EKO WARISAN PELANCONGAN PULAU TANJUNG SURAT, KOTA … · 2020. 1. 5. · EKO WARISAN PELANCONGAN...

3
EKO WARISAN PELANCONGAN PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR DOKUMENTASI ‘MEMAHAT SEJARAH PULAU TANJUNG SURAT` PENDAHULUAN Tahun 2017 merupakan tahun Universiti Teknologi Malaysia merintis kepada inisiatif mengkomersilkan pintu masuk Wilayah Timur Johor kurun ke-19, iaitu Pulau Tanjung Surat kepada masyarakat umum melalui program tanggungjawab sosial (CSR) di bawah Unit Pembelajaran Servis (CCSL). MAKLUMAT UMUM Latitud : 1° 28' 12" (1.47°) utara Longitud : 104° 3' 31.7" (104.0588°) timur Daerah : Kota Tinggi Mukim : Tanjung Surat Parlimen / DUN : Pengerang (P157) Tanjung Surat (DUN N39) Lembangan Air : Sungai Lebam Lokasi: Terbahagi dari daratan oleh Sungai Belungkor & Sungai Johor Pengangkutan : Jalan air melalui Terminal Tanjung Belungkor, Jeti Tanjung Surat & Tanjung Langsat Perkampungan : Kg Linting, Kg Nyior & Kg Tanjung Surat Jumlah Penduduk : anggaran 200 keluarga Pekerjaan : nelayan, penoreh getah, usahawan, pelancongan WARISAN BUDAYA Bahasa : Bahasa Melayu, dialek Johor Bahru Rekabentuk rumah: Rumah Melayu / Rumah Rakit Permainan Tradisional: Jong Seni Muzik: Kompang , Hadrah Kraftangan: Jong, tempayan lama Makanan istimewa: Asam Pedas, Siput Gonggong Penyedia Dokumentasi :Teras Kesukarelawanan Pembelajaran Servis UKR2132 Eksplorasi Maklumat (Semester II 2018/2019) SUMBER RUJUKAN : Adanan Mat Junoh, Ismail Adnan, Kassim Thukiman, Md Zin Idros, Rafie Abd. Rahim (2008). Jati diri Johor : Dalam Pelbagai Perspektif. Yayasan Warisan Johor: Johor Bahru, Johor. Hisyam Rasidi. (2018, 18 March 2019). Video Eko Warisan Pelancongan Pulau Tanjung Surat Kota Tinggi from https://www.youtube.com/watch?v=uj9wH_BT3yQ Hazzuar Hakim. (2017). Kampung Linting, Kota Tinggi Johor (Rumah Rakit dan Sangkar Ikan). Retrieved March, 2019, from http://lienquanviet.viwap.com/video/kampung-linting-kota-tinggi-johor/lyPhhAc4Wys MapCarta. (n.d.). Pulau Tanjung Surat Retrieved April, 2019, from https://mapcarta.com/15828790

Transcript of EKO WARISAN PELANCONGAN PULAU TANJUNG SURAT, KOTA … · 2020. 1. 5. · EKO WARISAN PELANCONGAN...

Page 1: EKO WARISAN PELANCONGAN PULAU TANJUNG SURAT, KOTA … · 2020. 1. 5. · EKO WARISAN PELANCONGAN PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR DOKUMENTASI ‘MEMAHAT SEJARAH PULAU TANJUNG

EKO WARISAN PELANCONGAN

PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR

DOKUMENTASI ‘MEMAHAT SEJARAH PULAU TANJUNG SURAT`

PENDAHULUAN

Tahun 2017 merupakan tahun Universiti Teknologi Malaysia

merintis kepada inisiatif mengkomersilkan pintu masuk Wilayah

Timur Johor kurun ke-19, iaitu Pulau Tanjung Surat kepada

masyarakat umum melalui program tanggungjawab sosial (CSR)

di bawah Unit Pembelajaran Servis (CCSL).

MAKLUMAT UMUM

Latitud : 1° 28' 12" (1.47°) utara

Longitud : 104° 3' 31.7" (104.0588°) timur

Daerah : Kota Tinggi

Mukim : Tanjung Surat

Parlimen / DUN : Pengerang (P157)

Tanjung Surat (DUN N39)

Lembangan Air : Sungai Lebam

Lokasi: Terbahagi dari daratan oleh Sungai

Belungkor & Sungai Johor

Pengangkutan : Jalan air melalui Terminal

Tanjung Belungkor, Jeti Tanjung

Surat & Tanjung Langsat

Perkampungan : Kg Linting, Kg Nyior &

Kg Tanjung Surat

Jumlah Penduduk : anggaran 200 keluarga

Pekerjaan : nelayan, penoreh getah, usahawan,

pelancongan WARISAN BUDAYA

Bahasa : Bahasa Melayu, dialek Johor Bahru

Rekabentuk rumah: Rumah Melayu / Rumah Rakit

Permainan Tradisional: Jong

Seni Muzik: Kompang , Hadrah

Kraftangan: Jong, tempayan lama

Makanan istimewa: Asam Pedas, Siput Gonggong

Penyedia Dokumentasi : Teras Kesukarelawanan Pembelajaran Servis UKR2132 Eksplorasi Maklumat (Semester II 2018/2019)

SUMBER RUJUKAN :

Adanan Mat Junoh, Ismail Adnan, Kassim Thukiman, Md Zin Idros, Rafie Abd. Rahim (2008). Jati diri Johor : Dalam Pelbagai Perspektif. Yayasan Warisan

Johor: Johor Bahru, Johor.

Hisyam Rasidi. (2018, 18 March 2019). Video Eko Warisan Pelancongan Pulau Tanjung Surat Kota Tinggi from

https://www.youtube.com/watch?v=uj9wH_BT3yQ

Hazzuar Hakim. (2017). Kampung Linting, Kota Tinggi Johor (Rumah Rakit dan Sangkar Ikan). Retrieved March, 2019, from

http://lienquanviet.viwap.com/video/kampung-linting-kota-tinggi-johor/lyPhhAc4Wys

MapCarta. (n.d.). Pulau Tanjung Surat Retrieved April, 2019, from https://mapcarta.com/15828790

Page 2: EKO WARISAN PELANCONGAN PULAU TANJUNG SURAT, KOTA … · 2020. 1. 5. · EKO WARISAN PELANCONGAN PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR DOKUMENTASI ‘MEMAHAT SEJARAH PULAU TANJUNG

Asal usul Nama

Merupakan pusat pengumpulan surat-surat dari luar dan

dalam kawasan timur Johor, contoh surat dari Johor Bahru

ke Changi, termasuklah surat-surat kerajaan. Semasa zaman

Sultan Abu Bakar ibni Temenggung Ibrahim (1862-1895)

baginda telah memasyhurkan pulau ini sebagai salah satu

pusat pentadbiran penting Kerajaan Johor dengan melantik

‘Datuk Penggawa Timur’, Datuk Nong Jaafar bin Nong

Yahya sebagai Pesuruhjaya Timur, atau Ketua Wakil Sultan.

(Shahrom,1995; Yayasan Warisan Johor, 2011).

SEJARAH PULAU TANJUNG SURAT

Kini kawasan Tanjung Surat adalah sebahagian jajaran

daerah Kota Tinggi dan Mersing yang terletak dalam

kawasan Johor Tenggara.

Sejarah Pejabat Kastam

Pejabat Kastam mula dibuka pada kurun ke-19 sebagai

pejabat cukai. Ianya dikenali sebagai ‘Pejabat Cukai

Pelabuhan Pintu Masuk ke Selatan Negeri Johor’. Selepas

merdeka, pejabat cukai ini ditukar nama kepada ‘Balai

Kastam Tanjung Surat’. Operasi Balai Kastam ini berakhir

pada 1998 dan dipindahkan ke Tanjung Belungkor. Kini,

pejabat lama tersebut dibaikpulih dan dikenali sebagai

‘KEJADI’, Kem Jati Diri Kastam (Kastam Johor, 2011).

EKO WARISAN PELANCONGAN

PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR

Kegiatan Ekonomi

Daripada hasil pungutan cukai dan pengumpulan lada

hitam. Selain daripada berfungsi sebagai pusat

pengumpulan surat, pembicaraan kesalahan penduduk

turut dilaksanakan di pulau berkenaan (Yayasan Warisan

Johor, 2011)

Legenda Setempat

Makam Pahlawan legenda Melayu, Si Bongkok Tanjung

Puteri didakwa terletak Tanjung Belungkor, 45 minit

perjalanan. Pahlawan ini dikebumikan jauh ke tengah

hutan kerana beliau berani menentang Sultan yang

dianggap cenderung kepada British di samping melanun

kapal-kapal dagang British pada waktu itu (Yayasan

Warisan Johor, 2011)

Peta lama & tinggalan gedung Datuk Penggawa

Timur masih boleh dilihat sehingga kini

SUMBER RUJUKAN :

Shaharom Husain (1995). Sejarah Johor: kaitannya dengan Negeri Melayu. Fajar Bakti, Kuala Lumpur. Yayasan Warisan Johor (2011). Projek Pemugaran dan Pendokumentasian Sejarah Tempat dan Aktiviti Perkastaman di Tanjung Surat dan Pengerang, Kota Tinggi, 19-

21 Jun 2011. Bahagian Persuratan dan Sejarah Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.

Jabatan Kastam Di Raja Johor (2011). Pelan Tindakan Perancangan Strategik, Johor.

Jiwa Johor Dan Kisah Panglima Si Bongkok. (2014). from http://www.cikpuanbunga.com/2014/04/jiwa-johor-dan-kisah-panglima-si-bongkok.html (ed.), Hisyam Rasidi. (2018). Pembangunan Komuniti Eko Warisan Pelancongan Pulau Tanjung Surat Kota Tinggi Johor. Johor Bahru: UTM.

Pusara Si Bongkok di

Tanjung Belungkor

Bangunan lama Kastam, Tangga 200, bangunan lama Imigresen & Jeti Imigresen

Pulau Tanjung Surat

Penyedia Dokumentasi : Teras Kesukarelawanan Pembelajaran Servis UKR2132 Eksplorasi Maklumat (Semester II 2018/2019)

Page 3: EKO WARISAN PELANCONGAN PULAU TANJUNG SURAT, KOTA … · 2020. 1. 5. · EKO WARISAN PELANCONGAN PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR DOKUMENTASI ‘MEMAHAT SEJARAH PULAU TANJUNG

Masjid Lama

Keunikan Masijd lama Pulau Tanjung Surat adalah kolam /

perigi lama tempat berwudhu’ yang masih digunakan

sehingga kini. Selain daripada itu, masjid ini masih aktif

digunakan untuk solat Jumaat dan lain-lain aktiviti

penduduk setempat.

SEJARAH PULAU TANJUNG SURAT

EKO WARISAN PELANCONGAN

PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR

Istiadat Siram Tabal Sultan Abu Bakar (1886)

Semasa adat siram tabal pemasyhuran Sultan Abu Bakar,

seramai 20 orang daripada 40 orang wanita yang

dikenali sebagai ‘Wanita Rupawan’ atau dayang-dayang

daripada Tanjung Surat telah ditugaskan di setiap tingkat

pesada berkenaan. Pemilihan ini merupakan

penghormatan kepada penduduk tempatan waktu

tersebut. (Kamdi, 2019).

Bangunan dan ruang masjid. Gambar bawah ke kanan adalah kolam / perigi

lama masjid yang unik

Penyedia Dokumentasi : Teras Kesukarelawanan Pembelajaran Servis UKR2132 Eksplorasi Maklumat (Semester II 2018/2019)

Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat

Pada tahun 1883, dikenali sebagai Sekolah Melayu Pulau

Tanjung Surat, ditukar nama kepada Sekolah Umum

Pulau Tanjung Surat dan seterusnya nama yang digunakan

masa kini. Warisan tinggalan papan batu dan buku teks

lama yang digunakan di sekolah Melayu kini disimpan

oleh Persatuan Sejarah Johor, Jalan Peteri.

Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat. Peralatan lama sekolah Melayu, daripada

kiri ke kanan : papan batu dan buku-buku teks lama.

Ehsan: Hj Kamdi Kamil, Setiausaha Persatuan Sejarah Johor.

Adat Siram Tabal Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor (2015)

Balai Polis Lama

Balai polis lama di pulau ini walaupun tidak lagi

digunakan, tetapi bangunan dan ruang di dalam sangat

terjaga rapi.

Jeti

Terdapat beberapa jeti di sekitar Pulau Tanjung Surat.

Dahulu, jeti dikenali sebagai ‘tambatan atau pabian’

di kalangan penduduk tempatan. Sehingga kini, oleh

kerana masih ketiadaan jambatan daripada tanah daratan,

jeti dan bot masih pengangkutan utama penduduk di sini.

SUMBER RUJUKAN :

Abdul Rahim Ramli (2013). Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012. Penerbit UTM, Johor Bahru

Haji Kamdi Kamil (2019). In Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor, (Ed.), Buku Sejarah Sekolah-sekolah Johor

Siti Nisrin Mohd Anis. (2019). Sejarah Pulau Tanjung Surat. In Haji. Kamdi. Kamil (Ed.), Pembangunan Eko Warisan Pelancongan UTM di Pulau Tanjung Surat. Johor Bahru.