Esei Guru Cemerlang

download Esei Guru Cemerlang

of 6

Transcript of Esei Guru Cemerlang

  • 7/31/2019 Esei Guru Cemerlang

    1/6

    ESEI GURU CEMERLANG

    (a) Sumbangan dan komitmen anda kepada organisasi.

    Saya adalah guru cemerlang Matematik yang bertugas di Sekolah Menengah Sains

    Muzaffar Syah semenjak tahun 1988. Di sekolah ini saya mengajar Matematik danMatematik Tambahan Dalam jangka waktu itu saya telah banyak menyumbang tenaga

    dan idea untuk kecemerlangan sekolah terutama dari segi kecemerlangan akademik

    sehingga sekolah mendapat pengiktirafan Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai

    Sekolah Cemerlang SPM (1998 2003) . Pada tahun 1998 pengumuman Keputusan

    SPM telah dibuat oleh Menteri Pendidikan (Yang Berhormat Datuk Najib Tun Abdul

    Rajak ) di sekolah ini kerana sekolah ini telah mendapat tempat pertama peringkat

    Kebangsaan. Dalam tahun 2003 sakolah saya telah berjaya menduduki kempat ke -2

    Peperiksaan SPM Peringkat Kebangsaan. dimana 40% daripada calonnya mendapat Adalam semua matapelajaran.

    Di samping tugas mengajar saya adalah seorang Penyelaras Peperiksaan yang

    telah bertugas semenjak tahun 1995 sehingga sekarang. Sebagai seorang penyelaras

    peperiksaan saya dapati system yang diamalkankan untuk menilai pencapaian pelajar

    berbeza beza dan tidak mengikut keperluan universiti .Sebagai contoh walaupun

    pelajar mendapat pangkat satu tetapi ini tidak melayakan mereka masuk universiti

    disebabkan pencapaian yang rendah dalam subjek sains tulin dan matematik .Saya

    telah mencadangkan sistem penilaian pelajar ditukar kepada satu sistem mengira PNG(Purata Nilai Gred) dengan mengasingkan Matapelajaran Elektif (PNGE) dan

    Matapelajaran teras (PNGT).Dari sini pelajar akan tahu bahawa keputusan setiap

    ujian/peperiksaan akan melayakkannya memasuki matrikulasi atau IPTA .Pada masa

    itu pengetua sekolah ini telah mencadangkan sistem ini digunapakai di semua Sekolah

    Berasrama Penuh dan dengan perbincangan serta kerjasama Syarikat DMH kami

    telah mereka sistem itu yang pada mulanya menggunakan perisian Exell (tahun (2000 -

    2001) kepada ISIS (Integrated System Information Student) mulai 2002 dan telah

    digunakan di semua Sekolah Berasrama Penuh Sejak penggunaan sistem inipeningkatan keputusan matapalajaran elektif ( M.Tambahan ,Fizik,Kimia,Biologi) di

    SBP adalah ketara dan pada tahun 2003i sebanyak 3 sekolah telah mengeluarkan

    100% pelajarnya layak memasuki Matrikulasi iaitu Sek Men Sains Muzaffar Syah, Kolej

    Tengku Kursiah dan Sek Men Sains Kuala Terangganu.

  • 7/31/2019 Esei Guru Cemerlang

    2/6

    Sebagai seorang guru Matematik dan Matematik Tambahan saya selalu

    mengingatkan diri saya dan guru-guru lain disekolah ini atau kenalan disekolah lain

    bahawa di bahu kami ada 2 matapelajaran yang diambil kira untuk melanjutkan

    pelajaran selepas SPM. Jika baik dan diterima oleh pelajar pengajaran kami maka

    peluang pelajar memasuki IPTA atau Matrikulasi adalah cerah.Dari itu saya selalumencari ilmu menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan.

    Selaku Guru Cemerlang khidmat saya diperlukan terutama oleh Sektor Sekolah

    Berasrama Penuh (SBP) dan Bahagian Tenologi PendidikanBTP) . Di SBP saya

    menyumbang sebagai fasilitator Matematik Tambahan kursus-kursus anjurannya dan

    di BTP saya diperlukan sebagai Penilai Perisian Matematik Sekolah Bestari . Saya

    juga pernah menjadi wakil kerajaan dengan bertugas sebagai penilai Story Board

    Matematik dan Factory Acceptance Test Sekolah Bestari .

    Sebagai seorang penyelaras jadualwaktu saya telah menggunakan system jadual waktu berkomputer yang sebelum ini telah dibuat secara manual. Saya juga

    telah memberi sepenuh kerjasama atas semua tugas tugas lain selain mengajar iaitu

    Penyelaras Peperiksaan , Setiausaha kurikulum , Ketua Panitia Matematik Tambahan

    dan Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah dan tugas-tugas membimbing

    pelajar menyeterai pertandingan berkaitan Matematik seperti Australian Mathematics

    Competition, Sunway College Intermath competition dan Olympiad Mathematics .

    (b) Sumbangan anda dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran .bidang kepakaran yang dipohon .

    Sejak dilantik sebagai Guru cemerlag saya sedikit sebanyak telah menjalankan

    tugas dengan lebih cemerlang . Kemahiran ICT dalam P&P memudahkan saya menjalankan

    tugas , Saya telah dilantik menjadi AJK Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

    Sekolah Bestari . Saya juga menj adi Wakil Kerajaan dalam Courseware Review dan

    Factory Acceptance Test. Semua tugas ini meningkatkan kesan baik atas pengajaran saya

    .Saya lebih yakin menggunakan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran, terutama

    menggunakan CD Rom yang ada dipasaran.

    Berikutan dari langkah kerajaan menjalankan pengajaran sains dan metematik dalam

    bahasa Inggeris saya juga telah mengikuti Kursus Pengajaran Sains dan Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris (ETeMS) Sebagai persediaan awal saya juga banyak mendapatkan bahan-

  • 7/31/2019 Esei Guru Cemerlang

    3/6

    bahan pengajaran dan pembelajaran dari internet . adalah kerana banyak bahan multimedia

    seperti CD-Rom dan computer dibekalkan oleh kerajaan . Saya juga banyak membantu guru-

    guru Matematik Menengah Rendah dalam menjalankan pengajarannya. Ini termasuk kemahiran

    mengendalikan LCD ,Notebook dan CD Rom yang diberi oleh kerajaan . Kemahiran ini saya

    perolehi kerana saya telah membeli sendiri note book untuk P&P saya. Bahan bahanpengajaran saya banyak telah saya buat Power point untuk kemudahan saya menjalankan

    pengajaran. Semua modul P&P yang telah saya hasilkan saya kongsi bersama guru-guru lain.

    Ini membolehkan segala bahan itu dapat diperluaskan pengguaannya terhadap murid-murid

    lain. Dengan ini kualiti pengajaran Matematik di sekolah saya dapat saya kawal seterunya

    membolehkan sekolah saya terus unggul dalam peperiksaan SPM.

    (c) Usaha anda untuk meningkatkan pengetahuan kemahiran ,ketrampilan dan

    kepakaran dalam mata pelajaran kepakaran anda

    Sebagai Guru Cemerlang saya sering mengikuti perkembangan Pengajaran dan

    Pembelajaran terkini terutama pengajaran secara bestari . Seberapa yang termampu saya

    akan menggunakan ICT dalam P&P saya kerana penggunaannya memang boleh menarik

    minat pelajar pelajar . Banyak Web site yang mengajar guru cara mengajar yang berkesan terutama

    untuk pelajar kelas pertengahan (Gred 11 keatas ). Saya juga akan banyak menimba pengalaman dari

    rakan guru cemerlang yang lain dengan mengikuti setiap konvensen yang di adakan . Saya juga akan

    cuba hadir dan menyumbang kepakaran kepada agensi-agensi yang memerlukan terutama BTPLembaga Peperiksaan dan Pusat Perkembangan Kurikulum..

    Saya akan terus mengaktfkan diri menghadiri seminar, bengkel-bengkel atau konvensyen

    bagi guru-guru matematik supaya saya sentiasa terdedah dengan teknologi terkini sabagaimana

    yang kita tahu teknologi berkembang terlalu pantas , jika kita tidak mengikuti kita akan

    ketinggalan Saya juga akan belajar membuat homepage kerana saya fikir eleman ini sangat

    penting bagi Guru Cemerlang menyebarkan ilmu berkaitan matapelajaran kepakarannya.

    Saya juga akan menterjemah modul Pengajaran dan Pembelajaran matapelajaran

    Matematik Tambahan kedalam Bahasa Inggeris . Ini adalah kerana menjelang tahun 2006 pelajar

    akan mengikuti Pembelajaran Matematik Tambahan dalam Bahasa Inggeris.. Saya juga akan

    mengumpul CD Rom terbitan luar negara untuk aktiviti pengayaan pengajaran dan pembelajaran

    saya.. Ini adalah sebagai persedian awal saya dalam menjadi guru PPSMI

  • 7/31/2019 Esei Guru Cemerlang

    4/6

    Pada Tahun 2005 semasa saya menjadi Jurulatih Utama kursus Etems saya telah

    mendapat tawaran sabagai penulis dari sebuah syarikat bumiputra melalui seorang guru peserta

    kursus ,untuk menulis Buku GLOSSARY For Mathematics Form 4 and Form 5 bagi kegunaan

    pelajar dan guru-guru mengajar Mathematics dan Additioal Mathematics tingkatan 4 dan tingkatan 5.

    Serentak dengan itu juga saya telah berjaya menulis sebuah buku teks bagi kegunaan pelajar tingkatan 5

    matapelajaran Mathematics dari syarikat yang sama.Saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang

    menulis bahan pelajaran and pengajaran dalam bahaa Inggeris subject kepakaran saya. Peluang ini

    saya gunakan dengan baik kerana akhirnya kedua-dua buku yang saya tulis bersama-sama rakan rakan

    telah diterima oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia walaupun kami belum

    mempunyai pengalaman dalam menulis buku.

    (d) Harapan dan Wawasan anda sebagai Guru Cemerlang

    Sebagai Guru Cemerlang saya berharap dapat mempunyai homepage sendiri agar

    semua kepakaran yang saya punyai dapat saya kongsi dengan guru-guru lain. Seterusnya

    dapatlah saya meluaskan pengajaran saya kepada pelajar-pelajar seluruh Malaysia malah

    seluruh dunia .Saya juga berharap melalui Majlis Guru Cemerlang pihak kerajaan dapat

    mengabungkan seluruh tenaga guru Cemerlang mewujudkan satu saluran TV (SEKOLAH TV)

    yang berfungsi melakukan pengajaran seperti di sebuah sekolah, slot tayangannya mengikut

    peruntukan waktu oleh Pusat Perkembanagan Kurikulum ,ada guru dan pelajarnya,dan dapat di

    lihat diseluruh Malaysia serta ada talian komunikasi secara langsung dengan pelajar pelajar

    lain. Ini akan dapat mendemokrasikan pendidikan kerana peluang mendapatkan pendidikan

    yang berkualiti patut dirasai bersama oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa agama

    ,status ekonomi dan kedudukan tempatnya. Peluang menikmati kelas tusyen selalunya hanya

    dirasai oleh pelajar dari golongan yang mampu sahaja .Dengan adanya SEKOLAH TV pelajar-

    pelajar yang kurang mampu boleh menikmati tusyen percuma di SEKOLAH TV . Tak perlulah

    kerajaaan membelanjakan berjuta ringgit untuk voucher tusyen yang kadang-kadang boleh

    disalah gunakan.

    Sebagai guru cemerlang juga saya berharap saya akan dapat mendalami lagi kaedah

    pengajaran dan pembelajaran serta melihat amalan P&P di negara negara maju. Ini

    membolehkan saya mendalami ilmu mengajar terkini kerana kami adalah berurusan dengan

    manusia yang sentiasa berubah kehendaknaya mengikut keadaan dan masa.

    Kerajaan telah mengitiraf guru cemerlang dengan mewujudkan jawatan guru cemerlang

    sehingga ketaraf jawatan JUSA . Sabagai salah seorang guru cemerlang saya sangat

    berterimakasih kepada kerajaan kerana mengitraf peranan guru cemerlang setaraf dengan

  • 7/31/2019 Esei Guru Cemerlang

    5/6

    proffesion lain dalam kearah negara mengejar kegemilangan. Walaubagaimana pun terdapat

    juga kekangan dikalangan guru cemerlang kerana kami tidak boleh memberi arahan .Apa yang

    boleh kami buat hanya memberi cadangan dan menunjukkan contoh kepada guru-guru

    lain.Kebanyakan guru tidak memandang tinggi kepada guru cemerlang sebagaimana mereka

    memandang tiggi seorang pentadbir .sebaliknya trand sekarang saya lihat guru cemerlang

    diperuntukan kerja yang banyak oleh pentadbir (mungkin mereka percaya guru cemerlang

    boleh melakukannya) sehingga kebanyakan guru lain takut untuk memohon jawatan itu kerana

    ditakuti perkara yang sama akan menimpa mereka.

    Walaubagaimanapun saya berpendapat guru cemerlang perlu juga diminta

    pendapatnya oleh pihak pentadbir kerana mereka juga berpengalaman setanding dengan

    seorang pentadbir . Jika ada kerjasama yang erat antara seorang pentadbir dengan guru

    cemerlang sudah tentu sekolah akan bertambah maju selaras dengan kehendak Kementerian

    Pelajaran .

    Seterusnya saya akan meneruskan lagi aktiviti penulisan buku ilmiah agar kepakaran

    saya dapat diguna oleh semua pelajar. Saya bercita-cita untuk menulis buku matematik dari

    peringkat rendah hingga ke matrikulasi kerana saya mempunyai pengalaman mengajar

    matematik di peringkat itu .Dengan mengambil contoh penulisan buku Maths Quest sebuah

    buku yang mengunakan semua element iaitu dari penulisan text yang interactive , teknologi

    dan lembaran kerja untuk pelajar saya berpendapat semua element teknologi dan pedogagi

    serentak diberikan oleh sesebuah buku akan lebih memudahkan dan buku tersebut akan lebih

    bermakna.

    Selaku guru cemerlang matematik saya akan mendokong dan melaksanakan Dasar

    PPSMI akan terus meaksanakan seperti yang dirancang. Masa depan negara bergantung

    kepada kejayaan pelaksanaan dasar ini. Kita perlu memastikan rakyat Malaysia mampu

    bersaing dan merebut peluang yang terbentang di luar batasan sempadan negara. Tumpuan

    yang lebih harus diberikan kepada pelajar-pelajar di luar bandar serta sekolah-sekolah yang

    menunjukkan prestasi rendah. Guru guru cemerlang akan memikul tanggungjawab ini dengan

    berkerjasama dengan kementerian pelajaran melalui kursus yang dianjurkan, melatih guru dan

    pelajar agar terus tekun melaksanakan dasar kerajaan yang mulia ini. Seperti mana-mana

    pelaksanaan perubahan, peringkat kemerosotan kualiti atau produktiviti akan dialami bagi satu

  • 7/31/2019 Esei Guru Cemerlang

    6/6

    tempoh sebelum berlaku peningkatan. Oleh itu kemerosotan pencapaian pelajar dalam

    peperiksaan di sekolah bukanlah satu perkara yang di luar jangkaan. Sejauh mana dan selama

    mana kemerosotan ini berlaku bergantung kepada strategi dan usaha semua pihak termasuk

    pelajar sendiri.

    Dalam hal ini satu tempoh perlu diberikan kerana guru dan pelajar memerlukan sedikitmasa untuk memperolehi kemahiran serta membiasakan diri dengan amalan yang baru.

    Dalam tempoh berkenaan sokongan padu perlu diberikan supaya pelajar tidak

    teraniaya. Pemantauan dan kajian perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk

    mengenalpasti perubahan-perubahan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan

    keberkesannya. Manakala kajian tentang impak program ini perlu dibuat selepas

    kumpulan pertama pelajar PPSMI telah melalui setiap peringkat persekolahan.