essay TQM

44
TQM DALAM PSM PENDIDIKAN 1.0 Pendahuluan: Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM) atau Total Quality Management (TQM) merupakan penambahbaikan kepada cara tradisional dalam pengurusan organisasi. . Hanya dengan cara menukarkan tindakan pengurusan sahaja sesuatu organisasi itu akan berjaya merubah budaya dan tindakan keseluruhan organisasi. Bila di analisa tiga perkataan yang terkandung dalam TQM kita akan dapati, Total bermaksud melibatkan secara keseluruhan (anggota atau aktiviti), Quality bermaksud memenuhi kehendak pelanggan atau tiada komplen, manakala management pula bermaksud tindakan, seni atau cara mengurus, mengawal, mengarah dan lain lain. Oleh itu, TQM merupakan satu proses untuk mengurus kualiti, perlu dijadikan amalan cara hidup yang berterusan atau dengan kata lain ianya adalah satu falsafah melibatkan penyelesaian masalah secara sistematik untuk penambahbaikan yang berterusan dalam apa jua yang kita lakukan. 2.0 Pengenalan Bahagian ini akan membincangkan sejarah TQM, beberapa definisi TQM dari sejumlah definisi yang ada, definisi yang berkaitan dengan perkataan yang

description

tqm

Transcript of essay TQM

Page 1: essay TQM

TQM DALAM PSM PENDIDIKAN

1.0 Pendahuluan:

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM) atau Total Quality Management (TQM)

merupakan penambahbaikan kepada cara tradisional dalam pengurusan

organisasi. . Hanya dengan cara menukarkan tindakan pengurusan sahaja

sesuatu organisasi itu akan berjaya merubah budaya dan tindakan keseluruhan

organisasi. Bila di analisa tiga perkataan yang terkandung dalam TQM kita

akan dapati, Total bermaksud melibatkan secara keseluruhan (anggota atau

aktiviti), Quality bermaksud memenuhi kehendak pelanggan atau tiada

komplen, manakala management pula bermaksud tindakan, seni atau cara

mengurus, mengawal, mengarah dan lain lain.

Oleh itu, TQM merupakan satu proses untuk mengurus kualiti, perlu

dijadikan amalan cara hidup yang berterusan atau dengan kata lain ianya adalah

satu falsafah melibatkan penyelesaian masalah secara sistematik untuk

penambahbaikan yang berterusan dalam apa jua yang kita lakukan.

2.0 Pengenalan

Bahagian ini akan membincangkan sejarah TQM, beberapa definisi TQM dari

sejumlah definisi yang ada, definisi yang berkaitan dengan perkataan yang

wujud dalam tajuk, konsep TQM , tujuan, ciri-ciri, halangan kejayaan TQM

serta kajian literatur yang berkaitan. Semoga dengan penerangan ini kita dapat

memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan TQM.

2.1 Sejarah/latarbelakang

Pelopor atau Gurus kepada konsep TQM adalah Dr. Willian Edward S.

Deming, Joseph M. Juran dan Dr. Phillip B. Crosby. Konsep TQM mula diguna

pada tahun 1920-an apabila statistik diguna untuk kawalan kualiti di USA.

Manakala sekitar tahun 1950-an syarikat korporat Jepun mula menggunakannya

seterusnya sekitar tahun 1980-an TQM atau PKM mula diguna di seluruh

dunia. Pengurus mula sedar TQM berkesan untuk memuaskan kehendak

pelanggan, menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi. Akhirnya

Page 2: essay TQM

TQM mula diperkenalkan di Malaysia melalui PKPA Bil. 1/92 bertarikh 31

Julai 1992.

2.2 .0 Definisi

2.2.1 Definisi kualiti

Kualiti diukur melalui ketiadaan komplen daripada pelanggan. Bagi organisasi

sekolah pelajar, ibubapa, masyarakat adalah merupakan pelanggannya. Kualiti

harus diurus, dengan kata lain, ianya tidak berlaku begitu sahaja. Kualiti

bermakna harus melibatkan setiap orang dalam proses dan harus diterapkan

keseluruh organisasi. Kualiti sebenarnya adalah mengikut pernyataan “Quality

is not a process but a journey”.

“Kepada ketua Eksekutif, kualiti bukanlah semata-mata nombor, statistik atau

pemeriksaan tetapi ia lebih kepada sikap kepercayaan, nilai dan cara hidup.

Stephen Covey (in search of Quality 1995)

2.2.2 Definisi TQM

TQM mempunyai definisi yang pelbagai, diantaranya adalah:

(PKPA) Bilangan 1 tahun 1992“ mendefinisikan TQM sebagai satu proses

pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan

dan melibatkan semua aspek dalam organisasi. Manakala

Robiah Sidin ( 2003)member dua definisi kepada TQM iaitu satu proses

pengurusan kualiti yang berorientasi pelanggan, berjalan secara berterusan dan

melibatkan semua aspek dalam organisasi dan juga proses transformasi budaya,

melalui amalan dan ciri-ciri baru yang lebih baik.”

ISO mendefinisi TQM sebagai, TQM is a movement approach for an

organization, centred on quality, base on the participation of all its members

and aiming at long term success through customer satisfaction, and benefits to

all members of the organization and society ”

2

Page 3: essay TQM

2.2.3 Definisi Pengurusan Sumber Manusia (PSM)

Oleh kerana tajuk tugasan ini adalah TQM dalam PSM pendidikan, maka

perlulah kita mengetahui apakah definisi Penegurusan Sumber Manusia.

Jamallullail (2009) menyatakan PSM ialah pendekatan yang strategik

terhadap pengurusan aset utama organisasi iaitu sumber manusia secara individu

atau berkumpulan untuk mencapai objektif/ matlamat organisasi. Istilah lama

bagi Pengurusan Sumber Manusia adalah Pentadbiran personel. Bagi organisasi

pendidikan sumbermanusia yang utama adalah guru. Ini bermakna PSMdalam

pendidikan adalah melibatkan pengurusan terhadap guru sebagai sumber

utamannya.

Jadual 1 Aktiviti pengurusan sumber manusia

FUNGSI AKTIVITI KHUSUS

Penstafan • Analisis dan rekabentuk kerja

• Perancangan sumber

• Perekrutan sumber manusia

• Pemilihan sumber manusia

Latihan dan pembangunan • Orientasi dan sosialisasi pekerja

• Latihan pekerja

• Pengurusan dan penilaian prestasi kerja

• Pembangunan kerjaya pekerja

Imbuhan dan ganjaran • Sistem imbuhan dan bayaran kerja

• Faedah-faedah lain

Kebajikan dan hubungan

pekerja

• Hubungan industri

• Keselamatan dan kesihatan pekerja.

3

Page 4: essay TQM

Jadual 1 menerangkan fungsi-fungsi Pengurusan Sumber Manusia dan aktiviti-

aktiviti yang berkaitan dengan fungsi-fungsi tersebut.

2.3 Konsep

Pendekatan TQM telah lama diperkenalkan diseluruh dunia, contohnya,

Amerika syarikat dikenalia sebagai continuous improvement, zero defects dan

six sigma. Manakala di Jepun ianya lebih dikenali sebagai kaizen. Di Malaysia

juga pelbagai program kearah TQM telah diadakan, sepert kualiti mutu kerja

(kmk) iso, program khidmat cemerlang , piagam pelanggan.

Eleman KualitiLama TQM

Definisi Berorientasikan produk Berorientasikan pelanggan

Keutamaan Perkhidmatan dan kos - kedua Perkhidmatan yg melibatkan semua dan kos - pertama

Keputusan Jangka pendek Jangka panjang

Penekanan Pengesanan Pencegahan

Kesilapan Operasi Sistem

Tanggungjawab Kualiti kontrol Semua pihak

Penyelesaian

masalah

Pengurus/pemimpin Kumpulan(teams)

Perolehan yang diushakan

Harga Barang (price) Kitaran kos(life-cycle).Partnership

Peranan pengurus/pemimpin

Plan, assign, control and enforce

Delegate, coach, Facilitate andmentor

Jadual 2 Budaya baru dan lama

Jadual 2 membandingkan elemen-elemen kualiti dalam budaya lama dan budaya

baru yang mengamalkan Prinsip TQM. Jadual ini boleh dijadikan senarai

4

Page 5: essay TQM

semak untuk menilai sama ada sesuatu organisasi itu mengamalkan TQM atau

tidak.

Secara ringkasnya, komponen utama dalam TQM boleh di katagorikan

deperti berikut:

• Fokus         : pelanggan luaran dan dalaman

• Definisi      : memenuhi kehendak pelanggan

• Skop           : setiap aspek pengurusan organisasi.

• Tanggungjawab  : semua pihak.

• Standard    : betul buat kali pertama.

• Kaedah        : mencegah kesilapan

• Ukuran         : ‘zero defect’

• Budaya              : penambahbaikan berterusan

Oleh itu, konsep utama kualiti menyeluruh ialah keadaan di mana ciri-ciri

kualiti bukan sahaja di pamerkan pada keluaran atau perkhidmatan tetapi juga

pada seluruh operasi dan urusan organisasi Kecekapan pengurusan , Sistem fail

yang sistematik Pemandu berdedikasi Persekitaran pejabat yang sempurna,

Sistem telefon yang cekap. (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1,

Tahun 1992)

2.3.1 Apa itu iso?

Seringkali TQM dikaitkan dengan ISO. Ini adalah kerana kedua-duanya terlibat

dengan kualiti. Tetapi apakah sebenarnya yang membezakan antara TQM dan

ISO. Siri ISO 9000 merupakan keluarga pengurusan kualiti dan piawai kualiti

yang dibangunkan oleh International Organisation for Standardisation dan

berpusat di Geneva. Tujuan ISO adalah untuk memudahkan persetujuan global

mengenai piawai kualiti antarabangsa Mana-mana organisasi yang telah

dianugerahkan sijil ISO ini adalah dikira sebagai telah mematuhi piawai kualiti

yang telah ditetapkan. Salah satu program dalam ISO kearah mencapai TQM

adalah program 5S. Program ini banyak diamalkan di institusi Pendidikan

Swasta termasuklah MARA. Jadual 3 menunjukkan program 5S yang menjadi

amalan di Jepun berbanding dengan amalan organisasi di Malaysia.

5

Page 6: essay TQM

Jadual 3 Program dalam ISO ke arah mencapai taraf TQM (5S)

JEPUN ENGLISH MARA MAKNA CONTOH

Seiri Structurise Susun Organisasi(teratur)

Sampah dibuang ke dalam tong sampah

Seiton Systemise Sisih Kekemasan

(sistematik)

30 saat mencari dokumen atau fail

Seiso Sanitise Sapu Kebersihan Kebersihan menjadi tanggungjawabindividu

Seiketsu Standardise Seragam Piawai Pengstoran yang dapat dilihat

Shitsuke Self discipline Sentiasa beramal

Dispilin Lakukan amalan 5S setiap hari

2.4 Tujuan

Tujuan Utama TQM adalah membawa perubahan. Ia merangkumi proses

transformasi budaya diubahsuai dengan ciri baru iaitu sikap dan nilai, sistem

dan prosedur, amalan operasi dan struktur organisasi hinggalah membawa

organisasi mencapai kualiti menyeluruh.

2.4 Model dan Ciri-Ciri TQM

Robiah Sidin (2003) menyatakan Model TQM mengandungi empat aspek

berikut: matlamat, focus, strategi dan pelaksanaan (rujuk rajah 1). Menurutnya

lagi model TQM ini memerlukan persekitaran organisasi yang baik untuk

bertapak kukuh sebagai satu budaya kerja. Bagi mewujudkan persekitaran itu

sesebuah organisasi harus memberi penekanan kepada tujuh prinsip pengurusan

TQM yang akan dibincangkan dibawah tajuk Prinsip-prinsip TQM

6

Page 7: essay TQM

Rajah 1 Model dan Ciri-Ciri TQM

2.6 Halangan Kejayaan TQM (Obstacles)

Namum begitu sudah menjadi lumrah, sesuatu usha yang baik itu sentiasa

mempunyai halangan. Begitu juga dengan TQM, antara halangan-halangan

terhadap kejayan TQM adalah seperti berikut:

1. Tidak ada komitmen daripada pihak pengurusan.

2. Tidak berjaya merubah budaya organisasi

3. Perancangan tidak teratur

4. Tidak ada latihan dan pendidikan yang berterusan

5. Struktur organisasi yang tidak selaras dan pengasingan individu dan

bahagian(dept).

7

Page 8: essay TQM

6. Teknik pengukuran yang tidak efektif dan tdak ada pendedahan kepada

data dan dapatan.

7. Kurang memberi perhatian kepada pelanggan luaran dan dalaman

8. Kurang mengaplikasi penguatkuasaan dan kerja kumpulan

9. Gagal untuk penambahbaikan secara berterusan

2.7 Kejayaan TQM

Tanggungjawab siapa? Setiap anggota dalam organisasi perlu bekerjasama

untuk menjayakan TQM. Fokus? Output daripada bahagian masing-masing

sentiasa baik dan bermutu. Bagaimana? Caranya adalah prihatin terhadap

perkara-perkara berikut . Mengenalpasti siapa pelanggan, mengetahui apa

kehendak mereka, bagaimana mengukur keupayaan diri untuk memenuhi

keperluan mereka. Apakah keupayaan yang diperlukan itu telah dimilikinya.

Jika keupayaan belum dimiliki, apakah perubahan atau peningkatan diri

yang perlu dilakukan perlu Model TQM

3.0 Kajian literatur

Petrick & Fer (1995) dalam Mumtaz (2007) menyatakan terdapat empat jenis

iklim proses organisasi:

1. Pengeksploitasian (explosive)

2. Kemerosotan (Impoverish)

3. Sokongan (supportive)

4. Kualiti Menyeluruh (Total quality)

Iklim proses organisasi adalah darjah kesediaan sesuatu organisasi

dalam melaksanaan TQM. Organisasi yang mempunyai iklim Proses

Organisasi kualiti Menyeluruh mempunyai darjah kematangan dan

pengupayaan tinggi. Pekerja-pekerja di organisasi ini mempunyai darjah

autonomi yang tinggi, mengamalkan komunikasi terbuka dan jujur serta

mempunyai kepercayaan dan penghormatan tanpa rasa curiga. Staf dalam

organisasi ini rasa sepunya dan bangga dengan penambahbaikan dan

8

Page 9: essay TQM

pembelajaran yang dilalui. Kuasa dalamorganisasi seperti ini bukan daripada

rantaian hirarki tapi pihak yang terlibat dalam proses.

Kajian Mumtaz (2007) bertujuan untuk mengenalpasti iklim proses

organisasi yang sedia ada di Intitusi Pengajian Tinggi Mara (IPTMa). Beliau

telah mrnggunakan Insrumen kajian bernama Instrumen Organizational Process

Climate Padhi & Polo (2005) keatas responden yang terdiri daripada kumpulan

pengurusan, pensyarah dan staf sokongan. Sebanyak tujuh belas dimensi iklim

telah disoalselidek. Dimensi-dimensi tersebut adalah Sistem penghargaan,

Standart prestasi, Kemesraan dan sokongan, kepemimpinan, keadaan

organisasi, komunikasi, Kreativiti ,Tekanan kerja, Etika, Toleransi, Maklum

balas dan kawalan, Sumber, Perkembangan pekerja, Persekitaran fizikal kerja,

Pasukan kerja, Kebanggaan pekerja, Penglibatan pekerja.

Mumtaz telah menggunakan kaedah pengiraan skor yang di bangunkan

oleh Petrick & Fur (1995) untuk membuat rumusan terhadap dapatan kajiannya.

Rumusan untuk nilai skor yang didapati adalah seperti dalam jadual 4 di bawah:

Jadual 4

Nilai Skor Status iklim proses organisasi

1.0 - 5.9 Pengeksploitasian (Exploitive)

6.0 - 10.9 Kemorosotan (Impoverish)

11.0 - 15.9 Sokongan (Supportive)

16.0 - 16.9 Kualiti Menyeluruh (totalQuality)

3.1 Dapatan Kajian

Dapatan kajian kesemua jenis IPTMa menunjukkan Iklim proses

organisasi di IPTMa menyokong pelaksanaan TQM, dimana warga IPTMa

adalah produktif tetapi tidak berdikari. Mereka memerlukan sedikit kepercayaan

dan pengupayaan dalam membuat keputusan supaya mereka rasa dihargai.

9

Page 10: essay TQM

Abd Aziz (2000) menyatakan. apabila rasa tidak dihargai wujud

dikalangan pekerja, mereka tidak bersedia melaksanakan TQM, sebaliknya

wujud usha menentang program kearah TQM .

3.2 Rumusan Kajian

IPTMa masih belum mencapai tahap proses organisasi Kualiti menyeluruh

tetapi berada pada tahap sokongan, iaitu satu langkah sebelum cirri iklim TQM.

Ini bermakna masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam

mempertingkatkan iklim organisasi ini ke arah TQM. Beberapa dimensi iklim

yang berada pada tahap sokongan rendah seperti system penghargaan(11 –

13.4) perlu di beri perhatian agar lebih mantap dan iklim organisasi dapat

bergerak kearah TQM. Dalam masa yang sama juga perlaksanaan TQM perlu

ada penambahbaikan atau dimantapkan dari masa kesemasa dan proses ini

perlu berlaku secara berterusan dengan melibatkan semua warga organisasi.

4.0 Prinsip-prinsip pengurusan kualiti menyeluruh (PKM atau TQM )

4.1 Prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh dalam PKPA BIL

1/92

PKPA Bil 1/92 memberikan tujuh perinsip yang boleh membantu pelaksanaan

PKM. Prinsip- prinsip itu ialah sokongan pengurusan atasan, perancangan

strategik kualiti, mengutamakan pelanggan, latihan dan pengiktirafan, semangat

berpasukan, pengukuran prestasi dan kepastian kualiti.

Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan sebuah organisasi

dinamik yang berinteraksi dengan agensi luar dan memberi peluang kepada

pelajar untuk mencapai potensi mereka. Oleh sebab itu sistem pengurusan

kualiti sesuai dilaksanakan di sekolah sebagai asas untuk membekalkan

perkhidmatan yang berprestasi tinggi.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh dilaksanakan di sekolah melalui

ketujuh-tujuh prinsip PKM itu sendiri.

10

Page 11: essay TQM

4.1.1 Pelaksanaan Prinsip 1: Sokongan Pengurusan Atasan

Pengurusan atasan di sekolah bermakna tanggungjawab Pengetua/Guru Besar

atau pentadbir untuk membuat transformasi dan mempastikan kemajuan

sekolah. Pengetua bertanggungjawab terhadap prestasi dirinya, guru-guru,

pelajar dan staf sokongan yang lainnya.Tanggungjawab utama Pengetua/Guru

Besar iaitu tugas sebagai pengurus di bidang pengurusan sekolah, tugas penyelia

untuk memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran dijalankan di

sekolah dan tugas pemimpin iaitu memimpin staf dan semua guru secara

profesional serta memupuk kerjasama dengan pihak lain terutamanya

masyarakat.

Sebagai pengurus atasan yang memberi sokongan terhadap orang

bawahan, beberapa elemen penting perlu dimainkan oleh Pengetua/Guru Besar

dalam melaksanakan PKM di sekolah.

1. Menetapkan visi, misi dan matlamat sekolah:

1.1 Iaitu menentukan hala tuju sekolah yang jelas, selari dengan

kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan kehendak pelanggan serta

memastikan semua guru dan staf menyedari dan mempunyai matlamat,

visi dan misi yang sama. Pengetua/Guru Besar juga perlu mempunyai

rangka kerja atau blueprint strategik sekolah tentang harapan, matlamat

dan hala tuju sekolah.

1.2 Mengambil kira semua idea serta mengenal pasti apakah

perkara, bidang atau aspek sekolah yang perlu dimajukan dan kemudian

bertindak untuk melakukan perubahan positif.

2. Mewujudkan budaya dan iklim kerja positif:

2.1 Menyediakan garis panduan tugasan dengan menetapkan

standard pencapaian yang berkualiti tinggi bagi diri sendiri, guru, staf

sokongan dan pelajar.

11

Page 12: essay TQM

2.2 Pengetua/Guru Besar perlu membentuk norma dan nilai positif dari

segi tingkah laku dan amalan kerja semua guru, staf dan pelajar.

Dasar mantap berkaitan disiplin juga perlu diwujudkan untuk

mengurangkan masalah disiplin dan mencapai matlamat zero defect.

Mengurus perubahan melalui bimbingan:

2.3 Pengetua/Guru Besar hendaklah sentiasa peka kepada idea serta

inovasi baru dan melaksanakan perubahan berdasarkan inovasi

yang berkesan.

2.4 Sentiasa membantu guru dan staf sokongan melakukan perubahan

dan kemajuan berdasarkan inovasi/idea terbaru dalam pengajaran

dan pembelajaran.

3. Delegasi tugas:

3.1 Pengetua/Guru Besar perlu menurunkan tugas tertentu kepada guru

kanan dan guru-guru lain untuk menwujudkan motivasi tugasan

kepada pegawai yang lain. Namun begitu Pengetua/Guru Besar

perlu sentiasa memantau dengan memastikan tugas-tugas rutin

dijalankan oleh pegawai yang diturunkan kuasa adalah mengikut

prosedur yang betul serta berlandaskan standard dan harapan

sekolah.

4.1.2 Pelaksanaan Prinsip 2: Perancangan Strategik Kualiti

Hussein Mahmud, dalam bukunya Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, ada

menjelaskan Model Reformasi atau dipanggil Model Hubungan sekolah

sebagai satu perancangan strategik sekolah iaitu:

4.1.2.1 Peringkat I : Matlamat/misi:

Peringkat penetapan matlamat dan hala tuju sekolah sebagai rangka untuk

memulakan perubahan. Matlamat dan hala tuju sekolah mestilah dibuat

berdasarkan rujukan, kajian dan dokumen rasmi seperti Akta Pelajaran, Dasar

Pelajaran Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

12

Page 13: essay TQM

4.1.2.2 Peringkat II : Penilaian:

Diperingkat ini, semua tindakan, amalan, dasar, standard dan prosedur kerja

dinilai untuk menetapkan norma dan nilai yang akan digunapakai sebagai

budaya dan iklim sekolah.

4.1.2.3 Peringkat III : Perancangan:

Sekolah membuat rancangan penambahbaikan, melakukan penstrukturan atau

pengubahsuaian organisasi. Ini termasuklah mengubah visi dan misi sekolah,

mengubah prosedur kerja, sistem tugas dan proses pengajaran-pembelajaran.

4.1.2.4 Peringkat IV : Latihan staf.

Menjalankan kursus perkembangan staf atau latihan untuk guru dan staf

sokongan. Latihan dijalankan sebagai usaha untuk membantu guru dan staf

melaksanakan program penambahbaikan sekolah. Antara aktiviti yang boleh

dijalankan ialah melalui bengkel, seminar dan aktiviti percambahan fikiran

(brainstorming).

4.1.2.5 Peringkat V : Pelaksanaan:

Pada peringkat ini, guru dan staf mula mempraktikkan amalan, strategi, sistem,

prosedur dan norma baru di sekolah, seperti menggunakan kaedah

pengajaran/pembelajaran yang baru, menggunakan alat bantu mengajar yang

baru dan penerapan nilai yang baru di sekolah.

4.1.2.5 Peringkat VI : Transformasi:

Peringkat di mana amalan baru yang berkesan dalam perancangan, pengurusan,

aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dijadikan amalan menyeluruh,

disamping terus menerima inovasi dan idea baru untuk mengubahsuai strategi

yang lemah atau kurang berkesan.

Hussein Mahmood juga menyenaraikan beberapa amalan yang boleh

difokuskan untuk pengubahsuaian dan penambahbaikan iaitu:

o Pelaksanaan kokurikulum

13

Page 14: essay TQM

o Dasar dan peraturan sekolah

o Sistem disiplin pelajar

o Sistem ganjaran pelajar, staf dan guru

o Sistem pengaliran (streaming) pelajar dan penyusunan pelajar dalam

kelas

o Sistem dan konsep penilaian dan pengujian sekolah

o Cara pelaporan pencapaian

o Pusat sumber dan penggunaannya

o Penglibatan pihak luar seperti ibu bapa dan masyarakat sekitar dalam

aktiviti sekolah

o Pengurusan sistem maklumat.

4.1.3 Pelaksanaan Prinsip 3- Mengutamakan Pelanggan

Pelanggan menentukan kualiti. Sesuatu produk atau perkhidmatan dikatakan

berkualiti jika pelanggan berpuas hati. Dalam PKM, pelanggan hendaklah

diutamakan Konsep mengutamakan pelanggan merujuk kepada tanggungjawab

profesional pihak sekolah apabila memberi perkhidmatan dan melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelanggan adalah sesiapa yang menerima

produk atau khidmat yang disediakan (John West-Burnham , 2007). Menurut

Harry V. Roberts di dalam bukunya “Academics Initiatives in Total Quality for

Higher Education”, pelanggan kepada organisasi sekolah ialah:

o Pelajar - pelanggan kepada produk atau hasil pengajaran dan

pembelajaran, penerima norma dan nilai budaya sekolah.

o Ibu bapa - pihak yang menyumbang dan membayar yuran untuk

mendapatkan hasil produk yang menginginkan hasil keputusan yang

positif

o Bakal majikan - bergantung kepada hasil pendidikan untuk

membekalkan gunatenaga kepada syarikat atau agensi pekerjaan

o Masyarakat - sebagai pembayar cukai, berusaha memastikan kestabilan

dan kebajikan masyarakat.

14

Page 15: essay TQM

Di dalam konteks pengurusan kualiti, guru hendaklah sedar tentang

tanggunjawab profesionalnya untuk :

o membekalkan maklumat yang benar

o sentiasa amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

o Profesional yang amanah perlu mempunyai sifat-sifat seperti jujur,

berterus terang, kompeten, tekun, setia dan menyimpan rahsia

o Untuk memastikan kepuasan pelanggan, menurut John West-Burnham

(2007), pembekal hendaklah sentiasa memastikan kemajuan yang

berterusan dengan sentiasa berusaha meningkatkan nilai barangan

keluarannya.

Dalam konteks sekolah dan pendidikan, guru dan pengurusan sekolah

hendaklah mengenal pasti kehendak pelanggan, kemudian berusaha

meningkatkan kemahiran dan pengetahuan profesional, selain meningkatkan

strategi dan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berkesan untuk dijadikan standard kualiti output, demi memenuhi kehendak

pelanggan tersebut.

Pengurusan sekolah juga hendaklah mempunyai polisi terbuka iaitu

bersedia dengan bersungguh-sungguh menerima idea, rungutan dan permintaan

pelanggan di dalam setiap proses pembuatan keputusan supaya pengurusan

sekolah dan bilik darjah akan dapat diperbaiki.

Pelanggan terutamanya ibu bapa juga hendaklah sentiasa dilibatkan di

dalam aktiviti sekolah seperti melalui kegiatan PIBG, membuka sistem aduan,

kajian kepuasan pelanggan, mengadakan “hari terbuka” sebagai landasan

perhubungan dan pencambahan fikiran, menjadi ahli “rakan cop’ dengan PDRM

dan penduduk sekitar untuk menangani masalah disiplin dan sebagainya.

15

Page 16: essay TQM

4.1.4 Pelaksanaan Prinsip 4- Latihan dan Pengiktirafan

Setiap guru atau pendidik mempunyai tanggungjawab terhadap profesion

masing-masing. Begitu juga Pengetua/Guru besar yang mempunyai

tanggungjawab memimpin guru dan staf dibidang latihan serta memberikan

motivasi berupa pengiktirafan jika perlu.

4.1.4.1 Latihan

Latihan adalah keperluan asas untuk kejayaan pelaksanaan PKM. Staf/ anggota

sokongan perlu diberi pendedahan/latihan PKM untuk memastikan kejayaan

PKM. Di samping itu juga pengiktirafan perlu diberi kepada staf. Dengan ini

akan menggembirakan mereka dan boleh mengubah perlakuan mereka.

Di dalam pengurusan kualiti dalam konteks sekolah, semua guru

menyedari kepentingan mendapatkan latihan sebagai usaha untuk meningkatkan

kualiti kerja masing-masing. Sedar tentang tanggungjawab untuk menyumbang

kepada kebaikan pelanggan dengan sentiasa meningkatkan imej profesional

dan sosial yang terbaik. Memahami kepentingan dan peranan latihan sebagai

usaha penambahbaikan dan meningkatkan kualiti profesion. Guru sentiasa

diberi latihan profesional, dan sentiasa bermotivasi kendiri untuk

mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran yang terkini selari dengan

perkembangan pesat di bidang ilmu serta sains dan teknologi.

4.1.4.2 Menghormati profesion dan kod etika profesional

Menghormati profesion bermaksud seorang profesional meletakkan dirinya

pada suatu kedudukan agar terus dipandang tinggi oleh masyarakat (Mohd.

Janib Johari, 2001, ms 94). Guru hendaklah meletakkan dirinya sebagai

profesional dengan meningkatkan kepakaran yang dimiliki serta mengukuhkan

kepentingan dan sumbangan perkhidmatannya sebagai pendidik.

Menghormati kod etika profesional pula bermaksud seorang profesional

hendaklah prihatin tentang pandangan umum terhadap profesionnya,

menjalankan tugas selari dengan kepakarannya serta selari dengan kehendak

16

Page 17: essay TQM

masyarakat (Mohd.Janib Johari, 2001). Kod etika ialah nilai-nilai utama

sesebuah organisasi dan peraturan-peraturan etika yang diharapkan untuk

dipatuhi oleh semua ahli dalam organisasi tersebut (Mohd. Janib Johari, 2001).

Kod etika bertindak seperti satu sumber pegangan, panduan dan inspirasi

positif tentang tingkah laku dan tanggungjawab profesional di kalangan

profesional. Oleh itu, guru hendaklah mengekalkan keyakinan dan

penghormatan masyarakat dengan mematuhi kod etika profesional tersebut.

4.1.4.3 Pengiktirafan

Semua guru dan staf adalah berhak untuk mendapatkan pengiktirafan ke atas

semua kualiti kerja dan pencapaian terbaik mereka. Pengiktirafan adalah

ganjaran yang boleh diberikan oleh pentadbir samada dalam bentuk

wang/material atau bukan material. Tanpa upah yang setimpal, profesional

tidak dapat menumpukan segala tenaga dalam melaksanakan tugas-tugas yang

dipertanggungjawabkan (Mohd. Janib Johari, 2001). Pengiktirafan merupakan

penghargaan kepada kakitangan kerana pencapaian cemerlang dan standard

kerja yang dihasilkannya.

4.1.4.4 Kenapa perlukan pengiktirafan?

Pengiktirafan akan menjadi motivasi dan mendorong kakitangan dan guru untuk

terus meningkatkan mutu kerja. Guru dan kakitangan akan lebih jelas tentang

standard kualiti kerja yang diperakui oleh pihak pengurusan atasan, pegawai

akan meneruskan standard yang berkesan atau mengubahsuai amalan kerja

supaya selari dengan ekspektasi dan standard organisasi.

4.1.5 Pelaksanaan Prinsip 5- Semangat Berpasukan

Pengurus sekolah hendaklah mencipta satu budaya di sekolah sebagai usaha

memupuk semangat berpasukan. Ini bermakna, budaya ialah satu sistem nilai

yang abstrak seperti, kepercayaan, harapan, norma-norma dan matlamat yang

sama dimiliki, diterima dan konsepnya dipegang secara umum dan dominan.

17

Page 18: essay TQM

Demi kejayaan organisasi, semua guru dan staf mestilah mempunyai

nilai dan menuju ke arah matlamat yang sama. Sistem pengurusan sekolah

hendaklah dalam bentuk berpasukan bukan mengikut sistem hierarki sebenar.

Budaya individualisme juga perlu dihapuskan. Bukan semua keputusan

mengurus sekolah dibuat hanya oleh pihak pentadbir atau Pengetua/Guru Besar,

tetapi sebarang keputusan hendaklah dibuat bersama-sama, atau pihak pentadbir

perlu menggunakan idea dan maklum balas dari guru, pelanggan dan staf

semasa membuat sebarang perancangan. Konsep seperti ini akan memberi

motivasi kepada semua warga sekolah memberikan komitmen yang sama

kepada kejayaan organisasi.

4.1.6 Pelaksanaan Prinsip 6- Pengukuran Prestasi

Untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penambahbaikan yang dilakukan,

penambahbaikan itu perlu diukur. Oleh itu, satu sistem pengukuran prestasi

perlu diadakan.

Dalam konteks sekolah, pengukuran prestasi dibuat dengan melakukan

pemantauan, penilaian dan kajian semula ke atas strategi dan perubahan yang

telah dilakukan kepada budaya sekolah. Pemantauan ialah proses memeriksa

kemajuan secara berterusan (Sonia Blandford, 2007). Pengetua/Guru Besar

hendaklah sentiasa memantau kaedah pengajaran dan pembelajaran serta

pencapaian para pelajar supaya dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti

penyampaian guru dan pencapaian pelajar. Bahagian Nazir Sekolah dan Jabatan

Pelajaran Negeri pula bertanggungjawab memantau perkembangan sekolah.

Menurut John West-Burnham (2007), proses pengukuran prestasi hendaklah

menumpukan kepada persoalan “sejauhmana kehendak pelanggan sudah

dipenuhi?”

Oleh sebab itu, guru dan pengurusan sekolah hendaklah mempunyai

prosedur operasi sebagai satu proses kualiti. Contoh prosedur operasi ialah

sukatan pelajaran, skema kerja, manual kerja, buku panduan peraturan sekolah,

penyataan visi, misi, dasar kepuasan pelanggan dan huraian sukatan pelajaran.

18

Page 19: essay TQM

Salah satu cara pemantauan ialah dengan membuat perbandingan

pencapaian prestasi mengikut kriteria tertentu. Pemantauan yang terbaik ialah

pemantauan kendiri yang dibuat oleh guru-guru dan pelajar sendiri. Misalnya

guru menyediakan satu kerangka penilaian untuk menilai amalan kerja masing-

masing.

4.1.7 Pelaksanaan Prinsip 7- Kepastian Kualiti

Untuk kejayaan PKM, sesebuah organisasi perlu memastikan pelanggan mereka

sentiasa berpuas hati terhadap produk dan perkhidmatan yang diberi. Matlamat-

matlamat seperti produk atau perkhidmatan tanpa kecacatan (zero defect) perlu

diperiksa. Oleh itu, untuk kepastian kualiti, perlu ada tiga tindakan iaitu

melakukan pemeriksaan kualiti, mengadakan perancangan output dan latihan

staf/ angggota.

Pengurusan kualiti bertujuan supaya sekolah beroperasi mengikut pelan

tindakan, malah mencapai prestasi yang lebih dari jangkaan. Menurut Sonia

Blandford, di dalam bukunya Managing Profesional Development In School,

sesuatu kualiti itu pasti tercapai jika sekolah memfokus kepada perkara-perkara

berikut: o Proses mendapatkan hasil yang dikehendaki

o Meningkatkan peratus pelajar yang berjaya mencapai matlamat

prestasi.

o Melakukan aktiviti pembelajaran yang baru.

o Melaksanakan kaedah mengajar yang baru.

o Menggunakan cara kerja yang baru bagi meningkatkan kualiti

o Memantapkan latihan, kemahiran dan kaedah penambaikan kualiti

hasil kerja.

19

Page 20: essay TQM

o Penglibatan semua kakitangan dalam perubahan sekolah dan budaya

kerja.

o Pemimpin yang berkesan.

o Memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan dan pemegang

saham.

Berdasarkan kertas perbincangan yang dibentangkan oleh Jemaah Nazir

Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, tahap kualiti pendidikan boleh

diukur dengan melihat tiga asek berikut:

o Standard

o Ekspektasi terhadap pelajar

o Peningkatan berterusan

Standard: Diukur melalui empat item iaitu:

1: Input - merujuk kepada kelayakan dan latar belakang guru, pelajar

kemudahan bilik darjah, alat bantu mengajar dan sebagainya.

2: Proses - merujuk kepada bagaimana aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, ujia dan peperiksaan dilaksanakan.

3: Output - melihat pencapaian pelajar dalam peperiksaan dalaman dan

awam.

4: Outcomes(hasil)- melihat jumlah pelajar yang dapat melanjutkan

pelajaran ke peringkat lebih tinggi, dan yang dapat menembusi pasaran

pekerjaan.

Ekspektasi terhadap pelajar: Melihat keupayaan pelajar menguasai kemahiran

dan pengetahuan di dalam ujian dan peperiksaan.

Peningkatan berterusan: Mengukur peningkatan, perubahan dan

penambahbaikan yang dinamik. Peningkatan yang diukur adalah meliputi

semua aspek di sekolah, ini temasuklah budaya, persekitaran, disiplin,

kemudahah fizikal, teknik pengajaran guru, aspek keselamatan dan kesihatan

pelajar dan sebagainya.

20

Page 21: essay TQM

PKPA Bil 1/92 menegaskan bahawa pelaksanaan PKM boleh membantu

sesebuah organisasi mencapai prestasi cemerlang, menjimatkan kos,

meningkatkan kecekapan operasi dan kepuasan hati pelanggan. Jika matlamat

ini tercapai, sistem penyampaian (delivery system) yang cekap dan berkesan

akan tercapai.

5.0 Amalan TQM/PKM dalam pendidikan

Menurut John Jay Bostingl di dalam artikel oleh Dheeraj Mehrotra, konsep

PKM yang diilhamkan oleh Deming boleh diaplikasikan dalam bidang

pendidikan. Beliau telah memperkenalkan “ Four Pillars of Total Quality

Management”.

5.1 Prinsip 1: Hubungan Sinergi (Synergic Relationship)

Dalam prinsip pertama ini, PKM menekankan perhubungan di antara pembekal

dan pelanggan yang bermaksud semua staf/ anggota dalam organisasi

pendidikan perlu melibatkan diri. Ini adalah kerana, apabila semua anggota

terlibat dalam sesuatu proses, prestasi dan produktiviti akan ditingkatkan yang

disumbangkan oleh kebolehan dan pengalaman setiap individu dalam

organisasi. Dalam konteks bilik darjah, guru dan pelajar bertindak sebagai

pelanggan dan pembekal yang harus bekerjasama bagi memastikan matlamat

P&P yang disasarkan tercapai.

5.2 Prinsip2:Peningkatan Berterusan dan Penilaian Sendiri (Continuous

Improvement and Self Evaluation)

Prinsip ini merujuk kepada komitmen organisasi atau pihak sekolah untuk terus

meningkatkan prestasi sekolah secara kolektif. Pihak pentadbir bekerjasama

dengan guru selaku pelanggan mereka dalam menyelesaikan masalah yang

dihadapi. Menurut Deming, seorang individu tidak seharusnya menilai individu

21

Page 22: essay TQM

yang lain. Oleh itu PKM menekankan kepada kepentingan penilaian diri sendiri

sebagai sebahagian daripada proses peningkatan yang berterusan.

5.3 Prinsip 3: Satu Sistem Proses Berterusan (A System of Ongoing

Process)

Prinsip PKM ini boleh diaplikasikan dalam pendidikan apabila system

pendidikan itu sendiri dilihat sebagai satu proses yang berterusan. Dalam

pendekatan ini, guru dan pelajar tidak disalahkan secara total sekiranya sesuatu

berlaku. Sebaliknya, sesuatu proses hendaklah dikaji di atas kelemahan yang

ada. Dalam proses pembelajaran, penambahbaikan yang berterusan berdasarkan

hasil pembelajaran lebih dititikberatkan.

5.4 Prinsip 4: Kepimpinan ( Leadership)

Prinsip PKM yang keempat ini boleh dilaksanakan dengan jayanya dan ia

banyak bergantung kepada pihak pengurusan atasan. Organisasi seperti sekolah

harus memastikan bahawa pelajar boleh cemerlang melalui proses peningkatan

yang berterusan hasil dari kerjasama yang erat di antara guru dan murid. Guru

memainkan peranan penting dalam memastikan aspek kepimpinan diambil berat

bagi menjamin peningkatan berterusan di dalam proses pembelajaran yang

berlaku.

Dirumuskan di sini bahawa prinsip-prinsip PKM yang diaplikasikan dalam

organisasi pendidikan atau sekolah secara amnya boleh memberi kebaikan kepada

sekolah dengan cara:

o Memfokuskan peranan, tujuan dan tanggungjawab sesebuah sekolah itu.

o Menambahbaik sekolah sebagai ‘satu cara hidup’ ( a way of life)

o Merancang plan latihan kepimpinan yang lebih komprehensif untuk

semua warga pendidik di semua tahap.

o Mewujudkan pembangunan staf yang memfokuskan kepada sikap dan

‘beliefs’ setiap warga sekolah.

22

Page 23: essay TQM

o Menggunakan kajian dan maklum balas yang diperoleh sebagai panduan

pelaksanaan polisi dan tindakan.

o Mengadakan program pembangunan pelajar yang komprehensif dengan

kerjasama agensi dan institusi luar.

Bagi memastikan konsep PKM berjaya dilaksanakan dalam organisasi

pendidikan, setiap individu/ staf perlu memainkan peranan dan terlibat serta

memahami dan mempercayai setiap prinsip PKM yang telah dibincangkan.

Ayob Jantan 2005 menjelaskan dalam bukunya Pengetua Sekolah Yang

Efektif bahawa PKM boleh dilaksanakan dalam pendidikan kerana jelas

terdapat sekolah yang berjaya melaksanakannya dan memperoleh sijil ISO.

Sebagai contoh, pada tahun 2000 Sekolah Menengah Kebangsaan Gemerah

Segamat berjaya membangunkan Sistem Kualiti MS ISO 9000.

Strategi sekolah merupakan asas kejayaan dalam melaksanakan PKM di

sekolah tersebut. Antara strategi yang dilakukan ialah langkah pertama,

mengadakan taklimat TQM ( Sistem Kualiti ISO 9000) dalam slot

perkembangan staf. Sebagai langkah kedua pula, perancangan strategik menjadi

asas pengurusan sekolah, perlu mempunyai visi yang boleh dicapai. Visi

sekolah berbunyi,

‘ Pada tahun 2006, Sekolah Menengah Kebangsaan Gemerah Segamat akan

mencapai Tahap Sekolah Gemilang melalui pelaksanaan Sistem Kualiti MS

ISO 9001:2000 dan Sistem Kualiti Pengurusan Sekolah Menyeluruh ( Total

Quality School ) ‘.

Sasaran penting dalam visi sekolah terhadap tiga unsur penting dalam

wawasan sekolah.

1- Tahap sekolah gemilang berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.

Perlu kepada budaya kerja cemerlang.

2- Pelaksanaan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000 adalah agenda

perancangan strategik sekolah yang dilaksanakan secara bersepadu.

23

Page 24: essay TQM

Budaya kerja cemerlang adalah sebahagian daripada budaya kerja

berkualiti yang perlu mendapat pengiktirafan secara rasmi.

3- Total Quality School adalah impian yang unggul tetapi dapat dicapai.

Asasnya ialah pengajaran berkualiti. Proses guru dan pelajar bersama-

sama mengenal pasti halangan-halangan pembelajaran dan

menyingkirkan halangan itu. Mewujudkan kreativiti dan inovasi dalam

pengajaran menjadikan tahap pengurusan pelajar semakin meningkat.

Sebagai langkah ketiga pula ialah menggunakan analisis SWOT. Walau

bagaimanapun asas penting dalam kejayaan sekolah ini juga didokong oleh

kesedaran bersama dalam merealisasikan impian visi sekolah disamping

mengekalkan prinsip bahawa kecemerlangan perlu penambahbaikan berterusan.

Daripada kenyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa antara faktor-

faktor kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Gemerah Segamat

membangunkan Sistem Kualiti MS ISO 9000 seperti berikut; kekuatan dalaman,

perancangan strategik, penggerak & pelaksana, visi dan misi sekolah yang jelas

bersandar pada dasar Kualiti, objektif kualiti dan Piagam Pelanggan, juruaudit

kualiti dalaman yang profesional, sokongan moral daripada pihak luar – IAB,

PPD, JPD, MAMPU.

Abd Aziz bin Abd Kadir (2001) pula menyatakan keberkesanan konsep

atau pendekatan PKM yang dilaksanakan di sekolah adalah bergantung kepada

bagaimana pengetua sekolah berkenaan memahami dan mengadaptasi konsep

tersebut dengan situasi dan kesesuaian di sekolahnya.

Sesuai dengan konsep PKM dalam konteks sekolah yang mengutamakan

pelajar dan guru sebagai pelanggan, peranan rantaian ‘supplier-customer’ dalam

konsep ‘ internal customers’ adalah sangat berkesan untuk menentukan proses

pengajaran dan pembelajaran agar sentiasa terjamin kualitinya. Ini bermakna

sistem kawalan kualiti perlu diwujudkan oleh pengetua.

6.0 Rumusan

24

Page 25: essay TQM

Sistem pengurusan kualiti merupakan satu etika profesional iaitu satu sistem

nilai dan kriteria yang menjadi justifikasi untuk profesion khusus golongan

profesional. Walaupun pada asalnya konsep pengurusan kualiti ini dipelopori

untuk produktiviti perniagaan dan perindustrian, tetapi prinsip-prinsipnya amat

sesuai diaplikasikan di dalam organsisi pendidikan, iaitu sekolah khasnya.

Sistem pengurusan kualiti ini amat perlu dilaksanakan di sekolah kerana

ia menjamin kecemerlangan prestasi pendidikan. Justeru, ia penting dijadikan

sebagai budaya organisasi, jika organisasi mempunyai budaya yang berteraskan

standard etika kerja dan moral yang tinggi, maka ia boleh memberi pengaruh

positif kepada hasil perkhidmatannya.

Di dalam konteks ini, output perkhidmatan akan dapat memuaskan

kehendak dan menepati ekspektasi pelanggannya. Ini adalah kerana

tanggungjawab sekolah sebagai pembekal untuk memberi perkhidmatan terbaik

dan berkesan.

Oleh kerana itu, pengurusan kualiti amat mementingkan proses

penambahbaikan yang berterusan, maka tindakan-tindakan strategik termasuk

pemantauan, penilaian, dan kajian semula amat penting dilaksanakan secara

berterusan, dalam masa yang sama mengawal kos kualiti agar tidak membazir.

Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM), sangat penting dan perlu

diteruskan serta diamalkan dalam pengurusan sumber manusia pendidikan bagi

mencapai pendidikan bertaraf dunia. Dunia tanpa sempadan sentiasa akan

mendesak Malaysia melahirkan pelajar dan tenaga kerja yang kompetatif. TQM

menggalakkan proses transformasi budaya, melalui mana ciri-ciri budaya yang

sedia ada akan diubahsuai, ditukar atau diperkukuh dengan ciri-ciri baru yang

lebih baik. Peristiwa pemberian hadiah penyapu oleh mantan Y.A.B Menteri

Besar Selangor, Datuk Khir Toyo kepada penjawat awam yang tidak berprestasi

mengikut ukuran prestasi yang ditentukan masih di dalam ingatan terutamanya

penerima berkenaan. Tanpa prestasi penjawat awam yang bermutu, taraf hidup

rakyat akan terjejas dan pada akhirnya mutu hidup dan kemajuan rakyat dan

negara turut akan terbantut (Abdullah Thalith 2007).

25

Page 26: essay TQM

Pengiktirafan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar Perlis

yang memperolehi MS ISO 9002 amat membanggakan bagi warga pendidikan.

Yahya Buntat, Rozali Omar dan Syed Mohamad Shafeq Syed Mansor

mendapati suasana iklim sekolah ini lebih terkawal dan terurus, jesteru itu,

dapat meningkatkan pretasi serta kecemerlangan sekolah ini. Kajian mendapati

sebanyak 79.4% dari purata keseluruhan responden menyetujui bahawa mereka

telah dapat melaksanakan tugas-tugas dan tangungjawab yang diamanahkan

kepada mereka dengan baik dan berkualiti (Yahya et al. 2003). Dapatan kajian

ini menunjukkan bahawa penambahbaikan program dilakukan secara lebih

kreatif dan konstruktif, dan mutu kualiti dalam programnya dapat mengubah

budaya sekolah, para pelajar dan ibu bapa menjadi tertarik dengan adanya

inovasi yang ditimbulkan oleh TQM di sekolah ini. Mumtaz (2007),

menjelaskan bahawa kesemua IPTMa mempunyai iklim proses organisasi yang

menyokong pelaksanaan TQM. Iklim proses organisasi ialah darjah kesediaan

sesuatu organisasi itu dalam pelaksanaan TQM (Petrick & Fur 2005). Kolej

UniKL (ISO 9001: 2000) dan IKM (ISO 9000) menyokong pada tahap yang

tinggi berbanding dengan institusi lain (Mumtaz 2007). Secara keseluruhan

dapatan kajian ini menunjukkan pelaksanaan TQM merupakan faktor dominan

dalam mempengaruhi iklim proses organisasi.

Kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma dan IPTMa adalah

selari dengan konsep TQM iaitu mencipta budaya kualiti. Di sektor pendidikan,

pelbagai perubahan telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk

memertabatkan profesion perguruan. Pengwujudan guru pakar, guru cemerlang,

guru super, guru besar cemerlang dan anugerah perkhidmatan cemerlang (APC)

adalah di antara pengiktirafan untuk menggalakan budaya kualiti dikalangan

pendidik. Guru-guru cemerlang dinilai kepakaran dan kecemerlangan mereka

melalui lima aspek iaitu kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan

dan kemahiran, kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi dan

kecemerlangan potensi (Jemaah Nazir 1997). Namun begitu, proses untuk

mencipta seseorang guru itu mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan

memerlukan masa yang lama kerana mereka perlu melalui beberapa peringkat

perkembangan untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan dalam

26

Page 27: essay TQM

pengajaran dan pembelajaran (Fuller et al. 1975; Dreyfus & Dreyfus 1982; Lilia

& Abdullah 1998; Tuner & Bash 1999).

Walaubagaimana pun, pencapaian tahap TQM sangat bergantung kepada

sumber tenaga manusia. Pihak pengurusan yang berintegriti dan para pekerja

bawahan yang bermotivasi dan komited perlu berganding bahu bagi mencapai

matlamat organisasi. Matlamat pengurusan sumber manusia adalah untuk

melahirkan pekerja yang produktif yang dapat membangunkan organisasi.

Jesteru itu, pengurus sumber manusia perlu menerangkan strategi-strategi yang

berkaitan dengan produktiviti, kualiti dan perkhidmatan dalam organisasi.

Kebijaksanaan dalam pengurusan sumber manusia penting kepada semua

pengurus, walau di mana sekali pun peringkat atau jabatan mereka. Sistem

pendidikan yang menimbulkan fenomena ini sebenarnya memberi kesan kepada

organisasi di mana organisasi terpaksa membuat pilihan secara berterusan bagi

memastikan kebolehan bekerja diguna dengan sebaiknya (Halim 2004).

Manakala, pembangunan modal insan yang sedia ada hendaklah dibangunkan

melalui perancangan sumber manusia secara strategik untuk memastikan semua

program yang dirancang dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan.

7.0 Cadangan

Perubahan paradigma pengurusan pendekatan pengurusan kepada pendekatan

kepemimpinan telah berlaku pada alaf 21. Perubahan ini melibatkan

pemantapan keterampilan diri melalui kepercayaan dan keyakinan yang lahir

daripada pasukan kerja serta tindakan pemimpin. Perubahan ini juga

melibatkan keperluan untuk melakukan inovasi dan pembaharuan di mana

kualiti telah menjadi agenda utama dalam amalan pengurusan menuju visi dan

misi sesebuah organisasi (Syed Azauddin 2005).

Kepemimpinan amat penting untuk menjayakan sesebuah organisasi.

Seorang pemimpin perlu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal

semua perjalanan kerja dalam organisasi. Kepemimpinan juga adalah satu

27

Page 28: essay TQM

tanggungjawab yang terbit daripada autoriti yang sahih dan merupakan satu

amanah. Jesteru itu, pemilihan pemimpin mestilah mengikut peraturan yang

sesuai dan mendapat restu daripada semua pihak. Pihak yang melantik dan

dilantik perlu berasa senang hati dan berpuas hati. Pemimpin juga perlu

mempunyai kualiti asas, latihan kepemimpinan, integriti dan pertimbangan

kemanusian (Sani dan Mumtaz 2005). Kepemimpinan yang berkesan adalah

terdiri daripada individu yang mempunyai kualiti peribadi dan perwatakkan

yang hebat (Persell et al. 1989 & Kouzes & Posner 2002). Kepemimpinan

organisasi memainkan peranan penting di mana pemimpin akan menggunakan

kepakaran dan kemahirannya untuk mempengaruhi subordinat untuk

bekerjasama dengannya bagi mencapai matlamat organisasi untuk yang telah

ditetapkan bersama. Stephen Covey (1989) dalam bukunya yang tersohor Seven

Habits of Highly Effective People menyatakan bahawa salah satu tabiat yang

menjadikan seseorang itu berjaya dalam hidup dan kehidupannya ialah dengan

memikirkan matlamat pada setiap permulaan usahanya.

Penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan turut

dinyatakan oleh Dato Dr. Shukur Abdullah, mantan Pengerah Pelajaran

Malaysia bahawa guru-guru muda yang berpotensi dan berpeluang untuk

dilantik sebagai pengetua akan dilatih atau wajib mengikuti dan lulus kursus

khas berkaitan ilmu dan asas-asas kepengetuaan amatlah wajar. Perlantikan

pengurus pendidikan termasuk pengetua seharusnya bukan sahaja berdasarkan

faktor kekananan sahaja tetapi juga meliputi prestasi kerja, tahap keilmuan dan

kepimpinan yang benar-benar cemerlang. Kursus ini penting untuk

menghasilkan kepemimpinan yang mampu menjelmakan TQM dalam

pendidikan. Jesteru itu, kepemimpinan amat ditekankan dalam TQM kerana

kejayaan dan perubahan sesuatu organisasi termasuk pendidikan bermula pada

tahap pengurusan yang mencorakkan iklim proses organisasi.

Pelaksanan TQM dari pandangan pengurusan Islam amat bijak kerana

pekerjaan dapat dizahirkan melalui keikhlasan beribadat kepada Allah dan

pelanggan seperti pelajar-pelajar dan ibu bapa pastinya akan mendapat manfaat

yang berganda. Islam amat menekankan kualiti. Kualiti ialah gabungan antara

dua ciri keelokan iaitu ikhlas dan itqiin (kecemerlangan). Jadi, ini bermakna,

28

Page 29: essay TQM

kualiti dalam pengurusan Islam tidaklah menggambarkan ciri-ciri produk

mengikut kehendak pelanggan yang berbeza tetapi ia merupakan ciri-ciri

keelokan secara umum. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Miljah

dalam Sunannya yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak

dapat pahala melainkan kelaparan dan ramai yang sembahyang malam tetapi

tidak mendapat pahala melainkan rasa mengantuk disebabkan berjaga malam."

Prinsip pertama TQM iaitu penyertaan menyeluruh adalah selaras dengan

ajaran Islarn iaitu prinsip tauhid, habl min al-niis dan juga konsep jarna'ah yang

memerlukan kepada hubungan baik dengan semua pihak yang terlibat supaya

persefahaman sesama sendiri dapat dipertingkatkan dan pasukan kerja yang

mudah memberi kerjasama dapat dibentuk. Sepertimana sabda Rasulullah yang

diriwayatkan oleh al-Tirmidhi yang bermaksud: "Orang mu'min adalah seperti

sebuah bangunan, mereka saling kuat menguati antara satu sama lain. "

Pendekatan berterusan selaras dengan Islam kerana manusia adalah utl

al-Albab di mana mereka sentiasa membina masa hadapan yang lebih baik

melalui dorongan dan tuntutan yang menghendaki mereka berusaha

mempertingkatkan kualiti diri. Ini bermakna, pekerja atau pengurus yang

berkualiti ialah mereka yang gemar mempelajari perkara-perkara baru dan

sentiasa mempertingkatkan diri dengan Jernul Syariah, 10:2 (2002) 67-86

membuat perubahan-perubahan yang baik. Seperti mana sabda Rasulullah s.

a.w (bermaksud): "Barangsiapa yang hari ini lebih baik danpada hari

semalam, itulah orang yang berjaya, barangsiapa yang hari ini sama dengan

semalamnya, itulah orang yang kena laknat. "

Daripada sudut Islam, tugas pendidik amat mulia. Ganjaran pekerjaan

ini bukan sahaja akan diterima sekarang tetapi juga berterusan hingga ke

akhirat. Jika TQM yang diamalkan sekarang berorientasikan pelanggan, TQM

pengurusan Islam pula berpaksikan Allah. Pekerja menganggap kerja

merupakah satu ibadah yang perlu dilaksanakan amanahnya dengan penuh

tanggungjawab dan integriti. Kebersihan hati, ketenangan jiwa dan disertai

dengan niat yang baik sewaktu bekerja akan menghasilkan kualiti kerja yang

cemerlang. Maka, akan lahirlah pelajar-pelajar yang beketrampilan seperti

mana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

29

Page 30: essay TQM

8.0 Kesimpulan

Hasrat dan matlamat pendidikan mencapai tahap TQM bukanlah sesuatu

perkara yang mudah tetapi tindakan ke arah itu sentiasa ditingkatkan.

Komitmen pihak pengurusan atasan dan penyertaan kakitangan secara

menyeluruh merupakan prasyarat kejayaan TQM. Dalam Konsep TQM, kualiti

yang buruk datangnya daripada pengurusan yang buruk, bukan pekerja-pekerja

yang buruk. Kenyataan ini selari dengan pendapat Deming iaitu kualiti

sesebuah organisasi datangnya 80 peratus daripada pengurusan dan 20 peratus

daripada pekerja.

Pengurusan sumber manusia pula perlu diuruskan dengan betul agar ia

dapat berfungsi dengan baik. Keberkesanan konsep atau pendekatan pengurusan

sumber manusia yang dilaksanakan di sektor pendidikan adalah bergantung

kepada bagaimana pengarah, pengetua atau guru besar berkenaan memahami

dan mengadaptasi konsep tersebut dengan situasi dan kesesuaian di sekolah atau

dibahagiannya. Dalam konteks sekolah yang mengutamakan pelajar, guru

sebagai pelanggan, peranan rantaian ‘supplier-customer’ dalam konsep ‘internal

customers’ adalah sangat berkesan untuk menentukan proses pengajaran dan

pembelajaran agar sentiasa terjamin kualitinya. Sistem kawalan kualiti

diwujudkan oleh pengetua (Abd Aziz 2001).

Dua paradigma yang dikatakan menjadi penghalang kepada

kecemerlangan dan kualiti kerja ialah konsep `kita manusia biasa’ iaitu

kecacatan (defect) yang berlaku adalah kerana kelemahan manusia dan yang

kedua iaitu ‘There is always a next time’ yang disifatkan oleh T. Domingo

sebagai `anti kualiti dalam pengurusan’. Kedua-dua halangan ini sebenarnya

perlu dielakkan, apabila mahukan kualiti. Dalam menyediakan perkhidmatan

kepada pelanggan, pengurusan seharusnya telah membuat keputusan-keputusan

30

Page 31: essay TQM

yang muktamad dengan mengambilkira kemungkinan-kemungkinan melalui

audit atau jangkaan luaran dan dalaman terhadap proses masalah dan

penyelesaiannya. Jesteru itu, pendidikan di Malaysia perlu sentiasa melalui

penambahbaikan dengan menekankan kualiti pengurusan sumber manusia untuk

menghasilkan iklim proses organisasi positif bagi mencapai pendidikan bertaraf

dunia.

Penutup

Mantan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam

satu ucapan di majlis Perdana Perkhidmatan Awam kelima pada 9 Januari 2004,

menyatakan bahawa :

“.......rakyat haruslah bersama-sama dengan perkhidmatan

awam untuk meningkatkan kualiti dan mengejar pembaikan, supaya kita dapat

menjadi satu masyarakat maju dalam erti kata yang sebenar dan bertaraf dunia

dalam memenuhi keperluan pelanggan dengan khidmat cemerlang, bertaraf

dunia dalam produktiviti dan efisiensi, bertaraf dunia dalam etika dan

kebebasan dari rasuah”

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. 2000. Pengurus dari gelagat organisasi di abad ke21. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Abd Aziz bin Abd Kadir. 2001. Pelanggan Dalaman: Konsep dan Pendekatannya dalam TQM di Sekolah. Jurnal Institut Pengetua, Universiti Malaya, 1(1) 54-61.

Abdullah Thalith Md. Thani. 2007. Penghayatan nilai murni menjana prestasi penjawat awam. http://www. gov.my. (Atas talian). 12 April.

Ayob Jantan 2005, Pengetua Sekolah yang Efektif. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Blandford, Sonia, 2007, Managing Profesional Development In School, (terjemahan oleh Munirah Mustaffa), Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

31

Page 32: essay TQM

Dale H. Besterfield, Carol Besterfield-Michna,Glen H. Besterfield, Mary Besterfield-Sacre. 2003. Total Quality Management. Edisi ke-3. New Jersey: Pearson Education.

Dheeraj Mehrota, Applying Total Quality Management in Acdemics, (atas talian), http://www.isixsigma.com/library/content/c020626a.asp (16 September 2009)

Faridahwati Mohd.Shamsudin, Md.Lazim Mohd .Zin, Zuraida Hassan, Hadziroh Ibrahim, Chandrakantan Subramaniam, Ghazali Din, Mohamad Ismadi Wasli & Edora Ismail. 2006. Pengurusan Sumber Manusia di Malaysia. Ulang cetak. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Haji Malek Sbah Hj. MoM Yusof. 2000. Gagasan kualiti menurut perspektif Islam. Buletin P dan Q, 6(1):7.

Hussein Mahmood, 1997, Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ilhamie Abdul Ghani Azmi. 2002. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM): Satu Perbandingan Antara Prinsip Konvensional dan Islam. Jurnal Syariah, 10:2:67-86.

Jamalullail Abdul Wahab. 2009. Nota kelas Pengurusan Sumber Manusia. Fakulti Pendidikan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

John S. Oakland. 1995. Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Terj. Mohamad Salmi Mohd. Sohod. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia. 1996. Garis panduan bagi melaksanakan MS ISO 9000 dalam perkhidmatan awam. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil: 2 Tahun 1996. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Mohd. Janib Johari, 2001, Etika Profesional, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Baharu

Nik Mustapha Nik Hassan. 2000. Quality and productivity in Islam. Kuala Lumpur: IKIM.

Mumtaz Begam Abdul Kadir. 2007. Iklim proses organisasi di institusi pendidikan tinggi mara (iptma). Melaka: Kolej Profesional Mara.

Mumtaz Begam Abdul Kadir. 2009. I klim proses organisasi di institusi tinggi MARA (IPTMa) . Jurnal Pendidikan dan Latihan Mara.

(1): 22 – 41.

Padhi, N & Palo, S. 2005. Human dimension of Total Quality Management. New Delhi : Atlantic Publishers & Distributors.

32

Page 33: essay TQM

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bil.1, tahun 1992, Panduan engurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

Petrick, J.A & Furr, D.S. 1995. Total Quality in Managing Human Resources. Delray Beach : St Lucie.

registry.usm.my/pentadbiran/m_turun/m...07/.../6%20TQM.p [10 Sept 2009]

Robiah Sidin. 2003. Teori Pentadbiran Pendidikan Satu Pengenalan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sunan Ibn Majah dan Surah al-An'am, ayat 160.

West-Burham, John, 2007, Managing Quality in School, (terjemahan oleh Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur

Yahya Buntat, Rozali Omar & Syed Mohamaad Syafeq. 2003. Kesan pengiktirafan MS ISO 9002 terhadap psikologi dan situasi kerja guru-guru dan kakitangan sekolah: satu tinjauan. Hlm. 5-6. Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru.

33