Fahami sistem perkumuhan

download Fahami sistem perkumuhan

of 2

Transcript of Fahami sistem perkumuhan

Fahami sistem perkumuhanOleh Nor Faizah Mohamed [email protected]

GAYA hidup kurang sihat, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan sibuk dengan pelbagai aktiviti mulai menjadi rutin biasa dalam kalangan wanita zaman ini. Atas beberapa faktor itu, makin ramai wanita yang tidak begitu mementingkan kesihatan dirinya kerana berasakan perlu mengutamakan perkara lain hingga membuatkan tubuh lama-kelamaan memberontak dan lesu memandangkan sistem dalamannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Minum air secukupnya adalah antara amalan kesihatan yang sering diabaikan wanita dan lelaki, hingga lamakelamaan menyebabkan tubuh rasa tidak selesa kerana kekurangan air dalam badan dan sukar membuang air besar. Rata-rata masyarakat negara ini pernah atau sering mengalami masalah itu malah melarat sehingga mendatangkan masalah sembelit, namun tidak gemar membincangkannya kerana ia dianggap isu tabu.

Menurut Pengurus Produk Boehringer Ingelheim Malaysia Sdn Bhd, Pan Nyok Nee, keba nyakan daripada kita mengang gap perkara ini sebagai isu remeh lalu tidak mengejutkan apabila ramai yang tidak tahu apa bagaimana proses pembuangan air besar yang normal.

Ramai yang menderita dalam senyap kerana mereka malu untuk meminta bantuan apabila mengalami masalah ini. Keba nyakan kita juga yang percaya proses pembuangan yang normal sekali sehari, tetapi ia sebenarnya bergantung kepada sistem perkumuhan tubuh seseorang. Namun, seseorang itu boleh dianggap mengalami masalah itu hingga sembelit apabila kurang tiga kali membuang air besar dalam seminggu dan apabila lebih tiga kali sehari pula mung kin seseorang itu mengalami cirit-birit. Semuanya bergantung kepada keadaan dalam tubuh individu kerana setiap manusia mempu nyai kitaran atau proses pembuangan air besar berbeza. Justeru, kita perlu faham apa sebenarnya yang diperlukan tubuh bagi membolehkan sistem perkumuhan itu berjalan lancar, ujarnya. Kata Pan, selain menggunakan cara biasa iaitu meningkatkan pengambilan air dalam diet seharian dan makan buahbuahan dalam kadar yang banyak, mengambil makanan tambahan seperti serat turut digalakkan bagi membantu memudahkan proses itu. Berdasarkan kenyataan kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), minimum pengambilan serat dalam sehari ialah antara 25 hingga 30 gram, tetapi saya percaya ramai dalam kalangan kita hanya mengambil separuh atau suku daripada jumlah itu dalam diet seharian. Jadi, selain sayuran dan buah-buahan, kita boleh cuba me ngambil makanan atau minuman tambahan yang mengandungi kandungan serat tinggi bagi menggalakkan proses pembua ngan air besar yang sepatutnya, kata Pan. Salah satu makanan tambahan bagi membantu usus melicinkan lagi proses perkumuhan menerusi pembuangan air besar ialah Dulcofibre yang mengandungi 100 peratus serat larut semula jadi. Dulcofibre adalah makanan tambahan yang bukan saja sesuai untuk membantu melawaskan pembuangan air besar setiap hari, malah membantu mengekalkan imbangan semula jadi flora usus dengan membaiki penghadaman dan bertindak sebagai prebiotik untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman. Hasil kajian klinikal menunjukkan bahawa serat larut glukomanan dalam Dulcofibre turut membantu menggalakkan

tahap kolesterol dan glukosa darah yang baik. Serat larut glukomanan itu diperoleh daripada sejenis pokok ubi Asia dikenali amorphophallus konjac (dalam keluarga araceae) dan boleh menyerap lebih air berbanding serat biasa. Ternyata, keupayaan Dulcofibre menyerap lebih banyak air mampu meningkatkan pengumpulan najis yang seterusnya membantu pembuangan air besar secara tetap. Selain itu, kajian lain juga menunjukkan kecekapan glukomanan dalam pengurusan berat badan, khususnya apabila digabungkan bersama senaman secara tetap dan amalan diet yang sihat. Selain mengambil Dulcofibre, kami juga menggalakkan pelanggan mengamalkan gaya hidup sihat dan seimbang. Pengambilan makanan daripada bijian penuh seperti bijirin dan bran serta buah-buahan dan sayuran-sayuran yang kaya dengan serat membolehkan Dulcofibre berfungsi dengan lebih baik, kata Pan. Dulcofibre boleh diminum dua kali sehari dan perlu diambil sebelum makan. Ambil sepaket Dulcofibre lalu dibancuh bersama air yang bersuhu sederhana. Kacau sehingga seluruh kandu ngan larut dan minum dengan segera. Apabila dibancuh dengan air, Dulcofibre menjadi minuman berperisa oren mandarin yang menyelerakan. Pada harga RM46, Dulcofibre mengandungi 20 paket bagi sekotak dan boleh didapati di kedai farmasi utama seluruh negara.

http://www.hmetro.com.my/articles/Fahamisistemperkumuhan/Article