NOTA RINGKAS BMM3111 SEMANTIK
-
Upload
emma-michiyo-ii -
Category
Documents
-
view
493 -
download
14
description
Transcript of NOTA RINGKAS BMM3111 SEMANTIK
-
SEMANTIK DLM BM
Semantik Dan Makna
Semantik: bidang yang mengkaji dan menganalisis makna
kata dan ayat.
Brasal dr prkataan Yunani (penting / bererti)
sema : lambang/tanda
J.W.M Verhar,1996: cabang linguistik yang akan membahas
erti atau makna
Abd Chaer,1994: bidang pengkajian linguistik yang objek
penelitiannya makna bahasa
Kamus Dewan: kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata
Bidang linguistik: ilmu yg mengkaji makna dalam sesuatu
bahasa
Ferdinard de Saussure: tanda linguistik tdri dr 2 unsur:
a. Signified (diertikan): konsep sesuatu makna atau lambang
b. Signifier (dimengertikan): bunyi bhs yg trbentuk dri fonem
bhs berkenaan
Jenis-jenis makna
1. M. Konseptual
- Makna konsep dapat menentukan makna, memahami
ujaran atau membuat interpretasi dengan mentakrif,
memahami, memutus buah fikiran.
- Tanpa konsep, kita tidak dapat mewujudkan makna
denotatif atau makna sebenar.
- Bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya
- Contoh:
konotasi antara perempuan & wanita adalah berbeza
tetapi mpunyai makna yang sama. (seorg dewasa bkn lelaki)
- Wanita boleh dispesifikasikan wanita solehah, wanita
bekerjaya, wanita sopan
- Apabila digantikan wanita dgn perempuan kadang kala
kurang sesuai utk diucapkan
2. M. Konotatif
- makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif
mahupun negatif.
- Ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.
- Cth:
Perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna
denotatif yg sama, tetapi mmpunyai nilai rasa yg berbeza
wanita : nilai rasa yg tinggi
perempuan: nilai rasa yang rendah
3. M. Gramatikal
- makna baru yang wujud akibat daripada proses
pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan.
- Contoh:
batas, batasan, membatas, perbatasan, terbatas dan lain-lain
lagi.
- Proses gramatikal atau pengimbuhan asli atau pinjaman
(awalan, akhiran, apitan dan sisipan) yang berlaku pada kata
dasar boleh mengubah golongan kata dan makna
4. M. Kontekstual
- Makna kata yang berada dlm satu konteks.
- Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari,(2009):
makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata
yang berada di dalam sesuatu konteks.
- Makna konteks boleh berkaitan dengan situasi iaitu tempat,
waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu.
- Contoh : gugur (jatuh)
a. Daun pokok itu gugur kerana musim panas (jatuh ke bumi)
b. Telah banyak anggota kita gugur di medan perang (mati
dalam prtempuran)
-
5. M. Referensial
- perkataan yang mempunyai referen dan makna yg tdk
mmpunyai rujukan.
- Memiliki hbungan dgn konsep ttg sesuatu yg tlh disepakati
bersma olh masyrakat
- Contoh mmpunyai referen: (maujud)
Kerusi, meja
- Contoh tdk mmpunyai rujukan: (tdk nmpak/ tdk rasa)
Kata hubung (dan, kerana)
6. M. Denotatif
- makna asli, mkna asal, makna sebenarnya.
- Contoh:
perkataan babi : binatang mamalia yg berbadan gemuk,
berkaki pendek, berkulit tebal dan bermuncung bukan bahasa
kasar
7. M. Asosiatif
- Makna kiasan: makna yang sama dengan perlambangan yg
digunakan untuk menyatakan konsep lain yg mirip sifatnya
- Contoh:
Putih berasosiasi dgn sesuatu yg suci dan bersih
Semnatik Dan Linguistik
- Semantik adlh sbhgn drp linguistik
- Tanpa semantik, kita mgkn dpt mlafazkn ujaran yg tepat dr
segi rumus ttp dr segi ilmu semantik mksud tersebut tdk tepat
- Contoh:
Buah hati : kekasih
Buah: benda yg blh dimakan
Hati: organ dalaman
- Cthnya:
Kerusi itu sdg myampaikan ucapan di Dewan Gemilang
a. Menepati aspek binaan ayat
b. Struktur ayat betul kerana menurut susunan subjek dan
predikat
c. Tetapi makna ayat ini taksa atau masih kabur
Semantik Dan Sejarah
- Sifat bhs smkin brkembang
- Prkmbngan bhs mrupakan sejarah bhs
- Mkna mungkin blh kekal, berubah, menyempit, meluas, atau
menghilang
- Contoh:
a. Khalwat : berseorangan utk mndekatkan diri kpd-Nya
disempitkan maksud berdua-duaan dlm keadaan
mencurigakan
b. Pondok : tempat tinggal yg usang berkembang maksud
tempat belajar agama
- Sjrh bhs prlu direkodkan dlm kamus besar bg mncatatkan
perubahan bhs yg brlaku utk tujuan pengkaji bhs kelak
FITUR MAKNA DLM BM
Sifat Makna
Makna ialah satu set perhubungan
- Simbol lisan merupakan lambang
- Mkna simbol lisan ialah ciri hakiki sesuatu kata
- Cth:
makna perkataan meja ialah prhubungan lambang kpd
bnda yg dinama meja
Makna sbgai pembeza (set prtentangan makna)
- Perkataan ayah dan ibu berbeza dri aspek jantina
- Perkataan ayah dan datuk berbeza dri aspek generasi
Makna brsifat dinamis dan evolusi
- Dinamis: mkna mmpunyai kemungkinan utk berubah
- Evolusi: mkna blh brkembang dri sms ke sms
-
Ciri yg menentukan sesuatu makna
- Pilihan: ugkapan hrus dipilih mengikut kesesuaian agr
ugkapan itu bermkna
- Budaya: mereka yg memahami budaya masyarakat
penutur dpt brtutur dgn bhs yg betul dan tepat
- Konteks: ditentukan bergantung kpd situasi dan perasaan
penutur sms menyampaikan sesuatu ungkapan itu
- Makna dlm peribahasa: digunakan bg mmbwa mkna yg
brbeza dr mkna asal
Faktor perubahan sifat makna
- Prkembangan bahasa itu sendiri
- Prbezaan tanggapan penutur bini dan isteri
- Prluasan makna
- Penyempitan makna
- Tujuan simbolik
- Prkmbngan dlm ilmu dan teknologi
- Prkembangan social dan budaya
- Prbezaan bidang penggunaan menggarap tanah
menggarap idea
- Prtukaran tanggapan indera pedas pada lidah pedas
pada telinga
Kelas Makna
Makna emotif
- makna yg timbul akibat reaksi individu dpd hal yg
didengar
- Cth : Hei, lembu!
ugkapan ini mmberi makna emosi marah atau geram
dan kurang sedap utk didengar
Makna konotatif
- Makna tersirat
- Contoh:
Bunga kemboja brmakna kematian
Makna denotasi
- Makna trsurat
- tangan, muka, hidung brmakna anggota badan
Makna kognitif
- Mkna yg dpt dijelaskan melalui analisis komponen
- Contoh:
Pohon adalah tumbuhan yg ada batang, daun, kukuh dan
tinggi
Makna referensi
- Mkna yg merujuk kpd sesuatu bnda/perkara
- Contoh:
Jururawat org yg bekerja dihospital yg merawat pesakit
Makna piktorikal
- Makna yg muncul dri bayangan pendengar / penutur sendiri
mengikut kefahaman masing2
- Contoh:
Penyanyi yang bersuara merdu
Bayangan A: Datuk Siti
Bayangan B: Ning Baizura
-
Lewah Dlm Makna
- Lewah: kata atau gabungan kata yg brlebihan dgn makna
kata
- Contoh : mereka semua, kasut boot, papa kedana, demi
untuk
- Faktor berlaku lewah:
a. Pengulangan : mereka-mereka, ibu bapa-ibu bapa
b. Penambahan imbuhan yg tdk diprlukan:
memperbesarkan (memperbesar), dipersetujui (disetujui)
c. Penggunaan kata sendi: demi untuk, selain daripada itu
- Kelewahan: hal atau keadaan yg berlebih-lebih sehingga
tertambah perkara yg tdk perlu.
MAKNA LEKSIKAL DLM BM
Sinonim
- kesamaan makna pkataan, iaitu kata2 yg mpnyai makna yg
sama @hampir sama. (pkataan seerti)
- Cth :
kereta-motokar, Sejuk-dingin, Suka-gemar, Ganggu-kacau,
Lupus-luput, Loncat-lompat
- 4 jenis sinonim iaitu:
a. Sinonim berdasarkan pinjaman
Belalang
Dialek Melayu: pepatung
Dialek Perak: cakcibau
Batas
Dialek Kedah: jalan raya
Mksd Konvensional: timbunan tnh yg mnjd sempadan
petak2 sawah.
b. Sinonim berdasarkan konteks
Jemput dan undang
Biasa digunakn utk protokol
Sbnrnya, jemput utk konteks lisan, undang utk konteks tulisan
c. Sinonim berdasarkan laras social
Pkataan bdsrkn status :
- Penyanyi: org yg bnyanyi
- Biduan : status ttinggi dlm profesion seni.
d. Sinonim berdasarkan kolokasi
Wujud dlm konteks penggunaan tsndri
- Banyak & ramai
- banyak : bleh digunakn utk manusia, tumbuh2an, haiwan,
benda tp pastikan perkataan tersebut bermakna apabila
digunakan tanpa kata sifat.
- Banyak pelajar yg gembira stlh mpoleh pcapaian baik dlm
ppriksaan tsbt
mkna yg slh kerana ramai utk manusia shj. Hal ini kerana
trdapat kata sifat dlm ayat trsebut membuatkan ayat trsebut
mnjadi salah.
Antonim
- Pertentangan mkna pkataan yg mpnyai mkna yg tidak sma.
(pkataan blwnn)
- Cth :
a. Sejuk panas
b. Kecik besar
- Terdapat 3 jenis antonym
a. Antonim komplementar
o psgn pkataan blwnn yg saling mlgkpi
o Cth:
Tidur jaga,
Duduk bgn
Sihat sakit
b. Antonim perbandingan/hubungan darjah
o psgn kata yg menunjukkan ada kelebihan pada satu suku
kata dan yang satu lagi pula ada kekurangannya.
-
o Cth
Besar kecil
Tinggi rendah
c. Antonim hubungan bertentangan
o psgn kata yg bttgn dr sgi mkna tp bkaitan dr sgi fungsinya.
o Cth
Membeli menjual
Memberi menerima
Hiponim,
- Kata yg maknanya terangkum dlm makna kata yg lbh luas
- Cth
Bunga mawar, melur, cempaka
Kenderaan motosikal , kereta, lori
Homonim (Homograf,Homofon)
- Dua kata atau lebih yg mmpunyai sama ada bunyi atau
ejaan yg sama
- Homograf
o Sama ejaannya berbeza bunyi
Perang : pergaduhan
Prang: warna merah yg kehitam-hitaman
- Homofon
o Sama sebutan berbza ejaan
Bang : azan
Bank: institusi menawarkan prkhidmatan menyimpan duit
Polisem
- Perkataan yang mengandungi banyak makna.
- Hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna
atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.
- Wujudnya banyak makna untuk sesebuah perkataan boleh
disebabkan oleh keadaan semula jadi dan juga konteks. Ini
menimbulkan polisem tulen dan polisem konteks.
- Cth:
Tentang 1: berlawan
Tentang 2: mengenai
MAKNA AYAT DLM BM
Makna Ayat
- Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana
ujaran atau tulisan.
- Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang
dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada
orang yang dilawan bercakap atau orang yang mbaca sst yg
ditulis.
- Dlm bhs Melayu makna ayat blh dbhgikn kpd beberapa jenis
a. Makna denotatif (makna tersurat)
b. Makna konotatif (makna tersirat)
c. Makna afektif
o Muncul akibat reaksi pendgr trhdp pnggunaan kata
o Kebalikan maksud yg disebutkan
o Cth:
teratak pondok makna afektif org yg mengujar
prkataan ini ingin merendah diri
d. Makna emotif
o mkna yg sama ttp brbeza nilai rasa bhsnya
o cth:
meninggal dunia, wafat, mampus mkna emotif
mmbawa mksud mati
e. Makna luas
o Mkna yg trkndung dlm sesuatu prkataan lbh luas mkna
sebenar
-
o Cth:
Sekolah: institusi pengajian utk menimba ilmu
Sekolah juga merangkumi guru, bilik darjah, murid
f. Makna sempit
o Mkna yg trkandung pd prkataan trsebut semata2
o Cth:
jari budak itu brdarah trkena pisau
Hanya anggota jari shj yg terkena bkn keseluruhan
anggota
g. Makna gaya
o Prkataan khas yg slalu dikemukan olh seseorg pengarang
dlm karyanya
o Karya penulis Shahnon Ahmad mudah dikenali kerana
gemar menggunakan dialek Kedah dlm karyanya
h. Makna tekanan
o Prkataan yg diberi penekanan ketika mengujarkannya
o Prkataan itu mewakili mkna utama dlm keseluruhan ujaran
trsebut
o Cth:
Amira melahirkan bayi perempuan
o Prkataan melahirkan ditekan utk memberi maksud
bahawa Amira telah bersalin
Kerangka Generative Chomsky
o Bagi Chomsky language is not a habit Structure.
Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari struktur dalaman
adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang.
o Merupakan teori tatabahasa menyatakan bahawa
seseorang penutur asli sesuatu bahasa mempunyai
kecekapan berbahasa yang dikenali sebagai competence.
o Penutur asli boleh membezakan pelbagai jenis struktur ayat,
boleh mengenali ayat yang gramatis atau tidak dan boleh
membentuk, mengenali dan memahami ayat yang tidak
terkira jumlahnya.
o 4 konsep utama dsr analisis KGC :
a. Kemampuan bbhs
o segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia
secara sedar dan tidak sedar.
o Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses
mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk
rumus-rumus.
b. Plakuan bbhs
o mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan
bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu
didengar oleh orang lain.
c. Struktur dlmn
o wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa
serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk
diujarkan.
d. Struktur luaran
o struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang
dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan.
o ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah
pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui,
disedari dan dinyatakan menerusi bunyi2 dan ejaan
o 2 teori :
a. Perluasan
o Proses yang menambahkan unsur- unsur dalam
ayat yang baru.
o Proses ini biasanya disebut perluasan ayat.
o Cth :
Budak itu adik saya. + budak itu membaca buku. =
Budak yang membaca buku itu adik saya
-
b. Pengguguran
o Satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur
ayat mengakibatkan pengguguran unsur- unsur tertentu
daripada binaan ayat itu,
o dengan itu pada peringkat permukaan unsur yang
digugurkan itu tidak wujud lagi.
o Cth :
(1) Anda boleh masuk sekarang = boleh masuk
sekarang.
(2) Dia sangat pandai + dia selalu belajar = dia sangat
pandai kerana selalu belajar.
PERUBAHAN SEMANTIK
Pengembangan Makna
o Definisi : pembangan makna drp sempit (khusus) kpd luas
(umum).
o Cth : sudara
o Mkna lama :
seperut sekandung
o Mkna baharu :
Siapa shj yg sepertalian darah
o Cth: nenek
o Mkna lama :
sebutan utk ibu kepada ayah @ ibu.
o Mkna baharu :
smua wanita yg sdah lanjut usia.
Penyempitan Makna
o Definisi : pembangan makna drp luas (umum) kpd trbatas
(khusus/spesifik).
o Cth : Madrasah.
o Mkna lama :
Sebuah sekolah
o Mkna baharu :
Sebuah sekolah agama
o Cth: ahli
o Mkna luas :
kluarga, saudara/org2 dlm 1 organisasi / psatuan.
o Mkna sempit :
org yg mahir / pandai dlm sst ilmu / pkr dlm sst bidg
Anjakan Makna
o Definisi: penggantian makna secara total drpd makna
kata asalnya
o namun begitu, makna yg baharu itu ada kaitan dengan
makna asalnya
o contoh:
makna baharu: gapura pintu gerbang
makna asal: ghafura Maha Pengampun (kononnya
pd zaman Wali Songo mmprcayai bhwa sesiapa yg
melepasi satu pintu grbang utk ke Msjid Demak,
sendirinya dosanya yg lalu diampunkan)
o byak trdapat dalam bahasa kiasan
o bloomfield dlm bukunya Language
9 jenis perubahan yg blaku dlm bahasa
1. metafora
o definisi : pemakaian kata-kata yang menyatakan
sesuatu makna atau maksud yang lain daripada
makna baiasa atau makna sebenar perkataan
yang berkenaan (sebagai perbandingan atau
kiasan)
o contoh:
bisik daun-daun, lagu Tuhan, dan bibir syurga
2. metonimi
o definisi: perubahan nama sesuatu yang
diperkatakan dengan merujuk kepada nama lain
-
yang saling berkaitan dengan sesuatu yang
diperkatakan itu
o contoh:
perkataan mahkota maksud asalnya ialah
perhiasan kepala yang dipakai oleh pengantin
perempuan.
Namun begitu, makna asalnya boleh berubah
kepada raja atau kerajaan yang memerintah
sekiranya mengikut situasi, tempat dan budaya
masyarakat setempat.
3. Sinekdoksi
o bahasa perbandingan yang memperkatakan
sebahagian untuk maksud keseluruhan atau
menyebut keseluruhan untuk makna sebahagian
o terbahagi kepada 2:
a. pars pro toto
mmprkatakan sebahagian sahaja bagi
menggambarkan keseluruhan.
Misalnya,
sudah lama tidak nampak batang hidung.
Batang hidung yang diperkatakan
bukanlah benar-benar batang hidung,
tetapi batang hidung yang diperkatakan
merujuk kepada seseorang yang telah lama
tidak dilihat
b. totem pro parte
menyebut seluruhnya bagi menyatakan
hanya sebahagian sahaja.
Contohnya,
sekolah kami gagal memenangi
pertandingan tersebut.
Yang disebutnya hanyalah sekolahnya yang
kalah, namun terdapat sekolah lain yang
telah menang tetapi tidak dinyatakan.
sinekdoke jenis ini hanya menyatakan
perkara berkaitannya sahaja tanpa
memperihalkan perkara yang lain
4. hiperbola
o ialah sejenis kata kiasan yang mengandungi
kenyataan mengenai sesuatu perkara secara
berlebih-lebihan atau melampau
o Contohnya,
darah pun seperti hujan yang lebat turun ke
bawah istana
5. Litotes
o diungkapkan dalam bentuk negatif untuk
menyatakan keadaan yang sebaliknya
o Misalnya,
jemputlah naik ke pondokku ini,
(pondok di dalam konteks ini bukan bermakna
bangsal, rumah kecil, tetapi sebenarnya merujuk
sebuah rumah yang besar dan cantik).
o gaya bahasa begini dituturkan oleh orang yang
suka merendah diri yang tidak suka menunjuk-
nunjuk sesuatu yang dimilikinya.
6. Pejorasi
o kata kiasan yang merubah makna sesuatu kata
daripada yang asal kepada yang mempunyai nilai
makna yang lebih rendah.
o Contohnya,
agaknya bininya belum pulang-pulang lagi dari
subuh tadi,
-
(bininya dalam konteks ini membawa kepada
perubahan nilai yang lebih rendah maknanya
berbanding dengan perkataan isterinya)
o Kamus dewan ke4: perubahan makna sesuatu kata
daripada makna yang baik kepada makna yang
kurang elok
7. ameliarasi
o maksud perubahan makna sesuatu kata daripada
makna yang kurang elok kepada makna yang
lebih baik
o Contohnya,
tubuhnya gempal, berkaca mata, kulitnya hitam
manis,
(kata gempal dalam konteks ini menggantikan
kata gemuk kerana kata gempal lebih sopan untuk
disebut berbanding kata gemuk.)
o Faktor Anjakan makna: (persekitaran, hbgn sosial msykt,
masa, teknologi)
o Masa
Cth : Rawat.
Mkna umum : mubati org sakit
Mkna baharu : meliputi mrwt air, sisa kumbahan, dll.
o Teknologi
Cth : Taman
Mkna umum : kebun bunga
Mkna baharu : kwsn prumahan, pindustrian, kwsn Tmn
Negara.
SEMANTIK TEORI PMBUKTIAN
TEORI-TEORI DLM SEMANTIK
o Teori imejan/imej makna
- Juga dikenali sebagai Teori Imej Makna.
- Menekankan makna yang tergambar dalam minda
penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau
perkara disebut.
- Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar atau disebut
akan diintepretasikan dalam bentuk imej yang tidak
berbentuk visual kerana tidak menepati gambaran
sebenar secara tepat
- Individu akan membuat gambaran mental untuk mewakili
sesuatu perkataan.
- Kelemahan
i. Tidak dapat mengetahui dan menentukan bentuk
imej yang ada dalam gambaran pemikiran
seseorang kerana otak manusia tidak dapat
diteroka
Contohnya:
apabila disebut segitiga, pelbagai bentuk segi
tiga akan digambarkan oleh individu yang berbeza
ii. beberapa perkataan digambarkan oleh satu imej
sahaja.
Contohnya
bayi menangis apabila lapar,marah, sakit atau
resah. Jadi sukar untuk mentafsir kehendak bayi
yang menangis
iii. imej yang tergambar dalam fikiran seseorang
berbeza antara satu sama lain. Individu mungkin
mempunyai beberapa imej tertentu bagi satu-satu
ungkapan dalam situasi tertentu.
Contohnya:
individu yang mempunyai pengalaman pahit
dengan gurunya akan memberi gambaran buruk
apabila mendengar perkataan guru.
-
o Teori logic simbolik
- Juga dikenali sebagai Analisis Logik atau Analisis
Linguistik.
- Lebih lengkap berbanding 3 teori sebelum ini.
- Teori ini mengkaji makna dari peringkat perkataan,
peringkat ayat dan perlakuan manusia yang memberi
reaksi kepada tanggapan terhadap sesuatu perkataan
- Teori ini mendefinisikan bahasa sebagai sejenis sistem
lambang.
- Ciri-ciri situasi dan tingkah-laku yang mengiringi bahasa
adalah sebahagian makna perkataan itu
- Teori ini menyatakan bahawa sesuatu perkataan
memperoleh makna melalui apa yang disebut dan
berkait dengan situasi semasa perkataan itu digunakan.
- Bagi teori ini, bahasa bukan sahaja petunjuk apa yang
ada dalam fikiran seseorang semata-mata tetapi
berkaitan dengan situasi dan tingkah laku.
- Tiga sub bahagian dalam kajian ini:
a. Semantik-
kajian tentang hubungan antara perkataan dengan
benda.
Lambang mewakili sekumpulan benda yang
mempunyai persamaan
b. Sintaktik
bidang kajian yang mengkaji hubungan antara
perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan
makna. Susunan perkataan dalam ayat membawa
maksud yangberbeza.
Contohnya: orang kecil boleh membawa maksud
orang yang bersaiz badan kecil atau orang yang
berpangkat rendah.
c. Pragmatik
bidang kajian yang mengkaji hubungan antara
lambang dengan tingkah laku. Dalam proses
komunikasi, makna dalam sesuatu perkataan itu dinilai
daripada sudut penerimaan makna oleh
penerimanya.
Bergantung kepada bagaimana perkataan diujarkan
dan mengakibatkan tindak balas melalui tingkah laku.
Contohnya: panggilan perempuan, wanita dan betina
o Teori behaviorisme
- Teori yang diperkenalkan oleh Pavlov dan dikembangkan
oleh Thorndike dan Skinner ini menekankan pembelajaran
yang berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
(hubungan antara rangsangan dan gerakbalas)
- Bloomfield menggunakan teori ini dengan cara
menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang
dapat diperhatikan.
- Individu akan membezakan perkataan yang
digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas
yang diberi oleh orang lain kepadanya.
- Makna perkataan merupakan bentuk tindakbalas yang
terhasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh
penutur atau pendengar dalam komunikasi.
- Osgood (1980) menjalankan kajian semantik yang
menekankan proses penutur menghasilkan ujaran dan
tindakbalas pendengar untuk memahami ujaran tersebut.
- Wujudnya situasi saling memahami makna yang sama
bagi kata-kata yang digunakan
- Contoh:
seseorang akan marah jika dikatakanlambat seperti siput
kerana dia mampu mengaitkan makna dengan ciri
haiwan siput yang dimaksudkan. Kita tidak menggunakan
ujaran lambat seperti kumbang kerana tiada perkaitan
dengan ciri atau sifat serangga tersebut
-
o Teori analisis komponen
- Menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan
makna antara satu dengan yang lain. Dikenali sebagai
struktur leksikal.
- Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai
satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen
yang kompleks yang dinamakan komponen semantik.
- Digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan
hubungan sesuatu perkataan atau ujaran.
- Turut menghuraikan makna perkataan dengan
memasukkan unsur pertentangan.
- Contohnya: teruna - dara, suami - isteri.
- Perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna ialah
kemungkinan adanya hubungan antara sesuatu kata
dengan kata yang lain.
- 2 cara mengkaji elemen semantik dalam ayat:
a. Menganalisis komponen kata yang diberikan.
Contohnya: bunga yang boleh dikategorikan
kepada berduri dan tidak berduri
b. Mengenalpasti kewujudan elemen semantik dengan
melakukan analisis ciri semantik (fitur) iaitu hubungan
makna bagi sejumlah kata yang masing-masing
mempunyai ciri tersendiri.
Contohnya : simbol (+) bermakna ciri tertentu hadir
pada perkataan yang hendak dianalisis manakala
simbol (-) tiada ciri tertentu pada perkataan itu.
Buah-buahan Cokelat
(+) brkhasiat
(-) lemak
(+)tenaga
(-) brkhasiat
(+) lemak
(-) tenaga
- Analisa ini memberikan faedah kerana dapat memahami
makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung
dengan makna rujukan.
- Membantu kita memilih perkataan yang tepat dalam
sesuatu ujaran
- Memahami pelbagai kemungkinan makna sesuatu
perkataan
- Kelemahan
I. Memerlukan proses yang panjang untuk
menghuraikan sesuatu makna.
II. Sukar untuk menentukan komponen semantik yang
khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan
dan terikat dengan hiponim
Keharmonian Dan Pembuktian
Koheren Dan Pembuktian
TAKSA & KETAKSAAN MKNA DLM TATABAHASA
Permasalahan Dlm Pengajaran Makna
1. Kurang maklumat kontekstual
o Leech: konteks merupakan faktor yg penting
o Adanya konteks, unsur ketaksaan makna yg pelbagai dpt
dielakkan wlapun trdapat pengguguran beberapa
komponen dlm ujaran/tulisan
o Contoh:
Ibu! Kucing! mkna yg hdk disampaikan Ibu, tolong
halau kucing yg mungkin mahu mencuri ikan
o Namun, ia brgantung pd tempat ujaran itu dilafazkan
o Konteks memainkan peranan penting utk menghilangkan
kekaburan dan ketidakjelasan makna
2. Perubahan makna
o Bhs brsifat dinamik menyebabkan bahasa sentiasa
mengalami perubahan
o Faktor perubahan makna
-
a. Ullman : 6 sbb perubhaan makna (sejarah,social,
psikologi, pengaruh luar, keperluan utk kata baharu)
b. Bloomfield : 9 perubahan makna (metafora, metonimi
dll)
Kepersisan Makna, Ketaksaan Leksikal Dan Struktur
o Definisi : Ketaksaan yg tdpt dlm sst ayat juga tgolong sbg
struktur mkna bdsrkn teori semantik.
o 3 jenis ketaksaan :
a. Ketaksaan leksikal
o Ketaksaan leksikel blaku disebabkan homonim iaitu
mkna sst pkataan bubah mgikut konteks pgnaan dlm
ayat.
o Cth :
Di rumah Pak Abu ada jambangan bunga yg sdg
mekar.
o Makna 1 :
bunga (bhgn utk pbiakn tumbuhan yg biasanya
bwrna-wrni)
o Makna 2 :
bunga (mksd kiasan utk anak2 Pak Abu)
b. Ketaksaan structural
o Mlibatkn lbi drp 1 ptfsiran bg suatu konstituen, spt frasa,
klausa & ayat.
o Blaku disbbkn pgnaan imbuhan awalan, pgbgn
pkataan dgn kata hbg yg, pjajaran pkataan,
pgnaan kata nafi.
o Cth :
Encik Jalal guru besar di SK Santubong.
o Maksud 1 :
Encik Jalal merupakan guru besar (pangkat) di SK
Santubong.
o Maksud 2 :
Encik Jalal guru yang besar (dr segi fizikal [saiz tubuh])
di SK Santubong.
c. Ketaksaan metafora
o Melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-
unsur kiasan.
o Cth :
api (nyalaan pns yg mbkr)
mata (alat utk melihat)
o metafora di matanya ada api.
Kekaburan Makna
o Rosli masih membujang kerana sudah berkahwin.
o Seperti yg tpapar dlm ayat2 ini, klihtn ayat2 ini, wpun
dibina scr gramatis, namun x ble dianggap ayat yg btl krn
ketaksaan mkna yg wujud d dlm bbrp pkataan dlm ayat2
itu.
o Misalnya, dlm ayat (1) tdpt 2 ayat penyata:
a. Rosli masih bujang
b. Rosli sudah berkahwin.
o Lazimnya, org bujang ialah org yg belum bkahwin &
dgn demikian tidak logik kalau org itu masih blh
mekalkan trf bujangnya, wpun sda bkahwin.
o Apabila ssorg itu sda bkahwin, tentunya dia akan
hilang status bujangnya.
o Dgn demikian tidak dpt diterima ayat ini sbg ayat
gramatis krn ketaksaan mkna dlm ayat ini.
o 4 jenis ketaksaan:
a. K.referensial
mkna leksikal suatu pkataan sukar dterapkn dlm objek
ttntu.
Cth : kota (negeri/kota)
-
b. K.makna
ptafsiran yg xpasti thdp mkna @ frasa ttntu.
Cth : Lukisan Anita.
c. K.spesifikasi
sifat mkna ssbuah kata yg tlalu umum.
Cth : Dia pergi ke sekolah.
d. K.disfungsi
ada pilihan yg mnimbulkn ptafsiran yg bbeza, namun
pilihan tsbt blh sja d luar pilihan yg d sdiakn.
Cth : Encik hndk minum kopi atau teh?
PERIBAHASA BM
Makna Dlm Peribahasa
o Peribahasa : peradaban yg penuh sopan
o Memancarkan pndangan hidup, nilai, sikap dan kepekaan
budi yg tinggi bgi masyarakat pengguna bahasa itu.
o Berfungsi sebgai petua, nasihat atau petunjuk sebagai
tatatertib, pergaulan dlm prgaulan dan hubungan sesama
manusia
o Juga digunakan utk brkomunikasi secara lembut dan brbudi
bhs
o Digunakan utk menyampikan maksud trsirat secara halus
sbgai kiasan, sindiran mahupun teguran
o 4 jenis makna dlm peribhasa
a. Makna literal
Mkna yg basaskn mkna sbnr / makna biasa bg kata2 yg
d gnakn.
Cth : Bom tangan (bom yang dipegang dengan tangan,
untuk dilontar oleh askar)
b. Makna kiasan
Makna yg mhuraikan sst prkara dgn mengiaskannya dgn
pkra lain srta mandungi isi tersirat.
Cth : bagai kaca terhempas ke batu (sgt sedih atau
kecewa)
c. Makna eufemisme
Makna yg disampaikan scr hls / sopan agar xmnimbulkn
sbrg prsaan kurg sopan.
Cth : buang air. (berak)
d. Makna metonimi
Mandungi 2 makna iaitu
i. Pertama, mkna literal
Cth : bulan sabit (bulan yg separa bulat)
ii. Kedua, mkna kiasan
Cth : bulan sabit. (melambangkan agama islam)
Asal Makna Dlm Peribhasa
o Peribahasa : pradaban yg penuh sopan
o Sopan yg bkn shj trdapat dlm prlakuan tetapi dalm
komunikasi seharian juga
o Malui pribhs, prkara yg ingin disampaikan tdk dinyatakan
secara terus terang bg mengelakkan teguris hati
o jenis peribahasa:
a. rubiah aksah: 5 jenis peribahasa (s.bhs, prumpamaan,
pepatah, bidalan, kata2 hikmah)
b. abdullah Hassan, ainon mohd: 4 jenis peribahasa (s.bhs,
pepetah, prumpamaan dan bidalan)
c. zaba: 3 jenis peribahasa
a. pribahasa selapis (bidalan, pepatah, prbilangan)
b. pribahasa berlapis (prumpamaan)
c. lidah pendeta
o maksud jenis2 peribahasa:
a. perumpamaan
o susunan kata dlm sesuatu ayat yg mmbri makna khas
yg brlainan drpd apa yg diucapkan dgn
mmbndingkan sesuatu dgn bnda/prkara lain
-
o diumpamakan dgn sikap/perangai msyarakat
o perumpamaan mnggunakan kata sprit macam,
umpama, bak, laksana, seperti, bagai, ibarat
I. kata bandingan di hadapan ayat:
contoh:
bagai burung dlm sangkar, mata terlepas
badan terkurung (Orang yang tidak mempunyai
kebebasan)
II. kata bandingan di tengah2 ayat
contoh
pantas seperti lipas kudung (Bergerak dalam
keadaan pantas atau, sibuk bekerja)
III. prumpamaan yg tdk mnggunakan penunjuk
biasanya berkaitan dgn pelbagai prkara
contoh:
bersaksi ke lutut (Minta pertimbangan kepada
orang yang bodoh; sahabat atau sanak
saudara dijadikan saksi.)
o prumpamaan trgolongan dlm peribahasa selapis iaitu
mmpunyai mksud tersurat dan trsirat.
o Trdapat dua bntuk prumpamaan trsebut:
o Menyatakan bandingan secara terang2 (biasanya
didahului olh bagai, bak, ibarat, umpama)
Bagai kucing dengan anjing (Dua orang yang suka
bergaduh apabila brjumpa)
Ibarat retak menanti belah (menunggu bencana)
o Tdk menyatakan bandingan secra terang2an
Berdua terkunci, bertiga terbuka
(rahsia hanya dapat terjaga dengan baik antara dua
orang saja.)
Lulus jarum lulus kelindan
(apabila permintaan yang besar saja dikabulkan apalagi
permintaan kecil)
b. Pepatah
o Brkaitan dgn adat istiadat, undang2 dan peraturan
masyarakat
o Brsifat sgt ringkas, berkerat2 dan pntingkan ketepatan
prkataan yg mengandungi unsur pengajaran
o Nilai murni dlm pepatah utk menyatukan anggota dlm
sesebuah masyarakat
o Org yg pndai menyelit pepatah dlm prcakpan dianggap
panjang akal
o Pepatah trgolong dlm peribahasa selapis
o Ungkapan pepatah brasal dripada pusaka adat resam yg
dijadikan pedoman hidup anggota lain
o Contoh:
Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan
Perkara yg kecil dibesar2kan
Pengayuh syg dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke
seberang
Apabila malas, cita2 tdk akan trcapai
c. Bidalan
o Kata2 yg sering disebut dan diucapkan yg
mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan dan
teladan
o Sama dgn pepatah tetapi bidalan lbh kerap digunakn
dlm kehidupan seharian
o Bidalan trgolong dlm pribahasa selapis
o biasanya trdiri drpd dua bahagian
I. pertama, menyatakan maksud :
sesat dihujung jalan
II. kedua, pematah bg maksud trsebut
-
balik kepangkal jalan
o juga mengandungi pernyataan pd awalnya dan diikuti
dgn pelengkapnya
kerbau dipegang pd talinya, manusia dipegang pada
janjinya
o perbezaan prumpaaman dan bidalan, bidalan
menggunakan prkataan2 ( seperti, hendaklah, jangan,
lebih baik, harus)
Jangan bijak trpijak, biar bodoh bersuluh
o Contoh bidalan
Jangan bijak trpijak, biar bodoh bersuluh
Jgn rasa diri bijak ttpi dihina org, biar tdk pandai asal
suka brtanya
Bawa resmi padi, makin tunduk makin berisi
Semakin tinggi kedudukan semakin merendah diri
d. Perbilangan
o Btuk yg hmpir sama dgn pepath dan bidalan, bezanya
prbilangan disusun brangkap2 spti ikatan puisi
o Setiap rgkap trdiri drpd 2 baris atau lebih
o Menumpukan isi yg memprkatakan adat istiadat,
undang2 atau peraturan masyarakat
o Prbilangan ditujukan kpd segenap lapisan masyarakat
a. Kpd pemerintah
Pohon rending di tengah padang,
Batangnya utk brsandar,
Dahannya utk brgantung
Buahnya utk dimakan
Daunnya utk brlindung
b. Kpd rakyat jelata
Alam nan beraja,
Luak yg brpenghulu,
Suku nan berlembaga
Anak buah yg buapak
(berkaitan sistem pemerintahan dan pentadbiran
N9)
c. Kesetiaan hati dan hidup brmasyarakat
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sma direnangi,
Yg berat sama dipikul,
Yg ringat sama dijinjing,
Hati gajah sama dilapah,
Hati kuman sama dicecah
e. Teromba
o Adat prbilangan yg popular di N9
o Meriwayatkan sejarah sesuatu tempat/peristiwa
prtumbuhan masyarakat adat pepatih
o Contoh teromba keturunan
Turun di Pgar Ruyung Raja Berdarah Putih,
Berdua dgn Batin Mergalang,
Lalu naik Gunung Rembau
Lalu turun Seri Menanti
Kemudian duduk bersuku-suku
Suku-suku nan dua belas
f. lidah pendeta
o kata2 hikmat yg diungkapkan olh org yg bijaksana
o brfungsi sbgai panduan hidup dan mnjadi prcakapan
umum
o contoh kata hikamt dlm BM:
kita selalu lupa atau jarang ingat apa yg kita miliki,
tetapi sering kali ingat apa yg org lain ada
tdk penting berapa lama kita hidup. Yg penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup
PERISTILAHAN BM
-
Beberapa Konsep Dasar Peristilahan
- Demi myatukn aspek kbhsaan, tutama dr segi pistilahan: Majlis
Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MBBIM) tlh mwujudkn 1 btk
ejaan & istilah baku & seragam sjk thn 1972.
- Definisi istilah :
kata / gbgn kata yg dgn jls mnerangkn mkna, konsep, proses,
keadaan @ ciri yg khusus dlm bidg ttntu.
Cth: medan magnet, metamorphosis, fotosentesis
- Setiap penggubalan istilah mesti brdasarkan konsep yg merujuk
bnda dalaman dan luaran
- Konsep tdk hnya merujuk kpd bnda /peristiwa ttpi juga kpd
kandungan dan hubungan
- Tataistilah
o Kumpulan praturan utk mmbentuk istilah sprit biologi, sains
(trmasuk kmpulan nama yg dihasilkannya)
- Tatanama
o Kumpulan praturan utk menentukan nama dlm bidang
ilmu sprit biologi, sains (trmasuk kmpulan nama yg
dihasilkannya)
- Istilah khusus
o Kata makna dan penggunaanya khusus pd bidang itu shj
- Istilah umum
o Istilah yg brasal dr bidang trtentu ttpi tlh digunkan secara
meluas menyebabkan kata ini mnjdi kosa kata umum
o Cth:
Daya sains
- Kata umum
o Kata biasa dlm bahasa, namun blh dijadikan istilah:
o Contoh:
Tenaga ( kata umum) tenaga neklear (istilah sains)
- Morfem
o Unit atau unsr trkecil dlm bhs yg mengandungi mkna atau
fungsi nahu
- Morfem peristilahan
o Kata akar dan imbuhan yg digunkan dlm pmbntukan
istilah
- Proses pembentukan istilah
a. Pengimbuhan
b. Penggandaan
c. Penggabungan / kata majmuk
- Kata akar
o Kata yg blum menerima imbuhan
o Menyamai kata dasar dlm kata umum
o Contoh
Kata akar bom, sekolah, darab
- Imbuhan dan pengimbuhan
o Imbuhan: morfem yg digunakan utk mncipta istilah mlalui
proses pengimbuhan
o Contoh:
beR.. digandingkan dgn magnet mnjadi bermegnat
- Penggandaan
o Ulangan kata dasar sama ada sebahagian/separa atau
seluruh utk membentuk istilah
o Contoh:
Patung pepatung (separa)
Meja meja-meja (seluruh)
- Gabungan kata (kata majmuk)
o Cantuman dua kata atau lebih kata utk mmbentuk istilah
melalui proses penggbungan
o Contoh:
Warga + negara warganegara
Bumi + putera bumiputera
- Bentuk prototaip
-
o Kata yg masih berbantuk sperti dlm bahasa sumber/ asal
dan belum mengalami proses penyesuaian ke dlm BM
o Contoh:
Radio, protein, vitamin
- Paradigm kata
o Kumpulan kata yg dibentuk drpd satu akar yg sama
melalui pola tertentu sama ada yg brupa kata imbuhan
mahupun yg brupa kata gabungan
o Contoh:
Kata akar : serap
serap + imbuhan ter- = terserap
serap + imbuhan -an = serapan
terserap + zat = zat terserap
o Perkataan terserap, serapan zat terserap tergolong dlm
paradigm kata yg sama
- Bentuk istilah
o Trdiri drpd kata akar bebas, kata imbuhan, kata
gabungan dan kata gandaan
a. kata akar bebas
bentuk yg boleh brdiri sebagai istilah atau menjadi
dasar kpd pmbentukan istilah yg lbh luas
contoh:
sisa boleh mnjadi sisa pepejal
b. kata imbuhan
bntuk istilah yg mengandungi imbuhan
contoh:
angkasa + -wan = angkasawan
c. kata gabungan
bntuk istilah yg trdiri drpd dua kata atau lebih
contoh:
pantulan + cahaya = pantulan cahaya
d. kata gandaan
istilah seluruh atau sebahagian drpd bntuk dasarnya
diulang
contoh:
cukai-cukai
sesungut
- Peranan DBP:
o Mumpul, mbtk & mpbyk istilah BM d dlm plbgi bidg
ilmu.
o Mnrbitkn istilah BM.
o Mwujudkn Pangkalan Data Pistilahan yg bsistem, sesuai
dgn mtlmt pybaran & pmsyktn istilah.
o Myelaraskn istilah & pgnaan istilah BM & mengadakn
krjasma dgn Indonesia & Brunei Darussalam mlalui
MABBIM & negara2 lain.
- Peranan MABBIM
o sbuah bdn kebahasaan serantau yg dianggotai oleh 3
negara (Malaysia, Indonesia, Brunei)
o Mbina & membangkan bhs rasmi @ bhs kbgsaan di 3
buah negara anggota tetap berkenaan.
o Mdaulat, myebar & mangkat martabat BM sbg bhs
peradapan yg tinggi bkn shj d rantau malah di dunia. Ini
meliputi smua bidg keilmuan spt sains, teknologi,
komunikasi mklmt, pubatan, pundangan, pekonomian,
ksusasteraan d sbgnya.
SUMBER ISTILAH BM
PRBENDAHARAAN KATA UMUM BM
- mna2 kata umum BM tmasuk dialek kwsn @ bhs lama blh jdkn
istilah.
- Syrt2 utk jd istilah:
a. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses,
keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
-
b. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada
sekelompok sinonim).
Cth :
antara hospital dengan rumah sakit, hospital yg dipilih
antara ilmu kejiwaan dgn psikologi, psikologi yg dipilih
c. Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau
sebutan sumbang.
Cth:
antara ank luar nikah dgn anak haram, anak luar nikah yg
dipilih (bg org Islam, haram tdk boleh disentuh)
PRBENDAHARAAN KATA BAHASA SERUMPUN
- Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata
bahasa serumpun dengan BM sekiranya tidak terdapat istilah
yang diperlukan drp BM.
- Contoh:
I. gambut (drp bhs Banjar) peat
II. nyeri (drp bhs Sunda) pain
III. engkabang (drp bhs Iban) ellipenut
IV. dermaga (drp bhs klasik) wharf
V. dening (drp dialek Kelantan) yoke
PRBENDAHARAAN KATA BAHASA ASING
- Syrt pembentukn istilah drp bhs asing :
o Sesuai maknanya
o Istilah asing yg diserap itu mpmudahkn pylrsn, sekiranya
istilah BMnya mpnyai byk sinonim.
o Lbi singkat drp tjemahan Bmnya.
o Diambil & digunakan sekiranya istilah yg diperlukan xtdpt dlm
BM & Bhs Serumpun.
o Pbntkn istilah ini hdk la mengutamakn btk ejaannya d dlm bhs
sumber/asal (perlu disesuaikan)
o Penyebutannya hndk la mengikut sistem bunyi BM.
o Utk tujuan keseragaman, BI yg dianggap plg antarabangsa d
jdkn bhs sumber mlainkan konsep yg bknaan x ada istilahnya
dlm BI.
PENYERAPAN ISTILAH ASING
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
o Sesuai maknanya;
o Lebih singkat drp terjemahan BM;
o Istilah asing yg diserap itu mpermudahkan pylarasan,
sekiranya istilah BMnya mpunyai byk sinonim.
BENTUK-BENTUK SERAPAN
diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau
terbitannya. Hal ini bergantung pada:
o Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
o Kemudahan belajar bahasa; dan
o Kepraktisan.
ISTILAH ASING YG SDA LAZIM
Istilah asing yg sda lama dgnakn blh trus dipakai wpun ada
kalanya istilah bknaan x sesuai dgn peraturan.
-
Hal ini dilakukn utk mengelakkan kkacauan & kekeliruan
EJAAN ISTILAH (UNGKAPAN) ASING YG TETAP
Istilah asing @ ungkapan ttntu yg sebutan & ejaannya kekal dlm
smua bhs, digunakan juga dlm BM dgn syrt diberi garis bawah @
dicetak miring. Contoh:
a. bona fide
b. esprit de corps
c. fait accompli
d. weltanschauung
e. cal de sac
PEBENTUKAN ISTILAH PLBGI BIDG.
- Istilah TMK :
Autosave autosimpan,
digital camera kamera digital,
client-server pelanggan-pelayan.
- Istilah Undang2 :
Civil rights hak sivil,
Extradiction ekstradisi,
civil disorder gangguan awam
- Istilah komputer :
Bench mark tanda aras,
data base pangkalan data,
cursor kursor
- Istilah ekonomi
Buy out beli habis,
cash flow aliran tunai,
capital gain laba modal.
- Istilah perhotelan
Buffet bufet,
Cocktail koktel,
Ballroom dewan bsr
- Istilah fotografi
Abstract photography fotografi abstrak,
camera angle sudut kamera,
invisible light cahaya halimunan
- Istilah M3 & Statistik
Aggregate agregat, affine variety aneka afin,
CBRN PEMBENTUKAN ISTILAH
- Kepesatan ilmu :
i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan
semasa.
- Kepakaran :
i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun,
bahasa pinjaman)
SKEMA TATACARA PMBENTUKAN ISTILAH BM
TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH
1. Langkah 1:
Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.
2. Langkah 2:
Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim
digunakan.
3. Langkah 3:
Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim
digunakan.
4. Langkah 4:
-
Mencari kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak
lazim digunakan.
5. Langkah 5:
Mencari kata dalam bahasa Inggeris.
6. Langkah 6:
Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifat
antarabangsa.
7. Langkah 7:
Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan 1hingga 6.
KONSEP DAN LANGKAH
- Konsep: istilah ialah langkah yg brmakna, proses, keadaan dan
ciri.
1. Pilih kata dlm BM drpd kata umum dan dialek
2. Pilih kata drpd bhs2 serumpun dgn BM
3. Pilih kata dlm bahasa inggeris
4. Pilih kata dlm bhs2 lain
SYARAT-SYARAT
Syarat langkah 1:
o Kata yg tepat
o Kata yg tdk brkonotasi buruk atau sebutan yg sumbang
o Kata yg paling ringkas
Syarat langkah 2
o Penyesuaian ejaan
Syarat langkah 3
o Penyerapan dgn menyesuaikan ejaan dan sebutan
o Penyerapan tanpa perubahan
o Penterjemahan tepat, singkat dan memudahkan
penyelarasan
o Makna umum secara bersistem
PEMBENTUKAN ISTILAH BAHARU
o Penggunaan kata dalam bahasa Melayu yang lazim
digunakan.
Contoh : Garis pusat
o Penggunaan kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak
lazim digunakan.
Contoh : jisim
o Penggunaan kata dalam bahasa serumpun yang lazim
digunakan.
Contoh :dermaga dan awet (jawa)
o Penggunaan kata dalam bahasa serumpun yang sudah
tidak lazim digunakan.
Contoh : engkabang (iban)
o Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris.
Contoh : bomb bom, generation generasi
o Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifat
antarabangsa.
Contoh : pizza pizza (itali)
o Penggunaan istilah yang terbaik daripada pilihan 1hingga 6
ASPEK TATABAHSA DAN SEMANTIK PRISTILAHAN BM
KATA BM YG LAZIM DAN TAK LAZIM
KATA BAHASA SERUMPUN YG LAZIM DAN TAK LAZIM
-
KATA BI DAN BAHASA ASING LAIN
ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BM
PENGGUNAAN K.DASAR
- Dibentuk daripada kata akar atau kata/morfem bebas
- Cth: sudut, asid, watt
PROSES PENGIMBUHAN
- Susunan istilah yg menunjukkan prtalian yg trsusun antara bentuk
dan maknanya.
- Proses pengimbuhan dpt dirumuskan sperti yg brikut:
a. Makna hal
Kata akar Makna hal
hasil keberhasilan
serasi Keserasian
asid Keasidan
b. Makna pelaku / alat dan hal/ keadaan / tempat
Kata akar Prlaku/ alat Hal/kedaan/tempat
tani petani pertanian (hal)
pandu pemandu pemanduan (hal)
c. Makna pelaku / alat, proses, dan hasil
Kata akar Prlaku/alat Proses Hasil
klorin pengklorin pengklorinan klorinan (hasil
mengklorin)
tulis penulis penulisan tulisan
REDUPLIKASI
- duplikasi bmksd salinan atau lmbaran kdua, blaku ptindihan
tugas.
- Cth :
o Ganda penuh (pulangan kata tunggal)
Contoh:
Cawan cawan - cawan, barang barang - barang, pin
pin - pin
o Ganda suku kata awal (pulangan suku kata pertama)
Contoh:
Tikus tikus-tikus titikus tetikus
o Ganda suku kata awal dgn imbuhan (akhiran an)
Contoh:
Daun daun-daun dadaun dedaun dedaunan
o Kata ganda berentak (konsonan atau vokal atau kedua2nya
mewujudkan keindahan bunyi dlm btk rima, biasanya unsur
ulangan diawal kata, tp ada juga d blkg kata)
Contoh:
simpang - siur (simpang), sayur-mayur (sayur), gunung-
ganang (gunung)
PENGGABUNGAN
- Merupakan istilah yang berupa gabungan kata seboleh-
bolehnya berbentuk singkat.
- Cth :
a. Kump yg terpisah
-
Contoh: jalan raya, alat tulis, tengah hari
b. Kump yg mgnakn tanda hbg jika d fkr plu mnegaskn pertian
dianatra unsurnya
Contoh: dua-sendi, mesin-hitung, roda-gigi
c. Kump yg d rngkaikn mjd 1 krn sda mantap
Contoh: antrabngsa, tndtgn, sukarela
PELEBURAN FONEM & SUKU KATA
- Percantuman unsur linguistik atau penggabungan bunyi bahasa
atau kata yg mjd satu dengan meleburkan fonem atau suku
kata yang sama.
- Cth :
o benda alir vokal a dileburkan bendalir
o beR + rantai berrantai berantai
o taman didikan kanak2 tadika (hanya suku kata pertama
shj digunkan, yg lain dileburkan)
PROSES ANALOGI
- Bentuk tatabahasa dan leksikal yang berubah disebabkan oleh
pengaruh pola seragam lain dalam bahasa, iaitu bentuk yang
sudah lazim digunakan dijadikan acuan
- Cth :
o Jurumudi jurubayar, jurukamera, juruselam, jurumasak
o Tatabahasa tataniaga, tatabusana, tatawarna,
tatabahana
o Lelaki cecair, sesendi, pepejal, gegelang
o Prasangka pralahir, prakala, prakonsep, prakata
PENTERJEMAHAN
- Istilah baharu disusun dgn mtrjemahkn istilah asing
Cth :
balanced budget anggaran berimbang,
aerial picture gmbr udara,
triangle segi tiga
- Apa yg pntg ialah ktetapan mkna & bknya mkna harfiahnya.
Cth :
Circular surat pekeliling (bkn pekeliling),
Network rangkaian (bkn krja jaring)
- Istilah dlm btk positif sebaik2nya tidak ditrjemahkn dlm btk
negatif atau sebaliknya.
Cth :
bound morphene morfem terikat (bukannya morfem tak
bebas)
PARADIGMA ISTILAH
- Paradigma: daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan
sesuatu perkataan.
- Istilah : perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu
dengan betul, tepat dan sesuai.
- Cth :
a. Fonem, morfem, semem, taksem, tagmem
b. Hak pilih, hak milik, hak monopoli, hak mogok
c. Electrical power kuasa elektrik, horse power kuasa kuda
SINONIM
- dua kata atau lebih yg mmpunyai mkna yg sama tetapi brlainan
bentuknya
- Jika ada istilah sinonim maka pilihan dibuat berdasarkan:
a. Istilah yang diutamakan
(Istilah yang paling sesuai dengan prinsip pembentukan istilah
dan pemakaiannya dianjurkan sebagai istilah baku)
-
Istilah asing Istilah yg
dihindarkan
Istilah yang
diutamakan
micro renek mikro
particle zarah partikle
mathematic ilmu hisab matematik
b. Istilah yang dibenarkan
(Istilah yang timbul kerana adanya istilah asing dan istilah
bahasa Melayu secara bersama)
Istilah asing istilah yang dibenarkan
diameter garis lintang, diameter
frequency frekuensi, kekerapan
c. Istilah yang ditolak
(Istilah yang sinonim tetapi yang menyalahi asas peristilahan
perlu digugurkan)
Cth :
zat lemas harus diganti dengan nitrogen.
ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BM
SINGKATAN
- singkatan ialah kependekan, ringkasan, merupakan gejala
umum dlm pemakaian bahasa.
- Trbentuk melalui 4 cara
a. Gugurkan satu bahagian atau lebih drpd dasarnya
Laboratory lab
Taximeter taxi
b. singkatkan huruf ejaan tetapi sebutannya seperti btuk yg
lengkap
sentimeter sm
kilometer km
c. Gabungkan suku kata atau bahagian kata
taman didikan kanak-kanak tadika
kumpulan gitar rancak kugiran
d. Gabungkan huruf pangkal setiap kata
Tenaga Nasional Berhad TNB
Dewan Bahasa Dan Pustaka DBP
AKRONIM
- Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan
menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai
kata, dan ditulis dan dilafazkan sebagai satu perkataan yang
utuh.
- Jenis2 akronim
o Gbgn bbrp huruf awal rangkai kata
Biasanya tdiri drp KN khas & ditulis hrf bsr ksluruhannya.
Cth :
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
o Gbgn suku kata dengan huruf awal
Hrf ptama dieja dgn hrf bsr pkataan yg tbtk adalah KN khas.
Cth :
Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),
Berita Nasional Malaysia (Bernama).
o Gbgn suku kata dgn suku kata
Ditulis dgn hrf kcl keseluruhannya krn pkataan yg tbtk bkn KN
khas.
Contoh:
panggung wayang gambar (pawagam),
cerita pendek (cerpen),
kumpulan gitar rancak (kugiran),
-
LAMBANG DAN HURUF BILANGAN
- Def lambang : tanda yg mwakili entiti linguistik spt bunyi, fonem,
suku kata, morfem & kata yg diterima dlm transkripsi fonetik @
sistem tulisan.
- Def lambang huruf : singkatan khusus berdasarkan kebiasaan
yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di
belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
LAMBANG GAMBAR
- Konsep dapat dinyatakan oleh lambang gambar.
- Penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yg
disahkan olh bidang masing2
Contoh: H hospital, + tambah, % peratus
EJAAN DAN PERISTILAHAN BM
EJAAN FONEMIK DAN ETIMOLOGI
- Ejaan Fonemik
Istilah ditulis berdasarkan pada sistem ejaan BM.
Cthnya :
Presiden bukan president,
teks bukan text,
objek bukan object
- Ejaan Etimologi
Ejaan etimologi adalah ejaan dgn mptimbangkn sejarahnya
(ejaan yg asal).
Perbezaan yg dibuat thdp istilah yg sma sebutan & ejaan.
Cthnya :
bank dengan bang,
Massa dengan masa
TRANSLITERASI DAN TRANSKRIPSI
- Transliterasi
o transliterasi ialah tdptnya penukaran huruf @ pkataan drp
abjad sst tulisan kpd hrf yg slrs bunyinya.
o Tulisan Arab yg tlh diselaraskn bunyinya dgn sistem tulisan lain
spt Rumi.
o Cth transliterasi Arab :
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum
- Transkripsi
o Transkripsi ialah penulisan sebutan yg mnunjukkn sebutan dlm
bhs yg bsangkutan.
o Istilah asing yg dserapkn ke dlm BM tnpa diterjemahkn, pd
umumnya ditranskripsikan tlebih dahulu.
o Cth :
Bureau biro,
Police polis,
Ambulance ambulans
EJAAN NAMA
- merujuk kpd KN khas atau ejaan nama diri.
- Sekiranya nama khas itu ditulis dgn hrf lain, maka diambil
ejaannya yg dlm BI & kmudian disesuaikan dgn BM.
- Cth :
Mao Tze Tung, Mandelev, Keops, Cannizaro, Baekelund, Anton
Chekhov
PENYESUAIAN EJAAN
-
BM byk myerap istilah drp plbgi bhs.
- Cthnya :
Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris.
- Istilah dlm BM dpt dibahagi kpd 2 glgn bsr :
a. Kata asing yang sepenuhnya terserap (ejaan diubah)
Contoh:
Class kelas
Station stesyen
b. Kata asing yang belum sepenuhnya terserap (ejaan
dikekalkan)
Contoh:
Protein protein
Fasakh fasakh
- Pengejaan istilah ini dilakukan dgn cara mubah unsur yg prlu shj
spy btk ejaan asal masih terlihat.
- Pyesuaian ejaan istilah baharu itu dilakukan menurut kaedah
berikut :
a. Maknanya tepat
b. Ejaan singkat
c. Tiada konotasi buruk
d. Dibtk mikut kaedah yg d tetapkn.
IMBUHAN ASING
- Dalam BM imbuhan terbahagi kepada imbuhan awalan,
akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi.
- Manakala imbuhan asing hanya terbahagi kepada 2 iaitu
imbuhan awalan dan akhiran sahaja.
a. Imbuhan drp Sanskrit
Awalan
Maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, panca-, pasca-
Akhiran
-wan, -man, -wati, -nita
b. Imbuhan drp Arab-Parsi
Awalan
Bi-
Akhiran
-wi, -i, -iah, -in, -at, -ah
c. Imbuhan drp Yunan, Latin, Inggeris
Awalan
Pro-, anti-, poli-, auto-, sub-, supra-
Akhiran
-isme, -ik, -al, -is
GUGUS KONSONAN
- Gejala baharu dlm BM akibat proses pengambilan pkataan drp
bhs2 asing, terutamanya BI.
- BM tidak mpnyai pola2 V, KKVKK & bbrp pola yg wujud dlm bbrp
bhs lain di dunia
a. Gugus konsosnan pd posisi awal suku kata atau awal kata
b. Gugus konsosnan pd posisi akhir kata pinjaman ke dlm BM
diprthankan alas an etimologi, kemudahan mmplajari bhs
dan keseragaman bentuk.
i. Menrima gugus konsonan lukuida l atau r diikuti
konsonan b,d, f, m, n, s, t; konsonan n dgn k atau s;
dan k dgn s
Contoh:
-rd standard standard
-rm kloroform
-rt pasport
-nk bank
-ks kompleks
-
ii. Menambah vocal a pd akhir kata istilah yg ditutupi
gugus konsonan yg brikut:
Contoh:
-rm norm norma
-rm firm firma
iii. Mengugurkan konsonan akhir dr gugus konsonan yg
brikut:
Contoh:
-nd bond bon
-nt consonant konsonan
-pt consept konsep
iv. Mengekalkan ejaan konsonan srta cara
penyesuaiannya yg sudah trlanjur mnjd lazim
Contoh:
-lm film filem
-rd kadboard kadbod
-rn modern moden