FACT SHEET - moa.gov.mySheet_Msyrt+Be… · 21 Nov 2011, Isnin 3 negara dan juga benih yang...

6
21 Nov 2011, Isnin 1 Telefon : 03-8870 1373 Telefax : 03-8888 6906 E-mail : [email protected] Homepage : http://www.moa.gov.my FACT SHEET PENUBUHAN MAJLIS BENIH NEGARA NATIONAL SEED COUNCIL (NSC) Latar belakang 1. Majlis Benih Negara (NSC) telah diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Julai 2011. Benih Tanaman 2. Perdagangan biji benih sayuran peringkat dunia pada tahun 2002 adalah bernilai USD1 bilion dan ianya meningkat kepada USD2.18 bilion pada tahun 2007. Kadar pertumbuhan tahunan purata ialah 15.6% (2002-2007). Pasaran biji benih dunia dijangka tumbuh pada kadar tahunan 4.27% bagi tempoh 2008-2010. Saiz pasaran dijangka meningkat kepada USD42.2 bilion pada 2010. Sementara itu, kadar pertumbuhan tahunan pasaran biji benih di Asia Pasifik pula dianggar berada pada paras 5%. 3. Malaysia ialah negara pengimport bersih biji benih dan import utama biji benih adalah bagi tanaman sayur-sayuran. Pada tahun 2007, Malaysia mengimport kira-kira RM67.1 juta biji benih dan bahan tanaman dengan biji benih sayuran sebagai penyumbang import terbesar. Pembekal utama biji benih sayuran ke Malaysia ialah China, Thailand, Taiwan dan Jepun. Penghasilan varieti baru tanaman melalui pembiakbakaan tertumpu kepada tanaman padi, kelapa sawit, getah dan koko. Bagi tanaman buah-buahan, penghasilan varieti baru lebih kepada pemilihan varieti daripada populasi sedia ada (mass selection) kecuali untuk beberapa varieti durian, betik, nangka dan nanas. Bagi tanaman sayuran, melon dan jagung, kesemua varieti hibrid adalah diimport. 4. Bagi menggalakkan penghasilan varieti baru, Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 telah diwujudkan bagi memberi hak dan perlindungan intelek kepada pembiakbaka yang membangunkan varieti tumbuhan yang baru. Daripada 59 permohonan pendaftaran varieti baru tumbuhan bagi tempoh 20 Oktober 2008 sehingga 30 April 2011, tanaman buah-buahan (7 permohonan), padi (11 permohonan) dan bunga (12 permohonan) telah diterima oleh Lembaga Varieti Tumbuhan. Bilangan permohonan KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA (MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY MALAYSIA) WISMA TANI NO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 62624 PUTRAJAYA

Transcript of FACT SHEET - moa.gov.mySheet_Msyrt+Be… · 21 Nov 2011, Isnin 3 negara dan juga benih yang...

Page 1: FACT SHEET - moa.gov.mySheet_Msyrt+Be… · 21 Nov 2011, Isnin 3 negara dan juga benih yang diimport. Peraturan kuarantin sedia ada hanya mengawal kualiti benih dari aspek perosak

21 Nov 2011, Isnin 1

Telefon : 03-8870 1373 Telefax : 03-8888 6906 E-mail : [email protected] Homepage : http://www.moa.gov.my

FACT SHEET

PENUBUHAN MAJLIS BENIH NEGARA NATIONAL SEED COUNCIL (NSC)

Latar belakang

1. Majlis Benih Negara (NSC) telah diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat Jemaah

Menteri pada 27 Julai 2011.

Benih Tanaman

2. Perdagangan biji benih sayuran peringkat dunia pada tahun 2002 adalah bernilai USD1

bilion dan ianya meningkat kepada USD2.18 bilion pada tahun 2007. Kadar pertumbuhan

tahunan purata ialah 15.6% (2002-2007). Pasaran biji benih dunia dijangka tumbuh

pada kadar tahunan 4.27% bagi tempoh 2008-2010. Saiz pasaran dijangka meningkat

kepada USD42.2 bilion pada 2010. Sementara itu, kadar pertumbuhan tahunan pasaran

biji benih di Asia Pasifik pula dianggar berada pada paras 5%.

3. Malaysia ialah negara pengimport bersih biji benih dan import utama biji benih adalah

bagi tanaman sayur-sayuran. Pada tahun 2007, Malaysia mengimport kira-kira RM67.1

juta biji benih dan bahan tanaman dengan biji benih sayuran sebagai penyumbang import

terbesar. Pembekal utama biji benih sayuran ke Malaysia ialah China, Thailand,

Taiwan dan Jepun. Penghasilan varieti baru tanaman melalui pembiakbakaan tertumpu

kepada tanaman padi, kelapa sawit, getah dan koko. Bagi tanaman buah-buahan,

penghasilan varieti baru lebih kepada pemilihan varieti daripada populasi sedia ada

(mass selection) kecuali untuk beberapa varieti durian, betik, nangka dan nanas. Bagi

tanaman sayuran, melon dan jagung, kesemua varieti hibrid adalah diimport.

4. Bagi menggalakkan penghasilan varieti baru, Akta Perlindungan Varieti Baru

Tumbuhan 2004 telah diwujudkan bagi memberi hak dan perlindungan intelek kepada

pembiakbaka yang membangunkan varieti tumbuhan yang baru. Daripada 59

permohonan pendaftaran varieti baru tumbuhan bagi tempoh 20 Oktober 2008 sehingga

30 April 2011, tanaman buah-buahan (7 permohonan), padi (11 permohonan) dan bunga

(12 permohonan) telah diterima oleh Lembaga Varieti Tumbuhan. Bilangan permohonan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

(MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY

MALAYSIA)

WISMA TANI

NO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4

62624 PUTRAJAYA

Page 2: FACT SHEET - moa.gov.mySheet_Msyrt+Be… · 21 Nov 2011, Isnin 3 negara dan juga benih yang diimport. Peraturan kuarantin sedia ada hanya mengawal kualiti benih dari aspek perosak

21 Nov 2011, Isnin 2

yang kecil disebabkan kekurangan penghasilan varieti baru kesan daripada kekurangan

aktiviti pembiakbakaan.

Baka Ternakan

5. Sebahagian besar proses pembiakbakaan adalah dibuat secara konvensional dan

kurang melibatkan penyelidikan yang secara tidak langsung mengakibatkan varieti baru

kurang dihasilkan. Kekurangan pembiakbaka yang berpengalaman juga merupakan

salah satu faktor industri ini tidak dapat berkembang maju setaraf negara luar di mana

75% daripada pembiakbaka adalah terdiri daripada generasi muda yang kurang

berpengalaman sekaligus menyebabkan pengeluaran benih yang kurang mencukupi bagi

memenuhi permintaan.

6. Pada tahun 2010, sebanyak 8,827 ekor lembu/kerbau baka diimport yang dianggarkan

bernilai RM88.27 juta, sebanyak 16,174 ekor kambing/bebiri baka diimport dengan

anggaran nilai RM80.87 juta dan sebanyak 16,503 straw semen dan embrio beku

diimport dengan nilai RM423 ribu. Maka jumlah keseluruhan pengimportan bahan

pembiakbakaan haiwan ruminan dianggarkan bernilai RM169.6 juta pada tahun 2010

sahaja.

Baka Perikanan

7. Sejumlah 2.8 bilion benih ikan terutamanya ikan marin yang bernilai RM8.4 bilion telah

diimport pada tahun 2010 iaitu 50% daripada keperluan benih untuk akuakultur

negara. Kadar pertumbuhan purata pengeluaran akuakultur negara yang telah

dicatatkan untuk tempoh tahun 2001 hingga 2010 adalah sebanyak 8.68%.

8. Penghasilan benih berkualiti, konsisten, mencukupi dan bebas penyakit merupakan

faktor utama yang telah menjejaskan produktiviti akuakultur secara menyeluruh.

Ternakan ikan marin terutamanya masih bergantung kepada sumber benih yang

diimport. Justeru itu, langkah untuk membangunkan baka benih berteraskan

bioteknologi genetik dan sains ternakan bercirikan bebas penyakit, ketahanan

penyakit, cepat membesar dan tahan perubahan cuaca adalah sangat penting untuk

menyokong pembangunan industri akuakultur negara.

Cabaran Utama

9. Cabaran utama industri benih Negara ialah perlu memastikan kedapatan benih yang

berkualiti dan mengikut kehendak pasaran. Bagi mencapai tahap tersebut, benih-benih

baru harus dihasilkan melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Selain

kekangan daripada peringkat pengeluaran, terdapat juga isu penguatkuasaan di mana

tiada akta atau peraturan bagi mengawal kualiti benih yang dikeluarkan di dalam

Page 3: FACT SHEET - moa.gov.mySheet_Msyrt+Be… · 21 Nov 2011, Isnin 3 negara dan juga benih yang diimport. Peraturan kuarantin sedia ada hanya mengawal kualiti benih dari aspek perosak

21 Nov 2011, Isnin 3

negara dan juga benih yang diimport. Peraturan kuarantin sedia ada hanya mengawal

kualiti benih dari aspek perosak dan penyakit bawaan biji benih sahaja dan kurangnya

penglibatan sektor swasta dalam industri ini.

Industri Benih di Bawah NKEA Pertanian

10. Makmal Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) telah mengenal pasti industri benih

sebagai industri yang mampu menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI)

sebanyak RM467 juta pada tahun 2020. Disasarkan dalam tempoh 10 tahun (2011-

2020) melalui pemantapan penyelidikan dan pembangunan (R&D), bioteknologi

pertanian dan pembiakbakaan akan dapat menghasilkan varieti superior dan berkualiti

tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran negara dan global. Permintaan benih

berkualiti di masa hadapan bukan sahaja tertumpu kepada meningkatkan produktiviti

hasil dan ketahanan terhadap penyakit, juga merangkumi aspek nilai pemakanan.

11. NKEA bagi sektor pertanian melalui Entry Point Project 14 (EPP 14) telah menyatakan

keperluan penubuhan NSC yang bertindak sebagai penggerak dan penyelaras kepada

semua pemain industri benih yang terdiri daripada pelbagai disiplin. Berdasarkan

keperluan tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengambil

tanggungjawab untuk menubuhkan Majlis berkenaan.

Skop Benih Di Bawah NSC

12. Benih pertanian di bawah NSC dihadkan kepada benih atau baka tanaman, ternakan

dan perikanan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani. Ianya merangkumi benih tanaman (termasuk biji benih dan anak benih klon yang

dihasilkan melalui pembiakan vegetatif atau kultur tisu), baka ternakan (termasuk semen

dan embrio), benih perikanan dan bahan genetik untuk tanaman, ternakan dan

perikanan.

Potensi Industri Benih Negara

13. Malaysia mempunyai banyak kekuatan atau potensi untuk membangunkan industri benih

dengan jayanya berdasarkan fakta-fakta berikut iaitu pasaran dalam negeri yang

terjamin bagi memenuhi keperluan tempatan, pasaran luar negara yang luas dan boleh

diterokai, memanfaatkan agro-iklim yang sesuai untuk pengeluaran benih

sepanjang tahun dan kekayaan biodiversiti tanaman tropika khususnya bagi

penghasilan benih tanaman hibrid generasi F1.

Page 4: FACT SHEET - moa.gov.mySheet_Msyrt+Be… · 21 Nov 2011, Isnin 3 negara dan juga benih yang diimport. Peraturan kuarantin sedia ada hanya mengawal kualiti benih dari aspek perosak

21 Nov 2011, Isnin 4

Keahlian NSC

14. NSC akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada:

(i) Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA);

(ii) Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI);

(iii) Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);

(iv) Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan MOA;

(v) Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (DOA);

(vi) Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS);

(vii) Ketua Pengarah Jabatan Perikanan (DOF);

(viii) Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI);

(ix) Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP);

(x) Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA);

(xi) Setiausaha Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan (ITTP), MOA;

(xii) Wakil Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak;

(xiii) Wakil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah;

(xiv) Wakil daripada National Seed Association Malaysia (NSAM);

(xv) Wakil daripada industri berkaitan benih bagi sektor ternakan;

(xvi) Wakil daripada industri berkaitan benih bagi sektor perikanan;

(xvii) Presiden/Wakil daripada Biotechnology Corporation Sdn Bhd. (Biotechcorp);

(xviii) Ahli-ahli lain yang akan dijemput dari semasa ke semasa mengikut keperluan;

dan

(xix) Urus setia : Bahagian Khidmat Sokongan dan Pembangunan Industri (KSI),

MOA.

Fungsi NSC

15. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang akan menentukan dasar dan hala tuju strategik

industri benih negara, meluluskan dan memantau pelaksanaan pelan tindakan

pembangunan industri benih negara, menyelaras pelaksanaan pembangunan industri

benih negara yang melibatkan pihak Jabatan/Agensi Kerajaan, Kerajaan negeri dan

swasta, menentukan Akta/peraturan diwujudkan, mengawal kualiti benih di pasaran

serta mengesyorkan supaya undang-undang pelesenan harta intelektual digubal bagi

tujuan melindungi IP baka baru, mengawal selia pembangunan industri benih melalui

peraturan-peraturan dan garis panduan yang berkaitan, mengkaji dan meluluskan

perakuan Jawatankuasa Teknikal Benih termasuk meluluskan benih yang disyorkan

untuk Senarai Benih Nasional, menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam

pengeluaran benih dan menggalakkan pelaburan dalam R&D bagi benih baru serta

Page 5: FACT SHEET - moa.gov.mySheet_Msyrt+Be… · 21 Nov 2011, Isnin 3 negara dan juga benih yang diimport. Peraturan kuarantin sedia ada hanya mengawal kualiti benih dari aspek perosak

21 Nov 2011, Isnin 5

membangunkan keupayaan teknikal yang mantap. NSC akan bersidang sebanyak dua

(2) kali setahun.

Pelan Tindakan

16. Pelan tindakan akan dibangun berlandaskan keperluan berikut iaitu memastikan

bekalan benih mencukupi bagi memenuhi kegunaan dalam negara, memastikan

kedapatan benih varieti superior mengikut kehendak pasaran, menghasilkan dan

mengeluarkan benih-benih baru melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)

dan mengawal kualiti benih yang dikeluarkan dalam negara dan diimport melalui

pelaksanaan Skim Pengesahan Bahan Tanaman secara sukarela sebelum

penguatkuasaan Akta Kualiti Benih Tanaman.

Pelan tindakan ini terdiri daripada pelan tindakan jangka pendek dan pelan tindakan

jangka panjang.

(i) Pelan Tindakan Jangka Pendek

17. NSC akan disokong Jawatankuasa Penyelaras Benih Kebangsaan dan tiga (3)

Jawatankuasa Teknikal Benih telah dibentuk iaitu Jawatankuasa Teknikal Benih

Tanaman yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Jawatankuasa

Teknikal Benih Ternakan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan

Perkhidmatan Veterinar dan Jawatankuasa Teknikal Benih Perikanan pula

dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perikanan. Jawatankuasa Teknikal ini

akan kekal sebagai Jawatankuasa Teknikal setelah NSC ditubuhkan.

(ii) Pelan Tindakan Jangka Panjang

18. Bagi pelan tindakan jangka panjang, Akta-akta bagi menyelaras tujuan

penguatkuasaan industri benih seluruh negara akan digubal dan diwujudkan. Majlis

akan menentukan sama ada untuk mewujudkan tiga (3) Akta / Peraturan baru bagi

setiap subsektor secara berasingan yang dikenali sebagai Akta Kualiti Benih Tanaman,

Peraturan Benih Ternakan dan Peraturan Benih Perikanan. NSC juga akan menubuhkan

Jaringan Benih Kebangsaan di mana ia berfungsi sebagai landasan kepada pemain

industri dalam negara bagi mengadakan kerjasama dalam menyelaras dan

melengkapkan rantaian pengeluaran benih selain berkongsi dan bertukar maklumat

melalui penyertaan persidangan atau seminar yang diadakan.

Page 6: FACT SHEET - moa.gov.mySheet_Msyrt+Be… · 21 Nov 2011, Isnin 3 negara dan juga benih yang diimport. Peraturan kuarantin sedia ada hanya mengawal kualiti benih dari aspek perosak

21 Nov 2011, Isnin 6

19. Di peringkat antarabangsa pula, Majlis ini berperanan untuk menjalinkan kerjasama

dengan institusi penyelidikan pertanian antarabangsa seperti Consultative Group on

International Agricultural Research (CGIAR) dan International Rice Research Institute

(IRRI). Tumpuan kerjasama adalah mengenal pasti dan membangunkan penanda

(markers) untuk trait yang diperlukan bagi subsektor tanaman, ternakan dan perikanan.

Melalui pendekatan tersebut, Center of Marker Discovery and Validation (CMDV) yang

ditubuhkan dapat mempromosikan perkhidmatannya di peringkat global. Jalinan

kerjasama ini dapat meningkatkan capaian sumber genetik untuk tujuan

pembiakbakaan.

Kesimpulan

20. Industri benih di Malaysia adalah satu industri yang sangat berpotensi untuk

dibangunkan sebagai sumber kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bagi

membangunkan industri benih negara, pelaksanaan pelan tindakan jangka pendek

dan jangka panjang akan dapat meningkatkan keupayaan negara untuk memastikan

kedapatan benih berkualiti dan mencukupi untuk kegunaan dalam negara,

mengurangkan pengimportan dan meningkatkan eksport benih. Oleh itu, penubuhan

NSC yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menjadi

kunci utama dalam menentukan hala tuju industri benih negara.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA Tel : 03-8870 1431/1373 Email : [email protected]