Etika Perguruan

download Etika Perguruan

of 17

Transcript of Etika Perguruan

Etika Perguruan Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat y keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. y Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. y Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. y Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). ]Piagam Pelanggan[/size] 1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. 6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. 7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. 8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. 9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. 10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. 11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. 13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. 14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. 15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. 16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah

melainkan bayaran yang disahkan. 17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. 19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. 20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. 21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. 22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia [/size] Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:2. 3. 4. 5. 6. 7. Niat yang betul Perlakuan yang baik Pengerak ke arah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan Berdisiplin dan beradab Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah: 2. 3. 4. 5. 6. 7. Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Dedikasi Ihklas

8. Penyayang y KONSEP KOD ETIKA CIRI-CIRI FALSAFAH SIFAT GURU UTAMA y KOD ETIKA PROFESIONy y

Etika: suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi Ia meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah Tujuan: memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan Kod etika keguruan: Tatasusila Profesion Keguruan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan

y y

KEPENTINGAN ETIKA GURU KOD ETIKA GURU KONSEP KOD ETIKA CIRI-CIRI FALSAFAH SIFAT GURU UTAMA y CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG BAIK Secara peribadi Terhadap disiplin Terhadap pengajaran Terhadap murid Secara umum CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG BAIK KONSEP KOD ETIKA CIRI-CIRI FALSAFAH SIFAT GURU UTAMA y CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG BAIKy y y y y y y y

Secara umumnya; Mencintai profesion keguruan Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diajar Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid Bersifat sabar Berkeperibadian mulia Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau di luar bandar

KONSEP KOD ETIKA CIRI-CIRI FALSAFAH SIFAT GURU UTAMA y CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG BAIKy y y y

Terhadap murid; Mempunyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain Mengajar anak murid cara belajar,menganalisis & berfikir secara kritis Hubungan mata pelajaran dengan kehidupan murid

y y y y

Kenal, hormati dan percayai murid-murid Menjana idea-idea baru &menarik bagi murid berfikir Mengalak anak murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran Hadir dalam lain-lain aktiviti dimana murid terlibat seperti sukan & persembahan

KONSEP KOD ETIKA CIRI-CIRI FALSAFAH SIFAT GURU UTAMA y CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG BAIKy y y y y y

TERHADAP MENGAJAR Melakukan refleksi dan kritik kendiri Berfikir secara sistematik mengenai amalannya & belajar daripada pengalaman Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran & pembelajaran Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid Merancang pengajaran terdahulu,nberikan masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyatupadukan mata pelajaran Secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa baru dan segar serta relevan Menyertai jawantankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau diri sendiri.

y

y

KONSEP KOD ETIKA CIRI-CIRI FALSAFAH SIFAT GURU UTAMA y CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG BAIKy y y

TERHADAP DISIPLIN Seorang yang pakar dalam bidang yang diajar Seorang yang dahagakan ilmu,sentiasa menambah pembacaan dalam bidangnya dengan membaca,menghadiri konferens, konvensyen, bengkel & seminar & mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan Seorang yang suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya Aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar Bina & mengekalkan hubungan profesional Bekerja dalam organasasi sekolah yang besar

y y y y y

KONSEP KOD ETIKA CIRI-CIRI FALSAFAH SIFAT GURU UTAMA y CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG BAIKy y

SECARA PERIBADI Tunjukan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi Berfikiran terbuka, rendah diri dan bersikap optimistik

y

KONSEP KOD ETIKA CIRI-CIRI FALSAFAH SIFAT GURU UTAMA y SIFAT GURU YANG PROFESIONALy y y y y y y y y y y y y y y y

Mula kerja pada awal pagi Mengurus dan merangcang Ada perangcangan & matlamat Berpakaian secara Profesonal Guna waktu yang terluang sebagai masa kerja Suka ikuti latihan kerana berikan perkembangan profesinal Dalam mesyuarat mereka duduk dimana mereka boleh belajar Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan Sedia buat keputusan dan selesaikanya Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan Melanggan dan membaca jurnal profesional Kembangsuburkan kerjaya mereka Sedia untuk belajar dan mendapat bantuan Belanja wang untuk perkembangan profesional atau bilik darjah Percaya anak didik boleh belajar, dan lihat tugas mereka membantu proses ini Melihat pekerjaan mengajar sebagai satu profesion paling mulia

y Konsep profesiony

Lieberman (tokoh pendidik di AS)o

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

o

Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Pekerja pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran. Ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa autonomi. y Orang profesional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan. Pekerja terdiri drpd ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya. Setiap ahli mematuhi kod etika yang ditentukan. Setiap ahli bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat.

o o o

o

o o

y Konsep perguruany

Mengikut kamus dewan (1989) di bawah konteks pendidikan guru adalah diertikan sebagai pengajaran Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan seorang guru.

y

y GURU PADA MASA KINI y AKAUNTABILITI GURUy

Akauntabiliti guru bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu, jadi konteks keguruan akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan y Bidang tugas Bidang pekerjaan : akauntabiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk dilaksanakan. Sekolah : akauntabiliti terhadap kemajuan dan perkembangan sekolah. Tingkah laku kendiri : guru harus mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh diteladani oleh murid-murid Murid : akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan muridmuridnya. Profesion : bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi.

y y

y y

y

y

y AKAUNTABILITI GURU TERHADAP NEGARAy

Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan Rukun Negara dengan jelas. Mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang proaktif dan bersepadu. Mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dalam kalangan guru serta ibu bapa muridnya. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Bersopan santun dan bertingkah laku dalam segala aktiviti sosial.

y

y

y

y y

y AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PROGRAM PENDIDIKANy y y y

Membaca dan memahami selengkapnya tentang ilmu pengetahuan yang diajarnya. Menyertai seminar untuk meningkatkan tahap pengajaran. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang menyeluruh. Mengajar dengan menggunakan fakta yang betul

y AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PELAJAR DAN IBU BAPAy y y y

Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi seperti mematuhi masa. Mengutamakan kebajikan murid daripada diri sendiri. Bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa diskriminasi. Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

y Akauntabiliti guru terhadap diri sendiriy y y y

Menjaga kesihatan rohani dan jasmani. Bijak dalam menguruskan kewangan. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta ilmu-ilmu semasa. Mengisi masa lapang secara berhemah seperti bersukan.

y Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional

y y y y

Antara ciri-cirinya ialah: Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Banyak menggunakan keupayaan intelek. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Mendapat latihan khusus. y Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

y y y y y

y CIRI-CIRI GURUy y

Intelek - Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubahubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar. y Berkualiti dari Segi Jasmani - Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. - Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. - Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.o o

y y

y

y

y Berkualiti dari Segi Emosi. Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah:

y y

-Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan. -Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah seb a gai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.

y y

y Minat suka membaca. - Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. - Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru. y Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris. -Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan guru untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. - Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris guru perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

y

y y

y

y y y

y Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT. -Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti, setiap guru hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran . -Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya. y Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi - Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. - Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis. - Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri ,

y

y y

y

y

Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.y y y

y Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal .o

-mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.

y y

y Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti. y Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif. Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna y Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara aktif. Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti. y Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar. Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pelajaran dan pembelajaran. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan. Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal. y Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

y

y y y y

y

y y

y y y

y y

y y y y y y y y

Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. y Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. y Memastikan situasi ' Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. y Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

y y

y y

y y y

y CEKAP JASMANI BERKUALLITI MAHIR ICT MINAT MEMBACA BERDAYA TAHAN MENGHARGAI WARISAN KEBUDAYAAN EMOSI STABIL AKTIF BERPENGETAHUAN PEDAGOGI PENGUASAAN BAHASA INGGERIS CIRI-CIRI GURU y Ciri-ciri dan potensi diri guru profesional adalah penting dalam merealisasikan pendidikan cemerlang.

y KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN (a) Tanggungjawab terhadap Pelajar

y y y y y

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

11/9/2009 16 y KOD ETIKA PERGURUAN (b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. 11/9/2009 17 y KOD ETIKA PERGURUAN (c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negaray y y y

Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara

11/9/2009 18 y KOD ETIKA PERGURUAN Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruany y y y y

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru y PERANAN DAN TUGAS GURU Mengajar mata pelajaran opsyen - mempunyai ilmu pengetahuan - mendalam Menyediakan dan melengkapkan butiran Buku Rekod Mengajar

y

Menyedia rancangan pelajaran tahunan dan harian dan merekodkan pengajaran dalam buku rekod mengajar Menyampaikan bahan-bahan pelajaran - menggunakan kaedah yang paling berkesan Merancang kerja-kerja rumah / pengukuhan kepada pelajar dengan secukupnya dan memastikan pelaksanaannya berkesan 11/9/2009 22 y PERANAN DAN TUGAS GURU Memeriksa buku-buku latihan pelajar Mengadakan ujian bulanan dan merekodkan markah ke dalam buku persediaan mengajar Menyediakan soalan-soalan ujian, peperiksaan dan memeriksa jawapan-jawapan mengikut skima yang telah ditentukan. Serahkan markah peperiksaan kepada guruguru kelas Menganalisis keputusan semua ujian bulanan dan peperiksaan sekolah dan awam 11/9/2009 23 y PERANAN DAN TUGAS GURU Mengambil berat terhadap kemajuan dan pencapaian para pelajarnya dalam mata pelajaran opsyen Menanam semangat kepimpinan, kesedaran siviks dan akhlak yang baik dan mulia di kalangan para pelajarnya. Mengadakan kelas-kelas tambahan dan pemulihan bagi para pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Mengambil tahu perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran dan format soalan Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikendalikan oleh sekolah, PPD, Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

y

y

11/9/2009 24 y PERANAN DAN TUGAS GURU Menghadirkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan oleh Ketua Panitia Mengawasi ujian dan peperiksaan yang diadakan dengan penuh perhatian untuk mengelakkan penyelewengan Mengambil tahu akan perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran dan format soalan Mengawasi ujian dan peperiksaan yang diadakan dengan penuh perhatian untuk mengelakkan penyelewengan Menilai pencapaian akademik pelajar dan mengesan segala kelemahan dan kekuatan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran

Melaksanakan aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolahy y

y

y

y

y

y

y

y

y GURU DAN ALAM PENDIDIKAN y profesion yang paling mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. tahun 1999 sahaja jumlah guru yang terdapat di Malaysia ialah kira-kira 157, 415 orang manakala jumlah pelajar pula ialah 2,897,927 orang. tahun 2000, terdapat lebih dari 200,000 orang guru di negara kita y Guru sebagai pengamal ilmu Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara terletak di atas pundak kaum guru. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing. y Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan. Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu: (c)perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran; (d)penyampai ilmu pengetahuan; (e)pembentuk akhlak; (f) pembimbing; (g)contoh teladan atau model. y Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan: (c)mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (d)berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; (e)meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat; (f) melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya; (g)menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat; (h)menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat. y Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. Mengikut Jujun S. Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti. y Guru sebagai pengamal kemahiran Guru harus mempunyai kemahiran dan mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf. Justeru, guru yang memperolehi kemahiran profesional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan, aktiviti kokurikulum berlandaskan teori pendidikan. y (a) Kemahiran belajar - kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan masalah. (b) Kemahiran berfikir - kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain. (c) Kemahiran pemudah cara - fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain. y (d) Kemahiran mengajar - membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan berkesan. (e) Kemahiran merancang - menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran

y

y

y

y

y

y

y

y

y

pembelajaran, memilih dan menyediakan pelajaran serta menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan aktiviti pengajaran. y (f) Kemahiran berkomunikasi - secara lisan atau bertulis. (g) Kemahiran mengurus - mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. (h) Kemahiran menilai - mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (I) Kemahiran ICT - menggunakan teknologi maklumat. y Guru sebagai pembentuk nilai Nilai adalah penting kerana ia memberi panduan dalam kehidupan. Nilai dapat memotivasikan hidup manusia untuk hidup dengan cara yang betul. Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Guru berperanan menyerbakan nilai bahkan perlu menjadi rote model yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya. y Guru sebagai pendidik Tugas guru adalah mendidik iaitu: (b)Memberi ilmu mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. (c)Mendedahkan pengalaman guru perlu mendedahkan murid-murid dengan pengalaman- pengalaman tertentu seperti pengembara, mengelola majlis. (d)Mendidik murid berakhlak mulia mendidik termasuk dari segi akhlak, penampilan diri melalui pembelajaran seperti pendidikan moral. y Guru sebagai agen sosialisasi Perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah muridmurid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat. Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli masyarakat. y Guru sebagai agen perubahan Mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Perlu berasaskan perkaraperkara berikut: - Mengubah daripada strategi pemusatan guru kepada pemusatan murid. - Mengamalkan sifat penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. - Bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan. y Guru sebagai pembina negara Insan guru dapat membantu pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara. Guru harus berakhlak mulia, mempunyai semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara. Guru juga harus menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi untuk menolong membentuk masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. y Guru sebagai penyebar ilmu Bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka. Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan. y Guru sebagai penyayang Prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya. Menyukai dan menyayangi kanak-kanak. Berminat mengajar, berdedikasi dan melaksanakan aktiviti P & P dengan bersungguhsungguh. Dapat melahirkan murid yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup masyarakat. y Guru sebagai pakar rujuk Mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan. Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif pelbagai

y

y

y

y

y

hala. Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajaran mereka. y Guru sebagai mentor Menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan berkesan. Juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu memahami situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya. Juga perlu mempunyai sifat dan kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, rendah hati, jujur, semangat berbakti, prihatin dan sebagainya. y Guru sebagai pengurus Mengurus rutin bilik darjah. Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian. Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Mengurus aktiviti kumpulan. y Guru sebagai penyelidik Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid. Mengubah dan menyesuaikan strategi P & P dapat menarik perhatian murid. Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P. y Guru sebagai pengamal reflektif Sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum merancang sesi-sesi pengajaran. Supaya murid-murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. y Kesimpulan Pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah Negara. kualiti generasi di masa hadapan sebahagian besarnya terletak di tangan guru-guru.