Esei titas

15
Sumbangan teknologi terhadap kelestarian dan keruntuhan tamadun manusia dan membuat ulasan tentang pendekatan yang sesuai dijalankan di Malaysia demi memastikan kesinambungan tamadun dapat diwarisi kepada generasi yang seterusnya . Pada asasnya, sejarah itu tidak lebih daripada berita- berita perang, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Namun secara umumnya tamadun ditakrifkan sebagai pencapaian manusia dalam bidang kebendaan disamping tidak mengabaikan aspek-aspek kerohanian yang menjadi panduan ke arah kesempurnaan kehidupan di dunia dan di akhirat. Kamus Dewan mentakrifkan tamadun sebagai kebudayaan, kemajuan atau perdaban. Manakala peradaban berasal daripada perkataan “adab” yang merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) dan istilah barat ditakrif juga sebagai telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), iaitu bertamadun. Pengertian tamadun dari perspektif barat yang berasal daripada istilah ‘civitas’ yang bermaksud bandar. ‘Civilization’ pula ialah sesuatu yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Manakala ‘civic’ pula membawa maksud kehidupan rasmi dan hal ehwal bandar. Dalam Bahasa Melayu, perkataan tamadun membawa tiga elemen yang berbeza iaitu peradaban, kebudayaan dan juga kemajuan. Sebenarnya perkataan 'tamadun' dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddarm dalam bahasa Arab. Maddana yang merupakan kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.

Transcript of Esei titas

Page 1: Esei titas

Sumbangan teknologi terhadap kelestarian dan keruntuhan tamadun manusia dan membuat ulasan tentang pendekatan yang sesuai dijalankan di Malaysia demi memastikan kesinambungan tamadun dapat diwarisi kepada generasi yang seterusnya.

Pada asasnya, sejarah itu tidak lebih daripada berita-berita perang, jatuh

bangunnya sesebuah kerajaan. Namun secara umumnya tamadun ditakrifkan

sebagai pencapaian manusia dalam bidang kebendaan disamping tidak

mengabaikan aspek-aspek kerohanian yang menjadi panduan ke arah

kesempurnaan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kamus Dewan mentakrifkan tamadun sebagai kebudayaan, kemajuan atau

perdaban. Manakala peradaban berasal daripada perkataan “adab” yang merujuk

kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) dan istilah barat ditakrif juga

sebagai telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), iaitu bertamadun.

Pengertian tamadun dari perspektif barat yang berasal daripada istilah ‘civitas’

yang bermaksud bandar. ‘Civilization’ pula ialah sesuatu yang berkaitan dengan

manusia dan masyarakat. Manakala ‘civic’ pula membawa maksud kehidupan rasmi

dan hal ehwal bandar. Dalam Bahasa Melayu, perkataan tamadun membawa tiga

elemen yang berbeza iaitu peradaban, kebudayaan dan juga kemajuan.

Sebenarnya perkataan 'tamadun' dari sudut etimologi berasal daripada

perkataan maddarm dalam bahasa Arab. Maddana yang merupakan kata kerja

merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan

memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini diterbitkan perkataan

madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang

berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang

terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal

daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

Pengertian tamadun berdasarkan etimologi seperti yang dikemukakan, secara tidak

langsung menekankan dua perkara yang penting dalam memberi takrifan yang

lengkap terhadap tamadun.

Page 2: Esei titas

Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara

tersebut yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan

perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan

sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,

pemikiran dan kemajuan yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan

peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang

terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa. Perkataan

bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun lalah hadarah

yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di

bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Tamadun juga disamakan pengertiannya

dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada

kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat.

1.1 TEKNOLOGI

Kemajuan teknologi dalam sesebuah tamadun menyumbang kepada

pembangunan sesebuah tamadun itu. Sejarah kemajuan tamadun Cina juga dapat

dilihat jelas melalui sumbangan tamadun tersebut dalam beberapa bidang seperti

astronomi dibuktikan dengan adanya penciptaan katalog bintang, bidang matematik

iaitu penggunaan Sempoa dan bidang perubatan menerusi penemuan teori Yin dan

Yang. Antara tokoh perubatan yang terkenal ialah Hua Tua iaitu seorang pakar

bedah yang berjaya menghasilkan anastesia serta Choa Yuan Fang yang

menghasilkan karya perubatan berkaitan dengan penyakit mata, kudis buta dan

sebagainya. Selain itu, tamadun Cina turut telah menunjukkan perkembangan

tamadunnya dalam bidang optik iaitu melalui prinsip fokus, imej dari kanta cekung,

bidang kimia dan teknologi Cina dengan adanya abah-abah yang diikat pada dada,

kereta sorong, kain sutera dan lain-lain.

Selain itu, interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah

sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali-

sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275-

1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan

Page 3: Esei titas

seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu

mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa

masuk dari negara China.

Dalam tamadun Jepun, bidang perindustrian yang dimajukan adalah tekstil,

simen , kaca dan lain-lain. Pada zaman Meiji, beliau menggalakkan para

cendekiawan mereka cipta alat-alat elektrik, hasil ilham dan pengubahsuaian dari

Barat. Ini merupakan salah satu zaman yang paling gemilang dalam sejarah Jepun.

Dibawah pemerintahan Meiji, Jepun telah diubah kepada sebuah negara yang

moden dan berkuasa. Justeru itu, Jepun telah memperkenalkan pelbagai barangan

elektrik menerusi syarikat terkenal Toshiba. Mata wang Yen juga turut

diperkenalkan.

Seterusnya, teknologi juga sedikit sebanyak menyumbang pada pembinaan

bandar terancang menjadi keunggulan sesebuah tamadun. Kemajuan tamadun India

sebenarnya telah lama bermula dengan adanya pembukaan bandar terancang yang

pertama di dunia iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa yang telah dibina pada tamadun

Hindus. Bermula daripada detik tersebut bidang seni tamadun Hindus mahupun

India semakin berkembang maju. Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah

dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang-

bidang kesenian seperti seni halus, tarian, drama, seni bina dan seni ukir serta seni

lukis. Contohnya, pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India

berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina

dan seni ukir India. Pada zaman Gupta, senibina dan seni ukir mencapai

kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva

adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora

serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi

nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava

menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada

zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan

corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.

Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman tamadun cina

dahulu yang masih wujud sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan

Page 4: Esei titas

sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan

lama kerana pengaruh iklim dan cuaca. Dalam seni bina Cina, tembok merupakan

antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok

yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa,

kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan

yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian

kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki

atau lebih. Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga

untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.tamadun Cina pula,

teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar

China bagi mempertahan serangan orang Gasar dan pembinaan kuil Pagoda

berbentuk octagon merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai

sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina.

Lebih-lebih lagi, budaya ilmu juga turut berkembang dalam tamadun Islam.

Teknologi mengikut perspektif Islam adalah penting dalam usaha pengukuhan

budaya Iqra’ dan budaya Qalam. Sebagai contoh, teknologi kertas yang diimport

daripada negara China ke negara Islam melalui Samarkand sekitar tahun 704,

kesinambungan daripada itu, pembinaan kilang kertas di Samarkand semakin

berkembang pesat atas permintaan terhadap kertas yang tinggi. Keadaan ini

berlangsung sehingga sebuah kilang dan gudang pengeluaran kertas dibina di

Baghdad pada tahun 794. Manakala teknologi dakwat pula didakwa telah diketahui

dan dikuasai oleh Islam lebih awal lagi. Mungkin juga diperkenalkan oleh orang

Mesir kepada orang Arab melalui perdagangan sebelum atau pada waktu turunnya

ayat 1-5 surah al-Qalam.26 Kedua-dua teknologi tersebut merupakan pemangkin

utama dalam perkembangan budaya ilmu dalam ketamadunan Islam.

Di samping itu, teknologi juga telah meningkatkan lagi kemajuan dalam

pengangkutan dan pelayaran. Contohnya, dalam tamadun Cina penciptaan kereta

sorong membantu menjimatkan tenaga manusia. Penciptaan layar kapal untuk

pelayaran jarak jauh. Dalam Tamadun Cina, penemuan tentang gejala magnet

aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga

Page 5: Esei titas

kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan

penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran. Kompas

yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama

penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat

daripada kayu dan sebatang sudu magnet.

Sumbangan tamadun Islam dalam bidang perubatan. Penemuan cara mengubati

penyakit juga sumbangan teknologi dalam bidang perubatan. Dalam tamadun Islam,

Ibn Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat

beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan

psikosomatiks (psychosomatic medicine). Beliau memperkembangkan ilmu

diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis') untuk mengenal pasti (dalam

masa beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan yang berkenaan. Diagnosis

melalui denyut jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim)

di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.

Seorang doktor tabii dari Amerika Syarikat (1981) melaporkan bahawa para hakim di

Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam penentuan penyakit

melalui 'denyutan jantung'. Kaedahnya bukan sahaja mengira berapa denyut jantung

di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat

atau tidak denyutan, masa antara denyutan, kandungan kelembapan di paras kulit

dekat denyutan itu dan sebagainya. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang

hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihadapi di dalam tubuh si

pesakit.

Seterusnya, sumbangan teknologi juga tidak terhingga dalam bidang astronomi.

Dalam tamadun Islam, Al-Biruni lebih melibatkan dinnya dalam bidang astronomi

namun beliau juga berkemahiran dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai

geometn, antmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau Juga berminat

dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.Al-Biruni, sebagai seorang

sarjana dalam bidang sains telah menghasilkan beberapa aspek mengenainya

antaranya trigonometri sfera, aritmetik orang India, cahaya dan bunyi, graviti,

ketumpatan, mekanik, berat dan ukuran, geografi, geodesi dan stratografi dan

sebagainya.Al-Biruni menghasilkan sebuah karya berjudul Maqalid 7lm al-Haiahfi

Page 6: Esei titas

Basit al-Kurah sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul

al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang balk serta mudah

difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan

lagi. Salah satu daripadanya diberi judul Jami’al al Tarq al Sa’irah fi Ma’rafah Awtar

al Da’irah yang membincangkan kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.

Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai

bidang yang terpisah dengan astronomi serta mengembangkannya dengan cara

yang sistematik.

1.2 KELESTARIAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Namun demikian, teknologi memainkan peranan penting dalam melestarikan

dunia, tetapi ia juga sedikit menyumbang kepada keruntuhan sesebuah tamadun

tersebut. Antaranya ialah teknologi dalam peperangan. Tamadun Cina merupakan

bangsa pertama mencipta serbuk letupan dan meriam yang telah digunakan untuk

menggulingkan pemerintah-pemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung

abad ke-14. Dari segi peralatan, tentera India mencipta meriam, kayu pelontar,

busar, pedang,tombak dan lembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan

oleh askar India. Disebabkan oleh kemajuan dari segi teknologi peralatan

peperangan, ratusan orang terkorban dalam kebanyakan peperangan dalam

sesebuah tamadun tersebut. Peperangan yang berlaku boleh membawa keruntuhan

tamadun. Peperangan yang berlaku di Jepun iaitu perang dunia pertama dan kedua

telah meragut nyawa ribuan orang. Serangan yang dilakukan ke atas Jepun telah

menyebabkan tamadun Jepun mengalami keruntuhan.

Kemajuan teknologi secara tidak langsungnya melahirkan sikap ketamakan dan

kezaliman pemerintah. Dalam tamadun Cina, semasa era pemerintahan Dinasti Sui,

Maharaja Yang Ti telah mengabaikan tanggungjawab dan bertindak keras terhadap

rakyatnya. Beliau memaksa rakyat membina istana-istana raja sebagai tanda

keunggulan dan kemajuan tamadun dalam bidang teknologi. Beliau juga

mengarahkan rakyatnya membina terusan untuk meningkatkan lagi hasil pertanian.

Page 7: Esei titas

Ketamakannya telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Akhirnya, golongan petani bangkit dan menjatuhkan dinasti tersebut.

Teknologi juga memberikan segala kemewahan hidup yang melalaikan

pemerintah. Dalam tamadun Islam , itu merupakan salah satu faktor keruntuhan

kerajaan Bani Abbasiah. Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah

dengan tugas dn tanggung jawab kepada Negara. Selain itu, kadang-kala

sesetengah peralatan teknologi tidak bersifat pragmatik ataupun praktikal

mengundang kepada sifat tertutup sesebuah tamadun. Sikap tertutup seperti ini

sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang

seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud

berpanjangan. Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah

mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu

menerima perubahan teknologi dan sosial.

Dalam tamadun Cina pula, orang Cina lebih mengutamakan teknologi atau alat-

alat penciptaan untuk tujuan pragmatik atau kegunaan berbanding dengan

menjalankan penyelidikan dalam bidang sains untuk maksud pengetahuan yang

bersifat asas dan teoretikal. Golongan China ini telah membawa kesan konservatif

terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru

kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh

birokrasi. Para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan

atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan

perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam

bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik

dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang

kepentingan sains dan teknologi moden.

Page 8: Esei titas

1.3 Pendekatan yang sesuai dijalankan di Malaysia

Pencapaian sesebuah tamadun bukan terhenti sekadar bidang teknologi sahaja.

Malah, ia berterusan sehingga bidang bahasa dan kesusasteraan, matematik, dan

sebagainya. Mana-mana bangsa di dunia ini boleh membina ketamadunan yang

besar dan agung jika mereka sentiasa melakukan penerokaan, penemuan,

penciptaan, pengubahsuaiaan, dan pembaharuan kepada setiap hasil. Sebagai

salah satu negara yang bertamadun, Malaysia mewarisi tradisi penemuan, peniruan,

pengkayaan, pembaikan, pembaharuan dan penciptaan yang telah mengakar dan

berkembang berpandukan tamadun manusia. Justeru, adalah menjadi

tanggungjawab kita untuk memastikan kesinambungan tamadun dapat diwarisi

kepada generasi yang seterusnya di Malaysia.

Antara pendekatan yang sesuai dijalankan di Malaysia ialah dengan

mengekalkan bahasa dan kesusasteraan tamadun masing-masing. Setiap kaum

harus diberikan pendedahan tentang hasil kesusasteraan mereka. Usaha ini dapat

direalisasikan melalui sistem pendidikan di Malaysia. Karya-karya penulisan harus

dibukukan sepertimana al-Quran yang ditulis dijaga, dan dimanfaatkan oleh

penganut Islam pada hari ini. Dalam budaya Cina, sifat bahasa Cina mengekalkan

kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus

menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai. Langkah-langkah yang

perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai untuk membaca

karya sastera termasuklah peranan pihak kerajaan khususnya penerbitan majalah

kerajaan. Mereka perlu menerbitkan majalah tentang karya dan buku sastera. Pusat

sumber kerajaan boleh mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan

pantun pada setiap bulan. Pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus

menerbitkan lebih banyak karya sastera supaya karya tersebut mudah didapati di

pasaran. Secara tidak langsung, ia berkemampuan untuk melahirkan sasterawan

muda di Malaysia.

Selain itu, pihak yang terlibat boleh memberikan pendedahan mengenai cara

perubatan lama yang boleh diguna pakai kepada masyarakat. Tampilnya, sistem

Page 9: Esei titas

Ayurveda yang masih digunakan hingga sekarang. Kaedah ini diakui

keberkesanannya dan digunakan secara meluas oleh masyarakat dunia. Jika tiada

usaha yang bersungguh-sungguh diambil untuk mengkaji, memelihara dan

mengekalkannya, kita akan kehilangan suatu tamadun ilmu yang boleh

dibanggakan. Perkara seperti ini haruslah diketahui dan diamalkan bagi

mengekalkan kesinambungan tamadun.

Pihak sekolah perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk menarik minat murid

ke arah teknologi dengan memupuk kesedaran teknologi. Kelalaian pelajar terhadap

mata pelajaran Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar. Di sekolah, guru mata

pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek amali dan

penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori. Selain itu, pertandingan reka

cipta sains perlu diadakan dari semasa ke semasa. Aktiviti ini penting untuk

meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar. Usaha ini dipercayai dapat

meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, sekali gus memupuk

budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini. Kita tidak

harus memandang enteng dan hidup dalam kesenangan sahaja, malah mampu

menghasilkannya bagi mengekalkan kesinambungan tamadun.

Tambahan pula, nilai kekeluargaan perlu dipupuk dalam diri setiap insan.

keluarga merupakan lingkukan yang paling berkesan dan efektif dalam menyebar

dan menyerap nilai-nilai rohani dalam jiwa anak-anak muda. Anak-anak ibarat kain

putih, ibu bapalah perlu mencorakkan warnanya. Mereka perlu menyemai nilai-nilai

rohani di kalangan anak-anak mereka. Justeru itu, setiap tamadun menyarankan

kepentingan nilai kekeluargaan bermula dari tamadun Islam hingga Jepun.

Penubuhan majlis pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di setiap negeri

harus dilaksanakan secara bersepadu di peringkat akar umbi. Kempen Utamakan

Keluarga juga boleh diadakan bagi memastikan kesinambungan kasih saying.

Keutuhan sesebuah keluarga menjadi asas kepada nilai-nilai universal seperti

toleransi, mengelakkan perasaan dengki, sabar, menjaga maruah diri dan

sebagainya. Ini membolehkan masyarakat mewarisi nilai-nilai universal secara

generasi ke generasi dan mengekalkan kesinambungan tamadun.

Page 10: Esei titas

Unsur kesenian juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan

kesinambungan tamadun. Memang tidak dapat dinafikan bahawa segala unsur

pembinaan di Malaysia adalah inspirasi ataupun pemerhatian daripada tamadun

tamadun dahulu. Pembinaan tokong dan masjid yang menyerupai bangunan-

bangunan pada tamadun dahulu adalah salah satu daripada contohnya. Namun,

pembangunan pesat kini kian mengancam seni bina yang kita warisi secara

generasi. Bangunan-bangunan yang dibina lebih dipengaruhi oleh aspek seni bina

barat. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,

sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar perkara ini boleh

dibasmi hingga ke akar umbi. Pihak kerajaan perlulah mengambil inisiatif bagi

membina hotel-hotel, tempat pelancongan yang mempunyai reka bentuk tamadun

dahulu. Proses pemuliharaan bangunan warisan juga amat digalakkan. Jika tiada

langkah berkesan yang diambil, lambat laun generasi baru Malaysia bukan sahaja

akan kehilangan warisan seni bina, malah tidak dapat mengenali warisan seni bina

bangsa mereka sendiri secara lebih dekat.

Tuntasnya, kemajuan sesebuah tamadun merupakan bukti bahawa sesebuah

masyarakat itu bertamadun. Tamadun hari ini terhutang budi kepada tamadun-

tamadun manusia dahulu kerana ia menjadi asas dan memberikan ilmu

pengetahuan yang tidak terhingga. Kemajuan tamadun-tamadun dahulu merupakan

punca kesenangan dan kemewahan yang kita miliki sediakala. Usaha pasti akan

membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera

untuk mengatasi masalah kesinambungan tamadun yang sudah bersarang lama di

negara kita ini. Generasi muda perlu dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu

pengetahuan yang secukupnya agar kesinambungan kemajuan dapat dikekalkan

untuk masa depan.