Faedah

5
Faedah/kebaikan sukan : 1. Individu Kesihatan seseorang itu semakin bertambah baik Sukan merupakan aktiviti riadah untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Dewasa ini, masyarakat berhadapan dengan pelbagai ‘penyakit moden' seperti kolesterol, darah tinggi dan sebagainya akibat tabiat pemakanan dan kurang bersenam. 'otak yang baik terletak di badan yang sihat'. Jika badan dan otak sihat maka selesalah melakukan apa juga pekerjaan dan kegiatan. Kerja yang dihasilkan juga akan lebih berkualiti dan mantap. Kini remaja semakin obsess dengan gajet: selfie dll Menghilangkan tekanan Sebagai remaja, mereka dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi sama ada di sekolah mahupun di rumah Bersukan mampu menghindarkan remaja dari tekanan di samping berupaya memberikan ketenangan jiwa khususnya kepada remaja. Remaja boleh melakukan aktiviti sukan lasak mahupun aktiviti padang, berbasikal,berenang untuk mengisi minda dengan perkara-perkara yang positif. 2. Masyarakat Mengeratkan hubungan yang rapat antara kaum . semangat perpaduan dan integrasi nasional kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping

description

faedah

Transcript of Faedah

Page 1: Faedah

Faedah/kebaikan sukan :1. Individu

Kesihatan seseorang itu semakin bertambah baik

Sukan merupakan aktiviti riadah untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Dewasa ini, masyarakat berhadapan dengan pelbagai ‘penyakit moden' seperti kolesterol, darah tinggi dan sebagainya akibat tabiat pemakanan dan kurang bersenam. 'otak yang baik terletak di badan yang sihat'. Jika badan dan otak sihat maka selesalah melakukan apa juga pekerjaan dan kegiatan. Kerja yang dihasilkan juga akan lebih berkualiti dan mantap. Kini remaja semakin obsess dengan gajet: selfie dll

Menghilangkan tekanan Sebagai remaja, mereka dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi sama ada di sekolah mahupun di rumahBersukan mampu menghindarkan remaja dari tekanan di samping berupaya memberikan ketenangan jiwa khususnya kepada remaja.Remaja boleh melakukan aktiviti sukan lasak mahupun aktiviti padang, berbasikal,berenang untuk mengisi minda dengan perkara-perkara yang positif.

2. MasyarakatMengeratkan hubungan yang rapat antara kaum . semangat perpaduan dan integrasi nasional

kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.

Page 2: Faedah

3. Negara:Memartabatkan negara

Para remaja yang mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa dapat mengangkat imej dan martabat negara.Penglibatan remaja dalam sukan amat membanggakan sehingga kini wujud ramai atlet dalam kalangan remaja, misalnya Hafiz Hashim, Shalin Zulkifli, Nicole Ann David.Remaja perlulah menyeimbangkan antara sukan dan pelajaran supaya cemerlang kedua-duanya.

Mengaut keuntungan Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan sebagai dana untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing dengan negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih banyak memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara.

KEBURUKAN SUKAN:1. Individu2. Prestasi individu

akan terjejas(pelajar)

3.

Kita sedar bahawa sesetengah acara sukan amat berbahaya dan mengancam nyawa. Hal ini terbukti apabila para atlet mengalami kecederaan yang serius selepas sesuatu pertandingan. Keadaan ini jelas kelihatan dalam sukan tinju dan gusti. Walaupun sukan ini dapat meningkatkan daya tahan para peninju dan ahli gusti, namun mereka menghadapi risiko yang tinggi untuk mendapat kecederaan akibat terkena tumbukan dan pukulan daripada pihak lawan. Kecederaan yang didapati mungkin menyebabkan mereka cacat seumur hidup. Nasib malang seperti ini telah menimpa seorang bekas juara tinju dunia yang terkenal pada suatu ketika dahulu iaitu Mohamed Ali. Penyakit yang dideritainya sekarang adalah akibat kecederaan pada otaknya kerana terlalu kerap menerima tumbukan. Menurut perangkaan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara, ahli sukan yang yang terlibat dengan jenis sukan seperti tinju, gusti,

Page 3: Faedah

karate, tae-kwon-do, dan ski, mempunyai 80 peratus kemungkinan untuk mendapat kecederaan yang parah. Kemalangan yang berlaku mungkin akan mengakibatkan kecederaan yang teruk dan kekal atau sekali gus membawa maut walaupun mereka mengambil langkah-langkah keselamatan dengan memakai jeket keselamatan, topi tahan hentakan, dan sebagainya.

4. masyarakatmewujudkan permusuhan dalam masyarakat

Lazimnya orang mengatakan sukan mengeratkan persahabatan. Namun pernyataan itu tidak dapat diterima lagi pada hari ini. Hal ini demikian kerana sukan juga boleh membawa permusuhan, pergaduhan , dan perkelahian. Biasanya pihak yang menang dalam sesuatu pertandingan akan dipuja manakala pihak yang kalah akan dikritik. Keadaan ini akhirnya menimbulkan perasaan dendam dan pergaduhan mungkin tidak dapat dielakkan kerana masing-masing ingin melepaskan kemarahan. Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi apabila penonton atau penyokong turut serta dalam persengkitaan yang berlaku. Hal ini boleh mencetuskan satu rusuhan yang besar. Peristiwa pergaduhan seperti ini telah beberapa kali kita lihat dipaparkan melalui media massa seperti yang sering terjadi di negara-negara barat malah di negara kita juga kita pernah melihat pengadil bola sepak dipukul kerana penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil tersebut. Walaupun terdapat pasukan keselamatan mengawal keadaan pada sepanjang perlawanan, namun jumlah penonton yang terlalu banyak itu menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua ini berpunca daripada sukan.

Negara :Wujud aktiviti rasuah –ekonomi