eksperimen

7
Tajuk : Aktiviti 1 Siapa curi air saya Tujuan: Untuk menyiasat hubangan di antara lubang dengan masa kelajuan air Hipotesis: Semakin bertambah lubang semakin bertambah masa kelajuan air Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Bilangan lubang Pembolehubah bergerakbalas: Masa kelajuan air Pembolehubah yang dimalarkan: Saiz lubang Bahan: Botol air, paku, jam randik Prosedur eksperimen: 1. Tebuk satu lubang pada dasar botol dan masukkan air. 2. Catat kelajuan air. 3. Tebuk dua lubang pada dasar botol. 4. Catat kelajuan air. 5. Tebuk tiga lubang diikuti empat dan lima lubang. 6. Catat kelajuan air. Bilangan lubang 1 2 3 4 5 8 Masa kelajuan air (saat) 25 20 15 10 5 ? Soalan: 1. Namakan satu alatan yang digunakan dalam ujikaji ini? (mengingat) 2. Apakah yang akan berlaku kepada air di dalam botol apabila lubang ditebuk? (memahami) 3. Berikan dua pembolehubah yang dikenalpasti dalam ujikaji ini? (mengaplikasi) 4. Ramalkan masa kelajuan air sekiranya lubang ditebuk menjadi lapan? (menganalisis) 5. Berikan satu kesimpulan berdasarkan ujikaji ini? (menilai) 6. Ciptakan satu alatan menggunakan bahan-bahan terbuang dengan mengaitkan konsep yang di dipelajari? (mencipta)

description

IBSE

Transcript of eksperimen

Tajuk : Aktiviti 1 Siapa curi air saya

Tujuan: Untuk menyiasat hubangan di antara lubang dengan masa kelajuan air

Hipotesis: Semakin bertambah lubang semakin bertambah masa kelajuan airPembolehan: Pembolehubah manipulasi: Bilangan lubang Pembolehubah bergerakbalas: Masa kelajuan air Pembolehubah yang dimalarkan: Saiz lubangBahan: Botol air, paku, jam randik

Prosedur eksperimen: 1. Tebuk satu lubang pada dasar botol dan masukkan air.2. Catat kelajuan air.3. Tebuk dua lubang pada dasar botol.4. Catat kelajuan air.5. Tebuk tiga lubang diikuti empat dan lima lubang.6. Catat kelajuan air.Bilangan lubang123458

Masa kelajuan air (saat)252015105?

Soalan:1. Namakan satu alatan yang digunakan dalam ujikaji ini? (mengingat)

2. Apakah yang akan berlaku kepada air di dalam botol apabila lubang ditebuk? (memahami)

3. Berikan dua pembolehubah yang dikenalpasti dalam ujikaji ini? (mengaplikasi)

4. Ramalkan masa kelajuan air sekiranya lubang ditebuk menjadi lapan? (menganalisis)

5. Berikan satu kesimpulan berdasarkan ujikaji ini? (menilai)

6. Ciptakan satu alatan menggunakan bahan-bahan terbuang dengan mengaitkan konsep yang di dipelajari? (mencipta)

Tajuk 2 :Bebaskan saya

Tujuan: Mengkaji hubangan di antara gelas yang berlainan saiz dengan tempoh masa lilin menyala

Hipotesis: Semakin besar saiz gelas semakin lama lilin menyala

Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Saiz gelas Pembolehubah bergerakbalas: Tempoh masa lilin menyala Pembolehubah yang dimalarkan: Saiz lilin

Bahan: Dua batang lilin, dua gelas berlainan saiz besar dan kecil, mancis dan jam randik

Prosedur eksperimen: 1. Sediakan dua gelas yang berlainan saiz dan dua batang lilin yang sama saiz.2. Nyalakan kedua-dua lilin pada masa yang sama.3. Tutupkan kedua-dua lilin dengan gelas yang berlainan saiz.4. Catatkan pemerhatian di dalam jadual.

Saiz gelasTempoh masa lilin menyala (minit)

Besar2

Kecil1

Kesimpulan: Semakin besar gelas semakin banyak oksigen, semakin lama lilin menyala.

Soalan:1. Apakah bahan yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen ini? (mengingat)

2. Apakah tujuan menggunakan gelas berlainan untuk menjalankan eksperimen ini? (memahami)

3. Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menggantikan gelas yang berlainan saiz? (mengaplikasi)

4. Apakah perubahan yang berlaku sekiranya kedua-dua gelas sama besar saiznya? (menganalisis)

5. Mengapa lilin yang ditutup dengan gelas yang saiz lebih besar menyala dengan lebih lama? (menilai)

6. Apa yang akan berlaku jika kedua-dua lilin ditutup dengan gelas yang sama saiz? (mencipta)

Tajuk 3 :Mari kita lihat siapa yang kena

Tujuan: Untuk menyiasat hubangan di antara luas tapak model dengan masa untuk model tumbang

Hipotesis: Semakin bertambah luas tapak model, semakin bertambah masa untuk model tumbang

Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Luas tapak model Pembolehubah bergerakbalas: Masa untuk model tumbang Pembolehubah yang dimalarkan: Ketinggian model

Bahan: Suratkhabar, pita selefon besar, kipas angin meja

Prosedur eksperimen: 1. Bina dua model KLCC dengan menggunakan keluasan tapak yang berbeza tetapi ketinggian sama.2. Uji kesetabilan kedua-dua model dengan meletakkan model di atas meja kemudian pasang kipas angina meja dengan kelajuan yang sama.3. Buat catatan dengan merekod setiap model tumbang.

ModelMasa untuk model tumbang (minit)

A20

B10

Kesimpulan: Semakin bertambah luas tapak model semakin bertambah masa untuk model tumbang.

Soalan:1. Apakah bentuk model yang di bina? (mengingat)

2. Apakah yang akan berlaku sekiranya luas tapak model tidak sama ? (memahami)

3. Antara kereta lumba dengan bas yang mana lebih stabil? (mengaplikasi)

4. Antara bas setingkat dengan bas dua tingkat yang mana lebih stabil apabila membelok? (mengaplikasi)

5. Ramalkan masa untuk model tumbang jika luas tapak model C lebih kecil daripada model A tetapi lebih besar daripada model B? (menganalisis)

6. Berikan kesimpulan berdasarkan eksperimen ini? (menilai)

7. Reka sebuah bangunan yang sesuai di tepi pantai dan jelaskan. (mencipta)

Tajuk 4 : Kismis menari

Tujuan: Untuk mengkaji perubahan buah kismis dalam air yang berlainan

Hipotesis: Semakin banyak karbon dioksida dalam air, pergerakan buah kismis semakin bertambah

Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Jenis air yang berlainan Pembolehubah bergerakbalas: Perubahan buah kismis (pergerakan) Pembolehubah yang dimalarkan: Isipadu air minuman berkarbonat dan air (250cm3)

Bahan: Bikar, buah kismis, air minuman berkarbonat, air

Prosedur eksperimen: 1. Tuangkan lebih kurang 250cm3 air minuman berkarbonat yang jernih ke dalam bikar yang diisi dengan 4 hingga 5 biji buah kismis.2. Tuangkan lebih kurang 250cm3 air ke dalam bikar lain yang diisi dengan 4 hingga 5 biji buah kismis.3. Catatkan pemerhatian secara terperinci.

Kesimpulan: Semakin banyak karbon dioksida dalam air, pergerakan buah kismis semakin bertambah.

Soalan:1. Nyatakan bahan-bahan yang digunakan dalam eksperimen ini? (mengingat)

2. Apakah kegunaaan air minuman berkarbonat dalam eksperimen ini? (memahami)

3. Apakah contoh-contoh lain yang boleh menggantikan air minuman berkarbonat? (mengaplikasi)

4. Apakah perbezaan perubahan yang berlaku di antara air minuman berkarbonat dan air yang dituangkan ke dalam bikar yang diisi dengan buah kismis? (menganalisis)

5. Mengapakah buah kismis akan timbul di dalam air minuaman berkarbonat? (menilai)

6. Cuba anada fikir dan rangkakan satu eksperimen baru yang menyebabkan buah kismis timbul? (mencipta)

Tajuk 5 :Kembangkan saya

Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan yis dengan saiz belon

Hipotesis: Semakin banyak bilangan yis, semakin besar belon

Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Bilangan yis Pembolehubah bergerakbalas: Saiz belon Pembolehubah yang dimalarkan: Jenis belon, jenis yis, saiz tabung uiji

Bahan: Gula, yis, belon, sudu, tabung uji, air suam, rod kaca

Prosedur eksperimen: 1. Masukkan satu sudu kecil gula ke dalam tabung uji.2. Seturusnya, masukkan air suam ke dalam setangah tabung uji.3. Masukkan dua sudu kecil yis dan kacau dengan menggunakan rod kaca.4. Letakkan belon pada mulut tabung uji.5. Catatkan pemerhatian anda secara terperinci.

Bilangan Yis (sudu)123

Saiz BelonKecilSederhanaBesar

Kesimpulan: Semakin betambah bilangan yis semakin bertambah saiz belon.

Soalan:1. Namakan salah satu bahan yang digunakan dalam eksperimen tersebut? (mengingat)

2. Apakah kegunaan yis di dalam eksperimen ini? (memahami)

3. Apakah bahan lain yang boleh menggantikan yis? (mengaplikasi)

4. Mengapakah berlakunya perubahan pada saiz belon? (mengalisis)

5. Apakah faktor lain yang boleh mempengaruhi saiz belon? (menilai)

6. Cuba anda fikirkan cara lain yang boleh menyebabkan belon mengembang? (mencipta)