ekonomi semasa

4
KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka merosot lagi kepada sekitar 3.75 minggu depan berikutan pengukuhan dolar AS dan kejatuhan harga komoditi. Ketua Penyelidikan Runcit dan Naib Presiden Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata reaksi daripada pelabur bon ke atas potensi penurunan gred oleh Fitch and Moody's juga menyebabkan kelemahan ringgit. "Bagaimanapun, saya masih percaya mata wang tempatan tersangat dikurang nilai dan tidak mencerminkan asas ekonomi kita," katanya. Untuk minggu baru berakhir, ringgit diniagakan lebih rendah berikutan isu 1MDB dan kebimbangan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah. Sesetengah penganalisis menjangka kadar faedah AS akan dinaikkan pertengahan tahun ini untuk pertama kali dalam lapan tahun yang akan menjejaskan ringgit dan mata wang lain di pasaran sedang muncul di Asia. Untuk minggu baru berakhir, ringgit mencecah paras terendah dalam enam tahun pada Jumaat pada 3.72 berbanding dolar AS berikutan data inflasi Februari menunjukkan yang terendah dalam tempoh lebih daripada lima tahun. Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 3.7255/0285 berbanding 3.6840/6870 dolar AS sebelum ini. Ia jatuh kepada 2.6825/6849 berbanding dolar Singapura daripada 2.6584/6623 minggu lepas dan turun kepada 3.0802/0837 berbanding yen daripada 3.0343/0373 Jumaat lepas. Berbanding pound Britain, ringgit merosot kepada 5.4932/4988 daripada 5.4807/4874 dan diniaga lebih rendah berbanding euro pada 3.9811/9858 daripada 3.9117/9156. - BERNAMA RABU, 18 MAC 2015 @ 8:03 PM Ringgit rendah, 3.7060 bagi AS$1 KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, menentang trend di kebanyakan negara serantau dengan mata wang masing-masing lebih kukuh berikutan data perumahan AS yang lemah. Pada jam 5 petang mata wang tempatan ditutup pada 3.7060/6090 berbanding dolar daripada 3.6960/6990 pada Selasa. Peniaga itu juga berkata pedagang lebih berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan lewat hari ini. Unit tempatan kebanyakannya didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

description

ghjgkh

Transcript of ekonomi semasa

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka merosot lagi kepada sekitar 3.75 minggu depan berikutan pengukuhan dolar AS dan kejatuhan harga komoditi.Ketua Penyelidikan Runcit dan Naib Presiden Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata reaksi daripada pelabur bon ke atas potensi penurunan gred oleh Fitch and Moody's juga menyebabkan kelemahan ringgit."Bagaimanapun, saya masih percaya mata wang tempatan tersangat dikurang nilai dan tidak mencerminkan asas ekonomi kita," katanya.Untuk minggu baru berakhir, ringgit diniagakan lebih rendah berikutan isu 1MDB dan kebimbangan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah.Sesetengah penganalisis menjangka kadar faedah AS akan dinaikkan pertengahan tahun ini untuk pertama kali dalam lapan tahun yang akan menjejaskan ringgit dan mata wang lain di pasaran sedang muncul di Asia.Untuk minggu baru berakhir, ringgit mencecah paras terendah dalam enam tahun pada Jumaat pada 3.72 berbanding dolar AS berikutan data inflasi Februari menunjukkan yang terendah dalam tempoh lebih daripada lima tahun.Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 3.7255/0285 berbanding 3.6840/6870 dolar AS sebelum ini.Ia jatuh kepada 2.6825/6849 berbanding dolar Singapura daripada 2.6584/6623 minggu lepas dan turun kepada 3.0802/0837 berbanding yen daripada 3.0343/0373 Jumaat lepas.Berbanding pound Britain, ringgit merosot kepada 5.4932/4988 daripada 5.4807/4874 dan diniaga lebih rendah berbanding euro pada 3.9811/9858 daripada 3.9117/9156.- BERNAMARABU, 18 MAC 2015 @ 8:03 PMRinggit rendah, 3.7060 bagi AS$1KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, menentang trend di kebanyakan negara serantau dengan mata wang masing-masing lebih kukuh berikutan data perumahan AS yang lemah.Pada jam 5 petang mata wang tempatan ditutup pada 3.7060/6090 berbanding dolar daripada 3.6960/6990 pada Selasa.Peniaga itu juga berkata pedagang lebih berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan lewat hari ini.Unit tempatan kebanyakannya didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.6627/6657 daripada 2.6599/6635 pada Selasa dan lemah berbanding yen kepada 3.0555/0587 daripada 3.0447/0480 semalam.Unit tempatan susut kepada 5.4678/4737 berbanding pound British daripada 5.4642/4693 pada Selasa dan rendah berbanding euro kepada 3.9313/9356 daripada 3.9130/9165 semalam. BERNAMA

RABU, 18 MAC 2015 @ 3:14 PMGST tetap dilaksanakan 1 April 2015 - Kementerian KewanganKUALA LUMPUR: Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015, seperti yang diluluskan di Parlimen dan tidak berhasrat untuk menangguhkan tarikh pelaksanaannya.Mengikut Kementerian Kewangan, hingga semalam sebanyak 353,372 syarikat berdaftar di bawah GST, dan ini menunjukkan perniagaan pada umumnya menyokong dan bersedia untuk pelaksanaan GST di Malaysia."Sebarang penangguhan juga akan memberi impak negatif ke atas penarafan kredit Malaysia kerana pelaksanaan GST adalah satu langkah pengukuhan fiskal yang amat penting untuk memastikan kemapanan ekonomi negara," kata kementerian dalam kenyataan di sini hari ini.Kementerian menjelaskan bahawa kerajaan perlu mempelbagaikan sumber hasil kewangan dan tidak hanya bergantung kepada hasil komoditi seperti petroleum dan kelapa sawit."Sekiranya negara ingin terus kukuh dari segi pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan pada masa hadapan, maka GST mesti dilaksanakan," katanya.Di samping itu, katanya, tahap kesedaran dan kefahaman GST dalam kalangan rakyat Malaysia sudah meningkat hasil daripada usaha yang dijalankan secara intensif melalui kempen dan program kesedaran GST membabitkan pelbagai medium komunikasi.Kempen itu bertujuan, antara lain, memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan tepat mengenai GST.Kerajaan juga sudah melaksanakan pelbagai program latihan dan bimbingan kepada syarikat yang akan dikenakan GST.Bagaimanapun, kata Kementerian Kewangan, ada segelintir pihak tertentu yang sengaja mensensasikan dan memutar belit pelaksanaan GST tanpa menyedari layanan yang ditetapkan oleh Kerajaan sebenarnya telah mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan rakyat."Berdasarkan kepada pengalaman di negara-negara lain yang telah melaksanakan GST/VAT, memang akan terdapat masalah dan isu peralihan pada peringkat permulaan pelaksanaan dan Malaysia juga tidak akan terkecuali," kata kementerian itu.Kementerian Kewangan menegaskan bahawa sebarang isu pelaksanaan yang timbul akan ditangani secara komprehensif dan berterusan oleh kerajaan.Kerajaan juga akan terus melaksanakan program latihan kepada peniaga dan program kesedaran GST kepada pengguna, serta bersedia untuk mengadakan dialog dan rundingan dengan sektor swasta bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan, kata kementerian itu lagi. BERNAMARABU, 18 MAC 2015 @ 11:06 AMMinyak cecah paras terendah dalam 6 tahun SINGAPURA: Harga minyak terus jatuh dalam dagangan Asia hari ini, mencecah paras terendah dalam enam tahun apabila stok bekalan di AS terus meningkat sekali gus memburukkan lagi keadaan lebihan penawaran di pasaran.

Dalam pertengahan dagangan sesi pagi, penanda aras AS - West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran April turun 80 cents kepada AS$42.66 setong, paras terendah sejak Mac 2009. Kontrak Brent pula jatuh 20 cents kepada AS$53.31 setong.

"Kami jangka stok AS akan terus meningkat dan ini akan memburukkan lagi keadaan lebihan penawaran," kata David Lennoc, penganalisis sumber di Fat Prophets di Sydney.

Kaji selidik Bloomberg mendapati stok AS dijangka meningkat 3.3 juta tong lagi ke paras tertinggi baharu 452.2 juta tong pada minggu berakhir 13 Mac.

Jabatan Tenaga AS akan mengeluarkan data terbaharu stok minyak mentah negara itu awal pagi nanti.

Stok minyak AS sudah meningkat sejak sembilan minggu berturut-turut, setiap kali memecahkan rekod baharu sekali gus menurunkan harga minyak di pasaran.

Harga minyak dunia sudah jatuh lebih 60 peratus sejak Jun 2014 berikutan lebihan penawaran selepas OPEC memutuskan untuk mengekalkan paras pengeluaran semasa bagi menyaingi pengeluaran minyak syal AS. - Reuters