faedah-faedah berkawan

5
Baca contoh berita di bawah ini. Klinik UPSR SK Taman Pantai Sepang Putra SEPANG, Ahad – Sebanyak 100 orang murid telah mengikuti Program Klinik UPSR yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Program yang pertama kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Menurut Guru Besar sekolah tersebut Tuan Haji Mohd Nasir bin Miskam, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar di samping memberikan ketahanan fizikal dan mental . Program ini diadakan di Sungai Congkak, Hulu Langat selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Jun 2011. Para peserta program terdiri daripada murid-murid tahun lima. Program ini diadakan sebagai persediaan kepada murid-murid menghadapai UPSR 2012. “Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman,” kata adik Azman bin Hashim salah seorang peserta program. “ Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana membuat persiapan awal kepada murid-murid tahun lima untuk menghadapai UPSR 2012,” kata Encik Nor Ikhsan, bapa salah seorang peserta yang ditemui pada hari penutup program. Program ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG , Dr. Sargini bin Hasan. Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka akan diadakan secara berterusan. Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana.

Transcript of faedah-faedah berkawan

Page 1: faedah-faedah berkawan

Baca contoh berita di bawah ini.

Klinik UPSR SK Taman Pantai Sepang Putra

SEPANG, Ahad – Sebanyak 100 orang murid telah mengikuti Program Klinik UPSR yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Program yang pertama kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut Guru Besar sekolah tersebut Tuan Haji Mohd Nasir bin Miskam, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar di samping memberikan ketahanan fizikal dan mental .

Program ini diadakan di Sungai Congkak, Hulu Langat selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Jun 2011. Para peserta program terdiri daripada murid-murid tahun lima. Program ini diadakan sebagai persediaan kepada murid-murid menghadapai UPSR 2012.

“Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman,” kata adik Azman bin Hashim salah seorang peserta program.

“ Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana membuat persiapan awal kepada murid-murid tahun lima untuk menghadapai UPSR 2012,” kata Encik Nor Ikhsan, bapa salah seorang peserta yang ditemui pada hari penutup program.

Program ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG , Dr. Sargini bin Hasan. Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka akan diadakan secara berterusan.

Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana.

Apa ?

Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.

Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

Bila ? Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.

Page 2: faedah-faedah berkawan

Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

Di mana ? Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu

hendaklah ditulis dengan penuh.Siapa ?

Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.

Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis. Adakalanya umur juga perlu ditulis .Mengapa ? mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlakusebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau

‘belum ada bukti’.Bagaimana? menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa

Panduan Menjawab Bahagian C

· Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti· Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni, · amalan baik, faedah atau pengajaran.· Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang · terdapat dalam petikan.· Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.· Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda · baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan

Page 3: faedah-faedah berkawan

Faedah-faedah berkawan

Isi:1.mendapat pelbagai maklumat2.meningkatkan hubungan silaturahim3.meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar4.dapat membantu kita sewaktu kita mengalami masalah

(AR) Pepatah Melayu menyatakan, “berkasih biar satu, berkawan biar seribu”. (AR) Hal ini jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan berkawan dengan seberapa banyak yang mungkin. (AR) Apabila kita mempunyai banyak kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung atau sebatang kara. (AR) Orang yang tidak mempunyai banyak kawan atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang. (AA) Sebenarnya, banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai banyak kawan kerana jauhari sahaja yang mengenal manikam.

(AJ) Satu daripada faedahnya ialah kita akan mendapat pelbagai maklumat. (AH) Jika kita akan menghadapi peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari. (AC) Sebagai contohnya, kita boleh bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan melalui e-mel. (AP) Melalui cara ini, maklumat yang akan kita peroleh bertambah lebih-lebih lagi dalam era ini pelbagai maklumat terletak di hujung jari.

Selain itu, (AJ) kawan yang banyak akan meningkatkan hubungan silaturahim. (AH) Apabila kita berkawan dengan banyak orang, hubungan kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra. (AC) Sebagai contohnya, kita hendaklah berkawan dengan semua pelajar, guru, kakitangan sekolah, dan sebagainya. (AP) Apabila kita berkawan, kita akan dapat meningkatkan hubungan silaturahim selain kita dapat mengetahui pelbagai ragam manusia kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragamnya.

Seterusnya, (AJ) kita akan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar. (AH) Di sekolah, terdapat pelbagai kaum. (AH) Jika kita berkawan dengan pelajar daripada kaum lain, kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih dekat. (AC) Sebagai contohnya, kita berpeluang untuk meraikan perayaan Deepavali, Tahun Baharu China, Krismas, dan sebagainya dengan mereka. (AP) Melalui cara ini, kita akan dapat meningkatkan hubungan yang baik sesama mereka selain kita dapat meningkatkan perpaduan di negara kita kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Bukan itu sahaja, (AJ) kawan akan dapat membantu kita sewaktu kita mengalami masalah. (AH) Kawan kita kemungkinan mempunyai kepandaian dalam mata pelajaran

Page 4: faedah-faedah berkawan

yang tidak kita kuasai. (AH) Oleh itu, kawan boleh membantu kita untuk menangani masalah tersebut. (AC) Sebagai contohnya, jika kita lemah dalam mata pelaaran Matematik, kita bolehlah meminta pertolongan daripada kawan kita yang bijak dalam Matematik. (AH) Pepatah Melayu mengatakan,”kemenyan sebesar lutut jikalau tidak dibakar manakan berbau.”. (AP) Oleh itu, kita hendaklah mencari kawan yang boleh membantu atau menolong kita, dan bukannya yang membawa kita ke lembah kehinaan.

Kesimpulannya, (A Ksmpln) kita hendaklah sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah atau di luar sekolah. (A Cdgn) Namun demikian, kita hendaklah berhati-hati, iaitu ingat sebelum kena, jimat sebelum habis kerana kawan yang baik akan membawa kita ke syurga, manakala kawan yang jahat akan membawa kita ke neraka. (A Cdgn) Oleh hal yang demikian, pandai-padailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan kaca. (A Pnln) Jika kita bijak memilih kawan, masa depan kita akan lebih bersinar dan bercahaya.