esemen_cerpen_melayu.docx

16
Pendahuluan Cerpen merupakan singkatan kepada cerita pendek yang berdiri atas maksud iaitu cerita rekaan yang dihasilkan dalam bentuk prosa . Cerpen dilabelkan bersifat pendek kerana ianya mempunyai kesan kesatuan yang tunggal , watak , plot dan latar yang terhad , tidak beragam serta tidak kompleks . Cereka yang dihasilkan dalam cerita pendek adalah adunan antara fakta dengan imaginasi yang wujud dalam fikiran seseorang pengarang . Peristiwa yang benar benar wujud akan dijadikan aset pengolah sesebuah cerita . Ciri ciri cerpen meliputi 500 hingga 20 000 patah perkataan , tema yang tidak bercabang , hanya satu plot , ruang yang tidak cukup luas dan meninggalkan kesan kesatuan . Jacob Grimm dan Wilhelm Grimm yang mempunyai ikatan persaudaraan merupakan pelopor atau pemula penggerak ke arah penciptaan cerita pendek moden . Mereka mengangkat cerita cerita rakyat dan mengubahnya ke dalam bentuk bentuk cerita pada masa tersebut . Korrie Layan Rampan ada mengatakan , genre cerita pendek telah wujud sejak beribu tahun dahulu , dimana ianya lahir di Mesir , melatar di kawasan Timur Tengah , Yunani dan Romawi dan terus subur di Eropah . Cerpen di Malaysia berkembang dengan pengaruh dari pelbagai aspek iaitu sosio ekonomi , sosio politik dan juga perkaitan antara pengarang dan kepengarangan berdasarkan dekad tertentu . Asas 50 merupakan pertubuhan yang sangat membantu dalam perkembangan cerpen Melayu . Tanggal 6 Ogos 1950 bertempat di Singapura , pertubuhan ini ditubuhkan dan ianya lebih dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 . Lahir ramai golongan cerpenis hebat melalui 1

Transcript of esemen_cerpen_melayu.docx

Page 1: esemen_cerpen_melayu.docx

Pendahuluan

Cerpen merupakan singkatan kepada cerita pendek yang berdiri atas maksud iaitu

cerita rekaan yang dihasilkan dalam bentuk prosa . Cerpen dilabelkan bersifat pendek kerana

ianya mempunyai kesan kesatuan yang tunggal , watak , plot dan latar yang terhad , tidak

beragam serta tidak kompleks . Cereka yang dihasilkan dalam cerita pendek adalah adunan

antara fakta dengan imaginasi yang wujud dalam fikiran seseorang pengarang . Peristiwa yang

benar – benar wujud akan dijadikan aset pengolah sesebuah cerita . Ciri – ciri cerpen meliputi

500 hingga 20 000 patah perkataan , tema yang tidak bercabang , hanya satu plot , ruang yang

tidak cukup luas dan meninggalkan kesan kesatuan .

Jacob Grimm dan Wilhelm Grimm yang mempunyai ikatan persaudaraan merupakan

pelopor atau pemula penggerak ke arah penciptaan cerita pendek moden . Mereka

mengangkat cerita – cerita rakyat dan mengubahnya ke dalam bentuk – bentuk cerita pada

masa tersebut . Korrie Layan Rampan ada mengatakan , genre cerita pendek telah wujud sejak

beribu tahun dahulu , dimana ianya lahir di Mesir , melatar di kawasan Timur Tengah ,

Yunani dan Romawi dan terus subur di Eropah . Cerpen di Malaysia berkembang dengan

pengaruh dari pelbagai aspek iaitu sosio – ekonomi , sosio – politik dan juga perkaitan antara

pengarang dan kepengarangan berdasarkan dekad tertentu .

Asas 50 merupakan pertubuhan yang sangat membantu dalam perkembangan cerpen

Melayu . Tanggal 6 Ogos 1950 bertempat di Singapura , pertubuhan ini ditubuhkan dan ianya

lebih dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 . Lahir ramai golongan cerpenis hebat melalui

pertubuhan ini dan ianya menjadi kayu pengukur dan diletakkan sebagai penanda aras

terhadap penghasilan cerpen yang lebih berkualiti .

1

Page 2: esemen_cerpen_melayu.docx

Isi dan perbincangan

Faktor – faktor yang mendorong perkembangan cerpen bagi tahun 1950 hingga 1969 .

1- Peranan institusi percetakan

Pada tahun 50-an , tertubuhnya Asas 50 yang mengangkat sebaris kalimah iaitu “ Seni

untuk masyarakat ” . Ruangan dalam medium percetakan dilihat semakin mula

menapak . Suara – suara keadilan masyarakat , kemakmuran , keadilan dan kedamaian

jiwa telah mampu menjana minda penulis untuk berkongsi dan dikongsi melalui

ruangan khas di akhbar dan majalah . Ruang yang dibuka dapat diterokai dengan lebih

meluas , persoalan mengenai politik sudah mampu dipersoalkan , korupsi serta

peperangan sudah mampu diangkat sebagai topik utama . Kepadatan , keberkesanan

dan keringkasan idea menjadikan penghasilan sesebuah karya itu lebih berkualiti .

Pada era tersebut , muncul pengkarya seperti A.Samad Ismail , Kerismas dan

Arenawati termasuklah kelahiran cetakan akhbar Utusan Zaman dan Mastika.

Perkembangan cerpen bertambah pesat sekitar tahun 60-an . Persoalan mengenai

ketuhanan , hubungan manusia dengan alam , dan hubungan manusia dengan manusia

sudah mula diangkat naik . Persoalan yang lebih analitikal dan mendalam telah diserap

sebagai aspek penting dalam penghasilan cerpen sekitar abad tersebut . Kehadiran satu

demi satu syarikat – syarikat percetakan pada era itu selain penghasilan makalah –

makalah yang semakin banyak kuantitinya , sangat membantu dalam proses

penghasilan dan penerbitan sesebuah karya . Ia turut mempengaruhi minat dan cetusan

rasa penulis – penulis baru di atas kemudahan yang timbul . Kehadiran akhbar –

akhbar sedia ada juga turut membantu dalam penyediaan ruangan untuk karya cerpen .

2

Page 3: esemen_cerpen_melayu.docx

2- Pertandingan / Sayembara

Sayembara adalah satu pertandingan menulis anjuran badan – badan kerajaan dan

swasta yang bekerja kuat dalam usaha membantu memperkembangkan penghasilan

cerpen di seluruh negara . Usaha untuk turut sama bekerjasama mengambil bahagian

sebagai perangsang dalam penglahiran cerpenis baru dilihat sangat berbaloi . Antara

institusi perbankan yang sudah melayangkan badan untuk berada di landasan cerpen

pada zaman tersebut adalah seperti Public Bank dan Maybank . Mereka ini menjadi

antara penyumbang terbesar kepada arus pertandingan atau sayembara dalam usaha ke

arah perkembangan cerpen di tanah air. Selain itu , lebihan usaha yang telah institusi

hebat ini jalankan ialah dengan menerbitkan hasil – hasil karya cerpenis yang telah

mereka kumpulkan . Pengkarya sastera pada ketika itu sudah mampu untuk hidup

berpaksikan wang yang diperoleh hanya berlandaskan kepada kehidupan menulis dan

mengaktifkan diri dengan aktiviti pertandingan penghasilan karya berunsurkan sastera

tersebut .

3- Kehadiran penulis – penulis baru

Penulis – penulis baru hadir dalam tempoh atau jangka masa yang tiada had tetapan .

Melalui bengkel – bengkel yang diajar oleh persatuan penulis , impak yang menarik

hadir sebaris dengan perjuangan penulis – penulis baru . Othman Puteh adalah antara

perintis yang berusaha keras menjalankan aktiviti perkongsian ilmu bagi melahirkan

cerpenis – cerpenis muda yang hadir seiring dengan idea yang hebat . Bengkel yang

bertindak sebagai ujana ilmu itu telah memberi dan membuka ruang peluang untuk

penulis muda dan pencinta sastera berarus laju mengembangkan bakat mereka .

3

Page 4: esemen_cerpen_melayu.docx

Potensi penulis – penulis baru diasah , digilap dan diterbangkan agar ianya bisa

terbang setinggi penulis – penulis hebat yang lain .

4- Kehadiran golongan intelektual

Terdapat cerpenis yang berintelektual dilahirkan dan ianya sangat membantu dalam

perkembangan cerpen Melayu tanah air . Golongan ini berpendidikan Barat yang

arif tentang bidang pentadbiran dan perundangan dan yang lebih bernilai tinggi ,

mereka ini sangat komited dalam memperjuangkan semangat nasionalisme .

Manakala , terdapat juga cerpenis yang berlatar belakangkan pendidikan Melayu .

Golongan ini terdiri daripada guru – guru Melayu lepasan Maktab Perguruan Sultan

Idris ( MPSI ) . Antaranya ialah Harun Aminurrashid , Ibrahim Haji Yaakob dan

Abdul Hadi Hasan . Kehadiran golongan hebat ini menjadi pencetus ke arah

penghasilan karya yang berkualiti dan mendapat perhatian masyarakat .

5- Pengaruh politik

Semasa zaman pemerintahan British pula iaitu di awal tahun 1950 , mereka menggunakan

pendekatan dengan membuka ruang untuk menuntut hak dan kebebasan melalui

penghasilan karya . Karya yang bertemakan semangat patriotisme , semangat kebangsaan ,

dan semangat anti- penjajah berjaya mempengaruhi perkembangan cerpen tanah air .

Persoalan yang diketengahkan ialah ketidakpuasan hati rakyat khususnya kepada penjajah

atau manusia yang bersifat kolonial . Secara tidak langsung karya sastera mampu

berperanan sebagai api yang menyemarakkan semangat kebencian rakyat terhadap

penjajah .

4

Page 5: esemen_cerpen_melayu.docx

Permulaan yang dilakukan oleh British menjadi pendorong kepada penulis seterusnya untuk

berkarya . Isu mengenai ekonomi dan persaingan untuk mencari kekayaan dengan bangsa –

bangsa pendatang turut diangkat sebagai persoalan dalam karya penulisan pada abad tersebut.

Selain itu , kerajaan turut berlaku adil dengan membantu dalam usaha mengantarabangsakan

sastera supaya rakyat berfikiran lebih terbuka minda . “ Bisikan Sukmaku ” dan “ Ayuhai ”

yang mengetengahkan tema mengenai perbezaan taraf hidup antara orang Melayu dan

pendatang turut menjadi tanda hasil pengaruh aspek politik dalam perkembangan cerpen tanah

air .

6- Peranan kritikawan

Kritikawan adalah individu yang menjadi antara penyumbang terbesar terhadap

perkembangan dunia cerpen tanah air . Mereka ini ialah orang yang arif dan hebat

yang juga pembaca dan pencinta akan sesuatu karya . Selain itu , mereka ini turut

berperanan langsung untuk menganalisis , menilai dan juga mengkritik sesuatu karya

yang terhasil . Kritikan diletakkan sebaris deretan kesamaan maksud bersama

perkataan sanjungan , saranan , pendekatan , penganalisian dan penilaian . Kritikan

bertanggungjawab untuk penambahbaikan dan ianya mampu mengubah sesebuah

karya itu menjadi lebih baik dan sangat baik . Kritikawan turut sama mampu untuk

menghasilkan pengkarya dan pencinta sastera yang berkualiti . Tema dan persoalan

yang diangkat oleh seseorang yang dikritik bisa bergerak lebih berintelektual dan

berpengetahuan dengan adanya bantuan pengkritik . Melalui peranan yang ditonjolkan

oleh kritikus ini juga , penulis mampu untuk memperbaiki mutu karya mereka agar

terhasil karya yang lebih berkualiti dari semasa ke semasa .

5

Page 6: esemen_cerpen_melayu.docx

Kesimpulannya , faktor – faktor yang dikompilasikan di atas iaitu peranan institusi

percetakan, pertandingan atau sayembara , kelahiran penulis baru , kehadiran golongan

intelektual , pengaruh daripada aspek politik dan peranan kritikawan sangat memberi impak

terhadap perkembangan cerpen . Nyata disini , perkembangan cerpen pada era 50-an tidak

menunjukkan impak yang besar . Ianya hanya dapat dilihat setelah kewujudan Asas 50 .

Namun , era 60-an membuktikan semakin ramai yang celik minda untuk terus berjuang

berkarya dan mencintai sastera melalui hasil nukilan berbentuk cerpen . Cerpen dilihat lebih

diangkat martabatnya sekitar era ini . Maka , seiring lahirnya penulis – penulis baru yang

mengekspresikan sesuatu yang hebat , lahir jua makalah – makalah istimewa terutamanya

cerpen yang luarbiasa hebat penggunaan kandungannya . Karya agung pencipta hebat ini

menjadi hiasan di dinding – dinding indah dalam dunia ujana ilmu negara .

6

Page 7: esemen_cerpen_melayu.docx

Perbandingan perkembangan cerpen tahun 50-an dan 60-an .

Perkembangan cerpen era 50-an .

Peristiwa Perang Dunia Kedua memberi sumbangan dan kesan mendalam dalam kalangan

masyarakat sehingga mencetuskan revolusi Asas 50 . Angkatan Sasterawan 50 atau Asas 50

merupakan sebuah pertubuhan sastera di Malaya yang pertama dimana penubuhannya ialah

sekitar 6 Ogos 1950 . “ Seni untuk masyarakat ” merupakan baris keramat yang menjadi

agen Asas 50 berjuang mencorak perkembangan seni sastera tanah air . Pertubuhan sastera

pertama ini mengetengahkan sifat yang berunsurkan kemasyarakatan dengan mengaplikasikan

bahan sastera sebagai wadah untuk Malaya mengecapi alam kemerdekaan pada tahun 1957 .

Muhammad Arif Ahmad , Keris Mas , Awam il – Sirkam , Merayu Rawan , Rosmera , Teruna

Jaya , Hamzah , Mahsuri S.N , Ramlimah , Abu Yamin Kasun , Muhammad Daud dan

Muhammad Yusuf Yaacob merupakan barisan pejuang penggerak dan lantai tangga yang

pertama kearah tujuan penubuhan Asas 50 .

Persoalan yang lebih dominan hasil kupasan penulis pada period ini lebih cenderung

mengenai masyarakat , penindasan oleh si penjajah kejam , kecurangan dan segala yang tidak

adil serta pelbagai masalah yang berlaku pada zaman tersebut . Antara cerpenis yang telah

mengupas mengenai tema darurat ialah Keris Mas dan Tongkat Warrant sehingga terlahirnya

cerpen – cerpen seperti “ Kejadian dalam Estet ” , “ Kedai Sa-deret Di Kampong Kami ” ,

dan “ Dari Johor Baharu Ka-Kota Tinggi ” .

Penulis 1950–an ini bukan sahaja berperanan sebagai aktivis sastera , malah mereka

cenderung bertindak sebagai penulis sastera kreatif . Terdapat kira – kira 40 buah akhbar dan

7

Page 8: esemen_cerpen_melayu.docx

majalah berkala serta tidak kurang daripada 2600 buah cerpen yang telah diterbitkan antara

tahun 1951 hingga 1957 . Statistik ini ditonjolkan dalam hasil kajian Bahagian Penyelidikan ,

Dewan Bahasa dan Pustaka . Golongan wartawan dan guru adalah golongan yang menjadi

penyumbang terbesar yang melibatkan diri dalam dunia penulisan cerpen .

Cerpen – cerpen yang berjaya terhasil sekitar 1950-an ialah “ Pahlawan Berkaki Ayam dan

Lain – Lain Cerita ” , Kuala Lumpur ( 1954 ) , Cerpen – cerpen Rekaan , Kuala Lumpur

( 1955 ) , Cerita – cerita Pendek DBP , Kuala Lumpur ( 1958 ) , “ Dari Tujuh Bilik ” oleh

Amin Jaya ( 1958) , “ Puteri Jantung Pisang dan Waktu Bulan Terang Temaram ”oleh

Mohamed Salehuddin ( 1959 ) . “ 12 Cerita Pendek ” oleh Harun Aminurrashid ( 1959 ) ,

“ Mekar dan Segar ” oleh Asraf ( 1959 ) , dan “ Selendang Sutera” oleh Noraini Shamsuddin

( 1959 ) .

8

Page 9: esemen_cerpen_melayu.docx

Perkembangan cerpen era 60-an .

Manakala , era 60-an menjadi zaman yang dilihat sebagai zaman kepesatan cerpen – cerpen

Melayu . Pertambahan jumlah wadah penampungan cerpen , kehadiran penulis – penulis

baru, peranan institusi kerajaan dan swasta dan kehadiran kritikawan menjadi faktor utama

perkembangan pesat cerpen – cerpen Melayu sekitar zaman 60-an . Persoalan yang diangkat

pada period ini termasuklah aspek sosial , politik dan ekonomi seperti kebebasan , keadilan

dari sudut ekonomi , kekeluargaan dan fenomena manusia .

Shahnon Ahmad merupakan antara penulis yang berjaya menonjolkan diri pada ketika itu .

Perubahan yang beliau terbitkan dalam teknik penyampaian membuatkan karya beliau dilihat

luarbiasa berbanding karya – karya penulis lain . Namun begitu , terdapat juga penulis –

penulis hebat lain yang berjaya dilahirkan seperti Kala Dewata , Alias Ali , Usman Awang ,

Anis Sabirin , Kassim Ahmad , Awang Had Salleh , Hasan Ali , Yahya Samah , Arena Wati ,

A.Samad Said , Tongkat Warrant , Awam-il-Sarkam , Tengku Abu Bakar Husni , Nirmala

Nor , Khalidah Adibah Amin , M.Fathy , Ali Haji Ahmad dan deretan penulis hebat lain .

Antara cerpen yang hadir sekitar tahun 1960-an ialah “ Bunga Dari Selatan ” oleh Abu Zaki

Fadzil , “ Degup Jantung ” oleh Usman Awang , “ Wanita ” oleh Khalidah Adibah Amin ,

“ Sembilan ” oleh Mas , “ Di Laut dan Darat ” oleh Wijaya Mala , “ Putih Mata ” oleh

Awam-il-Sarkam , “ Serpihan Hidup ” oleh Rokiah Abu Bakar , “ Sengketa ” oleh Hamzah

dan H.Hanim , “ Bintang Timur Condong Ke Barat ” oleh Maha Bisa dan “ Ke Mana

Terbangnya Si Burung Senja ” oleh A.Samad Said . Kehadiran timbunan cerpen ini

membuktikan kehadiran penulis yang melimpah dan berupaya mencetuskan semangat yang

hebat bagi melahirkan penulis – penulis baru .

9

Page 10: esemen_cerpen_melayu.docx

Kesimpulan yang dapat disimpulkan melalui dapatan kajian yang menghimpunkan

perkembangan cerpen pada tahun 50-an dan 60-an ini ialah cerpen pada era 50-an dilihat

menekankan tema yang berunsurkan kemasyarakatan , penindasan oleh penjajah kejam ,

kecurangan , ketidakadilan dan perjuangan untuk memerdekakan tanah air . Penubuhan Asas

50 turut memberi impak yang membakar semangat penulis untuk terus berkarya dengan lebih

lebih bermutu .

Manakala pada era 60-an , persoalan yang diangkat oleh penulis adalah berunsurkan

aspek sosial , politik , keadilan dari sudut ekonomi , kekeluargaan dan fenomena manusia .

Disini kita dapat lihat persoalan yang dibangkitkan lebih berteraskan usaha ke arah semangat

kebangkitan setelah bumi Malaya dimerdekakan . Ia lebih memihak kepada kekentalan untuk

bangun semula setelah jatuh tersungkur di bidas kuasa penjajah . Lahir lebih ramai penulis –

penulis baru yang hebat , lebih berintelektual dan pastinya karya yang terhasil juga berkali

ganda bilangannya berbanding era 50-an . Mata dan hati masyarakat mula celik untuk

berjuang melalui nukilan karya .

10

Page 11: esemen_cerpen_melayu.docx

Tokoh – tokoh cerpenis penting yang telah menyumbangkan karya mereka sekitar

tahun 1950-an dan 1960-an .

1- Tokoh cerpenis era 50-an

Keris Mas

Biodata tokoh

Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaludin Muhammad telah dilahirkan pada

tanggal 10 Jun 1922 bertempat di Kampung Ketari , Bentong Pahang . Beliau pernah

menjalankan tugas sebagai seorang Pegawai Penerangan bagi Parti Kebangsaan

Melayu Malaya ( PKMM ) dan Pengarang Penerbitan Utusan Malaysia di Singapura .

Beliau juga berkhidmat dengan Warta Negara sehingga tahun 1956 . Tokoh Asas 50

yang aktif dan terkenal ini juga telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai Pengarang

Umum di tempat hebat iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka . Ketua bahagian Pembinaan

dan Pengembangan Sastera adalah jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau

sebelum mengorak langkah untuk bersara iaitu pada 10 Jun 1977 . Walaupun beliau

sudah menamatkan tempoh perkhidmatan , beliau masih bergiat sebagai Penulis Tamu

di Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka .

Karya yang telah dihasilkan

Keris Mas telah berjaya menghasilkan 60 buah cerpen dengan cerpen pertama yang

dihasilkan ialah “ Wasiat Orang Bangsawan ” terbitan majalah Suluh Malaya sekitar

tahun 1946 . Cerpen – cerpen beliau juga telah dirangkumkan ke dalam sebuah

11

Page 12: esemen_cerpen_melayu.docx

antologi iaitu Mekar dan Segar ( 1959 ) , Dua zaman ( 1963 ) , Patah tumbuh ( 1963 )

dan Pertentangan ( 1969 ) .

Selain cerpen , terdapat karya lain yang telah dihasilkan oleh Keris Mas , antaranya

ialah :

- Novel Pahlawan Rimba Malaya ( 1946 )

- Novel Korban kesuciannya ( 1949 )

- Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ( 1983 )

Anugerah dan penghargaan

Insan yang bernama Keris Mas ini telah dianugerahkan dengan Anugerah Pejuang

Sastera pada tahun 1976 dan Anugerah Sastera Negara pada 26 April 1981 . Beliau

juga merupakan Sasterawan Negara yang pertama .

12

Page 13: esemen_cerpen_melayu.docx

2- Tokoh cerpenis era 60-an

Shahnon Ahmad

Biodata tokoh

Bumi Sik , Kedah sekitar tahun 1933 dihuni tangisan bayi lelaki yang telah memberi

impak besar terhadap dunia penulisan negara . Beliau yang telah berperanan

mencetuskan fenomena dalam negara ini ialah Dato’ Haji Shahnon Ahmad . Selain

berpengaruh dalam dunia penulisan , beliau juga menjadi antara tokoh politik yang

disegani ramai . Beliau telah membuat perubahan pada teknik penyampaian sesebuah

cerpen . Shahnon Ahmad merupakan seorang ahli politik pembangkang . Lebih hebat

lagi , beliau pernah memenangi perebutan kerusi bagi Parlimen Sik sekaligus

memperoleh kejayaan dalam Pilihanraya Umum Malaysia pada tahun 1999 .

Karya yang telah dihasilkan

Beliau menegakkan mesej – mesej yang tidak lari daripada tema yang berkait tentang

kepura – puraan , kemiskinan dan penderitaan masyarakat dan ianya sangat hidup

apabila dinilai dalam kehidupan kita . Tokoh ini juga lebih galak memasukkan unsur –

unsur sindiran dan kelucuan dalam penghasilan cerpen beliau . Antara barisan cerpen

yang telah beliau hasilkan ialah “ Pak Utih ” , “ Hikmat Bulan Sabit Haji Taha ” ,

“ Siplis ”, “ Ayam dan Manusia ” dan “ Ombak kecil berkocak ” . Cerpen “ Pak

Utih” yang telah dimuatkan dalam Berita Minggu menceritakan mengenai keluarga

petani yang telah melakukan kunjungan ke ibu kota .“ Hikmat Bulan Sabit Haji Taha”

pula membangkitkan kisah mengenai orang kampung yang berusaha keras mencari

13

Page 14: esemen_cerpen_melayu.docx

ilmu yang kebal . Manakala , “ Ombak kecil berkocak ” mempamerkan ketajaman

Shahnon mengolah cerita mengenai seorang ADO kepada kisah gadis yang

terperangkap dalam dunia pelacuran .

Selain cerpen , beliau turut menghasilkan karya hebat lain antaranya ialah :

- Novel Sutan Baginda ( 1989 )

- Ranjau Sepanjang Jalan

Anugerah dan Penghargaan

Dato’ Haji Shahnon Bin Ahmad telah menerima Anugerah Novel Tahunan Malaysia

pada tahun 1970 . Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti

Sains Malaysia , Pulau Pinang . Pencapaian yang paling membanggakan ialah beliau

telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang kedua pada tahun 1982 .

14

Page 15: esemen_cerpen_melayu.docx

Penutup

Penghasilan karya sastera seperti cerpen dilihat berperanan sebagai satu permulaan

jalan , batu penggerak dan tangga pertama terhadap kelahiran penulis – penulis baru yang

hadir bersama idea dan hasil penulisan yang berkualiti . Permulaan langkah memasuki dunia

penulisan , dengan hanya menulis cerpen memungkinkan seseorang itu untuk terus berasa

bebas , tenang dan bisa berkongsi luahan rasa dengan orang lain . Malah , yang lebih

mengkagumkan ialah lahirnya penulis bukan berbangsa Melayu seperti Uthaya Sankar , Tung

Wai Chee , Leong Yoke Peng dan Lim Chio Kee .

Selain itu , kerjasama jalinan hasil gabungan pelbagai pihak yang berusaha keras

membantu dalam dunia penulisan cerpen dilihat punya sinar kejayaan . Pentingnya ,

kerjasama yang dicorak , diwarnakan dan divariasikan dapat membantu dalam perkembangan

ini . Kemunculan Asas 50 yang memulakan , kehadiran institusi perbankan yang meneruskan

dan kelahiran penulis – penulis hebat yang memperjuangkan memberi impak terhadap

perkembangan cerpen tanah air . Usaha yang terdahulu perlu dijadikan panduan , pengalaman

dan pengajaran oleh pihak yang sedang berada di landasan ini supaya ianya kelihatan lebih

mantap , sistematik dan profesional . Perjalanan sesebuah perjuangan itu bukan bergantung

kepada gagahnya atau hebatnya seseorang individu , tetapi bergantung kepada mantapnya

gabungjalin dan kerjasama setiap ahli yang berdampingan kukuh di dalamnya .

15