W a r g a U M P S e m a r a k k a n R a m a d a n d e n g ...umpir.ump.edu.my/18033/1/Warga UMP...

3
Warga UMP Semarakkan Ramadan dengan Penghayatan Al-Quran Kuantan, 19 Jun - Program Quran Hour yang berlangsung di Masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang baru- baru ini mendapat sambutan daripada warga universiti dan masyarakat setempat dalam usaha membudayakan amalan pembacaan Al-Quran. Program yang dianjurkan serentak di seluruh negara itu disertai oleh 150 orang yang terdiri daripada pelajar dan staf UMP, agensi kerajaan seluruh pahang, pelajar tahfiz serta sekolah-sekolah sekitar Kuantan. Majlis dimulakan dengan sesi tazakkur dan tadabbur ayat-ayat Al_Quran oleh Pengetua Maahad Tahfiz Ribat Bukit Pelindung Kuantan, Ustaz Uwais Qarni dan kemudiannya bacaan al-Quran pada jam 12.15 tengah hari. Program turut disertai Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Transcript of W a r g a U M P S e m a r a k k a n R a m a d a n d e n g ...umpir.ump.edu.my/18033/1/Warga UMP...

Page 1: W a r g a U M P S e m a r a k k a n R a m a d a n d e n g ...umpir.ump.edu.my/18033/1/Warga UMP semarakkan...B a g i p e l a j a r S e k o l a h K e b a n g s a a n G a m b a n g K

Warga UMP Semarakkan Ramadan dengan Penghayatan Al-Quran

Kuantan, 19 Jun - Program Quran Hour yang berlangsung di Masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang baru-baru ini mendapat sambutan daripada warga universiti dan masyarakat setempat dalam usaha membudayakan amalanpembacaan Al-Quran.

Program yang dianjurkan serentak di seluruh negara itu disertai oleh 150 orang yang terdiri daripada pelajar dan staf UMP,agensi kerajaan seluruh pahang, pelajar tahfiz serta sekolah-sekolah sekitar Kuantan. Majlis dimulakan dengan sesi tazakkur dantadabbur ayat-ayat Al_Quran oleh Pengetua Maahad Tahfiz Ribat Bukit Pelindung Kuantan, Ustaz Uwais Qarni dan kemudiannyabacaan al-Quran pada jam 12.15 tengah hari. Program turut disertai Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Page 2: W a r g a U M P S e m a r a k k a n R a m a d a n d e n g ...umpir.ump.edu.my/18033/1/Warga UMP semarakkan...B a g i p e l a j a r S e k o l a h K e b a n g s a a n G a m b a n g K

Bagi Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Dr Mahyuddin Ismail berkata, program ini diadakan bagimenjayakan program satu jam bersama al-Quran, Malaysia #Quran Hour dan juga penutup bagi Festival Ramadan UMP 2017.

"Sambutan ini sangat luar biasa dan usaha kita untuk mengangkat budaya membaca al-Quran telah berjaya menarik minatbanyak pihak. Kempen membaca al-Quran selama satu jam ini adalah satu usaha untuk menggalakkan masyarakat islamberinteraksi, memahami dan menghayati kitab suci Allah tersebut" katanya.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran Malaysia #QuranHours, Penolong Pendaftar Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni(JHEPA) yang menyertai program, Mohd Nazri Samsudin berkata, membaca al-Quran adalah ibadah yang baik danmengharapkan program sebegini dapat diteruskan serta dijadikan amalan.

Page 3: W a r g a U M P S e m a r a k k a n R a m a d a n d e n g ...umpir.ump.edu.my/18033/1/Warga UMP semarakkan...B a g i p e l a j a r S e k o l a h K e b a n g s a a n G a m b a n g K

Bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Gambang Kuantan, Abdul Wafiy Abd Latif, 11 tahun, berkata,ini merupakan kali pertamanyabeliau menyertai aktiviti seperti ini dan perasaannya berdebar bercampur teruja.

Bersempena Ramadan ini, pihak universiti turut mengadakan program Tadarrus Al-Quran, Solat Terawikh berjemaah, JomLepak@Masjid, Seminar Kemukjizatan Al-Quran, Program Bubur Lambuk Komuniti bersama Rapid Kuantan serta JKKK dan RTCKuala Pahang.

Disediakan oleh Siti Sarah Mohamad Rajimi dan disunting oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 22-06-2017, 16:26:12