Etika Pengurusan Islam

download Etika Pengurusan Islam

of 15

description

HR

Transcript of Etika Pengurusan Islam

Etika Pengurusan IslamEtika Pengurusan Mengikut Konteks Agama Islam Memandangkan etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalampengurusan organisasi, maka ia turut dititikberatkan dalam pengurusan Islam. Islammelihat etika pengurusan sebagai set nilai-nilai Islam yang diformulasikan dalamsuatu kod khusus sebagai garis panduan kepada setiap ahli organisasi dalammemutuskan sesuatu tindakan dan kelakuan itu bermoral, diterima oleh organisasi,disenangi oleh masyarakat dan yang lebih penting adalah ianya tidak melanggarketentuan syarak.

Nilai-nilai yang terkandung di dalamnya perlulah sentiasa mengingatkan diripekerja akan tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT, menepati semangattauhid dan sifat semulajadi manusia. Dengan demikian, segal a bentukpermasalahan yang timbul dapat ditangani dengan suatu pendekatan yang lebihbaik, holistik dan efektif ke arah pencapaian matlamat hakiki. Kod etika yangberkesan juga haruslah mengambil pendekatan yang seimbang, tidak terlalu terikatdan sempit skopnya. Ia memberi ruang kepada penggunaan hikmah dankebijaksanaan individu dengan dibatasi oleh iman di dalam diri. Untuk itu, etikadalam Islam didasari oleh dua sumber utama iaitu dalil naqli dan dalil 'aqli. (i) Dalil NaqliFirman Allah SWT:"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dantaatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Uli al-Amr' (orang-orangyang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamumengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur'an) dan (Sunnah)RasulNya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yangdemikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pulakesudahannya. Bertepatan dengan penurunan al-Qur'an yang tidak terbatas kepacta sesetengahkelompok manusia, tempat dan jangka masa tertentu, maka al-Qur'an memainkanperanan yang cukup signifikan. Selain daripada memberi peringatan, nasihat danpenjelasan kepada umat manusia, al-Qur'an turut merupakan sumber yangberautoriti dalam menentukan buruk-baik sesuatu perkara29 serta berperanan sebagaipetunjuk dalam membezakan antara yang betul (~aq) dan yang salah (bari!). Disamping itu, segala perbuatan, percakapan dan apa sahaja yang terbit daripadaRasulullah s. 'aw merupakan surnber rujukan kedua bagi manusia. Ini kerana segalasesuatu yang dilakukan oleh Rasulullah s.'a.w adalah berdasarkan wahyu Allah,bukan menurut kemahuan nafsu Baginda. Ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith berhubung akhIak dalam Islam disentuhdengan pelbagai cara dan pendekatan untuk dijadikan sebagai garis panduan kepadaumat manusia bagi mendepani segal a permasalahan yang timbul dari segenap aspekkehidupan. Ada di antara nilai-nilai yang dituntut untuk dipraktikkan dalam etikaIslam dinyatakan dalam bentuk suruhan/galakan31 serta ganjaran/faedah yang akandiperolehi daripadanya, dan ada pula yang berbentuk larangan/tegahan32 agarmenjauhi sesuatu nilai/perbuatan yang mendatangkan impak negatif kepada dirisendiri, masyarakat mahupun alam sekitar.-(ii) Dalil 'AqliMeskipun Islam menganggap wahyu sebagai sumber yang paling berautoriti,namun peranan akal, naluri dan pengalaman manusia turut diakui sebagai pembantukepada wahyu.33 Menyedari akan kepentingan akal kepada manusia, maka iadiiktiraf sebagai salah satu sumber akhlak kerana fitrah semulajadi akal ialahmemandu kepada kebenaran serta kebaikan. 34 Banyak sekali ayat al-Qur'anmenerangkan perihal kedudukan akal serta kelebihan mempergunakan akal dansentiasa berfikir.35 Begitu juga dengan naluri dan pengalaman individu yang mampumenjadi panduan dan pedoman dalam menentukan sesuatu itu baik ataupun tidak.Sungguhpun demikian, nilai-nilai yang lahir daripada penaakulan akal,pertimbangan naluri dan penilaian pengalaman adalah bersifat semen tara dan relatifiaitu sering berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperJuan semasa lantarankeupayaan manusia yang terhad. Justeru, Islam melihat peranan akal, bisikan kalbu(naluri) serta pengalaman silam dalam skop yang terhad di mana ketiga-tiganyahanya boleh diterimapakai seadanya setelah dipastikan keselariannya dengansumber-sumber yang lebih berautoriti.36Kedua-dua sumber di atas sewajarnya diambilkira da!am memformulasikansuatu set etika pengurusan Islam. Sumber ketuhanan (naqli) yang bersifat mutlakakan menghasilkan nilai-nilai universal, tetap, pasti dan sempurna. Manakalasumber kemanusiaan ('aqli) yang bersifat terbatas pula akan menghasilkan nilainilairelatif mengikut peredaran masa. Asimilasi antara nilai-nilai universal dannilai-nilai relatif ini seterusnya akan mewujudkan suatu kesepaduan dan kejituandalam menilai qan menentukan sarna ada sesuatu perkara itu betul atau salah dalamerti kata yang sebenar - bersesuaian dengan realiti semasa, memenuhi keperluansejagat dan bertepatan dengan syariat Islam.Rentetan daripada pengaplikasian sumber-sumber di atas, beberapa prinsipperlu dijadikan tonggak/asas dalam pembentukan dan pembudayaan kod etikapen gurus an sesebuah organisasi. Ini termasuklah: (a) KeimananIman merupakan teras kepada semua bentuk amalan dalam Islam.38 Roh iman,Islam dan ihsan yang dihayati sepenuhnya akan terserlah melalui ibadat seharian,aktiviti rutin dan akhlak manusia itu sendiri. Dengan demikian, umat Islam akansentiasa tunduk patuh dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT danmeninggalkan laranganNya. Ini telah digambarkan dalam ayat berikut:"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benamya beriman hanyalahorang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuangdengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah ... "39Dalam konteks etika pengurusan, prinsip keimanan perlu mendasari segalayang ingin dilakukan. Bermula daripada membina konsep, pandangan, sikap, gayaberfikir sehinggalah penentuan bentuk tindakan dalam organisasi. Mereka yangberiman akan melaksanakan segala bentuk amanah yang telah dipertangungjawabkankepadanya dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah dan terusberazam untuk melakukan yang terbaik lantaran menyedari pengawasan Allahadalah lebih tajam daripada pengawasan manusia. Rasa keimanan sebegini dikalangan pekerja akan meninggalkan impak positif ke arah melahirkan generasi danorganisasi yang bermoral. (b) KeadilanPelaksanaan keadilan dalam Islam adalah suatu kewajipan. Prinsip ini amatsesuai diadaptasi dalam pembentukan etika pengurusan organisasi. Ini keranakeadilan dalam Islam tidak hanya membawa maksud keseimbangan, kesaksamaandan pemberian hak kepada mereka yang berhak, bahkan yang lebih utama iamendorong individu untuk melakukan dan meletakkan sesuatu pada tempatnyaberpandukan ketentuan syarak.Kod etika yang adil akan mengambilkirakepentingan semua pihak terbabit, menyeimbangkan antara keperluan organisasidan tuntutan masyarakat, memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan inteleksetiap ahli organisasi secara saksama. -Pengaplikasian prinsip keadilan dalam pengurusan menjamin segala yangdirancang berjalan lancar sebagaimana yang dikehendaki, tidak keterlaluan dan tanpa menyinggung mana-mana pihak. Para pekerja bersikap adil dalampenggunaan sumber, pembahagian masa dan perhubungan sesama rakan sekerja.Manakala pengurus pula bersikap adil dalam memilih pekerja, membahagikanbebanan tugas, menentukan kadar gaji/upah, mengenakan hukuman, menetapkancorak hubungan dalam organisasi dan sebagainya. Firman Allah SWT:"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenisamanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamumenjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamumenghukum dengan adil .. " c) Kebahagiaan SejagatKesinambungan daripada prinsip keadilan tadi, etika yang ingin dibentuk jugamestilah memberi faedah dan kebaikan kepada semua pihak sama ada yang terlibatsecara langsung ataupun tidak. Oleh itu, prinsip kebahagiaan sejagat perludiambilkira. Selain daripada berfaedah kepada diri sendiri, segala aktivitipengurusan yang dilakukan juga perlu dipastikan memberi manfaat kepadamasyarakat keseluruhannya tanpa mengira latar budaya, tiada konflik antarakepentingan diri dan masyarakat dan juga perlu bersifat 'mesra alam' .Di samping itu, Islam menuntut agar segal a usaha yang dicurahkan tidak hanyabagi memenuhi tuntutan keduniaan semata-mata, bahkan ia turut membawa natijahyang baik untuk bekalan akhirat kelak. Dengan dernikian, matlamat kebahagiaansejagat sebagaimana yang diketengahkan oleh Islam yang lebih menyeluruh sifatnyadapat disebarluaskan. Allah SWT telah berfirman: "Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugi/ah ia),kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat ... "Penghayatan terhadap ketiga-tiga prinsip etika di atas akan membawa kepadapenghasilan beberapa komponen nilai dalam membentuk etika pen gurus an sesebuahorganisasi. Dengan mengambilkira nilai-nilai yang bersifat ketuhanan dan jugakemanusiaan, empat komponen nilai utama didapati cukup signifikan dalam etikapengurusan Islam. Nilai-nilai berhubung keagamaan, profesionalisme, kualiti danperibadi merupakan komponen terpenting yang perlu diberi penekanan khusus.Nilai keagamaan merupakan tunjang kepada nilai-nilai yang lain. Ia menjadiasas pegangan setiap ahli organisasi dalam menentukan sesuatu perlakuan itu samaada betul atau salah, baik atau buruk dari segi syarak. Di dalamnya terkandungnilai-nilai seperti takwa, syukur, muhasabah, ihsan, tawakal, adil dan amar makrufnahi munkar yang dapat mencegah diri mereka daripada perlakuan yangbertentangan dengan syarak. Kesedaran dan motivasi yang wujud dari dalam diri iniseterusnya akan membawa kepada peningkatan kualiti kerja.

Nilai profesionalisme pula menggabungkan dua nilai utama iaitu berilmu danberkemahiran. Seorang profesional bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuantetapi juga sewajamya marnpu menguasai kemahiran berkaitan sarna ada berbentukkemahiran kemanusiaan mahupun kemahiran teknikal. Di sarnping itu, nilai-nilaiyang menyumbang ke arah peningkatan tahap profesionalisme turut dipedukanseperti amanah dalam penggunaan mas a dan sumber organisasi, jujur, menepatijanji, menyimpan rahsia dan arnalan syura. Nilai kualiti pula lebih menitikberatkan nilai produktiviti dan kualiti itu sendiri.Kecekapan, itqim, istiqarnah, ihsan, kolektif, kreatif dan inovatif merupakan nilainilaiyang menyokong usaha peningkatan produktiviti dan penarnbahbaikan kualitisecara menyeluruh yang lazimnya diukur melalui daya kreativiti dan tahap inovasiorganisasi. Nilai peribadi turut rnemberi pengaruh besar dalarn organisasi kerana pekerjasentiasa menjalinkan hubungan inter-personal dalarn menyempurnakan kerja-kerjaharlan rnereka sarna ada secara formal ataupun tidak. Budaya salarn merupakansalah satu rnekanisrne ke arah rnewujudkan ukhuwwah Isliimiyyah di sampingperwatakan sederhana, berbudi mulia, sabar, toleransi, berbaik sangka, rendah diridan akauntabiliti yang rnarnpu menjadi contoh teladan kepada orang lain. Menerusi penelitian dan pengarnatan terhadap kedua-dua etika pengurusan y,angtelah dibincangkan di atas, didapati wujudnya perbezaan antara kedua-duanya.Antaranya termasuklah dari segi surnber asasnya, prinsip dan nilai yang terkandungdi dalarnnya dan juga ruang lingkup implikasi/peranan yang dimainkannya. SumberKemarnpuan akal, naluri dan pengalarnan untuk dijadikan sebagai sumber dankriteria utarna dalarn menilai serta menentukan sesuatu perkara itu sarna ada baikatau buruk, betul atau salah secara tepat sering dipersoalkan. Ini kerana tahappemikiran, penaakulan, penafsiran dan pemaharnan tentang sesuatu peristiwa adalahberbeza-beza di antara individu. Pergantungan secara total kepada aka I dalammenilai dan memutuskan sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yangkurang tepat dan boleh dipertikaikan kesahihannya. Pertimbangan akal seringkalidipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti warisan adat tradisi, takut kepada pihakpihaktertentu dan juga pengaruh hawa nafsu terhadap pangkat, kemasyhuran dankemewahan. Akibatnya, keputusan/tindakan yang diambil tersasar daripadarnatlarnat sebenar lantaran akal tidak didasari oleh satu asas yang kukuh dan sah.Justeru, Islam menggesa umatnya agar mempergunakan akal sebaik mungkindengan bimbingan wahyu agar nilai-nilai relalif yang diputuskan selari dengan illlaiilliaiuniversal yang sedia ada. Sebagaimana akal, pengambilan naluri sebagai sumber utama dalammenentukan etika manusia juga merupakan satu kesilapan. Meskipun fitrah nalurimanusia cenderung ke arah kebaikan dan tidak senang dengan keburukan, tetapiukuran kecenderungan tersebut sebenarnya sukar dipastikan. Hal ini terjadidisebabkan oleh sifat dan sikap manusia itu sendiri yang cenderung untukmelakukan apa sahaja bagi memenuhi naluri, keinginan dan kepentingan dirimereka, walaupun ianya salah dan tidak adil kepada masyarakat umum. Lantaranitu, bisikan kalbu enaluri) manusia hanya boleh diterimapakai seadanya setelahdisaring dan dipastikan keselariannya dengan sumber-sumber yang lebih berautoriti. Pengalaman silam juga tidak semestinya tepat, benar dan relevan sepanjangmasa. Keputusan yang diambil pada pengalaman lepas mungkin tidak sesuai untukdiimplimentasikan pada masa kini. Data-data yang diperolehi daripadanya masihbelum seratus peratus tepat dan penilaian yang dibuat terhadap pengalaman ituadalah terbatas. Ini kerana keputusan buruklbaik hanya mengambilkira penilaianmereka yang pernah mengalarni situasi yang sarna di masa lampau serta implikasiyang diperolehi daripadanya mengikut pengamatan dan kecenderungan mereka. Ringkasnya, pergantungan sepenuhnya terhadap sumber-sumber di atasmerupakan suatu kesilapan besar. la akan menyebabkan setiap individu cubamengemukakan pendapat serta penilaian sendiri hasil pertimbangan peribadi dankemudian mempertahankannya. Inilah yang berlaku kepada para moral is Barat dimana masing-masing cuba mengetengahkan teori mengikut aliran pemikiran danpemahaman yang berbeza. Punca pertelingkahan dan percanggahan pendapat iniadalah rente tan daripada kegagalan akal, naluri dan pengalaman membuat suatupenilaian yang seragam dan bersifat sejagat sehingga boleh diterima dandipersetujui oleh semua pihak. Kelemahan-kelemahan di atas menunjukkan bahawa akal , naluri danpengalaman manusia tidak boleh dijadikan sebagai sumber utama etika manusia.Sebaliknya, ia hanya boleh dijadikan sebagai suatu panduan dan pedoman dalammenentu dan memutuskan nilai-nilai yang bersifat relatif. Ini kerana ketiga-tiganyahanya merupakan antara anugerah Allah kepada hambaNya. Justeru, secaralogiknya tentulah terdapat sesuatu yang lebih berhak dan prim~r milik Penciptauntuk dijadikan sebagai sumber rujukan utama, iaitu dalil naqli yang mendasarisegala aktiviti kehidupan manusia. Prinsip dan NilaiKetiga-tiga prinsip yang digariskan dalam etika pengurusan Islam tampak simple tetapi cukup bermakna dan agak sukar untuk diimplimentasikan sepenuhnya.Di Barat, pelbagai fahaman dan teori etika telah dikemukakan oleh para ahlipengurusan konvensional. Antaranya termasuklah teori utilitarianism, hedonism,egoism, keadilan dan juga hak-hak moral. Sekali imbas, teori-teori yangdikemukakan didapati hampir menyamai prinsip-prinsip etika Islam dari segikonsep dan teorinya. Namun, hakikatnya kedua-duanya sama sekali berbeza darisegi roh mahupun praktisnya. Tauhid yang merupakan tonggak utama dalam keimanan, keyakinan dankepatuhan dalam Islam menunjukkan keunikan hubungan dengan Yang Maha Esa.Ia membebaskan manusia daripada sebarang bentuk perhambaan terhadap makhlukdan membangkitkan kesedaran tentang hakikat kebergantungan hanyaterhadapNya. Ia turut mengintegrasikan aspek kebendaan dan kerohanian dalamhubungan kemanusiaan ke arah matlamat hidup yang sebenar, di mana persoalansumber, kaedah pengendalian dan impak yang diperolehi sentiasa diambilkirasepanjang usaha penggemblengan al-ma 'riif dan penghapusan al-fasiid. Konseptauhid yang holistik dan intrinsik ini menyebabkan ia tidak langsung disentuh dalametika Barat. Kornitmen yang total terhadap tauhid ini seterusnya memungkinkan usaha kearah mewujudkan keadilan. Meskipun keadilan turut diketengahkan sebagai salahsatu teori etika Barat, namun keadilan dalam Islam mempunyai paradigma danpendekatan tersendiri. Keadilan bukanlah berrnakna persamaan mutIak dari segiagihan kekayaan, keuntungan serta bebanan, tetapi ia lebih menjurus kepadakeseimbangan dan kesaksamaan dalam pemberian hak. Teori hak-hak moral Kantyang terlalu rigid terhadap hak moral setiap individu sehingga mengekangkemajuan dan mengabaikan hak Allah SWT57 didapati menyalahi prinsip keadilanIslam. Apabila keadilan telah tersebarluas, maka kebahagiaan sejagat dapat dikecapi.Kebahagiaan sejagat yang didukung oleh etika Islam bercirikan kebaikan mutIak,mudah dilaksanakan serta mampu memenuhi tuntutan keduniaan dan juga akhirat.Semua pihak yang berkepentingan secara langsung atau tidak langsung akanmemperolehi kepuasan dan menikrnati hak masing-masing. Sekaligus ia menolakteori egoisme yang hanya mementingkan kepuasan dan kepentingan sekumpulanindividu tertentu serta teori utilitarianisme yang terlalu bebas serta globalkonsepnya dan hanya mengambilkira aspek keduniaan. Penghayatan terhadap ketiga-tiga prinsip etika Islam inilah yang akanmenghasilkan kombinasi mantap nilai-nilai yang amat sesuai untuk diaplikasikandalam pengurusan organisasi. Nilai-nilai berhubung keagamaan, profesionalisme,kualiti dan peribadi merupakan empat komponen nilai terpenting yang perlu diberi perhatian dan penekanan seimbang. Meskipun etika pengurusan konvensional turutmenitikberatkan nilai kualiti dan profesional dalam kerja, namun nilai-nilaikeagamaan dan peribadi mulia sarna sekali dipinggirkan. Ini sejajar dengan jiwa danpemikiran para moralis Barat yang hanya mementingkan nilai dan etika yang hanyamembawa keuntungan kebendaan semata-mata. Ruang Lingkup Peranan!ImplikasiMemang tidak dinafikan bahawa etika pengurusan Islam dan konvensionalkedua-duanya berperanan sebagai garis panduan dan piawai kepada tingkahlakuindividu dan kelompok sosial. Antara lain ia turut berfungsi untuk mengatur danmenyelaraskan segal a aktiviti anggota-anggota organisasi yang terdiri daripadapelbagai latar budaya agar tindakan yang diambil adalah betul serta bertepatandengan apa yang dirancang dan bergerak selari ke arah pencapaian matlamat yangdikongsi bersama. Namun, implikasi daripada pengaplikasian teori etika pengurusan konvensionalhanya terhenti setakat itu sahaja. Skopnya yang terhad kepada kelompok individutertentu, lebih berbentuk material dan bersifat jangka pendek menjadi halangan dankekangan kepada teori-teori berkenaan untuk bergerak lebih jauh. Dalam sesetengahkes, timbul kesamaran, kekeliruan dan konflik yang tiada jalan penyelesaiannya. Iniberbeza dengan etika pengurusan Islam yang mengambilkira empat komponen nilaidari pelbagai aspek. Pembudayaan keempat-empat komponen nilai dalam etikapengurusan Islam secara bersepadu memberi faedah yang besar dan implikasi yangmendalam agar semua pihak mendapat keuntungan dan manfaat bersama, terutamadari segi budaya kerja, output dan pre stasi organisasi. Secara keseluruhannya, peranan etika pengurusan Islam dapat dilihat dari tigaperingkat utama iaitu peringkat individu, organisasi dan masyarakat keseluruhannya.Di peringkat individu, penghayatan etika pengurusan Islam mampu melahirkanindividu yang berdisiplin dalam erti kata yang sebenar bagi memenuhi tuntutaniman dan akhlak. Dalam konteks organisasi, berdisiplin dapat dilihat dari dua sudutyang saling berkaitan. Pertama, keupayaan mematuhi segala arahan, peraturan dan undang-undangsemasa menjalankan tugas. Ini termasuklah kepatuhan terhadap etika organisasiyang seterusnya membawa kepada kepatuhan terhadap undang-undang negara danketetapan-ketetapan Allah. Keimanan yang menunjangi etika pengurusan Islammembolehkan pekerja meyakini hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah dimuka bumi yang mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan. Rasa tanggungjawabterhadap amanah yang dipikul tidak hanya menyebabkan seseorang itumelakukan kerja semata-mata kerana takut kepada ketua, tetapi yang lebih pentingadalah penyempumaan amanah Allah. Apabila nilai amanah dan tanggungjawab inimenguasai seluruh badan dan pernikiran individu, maka akan wujud suatu sekatandalam dirioya daripada bertindak sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang,etika organisasi dan juga akhlak. Dengan demikian, segala yang dilakukandipastikan betullsah di sisi undang-undang dan syarak, tiada kecuaian, tiadapenyelewengan mahupun perkara yang mendatangkan dosalkemudharatan. Kedua, disiplin dalam penggunaan mas a sebagaimana yang disarankan olehIslam. Penekanan terhadap nilai kerja berkualiti, mementingkan produktiviti ,sentiasa bersyukur, amanah, tekun dan istiqamah yang mendasari etika pengurusanmendorong warga organisasi menggunakan masa bekerja mereka secara optimumdalam usaha menyempurnakan setiap kerja yang diberi. Selain bertindak sebagaiasas dalam pelaksanaan tugas dengan cepat dan tepat, pengurusan masa yang baikdan berkesan turut dapat menghindari tekanan kerja (executive stress) yang akanmengganggu usaha-usaha ke arah peningkatan produktiviti dan penambahbaikankualiti kerja. Kesan daripada kedua-dua bentuk disiplin ini akan mewujudkan satu nilaidisiplin yang komprehensif. Kerja bukan sahaja dapat dilaksanakan mengikutprosedur, peraturan dan arahan yang diberi, bahkan ia dapat disempurnakan tepatpada masanya dan menepati spesifikasi yang dikehendaki meskipun tiadapenyeliaan/pengawasan terhadapnya. Ini kerana wujud satu keyakinan bahawaAllah sentiasa mengawasi pekerjaan dan melihatnya walau di mana jua. FirmanAllah SWT: "Dan katakanlah bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya sena orangorangmukmin akan melihat pekerjaanmu itu ... " Di peringkat organisasi pula, etika pengurusan Islam mampu berperanan dalammemastikan kualiti hasil keluaran organisasi. Asirnilasi antara nilai-nilai murni didalam kod etika pengurusan akan mewujudkan budaya kerja cemerlang, pengurusanberkualiti dan seterusnya membawa kepada penghasilan baranganlperkhidmatanyang bermutu tinggi. Nilai-nilai seperti tekun, istiqamah, akauntabiliti, kolektif(syura), kreatif, inovatif, berilmu dan berkemahiran mampu menjana ahli organisasiagar lebih cekap dan berkesan dalam kerja yang seterusnya menyumbang kepadapeningkatan dalam menghasilkan jumlah output yang bermutu. Kemampuanorganisasi untuk terus menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berkualititanpa sebarang kesan sampingan yang memudharatkan mana-mana pihak bukansahaja menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup berterusan, bahkan turutmencerrninkan kecemerlangan hasil organisasi. Dari skop yang lebih luas, pembudayaan etika pengurusan Islam dilihatmampu menunaikan tanggungjawab sosial kepada semua pihak berkepentingan.