Esei Guru Cemerlang(1)

download Esei Guru Cemerlang(1)

of 4

Transcript of Esei Guru Cemerlang(1)

  • 8/19/2019 Esei Guru Cemerlang(1)

    1/4

    Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan

    bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan

    peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera

    sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen

    perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi

    sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang berintelek

    tinggi, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai

    sejagat. Oleh yang demikian, guru khasnya guru cemerlang harus mempunyai kemahiran

    dan pengetahuan yang luas untuk menjalankan tugas mereka. Guru cemerlang memainkan

    peranan yang penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan

    inovatif, mempunyai ketrampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas

    dan strategik untuk melonjakkan pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi. Guru

    cemerlang mampu menghasilkan modul insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi,

    kreatif, inovatif dan berdaya saing menghadapi pelbagai cabaran pada abad ke-2.

    !ebagai guru cemerlang, saya telah mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang

    hayat dalam kehidupan harian bagi meningkatkan profesionalisme saya. "ni kerana

    pembelajaran dan pembangunan guru adalah aspek kritikal dan paling berpotensi untuk

    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang seterusnya akan mendorong ke arah

    peningkatan komitmen diri dan pasukan kepada pencapaian matlamat sekolah. #alam

    kajian oleh $hoonan, !leegers, Oort, Peetsma dan Geijsel %2&' mendapati penglibatan

    guru dalam aktiviti pembelajaran profesional memberikan kesan yang besar kepada amalan

    pengajarannya.

    Oleh itu, saya telah memperkayakan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan trend

    pengajaran-pembelajaran baru melalui pembacaan. (malan membaca dapat

    memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan saya terhadap bidang tertentu.

    "a menajamkan kecekapan serta keyakinan saya supaya menjadi lebih kreatif, reflektif dan

    berinovasi dalam amalan pengajaran. Pembacaan buku tentang pedagogi pendidikan,

    psikologi pendidikan, falsafah dan pendidikan di )alaysia dapat meningkatkan pengetahuan

    dan ketrampilan diri saya khususnya dalam menghadapi cabaran era globalisasi dan

    teknologi maklumat dan komunikasi %"*$'.

    !ebagai seorang guru cemerlang, saya telah menjadikan profesion keguruan +a

    research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran

    perlu berasaskan kajian saintifik. !aya telah menjalankan kajian tindakan tentang aspekyang berkaitan dengan pengajaran. "dea-idea baru tentang kaedah-kaedah pengajaran dan

    1

  • 8/19/2019 Esei Guru Cemerlang(1)

    2/4

  • 8/19/2019 Esei Guru Cemerlang(1)

    3/4

    kemudahan rakan sekerja yang lain supaya dapat membantu mereka untuk mencapai

    objektif pembelajaran.

    !ebagai guru cemerlang, saya telah menghasilkan satu inovasi PdP untuk

    menganalisis pencapaian dan kelemahan murid-murid dalam peperiksaan. )elalui sistem

    analisis ini, saya bahkan guru-guru lain dapat mengetahui pencapaian murid-murid mereka

    dan seterusnya merancang program intervensi untuk membantu murid-murid mereka.

    !istem analisis ini telah dikongsikan dengan semua panitia dan disesuaikan mengikut

    kehendak panitia masing-masing. )elalui sistem analisis ini, saya dapat mengenal pasti

    kekuatan dan kelemahan setiap murid. "ni membolehkan saya mengatur strategi yang

    sesuai untuk membantu setiap murid mencapai keputusan yang lebih baik dalam

    peperiksaan. !aya dapat menyediakan latihan pengayaan kepada murid cemerlang dan

    latihan pengukuhan kepada murid yang berprestasi rendah. !aya telah merancang

    lembaran kerja yang berlainan tahap untuk dapat membantu semua murid bergerak ke

    tahap yang lebih tinggi. Pencapaian murid diambil berat dari semasa ke semasa supaya

    meningkatkan kecermelangan sekolah saya.

    !elaku guru cemerlang, saya bertanggungjaab besar ke atas keberhasilan murid-

    murid dalam bidang akademik mereka. Oleh itu, saya telah merancang pelan strategik,

    pelan taktikal dan pelan operasi bagi profesion keguruan saya dengan mematuhi segala

    dasar-dasar dan hala tuju P), 4P5 dan sekolah. Perancangan yang mantap, pelaksanaan

    yang telus, berkesan dan sistematik telah membaa kepada kecemerlangan diri saya dan

    sekolah.

    !ebagai seorang guru cemerlang, saya telah merancang dan menjadi fasilitator 

    dalam pelbagai kursus, bengkel dan klinik mata pelajaran di daerah. !aya telah

    menganjurkan pelbagai 3engkel $eknik )enjaab dan Pecutan ecemerlangan di peringkat

    sekolah mahupun di daerah. "ni dapat membantu murid-murid, rakan sekerja dan guru-gurulain ke arah yang lebih cemerlang. !elain itu, saya telah menerima jemputan sebagai

    penceramah untuk berkongsi ilmu kepakaran saya kepada pihak-pihak yang

    memerlukannya. !aya telah berusaha membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada

    guru yang memerlukan kepakaran saya dari semasa ke semasa. !aya sentiasa memastikan

    murid-murid berupaya menggunakan ilmu yang diajar di dalam bilik darjah bukan semata-

    mata untuk berjaya dalam peperiksaan, tetapi untuk membolehkan mereka menyelesaikan

    permasalahan yang dihadapi di dunia nyata pada masa depan.

    3

  • 8/19/2019 Esei Guru Cemerlang(1)

    4/4