etnik akomodasi

14
Akomodasi adalah proses penyesuaian untuk mewujudkan perasaan saling menghormati antara etnik yang berlainan budaya. Huraikan bagaimanakah proses ini berlaku dan implikasinya terhadap masyarakat berbilang kaum di Malaysia Menurut Roucek & Warren (1979), Masyarakat didefinisikan sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara koleftif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, berkerjasama dalam mengatur kerja secara koleftif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan kebudayaan. Menurut Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut Musa Abu Hassan (2000), masyarakat adalah sekelompok manusia yang mempunyai cara gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan struktur tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi tertentu untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari kelompok ke kelompok lain. Negara kita merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Keamanan dan keharmonian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama. Konsep Akomodasi merupakan proses penyesuaian yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan budaya

description

file ini mengandungi tentang kebudayaan di negara kita yang terdapat pelbagai etnik.

Transcript of etnik akomodasi

Akomodasi adalah proses penyesuaian untuk mewujudkan perasaan saling menghormati antara etnik yang berlainan budaya. Huraikan bagaimanakah proses ini berlaku dan implikasinya terhadap masyarakat berbilang kaum di Malaysia

Menurut Roucek & Warren (1979), Masyarakat didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara koleftif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, berkerjasama dalam mengatur kerja secara koleftif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan kebudayaan. Menurut Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut Musa Abu Hassan (2000), masyarakat adalah sekelompok manusia yang mempunyai cara gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan struktur tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi tertentu untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari kelompok ke kelompok lain. Negara kita merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Keamanan dan keharmonian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama.

Konsep Akomodasi merupakan proses penyesuaian yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Menurut Ting Chew Peh (1987) dengan menggunakan perwakilan A,B dan C bagi budaya, konsep akomodasi dapat diringkaskan melalui rumus A + B + C = A + B + C. Ini bermaksud pelbagai kumpulan etnik hidup bebas mengamalkan malah mempertahankan budaya masing-masing meskipun hidup bercampur dengan etnik lain. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya penyesuaian sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni dengan penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik. Proses akomodasi adalah sangat penting dalam perpaduan dan integrasi kelompok etnik di Malaysia. Sebagai proses yang paling utama lagi kritikal yang sudah diterima dan hayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, sama ada secara peribadi atau kolektif. Hal ini terjadi kerana sikap positif saling hormat-menghormati antara kelompok etnik terhadap nilai dan norma masing-masing, yang kita boleh ungkapkan sama tetapi tidak serupa. Maksudnya, setiap kelompok etnik ada sistem kepercayaan masing-masing, ada perayaan masing-masing dan ada pantang larang masing-masing. Dari segi ini semua kelompok etnik mempunyai persamaan. Namun cara masing-masing, misalnya, merayakan hari kebesaran agama masing-masing ternyata berbeza. Atas asas persamaan ini setiap kelompok etnik menghormati perayaan masing-masing dan juga perayaan etnik yang yang lain. Melalui proses akamodasi ini juga berlaku pula lanjutan pinjam-meminjam unsur-unsur budaya masing-masing. Sebagai contohnya, pada masa yang lalu hanya kaum Cina sahaja mengamalkan istilahangpau. Tetapi, hari ini, istilah dan konsep angpau sudah dihayati dan diamalkan dalam adat resam etnik Melayu dan India. Malah setiap bank dan syarikat swasta menyediakan sampul surat untuk memberi angpau pada Hari Raya Puasa sudah diamalkan lebih dari satu dekad di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa proses akomodasi berlaku antara pelbagai etnik masyarakat di Malaysia. Integrasi sosial dalam kalangan penduduk pelbagai etnik dapat dipupuk melalui dasar pendidikan kebangsaan yang berorientasikan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Sistem pendidikan ialah salah satu bidang dimana proses akomodasi ini berlaku. Sekolah merupakan tempat kanak-kanak berpeluang belajar secara bersama, bermain, mencari kawan baharu, membina persefahaman serta perasaan persaudaraan dengan pelajar-pelajar lain, sama ada dengan rakan sebangsa mahupun bangsa berlainan. Sistem pendidikan di Malaysia pada peringkat rendah diperlihatkan murid diasingkan mengikut sekolah-sekolah etnik, iaitu pelajar Melayu kebanyakannya belajar di Sekolah Kebangsaan, pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan pelajar India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Untuk meyeleraskan pendidikan di semua sekolah, Laporan Jawatankuasa Kabinet yang dibentangkan 1979 menyatakan bahawa semua institusi kerajaan dan swasta harus menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan menduduki peperiksaan awam yang sama dan bahasa Melayu diwajibkan dalam semua peperiksaan. Hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 ialah Kurikulam Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulam Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Semua sekolah yang di Malaysia diwajibkan untuk melaksanakan KBSR di peringkat sekolah rendah dan KBSM di peringkat sekolah menengah. Dengan ini, pelaksanaan kurikulam menjadi sama di semua jenis sekolah. Tujuan utama KBSR dan KBSM adalah untuk mencapai matlamat pendidikan kebangsaan dan menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa. Seterusnya, Seterusnya, peluang pendidikan terbuka kepada semua anggota masyarakat yang layak. Kerajaan memilih pelajar daripada pelbagai etnik untuk meneruskan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pelajar-pelajar disitu dapat berinteraksi antara satu sama lain dan dapat bersatu padu.

Walaupun proses akomodasi memberi kesan yang baik melalui bidang pendidikan tetapi masyarakat disini tetap berusaha supaya identiti mereka tidak merosot. Sebagai contoh, kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah rendah. Ini kerana mereka bimbang bahasa ibunda mereka akan hilang penggunaanya pada masa akan datang. Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memberi kelonggaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dan menjadikan mengurangkan penggunaan Bahasa Melayu. Oleh itu, sehingga sekarang kerajaan melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan yang masih belum mencapai matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disemua sekolah di negara ini. Kegagalan kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah merumitkan lagi usaha untuk mencapai integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia. Sebabnya ialah, semua kaum berusaha mempertahankan bahasa ibunda masing-masing dan sehingga wujudnya jurang integrasi antara etnik-etnik di negara ini. (Riduan Tee, 2010: 69) Apabila semua etnik di Negara kita menghormati antara etnik berlainan budaya, kerajaan juga berhasrat untuk mewujudkan sekolah integrasi iaitu pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah dalam satu kawasan. Sebagai contoh, kerajaan telah mencadangkan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan namun mendapat tentangan hebat dari masyarakat Cina kerana menganggap Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka

Implikasi sistem sistem akomodasi dalam sistem pendidikan ialah, melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM secara seragam di semua sekolah di Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikan kebangsaan dan menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa. Dengan adanya KBSR dan KBSM, kita boleh menyeragamkan kurikulam di semua jenis sekolah di negara ini. Pelaksanaan kurikulam yang sama di semua sekolah memberi keyakinan kepada segolongan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah bangsa lain. Contohnya,terdapat segolongan ibu bapa berbangsa Melayu lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Ini kerana mereka begitu yakin dengan pengurusan sekolah lain dan juga mereka ingin anak-anak mereka perlu menguasai bahasa dan mengenali budaya bangsa lain. Seterusnya, peluang pendidikan terbuka kepada semua anggota masyarakat yang layak. Kerajaan memilih pelajar daripada pelbagai etnik untuk meneruskan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pelajar-pelajar disitu dapat berinteraksi antara satu sama lain dan dapat bersatu padu. Sekiranya, menjalankan ko-kurikulam seperti aktiviti kebudayaan, kesenian dan sukan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pelajar-pelajar dari pelbgai etnik dapat bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti sebegini dapat merapatkkan hubungan pelbagai etnik dan membangkitkan semangat bertolak-ansur, tolong-menolong, semangat setiakawan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat.

Agama dan kebudayaan juga salah satunya dimana proses akomodasi berlaku. Dalam konteks Malaysia, agama merupakan satu elemen yang penting kepada identifikasi etnik. Sesuatu kelompok etnik boleh dikenali berasaskan agama yang dianutinya, contohnya kaum Melayu dikenali sebagai kerana mempraktikkan agama Islam dalam kehidupan harian. Begitu juga majority kaum India yang mengamalkan agama Hindu. Menurut Perlembagaan Malaysia (Perkara 3), Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan. Dalam masa yang sama, agama-agama lain bebas diamalkan oleh rakyat Malaysia seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kita dapat melihat institusi masjid, gereja, wat dan kuil dibina bersebelahan antara satu sama lain di beberapa tempat dan penganut dapat berkunjung ke rumah ibadat masing-masing dengan harmoni. Penyebaran agama lain selain agama Islam dibenarkan dalam kalangan rakyat Malaysia kecuali kepada penganut Islam.

Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada kaum tersebut. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam, muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. Terdapat pelbagai kebudayaan dan tradisi orang Melayu yang telah menerap ke dalam budaya Negara kita. Ini bermakna tradisi dan budaya yang dulunya hanya diamalkan oleh golongan Melayu, kini telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup penduduk Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Contohnya, makanan nasi lemak yang merupakan makanan orang melayu sebelum ini telah menjadi makanan umum yang dinikmati oleh pelbagai etnik dan kaum. Makanan-makanan yang lain seperti Roti Canai, Tosai dan Capati hanya menjadi makanan kegemaran kepada kaum india sahaja pada masa dahulu tetapi kini, Roti Canai, Tosai dan Capati juga turut menjadi kegemaran ramai orang di nagara ini. Pernah terlihat satu keratan akhbar Inggers yang memaparkan The World Greatest Roti Canai di pekan Kapit, Sarawak. Roti canai itu dikatakan paling sedap di dunia, tetapi ianya dibuat oleh seorang nenek Melayu yang beragama Islam. Ini menunjukkan penerapan kebudayaan etnik India dalam Malaysia dan mampu membentuk satu kebudayaan Negara yang unik dan istimewa.

Selain itu, Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti perayaan sebenar. Tambahan pula, melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan. Sebagai contohnya, kini kebanyakan orang yang berbangsa Cina menyambut Hari Thaipusam salah satu perayaan kaum India. Selain itu, permainan bunga api dan mercun ketika Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali juga merupakan pengaruh budaya masyarakat Cina. Seterusnya, adat berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu. Pada masa kini, semua rakyat Malaysia mula menyambut semua perayaan bersama. Sebagai contohnya, pesta ponggal yang dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan India, Universiti Sains Malaysia (USM) menarik penyertaan pelajar daripada pelbagai etnik (Lampiran 1).

Masyarakat Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai masyarakat Cina peranakan telah wujud di Melaka sejak abad ke-15 lagi. Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan orang-orang dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan orang Melayu tempata. Kebanyakan keturunan Baba Nyonya dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Walaubagaimanapun, arus moden pada masa kini, telah meninggalkan sedikit demi sedikit budaya tradisional masyarakat ini tetapi terdapat juga budaya yang masih diamalkan. Adat perkahwinan Baba dan Nyonya merupakan adat perkahwinan yang paling unik di Malaysia kerana terdapat unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu mempengaruhi adat perkahwinan ini. Seterusnya,di Negara kita, terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional seperti baju kurung, sari, cheongsam, baju kebaya dan sebagainya. Pada masa kini, semua bangsa suka untuk memakai semua jenis pakaian tradisional. Sebagai contohnya, kaum Cina dan India gemar untuk memakai baju kurung ke sekolah, pejabat dan sebagainya. Ini akan menimbulkan perasaan selesa antara satu sama lain.

Implikasi proses akomodasi melalui agama dan kepercayaan adalah, rakyat Malaysia dapat mengenali agama dan kebudayaan setiap orang melalui berkongsi kebudayaan mereka. Melalui menyambut perayaan kaum lain, kita dapat memahami tradisi budaya kaum lain. Kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai etnik. Apabila kita menghormati agama dan budaya kaum lain kita, mereka juga akan menghormati kaum kita.

Politik juga salah satu bidang dimana proses akomodasi ini berlaku. Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberikan perhatian dalam rangka memahami bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di Malaysia. Hal ini kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar. Politik memberi kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan landasan pemikiran atau ideologi mereka. Selepas memperolehi kemerdekan 1957, Malaysia ialah Negara yang telah mengamalkan sistem politik dan pemerintahan dan kerajaan yang berteraskan prinsip Raja Berperlembagaan dan Bemokrasi Berparlimen. Dalam sistem demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan raya secara berkala yang diadakan sekali dalam tempoh lima tahun. Pilihan raya diadakan bagi memperbaharui mandat yang diperoleh bagi sesebuah kerajaan memerintah yang mana berasaskan prinsip demokrasi. Sistem demokrasi ini diterima oleh semua rakyat di Negara kita. Sistem demokrasi dan amalan pilihan raya mengizinkan kewujudan dan penubuhan parti-parti politik bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya. Setiap parti politik yang ditubuhkan mempunyai asas-asas serta prinsip perjuangannya yang tersendiri. Hal ini termasuklah yang berasaskan ideologi tertentu dan parti-parti yang berteraskan kepentingan etnik dan perkauman. Sejak merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO, MCA, MIC. Namun begitu, sejarah menunjukkan bahawa parti-parti ini walaupun ditubuhkan berasaskan kepentingan dan perjuangan kaum, tetapi telah membentuk gabungan dalam sesuatu perikatan (dikenali sebagai Perikatan) dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa. Parti-parti ditubuhkan untuk kepentingan kaum tertentu akan sentiasa bersuara dan memperjuangkan kepentingan-kepentingan yang dirasakan perlu dalam masyarakat majmuk. Selain itu, Penubuhan Barisan Nasional (BN) dapat membantu rakyat Malaysia untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil dan saksama.

Keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik di Malaysia telah menyulitkan usaha kerajaan untuk menyatukan penduduk selepas merdeka sehingga berlaku Peristiwa 13 Mei 1969. Selain kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda, Peristiwa 13 Mei 1969 membawa pengertian yang lebih bermakna kerana peristiwa tersebut secara tidak langsung menggambarkan kegagalan kerajaan dalam membina satu bangsa dan Negara. Sebelum Peristiwa 13 Mei 1969, pihak kerajaan hanya memberi tumpuan terhadap usah pembangunan Negara dari segi fizikal sehingga tidak menyedari kekurangan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat. Setiap kaum masih lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu ideologi kebangsaan yang boleh mengikat dan menyatukan semua kaum. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, baharu pihak kerajaan menyedari masih wujud kekosongan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia, dan kerajaan mula berusaha kearah merangka dasar-dasar pembangunan yang boleh menghapuskan jurang berbezaan antara kaum bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia.

Malaysia didiami oleh penduduk berbilang kaum, dan setiap kaum mempunyai bahasa pertuturan yang berlainan dalam kehidupan harian. Kerajaan sedar tentang kepentingan mempunyai satu bahasa rasmi sama yang boleh menyatupadukan semua penduduk. Justeru, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi kerana bahasa ini merupakan bahasa pertuturan penduduk majoriti di Malaysia. Kedudukan bahasa melayu telah dimaktubkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menekankan bahasa melayu perlu digunakan dalam urusan-urusan rasmi, tetapi bahasa lain turut dilindungi di bawah perkara ini dan boleh digunakan tanpa sekatan. Perkara ini telah disetujui oleh semua kaum di Malaysia.

Seterusnya, dalam usaha membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membangkitkan semangat cintakan tanah air, ideologi Negara yang dikenali sebagai Rukun Negara telah diperkenalkan.

Prinsip-prinsip Rukun Negara Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun Negara menjadi rujukan penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh pihak kerajaan dan telah melahirkan sikap baharu, iaitu setiap keputusan dibuat atas rasa sedar, rasional dan mengikut undang-undang serta peraturan supaya perpaduan kaum dapat dicapai. Dengan adanya Rukun Negara, semua rakyat dinasihatkan supaya menghormati agama dan kepercayaan setiap kaum. Hal ini kerana, kerajaan mempercayai bahawa semua setiap agama menyeru manusia supaya berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat. Seterusnya, prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara ini menuntutkan kesetiaan penduduk yang unggul dan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan Negara supaya dapat melahirkan penduduk yang bersedia berkorban untuk Negara. Setiap rakyat harus menghormati dan menghargai kandungan perlembagaan.

Matlamat Rukun Negara Mewujudkan sebuah Negara yang rakyatnya bersatu, masyarakat yang demokratik, adil, liberal serta progresif. Merupakan peraturan yang menentukan hak, peranan dan tanggungjawab bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang hidup bersatu-padu, adil, liberal, demokratik dan progresif. Menjadi landasan yang dilalui oleh setiap pihak bagi menuju kepada cita-cita Negara Membina rakyat yang bersatu padu dan sanggup memberikan taat setia yang paling tinggi kepada negara. Membina masyarakat yang adil bagi menjamin persamaan peluang untuk menikmati kemakmuran negara serta pengagihan kekayaan yang adil dan saksama.

Semua kaum menghormati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian mereka. Sebagainya contohya, semua rakyat mempersetujui menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kaum Cina dan India tidak mengacau hak kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu, Rukun Negara ini membantu untuk membina masyarakat yang adil bagi menjamin persamaan peluang kepada semua etnik.

Tambahan lagi, kerajaan telah mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 16 Februari 2004. Idea penubuhan program ini mula dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002. Program ini melibatkan golongan remaja yang berumur 18 tahun atau lepasan SPM yang dipilih secara rawak. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada semua rakyat di Negara kita. Dengan melibatkan dalam PLKN ini seseorang remaja dapat meningkatkan semangat patriotisme dan dapat bergaul dengan rakan yang berbangsa lain. PLKN juga dapat membentuk perwatakan yang positif melalui penerapan nilai-nilai murni.

Kerajaan juga memperkenalkan konsep 1Malaysia. Konsep 1Malaysia dengan slogan satu Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan merupakan pendekatan baharu bagi menempa sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan pretasi berpaksikan keutamaan rakyat yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009.Menurut Datuk Seri Najib, konsep 1Malaysia dan pentadbiran kerajaan baharunya bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia-One People dan kita mengambil segala tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di Malaysia. Pembentukan 1Malaysia merupakan wadah bagi pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu Negara ke arah mencapai Wawasan 2020, iaitu membentuk sebuah Negara yang bersatu dan menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Dengan adanya konsep 1Malaysia rakyat Malaysia mula bersatu padu semasa membuat sesuatu kerja.

Implikasinya, masyarakat Malaysia mempunyai satu bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang utama. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, masyarakat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, walaupun parti-parti politik yang ditubuhkan berteraskan kaum, tetapi dengan semangat toleransi dan kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum yang ada di Negara ini bersedia memberi dan menerima serta bertolak ansur dalam perkara-perkara yang melibatkan perbezaan. Selain itu, pelaksanaan PLKN dapat menanam semangat kekitaan antara remaja. Semasa berada di kem PLKN remaja daripada pelbagai etnik dapat berinteraksi dan dapat bertindak bersama. Dengan ini, mereka akan mengenali satu sama lain dan berkongsi ilmu tentang agama dan kepercayaan masing-masing. Konsep 1Malaysia mengalakkan rakyat Malaysia bertindak secara bersama untuk mendapatkan kejayaan dalam sesuatu bidang. Apabila rakyat Malaysia bersatu padu, mereka tidak akan mengkritik antara satu sama lain dan juga mula menghormati perasaan orang lain. Ini semua akan mengelakkan daripada berlakunya rusuhan seperti peristiwa 13 Mei.

Kesimpulanya, akomodasi iaitu proses penyesuaian amatlah penting untuk dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Proses penyesuaian ini dapat mewujudkan perasaan saling menghormati antara etnik yang berlainan budaya. kepelbagaian kaum di Malaysia mewujudkan pelbagai budaya dan seterusnya melahirkan suasana yang harmoni dan unik. Perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat mengikut agama dan kepercayaan masing-masing mencorakkan lagi kepelbagaian budaya di Malaysia. Melalui perayaan-perayaan seumpama ini kita boleh mengenali identiti dan budaya sesuatu kaum yang terdapat di negara kita. Oleh itu, Rakyat Malaysia harus berusaha untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis supaya pengamalan 13 mei tidak berulang lagi.

LAMPIRAN