ETIKA

25
1.0 PENGENALAN Pengurusan Kewangan merupakan satu proses di mana sebuah organisasi menggunakan cara-cara tertentu bagi memperolehi dan memperuntukkan sumber-sumber kewangan berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan tertentu. Pengurusan kewangan perlulah mematuhi prosedur-prosedur dan kawalan tertentu bagi mencapai objektif tertentu secara berkesan. (http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi /Kump1/peng_kew_awam.pdf) Pengurusan kewangan merupakan perkara yang sangat penting di mana-mana sahaja organisasi di dunia ini. Bagaimanapun, pada masa yang sama pengurusan kewangan turut menjadi salah satu aspek pengurusan yang paling banyak merekodkan kes-kes pelanggaran etika dalam kalangan individu ataupun kumpulan yang menguruskannya. Pelanggaran etika yang berlaku ini adalah disebabkan oleh nilai akauntabiliti dan integriti yang rendah di dalam diri pelaku. Akauntabiliti dan integriti khususnya dalam pengurusan kewangan awam mempunyai pengaruh yang amat besar bagi menjamin wang awam dapat diuruskan dengan sistematik dan amanah. Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61) telah menggariskan beberapa prosedur berhubung urusan kewangan dalam perkhidmatan awam dengan jelas untuk dipatuhi oleh semua penjawat awam yang bertanggungjawab menguruskan kewangan awam. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya sebarang ketirisan amanah yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam. 1

description

PENGURUSAN ETIKA

Transcript of ETIKA

Page 1: ETIKA

1.0 PENGENALAN

Pengurusan Kewangan merupakan satu proses di mana sebuah organisasi menggunakan cara-

cara tertentu bagi memperolehi dan memperuntukkan sumber-sumber kewangan berdasarkan

kepada keutamaan-keutamaan tertentu. Pengurusan kewangan perlulah mematuhi prosedur-

prosedur dan kawalan tertentu bagi mencapai objektif tertentu secara berkesan.

(http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/peng_kew_awam.pdf)

Pengurusan kewangan merupakan perkara yang sangat penting di mana-mana sahaja

organisasi di dunia ini. Bagaimanapun, pada masa yang sama pengurusan kewangan turut

menjadi salah satu aspek pengurusan yang paling banyak merekodkan kes-kes pelanggaran etika

dalam kalangan individu ataupun kumpulan yang menguruskannya. Pelanggaran etika yang

berlaku ini adalah disebabkan oleh nilai akauntabiliti dan integriti yang rendah di dalam diri

pelaku. Akauntabiliti dan integriti khususnya dalam pengurusan kewangan awam mempunyai

pengaruh yang amat besar bagi menjamin wang awam dapat diuruskan dengan sistematik dan

amanah.

Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61) telah menggariskan beberapa prosedur

berhubung urusan kewangan dalam perkhidmatan awam dengan jelas untuk dipatuhi oleh semua

penjawat awam yang bertanggungjawab menguruskan kewangan awam. Ini bertujuan

mengelakkan berlakunya sebarang ketirisan amanah yang boleh mencemarkan imej

perkhidmatan awam.

Pengurusan kewangan awam merujuk kepada proses perancangan, pengagihan dan

penggunaan tenaga manusia, modal (wang tunai), barangan (aset) dan perkhidmatan bagi

memenuhi matlamat sesebuah jabatan. Bidang-bidang utama dalam pengurusan kewangan awam

adalah seperti pengurusan belanjawan, pengurusan hasil, pengurusan perolehan, pengurusan aset,

pengurusan perbelanjaan dan pengurusan perakaunan. (Pauzan Ahmar et.al , 2013).

Semua aktiviti kewangan perlulah mengikut perancangan yang telah ditetapkan melalui

sistem perakaunan, laporan dan pengauditan. Undang-undang, prosedur dan arahan yang

berluatkuasa seperti Akta 61, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling

Perbendaharaan perlulah sentiasa dipatuhi ketika menguruskan kewangan awam.

1

Page 2: ETIKA

1.1 Latar Belakang Masalah Etika

Encik Andika bin Surip merupakan seorang Pegawai Tadbir Gred N41, Penolong Setiausaha,

Bahagian Akademik, Kementerian G. Sewaktu berkhidmat sebagai Penolong pengarah,

Bahagian Kewangan, Jabatan R, Negeri P antara bulan April dan Mei tahun 2006, beliau telah

menandatangani tiga(3) Pesanan Kerajaan Negeri P iaitu :-

Pesanan Kerajaan No : L20060150335 berjumlah RM9,000.00

Pesanan Kerajaan No : L20060159336 berjumlah RM9,500.00

Pesanan Kerajaan No : L20060150340 berjumlah RM4536.50

Ketiga-tiga Pesanan Kerajaan tersebut adalah berjumlah RM23,036.50 sebagai perakuan

penerimaan bekalan peralatan pejabat daripada Syarikat JH kepada Jabatan R, Negeri P

sedangkan bekalan tersebut tidak pernah diterima oleh jabatan berkenaan.

Perbuatan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai menyalahgunakan kedudukan awam

bagi faedah diri sendiri dan tidak bertanggungjawab. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) telah mengemukakan laporan mengenai tatakelakuan Encik Andika bin Surip semasa

beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Kewangan di Jabatan R, Negeri P

bahawa beliau telah bersubahat dengan Pembekal Syarikat JH dalam membuat tiga tuntutan

palsu kepada Jabatan R, Negeri P berkaitan kerja-kerja bekalan peralatan pejabat yang nilai

keseluruhannya adalah sebanyak RM23,036.50. (Pauzan Ahmar et.al , 2013).

2.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Hosmer (1991) di dalam bukunya yang berjudul The Ethics of Management edisi kedua telah

menyatakan bahawa terdapat lima ciri masalah etika di dalam pengurusan. 5 ciri tersebut ialah :-

1) Kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan

2) Kebanyakan keputusan etika mempunyai alternatif yang pelbagai

3) Kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur

4) Kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang tidak pasti

5) kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi.

2

Page 3: ETIKA

2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Berpanjangan

Pada dasarnya, setiap keputusan dan tindakan yang dibuat oleh seseorang pengurus atau pihak

pentadbiran perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum diputuskan untuk dilaksanakan. Ini

kerana setiap keputusan dan tindakan yang melibatkan etika boleh mendatangkan kesan atau

akibat yang berpanjangan terutama terhadap mereka yang berada di dalam organisasi yang sama

ataupun yang berada di luar organisasi seperti masyarakat. Hasil sesuatu keputusan tersebut tidak

hanya terhenti pada satu peringkat sahaja sebaliknya akan berpanjangan sehingga ke seluruh

lapisan masyarakat. Impak di luar organisasi dikatakan sebagai sesuatu yang di luar kawalan

pengurus. Oleh sebab itu, mereka perlu meneliti setiap keputusan. mereka dan membuat

pertimbangan yang wajar ke atas keputusan tersebut supaya impak tidak baik yang berpanjangan

ini dapat dielakkan daripada dialami oleh organisasi dan juga masyarakat. Beberapa contoh

keputusan etika yang mempunyai akibat yang berpanjangan adalah seperti :-

a) gangguan seksual di tempat kerja memberi kesan psikologi terhadap mangsa dan

masyarakat terhadap imej organisasi selain penurunan produktiviti kerja.

b) penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan diri dan keluarga menutup peluang orang yang

lebih berkelayakan selain dapat mendatangkan kerugian kepada organisasi.

c) Pemusnahan hutan merosakkan alam sekitar dan menyebabkan bencana alam berlaku.

(Hosmer, 1987)

2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif Yang Pelbagai

Menurut Hosmer (1987) di dalam The Ethics of Management, kebanyakan keputusan etika

mempunyai alternatif yang pelbagai. Masyarakat kebiasaannya menganggap isu etika di dalam

pengurusan adalah bersifat dikotomi di mana pengurus hanya perlu membuat keputusan ‘ya’ atau

‘tidak’ sahaja. Contohnya ialah seperti :-

i. Haruskah seseorang pengurus itu memberi rasuah?

ii. Haruskah sesebuah kilang mencemarkan udara ?

iii. Haruskah sesebuah syarikat itu menghasilkan produk yang tidak selamat?

3

Page 4: ETIKA

Walaupun konsep dikotomi menunjukkan perbandingan yang ketara sesuatu isu etika, ia

tidak boleh menggambarkan dilema pihak pengurusan secara tepat. Contohnya, dilema mungkin

dihadapi oleh pihak pengurusan sebuah syarikat pengeluar barangan import sama ada mahu

mengambil keputusan yang membelakangkan etika pengurusan demi kepentingan syarikat

ataupun patuh kepada garis panduan etika yang sewajarnya tetapi menyebabkan operasi syarikat

terganggu. Untuk melancarkan dan mempercepatkan proses kemasukan barang import untuk

operasi perniagaan syarikatnya, antara alternatif yang boleh dilakukannya ialah dengan memberi

rasuah kepada pihak berkuasa yang mengawal kemasukan barang-barang import.

Bagaimanapun, pihak pengurusan terbabit perlu mempertimbangkan sewajarnya alternatif-

alternatif lain yang ada sebelum sebarang keputusan etika tersebut dibuat iaitu yang melibatkan

pemberian rasuah tadi.

2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Bercampur

Menurut Hosmer (1987) lagi, kebanyakan keputusan etika juga mempunyai hasil yang

bercampur. Isu-isu etika dalam pengurusan umumnya sebahagian besarnya dianggap sebagai

bersifat antithesis di mana pulangan kewangan adalah berkadar songsang dengan kos sosial.

Teori ini boleh dilihat di dalam beberapa contoh kes seperti yang berikut :-

a) Seorang pengurus sebuah syarikat telah membuat keputusan untuk memberi rasuah

secara tidak langsung kepada pihak berkuasa. Hasilnya, jumlah jualan barang import

syarikat berkenaan dapat dikekalkan ataupun ditingkatkan melalui tempoh penghantaran

produk yang berterusan. Tetapi dalam masa yang sama, syarikat tersebut mungkin akan

dikenakan tindakan undang-undang jika disabit kesalahan memberi rasuah.

b) Sebuah kilang mungkin terpaksa mencemarkan udara dan air melalui aktiviti

perindustriannya tetapi kilang tersebut dapat menjimatkan kos untuk memasang dan

mengendalikan peralatan kawalan pencemaran.

c) Sebuah syarikat mencipta dan menghasilkan satu produk yang kurang selamat. Tetapi

dengan berbuat begitu, syarikat tersebut dapat mengurangkan kos bahan dan tenaga kerja

pengeluaran.

4

Page 5: ETIKA

Dalam ketiga-tiga kes di atas, dapat dirumuskan bahawa ketiga-tiga pengurus tersebut

mungkin menghadapi dilema untuk memilih sama ada tidak melanggar etika pengurusan

ataupun melanggar etika pengurusan demi kepentingan dan keuntungan organisasi masing-

masing. Ada risiko yang perlu diambil untuk setiap keputusan yang diambil mereka.

(Hosmer, 1987)

2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Pasti

Kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang tidak pasti. Keputusan etika di dalam

pengurusan sering dianggap bebas risiko dan keraguan. Setiap keputusan etika mempunyai hasil

yang boleh dijangka untuk setiap alternatif yang dipilih. Contohnya seperti :-

i. dengan memberi rasuah kepada seorang Pegawai Kastam akan membolehkan syarikat A

menerima stok barangan import dengan segera.

ii. dengan melabur di dalam alat pengawal pencemaran, bahan pencemar yang terbebas dari

kilang B dapat dikurangkan sebanyak X peratus tetapi perlu mengorbankan sebanyak Y

kos operasi.

iii. Syarikat C mengeluarkan produk yang benar-benar selamat dengan tambahan kos

sebanyak Z dollar untuk setiap unit. (Hosmer, 1997)

Bagaimanapun model yang yang dicadangkan oleh Hosmer (1997) seperti di atas ini tidak

mampu menggambarkan dilema pengurusan yang sebenar. Model mengenai keputusan etika

seperti di atas tidak menghuraikan akibat yang akan dihadapi jika keputusan etika yang satu lagi

dibuat. Contohnya, :-

i. Apa yang akan berlaku jika pengurus Syarikat A tidak merasuah Pegawai Kastam

tersebut?

ii. Bagaimana pula jika pengurus Kilang B memilih untuk tidak melabur membeli alat

pegawalan pencemaran yang sepatunya?

iii. Apa yang akan berlaku jika Syarikat C tidak mengeluarkan produk yang benar-benar

selamat bagi menjimatkan kos pengeluaran untuk setiap unit produk tersebut?

5

Page 6: ETIKA

2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Impikasi Peribadi

Menurut Hosmer (1987), kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi terhadap

setiap pembuat keputusan tersebut. Ramai yang berpendapat, isu etika di dalam pengurusan

bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi. Isu etika dikatakan sesuatu yang terasing dan tiada

kaitan dengan kehidupan peribadi dan karier seseorang pengurus. Mereka percaya jika sesuatu

keputusan yang diambil itu mematuhi batas-batas etika pengurusan dalam sebarang operasi yang

dijalankan oleh sesebuah organisasi atau syarikat, keuntungan syarikat itu mungkin akan

berkurangan tetapi dalam masa yang sama ia tidak menjejaskan jumlah gaji yang diterima atau

peluang kenaikan pangkat seseorang pengurus.

Satu kawalan pengurusan telah direka khas untuk merekodkan prestasi kewangan

sesebuah operasi yang dijalankan tetapi tidak mengambil kira kualiti etika seseorang pengurus

ketika membuat keputusan ke arah mencapai prestasi kewangan tersebut. Kebanyakan sistem

insentif juga adalah berdasarkan sistem kawalan yang sama. Perkara ini boleh dilihat di dalam 2

senario yang berikut :-

i. Laporan Suku Tahunan yang menguntungkan serta menyenangkan akan diterima jika

hasil jualan barangan import dapat dikekalkan pada paras yang dijangka walaupun

jumlah perbelanjaan telah meningkat sedikit disebabkan oleh kos pemberian rasuah.

ii. Pulangan pelaburan modal akan lebih hampir kepada peratusan yang dirancang jika

pemasangan peralatan mengawal pencemaran ditangguhkan dahulu.

Suatu model yang tidak bersifat peribadi tentu memudahkan proses membuat keputusan ke atas

isu-isu etika, tetapi tidak menjelaskan dilema pengurusan secara tepat. Faedah dan implikasi

kewangan terhadap individu termasuklah faedah serta kos kewangan dan sosial, adalah berkait

rapat dengan kebanyakan alternatif keputusan etika.

6

Page 7: ETIKA

3.0 PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA

Kes Encik Andika bin Surip yang telah dipaparkan dalam bahagian latar belakang masalah etika

di atas adalah merupakan salah satu contoh kes ketirisan amanah yang melibatkan

penyelewengan wang awam. Sebagai seorang Penolong Pengarah, Bahagian Kewangan di

sebuah jabatan yang dinamakan sebagai Jabatan R di dalam sebutan kes beliau, beliau telah

diberi kepercayaan oleh pihak atasan dan seluruh organisasi yang diwakilinya untuk

menguruskan hal-ehwal peruntukan kewangan Jabatan R. Jawatan yang dimandatkan ke atas

beliau telah melayakkan beliau membuat banyak keputusan etika melibatkan hal-ehwal

kewangan jabatan beliau.

3.1 Perkaitan Kes Dengan Akibat yang Berpanjangan

Jawatan dan kuasa yang dipegang oleh Encik Andika bin Surip telah mendedahkan beliau

kepada peringkat di mana beliau perlu membuat keputusan yang melibatkan etika. Di dalam kes

beliau, Encik Andika bin Surip mungkin melihat peluang untuk beliau mendapatkan wang

jabatan untuk kegunaan peribadi telah terbuka.

Keputusan Encik Andika bin Surip untuk membuat perakuan palsu tentang penerimaan

barang-barang yang tidak wujud sebenarnya boleh mendatangkan kesan dan akibat yang

berpanjangan terutamanya terhadap mereka yang berada di dalam jabatan yang sama. Beliau

telah bersubahat dengan pembekal dari Syarikat JH untuk membuat perakuan palsu berkenaan

penerimaan bekalan peralatan pejabat melalui 3 pesanan kerajaan negeri yang diada-adakan.

Peruntukan yang disediakan untuk membeli bekalan peralatan pejabat telah dibelanjakan untuk

kepentingan sendiri.

Akibatnya, dalam jangka masa panjang operasi di pejabat akan tergendala dan mengalami

banyak gangguan disebabkan kekurangan peralatan. Contohnya, bekalan kertas. Pada satu masa,

jabatan beliau mungkin akan kehabisan bekalan kertas sedangkan hampir semua kerja di pejabat

tersebut memerlukan cetakan kertas untuk tujuan perfailan, dokumentasi, memaparkan maklumat

dan sebagainya. Apabila keadaan ini berlaku, jabatan memerlukan peruntukan tambahan untuk

menambah peralatan pejabat yang telah kehabisan ataupun berkurang walhal telah ada

peruntukan khas untuk memastikan bekalan peralatan pejabat adalah berterusan.

7

Page 8: ETIKA

Tindakan beliau juga secara tidak langsung akan membuka ruang kepada penyalahgunaan

kuasa yang berlarutan jika perbuatannya gagal dikesan oleh pihak berkuasa. Keadaan ini akan

membentuk budaya yang tidak sihat di dalam organisasi beliau kerana ia seolah-olah menjadi

galakan kepada pegawai yang lain pula untuk melakukan perkara yang sama. Untuk kesan

jangka masa panjang, perkara ini akan mendatangkan kerugian yang besar kepada kerajaan

menyebabkan banyak perancangan kerajaan ke arah mencapai sebuah negara maju akan terjejas.

3.2 Perkaitan Kes Dengan Akibat yang Tidak pasti

Dalam kes Encik Andika bin Surip ini, beliau mungkin menganggap keputusan yang dibuatnya

untuk melakukan pelanggaran tatatcara kewangan tersebut adalah bebas risiko dan keraguan

memandangkan beliau telah mencapai persetujuan dan kata sepakat yang menguntungkan kedua

belah pihak dengan pembekal dari Syarikat JH. Beliau gagal menilai dan menjangka akibat

daripada keputusan etika yang perlu beliau buat iaitu :-

i. Keputusan pertama : Benar-benar membuat Pesanan Kerajaan yang

sah terhadap bekalan peralatan pejabat dan menyemak kuantiti dan

kualiti barangan yang diterima sama seperti apa yang telah dipesan

dan kos barangan tersebut menepati jumlah yang tertera pada kotasi

dan akibatnya beliau akan mengekalkan rekod bersih

perkhidmatannya selain melancarkan kerja-kerja di jabatan beliau

bertugas.

ii. Keputusan kedua : Membuat perakuan perolehan palsu ke atas

barangan yang tidak diterima selepas berpakat dengan pembekal

yang dipilih untuk mengaut keuntungan peribadi dan beliau akan

memperolehi sejumlah wang yang besar untuk kegunaannya.

Apa yang berada di luar jangkaan beliau ialah akhirnya juru audit akan berjaya mengesan

ketirisan amanah yang beliau lakukan dan melaporkannya kepada pihak SPRM untuk siasatan

lanjut. Apa yang dikatakan dengan keputusan etika mempunyai akibat yang tidak pasti ialah

apabila Encik Andika bin Surip gagal mengenalpasti akibat sebenar yang akan beliau terima

daripada keputusan yang beliau buat. Beliau menjangkakan hasilnya adalah seperti yang

8

Page 9: ETIKA

dinyatakan di dalam keputusan kedua di atas tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang boleh

memberikan kesan yang amat buruk kepada masa depan karier beliau.

3.3 Perkaitan Kes Dengan implikasi Peribadi

Keputusan Encik Andika bin Surip untuk mengaut keuntungan peribadi dengan membuat

perakuan perolehan palsu terhadap barangan peralatan pejabat yang tidak diterima telah

mendatangkan implikasi negatif terhadap dirinya sendiri. Apabila pelanggaran tatacara

kewangan yang dilakukan terbongkar dan diletakkan di bawah siasatan SPRM, Ketua Jabatan di

mana beliau bertugas telah menyatakan pandangan bahwa tindakan memperakukan penerimaan

baran-barang yang tidak wujud adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Ketua Jabatannya juga berpendapat bahawa tindakan tatatertib ke atas beliau adalah

wajar kerana tindakan beliau yang bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib)1993. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab membuat pesanan

kerajaan terhadap barangan peralatan pejabat, perakuan terhadap penerimaan barang barang

tersebut perlu disemak dan diteliti sewajarnya.

Implikasi yang diterima beliau secara peribadi ialah penangguhan pergerakan gaji beliau

selama 12 bulan.

4.0 PENDEKATAN UNTUK MENYELESAIKAN DILEMA ETIKA

4.1 Analisis Ekonomi

Masalah etika boleh dilihat dan dianalisis dari sudut pendekatan ekonomi sama ada

mikroekonomi mahupun makroekonomi. Ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji

bagaimana manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memuaskan kehendak

manusia yang tidak terhad. Mikroekonomi akan mengkaji mengenai perlakuan pengguna dan

pengeluar mengenai penggunaan dan pengeluaran barangan dan perkhidmatan.Ia

mengkhususkan kepada kajian perlakuan unit-unit ekonomi atau unit pembuat keputusan. Fokus

mikro adalah ke atas harga dan keluaran sesuatu barangan dan perkhidmatan dan bagaimana

pasaran berinteraksi bagi menentukan peruntukan sumber yang berkurangan di antara

9

Page 10: ETIKA

kepelbagaian kegunaan dan bagaimana syarikat mendapat harga yang lebih rendah untuk

meningkatkan permintaan produk di pasaran.

Makroekonomi pula melihat bagaimana peningkatan atau penurunan dalam import bersih

akan memberi kesan kepada akaun modal negara. Makroekonomi juga memfokuskan kajian

terhadap gelagat ekonomi  secara keseluruhan atau agregat.  Kajian adalah meliputi isu-isu

seperti , pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, pendapatan negara dan pertumbuhan

ekonomi sesebuah negara. Makroekonomi memberikan satu gambaran menyeluruh mengenai

sesebuah sistem ekonomi.

Perbelanjaan kerajaan merupakan salah satu pemboleh ubah yang penting dalam identiti

belanjawan fiskal dan perakaunan pendapatan negara. Pertumbuhan ekonomi negara adalah

dipengaruhi oleh komposisi perbelanjaan kerajaan pusat. Teori Keynes membuktikan pendapatan

negara dominan dipengaruhi oleh jumlah perbelanjaan kerajaan untuk tempoh jangka masa

panjang. (Akitoby, B et.al, 2005)

Dalam konteks Malaysia, perbelanjaan kerajaan lebih banyak diperuntukkan kepada

belanja mengurus, iaitu sekitar 15-29 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),

manakala nisbah perbelanjaan pembangunan hanya sebanyak 6-11 peratus daripada KDNK.

Walaupun begitu, jika komponen belanja mengurus mengikut objek diperhalusi , didapati 17-31

peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan diperuntukkan terhadap gaji (emolumen) sektor

awam diikuti 8-21 peratus kepada lain-lain perbelanjaan mengurus (seperti biasiswa/dermasiswa

dan bantuan pelajaran, bayaran pengurusan kepada sekolah rendah dan menengah, pembelian

aset, bayaran balik dan bayaran ganti, pemberian kepada badan berkanun, pemberian kepada

pertubuhan antarabangsa, tuntutan insurans dan pampasan serta pindahan kepada Kumpulan

wang Pembangunan), 7-23 peratus kepada khidmat bayaran hutang, 7-15 peratus terhadap

bekalan dan perkhidmatan, 1-17 peratus untuk subsidi, 2-6 peratus terhadap pencen dan

ganjaran, serta yang akhir sekali 1-6 peratus diagih sebagai pemberian dan serahan kepada

kerajaan negeri (Norain Mod Asri et.al , 2010)

Perbelanjaan untuk mendapatkan bekalan peralatan pejabat yang sepatutnya diuruskan

dengan amanah oleh Encik Andika bin Surip adalah termasuk di bawah peruntukan perbelanjaan

10

Page 11: ETIKA

mengurus di mana 7-15 peratus daripada KDNK telah diperuntukkan untuk perbelanjaan bekalan

dan perkhidmatan. Kerajaan telah berusaha setiap tahun untuk membuat pengawalan terhadap

belanja mengurus semua jabatan kerajaan disebabkan oleh agihan peruntukan perbelanjaan

mengurus yang sentiasa lebih tinggi berbanding dengan perbelanjaan pembangunan. Ini

bertujuan membentuk sejumlah tabungan yang dapat digunakan bagi membiayai projek berskala

besar tanpa mewujudkan tekanan inflasi dan hutang melampau. Tindakan Encik Andika bin

Surip melakukan penyelewengan wang awam dalam jumlah yang besar untuk kepentingan diri

sendiri telah menyebabkan perbelanjaan mengurus kerajaan terus meningkat setiap tahun. Jika

penyelewengan wang awam seperti ini berlaku di dalam semua jabatan kerajaan, negara akan

semakin terperangkap di dalam beban hutang yang melampau untuk tempoh jangka masa

panjang.

4.2 Analisis Undang-Undang

Peraturan, undang-undang serta prosedur berhubungan pengurusan kewangan awam perlu

difahami dengan sebaik-baiknya oleh penjawat awam bagi mengelakkan berlakunya kerugian

kepada kerajaan.Tindakan tatatertib dan surcaj yang dikenakan akibat ketidakpatuhan dan

kecuaian yang dilakukan hendaklah diuruskan dengan cepat supaya keadilan dapat ditegakkan.

Pengurusan kewangan awam perlu dikawal supaya aktiviti yang dilaksanakan mengikut

perancangan yang telah ditentukan melalui sistem perakaunan, laporan dan pengauditan

sertaserta mematuhi undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa seperti Akta 61,

Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan.

Tindakan surcaj misalnya yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18, Akta 61 dan

Peraturan 51, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)

395/1993] merupakan suatu kaedah bagi kerajaan mengutip balik segala kehilangan atau

kerugian di pihak kerajaan yang telah dilakukan oleh penjawat awam. (Jabatan Perkhidmatan

Awam Malaysia, 2013)

Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61) telah menggariskan prosedur berhubung

urusan kewangan dalam perkhidmatan awam. Kegagalan untuk mematuhi prosedur yang

11

Page 12: ETIKA

telah ditetapkan merupakan satu kesalahan yang serius dan penjawat awam boleh dikenakan

tindakan tatatertib dan surcaj.

Perbuatan Encik Andika bin Surip telah diklasifikasikan sebagai menyalahgunakan

kedudukan awam bagi faedah sendiri dan tidak bertangggungjawab.

Oleh itu beliau telah melanggar peraturan 4(2)(c)(ii) dan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut:

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh –

(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang

munasabah bahawa –

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya

sendiri;

(g) tidak bertanggungjawab.”

Ketua Jabatan beliau telah memberi pandangan bahawa tindakan beliau

memperakukan penerimaan barang-barang yang tidak wujud adalah salah dan melanggar

tatacara kewangan dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Tindakan tatatertib ke atas

beliau adalah wajar sekiranya hasil siasatan membuktikan bahawa pelanggaran tatacara

kewangan tersebut berlaku sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan SPRM. Laporan

siasatan tersebut menyatakan beliau bersalah kerana melanggar tatacara kewangan yang

sepatutnya dan beliau telah dikenakan hukuman tatatertib penangguhan pergerakan gaji

selama 12 bulan. (Pauzan Ahmar et.al , 2013)

4.3 Analisis Etika

Antara nilai etika yang paling penting di dalam pengurusan wang awam ialah integriti dan

akauntabiliti. Bagi setiap individu yang memegang amanah sebagai penjawat awam, integriti

bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan

umum. Mereka tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri mahupun

12

Page 13: ETIKA

keluarga. Apabila berlaku konflik kepentingan, mereka haruslah memberi keutamaan terhadap

kepentingan awam. Dengan demikian, penjawat awam perlu telus serta harus memikul

tanggungjawab yang diamanahkan. (Sulaiman Mahbob, 2005)

Ketiadaan ketelusan dan sifat tanggungjawab boleh menjejaskan kepercayaan umum

terhadap penjawat awam. Oleh itu, integriti penting bagi memupuk rasa percaya orang awam

kepada kerajaan dalam membangunkan Malaysia ke arah sebuah negara maju kerana setiap

penjawat awam khususnya yang terlibat dengan pengurusan kewangan memainkan peranan yang

penting untuk menguruskan wang awam dengan baik.

Antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada berlakunya penyelewengan wang awam

ataupun yang membuka peluang kepada pegawai untuk melakukan penyelewengan wang awam

adalah rendahnya nilai integriti dan akauntabiliti di dalam diri seseorang pengurus atau pegawai

yang menguruskan wang awam. Menurut Professor John Hogarth (Law Faculty, Universtiy of

Canada), penyelewengan wang awam adalah berpunca dari sifat tamak (greed) dan kerana

wujud peluang (opportunity). Peluang melakukan penyelewengan wang awam boleh wujud

apabila berlaku kelemahan di dalam sistem kawalan dalaman sesebuah organisasi.

Dalam kes Encik Andika bin Surip, beliau mempunyai kuasa monopoli di dalam jabatan

beliau di mana beliau memiliki kuasa budi bicara yang amat luas untuk membuat keputusan

kewangan. Beliau telah kehilangan nilai integriti dan akauntabiliti di dalam diri beliau. Atas

dasar itu beliau telah membuat satu keputusan yang melibatkan kepentingan diri sendiri dan

mengabaikan kepentingan awam, maka keadaan ini boleh membuka peluang kepadanya untuk

menyalah guna kuasa atau terlibat dengan penyelewengan wang awam.

Walaupun pengurusan perolehan Kerajaan dilengkapkan dengan undang-undang,

prosedur dan arahan sebagai panduan pelaksanaan, namun ia sering dikatakan sebagai bidang

pengurusan kewangan yang paling berisiko untuk berlakunya pembaziran, ketirisan dan juga

penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku dan rasuah. Kes Encik Andika bin Surip ini

hanyalah satu daripada beribu-ribu kes pengurusan kewangan yang tidak mempunya nilai

integriti dan akauntabiliti. Kenyataan ini boleh dirujuk melalui Laporan Tahunan Ketua Audit

Negara dan juga Laporan SPRM.

13

Page 14: ETIKA

5.0 CADANGAN LANGKAH MENGATASI MASALAH ETIKA

5.1 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG TANPA MENGIRA STATUS

Langkah untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan kes-kes pengurusan kewangan awam

yang tidak telus perlu diambil untuk menangani masalah ini. Hukuman yang lebih berat perlu

dikenakan kepada penjawat awam yang terbukti bersalah menggunakan wang awam selain

menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Hukuman sebat atau penjara dalam

tempoh yang lama perlu dikenakan kepada semua penjenayah kolar putih tanpa mengira

kedudukan dan status sosial seseorang pesalah itu. Tindakan memecat penjawat awam yang

melakukan penyelewengan wang awam dengan sengaja juga perlu diambil bagi menunjukkan

ketegasan dan seriusnya kerajaan untuk menangani masalah ini. Penguatkuasaan undang-undang

tanpa mengira status dilihat amat berkesan dan adil untuk membanteras gejala ketirisan amanah

ataupun jenayah kolar putih di Malaysia kerana ia dapat memberi pengajaran dan teladan kepada

semua rakyat Malaysia bahawa tiada perbezaan pangkat dan darjat di dalam melaksanakan

undang-undang.

5.2 PENYELIAAN YANG KETAT TERHADAP JABATAN YANG MUDAH

TERJEBAK DALAM PENYELEWENGAN WANG AWAM

Selain itu, penyeliaan yang ketat terhadap jabatan-jabatan yang mudah terjebak dalam

penyelewengan atau sering berusan dengan orang ramai harus dilaksanakan. Semua prosedur

harus diteliti dan dikaji serta mana-mana kelonggaran atau kelemahan prosedur terus diubah atau

ditukar untuk memastikan tiada ruang kepada penjawat awam untuk melakukan jenayah kolar

putih ini. Jadi, prosedur yang ketat memastikan tiada pekerja yang akan mengambil kesempatan

untuk melakukan jenayah ini.

14

Page 15: ETIKA

6.0 RUMUSAN

Setiap pegawai kerajaan memegang amanah yang sangat besar dalam memastikan pengurusan

kewangan dikendalikan dengan cekap dan berkesan. Pengurusan kewangan yang teratur dan

berhemah menajdi kayu pengukur kepada pencapaian dan kejayaan sesebuah organisasi.

Pengurusan kewangan yang lemah akan membuka ruang kepada berleluasanya jenayah kolar

putih di Malaysia dan setuerusnya meningkatkan beban hutang negara yang ketika ini sudah

mencapai angka 500 billion ringgit. Tiada guna Perdana Menteri menambah jumlah pengagihan

peruntukan tertentu di dalam pembentangan Bajet Tahunan jika cara agensi kerajaan

membelanjakan wang awam yang merupakan wang rakyat tidak betul dan menyalahi peraturan

kewangan negara.

Semua pegawai kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan kewangan perlu merancang

dan menilai tindakan yang dapat mengatasi kelemahan yang dikenalpasti. 5 ciri masalah etika di

dalam pengurusan yang dicadangkan oleh Hosmer (1987) perlu diteliti sebelum membuat

sebarang keputusan etika melibatkan pengurusan wang awam. 5 ciri tersebut ialah setiap

keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan, alternatif yang pelbagai, akibat yang

tidak pasti, hasil yang bercampur dan juga implikasi peribadi.

Setiap dilema etika yang dihadapi khususnya yang melibatkan pengurusan wang awam

perlu dianalisis menggunakan kaedah analisis ekonomi, undang-undang dan juga etika bagi

mengelakkan timbulnya dilema etika yang berpanjangan dan keputusan etika yang salah dibuat

oleh pengurus kewangan ataupun pegawai kerajaan yang menguruskan wang awam.

Undang-undang berkaitan jenayah kolar putih khususnya penyelewengan wang awam

perlu dikuatkuasakan tanpa mengira pangkat dan status sosial seseorang pegawai kerajaan itu.

Selain itu, penyeliaan yang ketat terhadap jabatan yang mudah terjebak dengan penyelewengan

wang awam perlu dibuat bagi mengatasi masalah ini. Slogan daripada Jabatan Audit Negara iaitu

15

Page 16: ETIKA

‘membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul’ dalam pengurusan kewangan perlu

dihayati dan dibudayakan kerana pengurusan kewangan adalah sangat penting kerana sumber

kewangan Negara terhad berbanding dengan keperluan pengurusan dan pembangunan yang

semakin meningkat.

(3178 patah perkataan)

SENARAI RUJUKAN

Akitoby, B (et.al)(2005). Public Spending, Voracity and Wagner’s Law in Developing Countries.

London : European Journal of Political economy

LaRue Tone Hosmer.(1991). The Ethics of Management : A Multidisciplinary Approach.

New York : McGraw-Hill

Mohd Tap salleh (et.al) (1991). Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam . Kuala Lumpur :

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)\

Muhamad Ruslan Salihin (2000). Kesedaran Etika dan Hubungannya dengan Komitmen

Terhadap Organisasi : Kajian Kes di Kalangan Kakitangan Majlis Perbandaran Kelang.

Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Norain Mod Asri (et.al)(2010). Komposisi perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi:

kajian empirikal di Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia

Pauzan bin Ahmar (et al).(2013). Ketirisan Amanah: Kompilasi Kes-Kes Tatatertib Pengurusan

Kewangan. Putrajaya : Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sulaiman Mahbob.(2005). Pelan Integriti Nasional (PIN). Kuala Lumpur : Institut Integriti

Malaysia.

Yusof bin Pon.(2010). Pembangunan Integriti di Malaysia . Riau : Seminar Antarabangsa

Pembangunan Wilayah Ekonomi, Perundingan dan Pentadbiran Malaysia dan Indonesia.

Zulkipli Mat Noor.(2005). Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam Membasmi Rasuah di

Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia.

Difference Between Microeconomics and Macroeconomics [online]. Diakses di :

16

Page 17: ETIKA

http://www.economicshelp.org/blog/6796/economics/difference-betweenmicroeconomics

-and-macroeconomics/ [6 Oktober 2015]

Pengurusan Kewangan Awam [online]. Diakses di :

http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/

peng_kew_awam.pdf [ 25 Oktober 2015]

17