Esei Full Sosio Eko Soalan 8

18
1.0 PENGENALAN Darurat merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara yang begitu sukar untuk dilupakan yang melibatkan isu perkauman sehingga ke hari ini. Peristiwa darurat adalah salah satu istilah yang diisytiharkan oleh British ke atas Tanah Melayu apabila berlaku tindak balas yang membawa kepada pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap cadangan Malayan Union dan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu secara radikal berhasrat untuk mengulingkan kerajaan supaya dapat mendirikan sebuah negara Komunis di Tanah Melayu tidak kesampaian. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, PKM telah berjaya mentadbir selama dua minggu sebelum tegaknya Pentadbiran Tentera British (BMA), PKM bertindak menawan balai Polis dan mereka juga mengambil kesempatan membalas dendam dengan melakukan kekejaman dan pembunuhan ke atas orang Melayu yang mereka dakwah pernah bersubahat atau menjadi ejen Jepun. 1 Darurat tercetus apabila gerakan bersenjata yang dilakukan oleh PKM yang enggan menyerah kalah dan berhasrat ingin menggulingkan kerajaan. MPAJA ((Malayan People Anti Japanese Army) telah berjaya menguasai Tanah Melayu selama dua minggu selepas Jepun menyerah kalah kepada British. Sebenarnya PKM ada tiga langkah utama, pertama mereka ingin menyerang kawasan sumber penting ekonomi Tanah Melayu, pondok polis dan kampung-kampung terpencil supaya penduduk meninggalkan kawasan itu untuk dijadikan kawasan pemerintahan PKM. Langkah kedua, PKM akan mengukuhkan & menambahkan bilangan askarnya dengan melatih kadet- kadet baru dengan bantuan Min Yuen. Ketiga PKM, akan menyerang kawasan-kawasan yang lebih startegik seperti pekan-pekan, memusnahkan perhubungan dan pengangkutan serta sabotaj ke atas kepentingan- kepentingan British. Antara kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM seperti 16 Jun 1948, 3 peladang Eropah telah dibunuh oleh PKM berhampiran Sungai Siput, Perak. Akibat pembunuhan ini, kerajaan persekutuan Tanah Melayu telah mengumumkan darurat di Perak dan Johor ini, seterusnya 17 Jun 1948 pihak British telah mengistyiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu, dan telah membawa kepada pengharaman sepenuhnya PKM pada 23 Julai 1948. 2 1 Mohd Reduan Asri. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malayasia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 1993. hlmn. 13. 2 Ibid. hlmn. 14. 1

description

DARURAT DI TANAH MELAYU

Transcript of Esei Full Sosio Eko Soalan 8

Page 1: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

1.0 PENGENALAN

Darurat merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara yang begitu sukar untuk dilupakan yang melibatkan isu perkauman sehingga ke hari ini. Peristiwa darurat adalah salah satu istilah yang diisytiharkan oleh British ke atas Tanah Melayu apabila berlaku tindak balas yang membawa kepada pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap cadangan Malayan Union dan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu secara radikal berhasrat untuk mengulingkan kerajaan supaya dapat mendirikan sebuah negara Komunis di Tanah Melayu tidak kesampaian. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, PKM telah berjaya mentadbir selama dua minggu sebelum tegaknya Pentadbiran Tentera British (BMA), PKM bertindak menawan balai Polis dan mereka juga mengambil kesempatan membalas dendam dengan melakukan kekejaman dan pembunuhan ke atas orang Melayu yang mereka dakwah pernah bersubahat atau menjadi ejen Jepun.1

Darurat tercetus apabila gerakan bersenjata yang dilakukan oleh PKM yang enggan menyerah kalah dan berhasrat ingin menggulingkan kerajaan. MPAJA ((Malayan People Anti Japanese Army) telah berjaya menguasai Tanah Melayu selama dua minggu selepas Jepun menyerah kalah kepada British. Sebenarnya PKM ada tiga langkah utama, pertama mereka ingin menyerang kawasan sumber penting ekonomi Tanah Melayu, pondok polis dan kampung-kampung terpencil supaya penduduk meninggalkan kawasan itu untuk dijadikan kawasan pemerintahan PKM. Langkah kedua, PKM akan mengukuhkan & menambahkan bilangan askarnya dengan melatih kadet-kadet baru dengan bantuan Min Yuen. Ketiga PKM, akan menyerang kawasan-kawasan yang lebih startegik seperti pekan-pekan, memusnahkan perhubungan dan pengangkutan serta sabotaj ke atas kepentingan-kepentingan British. Antara kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM seperti 16 Jun 1948, 3 peladang Eropah telah dibunuh oleh PKM berhampiran Sungai Siput, Perak. Akibat pembunuhan ini, kerajaan persekutuan Tanah Melayu telah mengumumkan darurat di Perak dan Johor ini, seterusnya 17 Jun 1948

1 Mohd Reduan Asri. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malayasia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 1993. hlmn. 13.

1

Page 2: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

pihak British telah mengistyiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu, dan telah membawa kepada pengharaman sepenuhnya PKM pada 23 Julai 1948.2

Sejak itu, komunis menjadi anasir terbesar yang mengancam keselamatan negara. Hal ini menyebabkan kerajaan British terpaksa mengambil tindakan mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada Jun 1948 bagi melindungi serta mengekalkan keamanan negara. Zaman Darurat yang berlanjutan selama 12 tahun itu mendatangkan banyak kesusahan dan penderitaan kepada penduduk di Tanah Melayu akibat persaingan kuasa antara komunis dan kerajaan British. Zaman ini memperlihatkan masalah perkauman yang semakin tegang dan melambatkan pembangunan sosial serta menjejaskan keadaan ekonomi di Tanah Melayu. Oleh itu, darurat telah mencorakkan keadaan sosio-ekonomi di Tanah Melayu.3

2.0 LANGKAH- LANGKAH KERAJAAN MENGATASI PEMBERONTAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)

2.1 RANCANGAN BRIGGS

Kerajaan British terus memperhebatkan gerakkannya menentang komunis dengan melantik Lefternan Jeneral Harold Briggs sebagai pengarah gerakan pada April 1950.4 Beliau telah menjalankan sistem yang akhirnya dikenali sebagai Rancangan Briggs. Rancangan ini adalah bertujuan untuk penempatan semula orang-orang cina yang tinggal berselerak ke kawasan baru yang tinggal berselerak ke kawasan baru yang dipanggil sebagai Kampung Baru. Kawasan ini dikawal ketat dan di pagar bagi mengelakkan dari ugutan Min Yuen yang cuba mendapatkan maklumat dan bekalan makanan. Selain itu rancangan Briggs juga telah melaksanakan Gerakan kelaparan. Gerakan ini bertujuan untuk menyekat bekalan makanan, senjata dan ubat-ubatan daripada tidak jatuh ke tangan komunis ini jelas telah melemahkan mereka.

2 Ibid. hlmn. 14.3 Ho Hui Ling. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2004. hlm 277.4 Mohd Jarib Johan. Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur. 1985. hlmn 201.

2

Page 3: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

Rajah 5: Menunjukkan perpindahan penduduk ke kampung baru bagi menggelak daripada ancaman komunis.

2.2 UNDANG – UNDANG DARURAT

Pada tahun 1948, kerajaan British telah mengadakan Undang-undang Darurat. Undang-undang Darurat ini memberi kuasa yang lebih kepada kerajaan British untuk menentang keganasan komunis. Undang-undang ini menyekat kebebasan berkumpul dan secara tidak langsung menyekat kebebasan bercakap.5 Misalnya, kerajaan berkuasa untuk menangkap dan menahan orang untuk beberapa bulan tanpa perlu dibicarakan di mahkamah. Orang ramai boleh ditangkap jika mereka berkumpul melebihi lima orang di luar bangunan,jika mereka tidak mendapat kebenaran polis. Seseorang yang menyimpan atau membawa senjata api boleh dihukum bunuh. Undang-undang Darurat ini juga telah digunakan untuk melumpuhkan kegiatan politik antipenjajahan yang agak radikal walaupun tiada berkaitan dengan fahaman

5 Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP. 1996. hlmn. 330.

3

Page 4: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

komunis. Misalnya, penangkapan pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol.

2.3 PERANG SARAF

Pada 6 Oktober 1951 Persuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney telah mati dibunuh secara serangan hendap oleh talibarut PKM ketika beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser menyebabkan Parti Konservatif di Britain mengkaji semula dasar memerangi PKM. Penggantinya Sir Gerald Templer 1952 hingga 1954 telah melancarkan operasi “ Perang Saraf ” yang bermatlamat memerangi hati rakyat.6 Di antara langkah yang diambil ialah melayan dengan baik gerila PKM yang ingin menyerah diri, hadiah kepada penduduk yang membantu menangkap atau memberi maklumat serta berjuta-juta risalah dijatuhkan didalam hutan dan kapal terbang dengan pembesar suara.

Selain itu wujud juga perintah berkurung dan kawasan putih dibebaskan daripada perintah berkurung, soal selidik kepada penduduk yang wajib dijawab, serta galakkan kerajaan kepada penduduk untuk menujukkan perasaan anti-komunis, menarik perhatian orang cina dengan menambah hak kerakyatan sebanyak 10 % serta memperkenalkan kad pengenalan bagi mengenal pasti komunis atau pun rakyat biasa.

3.0 ANALISA PERMASALAHAN DALAM ASPEK SOSIAL PADA MASA PENGUATKUASAAN DARURAT (1948-1957)

3.1 KEHIDUPAN PENDUDUK TIDAK TERJAMIN

Kehidupan penduduk tidak terjamin akibat daripada serangan, kekejaman, keganasan, ugutan, sabotaj serta pelbagai tindakan komunis telah menimbulkan kesusahan, ketakutan, penderitaan dan kesengsaraan penduduk di Tanah Melayu. Pembunuhan dan penindasa telahn berlaku secara meluas. Pengalaman pahit terpaksa dilalui oleh penduduk di Tanah Melayu sewaktu penguatkuasaan darurat di Tanah Melayu bukan sahaja

6 Mohd Janib Johan. op.cit. hlmn. 202.

4

Page 5: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

dirasakan oleh penduduk Cina, malahan penduduk Melayu, India, Orang Asli, bahkan orang Eropah yang berada di Tanah Melayu pada ketika itu. Dalam hal ini, penduduk Cina sentiasa menjadi sasaran komunis kerana komunis cuba menimbulkan keadaan huru-hara supaya timbul perasaan ketidakyakinan dan sangsi penduduk terhadap pentadbiran kerajaan. Terdapat tindakan yang dilancarkan oleh komunis ialah serangan bom tangan. Kejadian sabotaj bom yang paling ngeri berlaku di Sheum Circus di Kampar, Perak, pada malam 5 Julai 1949 yang mengakibatkan 46 orang cedera dan 4 orang mati.7

Selain daripada sabotaj bom tangan, komunis juga melakukan kegiatan pembunuhan, penculikan, rampasan dan pembakaran harta benda penduduk Cina. Misalnya, pada awal Julai 1948, 3 orang yang berbangsa Cina dijumpai mati di hutan simpan Bota berhampiran Tronoh, Perak. Mereka ditetak mati dengan parang oleh komunis. Sementara itu, orang Cina yang bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membanteras kegiatan komunis juga tidak dapat lari daripada serangan komunis. Misalnya, Chong Keat Ooi, berumur 35 tahun, seorang Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Perak, ditembak mati oleh komunis berdekatan Langkap, Teluk Intan pada 30 Jun 1948. Kontraktor dan ketua buruh,terutamanya yang bekerja untuk kawsan estet dan firma Eropah turut menjadi sasaran serangan komunis. Orang Cina yang enggan bekerjasama dengan komunis juga akan mengalami nasib yang malang. Buktinya, pada 27 Jun 1948, seorang kepala (ketua) buruh berbangsa Cina di Estet Braemar, Kajang, mati ditembak oleh komunis di luar sebuah kedai di Sungai Kantan, Selangor. Pada mayatnya diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina yang berbunyi “to destroy labour thief”.

Seterusnya, penduduk yang berbangsa Melayu juga tidak dapat lari daripada ancaman komunis dalam tempoh darurat. Misalnya, pada 21 Jun 1948, seorang pengawal hutan yang berbangsa Melayu telah diikat oleh dua orang komunis dan kemudian ditembak mati di Bota berdekatan dengan Tronoh, Perak. Dalam kejadian lain, Abdullah, Pegawai Haiwan Temerloh, Pahang, ditembak dan dibakar oleh komunis pada 19 Januari 1949 di Batu 7, Bentong bersama-sama dengan 11 kakitangan yang lain. Orang India juga

7 Ho Hui Ling. Op.Cit. hlmn 43

5

Page 6: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

tidak terlepas daripada kekejaman dan penyeksaan komunis. Pada 10 Julai 1948, seorang kontraktor India dibunuh oleh komunis di Estet Siliau, Rantau, Negeri Sembilan. Sehari kemudiannya, seorang mandur India dibunuh oleh komunis di sebuah estet di Port Dickson. Kemudiannya, orang Asli juga menderita akibat kegiatan komunis. Mereka sering diugut supaya bekerjasama dengan komunis sebagai pembekal makanan, pemandu jalan dan pengumpul maklumat. Orang Asli menjadi mangsa keganasan komunis kerana mereka tinggal di dalam hutan yang merupakan pusat kegiatan komunis. Antaranya, pada 10 Oktober 1948, kampung Orang Asli di mukim Sungai Segamat, Johor yang diduduki oleh 97 orang Asli diserbu oleh komunis. Kejadian tersebut mengakibatkan kesemua orang Asli berpindah dari kampung pada malam kejadian itu.

Selain itu, peladang dan pelombong Eropah juga turut menjadi mangsa kepada PKM. Sehingga Julai 1954, United Planters Association of Malaya (UPAM) menganggarkan terdapat tujuh peratus peladang Eropah yang dibunuh di Tanah Melayu pada zaman darurat. Pada tahun 1951, peladang Eropah terus terdedah kepada ancaman komunis. Buktinya, pada 10 Januari 1951, penolong pengurus Estet Brooklands, Banting, Kuala Langat, Selangor, W.J Shaw, ditembak mati oleh komunis ketika mangsa sedang menunggang basikal di estet bersama pembantunya, A.N.Symons yang mengalami kecederaan.8

3.2 HUBUNGAN KAUM

Keadaan Darurat juga telah memberikan kesan terhadap hubungan kaum di Tanah Melayu. Hal ini telah jelas kerana lebih 90 peratus daripada komunis adalah terdiri daripada orang Cina dan majoriti penyokongnya juga adalah orang Cina. Orang Melayu yang kebanyakkannya menjadi polis, askar atau pengawal kampung terpaksa menghadapi bahaya akibat serangan komunis. Keadaan ini menambahkan lagi ketegangan kaum di Tanah Melayu ketika itu.

Masalah hubungan kaum ini juga berlaku disebabkan oleh Rancangan Penempatan Semula yang mengakibatkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati orang Melayu terhadap orang Cina apabila kerajaan British

8 Ibid. hlmn. 44-61.

6

Page 7: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

memberikan kemudahan dan perkhidmatan sosial kepada orang Cina di kampung baru berbanding orang Melayu yang tinggal di kampung Melayu. Rancangan ini bertujuan untuk memisahkan penduduk Cina dengan PKM, dengan harapan dapat memenangi sokongan dan kerjasama penduduk Cina ataupun sekurang-kurangnya mereka berhenti daripada membantu komunis. Kerenggangan dan keretajan hubungan kaum semakin jelas meningkat apabila orang Melayu mula sedar atas pemberian hak milik tanah kepada kaum Cina yang sebenarnya belum menjadi warganegara Tanah Melayu. Penyertaan orang Cina dalam pasukan keselamatan yang kurang menggalakkan turut menimbulkan ketegangan antara hubungan kaum di Tanah Melayu. Antara 1949 sehingga 1951 hanya kira-kira 1 500 belia Cina sahaja yang berkhidmat dalam pasukan polis daripada anggota polis yang berjumlah 26 000 orang pada ketika itu.9

3.3 PENDIDIKAN

Darurat juga telah menjadi satu daripada faktor yang menyebabkan penggubalan dasar pelajaran kebangsaan kerana kerajaan merasakan kanak-kanak di Tanah Melayu perlu diberikan pendidikan yang sewajarnya. Dasar Pelajaran Kebangsaan digubal berasaskan kepada Penyata Pelajaran Razak yang telah dibuat pada tahun 1956. Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan ini menetapkan supaya semua kandungan sukatan pelajaran yang berkaitan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu hendaklah ditumpukan kepada hal ehwal negeri. Hal ini juga menetapkan supaya sekolah Cina tidak menggunakan sukatan pelajaran yang terlalu menumpukan perhatian kepada perkara yang berkaitan dengan negara China sahaja.

Selain itu, sekolah-sekolah Tamil juga ditegahkan menggunakan sukatan-sukatan pelajaran dari India. Bahasa Melayu pula telah diterima untuk dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah tersebut. Dengan menggunakan Bahasa Melayu, diharapkan dapat memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu.

9 Kassim Thukiman. Malaysia Perspektif Sejarah dan Politik. Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia. 2002. Hlmn. 114.

7

Page 8: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

Sekiranya masyarakat saling bekerjasama, adalah sukar bagi komunis untuk mempengaruhi mereka.10

3.4 KEMUDAHAN ASAS

Gangguan terhadap kemudahan asas banyak dilakukan oleh komunis pada zaman Darurat. Hal ini kerana, komunis sedar bahawa kepincangan kemudahan asas dapat mengurangkan sokongan dan keyakinan penduduk terhadap pemerintah. Keadaan itu seterusnya dapat menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk terhadap ketidakupayaan kerajaan untuk membantu dalam memelihara kemudahan kehidup mereka.Seterusnya, kempen sabotaj sering dilakukan oleh komunis, terutamanya ke atas jalan raya dan kereta api. Empat kaedah yang dilakukan oleh komunis untuk memusnahkan perkhidmatan kereta api ialah seperti mensabotaj landasan dengan memasang bahan letupan, menembak kereta api yang sedang bergerak, membakar stesen kereta api dan sistem telekomunikasi serta menggelincirkan kereta api dengan melonggarkan landasannya. Misalnya, pada 29 Disember 1948, kereta api panduan (pilot train) yang mengiringi kereta api dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang digelincirkan di Rawang, Selangor.

Selain itu, komunis juga melakukan sabotaj ke atas kemudahan telefon dan telegraf yang mengakibatkan hubungan penduduk dengan orang luartelah terputus.Perbuatan khianat tersebut turut dilakukan agar pihak penyelamat tidak dapat dihubungi dengan segera dan tidak dapat sampai ke tempat kejadian dalam masa yang singkat. Pada 1951, berlaku sebanyak 1 291 kejadian sabotaj komunis terhadap sistem telefon dan telegraf. Di kawasan Teluk Intan, Perak, talian telefon diputuskan dalam empat kejadian pada Disember 1951.

Kemudahan lain seperti paip air juga kerap dirosakkan oleh komunis. Tindakan ini menyulitkan kehidupan penduduk di kawasan terbabit dan mengakibatkan mereka terpaksa bergantung kepada air hujan, air sungai

10 Zainal Abidin Abdul Wahid et al. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996. hlmn 330.

8

Page 9: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

atau air perigi untuk kegunaan harian sebelum paip berkenaan siap dibaiki. Misalnya, di Kajang, Selangor, paip air sepanjang lebih kurang 3.22 kilometer (dua batu) dirosakkan oleh komunis pada 23 Ogos 1949. Hal ini mengakibatkan suatu skim kecemasan terpaksa dibuat iaitu mengepam air dari Sungai Jeloh di luar bandar Kajang untuk kegunaan penduduknya. Malahan, sabotaj terhadap kemudahan bekalan elektrik turut berlaku apabila penyelidikan Skim Hidroelektrik Cameron Highlands terpaksa dibatalkan pada 1950 akibat terbunuhnya jurutera Lembaga Hidroelektrik iaitu B.de Gates.11

4.0 ANALISA PERMASALAHAN DALAM ASPEK EKONOMI PADA MASA PENGUATKUASAAN DARURAT (1948-1957)

4.1 PEMBEKUAN EKONOMI

Parti Komunis Melaya (PKM) telah melakukan beberapa sabotaj terhadap ekonomi yang telah dimajukan oleh British sebelumnya. Tujuan PKM ini adalah untuk melumpuhkan ekonomi supaya dapat menjatuhkan kerajaan British dan melemahkan pentadbiran mereka. Usaha yang dilakukan oleh komunis telah memberikan kesan langsung kepada ekonomi yang teruk di Tanah Melayu.12 Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pemerintah malah juga kepada orang-orang awam. Kesan daripada perbuatan PKM ini, pihak pemerintah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam berusaha untuk menamatkan darurat. Kemusnahan dan kerosakan yang telah di buat memakan perbelanjaan yang besar untuk di baik pulih. Kerajaan persekutuan telah mengeluarkan perbelanjaan untuk pertahanan, malah pada suatu ketika kerajaan telah membelanjakan sebanyak $300,000 sehari hanya untuk menentang komunis.13 Kemusnahan ini telah dilakukan oleh askar-askar PKM yang mahir untuk menyerang ladang-ladang getah dan

11 Ho Hui Ling. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2004. Hlmn 220-225.

12 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Selangor. 2002. Hlm 310.13 JEBAT Bil. 2. 1972/73 - UKM Journal Article Repository. journalarticle.ukm.my/550/1/1.pdf

9

Page 10: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

kawasan lombong bijih timah dan sekali gus menyebabkan rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat. Kesan daripada serangan ini kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah. Manakala, kerajaan British pula tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian untuk membangunkan ekonomi Tanah Melayu kerana lebih menumpukan usaha membanteras komunis dan telah menjejaskan pengeluaran.

4.2 PERBELANJAAN MENINGKAT

Keadaan darurat yang berlaku di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan adalah merupakan satu bebanan yang tinggi bukan sahaja kepada penduduk malahan turut sama dapat dirasakan oleh pihak British sendiri. Hal ini kerana, sewaktu perang dunia kedua meletus, British telah menggunakan hampir kesemua ekonominya dalam memenangi perang tersebut. Hal ini telah membawa kepada keadaan ekonomi yang teruk kepada British kerana dianggap muflis.14 Keadaan di Tanah Melayu yang memerlukan jumlah kewangan yang banyak dalam membangunkan semula ekonominya telah menjadi satu bebanan yang sangat tinggi kepada pihak British. Selain itu, dasar pihak British bagi mengawal kemasukan dan melumpuhkan punca makanan komunis telah membawa kepada pembukaan Kampung Baru yang dilaksanakan dibawah Rancangan Briggs. Sistem kampung baru ini telah dilengkapi dengan semua kemudahan, dipagari, dan dikawal rapi oleh pihak Brish bagi mewujudkan zon putih dan zon hitam. Hal ini sudah semestinya memerlukan sejumlah peruntukan yang besar buat

14 Ho Hui Ling. Darurat (1948-1960 ). Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. .2004. hlmn 78

10

Page 11: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

British. Dianggarkan seramai dua juta orang telah berada dibawah rancangan ini dan kerajaan British terpaksa membelanjakan $7 juta pada tahun 1950 dan meningkat kepada $155 juta pada tahun 1954.15

Selaras dengan itu, bebanan kewangan yang tinggi juga terpaksa diberikan oleh kerajaan British dalam menangani komunis melalui sistem keselamatan dan ketenteraan. Kekuataan tentera yang pada mula 10 batalion telah ditambah kepada 20 batalion pada 1951 bagi memperkuatkan jentera pertahanan British ini. Kerajaan British juga menubuhkan pula Polis Hutan sebagai usaha menambahkan kekuatan selain memperbesarkan Pasukan Udara dengan satu pasukan penggempur dan angkatan Tentera Laut untuk memerangi komunis di kawasan sungai. Pegawai kampung ditugaskan sebagai mengawal kampung seperti melindungi kampung, mengawal kawasan strategi, membantu polis membuat pemeriksaan dan tugas lain yang diperlukan. Dalam pada itu juga, kerajaan telah menambah lagi bilangan rekrut baru. Jumlah anggota polis biasa dan khas meningkat kepada 4000 ribu orang serta penubuhan Cawangan Khas Polis untuk menjadi perisik. Hasilnya, kesemua corak pertahanan dan ketenteraan ini telah melibatkan satu jumlah yang tinggi kepada pihak British.

4.3 GANGGUAN TERHADAP AKTIVITI HARIAN

Dengan berlakunya pemusnahan di kawasan ladang-ladang yang mana menyebabkan aktiviti harian terbantut urusan perdagangan telah menjadi tergendala. perintah berkurung yang telah dikeluarkan menyebabkan penduduk tempatan terpaksa meninggalkan aktiviti harian dan terpaksa mengalami masalah catuan makanan. Keadaan yang tidak aman ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani untuk melabur di Tanah Melayu. Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an, PKM telah menggunakan ia sebagai satu inisiatif bagi mempengaruhi kaum buruh di Tanah Melayu untuk mengadakan pemogokan.

Setelah berjaya mempengaruhi pekerja dari hampir semua bidang, termasuklah pekerja kauri, pekerja binaan, pekedai, pekerja kilang getah dan sesetengah pekerja diestet getah mereka telah melancarkan mogok seperti

15 op.cit. journalarticle.ukm.my/550/1/1.pdf.

11

Page 12: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

yang berlaku di Kuala Lumpur, dalam kalangan tukang kasut pada 30 Disember 1933 dan tukang jahit pada 8 Januari 1934. Alasan mereka melakukan mogok adalah menuntut gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerja mereka. Dalam kejadian lain di Seremban, Negeri Sembilan, pemogokan dilakukan oleh pemberontak terompah pada Mei 1937. Kerja dipulihkan pada 3 Mei 1937 setelah dijanjikan kenaikan gaji sebanyak 10 peratus. Dipercayai semua kejadian ini adalah hasil daripada hasutan pihak komunis.16

Selain itu, kesan darurat ini juga di rasai oleh golongan peniaga yang telah mengalami gangguan dalam menjalankan jualan mereka. Para peniaga telah diugut supaya membayar wang perlindungan dan jika mengingkari keluarga mereka akan dibunuh dan perniagaan mereka akan dimusnahkan. Selain itu, komuniti estet dan lombong juga menghadapi kesusahan kerana sering berhadapan dengan serangan komunis. Hal ini, selaras dengan strategi komunis untuk membantutkan perkembangan ekonomi dan menyebabkan pengangguran berleluasa, supaya pekerja hilang keyakinan kepada pihak kerajaan dan mudah dipengaruhi oleh komunis. , tempat-tempat tinggal pekerja dan lombong turut dibakar, begitu juga pekerja-pekerja di estet dan lombong di takut-takutkan dan kadang kala dibunuh bagi menyekat mereka untuk terus bekerja. Kegiatan ini telah menyebabkan hasil pengeluaran sektor getah dan bijih timah terjejas. Tindakan ini juga telah menyebabkan gangguan kepada punca pencarian rezeki penduduk di Tanah Melayu17.

16 Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Awang. Darurat 1948-1960. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn Bhd. 1984. hlmn 90

17. Ibid, hlmn 102

12

Page 13: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

5.0 ANALISIS SOALAN

Kehadiran PKM mengakibatkan kesengsaraan dikalangan penduduk Tanah Melayu, membantu perpecahan kaum dan syak antara kaum Cina dan Melayu, seterusnya memperlambatkan proses untuk mencapai kemerdekaan daipada British kerana tumpuan pemerintah pada ketika itu lebih kepada usaha menangani masalah politik akibat darurat. Dengan kekuatan senjata dan perasaan ingin membalas dendam kebanyakan masyarakat cina yang menjadi komunis ini akhirnya telah menjadikan masyarakat Melayu sebagai tempat membalas dendam mereka kepada Jepun, berikutan layanan yang sangat teruk diberikan kepada mereka selain faktor masyarakat Melayu sebagai pihak keselamatan. Hal ini telah membawa kepada pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di Tanah Melayu terutamanya dalam aspek sosial dan ekonomi. Namun begitu, daripada sudut kesannya kepada penduduk tempatan, selain daripada kesan negatif, terdapat juga kesan-kesan positif yang wujud semasa huru-hara ini berlaku.

13

Page 14: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

6.0 KESIMPULAN

Zaman Darurat merupakan pengalaman pahit kepada penduduk di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, sepanjang tempoh darurat diisytiharkan, kehidupan penduduk dicengkam oleh rasa bimbang serta takut menjadi mangsa ugutan dan kekejaman komunis. Dapat dikatakan juga bahawa darurat telah membawa implikasi yang besar kepada kemasyarakatan dan ekonomi Tanah Melayu, juga memberi pengertian yang besar kepada pemimpin Tanah Melayu dalam merencanakan dasar luar Tanah Melayu sebaik sahaja Negara mencapai kemerdekaan. Pengalaman dalam negeri ini menyebabkan Tanah Melayu begitu peka kepada kegiatan Komunis di Seluruh dunia dan anti terhadap Komunisme. Darurat akhirnya dapat juga ditamatkan walaupun mengambil selama dua belas tahun untuk ditangani. Kejayaan ini berjaya dicapai melalui tindakan drastik melancarkan peperangan habis-habisan oleh kerajaan telah menyebabkan ramai pengikut Chin Peng mati terbunuh. Tindakan yang proaktif kerajaan ketika itu, nyata

14

Page 15: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

berkesan ditambah pula dengan kemenangan Parti Perikatn dan telah membentuk kerajaan menjadi tanda kegagalan besar buat PKM. Pada 31 Julai 1960 darurat diisytiharkan tamat dan pada 1991 PKM telah meletakkan senjata dengan rasminya. Kehadiran PKM mengakibatkan kesengsaraan dikalangan penduduk Tanah Melayu dan melalui terjadinya darurat ini ia juga menjadi titik tolak betapa penting dan perlunya perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara kita bagi mengecapi kemajuan dan pembangunan bersama.

RUJUKAN

BUKU

Ho Hui Ling. 2004. Darurat (1948-1960 ) Keadaan Sosial Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia Perspektif Sejarah dan Politik. Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia

Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Awang. 1984. Darurat 1948-1960. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn Bhd

Mohd Jarib Johan. 1985. Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur.

15

Page 16: Esei Full Sosio Eko Soalan 8

Mohd Reduan Asri. 1993. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malayasia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

INTERNET

JEBAT Bil. 2. 1972/73 - UKM Journal Article Repository. journalarticle.ukm.my/550/1/1.pdf

16