, Malaysia perlu memastikan semangat muhibah, Tolak ansur, dan perpaduan sentiasa tertanam dalam jiwa setiap rakyat. Hal ini demikian kerana semangat muhibah dan perpaduan merupakan elemen terpenting dalam memastikan kestabilan dan keharmonian sesebuah Negara. Jika semangat perpaduan selalu diterapkan dalam jiwa seseorang, maka hasilnya akan lahirlah individu dan seterusnya masyarakat yang cinta akan perpaduan. (Sarlan, ngadiman, & Hairan, 2009) sekolah merupakan temat yang paling sesuai untuk menerapkan semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan masyarakat kerana dunia persekolahan sangat luas dan memakan masa yang panjang. (Sarlan, ngadiman, & Hairan, 2009)

   Pelajar dari tadika hingga universiti merupakan kelompok masyarakat yang besar. Oleh itu, amat wajar sekolah dijadikan tempat untuk menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Apabila pelajar yang tamat sekolah berada dalam kelompok masyarakat setempat, maka mereka telah mempunyai asas untuk mengamalkan nilai perpaduan yang selama ini dipelajari di sekolah.

   Malaysia adalah sebuah negara yang sering dikaitkan dengan kebujaksanaan dalam pengurusan keharmonian antara kaum. Ini kerana lebih 50 tahun merdeka, tidak ada pergolakan kaum yang benar-benar serius. Beberapa siri insiden perkauman di Malaysia berpunca daripada sensitiviti perkauman dan keagamaan. Ia adalah api kecil yang mampu marak dengan pantas sekiranya tidak dipadam dengan cara yang berhemah. (Awang, 2013)

   Lebih 50 tahun merdeka, masyarakat pelbagai kaum masih memilih untuk berada dalam kelompok majoriti kaum masing-masing tetapi mengekalkan keharmonian dan kesepaduan. Mungkin inilah cara Malaysia untuk mengekalkan keharmonian. Setiap etnik dilihat yang lebih cenderung untuk bersama-sama kelompok masing-masing dan pada masa sama menjaga sensitiviti kaum lain.

DEFINISI

Page 2: maklumat edu.docx

   Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri. (Sarlan, ngadiman, & Hairan, 2009) masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah (segremental cleavages) seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya (Eckstein, 1996).

   Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. (Awang, 2013)

    J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. (Awang, 2013).

   Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. (Awang, 2013).

    Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. (Awang, 2013).

   Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang

Page 3: maklumat edu.docx

panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. (Teh, 2011)Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya. (Teh, 2011).

   Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. (Teh, 2011) Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. (Teh, 2011).

   Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan.

Page 4: maklumat edu.docx

CIRI-CIRI UMUM MASYARAKAT MAJMUK:

Di seluruh Malaysia terdapat lebih 80 kaum.  Terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina daripada 80 kaum yang ada di seluruh negara.  Konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu serta masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Justeru gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud ‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan’, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. (Mayudin, 2002)

Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.  Mereka tidak bergantung antara kaum lain namun kelompok-kelompok ini bercampuran, amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk merupakan intipati yang menjadi tumpuan di Semenanjung Malaysia.

Semasa era kegemilangan Melaka lagi hadir pelbagai kaum pada asasnya telah bermula melalui proses perdagangan yang dijalankan.  Namun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Pada kurun ke-18 penggunaan istilah masyarakat majmuk bermula dengan adanya peranan pihak British.  Pada masa dulu Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. (Aziz, 2008) 

Ciri masyarakat majmuk di Malaysia

       I.        Melayu

Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara.  Orang Melayu di Malaysia adalah merujuk kepada orang yang mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.  Sikap peramah dan budaya seni yang sangat kaya menyebabkan orang Melayu terkenal.Pada dasarnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam.  Penduduk luar bandar di Semenanjung pada masa lalu sebahagian besar adalah orang Melayu.  Sejak tahun 1970an sehingga kini keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar.  Kebanyakan yang terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial masih tinggal di luar bandar.  Pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, sektor perdagangan dan perniagaan melibatkan sebahagian besar etnik Melayu di bandar.

Page 5: maklumat edu.docx

      II.        Cina

Golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung ialah orang Cina.  Pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan Islam dianuti oleh masyarakat ini.  Sektor perdagangan dan perkhidmatan adalah merupakan tumpuan sebahagian besar etnik Cina.  Sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Kelang.

    III.        India

Golongan etnik yang ketiga terbesar di Semenanjung ialah orang India.  Sebahagian besar orang India pada masa lalu bekerja dan menetap di estet.  Terdapat di kalangan mereka pada masa kini yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani kehidupan di bandar.  Terdapat golongan sub etnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala dalam kategori etnik India.  Etnik India di negara ini merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.

   IV.        Etnik-entik lain

Orang Asli ialah golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi.  Penduduk di kawasan pendalaman di beberapa negeri di Semenanjung kebanyakannya orang Asli.  Anutan kepercayaan orang Asli adalah kepercayaan tradisional, animism, Kristian dan Islam. (Yusoff, 2011)

PEMBAHAGIAN MASYARAKAT MAJMUK

            Zaman penjajahan inggeris bermula pada awal abad ke-19 menyaksikan kebanjiran pendatang dari China dan India. Penghijrahan orang Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu dibenarkan malah digalakkan oleh British. Perbincangan tentang pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia selalu tertumpu pada tiga kelompok komuniti etnik utama, Melayu, Cina dan India, walaupun hakikatnya terdapat pelbagai suku kaum lain. Hal ini disebabkan ketiga-tiga etnik tersebut telah memainkan peranan yang besar dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi dan politik British di Tanah Melayu. (Baharuddin, 2012)Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kaum-kaum lain juga memainkan peranan yang penting. Pada zaman pemerintahan British, bagi memudahkan urusan pemerintahan, kerajaan British telah melakukan kaedah ‘pecah dan perintah’. Dalam kaedah ini, British telah mengasingkan setiap kaum bagi jenis pekerjaan dan institusi sosial yang berbeza.

1.    EKONOMIPembahagian ini adalah yang jelas dapat dilihat antara kaum Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Orang Melayu & bumiputera Sabah dan Sarawak diletakkan dalam sektor pertanian dan penjawat awam.

Page 6: maklumat edu.docx

Manakala orang Cina dalam lapangan perniagaan dan perlombongan, dan orang India majoritinya terlibat dalam bidang perladangan.  (Awang, 2013)Perkara ini dilakukan oleh pihak British tanpa diketahui kesan pada rakyat ini pada masa hadapan. Di sebabkan masyarakat Melayu belum lagi menyedari hal ini, maka apa yang berlaku adalah tiada sebarang rusuhan kaum yang berlaku, dan mereka saling menghormati kaum lain kerana kurang komunikasi. (Baharuddin, 2012)

2.    POLITIKMasyarakat pelbagai kaum sangat mementingkan kelangsungan kaum masing-masing.  Tindakan dan tingkah laku mereka didorong oleh kepercayaan bahawa setiap kaum dipimpin oleh pemimpin daripada kaum mereka sendiri dan sukar menerima pemimpin daripada kaum lain.  Contohnya,  orang Melayu (UMNO dan PAS), orang Cina (MCA, DAP dan Gerakan), orang India (MIC dan IPP) dan hal yang sama juga berlaku di Sabah dan Sarawak. Ini disebabkan setiap kaum merasakan dengan memilih pemimpin dari kalangan mereka, maka hak-hak dan keperluan mereka lebih didengari dari memilih pemimpin dari golongan kaum lain yang tidak memahami cara hidup mereka. Perkara ini walaupun berlaku pada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu, namun masih lagi berlarutan hingga ke hari ini. (Baharuddin, 2012)

3.    SOSIALPemisahan dapat dilihat dari segi pakaian, agama, tempat tinggal, pendidikan, bahasa dan sebagainya. Misalnya, pada zaman pemerintahan British, kebanyakan orang Melayu ditempatkan dan tinggal di luar bandar, orang Cina di bandar dan orang India di estet. Dalam aktiviti sosial pula, terdapat pembahagian pertubuhan mengikut kaum seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina Malaysia dan Dewan Perniagaan India Malaysia. (Bari,2010)

Begitu juga dari segi pendidikan, dimana setiap kaum mempunyai sekolah aliran tersendiri dengan sukatan pelajaran atau kurikulum yang berbeza. Ini tidak menafikan bahawa di sekolah kebangsaan terdapat juga pelajar-pelajar Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dusun. Pada zaman pemerintahan British, sekolah-sekolah jenis Cina dan India bebas menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi, tanpa menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. (Bari, 2010)

KESAN PEMBAHAGIAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

   Terdapat pelbagai kesan daripada pembahagian masyarakat majmuk di Malaysia, baik positif ataupun negatif. Antaranya wujud perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Disebabkan pada zaman pemerintahan British, kaum Cina dan India yang berpindah ke Tanah Melayu telah membawa bahasa, agama dan adat resam mereka yang

Page 7: maklumat edu.docx

tersendiri, maka akan wujud perbezaan apabila mereka tiba di Tanah Melayu (baba, 2012).

   Selain itu, kesannya dari segi sosial pula akan timbulnya jarak sosial antara masyarakat kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal & bidang pekerjaan yang berbeza. Akibat daripada perlaksanaan konsep pecah dan perintah yang dilaksanakan pihak British pada tahun 1946, maka berlakulah perbezaan dari segi jarak yang mengakibatkan tiada hubungan interaksi antara suatu kaum dengan kaum yang lain. (baba, 2012)

   Selain dari itu, berlaku juga perbezaan pekerjaan & tempat tinggal. Akibat daripada perbezaan pekerjaan yang dilakukan pihak British, dimana setiap kaum diletakkan di bahagian yang berbeza, ini mengakibatkan berlaku perbandingan antara yang mana paling banyak menyumbang dari segi pembangunan negara. Ini juga mengakibatkan prasangka dan prejudis yang menebal. (Bari, 2010)Keengganan masyarakat membuka dunia sosialnya kepada masyarakat lain & cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing, akan menyebabkan timbul rasa tidak adil dan tidak puas hati yang mana akhirnya akan menyebabkan rusuhan. Penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang didominasikan oleh sesuatu kaum sahaja. (Bari, 2010)

    Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan.

    Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.

ELEMEN UTAMA MENYUMBANG KEPADA KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA.

1.    POLITIK

Page 8: maklumat edu.docx

Akibat dari peristiwa 13 Mei 1969, atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong. (Bari, 2010)

Majlis Perpaduan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perpaduan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara.

Daripada tindakan ini, dapat dilihat pemimpin mempunyai niat untuk menginstitusikan  hubungan etnik. Niat ini dicetuskan oleh kesedaran tentang  pentingnya hubungan etnik. Wawasan 2020 telah dijadikan paksi untuk menerajui puncak pimpinan agar pemerintahan negara menjadi lebih stabil.

2.    EKONOMIDasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. (Teh, 2011)

 Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. (Teh, 2011)

 Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain dari bertujuan menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. (Teh, 2011)

3.    SOSIAL

Page 9: maklumat edu.docx

Kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah Sarawak, & Pemerintahan Beraja dikekalkan. Selain daripada itu, kedudukan YDPA sebagai ketua negara dan kedaulatan Raja-Raja Melayu diterima oleh semua kaum, serta kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan mencerminkan corak budaya Melayu di mana agama menjadi pegangan masyarakat Melayu.

 Agama Islam diterima sebagai agama rasmi dan dihormati kerasmiannya. Namun, kaum lain yang mempunyai agama berlainan tetap dibenarkan mengekalkan agama yang mereka anuti. Manakala dari segi bahasa, telah dilaksanakan peruntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 perlembagaan. Namun begitu bahasa-bahasa lain seperti bahasa cina & india tetap boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. (Teh, 2011)

Elemen lain termasuk pembangunan kaum dan budaya pula, adanya badan induk yang menjadi faktor pemangkin kepada semua program hubungan etnik dan integrasi yang melibatkan critical mass seperti Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN). Isu sensitiviti yang berkaitan dengan sesuatu kaum dijaga dan setiap kaum menghormati adat dan budaya kaum lain, selain sifat bertolak ansur yang diterapkan oleh setiap kaum dalam hidup bermasyarakat. (Yusoff, 2011)

Page 10: maklumat edu.docx

PERKARA-PERKARA ASAS YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA

Islam Sebagai Agama Persekutuan

   Islam adalah ‘Agama Negara’, bukan sekadar Agama Rasmi untuk tujuan upacara sahaja. Undang-Undang Tertinggi Negara seawal Perkara 3 Fasal (1) memartabatkan – Islam is the religion of the Federation; Tiada sepatah pun ungkapan ‘sekular’ termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara.  Aspirasi masyarakat bukan Islam mahupun sebahagian kecil umat Islam untuk menjadikan Persekutuan Negeri-Negeri Melayu sebagai sebuah Negara sekular tidak kesampaian apabila Raja-Raja Melayu memperkenankan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini tanpa ungkapan “sekular”. Kesinambungan kedaulatan Kesultanan Melayu Islam tetap kekal teguh dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia jelas membuktikan Malaysia bukan lahir atas ihsan penjajah British semata-mata, malah atas perkenan Raja-raja Melayu untuk bersekutu. (Bari, 2010)

   Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam – melalui Perkara 37 – dengan mewajibkan Ketua Utama Negara- Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa. Semua cabang Pemerintahan Negara – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa. Pendirian mana-mana parti politik (sama ada DAP, PKR, MCA, MIC hatta PAS atau UMNO) yang mendokong unsur menentang kedaulatan Islam sebagai agama Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukun Negara – Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

   Mana-mana parti politik yang meletakkan prinsip sekular dan liberalisme mengatasi prinsip Islam wajib memperbetulkan fahaman politik masing-masing kerana sebagai warga Malaysia, rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain dari menghormati prinsip Islam sebagai agama Negara dan memartabatkannya. (Bari, 2010)

Ketuanan Melayu Yang Dominan

   Konsep ketuanan Melayu terhasil daripada pandangan jauh ke hadapan para pemimpin Melayu di zaman kemerdekaan.  Mereka telah mengenalpasti adanya ancaman terhadap survival orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi. Umumnya orang Melayu bertani di kawasan luar bandar, mereka tidak berniaga, sehingga perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Tanpa hak istimewa ini dikhuatiri masyarakat Melayu akan terus terpinggir dari arus pembangunan, mereka akan merempat di negeri sendiri. Keadaan ini telahpun berlaku di beberapa negara. Meskipun kaum Cina merupakan

Page 11: maklumat edu.docx

minoriti kecil tetapi mereka boleh menguasai dan menjadi tuan kepada bangsa lain yang merupakan majoriti. Ketuanan Melayu adalah satu istilah bagi merujuk kepada hak istimewa orang Melayu. Sebagai tuan tanah dan penduduk asal, mereka berhak diberikan keistimewaan berbanding kaum-kaum lain yang datang pada zaman penjajahan. (baba, 2012)

   Konsep ketuanan Melayu sering disalahfahami sebagai bermaksud orang Melayu adalah tuan kepada bangsa lain. Sebenarnya ia tidak sama sekali bermaksud demikian, kerana tiada kaum yang diperhambakan. Ia hanya bermaksud bahawa orang Melayu adalah tuan tanah, pemilik asal negeri ini yang perlu dihormati dan dikekalkan haknya. Sewajarnya Melayu menjadi tuan di bumi sendiri, keadaan ini akan membangkitkan kemuliaan (al-izzah), rasa percaya diri, yang disuntik oleh Islam dan bukan oleh sentimen perkauman. Sememangnya Islam tidak membezakan Arab dan bukan Arab, Melayu dan bukan Melayu, kelebihan dari kaca mata Islam bukan pada bangsa, kaum atau etnik mana seseorang itu berasal, Allah hanya melihat kepada hati dan amalan kita (maksud hadith). (baba, 2012)

Dominasi Ekonomi

   Di Malaysia, Isu agihan pendapatan  ini dapat dilihat dari dua sudut pertama, antara kelas sosial yang berbeza, iaitu antara kelas atasan, menengah dan kelas bawahan. Kedua, antara kelompok etnik yang berbeza, iaitu antara Melayu, Cina, India dan Iain-Iain. Pada dasarnya, isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan itu telah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru. Namun, ini tidak bermakna sumbangan golongan etnik lain tidak diakui seperti yang ditekankan oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Malah, pelbagai laporan dan kenyataan oleh pemerintah telah memperakui hal ini. (mahathir, 2000)Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu kejuruteraan sosial  yang digubal bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah. Dalam proses tersebut, kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara dalam pendapatan, guna tenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan dan seterusnya membantu merapatkan jurang antara kaum di negara ini. Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. la bertindak sebagai satu dasar kejuruteraan sosial untuk memperbaiki ketidakseimbangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. (mahathir, 2000)

Page 12: maklumat edu.docx

PENUTUP

Masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum memerlukan kesefahaman dan toleransi yang jitu di antara kaum. Bagi mengelakkan peristiwa seperti 13 Mei daripada berulang lagi, setiap pihak terutamanya pihak berkuasa memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan keharmonian kaum di Malaysia dapat dikekalkan.

Tindakan bijak daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein bukan sahaja telah menyelesaikan masalah dan tragedi yang berlaku di kalangan rakyat berbilang kaum, malahan telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dipandang tinggi dari segi kestabilan kaumnya. Apabila kumpulan etnik ini telah melalui pengalaman sejarah dan mempunyai matlamat masa depan yang sama, berkongsi beberapa ciri budaya yang asas seperti norma, nilai dan adat resam, bertutur dalam bahasa yang sama sehingga berjaya membentuk kesatuan dan jati diri yang satu, dan apabila kepentingan bersama lebih diutamakan daripada kepentingan etnik, maka satu bangsa telah berjaya dibentuk. Ini merupakan satu matlamat jangka panjang yang tidak begitu mudah dan mengambil masa yang lama untuk dicapai.

Rujukan

Awang, M. (2013). menghormati sensitiviti kaum di Malaysia. Kaum di Malaysia, 12.Aziz, R. A. (2008). Jurnal Antropologi Dan Sosiologi. Jabatan Antropologi dan

Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.baba, s. (2012). melayu perkasa. alaf21.Baharuddin, S. A. (2012). Hubungan Etnik . Selangor: Institut Kajian Etnik UKM.Bari, A. A. (2010). Perlembagaan malaysia teori dan praktis. amam publications.Eckstein. (1996). division and Cohesion in Democracy. Caplon Inc.mahathir, m. (2000). dasar ekonomi baru intipati. utusan publication and distributors

sdn bhd.Mayudin, G. b. (2002). Politik Malaysia: perspektif teori dan praktik.Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.Sarlan, M., ngadiman, Y., & Hairan, H. (2009). Focus Ace SPM . Kuala Lumpur:

Pelangi Publishing Group.Teh, W. H. (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia. ITBM.

Yusoff, M. A. (2011). Dua dekad penyelidikan sejarah, bahasa, dan kebudayaan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sistem Pendidikan Malaysia dan Perpaduan Kaum

1.0  KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA

Page 13: maklumat edu.docx

Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.

               Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Manusia mesti faham sebaik  mungkin  cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan  masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain.   Mengetahui ciri dan sifat masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik.

               Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur  berpandukan  3 perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat ini perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan negara sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.

               Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menyemarak dan menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan batu asas dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia.

1

            Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaanmerupakan keseluruhan cara hidup manusia. Penting dalam

Page 14: maklumat edu.docx

proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

               Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Peranannya melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. 

               Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden dan ekonomi tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks “bercampur tetapi tidak bersatu”.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi berteraskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib.

               Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal (Wan Hashim,1983). Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai satu daripada matapelajaran  pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India (John Lowe,1960).

2

2.0  PENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIAMalaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan

Page 15: maklumat edu.docx

pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini.

     Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

3.0       DASAR PERPADUAN DAN EVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar

perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan

mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan

boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

            1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan            2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu            3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan            4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan

3

Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar

pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-

negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura).  Negara kita dahulu

terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang

mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. Pada zaman

itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.

Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah

kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil

Page 16: maklumat edu.docx

dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai

pendidikan vernakular.

         Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam

membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu, iaitu Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

               Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

    4

Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai bahasa

Page 17: maklumat edu.docx

pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

     Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0  HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIAMalaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju. (cita-cita dalam wawasan 2020). Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka.  Peristiwa 13 Mei 1969 Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah, Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

5

               Keseimbangan kaum  melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama serta perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan dan apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan. Jawapannya ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum Cina dan Melayu di Kuala Lumpur. Bermula sebelum tahun 1969 lagi semasa Lee Kuan Yew memperkenalkan slogan ‘ Malayan Malaya’ sebelum keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Parti Gerakan dan DAP memainkan isu perkauman semasa pra-pilihanraya.

Page 18: maklumat edu.docx

               Pengajaran Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Hal perkauman adalah perkara yang sangat sensitif dan amat mudah jadi bahan pertikaian. Semua kaum hendaklah dijaga dan ditadbir secara saksama. Kerajaan lebih menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Kepentingan Memahami Hubungan Etnik menjadikan  Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang pernah mengalami konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.

               Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi  sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami mengenai prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku antara masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami mengenai kesan pengindustrian disesebuah negara. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

               Usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional ialah dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional / JPNIN), Pengenalan Rukun Negara dengan menyemai ideologi Kebangsaan, DEB, Dasar Pendidikan  Kebangsaan, Dasar Kebudayaan  Kebangsaan. Usaha Kerajaan ( top down ) sahaja tidak

6

memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk ( bottom-up ) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik. Keharmonian Hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara kumpulan kelas sosial yang berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan). Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorak sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan Hubungan Etnik yang harmonis ditambah pula dengan adanya sistem pendidikan dan persekolahan yang berkonsepkan teknologi maklumat atau ICT akan merancakkan lagi dunia pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang dan cepat diperolehi.

Page 19: maklumat edu.docx

5.0       KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK            KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka, menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas perpaduan sedia ada antara pelbagai etnik di Malaysia melalui sistem pendidikan yang sama.

        Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia.

7       Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah

dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan  sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi.

       Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar hari ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator semata-mata. Sistem pembelajaran yang berorientasikan

Page 20: maklumat edu.docx

teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati.

        Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan meningkatkan motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan menarik. Semua pelajar akan belajar dan menguasai proses pembelajaran

8

yang sama tanpa mengira kaum. Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus diamalkan di Malaysia dari semasa ke semasa.

        Dalam sistem pendidikan juga para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai tugasan. Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid mudah memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai tugasan secara bersama tanpa mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran, memperolehi ilmu dan pengetahuan secara bersama semasa menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. Hal ini baik untuk perpaduan kaum diperingkat awak remaja semasa menjalani proses pendidikan di sekolah.

        Pengurusan yang tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima input- input daripada guru dengan berkesan. Guru  juga akan sentiasa memberikan input yang terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjadikan proses tersebut

Page 21: maklumat edu.docx

berjalan dengan baik. Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid tanpa mengira kaum berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing mengikut tahap kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh Howard Gardner iaitu ialah kecerdasan logik- matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialis.

        Sistem pendidikan guru yang sistematik dan teratur akan mengurangkan beban guru untuk merancang program kecemerlangan kepada pelajar-pelajar mereka selain daripada menjadikan guru- guru ini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar. Sistem pendidikan sedemikian akan menggalakkan pembelajar yang lebih efisien di Malaysia.

9Guru sentiasa mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan

melihat keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah pengajaran guru disekolah biasanya lebih berpusatkan kepada guru dan murid. Perkara ini menggalakkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau pendapat masing- masing. Pelajar mempunyai pandangan serta pengalaman tersendiri yang mereka lalui sebelum ini.

Hal ini akan merancakkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk semua kaum kerana idea dan kebolehan semua pelajar dapat dikembangkan di sekolah secara bersama. Sebagai contoh pelajar sudah mengetahui bagaimana hendak mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Ramai pelajar sudah tahu dan mendapat pendedahan menggunakan komputer. Keadaan ini akan menyenangkan guru untuk mengajar mereka kemahiran menggunakan komputer.

6.0       KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK            KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIAApa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang

Page 22: maklumat edu.docx

diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan. Ini juga akan membantutkan usaha untuk mengekalkan perpaduan di negara kita.

               Sistem pendidikan sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu menghadapi masalah globalisasi pada abad ke 21 ini. Sistem pendidikan negara kita juga memusatkan (centralized) juga menyebabkan kandungan pendidikan diputar belitkan dibawak faktor politik. Banyak dasar-dasar pendidikan diputuskan bukan atas dasar pendidikan. Ini akan melahirkan masyarakat yang tidak adil

10

seperti kekurangan guru sekolah aliran Cina dan Tamil. Keadaan ini juga akan merenggangkan hubungan antara kaum sedikit demi sedikit yang akan merencatkan perpaduan kaum di Malaysia dalam jangka masa panjang dan boleh mengikis adat dan kebudayaan asal sesuatu etnik di Malaysia secara sedikit demi sedikit.                          Ada juga masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi yang menganggap peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua atau guru besar disesebuah sekolah. Fungsi peperiksaan telah disalah ertikan dan guru-guru serta pihak sekolah dipersalahkan jika anak-anak mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan. Masalah ini menghantui hampir semua kaum dan etnik dinegara kita sama ada di Sekolah Kebangsaan, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil. Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga kini masih enggan mengemukakan rancangan penilaian alternatif ekoran pemansuhan peperiksaan dan lebih banyak butir-butir berkenaan pelaksanaan membangkitkan kekhuatiran bahawa cara penilaian baru mungkin akan memberikan kesan kepada corak kebudayaan dan bahasa pengantar serta bahasa pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

7.0       CADANGAN MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Page 23: maklumat edu.docx

Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya.  Dengan ini rakyat akan memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebihjelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya.

               Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan  guru dan  peruntukan  kursus   ke seluruh

11

negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur-ansur  dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan disekolah masing-masing.       

               Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang.

               Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan.

Page 24: maklumat edu.docx

               Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanak-kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar.

               Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.

12                              Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin bahawa segala perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran di SJK Cina dan Tamil.

               Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Satu pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik, ibu bapa dan ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan negara dan memantau rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem pendidikan negara sebelum ini. Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan yang dilaksanakan.              

8.0        KESIMPULANPendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan, menganalisis dan

Page 25: maklumat edu.docx

memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat.

               Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira kaum.

13

9.0       RUJUKANBUKU

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung Malim.

Dr. Zaid Ahmad, Dr. Ho Hui Ling dll. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar Sdn Bhd: Selangor.Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen.Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,Thinker’s Library Sdn. Bhd, Selangor

Shamsul Amri Baharuddin. (2009). Modul Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Universiti: Kuala Lumpur.

Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah, DewanBahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 26: maklumat edu.docx

Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Page 27: maklumat edu.docx

6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN )” … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.” YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 )A) PengenalanPembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

B)Dasar dan MatlamatDasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Jurang bandar dan luar bandar

Page 28: maklumat edu.docx

· Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang Digital· Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar· Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan.· Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas.· Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

Jurang sosioekonomi· Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asaso Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.

· Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.

o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well).

Page 29: maklumat edu.docx

· Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan.

3. Sekolah Kurang Murid· Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.· Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman.· Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

4. Cabaran KPM· Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.

· Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGANKPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut;a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)c) Bantuan Makanan Asrama.d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Muride) Jaket Keselamatanf) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upayag) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) h) Skim Baucer Tuisyen (SBT)

Page 30: maklumat edu.docx

i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)j) Asrama Harian

FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN

— Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.

— Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.

— Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri.

— Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab.— Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk.

— Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.

Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang.— Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan.

Page 31: maklumat edu.docx

— Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

Ketaksamaan Kelas SosialØ Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikanØ Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaumØ Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan)Ø Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat )Ø Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan

Ø Kelas sosial masyarakat:Ø Sistem feudalØ Rakyat bawahan@marhainØ Golongan pembesarØ Golongan istana

Ø Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:Ø Kemudahan mendapatkan guruØ Bahan-bahan rujukanØ Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Ø Kelas sosial masyarakat:Ø Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah:Ø Golongan petaniØ Golongan masyarakat kampungØ Golongan yang tinggal di bandarØ Golongan kurang berkemampuanØ Golongan pemimpinØ Golongan berada

Ø Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:Ø Kemudahan mendapatkan guruØ Kemudahan peralatan fizikal di sekolahØ Kelas tambahan@tuisyenØ Pembiayaan kewanganØ Bahan-bahan rujukan

Page 32: maklumat edu.docx

Ø Peluang-peluang melanjutkan pelajaranØ Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous• Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

• Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum menerima sebarang perubahan luar.

• Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka.

• Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak.• Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei.• Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit.

• Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional.

• Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

• Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga.• Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia.

• Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara.• manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.• memikirkannya secara konseptual.• mengamati sesuatu sambil merenung, dan• mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

• Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata.

Page 33: maklumat edu.docx

• Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous.• Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya

Orang Asli— Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.

— Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002)

— Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.

— `Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.

— Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan.

— Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

— Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004).— Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di tahap rendah.— Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus).

— Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih.— Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan.

Page 34: maklumat edu.docx

— Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk.— Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah.— Taraf sosio-ekonomi yang rendah.

— Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas.

— Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

— Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah.

— Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit.

— Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka.

— Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan).

Page 35: maklumat edu.docx

KELAS SOSIALKelas sosial berkaitan dengan sesuatu kelompok dalam masyarakatKelas sosial dilihat dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaranContoh kelas sosial dalam masyarakat kapitalis:• Bourgeoisie : memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan & pertukaran• Proletariat : memiliki tenaga kerja sahajaAspek ketaksamaan pada masa kini meliputi :• Kemudahan mendapatkan guru• Bahan-bahan rujukan• Peluang kerjaya selepas tamat belajar5 kelas sosial mengikut Max Weber:• Golongan atasan : orang kaya, ahli korporat (golongan bangsawan)• Golongan kedua : (pertengahan atasan) b’pendidikan tinggi, professional & memegang jawatan yang baik dalam organisasi• Kumpulan ketiga : (pertengahan bawahan) lulusan sekolah menengah, pemegang sijil serta diploma• Kelas pekerja : pekerja kolar biru (b’pendidikan PMR & SPM)• Golongan terakhir : (golongan bawahan) kais pagi makan pagi & kais petang makan petang, tidak melalui pendidikan formalFaktor kelas sosial mempengaruhi pencapaian akademik murid seperti :• Tahap ekonomi : miskin @ berada• Tahap kesihatan : kemudahan mendapatkan rawatan• Tahap persekitaran : struktur keluarga, pengaruh luar(rakan,masyarakat)• Jurang pendidikan : jenis sosio-ekonomi, tahap keupayaan murid• Kekurangan kemudahan asas di sekolah• Kekurangan murid & guru terlatihCabaran KPM :• Memberi kemudahan infrastuktur & kemudahan ICt kepada sekolah-skolah luar Bandar berbanding sekolah Bandar• Pembestarian sekolah:melengkapkan sekolah luar Bandar dengan makmal computer dan perkakasan yang mencukupi• Member rangkaian akses jalur lebar SchoolNetProgram bantuan KPM:-• Rancangan Makanan Tambahan (RMT)• Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)• Bantuan Makanan Asrama• Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid• Jaket Keselamatan• Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya• Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Page 36: maklumat edu.docx

• Skim Baucer Tuisyen (SBT)• Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti• Asrama Harian

JANTINAZaman penjajah:peluang melanjutkan pelajran diberikan kepada lelakiWujud segregasi pekerjaan mengikut ganderFaktor peningkatan status ekonomi wanita (Siti Rohani Yahya,89&98):-• Kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara lelaki dan wanita• Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian• Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru-peralihan wanita dari luar Bandar ke bandarPenglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkkanGuru perlu mengambil kira faktor jantina dalam melaksanakan pengajaran di dalam kelas

KUMPULAN MINORITIKumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecilFaktor geografi mempengaruhi kumpulan etnik ini. Contohnya masyarakat pendalaman kaum asli,kadazan,ibanKumpulan minority boleh dibahagikan kepada dua:-• Bersifat Negatif – tingkah laku bermasalah sehingga mampu mengugat keharmonian disiplin di sekolah• Bersifat Positif – kumpulan ulat buku, suka menghias sekolah, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan dll.Perlu diberi perhatian agar tidak tercicir dalam arus pendidikan

MURID BERKEPERLUAN KHASKategori Murid Berkeperluan Khas:-• Kategori masalah• Kategori masalah khususMempunyai kecerdasan yang amat rendah dan hadapi masalah dalam menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam kalangan masyarakatKanak-kanak pintar cerdas merupakan golongan yang mana kebolehan mental lebih tinggi daripada rakan sebaayaKanak-kanak pintar cerdas juga mempunyai masalah komunikasi, penyesuaian dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lainGuru perlu membantu kanakan-kanak ini dalam mengatasi masalah mereka7 kategori kanak-kanak istimewa yang perlukan Program Pendidikan Khas:-

Page 37: maklumat edu.docx

• Kerencatan mental• Bermasalah pembelajaran• Kecelaruan tingkah laku• Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi• Cacat penglihatan• Cacat fizikal• Pintar cerdas dan berbakat istimewaMasalah murid berkeperluan khas:-• Kecelaruan tingkah laku (hiperaktif/hiperkinetik)• Tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara• Kurang beri perhatian dalam setiap aktiviti yang dijalankanMurid sebegini perlu ditangani sebaik yang mungkin supaya tidak tercicir dari arus pendidikan

ISU-ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKANOrang Asli• Tinggal di dalam atau pinggir hutan• 3 rumpun bangsa :- Senoi, Negrito dan Melayu Asli• Faktor ketinggalan dan terpinggir:-1.Infrastruktur dan prasarana kurang lengkap2.Tiada persaingan yang sihat dalam aspek kemajuan pendidikan (golongan bijak pandai masih kurang)3.Taraf sosio-ekonomi rendah4.Penyediaan tenaga pengajar agak sukar5.Minat yang rendah6.Persekitaran-ibu bapa kurang mengambil isu pendidikan dan tiada tekanan untuk berubah7.Cara hidup tertumpu kepada hutan-mendorong berhenti sekolah awalIndigenous• Penduduk pribumi di pendalaman Sabah & Sarawak• Masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar• Taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dahulu & berpegang kepada budaya hidup tradisional• Belajar melaui pengalaman• Proses belajar mencakupi:-1.Mengalami sesuatu secara nyata2.Memikir secara konseptual3.Mengamati sesuatu sambil merenung4.Mencubanya dalam situasi lain yang lebih luas• Berbeza dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya

Page 38: maklumat edu.docx

• Kaum terbesar di Sabah:- Kadazan,Bajau,Murut,Suluk & orang Brunei• Kaum terbesar di Sarawak:-Melayu,Melanau,Iban,Bidayuh,Penan & KelabitMasyarakat pendalaman• Faktor ketaksamaan:-1.Kurang guru pakar yang berpengalaman2.Pertumbuhan pusat urban yang lembap3.Suasana sosio budaya kurang merangsang4.Jurang digital wujud- perbezaan dari segi akses kemudahan ICT5.Murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik untuk belajar6.Penggunaan bahasa pertuturan kaum (guru perlu kuasai bahas pertuturan kaum)7.Ibu bapa tidak mementingkan pendidikan anak-anak8.Jurang pendidikan :- sosio-ekonomi,tahap pencapaian muridPosted by ana shariena at 8:23 PM