EEM 421Bahagian A

download EEM 421Bahagian A

of 6

description

xxx

Transcript of EEM 421Bahagian A

Bahagian A: - 15%

Baca artikel bertajuk Peranan Etika dalam Kepimpinan Pendidikan oleh Lokman Mohd Tahir & Hamidon Abdul Rahman

Berdasarkan artikel di atas:

Bincangkan kepentingan etika dalam pengurusan pendidikan. - 2 halaman

Etika adalah merupakan teras utama di dalam membentuk pemimpin pendidikan yang berakauntibiliti. Pemimpin pendidikan merupakan satu "role model' kepada para pelajar dan pendidik kerana golongan ini dianggap sebagai golongan yang telah mendapat kepercayaan dan tanggungjawab untuk mentadbir sesebuah organisasi rnilik kerajaan. Oleh itu, mereka haruslah memastikan bahawa kepercayaan serta tanggungjawab yang diamanahkan itu dilaksanakan dengan jujur dan amanah. Kebiasaanya, pemimpin pendidikan akan dapat membuat pertirnbangan secara bertika untuk menghasilkan sesuatu perkara yang berfaedah untuk sesebuah organisasi.

Kod etika sememangnya amat penting dalam pengurusan pendidikan. Lantaran itu, guru-guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod ini penting kerana ia menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh semua guru. Bahkan dalam kod etika ini iaitu Etika Perguruan, menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan untuk membolehkan guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini juga menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain iaitu guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod etika yang dalam bentuk dokumen dan usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika ini, seseorang guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara rasmi. Ini dapat memperjelaskan tugas guru di mata masyarakat serta menghayati tanggungjawab dan tugas guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Ini bermakna etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.

Kepentingan etika kepada pengurus pendidikan secara tidak langsung akan mendidik atau menanamkan sifat ingin mengangani masalah etika yang jika tidak dibendung akan berleluasa terutamanya di dalam sektor pendidikan. Etika dalam pendidikan ia sebenarnya banyak membantu pemimpin dalam pendidikan untuk membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang mungkin diambil seperti yang telah dibincangkan dan dipersetujui. Selain itu, kod etika ini akan menjadikan pentadbir pendidikan dapat menjelaskan mengapa sesuatu perkara tersebut berlaku. Selai itu, ia menilai atau menjelaskan bagaimana seseorang ketua itu dapat melayan atau memotivasikan guru di bawahnya bersesuaian dengan konsep etika antara pelanggan dengan pengurus pendidikan. Dalam masa yang sama ia menjelaskan lagi falsafah pendidikan yang menekankan objektif untuk melahirkan insan yang kamil. Konsep ini menggangap guru sebagai 'role model' dan guru menganggap pengurus sebagai 'role model' mereka.

Bidang pendidikan merupakan sektor yang terpenting dalam membentuk etika dalam kalangan pegawainya kerana ia berperanan melahirkan golongan pewaris pada masa akan datang. Guru-guru merupakan dijadikan sebagai contoh dan teladan kepada golongan ini. Jika lemah perkhidmatan yang diberikan maka lemahlah prestasi atau penghasilan kerja graduan yang memperolehi ilmu daripada kita. Kepentingan etika kepada pengurusan pendidikan ini secara akan mendidik tidak langsung. Seterusnya menanamkan sifat ingin menanggangani rnasalah etika yang jika tidak dibendung akan berleluasa terutamanya di dalam sektor pendidikan.

Huraikan perbezaan antara etika dan undang-undang. 1 halaman

Secara amnnya etika adalah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Manakala undang-undang pula adalah merupakan satu sistem peraturan ataunormayang cuba diikuti oleh ahli-ahlimasyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatunegara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda olehmahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. Sungguhpun begitu, etika adalah merupakan sebahagian daripada undang-undang yang mesti dipatuhi oleh seseorang pekerja atau kakitangan.

Undang-undang merupakan satu peraturan yang ditentukan oleh organisasi dan sekiranya kakitangan melanggar undang-undang, beliau akan dikenakan denda yang setimpal. Manakala etika pula merupakan satu tindakan positif yang lahir dari hati seseorang. Sekiranya perlanggaran etika berlaku, seseorang itu akan merasa bersalah. Dengan mengikut atau mematuhi etika, seseoarng itu tidak akan melanggar undang-undang. Malahan dengan mengikut peraturan dan etika, ia akan tidak melakuakan perbuatan yang bertentangan. Manakala jika seseorang itu melanggar undang-undang, walaupun dihukum, namun berkemungkinan untuk melakkukan kesalahan yang sama juga boleh berlaku.

Jelaskan konsep sekolah beretika. 3 halaman.

Etika begitu penting dalam bidang pengurusan pendidikan bagi menghasilkan pendidik serta pentadbir dan pengurus yang berkualiti yang dapat menerapkan ilmu pengurusan mereka.Untuk terus berjaya dalam persekitaran yang serba mencabar ini, organisasi perlu memberi perhatian kepada isu-isu penting seperti kualiti, persaingan, keberkesanan kos dan lain-lain isu yang berkaitan. Maka, etika boleh dijadikan pegangan oleh pemimpin organisasi mempunyai unsur-unsur nilai yang dapat menjamin organisasi terus berdaya saing. Sichel (1993) telah mencadangkan beberapa langkah yang dijadikan panduan dalam mewujudkan sekolah yang beretika. Ini bermakna pihak pengurusan perlu menubuhkan satu jawatankuasa etika yang berperanan sebagai badan menasihati guru yang menghadapi masalah etika atau yang melanggar peraturan.

Apabila adanya jawatankuasa etika atau disiplin secara tidak langsung dapat menjadi badan perantara di antara pihak pentadbir dengan guru. Malahan ia juga dapat mengurangkan konflik yang sering dihadapi di antara pentadbir dengan guru.Menurut Sergiovanni (1992) yang mengkaji sekolah yang boleh diklasifikasikan berkesan merupakan sekolah yang mempunyai perjanjian(covenant)yang mementingkan nilai-nilai dan etika yang cemerlang. Seterusnya pengurus pendidikan harus mempraktikkan apa yang dipersetujui antara guru dengan pihak pengurusan. Selain itu, Gardner (1995) pula menjelaskan lagi tentang cadangan untuk mewujudkan sekolah yang beretika. Ia dapa diwujudkan melalui kepimpinan yang beretika serta memperlihatkan teladan serta "role-model" untuk diikuti oleh semua guru dan kakitangan.

Richardson et al. (1992)berpendapat, kejujuran adalah perkara pokok hubungan antara pengurus dengan pihak guru. Lantaran itu, seorang pengurus juga haruslah bertanggungjawab terhadap kesilapan yang telah dilakukan dan bukan menyalahkan orang lain. Malahan pengurus pendidikan perlu mencari cara untuk menyelesaikan masalah berkenaan yang ditimbulkan. Beradasarkan pendapat dan saranan di atas, ia adalah bertujuan untuk melahirkan sekolah beretika yang mempunyai nilai-nilai murni . Dengan mewujudkan sekolah yang beretika iaitu pihak pengurusan hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa etika yang berperanan bukan untuk membuat undang-undang atau menentukan guru mematuhi undang-undang tetapi sebagai badan menasihati guru yang menghadapi masalah etika atau yang melanggar peraturan. Dengan wujudnya jawatankuasa etika atau disiplin secara tidak langsung dapat menjadi badan perantara di antara pihak pentadbir dengan guru serta ia juga dapat mengurangkan konflikyang dihadapi di antara pentadbir dengan guru.

Starrat (1994)telah menetapkan dan mengkategorikan tiga dimensi utama tunjang konsep sekolah beretika.

a. Dimensi etika mengambil beratdalam dimensi ini, etika ini lebih menekankan konsep yang mementingkan perhubungan da dalam organisasi itu sendiri. Ini guru-guru- perlu mengambil berat tentang para pelajarnya. Manakala seorang pemimpin pendidikan perlu perlu mengambil berat tentang kebajikan guru yang merupakan kakitanganya.

b. Dimensi etika keadilanDalam kategori ini pula, ia bertujuan untuk menekankan layanan yang adil oleh pihak pengurus kepada guru dan guru kepada pelajar. Ia adalah untuk menjaga kebajikan yang mana merangkumi konsep penyediaan persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran yang bermaksud memberikan dan menambah jumlah buku dan kemudahan perpustakaan, menambah jumlah komputer, akhbar di dalam darjah dan sebagainya yang memberikan keadilan kepada semua pelajar menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi pembelajaran.

c. Dimensi etika kritikanDalam konsep etika kritikan ini ia amat mengalakkan perbincangan di pemimpin pendidikan, kakitangan serta guru-guru. Apabila adanya perbincangan maka secara tidak langsung ia akan mengurangkan konflik di antara kakitangan kerana pengurus mementingkan hubungan kemanusiaan dan mewujudkan suasan kerja yang harmoni dalam organisasi.

Walaupun demikian, kementerian sebenarnya telah banyak merangka pelbagai program untuk menerapkan prinsip etika dalam organisasi sekolah. Antaranya menekankan konsep penyayang, mengambil berat dalam menjalankan dan mengagihkan tugasan kepada kakitangan. Pihak sekolah sering menekankan konsep masyarakat penyayang kepada pelajar. Konsep penyayang sebenarnya berakar umbi daripada pengagihan serta pemupukan nilai murni daripada pemimpin pendidikan kepada pendidik, barulah ia berkesinambungan kepada para pelajar. organisasi perlu memberi perhatian kepada isu-isu penting seperti kualiti, persaingan, keberkesanan kos dan lain-lain isu yang berkaitan. Perubahan dalam organisasi hanya berlaku bila ianya datang daripada pengurusan atasan dan bila adanya budaya yang mengizinkan. Sebab itu, kerangka etika yang boleh dijadikan pegangan oleh pemimpin organisasi mempunyai unsur-unsur nilai yang dapat menjamin organisasi terus berdaya saing.