eksperimen tikus

download eksperimen tikus

of 9

Transcript of eksperimen tikus

  • 7/22/2019 eksperimen tikus

    1/9

    Tajuk : Pembedahan Sistem Respirasi Mamalia.

    Pengenalan :

    Respirasi ialah proses mendapatkan oksigen dan menghantarkannya ke sel-

    sel untuk respirasi sel serta menyingkirkan karbon dioksida yang dihasilkan oleh sel.

    Semasa respirasi, makanan dioksidakan oleh sel hidup untuk pembebasan tenaga.

    Tenaga diperlukan untuk pengecutan otot, pengangkutan aktif bahan-bahan

    biokimia, sintesis protein, pembahagian sel, dan penghantaran impuls saraf. Sistem

    respirasi terdiri daripada hidung, trakea, peparu, tulang rusuk, otot interkosta,

    bronkus, bronkiol, alveolus dan diafragma.

    Objektif : Menyiasat sistem respirasi mamalia

    Bahan dan radas : Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop,

    kanta tangan.

    Prosedur :

    1. Tikus diletakkan di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke

    atas. Jarum digunakan untuk memegang tikus di atas papan pembedahan.

    2. Dimulai memotong di bahagian ventral pada garisan tengah dan dipotong

    hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur

    3. Kulit dipegang dengan forseps, tisu perantara dikeluarkan. Kulit ditarik dan

    dipinkan ke atas papan pembedahan. Dinding toraks dipotong secara ventral

    dari sisi untuk mendedahkan rongga toraks.

    4. Kelenjar timus dikeluarkan.

    5. Otot dan tisu di bahagian leher dipotong untuk mendedahkan trakea dan

    laring.

  • 7/22/2019 eksperimen tikus

    2/9

    6. Bahagian atas laring dipotong. Tisu perantara yang terlekat pada trakea

    dikeluarkan.

    7. Dengan hati-hati, kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring dikeluarkan

    serentak. Esofagus dari jantung dipisahkan. Laring, trakea dan paru-paru

    dipinkan di atas papan pembedahan. Gambarajah berlabel struktur-struktur

    yang telah dikeluarkan dilukis.

    Pemerhatian :

    Esofagus

    Perut

    JantungParu-paru

  • 7/22/2019 eksperimen tikus

    3/9

    Perbincangan

    Pembedahan sistem respirasi mamalia.

    D i da la m e ks pe ri me n i ni , t ik us p ut ih t el ah d ig un aka n

    se bag ai sp esi me n. Sebelum pembedahan dilaksanakan, klorofom telah

    digunakan bagi memastikan tikus pengsan bagi memudahkan pembedahan

    dijalankan. Bekas yang diisi klorofom mestilah di tutup agar klorofom tersebut

    Usus kecil

    dan besar

  • 7/22/2019 eksperimen tikus

    4/9

    tidak bebas keluar ke udara. Setelah 15 minit, tikus tidak sedarkan diri dan

    diletakkan di atas papan pembedahan. Empat kaki tikus dilekatkan di atas

    p ap an p em be da ha n d en ga n c ar a s et i ap k ak i t er se bu t d ic uc uk

    de nga n me ngg un aka n pi n. Dengan itu, ia akan memudahkan urusan

    pembedahan dan pemerhatian ke atas organ respirasi mamalia tersebut..

    Pembedahan tikus perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak

    mengganggu organ dalaman tikus tersebut. Dengan menggunakan gunting

    dan pisau, tikus dipotong mulai dar i bahagian ventral pada garisan tengah dan

    dipotong hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur.

    Kulit ditarik dan dipinkan di atas papan pembedahan.

    Pada bahagian tengah badan tikus tersebut terdapat sangkar dada

    dan di bahagian dalam sangkar dada terdapat organ respirasi iaitu paru-

    paru. Tikus yang dibedah mempunyai 10 pasang sangkar dada. Fungsi sangkar

    dada dalah untuk melindungi organ dalaman seperti jantung dan paru-paru.

    Paru-paru adalah tisu berspan yang dapat mengembang dan mengecut

    mengikut gerakan sedutan dan hembusan nafas. Membran paru-paru

    adalah nipis, lembab dan diliputi oleh jaringan kapilari. Rajah dibawah

    menunjukkan gambarajah paru-paru.

    Pertukaran gas di paru-paru berlaku

    secara resapan. Di alveolus, udara

    disedut yang disedut mengandungi lebih

    banyak oksigen tetapi sedikit karbon

    dioksida. Di kapilari darah, kepekatan gas oksigen ialah tinggi tetapi tekanan gas

    karbon dioksida adalah rendah. Oksigen di alveolus akan meresap ke dalam kapilari

    darah. Karbon dioksida dalam kapilari darah meresap ke dalam udara alveolus.

  • 7/22/2019 eksperimen tikus

    5/9

    Darah yang meninggalkan alveolus mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan

    karbon dioksida yang rendah. Rajah di bawah menunjukkan gambar alveolus.

    Ketika tikus dibedah daripada bahagian tengah ke atas mu lu t , rahang

    dapat d i l iha t apab i la mu lu t te rbuka dan la r ing t i kus

    te rdedah.Trakea adalah bahagian yang bersambung daripada laring kepada

    cabang sebelum paru-paru. Panjang trakea tikus yang dibedah ialah 2 cm.

    Trakea ialah struktur berbentuk tiub yang menyalurkan udara ke dalam

    dan luar paru-paru. Dinding trakea terdiri daripada gelang-gelang rawan

    berbentuk C yang mencegahnya daripada ranap. Trakea bercabang

    kepada sepasang bronkus. Setiap bronkus membahagi dan membentuk

    cabang-cabang yang lebih kecil yang dipanggil bronkiol. Bronkiol

    bercabang dan berakhir dengan kumpulan pundi udara yang dipanggil

    a lveolus. Pertukaran gas berlaku pada permukaan alveolus. Rajah

    dibawah menunjukkan gambarajah alveolus.

    .

    Darah dariarteri pulmonari

    Darah darivena pulmonari

    alveolus bronkiol

  • 7/22/2019 eksperimen tikus

    6/9

    Pertukaran gas di paru-paru berlaku secara resapan. Di alveolus, udara yang

    disedut mengandungi lebih banyak oksigen tetapi sedikit karbon dioksida. Di kapilari

    darah, kepekatan gas oksigen ialah tinggi tetapi tekanan gas karbon dioksida ialah

    rendah. Oksigen di alveolus akan meresap ke dalam kapilari darah. Karbon dioksida

    dalam kapilari darah meresap ke dalam udara melalui alveolus. Darah yang

    meninggalkan alveolus mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon

    dioksida yang rendah.

    Kesimpulan:

    Paru-paru merupakan organ yang penting dalam sistem respirasi mamalia.

  • 7/22/2019 eksperimen tikus

    7/9

    Soalan :

    1 (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini.

    10

    (b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini.

    Tulang rusuk berfungsi sebagai penyokong dan perlindungan.

    2 (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma.

    Diafragma ialah selapis otot yang memisahkan toraks daripada abdomen.

    dalam keadaan kendur, diafragma berbentuk kubah dengan puncaknya ke atas.

  • 7/22/2019 eksperimen tikus

    8/9

    (b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.

    Diafragma terdiri daripada otot yang fleksibel dan mudah dibentuk penting

    untuk menjalankan fungsinya sebagai salah satu bahagian yang terpenting

    bagi memastikan udara masuk dan keluar dengan baik. Apabila udara ditolak

    masuk ke dalam ruang toraks, tulang rusuk akan ditarik keluar dan ke atas

    menyebabkan diafragma yang melekat pada tulang rusuk akan menjadi rata

    menyebabkan ruang udara pada ruang toraks bertambah. Ciri-cirinya yang

    fleksibel dan kuat membantu untuk memastikan diafragma dapat

    mengembang dan mengecut dengan baik tanpa terkoyak.

    3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan. Picit paru-paru dan perhatikan

    teksturnya. Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan

    mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air.

    Salah satu paru-paru adalah lebih besar berbanding paru-paru yang satu lagi.

    Paru-paru bahagian kanan lebih besar sedikit berbanding paru-paru kiri

    kerana jantung menggunakan beberapa ruang di par-paru kiri kita. Jadi, untuk

    memberi ruang kepada jantung, paru-paru kiri adalah lebih kecil berbanding

    paru-paru kanan. Selain itu, luas permukaan per isipadu paru-paru kanan

    lebih luas berbanding paru-paru kiri. Permukaan paru-paru dilapisi oleh satu

    selaput iaitu selaput visceral (selaput paru-paru yang terdapat celah yang

    sempit yang berisikan sedikit cecair). Tekstur paru-paru yang dilihat adalah

    kenyal seperti span.

    4. Ukur panjang trakea ( dari laring ke bahagian cabang bronkus).

    2 cm

  • 7/22/2019 eksperimen tikus

    9/9