Esei dasar Kerajaan

4
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menyedari kepentingan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara. Dengan perpaduan semua bangsa, negara kita barulah akan maju dan dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerajaan sentiasa memastikan pelbagai langkah telah diambil bagi merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dan keamanan di negara kita. Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu dapat memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin pertumbuhan sosial- ekonomi, DAN membekal sumber tenaga yang berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020. Namun, masyarakat kita masih tidak berhenti ditayang- tayangkan dengan pelbagai isu sentimen perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita. Realitinya, perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini. Sebagai negara yang melaung-laungkan perpaduan antara kaum, adalah amat memalukan apabila masih lagi timbul permasalahan sebegini di masyrakat negara kita. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat melaksanakan pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di masyarakat kita dari segi pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan sehinggalah ke masa kini. Antaranya, pihak kerajaan telah menyeragam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkenalkan Laporan Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020 dan lain-lain.Sebagai contoh, kerajaan mewujudkan konsep sekolah wawasan. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India. Langkah ini lebih berkesan jika dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak dapat bergaul

Transcript of Esei dasar Kerajaan

Page 1: Esei dasar Kerajaan

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menyedari kepentingan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara. Dengan perpaduan semua bangsa, negara kita barulah akan maju dan dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerajaan sentiasa memastikan pelbagai langkah telah diambil bagi merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dan keamanan di negara kita.

Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu dapat memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin pertumbuhan sosial-ekonomi, DAN membekal sumber tenaga yang berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020. Namun, masyarakat kita masih tidak berhenti ditayang-tayangkan dengan pelbagai isu sentimen perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita. Realitinya, perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini. Sebagai negara yang melaung-laungkan perpaduan antara kaum, adalah amat memalukan apabila masih lagi timbul permasalahan sebegini di masyrakat negara kita.

Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat melaksanakan pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di masyarakat kita dari segi pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan sehinggalah ke masa kini. Antaranya, pihak kerajaan telah menyeragam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkenalkan Laporan Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020 dan lain-lain.Sebagai contoh, kerajaan mewujudkan konsep sekolah wawasan. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India. Langkah ini lebih berkesan jika dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan-rakan berbilang kaum sejak kecil lagi. Kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum diperkenalkan antara satu sama lain. Usaha-usaha ini dibuat untuk mendidik dan menyatupadukan golongan belia yang berlainan kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk mengecap ke arah pembangunan negara.

Selain itu, pihak kerajaan jugapun telah memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa untuk merapatkan jurang perkauman. Antaranya ialan Dasar Ekonomi Baru ,Dasar Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan Nasional yang memainkan peranan penting dalam menghapuskan pergeseran kaum yang disebabkan oleh pemisahan aktiviti ekonomi ataupun faktor geografikal dengan melibatkan golongan bumiputera dalam aktiviti komersial, mencampur-adukan orang dari pelbagai kaum untuk

Page 2: Esei dasar Kerajaan

melibatkan diri dalam pelbagai sektor misalnya pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubungan antara satu kaum dengan yang lain, dan seterusnya dapat membina persefahaman kaum dan bangsa yang mana ini dapat mengkagumkan negara lain di tahap antarabangsa.

Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa sentiasa menyeru rakyat kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari perayaan terbuka, persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan , dan kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan suara dan seruan perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat bahawa media massa merupakan saluran yang dapat mencapai ke hati semua orang daripada pelbagai tahap sosial masyarakat. Masyarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata "Bersatu padu, bercerai roboh"!

Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Dari segi politik juga, parti-parti politik juga digabungkan melalui Barisan Nasional untuk mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan "1 Malaysia" yang giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak kebelakangan ini. Amat ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian masyrakat merupakan cabaran yang utama bagi kerajaan. Dengan adanya kerjasama masyrakat , barulah dapat menjayakan segala seruan kerajaan untuk menjana pembangunan negara.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam pembentukan keadaan politik yang stabil. Rakyat haruslah bersatu-padu pada setiap masa. Dengan ini, kerajaan barulah dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan negara. Sebaliknya, sesebuah negara akan berada dalam keadaan kacau-bilau maju jaya jika penduduknya tidak bersatu-padu. Tambahan pula. negara itu akan mudah diambil alih oleh negara asing. Rakyat negara pasti akan hidup dengan penuh sengsera atas jajahan negara asing seperti zaman kependudukan Jepun.. Rakyat mungkin akan didera dan tidak dapat layanan yang adil dan saksama.

Page 3: Esei dasar Kerajaan

Seterusnya, kempen, aktiviti dan program-program perpaduan juga harus diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum harus diperbanyakkan. Dengan ini, sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara masyarakat berbilang kaum dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.

Pada kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan kaum dalam negara kita. Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarkat majmuk di negara kita. Bahkan kata "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat", oleh itu, demi mengecap ke arah pembangunan dan pemordenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan sikap bersatu padu dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang cabaran bersama-sama.