Entrepreneurship

21
BACHELOR OF PSYCHOLOGY WITH HONOURS OUMM 2103 ENTREPRENEURSHIP Nama: Ibi Ak Nisau Nombor Matrikulasi: RF 141423002 Nombor Kad Pengenalan: RF 141423 Nombor Telefon: 019-8463841 E-mail: [email protected] Nama Tutor:Jale Bin Ahmad Pusat Pembelajaran: Pusat Pembelajaran Greenhill

description

D herbs

Transcript of Entrepreneurship

Page 1: Entrepreneurship

BACHELOR OF PSYCHOLOGY WITH HONOURS

OUMM 2103

ENTREPRENEURSHIP

Nama: Ibi Ak Nisau

Nombor Matrikulasi: RF 141423002

Nombor Kad Pengenalan: RF 141423

Nombor Telefon: 019-8463841

E-mail: [email protected]

Nama Tutor:Jale Bin Ahmad

Pusat Pembelajaran: Pusat Pembelajaran Greenhill

Semester September 2014

Page 2: Entrepreneurship

ISI KANDUNGAN

EMOTION AND PERCEPTION

Bil. Isi Kandungan Mukasurat

1. 1.0 Pengenalan 3-5

2.

2.0 Elemen –elemen Persekitaran Makro

2.1 Ekonomi

2.2 Politik dan Perundangan

2.3 Sosial

2.4 Teknologi

2.5 Persekitaran/Alam Semulajadi

5,6

6,7

7

8

8

3.

3.0 Kesan Elemen Persekitaran Makro ke Atas Organisasi

3.1 Ekonomi

3.2 Politik dan Perundangan

3.3 Sosial

3.4 Teknologi

3.5 Persekitaran/Alam Semulajadi

8,9

9

9,10

10

10

4. 4.0 Cadangan Penambahbaikan Untuk Menguruskan

Persekitaran Makro Organisasi11,12

5. 5.0 Penutup 12,13

6. Rujukan 14

1.0 Pengenalan

Entrepreneurship Page 2

Page 3: Entrepreneurship

Persekitaran makro sesebuah syarikat merujuk kepada pelbagai maksud. Persekitaran

macro sesebuah syarikat dan peranan yang lain yang beroperasi dalam persekitaran makro yang

besar membentuk peluang dan menimbulkan ancaman kepada syarikat dikenali sebagai

persekitaran makro. Persekitaran makro adalah persekitaran yang diluar kawalan syarikat tetapi

syarikat perlu sentiasa mengawasinya kerana persekitaran ini boleh memberi peluang dan

ancaman kepada syarikat atau organisasi (Armstrong & Kotler, 2011). Enam elemen persekitaran

makro luar yang mempengaruhi aktiviti pemasaran organisasi dan membentuk peluang dikenali

juga sebagai persekitaran makro. Selain itu, faktor yang mempengaruhi syarikat atau

pembangunan produk yang di luar kawalan syarikat juga dikenali sebagai persekitaran makro.

Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka masa

yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal (Armstrong &

Kotler, 2011). Sebagai contoh, persekitaran makro termasuklah pesaing, perubahan dalam kadar

faedah, perubahan cita rasa budaya, atau peraturan kerajaan. Secara keseluruhannya, faktor-faktor

yang merupakan sebahagian utama syarikat & faktor-faktor yang mempengaruhi pemasaran

sebuah organisasi dikenali sebagai persekitaran makro.

Enam elemen yang dikenali sebagai persekitaran makro sesebuah syarikat adalah merujuk

kepada faktor-faktor utama luaran dan tidak terkawal yang mempengaruhi pembuatan keputusan

sesebuah organisasi dan menjejaskan prestasi dan strategi organisasi terbabit. Faktor-faktor ini

termasuk ekonomi, demografi, keadaan perundangan dan politik, sosial, perubahan teknologi dan

kuasa-kuasa semulajadi. Persekitaran makro juga dikenali sebagai unsur-unsur luar yang wujud

di luar kawalan syarikat yang boleh memberi kesan ketara prestasi dan keupayaan untuk bersaing

dalam pasaran. Pendedahan kepada pengenalan maksud kepada persekitaran makro sesebuah

syarikat memberi maksud yang jelas iaitu kaitan prestasi sesebuah syarikat dengan enam elemen

yang telah dinyatakan. Keenam – enam elemen ini juga dikenali sebagai PESTEL (politic,

economic, social, technology, environment and legal factors).

Bagi melihat kesan persekitaran makro kepada sesebuah syarikat, saya telah memilih

sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan produk kesihatan dan kecantikan yang

mendapat tempat dihati pengguna masa kini iaitu syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang

diasaskan oleh Datuk Aliff Syukri Kamarzaman. Sedikit latar belakang mengenai pengasas

Entrepreneurship Page 3

Page 4: Entrepreneurship

D’Herbs yang hanya berumar 25 tahun apabila menerima gelaran Datuk memberi gambaran

bahawa semangat kental mampu membawa kita ke arah kecemerlangan hidup. Syarikat D’Herbs

sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatannya yang terkenal dengan slogan ‘Terlajak

Laris’. Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau, Kuala

Lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor

dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu

beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di

sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam

sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage. Sejarah penubuhan syarikat

bumiputera D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. bermula pada tahun 2010 di mana syarikat D’Herbs yang

hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4

produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelangsingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick

Rawatan Bibir. Dibawah adalah contoh produk yang dihasilkan oleh syarikat D’Herbs:

1.0 Ilustrasi produk keluaran D’Herbs Healthy Sdn. Bhd.

Demi memastikan produk D’Herbs mendapat tempat di hati pengguna, pelbagai teknik

pemasaran digunakan oleh Datuk Aliff Syukri untuk memperkukuhkan jenama D’Herbs di

pasaran Malaysia dan melangkah sehingga ke pasaran Asia Tenggara seperti Singapura dan

Brunei. Produk kesihatan dan kecantikan merupakan produk yang terlaris di pasaran kerana

kehendak pengguna yang tinggi terhadap barangan sebegini. Pengguna pada abad ini amat

mementingkan kecantikan diri dan sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk memastikan

kekal muda dan jelita. Konsep kekal muda bukan lagi digemari oleh golongan wanita sahaja

tetapi juga golongan lelaki yang menitikberatkan kesihatan dan kecantikan diri mereka. Oleh

kerana itu, produk kecantikan ini mampu memperolehi pasaran yang meluas sehingga ke

Entrepreneurship Page 4

Page 5: Entrepreneurship

peringkat antarabangsa. Objektif D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. juga adalah untuk memastikan

produk D’Herbs menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.

Untuk bertahan dalam sesuatu perniagaan, syarikat perlu melihat kepada persekitaran

mikro dan persekitaran makro yang mampu mempengaruhi kedudukan dan persaingan yang perlu

dihadapi oleh sesebuah syarikat terutamanya syarikat yang baru membangun dalam sesuatu

bidang perniagaan. Oleh yang demikian, saya akan membincangkan perkaitan elemen- elemen

persekitaran makro yang mempengaruhi sesebuah syarikat dalam membuat keputusan. Faktor –

faktor persekitaran makro adalah faktor yang tidak mampu dikawal oleh sesebuah syarikat dan

disebabkan hal ini, pihak syarikat perlu bijak memikirkan penyelesaian yang mampu

menguntungkan syarikat dari masa ke semasa.

2.0 Elemen – elemen Persekitaran Makro

Enam elemen persekitaran makro yang akan dibincangkan adalah faktor ekonomi, faktor politik,

faktor perundangan, faktor sosial, faktor teknologi dan faktor persekitaran/semulajadi.

2.0 Iliustrasi Persekitaran Makro

2.1 Ekonomi

Kebiasaannya persekitaran ekonomi melibatkan permintaan terhadap produk dan

perkhidmatan dalam ekonomi. Persekitaran ekonomi dapat dilihat melalui faktor-faktor yang

mempengaruhi kuasa beli pengguna dan corak perbelanjaan (Kotler et. al, 2011). Sesebuah

syarikat perlu memantau pola perubahan dalam pendapatan dan perbelanjaan pengguna. Hal ini

kerana ianya memberi kesan kepada pembelian barangan di pasaran semasa. Kuasa membeli

pengguna mepengaruhi kestabilan dan prestasi sesebuah syarikat. Sebarang perubahan sama ada

dalam bentuk positif dan negatif di dalam pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah,

Entrepreneurship Page 5

Persekitaran Makro

Ekonomi

Politik & Perundangan

Sosial Semulajadi

Teknologi

Page 6: Entrepreneurship

pola pendapatan, kos hidup, simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran

(Azianlin, 2007). Untuk memastikan syarikat berkembang maju, pemasar perlu melihat kepada

persekitaran pada peringkat global, nasional dan tempatan di mana pemasar menjalankan

perniagaan. Syarikat D’Herbs dilihat mempunyai potensi yang meluas dalam bidang produk

kecantikan dan kesihatan. Melalui pemasaran yang dijalankan, peluang untuk syarikat D’Herbs

untuk melangkah lebih jauh terbuka luas. Produk D’Herbs dilihat mendapat sambutan yang

menggalakkan dari pengguna terutamanya pengguna di Malaysia kerana harga yang ditawarkan

berpatutan dan menepati kehendak semua golongan. Ini bukan sahaja menarik minat pengguna

setelah berpuas hati dengan produk yang dihasilkan tetapi juga dapat menarik pelabur – pelabur

asing untuk menjalinkan usahasama dalam bidang ‘Research and Development’ (R&D).

2.2 Politik dan Perundangan

Persekitaran perundangan merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang

oleh pihak kawalan syarikat yang memberi pengaruh atau had di dalam firma atau individu dalam

masyarakat (Armstrong & Kotler, 2011). Kerajaan dan perundangan memainkan peranan

mengawal selia segala produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran. Tujuan prundangan

adalah untuk memastikan sesuatu produk itu memenuhi piawaan yang telah ditetapkan bagi

menjamin kualiti produk tersebut elok untuk kegunaan orang ramai selain mengelakkan

berlakunya ketidakseimbangan dalam pasaran sesuatu barangan. Undang-undang di dalam

persekitaran makro meliputi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan seperti

reka bentuk produk dan menetapkan harga terhadap barang kawalan, pengiklanan, upah dan

persekitaran tempat kerja seperti rangka undang-undang yang diwujudkan yang memerlukan

syarikat memenuhi atau mematuhi undang-undang yang ditetapkan (Mimi Hamiza Ibrahim,

2013). Perniagaan juga dikawal oleh undang-undang yang sedia ada seperti Undang-Undang

Kontrak, Undang-Undang Jualan Barang-Barang, Undang-undang Sewa Beli, Undang-Undang

Perkongsian, Undang-Undang Syarikat dan sebagainya (Mimi Hamiza Ibrahim, 2013). Syarikat

D’Herbs telah mengasilkan produk yang mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) dan memenuhi piawaan yang telah ditetapkan oleh KKM bagi memastikan

produk yang dihasilkan tidak mengandungi bahan terlarang dan sesuai untuk pengguna. Ini amat

penting kepada pengguna kerana produk kecantikan dan kesihatan yang melanggar spesifikasi

Entrepreneurship Page 6

Page 7: Entrepreneurship

yang ditetapkan oleh undang – undang boleh mengundang bahaya dan maut kepada pengguna.

Selain itu, harga yang ditawarkan oleh syarikat D’Herbs terhadap barangannya juga berpatutan

untuk semua golongan samada berpendapatan tinggi atau rendah.

2.4 Sosial

Persekitaran sosial terbahagi kepada dua iaitu persekitaran budaya dan persekitaran demografi.

Persekitaran budaya termasuk institusi dan kuasa-kuasa lain yang memberi kesan kepada nilai-

nilai asas, tingkah laku, dan keutamaan masyarakat yang mempunyai kesan ke atas keputusan

pemasaran pengguna. Persekitaran budaya juga merangkumi cara hidup dan nilai sosial

masyarakat, kepercayaan, bahasa yang digunakan, gaya hidup keluarga, perubahan citarasa

pengguna dan lain-lain lagi. Elemen-elemen ini pasti akan mengubah pola permintaan dan ianya

akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh syarikat atau usahawan.

Persekitaran demografi termasuklah kajian populasi manusia dari segi saiz, kepadatan, lokasi,

umur, jantina, bangsa, pekerjaan, dan maklumat statistik lain yang berkaitan dengan populasi

(Mily, 2011). Perubahan-perubahan ini akan membawa kepada perubahan pada permintaan,

kuasa beli, sasaran, saiz pasaran dan sebagainya. Faktor statistik demografi mudah diperolehi

kerana ia adalah data pungutan kerajaan dan ia boleh digunakan sama ada secara langsung atau

tidak langsung. Kajian serta pengawasan terhadap syarikat dalam demografi penting kerana

populasi membentuk pasaran (Azianlin, 2007). Sebarang keputusan di dalam menjalankan

perniagaan atau operasi perniagaan mestilah mengambil kira akan perubahan-perubahan ini.

Berdasarkan persekitaran sosial, syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. memenuhi

permintaan pasaran di Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei dan Singapura kerana kepercayaan

pengguna kepada penggunaan herba yang boleh mengembalikan kecantikan dan kecerdasan pada

pengguna. Kebijakan Datuk Aliff menggunakan bahan semulajadi dan herba – herba sebagai

ramuan utama membantu meningkatkan jualan produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs. Hal ini

kerana kebanyakan pengguna yang majoriti adalah kaum Melayu amat percaya kepada ramuan

semulajadi iaitu herba yang mampu merawat kecantikan sejak turun-temurun. Selain itu, populasi

di Malaysia dan Brunei yang majoritinya adalah kaum Melayu memberi kelebihan kepada

syarikat D’Herbs untuk memasarkan produknya di pasaran. Selain harga yang berpatutan, kualiti

yang terdapat dalam produk D’Herbs digemari oleh semua peringkat umur.

Entrepreneurship Page 7

Page 8: Entrepreneurship

2.5 Teknologi

Pada abad ke-21 ini, peningkatan dalam teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasaran.

Perubahan teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang dan pasaran baru terbuka kepada

pemasar. Ia turut menyumbangkan kepada peningkatan peruntukan belanjawan di dalam R & D.

Kesan dari pembangunan teknologi ini akan meningkatkan keluaran sesuatu produk di dalam

pasaran, wujudnya produk-produk inovasi dan memberi kesan kepada aktiviti-aktiviti pemasaran.

D’Herbs mempunyai visi dan misi yang jelas untuk memasarkan produknya sehingga ke pasaran

dunia. Oleh itu, Datuk Aliff telah menaik taraf penggunaan teknologi bagi menjamin pengeluaran

dan kualiti produk terjamin. Penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan hasil

pengeluaran sesuatu produk dan memenuhi permintaan orang ramai. Oleh itu, teknologi moden

mampu menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan ini menggalakkan pemasar untuk

bersaing secara sihat.

2.6 Persekitaran/Kuasa Semulajadi

Persekitaran semulajadi adalah di mana ianya melibatkan pemprosesan bahan mentah yang

digunakan untuk menghasilkan produk. Syarikat D’Herbs menggunakan alam semulajadi iaitu

bahan –bahan herba dan akar – akar kayu yang digunakan sebagai ubatan dan bahan untuk

menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan. Produk yang berasaskan semulajadi ini menarik

minat pembeli kerana pengguna gemar kepada produk yang berasaskan bahan semulajadi

terutamanya produk kecantikan dan kesihatan. Oleh oitu, elemen semulajadi merupakan sumber

utama kepada syarikat D’Herbs untuk memproses produk mereka.

3.0 Kesan Elemen Persekitaran Makro ke Atas Organisasi

3.1 Ekonomi

Kesan Persekitaran ekonomi kepada syarikat D’Herbs adalah kuasa membeli pengguna dan corak

perbelanjaan mereka untuk membeli sesuatu produk. Memandangkan taraf hidup yang semakin

meruncing masa kini dengan harga barangan yang semakin naik, kuasa membeli pengguna juga

berkurangan ke atas barangan kehendak. Apa yang membimbangkan pemasar adalah dari segi

Entrepreneurship Page 8

Page 9: Entrepreneurship

kuasa beli, kos, harga dan keuntungan yang berada diluar kawalan mereka. Menurut Girijasankar

& Bhar (2011) antaranya perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat,

kuasa beli juga akan meningkat (Mimi Hamiza Ibrahim, 2013). Manakala sekiranya harga

barang semakin naik, kuasa membeli akan berkurangan. Namun begitu, harga yang ditawarkan

oleh D’Herbs untuk produk mereka masih lagi berpatutan dan tiada kenaikan harga yang

dikenakan meskipun harga bahan mentah di pasaran meningkat.

3.2 Politik dan Perundangan

Menurut Mily (2011), Undang-undang penting yang dilihat yang boleh menjejaskan perniagaan

atau pelaburan termasuklah undang-undang dalam bidang kepenggunaan, hubungan pekerja,

alam sekitar dan amalan yang kompetitif. Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah

organisasi khususnya mempengaruhi objektif organisasi, dasar, keputusan, sekatan undang-

undang dan juga undang-undang berkaitan cukai (Mimi Hamiza Ibrahim, 2013). Bagi syarikat

D’Herbs, kuasa politik dilihat tidak begitu mempengaruhi penjualan produknya di pasaran

memandangkan produknya dipasarkan secara menyeluruh di seluruh negeri meskipun di negeri

yang dikuasai pemimpin parti politik anti-kerajaan. Ianya tidak memberi kesan ke atas pemasaran

produknya di pasaran. Namun. D’Herbs perlu bersaing dengan produk tempatan yang lain dan

produk yang diimport dari luar negara. Dari segi perundangan, terdapat halangan perdagangan

seperti tarif (cukai) dan kuota yang ditetapkan oleh negara tuan rumah bagi menjaga produk

tempatan dari persaingan yang mampu menjatuhkan produk tempatan dalam pasaran.

3.3 Sosial

Elemen persekitaran demografi boleh mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi

jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya

(Mimi Hamiza Ibrahim, 2013). Sekiranya strategi yang digunakan tidak menepati kehendak

pasaran, ianya akan merugikan syarikat. Melalui kebudayaan pula, institusi dan kuasa-kuasa lain

memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku (Kotler

et al, 2011). Dari segi demografi, syarikat D’Herbs telah mengeluarkan suatu produk yang

menepati pasaran kerana majoriti penduduk di Malaysia, Brunei dan Singapura adalah orang

Melayu yang mementingkan kecantikan terutama dari produk yang menggunakan herba dan alam

Entrepreneurship Page 9

Page 10: Entrepreneurship

semulajadi dalam penghasilannya. Tambahan, ianya bersesuaian kerana strategi pemasar yang

menggunakan slogan ‘Terlajak Laris’ yang dilihat begitu unik dan menarik. Masyarakat Melayu

amat percaya pada alam semulajadi yang mampu merawat sakit dan menyihatkan tubuh badan.

Maka, produk D’Herbs menepati citarasa mereka.

3.4 Teknologi

Teknologi memberi kesan yang paling hebat kepada syarikat kerana melibatkan kos dan proses

pembuatan sesuatu produk. Teknologi merupakan tenaga yang paling dramatik yang memberi

kesan kepada usahawan atau syarikat (Kotler et al, 2011). Penggantian teknologi lama kepada

yang baru megambil masa dan mungkin akan menjejaskan pengeluaran sesuatu produk. Dengan

menukarkan teknologi boleh menjejaskan permintaan bagi produk dan perkhidmatan firma,

proses pengeluaran dan bahan-bahan mentah serta turut menjejaskan proses dalam melaksanakan

tugasan (Kotler et al, 2008). Bagi syarikat D’Herbs, teknologi tidak menajdi masalah kepada

mereka kerana syarikat mereka masih lagi baru beroperasi iaitu sekitar tahun 2010 dan teknologi

yang digunakan juga masih lagi baru dan moden. D’Herbs hanya perlu menambahbaik teknologi

yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran produk syarikat mereka memandangkan

permintaan yang semakin tinggi.

3.5 Persekitaran/Alam semulajadi

Kesan elemen alam semulajadi kepada syarikat D’herbs amat bermakna kerana produk yang

dihasilkan oleh syarikat D’Herbs adalah berasaskan bahan semulajadi. Oleh itu, amat penting

bagi pemasar memastikan bahan semulajadi ini sentiasa ada kerana ianya merupakan bahan

utama dalam proses penghasilan produk. Bahan – bahan seperti herba yang biasa digunakan oleh

orang tua terdahulu sejak turun – temurun mengandungi bahan yang mampu merawat sakit dan

mengembalikan kecantikan seseorang memandang pada zaman itu ubatan secara tradisional

merupakan perubatan yang utama.

Entrepreneurship Page 10

Page 11: Entrepreneurship

4.0 Cadangan Penambahbaikan Untuk Menguruskan Persekitaran Makro Organisasi

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat D’Herbs untuk

meningkatkan pemasaran produk di pasaran dan meningkatkan keuntungan yang boleh diperolehi

oleh syarikat.

4.1 Ekonomi

Dari sudut ekonomi, syarikat D’Herbs boleh meluaskan pasaran kepada kumpulan sasaran kaum

lain seperti India dan Cina di Malaysia dan menjadikan produk D’Herbs sebagai produk yang

bersifat sejagat. Ini kerana, kebanyakan pengguna Cina dan India gemar produk import

berbanding produk tempatan kerana merasakan produk import lebih berkualiti dan memepati

citarasa mereka.

4.2 Politik dan Perundangan

Bagi memastikan produk D’Herbs mampu bertahan dalam indutri ini untuk tempoh jangka masa

yang lebih panjang, pengaruh politik juga perlu diambil kira sekiranya syarikat D’Herbs berhasrat

untuk menjadikan produk D’Herbs sebagai produk multinasional dan dapat dipasarkan sehingga

ke seluruh negara di dunia. Dari segi perundangan, tarif dan kuota yang dikenakan ke atas produk

D’Herbs memang tidak boleh dielakkan. Ini kerana, sekiranya melibatkan pasaran luar negara,

semua ini harus dihadapi oleh mana- mana pemasar sekalipun. Oleh itu, untuk meningkatkan

jualan di pasaran luar, syarikat D’herbs perlu bijak meneliti pasaran dunia dengan mengetahui

struktur politik di sana dan undang- undang yang telah ditetapkan di negara terbabit. Dengan itu,

peluang untuk memasuki pasaran lebih tinggi kerana dapat memahami keadaan sesebuah negara

terbabit.

4.3 Sosial

Untuk menembusi pasaran luar, syarikat D’Herbs perlu mengkaji dan meneliti keadaan

demografi dan budaya masyarakat di negara tersebut. Ini amat penting untuk memastikan produk

D’Herbs diterima dan mendapat permintaan dari pengguna di negara tersebut. Pemahaman

mengenai kehendak pengguna amat perlu kerana pengguna adalah prospek utama syarikat

D’Herbs.

Entrepreneurship Page 11

Page 12: Entrepreneurship

4.4 Teknologi

Syarikat D’Herbs perlu meningkatkan teknologi mereka untuk menghasilkan produk dengan

kunatiti yang lebih banyak sekiranya ingin menembusi pasaran dunia. Penggunaan teknologi baru

yang lebih konsisten dan efisen amat perlu (Kotler et al, 2008). Syarikat D’Herbs perlu mencari

suatu tapak yang besar dan membina kilang yang lebih canggih untuk menghasilkan produk

D’Herbs kerana sekiranya permintaan terhadap produk tinggi tetapi teknologi yang digunakan

adalah terhad, ini boleh membantutkan pemasaran produk yang bersifat global. Oleh itu, pemasar

perlu memikirkan kekangan teknologi ini dengan lebih meluas lagi untuk menjadi salah satu

pengeluar produk kecantikan dan kesihatan yang terbesar.

4.5 Persekitaran/Alam semulajadi

Untuk memastikan produk D’Herbs sentiasa mempunyai bahan mentah yang mencukupi, syarikat

D’Herbs perlu mengambil langkah dengan melakukan penanaman bahan mentah itu sendiri.

Dengan cara ini, bahan mentah yang diperlukan sentiasa ada dan menjadi bahan sampingan

sekiranya pembekal tidak dapat membekal bahan mentah kepada syarikat. Ini perlu untuk

memastikan proses pengeluaran produk D’Herbs tidak mengalami sebarang kesulitan.

5.0 Rumusan/Penutup

Konsep pemahaman mengenai persekitaran makro amat penting bagi sesebuah organisasi

atau syarikat kerana elemen ini mampu mempengaruhi kedudukan dan strategi sesebuah syarikat.

Pengaruh yang berada di luar kawalan sesebuah syarikat memberi impak yang hebat kerana

pemasar tidak mampu mengawal keadaan sedemikian. Oleh itu amat penting kepada sesebuah

syarikat untuk mendalami kesan elemen – elemen ini ke atas produk dan pemasaran produk

terutamanya di peringkat global. Persekitaran makro mempunyai kesan yang positif dan negatif

kepada syarikat terutama melibatkan strategi dan keupayaan syarikat untuk terus beroperasi dan

berkembang.

Elemen persekitaran makro seperti ekonomi, teknologi, politik dan perundangan dan

sosial perlu dikaji dan difahami oelh sesebuah syarikat untuk memastikan syarikat mampu

Entrepreneurship Page 12

Page 13: Entrepreneurship

menerapkan elemen ini dalam organisasi dan sekaligus memastikan ianya tidak menjadi

penghalang kepada syarikat untuk beroperasi dan berkembang maju. Untuk berjaya, sesebuah

syarikat atau organisasi perlu mematuhi strategi persekitaran syarikat atau organisasi serta di

mana ia beroperasi atau dapat membentuk semula syarikat atau organisasi tersebut dengan lebih

baik melalui pilihan strategi yang berkesan (mimi Hamiza Ibrahim, 2013). Oleh itu, untuk

memastikan syarikat mampu bersaing dan berkembang, amat penting bagi sesebuah syarikat

melihat kepada kesan elemen persekitaran makro ini ke atas prestasi dan strategi syarikat untuk

terus kukuh dalam operasi. Perkara yang berada di luar kawalan perlu diawasi dan sentiasa peka

dengan segala perubahan yang terjadi akibat dari perkeitaran makro.

(2880 perkataan)

Entrepreneurship Page 13

Page 14: Entrepreneurship

Rujukan

1. Azianlin (Januari 09, 2007)). Dunia Perniagaan. Diperolehi pada 2014, Oktober 16 dari

http://azianlin.blogspot.com/

2. Chugan, Pawan K., R&D Thrust in Developing Countries - A Case of Indian Automobile

Ancillary Industry (July, 1995). NMIMS Management Review, Vol. 7, No. 2, July –

December 1995, pp. 50-67. Diperolehi dari SSRN: http://ssrn.com/abstract=2243357

[versi elektronik]

3. Gary Armstrong & Philip Kotler (2008). Principles of Marketing 12th Edition. Harlow: Prentice Hall

4. Gary Armstrong & Philip Kotler (2011). Principles of Marketing 14th Edition. Harlow:

Prentice Hall

5. MilyDungun (Ogos 16, 2011). Keusahawanan 2 (Mengenal Pasti Faktor- faktor

Persekitaran Makro Yang Mempengaruhi Aktiviti Perniagaan Syarikat. Diperolehi pada

2014, Oktober 16 dari http://unclemilydungun.blogspot.com/2011/08/keusahawanan-2-

mengenal-pasti-faktor.html

6. Mimi Hamiza Ibrahim (November 25, 2013). Persekitaran Makro. Diperolehi pada 2014,

Oktober 16 dari http://ceritacintunmimi.blogspot.com/2013/11/persekitaran-makro.html

7. ZafirahAbuBakar (Mei 10, 2013). Persekitaran Organisasi Luar. Diperolehi pada 2014,

Oktober 16 dari http://zafirahabubakar.blogspot.com/2013/05/persekitaran-organisasi-

luaran-10-mei.html

Entrepreneurship Page 14