Erti Sebuah Kemerdekaan

1
“Erti Sebuah Kemerdekaan” Posted by cibol under Food For Thoughts Sebut sahaja bulan Ogos, semua orang tahu perkaitannya dengan satu perkataan – MERDEKA. satu ungkapan, satu laungan bersejarah yang senantiasa segar menyinar jauh di lubuk hati setiap insan yang bergelar anak Malaysia. Biarpun bukan semua, tetapi hanya pada kebanyakannya, ianya tetap menjadi satu sumber inspirasi bagi menjana semangat patriotisme setiap insan. Ukuran patriotisme pula cukup subjektif dan amat luas ertinya. Patriotisme bukan isu politik atau gimik dan tidak sekadar semangat. Ia lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan yang kekal dan tebal kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan. Pendek kata, patriotisme bukan hanya di bibir sahaja. Ia harus lahir secara semula jadi sebagai sesuatu yang dirasai dan ditafsir daripada degup jantung dan jiwa setiap rakyat Malaysia. Bukan kerana nama dan rupa Bukan kerana pangkat, darjat dan harta Bukan kerana dipinta mahupan dipuja Tetapi kerana rasa cinta Bukan indah khabar dari rupa Bukan kerana hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri kita merana Bukan kerana panas tak sampai ke senja Tetapi kerana ikhlas menuntun jiwa Bukan sekadar laungan Bukan sekadar pautan Bukan sekadar janji manis indah perkhabaran Tetapi suara lantang memberikan erti kepada sebuah pengorbanan Rasa cinta dan bangga tidak perlu dikempenkan Biarpun pemodenan dan arus globalisasi memamah diri dan mengaburkan semangat ini tidak akan luntur ditelan zaman Tersemat indah dan gemilang tak lapuk dek hujan cibol Khamis, 30 Ogos 2007, 12:30 PM http://cibol.wordpress.com/2007/08/30/erti-sebuah-kemerdekaan/

description

MALAYSIA

Transcript of Erti Sebuah Kemerdekaan

Page 1: Erti Sebuah Kemerdekaan

“Erti Sebuah   Kemerdekaan” Posted by cibol under Food For Thoughts 

Sebut sahaja bulan Ogos, semua orang tahu perkaitannya dengan satu perkataan –MERDEKA.

satu ungkapan, satu laungan bersejarah yang senantiasa segar menyinar jauh di lubuk hati setiap

insan yang bergelar anak Malaysia. Biarpun bukan semua, tetapi hanya pada kebanyakannya,

ianya tetap menjadi satu sumber inspirasi bagi menjana semangat patriotisme setiap insan.

Ukuran patriotisme pula cukup subjektif dan amat luas ertinya. Patriotisme bukan isu politik atau

gimik dan tidak sekadar semangat. Ia lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan yang kekal dan tebal

kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan,

keberanian dan kesinambungan. Pendek kata, patriotisme bukan hanya di bibir sahaja. Ia harus

lahir secara semula jadi sebagai sesuatu yang dirasai dan ditafsir daripada degup jantung dan

jiwa setiap rakyat Malaysia.

Bukan kerana nama dan rupa

Bukan kerana pangkat, darjat dan harta

Bukan kerana dipinta mahupan dipuja

Tetapi kerana rasa cinta

Bukan indah khabar dari rupa

Bukan kerana hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri kita merana

Bukan kerana panas tak sampai ke senja

Tetapi kerana ikhlas menuntun jiwa

Bukan sekadar laungan

Bukan sekadar pautan

Bukan sekadar janji manis indah perkhabaran

Tetapi suara lantang memberikan erti kepada sebuah pengorbanan

Rasa cinta dan bangga tidak perlu dikempenkan

Biarpun pemodenan dan arus globalisasi memamah diri dan mengaburkan

semangat ini tidak akan luntur ditelan zaman

Tersemat indah dan gemilang tak lapuk dek hujan

cibol

Khamis, 30 Ogos 2007, 12:30 PM

http://cibol.wordpress.com/2007/08/30/erti-sebuah-kemerdekaan/