Esei Semantik

download Esei Semantik

of 19

description

Kajian ketepatan pemilihan kata dalam lagu

Transcript of Esei Semantik

1.0 PengenalanMusic has to have its soul and its own original form. The soul must be strong and the form must be clear. Its form must be able to be heard and able to highlight its true, original self the form must be expressed as required by the soul or spirit. M Nasir, 2009Ungkapan dari M Nasir ini membuka tirai perbincangan pengkaji. Di sini terserlah pemilihan diksi seperti soul dan original form. Bagi M Nasir, muzik atau lagu harus diberikan nafas dan fitur-fitur seolah-olah ianya hidup. Perkara ini disebabkan oleh kerana muzik merupakan salah satu bentuk seni yang menjembatani kenikmatan kita terhadap karya sastera. Muzik harus diberi penjiwaan dan bentuk yang kukuh agar ianya dapat didengar dan dinikmati nilai estetikanya. Sememangnya muzik memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan kita masa kini. Industri muzik juga berpotensi menaikkan ekonomi sesebuah negara. Di Korea umpamanya, muzik merupakan produk ekspot tertinggi negara itu dan ianya mendatangkan hasil yang lumayan buat negara Korea. Selain itu, muzik juga dijadikan sebagai alat untuk menyatukan negara. Sebagai contoh di Malaysia, lagu 1 Malaysia dicipta dengan tujuan menimbulkan semangat patriotik dan cinta terhadap negara. Tujuan ini mungkin tidak boleh tercapai tanpa peranan penting yang dimainkan oleh bahasa itu sendiri. Bahasa ialah sistem yang arbitrari iaitu simbol bunyi bersuara yang membenarkan semua orang dalam budaya itu ataupun mereka yang mempelajari sistem budaya berkomunikasi (Finocchiaro, 1964). Bahasa diungkapkan melalui simbol-simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Peranan utama bahasa sememangnya adalah untuk manusia berkomunikasi. Pada dasarnya, peranan utama bahasa selaku alat untuk berkomunikasi merupakan keperluan manusia dalam menjalani kehidupan mereka sehari-hari. Di samping itu bahasa juga dapat memenuhi fungsi-fungsi tertentu yang digunakan berdasarkan keperluan seseorang, yakni sebagai alat untuk mengekspresikan diri, sebagai alat untuk berintegrasi dan bersosial dalam lingkungan atau situasi tertentu, dan sebagai alat untuk melakukan kontrol sosial (Keraf, 1997: 3). Melalui bahasa, kita dapat mempamerkan sudut pandang, pemahaman suatu hal juga pendirian bahkan sifat diri kita. Jelas di sini bahasa menjadi cerminan diri seseorang.Di samping itu bahasa juga merupakan alat ekspresi diri sekaligus memaparkan nilai-nilai estetika yang dapat dinikmati manusia. Sajak, puisi, teks pembacaan dan lain-lain lagi merupakan beberapa contoh bagaimana bahasa dapat menjadi jambatan untuk manusia menikmati nilai estetik. Bahasa juga menjadi alat identiti diri dan budaya sesebuah golongan manusia. 1.1Bahan Dan Data KajianTajuk lagu yang diambil sebagai bahan kajian ialah lagu Penantian oleh tiga buah kumpulan yang berlainan iaitu kumpulan Blackrose, Rusty Blade dan juga Febians. Anehnya tajuk lagu ini dikongsi bersama oleh ketiga-tiga band di atas.Kumpulan Black Rose adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mulai dikenali ramai setelah menyertai "Juara Rock Galactica 88". Kumpulan muzik ini telah menghasilkan album pertama mereka pada penghujung tahun 1990. Album itu diberi nama Blackrose sebagai tajuk album. Kumpulan Rusty Blade pula sememangnya dikenali sebagai sebuah kumpulan band rok yang berasal dari Singapura. Penyanyinya J Yantzen yang serba versatil mempunyai kemampuan untuk memukau peminat kerana aksi ligatnya di atas pentasnya. Satu lagi anugerah yang ada padanya ialah kebolehan Yantzen mencipta lagu. Lagu Penantian nyanyian beliau merupakan salah satu lagu yang dicipta olehnya. Kumpulan DFebians pula merupakan sebuah kumpulan muzik rok Malaysia yang mula menjadi sebutan remaja Malaysia semenjak tahun 1983. D Febians muncul sebagai salah satu kumpulan rok yang bertanding dalam pertandingan "Juara Rock 1983". Pada pertengahan tahun '80an ('86-'88), kumpulan ini menukarkan namanya kepada Febians. Perincian bahan adalah seperti berikut:KumpulanDurasiKomposer

Black Rose(1990)5 minit 19 saatAmri Saari

Rusty Blade(2009)4 minit 38 saatJ. Yantzen

Febians(2008)5 minit 20 saatFebians

Berikut pula merupakan 11 data yang bakal dikaji:seksanyasetiakeresahanbelengguterharuseketikasepikehampaan tandusrindukemesraanTerdapat 11 golongan kata adjektif yang akan dianalisis oleh pengkaji. Pengkaji cuba mengenalpasti dan memilih kata adjektif yang muncul dalam sekurang-kurangnya dua buah lagu yang dipilih pengkaji. Perkataan selebihnya dipilih secara rambang yang terdiri dari golongan kata adjektif.ContohTak sanggup lagi... aku... sepi(L1R7B7) Bertemankan rindu dalam sepi(L3R1B2)Beginikah seksanya(L1R1B3)Penantian satu penyiksaan(L3R3B1)

Ini merupakan contoh bagi perkataan sepi dan seksa yang muncul dalam dua buah lagu iaitu lagu kumpulan Black Rose dan juga kumpulan Febians.1.2Batasan KajianDalam kajian ini, pengkaji akan memberi fokus hanya pada lirik lagu. Ini penting supaya dapatan kajian bertepatan dan memuaskan. Pengkaji telah menetapkan bahawa tiada penelitian akan dibuat pada nada mahupun melodi lagu walaupun aspek ini merupakan salah satu aspek penting dalam lagu. Golongan kata adjektif sahaja yang akan dianalisa oleh pengkaji. Penetapan ini dibuat kerana golongan kata adjektif sering dikaitkan dengan perasaan manusia. Ditekankan juga bahawa golongan kata adjektif yang dipilih sebagai data kajian terdiri daripada dua bentuk ; kata dasar dan juga kata terbitan. Tema cinta dipilih untuk menjadi tema utama buat kajian ini. Secara keseluruhan, tema cinta mendominasi kebanyakan lagu-lagu yang terdapat di pasaran. Tema cinta bersifat universal dan seperti yang kita ketahui, ianya merupakan salah satu tema yang mendominasi lirik-lirik lagu. Cinta bersifat abstrak dan pelbagai. Jika kita renungi secara mendalam, tidak ada definisi khusus tentang cinta. Selalunya, tatkala mendengar lirik-lirik berasaskan tema cinta, pasti akan terkait perasaan bahagia dan berbunga-bunga. Namun begitu ada kalanya cinta mengaitkan kita dengan perasaan sakit hati dan kesedihan yang mendalam.Tema cinta boleh dibahagikan kepada pelbagai cabang. Subtema yang dipilih untuk kajian ini ialah subtema penantian dalam percintaan. Tema ini begitu terserlah dalam semua lagu yang dikaji. Nilai penantian merupakan satu nilai yang mesti ada dalam percintaan. Penantian di sini berpusar kepada episod cinta yang pergi namun masih diharapkan untuk kembali. Harapan dan keyakinan bahawa cinta pasti datang pada waktunya akan membuatkan seseorang itu bertahan dalam penantiannya.Carta di bawah ini pula menjelaskan analisis pengkaji terhadap bahan data mengikut konsep-konsep yang bakal digunakan. Hipernimi HomonimiKolokasiSinonimi

rindurindubelenggusepi

terharutanduskeresahan

hampakehampaan

resah

seksa

setia

1.4Metodologi KajianKaedah kepustakaan dipilih sebagai kaedah utama dalam kajian ini memandandangkan terdapat banyak bahan-bahan kajian serta bukti-bukti yang kukuh mengenai kajian ini. Ramai sarjana yang giat menulis buku mengenai tajuk ketepatan pemilihan kata dalam lirik lagu. Dengan itu, bahan rujukan relevan dapat diakses dengan mudah di perpustakaan. Kajian juga membuat penelitian rujukan dalam talian seperti Pusat Rujukan Persuratan Melayu kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. 1.5Objektif KajianSecara umum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti domain semantik dan mengkaji pemilihan kata yang digunakan dalam ketiga-tiga lagu yang dipilih pengkaji. Analisis penggunaan leksikal yang digunakan dengan berfokus pada makna yang dirujuk. Objektif-objektifnya adalah seperti berikut:i.Menganalisis ketepatan pemilihan kata dalam lirik lagu-lagu yang dipilih.ii.Menganalisis golongan kata adjektif yang terdapat dalam lirik lagu-lagutersebut.2.0Definisi dan KonsepBerikut ialah penerangan tentang beberapa konsep penting yang akan digunakan dalam kajian ini.

2.1Domain SemantikMenurut Kamus Linguistik (1997:158), medan makna (semantic field) merujuk kepada kumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubung kait disebabkan kehadiran masing-masing dalam konteks yang serupa.

2.2Konsep SinonimiSinonimi pula merujuk kepada hubungan antara sinonim (Kamus Linguistik, 1997:204). Dua perkataan itu sinonim jika dan hanya jika ia mempunyai sama makna atau sekurang-kurangnya mempunyai komponen makna bersama. Asmah Haji Omar (2008) pula mendefinisikan sinonimi sebagai merujuk kepada makna leksikal yang sama daripada pelbagai kata yang berbeza. Perkataan-perkataan yang sinonim ditulis di dalam kamus sebagai entrikata yang berbeza. Contoh : syurga : inderaloka, keinderaan, taman firdaus, jannah, adan (Kamus Sinonim.1984:870)

2.3Konsep HiponimiKamus Linguistik (1997:92) menyebut hiponimi sebagai hubungan antara hiponim dan superordinatnya. Hubungan antara dua leksikal atau lebih yang mana makna itemnya itu terangkum di dalam makna item yang satu lagi.Contoh: binatang

kudasingagajah rusa

2.4Konsep HomonimiHomonimi pula merujuk kepada hubungan antara homonim(Kamus Linguistik, 1997:93) Hubungan dua kata yang sama ortografi dan/atau fonologi tetapi berbeza maknanya. Ada kasus yang menunjukkan sama kategori sintaktik dan kategori golongan katanya.Contoh : perkataan daundaun Ibahagian tumbuh-tumbuhan yang biasanya leper dan nipis, berwarna hijau dan tumbuh di dahan

daun IItengas daun, sejenis ikan darat, Acrossocheilus deauratus,daun baharu, sejenis ikan laut, Ephippus orbis

daun IIIburung daun, sejenis burung (Kamus Dewan Edisi Empat, 2007:320)

2.5Konsep Kolokasi(Cakupan)Kolokasi pula ialah hubungan sesuatu kata dengan kata lain dalam lingkungan tertentu. Ianya merujuk kepada asosiasi tetap antara kata dengan kata yang lain. Keadaan dua kata atau lebih yang dianggap sebagai butir leksikal tersendiri, tetapi sebagai anggota golongan kata tertentu. Cakupan atau pengikutan (entailment) ialah hubungan sesuatu kata dengan kata lain dalam lingkungan tertentu. (Kamus Linguistik, 1987:135)Contoh a.Hujan lebat tidak berhenti-henti.b.Padang sekolah mesti basah.

3.0Analisis Berikut merupakan penganalisan data oleh pengkaji. Pengkaji dapat ada beberapa konsep yang terdapat dalam data kajiannya yang boleh disentuh. Konsep-konsep itu ialah konsep hipernimi, konsep homonimi, sinonimi dan juga kolokasi.3.1Konsep HipernimiDari pangkalan data yang dipilih, terdapat beberapa perkataan yang mempunyai hubungan antara dua leksikal atau lebih yang mana makna itemnya itu terangkum di dalam makna item yang satu lagi.

Contohnya adalah seperti berikut:Perasaan superordinat subordinat

rinduterharuhamparesahseksa setia

kohiponim

Dalam contoh di atas, perkataan perasaan yang merupakan superodinat kepada semua perkataan yang mewakili subordinat kepada perkataan perasaan. Ini kerana semua perkataan subordinat itu melambangkan atau memaparkan perasaan seseorang dalam percintaan. Perasaan rindu, terharu, hampa, resah, seksa dan setia pastinya boleh dilalui seseorang yang sedang bercinta. Apatah lagi jika subtema Penantian dalam Percintaan yang ingin ditonjolkan dalam lagu tersebut. Hubungan antara perkataan-perkataan subordinat ini pula digelar kohiponim.

3.2Konsep HomonimiHomonimi pula merujuk kepada hubungan dua kata yang sama ortografi dan/atau fonologi tetapi berbeza maknanya. Kekata rindu dalam lirik lagu ini menjadi pilihan pengkaji untuk melihat ketepatan pemilihan kata dalam lirik lagu ini.

3.2.1Kekata rinduKekata rindu digunakan oleh komposer lagu untuk mencerminkan keadaan dirinya yang merindui orang yang disayanginya. Perkataan rindu ini boleh didapati dalam lirik lagu Febians seperti berikut.Aku yang masih disini(L3R1B1)Bertemankan rindu dalam sepi(L3R1B2)

Berikut merupakan dapatan kajian perkataan rindu yang dikaji pengkaji. K4(2007:1332)KBMN(2003:2282)

rindu I1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang

2. perasaan sangat cinta atau berahi pada seseorang.

rindu iisejenis tumbuhan(buluh)

rindu iiisejenis tumbuhan(pokok besar)rindu i1.sangat ingin dan berharap benar akan sesuatu

2. berasa ingin sekali hendak berjumpa seseorang

3. rindu dendam

rindu iisejenis tumbuhan(pokok besar)

Melalui carta ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan perkataan rindu amat menepati kehendak penulis. Di sini penulis lirik ingin membawa makna ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang (dibulatkan) seperti yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi 4. Rindu di sini menggambarkan keinginannya yang ingin sangat bertemu atau berjumpa dengan seseorang. Penulis lirik hendak memberi gambaran keadaan seseorang yang masih menanti kekasihnya. Dia seolah-olah bertemankan perasaan rindu. Untuk memperlihatkan keadaannya yang gusar dan dalam kegersangan itu, dia bertemankan rindu dalam sepi. Ayat sebelumnya, Aku yang masih disini (L3R1B1) menggambarkan kesetiaannya menunggu kekasihnya yang tidak kunjung tiba. Ayat ini penting demi menunjukkan keperitan dan pengorbanannya menanti kekasihnya bertemankan rindu dalam kesepian. Sekaligus perihal ini menyokong subtema Penantian dalam Percintaan yang diketengahkan komposer lagu.

3.2.2Kekata tandusKekata tandus juga digunakan oleh komposer lagu untuk mencerminkan cintanya yang sangat mendalam kepada kekasihnya. Perkataan tandus ini boleh didapati dalam lirik lagu Febians seperti berikut.

Cinta ku beraja di hati(L3R4B1)Tiada istilah tandus lagi(L3R4B2)

Berikut merupakan dapatan kajian perkataan tandus yang dikaji. KD4(2007:1597)KBMN(2003:2704)

tandus itidak ditumbuhi apa-apa(tanah)

tandus iisedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licautandus itidak dapat ditumbuhi apa-apa tanaman atau tumbuhan keranan kekurangan nutrien(zat hara) pada tanah; tidak subur; gersang

tandus iisedikit pun tidak ada lagi; habis sama sekali; habis langsung

Melalui carta ini, dapat kita lihat makna perkataan tandus yang ingin diketengahkan oleh penulis lirik. Di sini penulis lirik ingin melukiskan kepada pendengar akan ikrar cinta dan kasihnya kepada pasangannya bahawa cinta yang beraja di hati itu tiada sedikit pun habis(Kamus Dewan Edisi 4). Perkataan tandus itu memberi penekanan terhadap betapa dalamnya cinta yang dianutinya itu. Dalam erti kata lain cintanya itu tiada penghabisannya. Perkataan tandus yang digunakan penulis lirik ini amat bertepatan kerana pendengar dilukiskan dengan satu ikrar percintaan setia. Ayat sebelumnya, Cinta ku beraja di hati (L3R4B1) membantu lebih lanjut penggunaan kekata tandus dalam lirik lagu ini. Ianya memberi gambaran kesangatan cintanya yang tiada tandus tehadap kekasihnya itu. Sekaligus perihal ini menyokong subtema Penantian dalam Percintaan yang diketengahkan komposer lagu.

3.3Konsep Kolokasi(Cakupan)Dalam lirik lagu L3, ada terdapat konsep cakupan atau pengikutan (entailment) yang digunakan oleh komposer lagu. Konsep cakupan merujuk kepada hubungan sesuatu kata dengan kata lain dalam lingkungan tertentu. (Kamus Linguistik, 1987:135)

ContohBelenggu di kalbuku (L2R3B4)KD4 (2007:154)KBMN(2003:2704)

belenggu ialat untuk mengikat kaki atau tangan, rantai kangkang, gari sengkela

belenggu iiki sesuatu yang dianggap seperti mengikat(kebebasan dll)belenggu ialat untuk mengikat kaki atau tangan, rantai kangkang, gari; sengkela; borgol

belenggu iiki sesuatu yang mengikat sehingga tidak bebas lagi; ikatan

Di sini amat terserlah bahawa perkataan belenggu ingin menggambarkan keadaan gundah gulana seseorang. Cakupan belenggu semestinya menggambarkan bahawa seseorang itu dalam keadaan penderitaan dan keresahan.Contoh:a. Belenggu di kalbukub.Dia sedih dan sedang menderita.Contoh di atas ini menunjukkan cakupan ayat yang mengikutinya. Jika dia dibelenggu kalbunya, maka pastinya pendengar dilukiskan perasaan terikat dan betapa dia dirantai sehingga tidak bebas lagi.

3.4Konsep SinonimiBeberapa contoh telah diambil sebagai data kajian dalam konsep sinonimi untuk menganalisis ketepatan makna leksikal dalam konteks ayat tersebut.

3.4.1Kekata sepiContoh Sinonimi 1 :Aku yang masih disini (L3R1B1)Bertemankan rindu dalam sepi (L3R1B2)Aku yang setia menanti (L3R1B3)

KamusMakna

KD4(2007:1460)sepi i

tidak riuh, senyap, sunyisepi iitidak banyak orang, tidak ramai, lengangsepi iiiki tidak meriah, dingin, tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat

KSLRK(1984)sepi isunyi senyap, senyap sunyi, sunyi sekalisepi iilengang, tidak sibuk, tidak ramai orang, tidak riuh, tidak banyak orang, tidak meriah, dingin, tidak berorang, kosong, diam, heningsepi iiilesu , merosot(perniagaan)

KBMN(2003:2488)sepi itidak dengar sebarang bunyi, suara,dsb; senyap; sunyi; heningsepi iitidak banyak orang(kenderaan dsb) yang lalu lalang; tidak ramai(pembeli, pengunjung, dsb)yang datang;sedikit sekali kegiatan(perniagaan, dsb); lengangsepi iiiki tidak hangat(meriah, mesra dsb) sambutan atau layanan thd seseorang dsb; dingin:sepi ivki bebas atau terlepas daripada sesuatu(bahaya,gangguan, penderitaan dsb); sunyi sunyi vki tidak riang(ceria,gembira,dsb) kerana hidupnya keseorangan atau tidak berteman.

Melalui jadual di atas, dapat dirumuskan bahawa penulis lirik lagu ini menggunakan perkataan yang menepati kehendaknya. Lirik lagu bertemankan rindu dalam sepi (L3R1B2) membawa makna keadaan seseorang itu yang merindukan seseorang dalam sebuah kesunyian. Dalam satu penantian maka penulis lirik membawa dirinya seperti berada dalam kesepian walaupun berada di khalayak ramai. Perasaan rindu ini tidak dapat diungkaikan dengan perkataan kerana perasaan ini merupakan sesuatu yang berada dilubuk hati yang dalam sekaligus membawa dirinya dalam kesepian. Jika dilihat dalam konteks ayat, maksud bagi perkataan sepi yang menepati makna dalam lirik lagu tersebut ialah makna yang pertama dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu tidak riuh, senyap, sunyi (yang dibulatkan) dan makna sunyi senyap, senyap sunyi, sunyi sekali dalam Kamus Sinonim Lengkap dengan Rangkai Kata. Begitu juga rujukan maknanya dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara. Namun, perkataan sepi tersebut bukanlah dirujuk pada keadaan sekelilingnya tetapi lebih kepada emosi dirinya yang mengalami keadaan sepi. Beberapa sinonim bagi perkataan sepi dapat dilihat dalam Tesaurus Bahasa Melayu (1992:557). Sinonim bagi kata sepi dalam kamus tersebut adalah senyap, sunyi, lengang, dan dingin. Kata-kata yang bersinonim dengan kata sepi ini mempunyai fitur makna yang sama. Namun, fitur maknanya tidak sama seratus peratus. Fitur-fitur makna bagi perkataan-perkataan tersebut ialah:Senyap+sunyi +sepi +tidak berkata-kata -bising -kedengaran apa-apa Sunyi+hening +senyap +tidak kedengaran sebarang suara +sepiSepi+tidak riuh +senyap +sunyi +dingin -banyak orang -ramai -meriah

Dingin+tidak meriah +tidak mesra +sepi Lengang+sunyi +sepi +berasa tersendiri -sibuk -ramai orang

Jika melihat fitur-fitur makna perkataan-perkataan tersebut, perkataan sepi mempunyai banyak komponen yang membolehkan perkataan tersebut sesuai dengan konteks ayat tersebut, iaitu melibatkan perasaan seseorang dalam sebuah penantian. Kesemua sinonim sepi tersebut mempunyai fitur makna yang hampir sama, namun penulis lirik lagu ini menggunakan perkataan sepi kerana perkataan ini lebih sesuai digunakan bagi menggambarkan perasaan yang sedang dalam kerinduan berbanding dengan senyap dan sunyi. Senyap dan sunyi kebiasaannya digunakan keadaan persekitaran, manakala lengang dan dingin digunakan dalam konteks ayat yang berbeza (Kamus Sinonim Lengkap dengan Rangkai Kata).3.4.2Kekata keresahanContoh Sinonimi 2Mengapa harus kita ditemukan(L1R B )Di saat jiwaku keresahan(L1R B )Perkataan keresahan merupakan kata terbitan daripada kata dasar resah. Leksikal yang akan dianalisis ialah kata dasarnya sahaja iaitu resah. Namun, makna akan diberi dalam bentuk kata dasar dan kata terbitannya.KamusMakna

KD4(2007:1323) resahtidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup keresahan iperihal (keadaan) resahkeresahan iimengalami resah

KSLRK(1984)resahKebingungan, kepompongan, gelisah, kelesah, tidak tenteram (perasaan), tidak tenang, rusuh hati, gugup, risau, tidak sabar (menanti)keresahanKegelisahan, kerusuhan hati, kekhuatiran

KBMN(2003:2268)resah itidak tenang hati kerana sesuatu perkara dsb; rusuh hati; gelisah; gugupresah iitidak senang duduk(baring dsb) dgn diam atau tenang; cenderung memaling-malingkan badan(bergerak-gerak dsb) ketika baring, duduk, tidur, dsb; gelisah; renyahkeresahan iperihal(keadaan) resah:keresahan ii berasa resah

Perkataanresah didefinisikan sebagai perasaan yang tidak tenang, gelisah, dan gugup. Manakala kata terbitan keresahan merupakan perlakuan atau keadaan yang sedang resah. Lirik lagu mengapa harus kita ditemukan, di saat jiwaku keresahan mempersoalkan tentang pertemuan dengan kekasihnya pada saat jiwanya dalam keadaan tidak tenang, resah, dan gelisah. Penulis lirik lagu ini menggunakan pilihan kata yang tepat berdasarkan konteks ayat tersebut. Terdapat beberapa kata sinonim dengan perkataan resah menurut Tesaurus Bahasa Melayu (1992:502), iaitu gelisah dan gugup. Fitur-fitur makna perkataan ini dapat dilihat seperti rajah di bawah :resah+tidak tenang hati +rusuh hati +gelisah +gugupgugup+bingung +kehilangan akal gelisah+tidak tenang hati +tidak tenteram +tidak sabar +risau

Fitur-fitur makna bagi perkataan resah dan gelisah mempunyai hampir persamaannya. Namun, perkataan gugup tidak mempunyai persamaan dari segi fitur maknanya. Perkataan gugup tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Penulis telah memilih perkataan resah kerana perkataan tersebut tepat dengan konteks ayat itu. Perkataan gelisah tidak digunakan kerana makna resah sudah mencakupi keadaan yang gelisah.

3.4.3Kekata kehampaanContoh Sinonimi 3Aku tenggelam...Kehampaan...(L1R B )Keseorangan...Mana sinaran?(L1R B )

Perkataan yang akan dianalisis ialah kata kehampaan. Kata ini merupakan kata terbitan yang diterbitkan daripada kata dasar hampa. Leksikal yang akan dianalisis ialah kata dasarnya sahaja. Namun, makna akan diberi dalam bentuk kata dasar dan kata terbitannya.KamusMakna

KD4(2007:433)hampa ikosong, tidak berisi hampa iiki kecewahampa iiiki tidak ada hasil, sia-sia, gagalhampa ivki tidak berilmu, bodoh, dungu

kehampaan iperasaan kecewa, kekecewaankehampaan iiki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan

KSLRK(1984)hampa ikecewa, kecele, lompong, putus (harapan), nabung, kelompang, melepas.hampa iimembung, kering serta tidak berisi didalamnya (padi), sia-sia, tidak ada hasil, tidak berguna, pelau, angin, kosong (cakap), terpelahau, terlepas (peluang), nihil, tidak ada sesuatu apa, gagal, hau, gobok, tidak berbuah, mandul (perempuan).hampa iiitidak berilmu, goblok, tongong, bodoh, bebal, dungu, tolol, tiada pengetahuan.

kehampaan kekosongan, kekecewaan, kebebalan, ketololan, kebodohan, ketiadaan pengetahuan, kedunguan, kegoblokan.

KBMN(2003:885)hampa ikosong; tidak berisi hampa iiki kecewa; sepihampa iiiki sia-sia; gagal; tidak ada hasilnyahampa ivki bodoh; dungu; tidak berilmu.

kehampaan ikekosongankehampaan iiki perasaan hampakehampaan iiiketiadaan pengetahuan; kebodohan; kedunguan

Perkataan hampa dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada makna kekecewaan. Dalam semua kamus yang dirujuk, makna kiasan kecewa begitu menyerlah untuk melukiskan makna hampa. Namun, makna kehampaan ialah perasaan kecewa dan perkataan tersebut bukanlah satu kiasan. Perkataan ini memang digunakan dalam bahasa standard Bahasa Melayu untuk menggambarkan perasaan kecewa. Oleh itu, penulis telah menggunakan perkataan yang tepat dalam lirik lagu ini untuk menggambarkan perasaan kecewa.Terdapat beberapa kata sinonim dengan perkataan hampa dalam Tesaurus Bahasa Melayu (1992:202), iaitu kosong, sia-sia, bodoh, dungu, dan kecewa. Namun, menurut konteks ayat, hampa bersinonim dengan kecewa. Apakah fitur-fitur makna bagi kedua-dua perkataan ini berbeza? Lihat rajah di bawah : hampa+kosong+tidak berisi +kecewa +kegagalan +tidak berilmukecewa+dukacita +hampa +gagal +tidak berhasil

Fitur makna bagi kedua-dua perkataan ini mempunyai hampir persamaan. Penulis terdorong untuk menggunakan perkataan hampa kerana darjah makna hampa yang lebih menunjukkan perasaan yang ingin dinyatakan itu. hampa mempunyai darjah makna yang lebih tinggi berbanding kecewa. Penulis ingin menunjukkan betapa dirinya yang sedang berada dlam kekecewaan.

3.5Domain SemantikJumlah perkataan yang dipilih oleh penulis lirik untuk menghasilkan lirik lagunya bukanlah penentuan tercapainya objektif tema yang ditetapkan. Dalam perkara ini pemilihan kata yang tepat menjadi teras pencapaian tema yang ingin penulis lirik itu ketengahkan. Ternyata melalui kajian yang dilakukan, dapat kita simpulkan bahawa perkataan-perkataan yang dipilih ini terangkum dalam kumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubung kait disebabkan kehadiran masing-masing dalam konteks yang serupa. Perkara ini sekali gus dapat mendukung domain semantik subtema penantian. tanduskehampaankemesraan

setia

seksanya

penantianbelenggukeresahan

sepiterharuseketikarindu

4.0DapatanDalam kajian ini, leksikal merujuk kepada kajian makna pada aras kata. Pada aras ini, terdapat pelbagai konsep-konsep seperti hipernimi, homonimi, kolokasi dan sinonimi yang digunakan. Carta di bawah ini memberi gambaran peratusan leksikal yang terdiri dari konsep-konsep tertentu.

Jelas carta pai di atas menunjukkan taburan konsep yang terdapat dalam analisis lirik lagu yang diketengahkan. Leksikal yang berkonsepkan hipernimi merupakan kategori leksikal yang tertinggi digunakan penulis dan konsep yang paling kecil iaitu sebanyak satu perkataan pula merujuk kepada konsep kolokasi. Penggunaan perkataan yang tepat akan menghasilkan lirik yang boleh menjadikan lagu yang dikarya itu lebih imaginatif. Menurut Lim Swee Tin (2006) bahawa dalam proses penciptaan lirik lagu, terdapat dua aspek yang penting iaitu pemikiran dalam lirik lagu dan bahasa. Penaakulan terhadap konsep-konsep semantik ini penting bagi seseorang penipta lagu untuk mencipta lirik lagu yang mantap dan berkesan. Tidak dikesampingkan juga perkara ini dapat memberi penghayatan kepada aspek bahasa yang digunakan dan unsur intellektual dalam lagu. 5.0Kesimpulan Idea dalam lirik lagu haruslah bernas, bermesej dan mengandungi elemen moral yang jelas secara simbolik tertakluk kepada kreativiti penggubahnya.(Farizan M Amin, 2008:37) Pendapat Farizan dapat menggambarkan betapa sukarnya tugas dan tanggungjawab seseorang komposer itu. Dalam baris-baris yang terhad, karyanya itu dikehendaki untuk memikul pelbagai peranan memberikan mesej dan objektif tertentu untuk para pendengarnya. Karyanya itu mestilah mendidik dan mengasuh moral serta rohani para pendengarnya. Secara keseluruhannya, kebanyakan perkataan yang tercakup dalam domain penantian dalam percintaan terdiri daripada golongan kata adjektif yang dikupas dalam kajina ini. Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa pemilihan kata dalam lirik ketiga-tiga lagu Penantian ini berketepatan dan dapat menyokong tema Penantian dalam Percintaan. Walaupun berdepan dengan cabaran seperti keperluan jumlah perkataan yang ekonomis serta pengehadan penggunaan perkataan dalam menulis lirik lagu, komposer telah berjaya memilih leksikal serta mengolahkan karyanya supaya menepati tema Cinta yang ingin diketengahkan. Disisipkan juga dalam objektif kajian bahawa hanya golongan kata adjektif sahaja yang disentuh pengkaji dalam kajian ini. Ini berdasarkan pengamatan bahawa kata adjektif dikaitkan dengan perasaan seseorang. Dapat dirumuskan bahawa golongan kata adjektif yang terdapat dalam lirik lagu ini membawa impak dan kesan kepada tema yang diutarakan oleh penulis lirik. Golongan kata-kata adjektif yang diguna pakai komposer telah terbukti tepat pemilihan dan dapat membawa perasaan bercinta itu kepada pendengar yang menghayati lagunya. Muzik merupakan satu karya yang dapat memainkan pelbagai peranan. Ianya boleh dijadikan alat pemberi semangat, menyatukan rakyat, menjadi perlambangan identiti diri, institusi mahupun persatuan. Penulis lirik yang cendekia dapat mencakup objektifnya dengan membuat pemilihan perkataan yang tepat pada ruang yang amat terhad. Menurut Indirawati Zahid (2009:47) kemahiran berbahasa serta keluasan jumlah kosa kata dan pemahaman aspek semantik merupakan antara perkara yang perlu ada pada komposer lagu. Ini adalah kerana pemilihan kata diiringi dengan melodi yang berhantu pasti dapat menjadikan sesebuah lagu itu meletup.

18