Faisal Saeed, 1982-2016...Sistem Pengurusan Bisnes Dalam Talian (Aaliff Empayar) Mohamad Fazlee...

83

Transcript of Faisal Saeed, 1982-2016...Sistem Pengurusan Bisnes Dalam Talian (Aaliff Empayar) Mohamad Fazlee...

  • Cetakan Pertama/First Printing 2017

    Hak Cipta Universiti Teknologi Malaysia/

    Copyright Universiti Teknologi Malaysia, 2017

    All rights reserved. No part of this proceedings may be reproduced, stored in a retrieval system or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical,

    photocopying, recording or otherwise, without prior permission of Faculty of Computing, Universiti Teknologi Malaysia.

    Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing -in- Publication Data

    Faisal Saeed, 1982-2016

    Inovasi dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran

    ISBN: 978-967-0194-96-7

    (Jilid 2)

    Editors: Faisal Saeed, Ruhaidah Samsudin, Siti Hajar Othman, Nadhmi

    A.Jalil Gazem, Johan Sharif

    Cover Design: Nadhmi A.Jalil Gazem

    Diterbitkan di Malaysia oleh

    Fakulti Komputeran

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    81310, JOHOR BAHRU, JOHOR, MALAYSIA

    http://comp.utm.my

  • i

    PRAKATA

    Kali inidengansukacitanyakamimenerbitkanJilidke-2prosidingkamiyangbertajuk“Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran". Prosiding ini adalahmerupakankoleksikertas-kertaskerjahasildaripadaProjekSarjanaMuda(PSM)yangdihasilkanolehpelajar-pelajartahunakhirdiFakultiKomputeran,UniversitiTeknologiMalaysia bagi tahun pengajian sessi 2016/2017. Adalahmenjadi harapan kami agarprosiding ini akan berjaya diterbitkan setiap tahun. Ini adalah bagi menggalakkansemangatpelajar-pelajarIjazahSarjanaMudaFakultiKomputeranuntukmenerbitkandanberkongsipenemuan terbarumerekasertauntukmeningkatkankemahirandankepakaranpenyelidikanpelajar-pelajarini.

    Sepertimana Jilid yang pertama (Jilid 1), prosiding kali ini juga telah menampilkankoleksikertaskerjapelajaryangdipilihdaripelbagaikursuspengajiansarjanamudadiFakulti Komputeran. Kertas-kertas kerja yang diterbitkanmenyampaikan topik yangberlainan mengenai teknologi komputeran terkini dan memaparkan bagaimanapenyelesaian inovatif dapat menghasilkan aplikasi yang berguna untuk kehidupansehariankita.

    Kami berharap agar topik dan aplikasi yang dibincangkan dalam prosiding kali inidapat memberi manfaat kepada semua. Di samping itu, saya ingin mengucapkanterima kasih kepada lembaga penerbit (editorial), pemeriksa, penyelia pelajar, danpelajaratassumbanganyangdiberikanmerekadalammenerbitkanprosidingkaliini.

    Terimakasih.

    FAISALSAEED

    KetuaEditor

  • ii

    Prosiding Fakulti Komputeran

    Inovasi dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran

    ISBN 978-967-0194-96-7

    KANDUNGAN Halaman

    Sains Komputer (Rangkaian Dan Keselamatan Komputer), SCSR

    1

    EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

    Abdul Afiq Asyrani Abdul Halim, Mohd Aizaini Maarof

    2

    Sistem Pendaftaran Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu

    Farah Adilla Abdul Latip, Lizawati Mi Yusuf

    10

    Sistem Pengurusan Bisnes Dalam Talian (Aaliff Empayar)

    Mohamad Fazlee Razak, Lizawati Mi Yusuf

    15

    Sistem Pengurusan Asrama Kolej 9 dan 10 UTM Secara Atas Talian

    Diyana Zainal Rashidi, Siti Hajar Othman

    22

    Sistem Permohonan Pinjaman Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA)

    Nur Najmina Khoiruddin, Lizawati Mi Yusuf

    28

    Sistem Perancangan Temujanji Bersama Pensyarah Berasaskan Aplikasi Android

    Nursyahira Mohd Yazid, Noorfa Haszlinna Mustaffa

    37

  • iii

    Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

    Nurfaziana Saifulamri, Siti Hajar Othman

    42

    Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian ),

    SCSJ

    49

    Aplikasi Hibrid Ekopelancongan UTM

    Akmal, and Shahliza Abd Halim

    50

    Sistem Penasihatan Kerjaya Berdasarkan Personaliti STIFIn

    Nor Ziha binti Salikin, dan Zalmiyah binti Zakaria

    54

    Aplikasi Penjagaan Kereta Proton

    Siti Noor Suhana binti Jamil and Mohamad Ashari bin Alias

    62

    Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Grafik & Multimedia)

    SCSV

    68

    Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

    Nur Husna Sukri, Suriati Sadimon

    69

    Aplikasi Pencarian Sekolah dengan Peta Interaktif

    Siti Naquiah Arbangin, Aida Ali ,Mohd Razak Samingan

    74

  • 1

    SCSR Sains Komputer (Rangkaian Dan Keselamatan Komputer)

  • 2

    EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

    1AbdulAfiqAsyraniBinAbdulHalim,2MohdAizainiMaarof1,2

    Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310, Johor Bharu, Johor, Malaysia

    {[email protected], [email protected]}

    Abstrak. Teknologi dengan kehidupan zaman sekarang tidak dapat dipisahkan. Teknologi sudah menjadi keperluan dan dan bukan lagi kemahuan. Di zaman teknologi ini internet menjadi satu keperluan, bahkan ada yang tidak boleh hidup tanpa internet. Dengan kemajuan yang ada, peluang melakukan perniagaan di alam maya semakin menjadi ikutan. Tidak mengenal erti usia bahkan pelajar yang masih menuntut juga mampu untuk melakukan perniagaan. Ramai yang melakukan perniagaan kecil-kecilan untuk mencari wang alternatif dalam talian. Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sahaja terdapat berbagai iklan yang ditampal merata-rata untuk mempromosikan servis yang ditawarkan. Kerana ketiadaan iklan sepusat yang disediakan oleh pihak UTM, kebanyakan iklan di UTM menggunakan kertas yang ditampal merata-rata yang boleh merosakkan keindahan alam sekitar dan tidak terurus. Oleh itu, sebuah aplikasi pengiklanan dibangunkan iaitu EzzyKan. Aplikasi ini memdudahkan pengguna untuk mengiklankan servis yang mereka sediakan. Untuk membangunkan aplikasi ini, JavaScript digunakan sebagai bahasa utama sistem ini. Persekitaran yang digunakan adalah persekitaran Android. Untuk pelayan utama pula ialah menggunakan Heroku dan pengkalan data pula menggunakan MongoDB. Dengan terhasilnya aplikasi ini diharap warga UTM mampu menjalankan perniagaan dengan mudah dan sistematik.

    Kata Kunci: Aplikasi EzzyKan, Warga UTM, Android, Iklan.

    1 Pendahuluan

    Di zaman yang serba canggih ini, perkembangan teknologi dan sains yang berkembang sangat pesat telah mengubah cara hidup masyarakat dalam melakukan urusan jual beli mahupun pengiklanan perkhidmatan yang disediakan. Perkembangan teknologi yang pesat ini banyak memberikan kebaikan terhadap masyarakat kerana segala urusan dapat dilakukan dengan pantas dan mudah serta menggunakan kos yang sangat rendah. Antaranya adalah perkhidmatan pengiklanan secara atas talian.

    Pengiklanan atau penawaran servis yang dilakukan pada ketika ini adalah dengan menampal poster di bangunan-bangunan sekitar UTM yang kadangkala menyakitkan mata yang melihat kerana poster yang ditampal tidak tersusun. Dengan penggunaan kertas yang banyak ini akan menggalakan penebangan pokok dan akan menyumbang kepada pemanasan global. Selain itu, pengiklanan yang tidak sepusat ini tidak akan mencapai objektif penjual untuk menyampaikan atau mempromosi perniagaan atau servis yang ditawarkan. Dengan adanya aplikasi ini para pengguna iaitu penjual dapat mempromosikan perniagaan atau servis yang ditawarkan. Selain itu, pembeli hanya perlu mencari servis yang dikehendaki di hujung jari sahaja.

    Oleh itu, aplikasi EzzyKan dicadangkan dan aplikasi ini merupakan sebuah aplikasi yang dapat memberikan kemudahan kepada warga UTM yang ingin mengiklankan produk atau servis yang mereka tawarkan tanpa kos yang tinggi. Aplikasi ini hanya diuji oleh pelajar UTM. Pada masa akan datang, aplikasi ini akan diuji di luar dari persekitaran UTM.

  • 3

    2 Metodologı Dan Rekabentuk

    2.1 Metodologi Pembangunan Sistem

    Metodologi prototaip telah dipilih untuk digunakan sebagai panduan untuk membangunkan aplikasi ini. Hal ini kerana dengan menghasilkan prototaip, ia akan membantu untuk mengkaji keperluan asas pengguna terhadap aplikasi yang dibangunkan maka komponen-komponen di dalam aplikasi dapat diubah dan ditambah baik supaya dapat memuaskan hati pengguna. Proses prototaip terdiri daripada proses pembangunan satu sistem percubaan atau eksperimen dengan cepat dan murah untuk dinilai oleh pengguna akhir (Laudon & Laudon 1997). Model ini adalah strategi pembangunan sistem yang mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam strategi pembangunan Model Air Terjun, iaitu ia membenarkan pemeriksaan dan verifikasi yang berulang berlaku jika terdapat sebarang perubahan keperluan sistem dan pengguna. Rajah 1 menunjukkan carta aliran metodologi prototaip.

    Rajah. 1. Antaramuka Utama Sistem Pengurusan Kolej 9 dan 10

    2.2 Modul dan Keperluan Sistem

    Aplikasi ini menggunakan kaedah permodelan Unified Modelling Language atau UML, ia merupakan satu bahasa permodelan piawai yang digunakan untuk implementasi sistem bagi menjayakan sesebuah metodologi. Ia digunakan untuk menentukan, menggambarkan, membina dan mendoumentasikan sistem perisian. UML merupakan satu notasi yang mewakili rekabentuk berorientasikan objek dan juga adalah gabungan beberapa model dan rajah yang akan membentuk satu modfel perwakilan iaitu Konsep Permodelan Data, Permodelan Perniagaan, Permodelan Objek dan juga Permodelan Komponen.UML terbahagi kepada tiga jenis model iaitu Rajah Jujukan, Rajah Kes Guna, dan juga Rajah Kelas [3].

    Rajah Kes Guna digunakan untuk menyimpulkan interaksi antara peranan yang digelar aktor dan dan sistem untuk mencapai matlamat. Terdapat dua jenis aktor iaitu administrator dan pengguna. Diantara dua actor ini terdapat lima jenis modul yang terlibat di dalam perjalan aplikasi ini iaitu modul log masuk, modul status, modul penjual, modul produk, dan modul pengguna. Rajah 2 menunjukkan rekabentuk modul dan keterangan untuk rekabentuk modul adalah seperti di dalam Jadual 1.

  • 4

    Rajah 2. Rekabentuk Modul

    Jadual 1. Keterangan Rekabentuk Modul

    Modul HuraianPendaftaran Moduluntukpengguna(admindanpengguna)untukmelakukan

    pendaftarandanlogmasukkedalamsistemmelaluiantaramukaapplikasi

    Status Moduluntukpenjualuntukmengemaskinistatuspesananpenggunadanjugamoduluntukpenggunauntukmenyemakstatuspesananmereka.

    Penjual Moduluntukpenjualuntukmengemaskini,memadam,ataumasukkanpenjualbarudanjugamoduluntukpelangganuntukmencarilebihbanyakmaklumatmengenaipenjualproduk.

    Produk Moduluntukpenjualuntukmengemaskini,memadam,ataumasukkanprodukbarudanjugamoduluntukpelangganuntukmenyemakimbasbagiprodukyangmerekainginmembeli.

    Pengguna Moduluntukpenggunauntukmelihatkedalamprofilmerekayangmenyimpanmaklumat-dirimerekadanmaklumatmengenaisejarahpesananmereka.

    3 Implementası Dan Pengujıan

    Di dalam aplikasi ini terdapat beberapa pengguna yang terlibat dan dengan penggunaan spesifik yang berbeza. Terdapat dua pengguna yang terlibat iaitu administrator (pentadbir) dan pengguna. Pengguna pula terbahagi kepada dua iaitu pengguna biasa ataupun penjual. Rajah 3 menunjukkan komponen-komponen hubungan yang terlibat antara para pengguna aplikasi, pelayan web, dan pangkalan data di mana setiap komponen mempunyai fungsi-fungsinya tersendiri. Dalam rajah ini juga, pelayan web adalah komponen yang memainkan peranan penting dalam sistem di mana ia akan menyediakan perkhidmatan atas talian supaya para

  • 5

    pengguna dapat menjalankan aktiviti jual beli. Pelayan web juga akan mengetatkan kawalan di mana hanya pengguna yang berdaftar sahaja boleh menggunakan sistem ini. Pangkalan data EzzyKan akan menyimpan data-data yang dimasukkan oleh para pengguna.

    Rajah 3: Rekabentuk Senibina Sistem

    3.1 Admin (Pentadbir)

    Pentadbir yang juga dikenali sebagai admin mempunyai kelebihan di mana mereka mendapat akses ke dalam bahagian tertentu di dalam sistem berbanding pengguna lain. Beberapa kes guna yang akan dilakukan oleh admin ialah:

    § Log Masuk § Melihat pelanggan yang telah berdaftar § Melihat penjual yang telah berdaftar § Menambah Admin

    3.2 Pengguna/Penjual

    Pengguna atau penjual umum merupakan actor yang memainkan peranan utama di dalam sistem. Mereka merupakan sasaran sistem ini dibangunkan dan akan menggunakan sistem ini. Beberapa kes guna yang akan dilakukan oleh pengguna/penjual ialah:

    § Pendaftaran § Log masuk § Lihat dan edit profil § Lihat sejarah jual beli § Membuat tawaran § Terima/tolak tawaran § Berbual dengan penjual

    3.3 Antaramuka aplikasi EzzyKan

    Antaramuka sesuatu aplikasi adalah satu medium komunikasi antara pengguna aplikasi dengan sistem tersebut. Pembangunan antaramuka yang menarik dan lebih mesra pengguna akan menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan sesuatu aplikasi itu. Dengan penggunaan platform Meteor yang menggunakan pengekodan web seperti HTML dan JavaScript

  • 6

    membolehkan antaramuka untuk paparan direkabentuk dengan kemas dan tersusun [1]. Rekabentuk antaramuka untuk aplikasi EzzyKan adalah seperti dalam rajah di bawah.

    Rajah 4: Antaramuka pendaftaran dan profil

  • 7

    Rajah 5: Antaramuka utama dan upload barang

    Rajah 6: Antaramuka senarai barang dan senarai berbual

    3.4 Keratan aturcara aplikasi EzzyKan

    Bahasa pengekodan utama yang telah digunakan dalam pembangunan aplikasi EzzyKan adalah JavaScript Dalam aplikasi ini, JavaScript antara tiga bahasa yang digunakan untuk membangunkan web termasuk HTML dan CSS. JavaScript digunakan untuk program kelakuan sesebuah web [2]. HTML pula digunakan untuk mentakrifkan kandungan web dan CSS sebagai susun atur web. Kemudian bahasa ini kepada persekitaran mobil menggunakan Node.js kemudian disimpan di dalam domain ezzykan.herokuapp.com. Rajah 7 menunjukkan keratin aturcara pendaftaran.

  • 8

    Rajah 7: Keratan aturcara pendaftaran

    4 Perbıncangan

    Setelah sistem dibangunkan, proses pengujian pengguna dilaksanakan untuk mendapat komen-komen daripada pengguna tentang sistem ini. Tujuan mengadakan pengujian pengguna adalah untuk mengesan ralat dan kekurangan yang berlaku dalam sistem. Hasil pengujian pengguna ini merupakan komen yang di terima oleh pengguna sama ada sistem dibangunkan memenuhi objektif dan skop. Sekiranya masih terdapat fungsi yang tidak dapat memenuhi kehendak pengguna, ianya akan dimasukkan kedalam senarai penambahbaikan terhadap sistem. Pada peringkat ini sistem ini masih dianggap baik oleh pengguna-pengguna.

    5 Pencapaian

    Pencapaian yang di diperolehi selepas lengkap melakukan laporan projek ini adalah membolehkan untuk menyiasat serta menganalisi masalah yang berlaku terhadap sistem semasa. Ia penting untuk mengkaji sistem semasa kerana pada peringkat awal untuk membangunkan sistem ini, ia memerlukan maklumat mengenai masalah tentang sistem semasa. Dengan membuat perbandingan terhadap aplikasi semasa, ia membolehkan untuk mencari kekuatan dan kelemahan untuk membangunkan sistem yang lebih baik. Dengan membandingkan metodologi, ia membolehkan untuk memilih metodologi yang terbaik untuk membangunkan projek ini. Disebabkan itu metodologi prototaip dipilih. Dengan itu objektif di dalam projek ini telah tercapai.

    Dalam proses menyiapkan pembangunan aplikasi EzzyKan, terdapat beberapa kekangan dan cabaran yang tidak dapat dielakkan. Salah satu kekangan yang dihadapi semasa membangunkan sistem ini ialah kekangan masa. Proses untuk mengkaji keperluan-keperluan yang akan digunakan serta keperluan yang diubah memakan masa yang agak lama sebelum bermulanya proses pembangunan sistem ini secara keseluruhan. Di samping itu, kekangan yang lainnya adalah seperti kekangan untuk belajar sesuatu yang baru. Oleh sebab aplikasi tempahan teksi ini dibangunkan di persekitaran mobil, ia perlu mempunyai satu server atas talian yang akan menghubungkan pengguna dan pengguna lain. Hal ini menyebabkan server atas talian perlu dipelajari dan diimplementasikan dalam aplikasi ini.Setelah kelemahan-kelemahan sistem dikenalpasti, ianya perlu dibincangkan supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hal

  • 9

    ini kerana untuk memudahkan pengkaji yang seterusnya dapat meningkatkan keupayaan sistem ini pada masa akan datang. Antara cadangan untuk penambahbaikan ialah kaedah pembayaran yang fleksibel dan mampu menerima sokongan kad kredit atau debit. Hal ini akan memudahkan pengguna untuk terus membeli barangan tanpa mengeluarkan tunai. Antara cadangan lain ialah agar aplikasi ini dapat berintegrasi dengan sosial media agar pengguna dapat melakukan promosi secara lebih meluas dengan pautan perkongsian ke atas media sosial.

    6 Kesimpulan

    Melalui kemudahan aplikasi ini, diharap ia akan memudahkan prosen pengiklanan atau pemasaran yang ingin dilakukan. Aplikasi ini memfokuskan kepada pengiklanan kerana ingin mewujudkan satu prospek pengiklanan sepusat agar ia menyeragamkan segala pengiklanan yang akan dilakukan di masa akan datang. Diharapkan pembangunan aplikasi ini dapat diteruskan untuk membantu para pengguna membuat pengiklanan secara lebih mudah dan sistematik.

    Rujukan

    1. Meteor Development Group (2017), https://en.wikipedia.org/wiki/Meteor_(web_framework) (Akses: 20.2.2017)

    2. Javascript (2017). https://en.wikipedia.org/wiki/JavaScript (Akses: 20.2.2017) 3. Unified Modelling Language (2017), https://en.wikipedia.org/wiki/Unified_Modeling_Language

    (Akses: 20.2.2017)

  • 10

    Sistem Pendaftaran Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu

    1FarahAdillaBintiAbdulLatip,2LizawatiMiYusuf1,2

    Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310, Johor Bharu, Johor, Malaysia

    {[email protected],[email protected]}

    Abstrak. Sistem Pendaftaran Kokurikulum sedia ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu dilaksanakan secara manual menyebabkan proses penyimpanan dan pengemaskinian data pelajar tidak efektif serta penjanaan laporan tidak tepat. Oleh itu, sistem yang berasaskan web dibangunkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sistem ini membolehkan proses pendaftaran dan pentaksiran markah pelajar dijalankan secara atas talian di mana data yang dimasukkan akan disimpan terus ke dalam pangkalan data. Sistem ini mempunyai fungsi penjanaan laporan dan penghantaran notifikasi yang akan dihantar melalui e-mel kepada pengguna yang terlibat. Metodologi kitaran hayat pembangunan sistem akan digunakan dalam pembangunan sistem ini. Sistem ini membolehkan data pelajar di akses pada bila-bila masa.

    Kata Kunci: Ko-kurikulum, Pendaftaran, Web

    1 Pendahuluan

    Aktiviti kokurikulum adalah kegiatan yang mewajibkan pelajar untuk melibatkan diri bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan dengan itu, sistem pengurusan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa kurikulum diperlukan di setiap sekolah

    Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu terletak di bahagian pendalaman timur Sabah. Sekolah ini dibina pada tahun 2003 dan telah dibuka secara rasminya pada 1 Ogos 2005 [1]. Sekolah ini mempunyai 52 orang guru, 14 orang kakitangan sokongan dan 505 murid yang terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Kegiatan kokurikulum di sekolah ini di uruskan oleh Penolong Kanan Kokurikulum. Sekolah ini mempunyai 9 kelab persatuan bawah kategori Unit persatuan dan kelab, 7 badan persatuan dalam kategori Unit Pakaian Seragam dan Unit sukan dan permainan yang terdiri daripada 9 kelab permainan.

    Sistem pengurusan aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu dijalankan secara manual. Oleh itu, sistem manual ini memberi kesukaran kepada guru-guru dalam proses pengurusan kokurikulum dan penjanaan laporan. Antara kelemahan sistem sedia ini termasuklah penyimpanan data pelajar tidak efektif, penjanaan laporan tidak tepat, masalah keselamatan data pelajar dan proses untuk pengemaskinian data pelajar memerlukan masa yang lama. Proses pengagihan pelajar bagi setiap kelab persatuan hanya dilakukan oleh Setiausaha Kokurikulum menyebabkan proses ini memerlukan masa yang lama untuk disiapkan bergantung kepada jumlah pelajar sekolah tersebut. Selain itu, penjanaan laporan setiap tahun dan penghasilan sijil bagi pelajar yang sudah tamat belajar berkemungkinan tidak tepat disebabkan masalah kehilangan data atau keciciran nama pelajar sebelum data dapat dimasukkan melalui sistem yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran.

  • 11

    Berdasarkan perbandingan antara sistem sedia ada, sistem yang dibangunkan mempunyai fungsi yang dapat mengatasi kelemahan sistem sedia ada. Sistem sedia ada yang dibandingkan membantu dalam menambahbaikkan fungsi yang terdapat dalam sistem yang dibangunkan

    Jadual 1. Perbandingan antara sistem sedia adas

    SPAJSK [4]

    SPKSMKPSA [2]

    SPKUWI [3]

    SPK SMKPKP K

    Teknologi berasaskan web ü ü ü ü

    Pengguna perlu log masuk ü ü ü

    Pelajar boleh mendaftar kokurikulum secara dalam talian

    ü ü ü

    Pelajar boleh semak gred secara dalam talian

    ü ü

    Pentaksiran markah kokurikulum pelajar boleh dibuat secara dalam talian

    ü ü

    Setiap kelab persatuan mempunyai had bilangan pelajar

    ü ü

    Memaparkan ralat jika terdapat maklumat tidak lengkap

    ü ü ü ü

    Menghasilkan laporan tahunan mengikut kategori

    ü

    2 Penyelesaian Masalah

    Sistem Pendaftaran Kokurikulum berasaskan web dibangunkan bagi mengatasi masalah sistem sedia ada. Proses pendaftaran kokurikulum akan dilaksanakan melalui sistem dalam talian. Dengan adanya proses pendaftaran secara dalam talian ini masalah proses yang memakan masa yang lama dapat diatasi di samping dapat memastikan bilangan pelajar bagi setiap kelab adalah seimbang. Selain itu, fungsi pendaftaran dalam sistem ini juga dapat mengelakkan pelajar lelaki mendaftar kelab persatuan yang melibatkan pelajar perempuan dan sebaliknya. Sistem ini juga mempunyai fungsi bagi guru untuk melakukan pentaksiran markah pelajar secara dalam talian. Modul pentaksiran markah ini dapat mengatasi masalah kehilangan markah pelajar kerana guru dapat melakukan pentaksiran markah pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, sistem ini mempunyai fungsi penjanaan laporan dan penjanaan sijil kokurikulum. Fungsi penghantaran notifikasi juga terdapat dalam sistem yang dibangunkan.

    Tiga objektif bagi sistem yang dibangunkan: (i) Untuk mengenal pasti keperluan pengguna bagi Sistem Pendaftaran Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu, (ii) Untuk mereka bentuk dan membangunkan Sistem Pendaftaran Kokurikulum yang mempunyai fungsi untuk mengemas kini dan melihat maklumat pelajar serta memasukkan markah kokurikulum, di samping boleh mencetak laporan dan sijil kokurikulum setiap pelajar dan (iii) Untuk menguji kefungsian Sistem Pendaftaran Kokurikulum berdasarkan keperluan pengguna.

  • 12

    3 Kaedah Projek

    Sistem ini melibatkan empat pengguna iaitu pentadbir, guru, pelajar, dan penyelaras kokurikulum. Setiap pengguna mempunyai fungsi masing-masing bagi memastikan modul dalam sistem ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

    § Modul Sistem: Setiap pengguna perlu log masuk ke dalam sistem bagi menggunakan fungsi dalam sistem. Pengguna boleh mengemas kini profil seperti tukar kata laluan. Terdapat modul sistem yang boleh digunakan oleh dua pengguna sistem seperti paparan data pelajar dan penjanaan laporan. Modul ini melibatkan guru dan penyelaras kokurikulum. Berikut adalah penerangan fungsi bagi setiap pengguna:

    § Pentadbir: Pentadbir merupakan kerani di sekolah tersebut. Pentadbir mempunyai fungsi untuk mengemas kini pengguna sistem termasuklah tambah pengguna, padam pengguna dan sunting pengguna. Selain itu, pentadbir adalah orang yang bertanggungjawab bagi penjanaan sijil kokurikulum

    § Pelajar: Pelajar dapat mendaftar kokurikulum secara dalam talian. Pelajar hanya boleh mendaftar kokurikulum sekali sahaja. Pelajar juga boleh membuat semakan keputusan kokurikulum mengikut tahun melalui sistem ini.

    § Guru: Guru boleh membuat pentaksiran markah pelajar secara dalam talian. Pentaksiran markah ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Namun, markah pelajar yang sudah dihantar tidak boleh diubah semula.

    § Penyelaras Kokurikulum: Penyelaras kokurikulum mempunyai fungsi untuk mengemas kini data kokurikulum seperti tambah kelab, padam kelab dan kemas kini bilangan had pelajar bagi setiap kelab

    4 Senibina Sistem

    Projek ini menggunakan teknik klien pelayan di mana teknik ini mempunyai tiga komponen utama iaitu klien, pelayan dan rangkaian. Pelayan web boleh menjadi pelayan yang menunaikan permintaan servis yang dilakukan oleh klien manakala pengguna pula menggunakan klien bagi meminta servis daripada pelanggan. Rajah 1 menunjukkan seni bina sistem yang dibangunkan. Setiap klien atau pengguna perlu log masuk ke dalam sistem melalui pelayan web. Klien boleh akses fungsi dalam sistem melalui pelayan aplikasi. Kemudian, pelayan akan menyimpan maklumat yang dihantar oleh klien ke dalam pangkalan data. Pelayan web juga akan mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh klien daripada pangkalan data.

    Rajah 1. Seni bina sistem yang dibangunkan

  • 13

    Kod pengaturcaraan yang dilaksanakan berdasarkan reka bentuk sistem menghasilkan fungsi sistem yang memenuhi keperluan pengguna serta dapat mengatasi masalah sistem sedia ada. Antara salah satu antara muka yang menunjukkan hasil dan pencapaian sistem serta hasil daripada ujian penerimaan pengguna diterangkan dalam sub topik berikut.

    Modul Daftar Kokurikulum: Modul ini membenarkan pelajar untuk mendaftar kokurikulum berdasarkan jumlah kekosongan kelab. Pelajar akan memasukkan pilihan kelab bagi setiap kategori kokurikulum. Modul ini hendaklah memastikan pelajar lelaki tidak mendaftar kelab persatuan yang melibatkan pelajar perempuan dan menggelakkan pelajar perempuan dari mendaftar kelab persatuan yang melibatkan pelajar lelaki sahaja. Selain itu fungsi daftar kokurikulum ini juga harus memastikan jumlah pelajar bagi setiap kelab persatuan seimbang. Rajah 2 menunjukkan antara muka daftar kokurikulum bagi pengguna daftar.

    Rajah 2 :Antara muka daftar kokurikulum

    Rajah 3: Paparan mesej pemberitahuan

    Rajah 3 menunjukkan paparan mesej pemberitahuan jika pilihan kelab yang dipilih pelajar mengikut kategori kokurikulum tidak diluluskan. Pelajar hendaklah membuat perubahan terhadap pemilihan kelab persatuan yang tidak diluluskan untuk meneruskan pendaftaran kokurikulum.

    Pengujian sistem: Pengujian sistem dijalankan bagi memastikan penulisan pengaturcaraan yang dihasilkan berjaya memenuhi keperluan pengguna dan sistem. Terdapat beberapa pengujian dilaksanakan bagi melihat hasil yang dijangka untuk setiap modul. Berdasarkan pengujian yang dilaksanakan, fungsi bagi sistem akan lebih efisien di mana sistem yang dibangunkan akan memenuhi keperluan pengguna sistem secara keseluruhannya. Selain itu, melalui pengujian yang dilaksanakan seperti ujian penerimaan pengguna, hasil pendapat dan pandangan pengguna terhadap sistem cadangan juga dapat diketahui. Rajah 4 menunjukkan pendapat dan pandangan pengguna mengenai antara muka halaman utama pengguna dan Rajah 5 menunjukkan pendapat dan pandangan pengguna terhadap sistem cadangan secara keseluruhan.

  • 14

    Rajah 4: Pendapat dan pandangan pengguna mengenai antara muka halaman utama pengguna

    Rajah 5. Pendapat dan pandangan pengguna terhadap sistem cadangan secara keseluruhan

    5 Perbıncangan Hasıl Sıstem

    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan sebelum pembangunan sistem, masalah sistem sedia ada dapat dikenal pasti. Oleh itu, pembangunan sistem dilaksanakan mengikut reka bentuk sistem yang dibangunkan. Melalui reka bentuk yang dihasilkan terdapat beberapa fungsi sistem telah ditentukan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah sistem sedia ada. Pembangunan sistem ini bukan sahaja menyediakan fungsi yang dijalankan secara dalam talian tetapi dapat menyelesaikan beberapa isu penyimpanan data. Contohnya, pelajar yang sudah mendaftar kokurikulum sebelum ini tidak boleh mendaftar kokurikulum lagi. Hal ini untuk memastikan bilangan setiap kelab persatuan adalah seimbang. Selain itu, fungsi ini akan mengelakkan daripada maklumat kokurikulum pelajar tidak diganti dengan maklumat kokurikulum yang baru dan menyebabkan penjanaan laporan tidak tepat.

    Rujukan

    1. Buku Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu (2016) 2. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman website, retrieved on March 2016, from

    http://www.smkpsriaman.edu.my/2015/01/pendaftaran-kokurikulum-bagi-pelajar-ting-1-2015/ 3. Student Banner Registration manual (2016), from The University of the West Indies website,

    https://sta.uwi.edu/cocurricular/registration.asp 4. Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2016),

    https://pajsk.moe.gov.my/

  • 15

    Sistem Pengurusan Bisnes Dalam Talian (Aaliff Empayar)

    1MohamadFazleebinRazak,2LizawatiMiYusuf1,2

    Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310, Johor Bharu, Johor, Malaysia

    {[email protected], [email protected]}

    Abstrak. Sistem pengurusan bisnes dalam talian Aaliff Empayar adalah sebuah sistem yang dibangunkan untuk membantu organisasi Aaliff Empayar untuk menjalankan perniagaan dalam talian dengan lebih mudah dan cepat. Operasi kerja yang dijalankan di Aaliff Empayar pada masa kini dilakukan secara manual dan memerlukan pekerja yang ramai. Keadaan ini menyebabkan kos meningkat kerana terpaksa mengupah lebih ramai pekerja untuk menguruskan pelanggan yang ramai. Selain itu, pengurusan kewangan oleh Aaliff Empayar adalah secara manual menggunakan buku panjar runcit. Kaedah ini sangat merbahaya kerana sesiapa sahaja boleh menukar atau mengubah kandungan pengurusan kewangan. Situasi ini boleh menyebabkan penyelewangan wang berlaku di Aaliff Empayar. Di samping itu, pekerja perlu menguruskan pembelian produk dari pelanggan secara manual dan perlu menjawab soalan daripada pelanggan. Hal ini menyebabkan, pembaziran masa telah berlaku. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, sistem berasaskan web akan dibangunkan. Sistem yang dicadangkan ini dapat membantu Aaliff Empayar dalam pengurusan wang, penjanaan laporan kewangan setiap bulan, menguruskan pembelian produk daripada pelanggan dengan lebih cepat dan pantas. Selain itu, sistem yang akan dibangunkan mempunyai fungsi untuk menghantar notifikasi kepada pekerja apabila kuantiti produk telah mencapai had yang ditetapkan oleh pekerja untuk membuat tempahan produk kepada pembekal. Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah proses bersepadu rasional (RUP). Metodologi ini membahagikan pembangunan sistem kepada beberapa fasa. Melalui fasa-fasa tersebut, pembangun akan dapat mengenal pasti kesilapan dan kekurangan pada sistem. Kesimpulannya, sistem ini merupakan satu sistem yang dapat membantu pengguna dan pihak pentadbir Aaliff Empayar dalam mencapai matlamat dan menguruskan maklumat dengan mudah dan lancar.

    Kata Kunci: Bisnes dalam talian, e-dagang, Aaliff Empayar

    1 Pendahuluan

    Peniagaan dalam talian atau bisnes melalui internet semakin popular di Malaysia. Ramai peniaga lebih menggemari bisnes melalui dalam talian kerana ia menjimatkan kos dari segi publisiti dan pemasaran. Di samping itu, ia juga mampu menjana pendapatan lumayan. Sembilan daripada sepuluh punca rezeki datangnya dari perniagaan, disebabkan itu jumlah peniaga di Malaysia kian bertambah hari demi hari. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia, jumlah syarikat dan perniagaan yang berdaftar di Malaysia pada tahun 2016 sahaja telah mencapai 222,064 syarikat (Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2016) Jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun kerana kemajuan teknologi internet membantu peniaga untuk memulakan perniagaan mereka.

    Ramai usahawan muda terutamanya pelajar universiti mencari duit sampingan dengan melakukan perniagaan dalam talian tetapi kebanyakan mereka berhenti separuh jalan kerana

  • 16

    mengalami kerugian. Menurut usahawan berjaya, Dr. Azizan Osman lima prinsip utama untuk berjaya dalam perniagaan adalah mentor, ilmu, sistem, tindakan dan impian (Azizan, 2015). Kebanyakan usahawan muda ini hanya mampu membuat bisnes secara kecil-kecilan kerana mereka tidak mempunyai satu sistem yang boleh membantu menguruskan perniagaan mereka. Mereka hanya melakukan perniagaan dalam jangkamasa pendek sahaja kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menguruskan kewangan dan perniagaan mereka secara teratur dan sistematik. Bisnes pada masa kini lebih mudah dan beririsiko rendah dengan kehadiran teknologi yang semakin maju:

    Jadual 1. Kepentingan Bisnes Dalam Talian

    • .Kos yang rendah

    • Berisiko rendah kerana tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli atau menyewa aset.

    • Memberi peluang kepada peniaga untuk beroperasi 24 jam sehari

    • Pelanggan bagi perniagaan dalam talian juga tidak terhad kepada kawasan setempat malahan mapu mencapai pelanggan di seluruh dunia.

    • Peniaga tidak perlu memantau urusan tempahan sepanjang masa kerana Cuma perlu menyediakan sistem tempahan secara automatik.

    2 Latar belakang Masalah

    Golongan belia yang baru menceburi bidang perniagaan mempunyai kesukaran dalam menguruskan perniagaan kerana mereka tidak mempunyai modal yang besar, dan masih lagi tiada atau kurang pengalaman dan pengetahuan tentang perniagaan. Oleh hal yang demikian, kebanyakan peniagaan yang dipelopori oleh golongan belia banyak terkandas di pertengahan jalan. Perniagaan secara dalam talian sangat mementingkan publisiti dan pemasaran untuk mendapatkan jualan. Kebanyakan peniaga dalam talian tidak mempunyai laman sesawang bisnes mereka sendiri dan mereka lebih gemar melakukan publisiti dan pemasaran melalui laman peminat di Facebook dan Instagram.

    Setelah melakukan publisiti dan pemasaran menerusi laman peminat di Facebook dan Instagram, pelanggan akan meminta peniaga untuk menghantar mesej peribadi kepada mereka tentang harga sesuatu produk. Pelanggan prospek yang memberikan maklum balas terhadap iklan yang telah dibuat oleh peniaga, kebanyakannya tidak terus membeli. Oleh kerana itu, peniaga akan melakukan tindakan susulan terhadap pelanggan prospek untuk mendapatkan jualan. Proses tindakan susulan kepada pelanggan selalunya dilakukan secara manual menggunakan aplikasi Whatsapp. Peniaga akan melayan setiap soalan dan mesej yang diterima. Proses manual ini akan memakan masa yang lama dan ianya tidak efisien jika melibatkan ramai pelanggan. Di samping itu, ianya juga kurang sesuai bagi peniaga belia yang hanya melakukan perniagaan secara sambilan di universiti.

    Kesilapan peniaga yang sering mereka lakukan adalah mereka tidak menyimpan rekod pelanggan yang telah membeli produk mereka. Mereka lebih gemar mencari pelanggan baru yang memerlukan kos publisiti dan pemasaran. Mereka tidak mempunyai rekod pelanggan kerana tidak mempunyai platform yang sesuai untuk menyimpan data tersebut. Oleh itu, satu sistem pengurusan bisnes berasaskan web yang mempunyai pangkalan data dicadangkan untuk menangani permasalahan yang timbul. Diharapkan dengan adanya sistem itu nanti dapat

  • 17

    membantu peniaga kecil dalam menguruskan perniagaan mereka sama ada dari segi transaksi keluar dan masuk produk, atau aliran keluar dan masuk wang tunai. Di samping itu, diharapkan sistem itu juga mampu membantu dalam merekodkan semua maklumat pelanggan dengan lelbih sistematik.

    3 Cadangan Penyelesaian

    Sistem yang telah dibangunkan ini bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada sistem manual dan juga menambah fungsi-fungsi sistem mengikut keperluan organisasi. Sistem pengurusan ini melibatkan sistem notifikasi urusan jual beli, hebahan promosi melalui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS), kawalan inventori iaitu transaksi keluar dan masuk produk, serta pengurusan kewangan.Sistem notifikasi urusan urusan jual beli akan memudahkan prosedur operasi standard di organisasi Aaliff Empayar kerana sebelum ini proses tersebut hanya dilakukan secara manual melalui aplikasi Whatsapp. Prosedur operasi standard sebelum ini juga amat rumit kerana sering terjadi insiden terlepas pandang terutama ketika waktu puncak. Dengan kewujudan sistem notifikasi urusan jual beli ini akan membuatkan pasukan penjual akan lebih peka jika ada tempahan produk berlaku dan urusan tindakan susulan terhadap bakal pelanggan yang masih belum melakukan pembelian akan lebih mudah dilaksanakan.

    Selain itu, sistem cadangan ini juga dilengkapi dengan sistem hebahan melaui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Sebelum ini, hebahan hanya dilakukan melakukan aplikasi Whatsapp sahaja. Apabila ada sebarang promosi yang yang ingin dilakukan oleh organisasi, maka pasukan penjual akan menghantar hebahan promosi tersebut kepada semua pelanggan yang rekod mereka disimpan dalam pangkalan data satu persatu dan ianya memakan masa yang begitu lama dan memerlukan tenaga kerja yang begitu ramai. Aplikasi Whatsapp juga mempunyai peraturan spam, di mana pengguna yang menghantar mesej yang sama kepada ramai pengguna yang lain akan disekat daripada menggunakan aplikasi Whatsapp untuk jangka masa tertentu. Keadaan ini akan menyukarkan pasukan penjual kerana proses hebahan ini akan menjadi lambat sekiranya proses hebahan ini disekat untuk jangka masa tertentu. Oleh itu, hebahan melalui emel dan SMS merupakan satu penyelesaian kepada permasalahan yang timbul. Proses hebahan yang terdapat di dalam sistem cadangan ini hanya memerlukan sekali penghantaran dan ianya akan dihantar kepada semua pelanggan.

    Di samping itu, kawalan inventori ke atas kuantiti produk dan transaksi keluar dan masuk juga dilaksanakan di dalam sistem cadangan ini. Kawalan inventori ini berfungsi untuk mengawal kuantiti produk yang masih ada supaya pasukan penjual tidak terlepas pandang akan kehabisan produk. Jika sesuatu produk telah habis, pasukan penjual akan mengemas kini maklumat produk berkenaan ke dalam sistem dan akan membuat tempahan produk yang baru dari pembekal. Kawalan inventori juga akan memudahkan akauntan membuat audit pada setiap bulan kerana rekod transaksi keluar masuk sudah ada dan ianya mengurangkan risiko produk hilang. Pengurusan kewangan juga diaplikasikan ke dalam sistem cadangan ini. Pengurusan kewangan ini akan memudahkan akauntan untuk membuat laporan kewangan pada setiap bulan dalam bentuk graf. Organisasi boleh membuat analisa dengan lebih terperinci tentang prestasi jualan pada setiap bulan dengan lebih mudah. Terdapat beberapa kepentingan ciri-ciri yang diaplikasikan dalam Sistem Pengurusan Bisnes dalam Talian Aaliff Empayar: (i) Notifikasi aktiiti jualan, (ii) Hebahan akluat melalui emel dan SMS, (iii) Inventori kawalan pengurusan kuantiti produk dan (iv) Pengurusan dan laporan kewangan.

  • 18

    2 Analısıs Sıstem Dan Reka Bentuk

    2.1 Pengguna

    Di dalam Sistem Pengurusan Aaliff Empayar ini mempunyai 4 jenis pengguna:

    Jadual 2. Jenıs Pengguna

    Pengguna Penerangan

    Admin

    Admin adalah seorang pelakon utama yang merupakan pentadbir yang mengendalikan keseluruhan sistem. Admin akan memastikan semua fungsi berfungsi dengan betul, dan segala macam masalah mengenai dengan perjalanan sistem ini dikendalikan

    Staf Staf adalah pekerja di Aaliff Empayar yang akan menguruskan pembelian produk dan mengawal inventori produk.

    Akauntan Akauntan adalah akauntan di Aaliff Empayar yang akan menguruskan pengurusan kewangan di Aaliff Empayar.

    Pelanggan Pelanggan adalah pelanggan Aaliff Empayar yang mencapai fungsi pembelian produk dan menghantar cadangan serta komen kepada staf

    2.1 Fungsi Sistem

    Untuk mencapai hasil yang dikehendaki dan memastikan bahawa iri-iri terbaik diaplikasikan dalam sistem, terdapat beberapa modul yang berbeza yang mengendalikan fungsi sistem tertentu.

    Jadual 3. Fungsı Sıstem

    Fungsi Penerangan

    Daftar Masuk Fungsi ini membenenarkan pengguna untuk mendaftar masuk sebelum mencapai ke dalam sistem. Pengguna menggunakan Id pengguna yang unik dan kata lauluan.

    Pendaftaran Fungsi ini membenarkan pelanggan untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan jual beli jika pelanggan masih belum berdaftar.

    Profil Pengguna Fungsi ini membenarkan pengguna untuk melihat profil sendiri..

    Mengemaskini Profil

    Fungsi ini membenarkan pengguna untuk mengemaskini profil.

  • 19

    Senarai Produk Fungsi ini membenarkan pelanggan untuk melihat senarai produk

    Borang pembelian produk

    Fungsi ini membenarkan pelanggan mengisi maklumat yang diperlukan untuk meneruskan urusan jual beli.

    Kawalan inventori produk

    Fungsi ini membenarkan staf untuk melihat dan mengawal inventori produk

    Tambah produk Fungsi ini membenarkan staf untuk menambah produk ke dalam sistem.

    Mengemaskini produk

    Fungsi ini membenarkan staf untuk mengemaskini maklumat produk

    Memadam produk Fungsi ini membenarkan staf memadam produk.

    Menguruskan pembelian pelanggan

    Sistem ini membanarkan staf untuk mengesahkan pembelian daripada pelanggan.

    2.3 Rekabentuk Sistem

    Berikut adalah merupakan reka bentuk Sistem pengurusan Bisnes Dalam talian Aaliff Empayar.

    Rajah 1. Laman utama

  • 20

    Rajah 2. Borang pembelian produk

    Rajah 3. Kawalan inventori produk

    Rajah 4:Menambah produk

  • 21

    3 Kesimpulan Kertas kerja ini menjelaskan pentingnya perniagaan dalam talian pada mas kini. Kami juga membincangkan masalah yang dihadapi oleh Aaliff Empayar dalam pengurusan bisnes dalam talian. Kami menerangkan funsi-fungsi dan ciri-ciri yang terdapat dalam sistem ini dengan menunujukkan reka bentuk dan antara muka sistem. Pada masa hadapan, kami mencadangkan ini dijana semula ke dalam aplikasi mudah alih untuk kemudahan dipertingkatkan, akses yang mudah dan semua pengalaman pengguna sekitar yang lebih baik.

    Rujukan

    1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia, (2016). http://www.ssm.com.my/ms/statistik-jumlah-perniagaan-syarikat

    2. OnPay Solution, (2016). https://onpay.my/ 3. Magnet Kekayaan &Kejayaan, (2013). Azizan Osman. http://www.azizanosman.com/magnet/ 4. Lazada, (2016). http://www.lazada.com.my/ 5. D’Herbs Holding (M) Sdn. Bhd, (2016). http://www.deherbs.com.my/v1/ 6. A 2-layer model for the white-box testing of Web application (2004).

    http://ieeexplore.ieee.org/abstract/document/ 7. The rational unified process: an introduction (2004). P Kruchten.

  • 22

    8.

    Sistem Pengurusan Asrama Kolej 9 dan 10 UTM Secara Atas Talian

    1NurDiyanaZainalRashidi,2SitiHajarOthman

    1

    Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310, Johor Bharu, Johor, Malaysia

    {[email protected], [email protected]}

    Abstrak. Permasalahan dari segi pemilihan asrama acapkali berlaku di setiap institusi pengajian tinggi. Ini adalah kerana kebanyakkan pengajian menggunakan kaedah “siapa cepat, dia dapat” dan memilih pelajar berdasarkan kekerapan mereka aktif di dalam setiap program yang dianjurkan oleh kolej tersebut. Tidak kurang juga, ada segelintir pelajar yang menggunakan “orang dalam” untuk mendapatkan tempat asrama yang diingini oleh mereka. Oleh itu, Sistem Pengurusan Asrama Kolej 9 dan 10 ini dibangunkan bagi membantu dan memudahkan pelajar serta pentadbiran asrama kolej untuk membuat pemilihan bilik dan aktiviti pengurusan kolej. Sistem ini akan digunakan oleh pihak Kolej 9 dan 10 bagi menggantikan sistem manual yang digunakan oleh pihak pendtabiran asrama Kolej 9 dan 10. Sistem ini akan digunakan untuk menguruskan pengurusan asrama seperti pemilihan bilik asrama, penukaran bilik asrama, membuat aduan kerosakan dan pendaftaran barangan elektrik yang dibawa oleh pelajar. Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah Prototaip Evolusi. Selain itu, ciri keselamatan dari segi pengesahan pengguna turut diimplementasikan dalam sistem ini. Hasilnya adalah sebuah sistem yang lengkap dan memudahkan pihak kolej. Pembangunan sistem menggunakan pengaturcaraan C# menggunakan rangka kerja ASP.NET yang dilengkapi oleh Microsoft SQL Server. Perisian yang digunakan untuk membangunkan sistem adalah Microsoft Visual Studio 2012

    Kata Kunci: Pengurusan Asrama Kolej, Sistem Laman Web, Sistem Aduan

    1 Pendahuluan

    Kolej 9 dan 10 adalah salah satu kolej penginapan yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kolej 9 merupakan kolej bagi mahasiswi, manakala Kolej 10 merupakan kolej bagi mahasiswa. Terdapat dua blok yang terdapat dalam Kolej 9 dan 2 blok bagi Kolej 10 iaitu UA1, UA2, UB1, UB2. Keempat-empat blok tersebut mempunyai empat tingkat yang mempunyai lebih kurang seratus empat bilik di setiap aras termasuk stor dan bilik felo. Jenis bilik yang terdapat di Kolej 9 dan 10 ialah bilik bujang dan bilik berdua.

    Proses pemilihan bilik dikendalikan oleh kakitangan pejabat kolej tersebut. Masalah sering terjadi kerana proses penyimpanan maklumat pemilihan bilik ini disimpan secara manual menggunakan buku. Kakitangan pejabat perlu mencatit secara manual dengan cara merujuk pelan pembangunan (floor plan) setiap blok untuk memastikan kekosongan bilik tersebut serta mencatat nama, nombor bilik dan aras yang dikehendaki oleh mahasiswa/i di satu kertas lain bagi rujukan kakitangan pejabat. Justeru itu, proses untuk penukaran bilik menjadi satu satu

  • 23

    masalah kepada kakitangan pejabat disebabkan mereka perlu melihat dan meneliti senarai nama yang panjang serta merujuk pada pelan pembangunan (floor plan) bagi mengetahui bilik yang kosong.

    Di samping itu, kesukaran kakitangan pejabat dalam menyemak dan memantau pendafatran barangan elektrik pelajar disebabkan penyimpanan maklumatnya adalah secara manual, terdapat segelintir pelajar yang mengambil kesempatan untuk tidak mendafatar barangan elektrik yang dibawa untuk mengelak melakukan pembayaran. Selain itu, ketiadaan platform bagi pelajar untuk mengetahui status aduan kerosakan yang telah dibuat, telah menyukarkan pelajar untuk berulang alik ke pejabat untuk mengetahui status kerosakan yang telah dibuat.

    Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kakitangan pejabat Kolej 9 dan 10, Sistem Pengurusan Asrama Kolej 9 dan 10 telah dibangunkan di mana ia dapat memudahkan kakitangan pejabat dan mahasiswa/i bagi membuat pemilihan bilik dan penukaran bilik. Tambahan lagi, sistem ini mempunyai daftar masuk (check-in) dan daftar keluar out) apabila pelajar tersebut telah mengambil dan memulangkan kunci bilik. Sistem daftar masuk dan daftar keluar ditambah di dalam sistem bagi menentukan status bilik dan memudahkan pengurus asrama untuk memantau pengambilan dan pemulangan kunci. Akhir skali, sistem ini juga dilengkapi dengan penerimaan aduan dan pendaftaran barangan elektrik bagi memudahkan kakitangan pejabat dan pelajar.

    2 Metodologi Pembangunan

    Metodologi adalah satu kaedah atau cara yang digunakan untuk membangunkan sistem. Metodologi ini merujuk pada Kitar Hayat Pembangunan Perisian, dimana iainya melalui perancangan untuk membangunkan sistem agar ia menjadi lebih teratur. Setiap metodologi Kitar Hayat Pembangunan Perisian sistem ini mempunyai garis panduan dan aktiviti yang perlu dilakukan di dalam tempoh-tempoh masa yang tertentu. Untuk membangunkan Sistem Pengurusan Kolej 9 dan 10, metodologi Prototaip Evolusi telah dipilih. Pemilihan metodologi dipilih setelah di analisa kebaikan dan kelemahannya sesuatu metodologi itu untuk membangunkan sesebuah sistem. Fasa permulaan adalah fasa kajian awal di dalam metodologi prototaip evolusi. Pada fasa ini, temuduga bersama pengguna telah dijalankan. Setelah temuduga dijalankan, didapati pengguna Sistem Pengurusan Asrama di Kolej 9 dan 10 tidak mempunyai pengetahuan mengenai bidang pembangunan sistem. Oleh sebab itu, metodologi prototaip evolusi adalah sangat sesuai untuk membangunkan sistem ini, kerana ia dapat memberikan gambaran awal bagaimana sistem ini berfungsi kepada pengguna. Fasa analisa dalah fasa ketiga yang dilakukan dalam metodologi protaip evolusi. Di dalam fasa analisa ini mengenalpasti perkakasan, perisian, dan kaedah yang digunakan bagi membangunkan sistem. Perkakas, perisian dan kaedah yang sesuai digunakan di analisa dan dianggarkan tempoh masa yang sepatutnya sesuatu modul itu disiapkan.

    Fasa rekabentuk sistem ini merupakan fasa yang memberikan gambaran dan bagaimana Sistem Pengurusan Asrama di Kolej 9 dan 10 berfungsi setelah dibangunkan. Keperluan yang diperoleh oleh fasa analisa di teliti dan seterusnya direkabentuk menjadi sistem yang dicadangkan. Fasa perlaksanaan dan pengujian prototaip ini merupakan fasa terakhir yang terdapat di dalam pembangunan metodologi prototaip evolusi. Pada fasa ini, prototaip yang telah disiapkan pada fasa sebelumnya diuji dengan memasukkan data dan maklumat yang

  • 24

    sebenar bagi menguji keberkesanan proses sistem tersebut.

    3 MetodologiPembangunanRekabentukdanPencapaianSistem

    Sistem Pengurusan Kolej 9 dan 10 ini pada keseluruhannya telah memenuhi objektif yang telah dikenalpasti pada peringkat awal fasa perancangan. Permasalahan-permasalahan yang dihadapai serta cara untuk menanganinya telah diimplementasikan di dalam sistem cadangan ini. Sistem ini direkabentuk dan dibangunkan untuk memudahkan pelajar untuk mengisi borang (pemilihan bilik, pendafatran barangan elektrik dan aduan kerosakan) tanpa perlu berulang alik dan beratur panjang menunggu giliran di pejabat. Selain itu, sistem ini juga memudahkan kakitangan pejabat kolej untuk memantau pelajar dalam pendafataran barangan elektrik dan juga bilik yang rosak. Rajah 1-4 menunjukkan antara muka bagi beberapa laman di dalam Sistem Pengurusan Kolej 9 dan 10.

    Rajah. 1. Antaramuka Utama Sistem Pengurusan Kolej 9 dan 10

  • 25

    Rajah. 2. Antaramuka Utama Sistem Pengurusan Kolej 9 dan 10

    Rajah. 3. Antaramuka Utama Sistem Pengurusan Kolej 9 dan 10

  • 26

    Rajah. 4. Antaramuka Utama Sistem Pengurusan Kolej 9 dan 10 4 CadanganPenambahbaikan

    Bagi fasa pengujian, beberapa orang pengguna telah mencuba sistem cadangan ini dan memberikan maklumbalas mengenai sistem yang telah dibangunkan ini. Melalui hasil maklumbalas dan pemerhatian, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menjadikan sistem ini lebih berkesan pada masa hadapan. Antara cadangan tersebut adalah menggunakan pembaca kod bar pada kad matrik pelajar semasa pengambilan kunci oleh pelajar. Selain tu, antaramuka sistem cadangan perlu ditambah baik agar lebih mesra pengguna. Akhir skali, untuk menjadikan pengurusan pemilihan bilik menjadi lebih efisien, perisian iMapBuilder dicadangkan di dalam modul pemilihan bilik dan penukaran bilik.

    5 Kesimpulan

    Sistem Pengurusan Kolej 9 dan 10 adalah sebuah sistem yang dibangunkan untuk memudahkan kakitangan pejabat Kolej 9 dan 10 serta mahasiswa/i untuk menguruskan pemilihan bilik, pendaftaran barangan elektrik dan membuat aduan kerosakan bilik. Sistem ini juga berfungsi untuk membantu pentadbir menguruskan perihal mengenai asrama Kolej 9 dan 10 dengan pantas dan efisien. Sistem ini juga boleh diakses secara atas talian dan ia memudahkan mahasiswa/i untuk membuat sebarang aduan mengenai kerosakan dan membuat pendafatran barangan elektrik tanpa perlu pergi ke pejabat. Sistem ini menyediakn pangkalan data untuk kakitangan kolej 9 dan 10 memasukkan maklumat mengenai bilik, kerosakan bilik serta barang elektrik sebagai rekod.

  • 27

    Rujukan

    1. Universiti Teknologi Malaysia. AIMS2000. [Atas Talian] http://aimsweb.utm.my/kolej/main.asp [Capaian pada 16 Februari 2017].

    2. iHostel. 2017. Sistem Pengurusan Asrama. [Atas Talian] http://122.129.123.135/ihostel/register.asp [Capaian pada 16 Februari 2017].

  • 28

    Sistem Permohonan Pinjaman Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA)

    1NurNajminaKhoiruddin,2LizawatiMiYusuf1,2Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

    81310, Johor Bharu, Johor, Malaysia {nur.najmina941, [email protected]}

    Abstrak. Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan bertindak sebagai agensi bagi perkhidmatan yang berkaitan kesihatan, tempat tinggal, bantuan kewangan , dan kebajikan am pelajar. Prof. Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menggalakkan pelajar menyertai kelab dan persatuan yang ditubuhkan di universiti. Persatuan, kelab dan Jawatnkuasa Kolej ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan kegiatan ko-kurikulum pada masa lapang, melatih pelajar menjadi seorang pemimpin dan menerapkan nilai-nilai akademik dalam kegiatan pelajar. Terdapat lebih daripada 50 jenis persatuan dan kelab sama ada akademik atau bukan akademik, enam jenis Persatuan Anak Negeri, lima jenis badan beruniform dan lapan jenis Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) di UTM yang boleh disertai oleh pelajar. Bagi menyokong setiap aktiviti pelajar, pihak universiti telah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk digunakan oleh pelajar bagi menjayakan aktiviti meraka. Memandangkan setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti adalah terhad dan mempunyai permintaan yang tinggi, maka dicadangkan satu sistem permohonan perkhidmatan dan kemudahan berasaskan web dibangunkan bagi memudahkan pelajar dan pihak pejabat untuk menguruskan proses permohonan pinjaman.

    Kata Kunci: Hal ehwal Mahasiswa, Pengurusan pelajar,

    1 Pengenalan

    Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab menguruskan permohonan oleh pelajar yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan, kemudahan seperti peminjaman blazer/ vest, peralatan, buku resit dan cenderamata. Pada masa kini, permohonan perkhidmatan dan kemudahan perlu dilakukan secara manual di mana pelajar perlu mengisi borang. Borang tersebut hanya boleh diperoleh dari pejabat HEMA. Setiap pelajar yang ingin memohon untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pejabat HEMA perlu mengambil, mengisi dan menghantar semula borang tersebut ke pejabat bagi mendapat pengesahan dan kelulusan daripada pihak HEMA. Oleh yang demikian, sistem yang diguna pakai sekarang mengambil masa yang lama bagi pelajar untuk mendapatkan dan menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

  • 29

    2 Metodologi

    Metodologi Rational Unified Process (RUP) telah digunakan dalam pembangunan sistem ini. Metodologi ini dipilih kerana RUP mempunyai beberapa fasa pembangunan yang mengasingkan setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang proses pembangunan. Antara fasa yang terlibat adalah fasa permulaan, penghuraian, pembangunan dan juga fasa peralihan. Kaedah bagi memodelkan sistem yang akan digunakan adalah kaedah Unified Modelling Language (UML). RUP adalah metodologi pembangunan sistem yang mengunakan konsep secara lelaran dan sentiasa berulang-ulang. Konsep berorientasikan objek pada setiap aktiviti difokuskan kepada peningkatan model dan UML digunakan sebagai bahasa permodelan sepanjang tempoh pembangunan sistem. Rajah 1 menunjukkan fasa-fasa yang terlibat dalam RUP.

    Rajah 1. Model RUP

    2.1 Keperluan, Rekabentuk dan İmplementasi Sistem

    Pelaksanaan adalah dimaksudkan dengan pengekodan atau aktiviti pengaturcaraan yang dilakukan untuk membangunkan sistem setelah kajian terperinci dilakukan. Kajian terperinci tentang sistem reka bentuk awalan telah dilakukan sebagai panduan untuk memudahkan pembangunan sistem. Jadual 1 menunjukkan perbandingan antara sistem sedia ada dan sistem cadangan untuk mengenal pasti sebarang penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam sistem cadangan. Selain reka bentuk, keperluan spesifikasi bagi sistem ini turut dijadikan tanda aras bagi mengelakkan ralat dalam fungsi sesebuah sistem.

    2.2 Rangka Kerja ASP.net

    ASP.NET dibangunkan oleh Microsoft. ASP.NET digunakan untuk membuat laman web yang merupakan bahagian integral daripada rangka kerja Microsoft.NET. ASP.NET tidak hanya terbatas kepada bahasa skrip sahaja, tetapi ianya membolehkan pembangun menggunakan bahasa .NET seperti C# dan Visual Basic (VB). Hal ini dapat membantu dan memudahkan pembangun web menghasilkan satu sistem yang dinamik di mana ASP.NET berkebolehan membina laman web yang terdiri daripada pelbagai kawalan. Teknologi ASP.NET ini sudah banyak digunakan oleh pembangun-pembangun aplikasi web terkenal seperti amazon.com dan ebay.com. ASP.NET dapat menampilkan dan menghasilkan satu sistem yang sangat menarik dan terurus.

  • 30

    2.3 Microsoft SQL Server

    Microsoft SQL Server adalah satu sistem pengurusan pangkalan data hubungan yang dibangunkan oleh Microsoft. Para pengguna MS SQL Server dapat menggunakan produk ini tidak hanya untuk percubaan tetapi juga dapat digunakan untuk perkembangan dan pembangunan sistem. Sebagai pelayan pangkalan data, ia adalah perisian yang berfungsi untuk menyimpan data dan mendapatkan semula data seperti yang diminta oleh perisian aplikasi-aplikasi lain yang boleh dijalankan sama ada di computer yang sama ataupun computer lain di seluruh rangkain. MS SQL Server merupakan enjin pangkalan data yang digunakan secara meluas terutamanya oleh perusahaan global. Selain itu, struktur MS SQL Server memberikan kesenangan kepada pengguna semasa menggunakannya.

    Jadual 1. Perbandingan sistem sedia ada

    Sistem Kriteria S1 S2 S3 S4

    Teknologi berasaskan web √ √ √ √

    Setiap pengguna perlu log masuk √ √ √ √ Pengguna perlu mengisi maklumat pinjaman permohonan √ √ √ √

    Pengguna boleh melihat status permohonan √ √ X √ Pengguna boleh melihat paparan sejarah permohonan yang telah dibuat √ X X √

    Pengguna dapat melihat slip permohonan dan boleh mencetaknya √ √ √ √

    Pengguna dapat menjana laporan mengenai permohonan X X √ √

    Pengguna boleh mengemas kini maklumat diri. X √ √ √

    Pengguna boleh mengemas kini rekod barang X X X √ Panduan : S1 – SPPICTJPNNS, S2 - SeMICTJKNS, S3 - SPPUMS, S4 – SPPKPHEMA

    2.4 Rajah Kes Guna

    Rajah 2 menunjukkan rajah kes guna sistem yang terdiri daripada pelajar, kerana aktiviti, penolong pendaftar dan pegawai aktiviti. Pelajar boleh membuat permohonan peminjaman manakala bagi penolong pendaftar, kerana aktiviti dan pegawai aktiviti boleh mengemaskini rekod barang dan meluluskan permohonan.

    2.5 Rekabentuk Sistem

    Antara muka adalah medium bagi pengguna untuk berinteraksi dengan sistem. Maka, reka bentuk antara muka yang baik adalah sangat penting agar pengguna mudah berinteraksi dengan sistem. Reka bentuk antara muka hendaklah bersifat mesra pengguna dan mudah difahami agar pengguna dapat mencapai fungsi sistem dengan mudah tanpa sebarang kesulitan. Antara muka bagi permohonan bagi pengguna pelajar. Pelajar perlu memilih di antara borang peralatan, borang cenderamata, borang buku resit dan borang blazer/vest.

  • 31

    Rajah 2. Rajah kes guna

    Rajah 3. Antara muka permohonan

    Selepas pelajar menekan butang permohonan diatas, borang permohonan akan dipaparkan. Pelajar perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan. Rajah 4 menunjukkan antara muka borang permohonan bagi permohonan cenderamata. Senarai permohonan yang dibuat oleh

    uc SPKPHEMA

    Pelajar

    Pegawai Aktiv iti

    Penolong Pendaftar

    Kerani Aktiv iti

    Pentadbir

    Permohonan

    Baru

    Mengurus Akaun

    Kemas Kini Kata Laluan

    Status

    Blazer/Vest

    Peralatan

    Cenderamata

    Buku Resit

    Daftar Masuk

    Kemas Kini Permohonan

    Papar Senarai Permohonan

    Meluluskan Permohonan

    Papar Rekod Barang

    Blazer/Vest Peralatan

    CenderamataBuku Resit

    Menjana Laporan

    Paparan Laporan

    Cetak Laporan

    Semak Permohonan

    Papar Senarai Permohonan Meluluskan

    Permohonan

    Kemas Kini Rekod Barang

    Blazer/Vest

    Peralatan

    Menguruskan Permohonan

    Papar Senarai Permohonan Cetak Slip

    Permohonan

    Kemas Kini Rekod Barang

    Cenderamata

    Buku Resit

    Kemas Kini Pengguna

    Tambah Pengguna

    Padam Pengguna

    «include»

    «include»

    «include» «include»

    «include»

    «include»

    «include»

    «include»

    «include»

    «include»

    «include»

    «include»

    «include»«include»

    «include»

    «include»

    «include»

    «include»

    «include»«include»

    «include»«include»

    «include»

    «include»

    «include»

  • 32

    pelajar. Senarai ini memaparkan nombor matrik, persatuan kelab, program yang akan dijalankan, tarikh permohonan dibuat, tarikh program dijalankan dan juga status permohonan. Antara muka ini akan dipaparkan di halaman utama staf pejabat. Untuk mengemas kini permohonan, staf pejabat perlu menekan butang kemaskini. Rajah 5 menunjukkan antara muka senarai permohonan.

    Rajah 4. Antara muka borang permohonan cenderamata

    Rajah 5. Antara muka senarai permohonan

    2.6 Seni Bina Sistem

    Seni bina sistem didefinisikan sebagai gambaran secara kasar tentang bagaimana perjalanan sistem ini berlaku (Nurul Lian, 2009). Seni bina reka bentuk juga merupakan rangka kerja asas bagi menstruktur sistem. Dalam pembangunan sistem ini terdapat lima pengguna utama iaitu pelajar, pegawai aktiviti, penolong pendaftar, kerani aktiviti dan pentadbir. Rajah 6 menunjukkan reka bentuk seni bina sistem.

  • 33

    2.7 Reka bentuk pangkalan data

    Setiap pangkalan data yang wujud memerlukan hubung kait supaya maklumat yang disimpan lebih teratur, mudah dicapai dan mengelakkan data dari bertindan serta menjimatkan ruang ingatan penyimpanan data (Intan Izyan, 2009). Rajah 7 menunjukkan rajah hubungan entiti bagi sistem ini.

    Rajah 6. Reka bentuk seni bina sistem

    Rajah 7. Rajah hubungan entiti

  • 34

    3 Perbıncangan

    Pelaksanaan dan pengujian bagi sesebuah sistem adalah penting untuk memastikan sistem tersebut dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh pengguna. Beberapa langkah pengujian telah dijalankan untuk memastikan sistem ini dapat berfungsi dengan baik.

    3.1 Pengekodan Fungsi Utama

    Sistem Permohonan Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) telah dibangunkan menggunakan perisian Visual Studio 2012. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah C# dan disokong dengan rangka kerja .NET. Rajah 8 menunjukkan kod yang digunakan untuk menghantar notifikasi kepada pelajar. 3.2 Pengujian Kotak Hitam

    Pengujian kotak hitam adalah pengujian terhadap fungsi-fungsi sistem yang memerlukan input daripada pengguna. Data yang dimasukkan akan disemak dan ditentukan sama ada output yang terhasil sama seperti apa yang dijangkakan. Pengujian kotak hitam tidak menyentuh mengenai atur cara pelaksanaan tetapi lebih kepada hasil yang menepati kehendak pengguna. Pengujian kotak hitam kebiasaan akan dilakukan dalam proses pembangunan sistem kerana ingin mencari kelemahan sistem dan membuat penambahbaikkan sistem. Jadual 2 menunjukkan hasil daripada pengujian kotak hitam.

    Rajah 8. Kod aturcara menghantar notifikasi

    3.3 Pengujian Penerimaan Pengguna

    Ujian penerimaan pengguna dilaksanakan bagi memastikan sistem yang dibangunkan berfungsi dengan sempurna dan memenuhi keperluan pengguna serta dapat mengatasi masalah sistem sedia ada. Sehubungan dengan itu, pengujian ini dijalankan untuk meningkatkan kecekapan sistem serta melaksanakan fungsi-fungsi yang telah dibangunkan. Selain itu, ujian penerimaan pengguna juga salah satu cara bagi mendapatkan cadangan untuk penambahbaikan

    protectedvoidSendEmail(stringrecipient,stringsubject,stringbody)

    {

    stringemail="[email protected]";

    stringpassword="sppkphema94";

    using(MailMessagemm=newMailMessage(email,recipient))

    {

    mm.Subject=subject;

    mm.Body=body;

    mm.IsBodyHtml=false;

    SmtpClientsmtp=newSmtpClient();

    smtp.Host="smtp.gmail.com";

    smtp.EnableSsl=true;

    NetworkCredentialNetworkCred=newNetworkCredential(email,password);

  • 35

    sistem yang telah dibangunkan. Pengujian ini dijalankan di mana pengguna perlu menggunakan sistem yang telah dibangunkan untuk menguji, meneroka fungsi sistem dan kebolehan sistem dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

    Analisa ini dibuat setelah mendapat maklum balas daripada pengguna seperti. Rajah 9 menunjukkan kesemua fungsi dapat berfungsi dengan baik. Rajah 10 menunjukkan 66.7% pengguna berpuas hati dengan antara muka sistem dan 33.3% sangat berpuas hati.

    Jadual 2. Pengujian bagi fungsi pelajar

    Antara muka

    Input Hasil Status

    Pelajar

    Kemas kini maklumat pelajar.

    Maklumat pelajar berjaya disimpan.

    Berjaya

    Butang rumah. Melihat paparan senarai permohonan yang telah dibuat.

    Berjaya

    Permohonan pinjaman baru.

    Memaparkan borang peminjaman baru.

    Berjaya

    Butang hantar permohonan.

    Menyimpan borang permohonan ke dalam pangkalan data.

    Berjaya

    Tab permohonan barang. Memaparkan pilihan permohonan yang disediakan.

    Berjaya

    Butang senarai permohanan

    Memaparkan senarai permohonan yang dibuat oleh pelajar lain.

    Berjaya

    Menyemak status permohonan

    Dapat melihat status permohonan sama ada diluluskan atau tidak diluluskan

    Berjaya

    Rajah 9. Hasil penilaian fungsi pengguna

  • 36

    Rajah 10. Keputusan antara muka bagi pelajar.

    4 Kesimpulan

    Sistem Permohonan Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk meringankan kerja staf di pejabat HEMA. Seterusnya, untuk menguruskan maklumat permohonan pinjaman dengan lebih berkesan serta memudahkan proses permohonan kepada pelajar. Walaupun masih terdapat kelemahan dan kekurangan pada sistem yang dibangunkan, sebarang cadangan untuk pembaikan sistem diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan sistem pada masa hadapan.

    Rujukan

    1. Hasim, S. (2005). Bab 3 Metodologi. Dicapai dari http://researchaku4.blogspot.com/ 2005/12/bab-3-metodologi-3.html

    2. Hal Ehwal Mahasiswa UTM (2016, May). Bahagian/Unit. Retrived from the Hal Ehwal Mahasiswa UTM, website: http://www.utm.my/studentaffairs/

    3. Mohd Shahizan Othman dan Lizawati Mi Yusuf. (2015). Pengaturcaraan Web ASP.NET Menggunakan VB dan C#. Edisi Pertama: Penerbit UTM Press.

    4. Sektor Pengurusan Maklumat (ICT). Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. (2016). Manual Sistem Pinjaman Peralatan ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNNS).

    5. Sistem Pinjaman Peralatan ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNNS).

  • 37

    Sistem Perancangan Temujanji Bersama Pensyarah Berasaskan Aplikasi Android

    1NursyahiraBintiMohdYazid,2NoorfaHaszlinnaMustaffa1,2Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

    81310, Johor Bharu, Johor, Malaysia {nursyahirayazid1, [email protected]}

    Abstrak. Projek ini melibatkan pembangunan prototaip sistem perancangan temujanji bersama pensyarah sebagai satu bentuk aplikasi telefon pintar. Sistem yang dibangunkan mengambilkira ciri fizikal dan teknikal yang membolehkan ia berfungsi dengan baik menggunakan telefon pintar. Dengan adanya sistem ini, ia dapat memudahkan pensyarah untuk memaklumkan kelapangan masa yang ada kepada pelajar bagi merancang temujanji. Kaedah yang dilaksanakan di dalam projek ini menggunakan sistem kalendar berjadual. Di akhir projek ini, pelajar dapat mengetahui kelapangan masa pensyarah sebelum membuat temujanji.

    Kata Kunci: Sistem Temujanji, Pelajar Pensyarah, UTM

    1 Pengenalan

    Sistem Perancangan Temujanji merupakan sistem yang dapat memberi kemudahan kepada pensyarah dan pelajar untuk menentukan kelapangan masa pertemuan yang bersesuaian dengan cepat. Perancangan temujanji dan pengesanan lokasi antara pensyarah dan pelajar kebiasaannya ditetapkan melalui sistem pesanan ringkas. Sistem tersebut menyebabkan temujanji yang dilakukan mengambil masa yang panjang kepada pensyarah untuk membuat respon terhadap pelajar. Dengan adanya sistem perancangan temujanji dan pengesanan lokasi ini, pensyarah dan pelajar dapat membuat temujanji dengan lebih pantas dan efektif. Pelajar hanya perlu menunggu respon notifikasi daripada pensyarah jika temujanji yang di buat dipersetujui oleh pensyarah tersebut. Selain itu, ia juga dapat memudahkan pelajar mengetahui kelapangan masa pensyarah sebelum membuat sebarang temujanji bersama pensyarah tersebut. Sistem ini hanya diuji oleh pensyarah dan pelajar -Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Pada masa akan datang, sistem ini akan diuji oleh keseluruhan fakulti yang terdapat di UTM Skudai.

    2 Metodologı dan Rekabentuk

    2.1 Metodologi Pembangunan Sistem

    Metodologi prototaip digunakan dalam pembangunan sistem ini kerana sistem perancangan temujanji dan pengesanan lokasi ini merupakan teknologi yang jarang sekali wujud pada era ini. Metodologi ini menggunakan Bahasa Pemodelan Disatukan (UML) dalam menganalisis dan mereka bentuk sistem. Kitaran fasa reka bentuk dan pembangunan hanya akan berhenti apabila pengujian sistem lulus. Walaupun kaedah ini kelihatan seperti kerja yang berulang untuk

  • 38

    pembangun sistem, ia dapat memastikan kefungsian sistem dapat disemak dan diuji dengan teliti sebelum dilaksanakan dalam sistem yang sebenar. Model prototaip sangat sesuai kerana projek ini amat mementingkan respon daripada pengguna sistem demi memastikan penambahbaikan yang dilakukan tepat dengan keperluan pengguna. Pengguna perlu menguji sistem dari semasa ke semasa agar ianya berfungsi dengan baik. Carta aliran diterjemahkan dalam Rajah 1 di bawah.

    Rajah 1. Carta Aliran Metodologi Prototaip

    2.2 Reka bentuk dan Keperluan Pembangunan Sistem

    Sistem aplikasi ini mempunyai beberapa pengguna yang terlibat dengan penggunaan spesifik yang berbeza. Setiap penggunaan bergantung antara satu sama lain di dalam tugas atau modul. Terdapat tiga pengguna yang terlibat iaitu pensyarah, pelajar dan pentadbir. Pensyarah akan melengkapkan jadual perancangan masa dan menentukan lokasi pertemuan bersama pelajar. Manakala pelajar boleh membuat temujanji bersama pensyarah dengan melihat kelapangan masa pensyarah tersebut berdasarkan kalendar yang berjadual. Tugas sebagai pentadbir pula mengendalikan sistem perancangan masa dan pengesanan lokasi dengan mengemaskini maklumat antara pensyarah dan pelajar. Secara ringkasnya, pentadbir bertanggungjawab dalam menguruskan sebarang data yang diperlukan dalam sistem.

    Sistem ini dibangunkan berdasarkan kepada dokumen Perisian Keperluan Spesifikasi (SRS) melalui reka bentuk UML yang merujuk kepada perincian Kes Guna (UseCase) dalam Jadual 1. UML mengandungi rajah kes, rajah jujukan, dan rajah aktiviti yang selalu digunakan bagi menyatakan sesebuah sistem dan menggambarkan struktur sistem dengan menyediakan penjelasan yang jelas tentang spesifikasi sistem, fungsi dan masalah. Kes guna digunakan untuk mentakrifkan interaksi antara peranan yang biasanya digelar aktor dan sistem bagi mencapai matlamat. Rajah jujukan adalah rajah interaksi yang menunjukkan proses beroperasi dengan satu sama lain. Manakala rajah aktiviti adalah perwakilan grafik aliran kerja aktiviti dan tindakan dengan sokongan untuk pilihan, lelaran dan keserentakan langkah demi langkah.

  • 39

    Jadual 1. Kelas pengguna dan Tugas

    Pengguna Pentadbir Pensyarah Pelajar

    Fungsi Pengesahan pengguna daftar masuk

    -Tambah pengguna

    -Kemaskini pengguna

    -Padam pengguna

    -Tambah acara

    -Kemaskini acara

    -Kemaskini lokasi

    -Hantar notifikasi status

    -Tambah temu janji

    -Hantar maklum balas

    Daftar keluar

    Bahasa yang digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah Jawa, MySQL dan PHP dengan menggunakan perisian Android Studio, dan PHPMyadmin. Pangkalan data yang telah digunakan dalam membangunkan aplikasi ini adalah melalui PHPMyadmin. Melalui online server hosting yang disediakan oleh Hostinger iaitu online server, pangkalan data sistem disimpan di server tersebut.

    3 Pembangunan Sıstem

    Reka bentuk sistem yang dirancang pada fasa awal perancangan membantu kelancaran proses mengimplementasikan ke atas pembangunan sistem perancangan temujanji. Reka bentuk awalan membantu di dalam mencapai anggaran atau jangkaan yang ingin dicapai pada fasa-fasa pembangunan. Pengujian penting untuk mengenali sistem yang dibina dengan lebih dekat seperti kelemahan dan kekuatan sistem. Pengujian seperti pengujian kotak putih, pengujian kotak hitam dan pengujian penerimaan pengguna telah dilakukan dan segala keputusan yang telah dianggarkan berjaya diimplementasikan dan lulus uji. Selain itu pengujian juga membantu di dalam pengendalian mengatasi ralat yang dikesan dan memastikan sistem berjalan mengikut aliran dan logik yang betul. Pembangunan Sistem diterangkan mengikut aliran seperti berikut

    Rajah 1. Laman Log Masuk Rajah 2. Laman Pendaftaran Sistem

  • 40

    Rajah 3. Ruangan Temujanji Rajah 4. Memilih senarai Pensyarah

    Rajah 5. Pemilihan Masa Cadangan Rajah 6. Kelapangan Masa yang Sedia Ada

    Rajah 7. Keterangan Aktiviti Rajah 8. Hantar Notifikasi

  • 41

    4 Perbıncangan

    Secara keseluruhannya, hasil pembangunan sistem ini dapat membantu dan memudahkan para pengguna yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia membuat temujanji. Segala modul yang terdapat di dalam sistem ini berfungsi dengan baik. Pembangunan sistem ini menggunakan bahasa pengatucaraan java, php dan pangkalan data MySQL. Segala data dan maklumat pengguna disimpan dengan baik dan tersusun di dalam sistem ini.

  • 42

    Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

    1NurfazianaSaifulamri,2SitiHajarOthman

    1,2Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

    81310, Johor Bharu, Johor, Malaysia {[email protected], [email protected]}

    Abstrak. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini menjadikan sistem pendidikan pengajian tinggi di Malaysia melahirkan lebih ramai graduan universiti yang cemerlang, berkualiti dan celik IT. Malahan, lebih banyak sistem manual telah dilaksanakan secara atas talian. Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian (UTM GMS) yang dibangunkan ini bertujuan untuk membaiki sistem sedia ada bagi memudahkan pra dan pasca graduan untuk menguruskan hari yang bersejarah mereka sebagai seorang graduan universiti dengan lebih sistematik. Sistem ini membenarkan graduan memohon pengijazahan, menyemak status permohonan, mengesahkan kehadiran konvokesyen, menempah jubah konvokesyen serta memohon pengeposan sijil secara atas talian. Selain itu, dengan menggunakan aplikasi atas talian, pengguna dapat menggunakan sistem ini dimana-mana pada pada bila-bila masa sahaja. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian ASP.NET dan Microsoft SQL Server 2014. Metodologi yang digunakan ialah Rational Unified Process (RUP) yang mempunyai kitaran empat fasa yang menjimatkan masa dan kos. Dengan perlaksanaan sistem ini, ia dapat meringankan Pihak Pengurusan Konvokesyen dan dapat melancarkan pengurusan konvokesyen pada tahun akan datang.

    Kata Kunci: Pengurusan Majlis Konvokesyen, Atas Talian, Sistem Pengurusan

    1 Pendahuluan

    Kebanyakan sistem konvokesyen yang sedia ada adalah berbentuk manual dimana graduan perlu mengisi borang-borang yang diperlukan untuk melengkapkan proses yang berkaitan dengan maklumat konvokesyen. Antara masalah-masalah sistem semasa yang telah dikaji adalah permohonan untuk penganugerahan Konvokesyen masih dilakukan secara manual. Pelajar perlu mendapatkan borang Audit Pengijazahan Sarjana Muda dan borang permohonan penganugerahan ijazah serta mengembalikannya semula kepada pejabat fakulti masing-masing. Borang tersebut mestilah mendapat semakan dan pengesahan daripada Penasihat Akademik. Dengan ini, pelajar terpaksa terikat dengan waktu pejabat beroperasi. Selain itu, sistem semasa hanya membenarkan pelajar menyemak status permohonan pengijazahan. Bagi pelajar yang layak, nama, kursus dan tarikh sesi penganugerahan akan dipaparkan dan set jemputan boleh dimuat turun. Selain itu, segala maklumat hanya dipaparkan di laman web tersebut. Bagi pasca graduan, mereka sukar untuk mengetahui tarikh konvokesyen berlangsung dan membuat penempahan jubah. Mereka

  • 43

    perlu mengakses sistem konvokesyen yang sedia ada dan menghubungi serta meminta pertolongan daripada rakan untuk mendapatkan maklumat dan melakukan penempahan tersebut sekaligus menyusahkan pihak lain. Bagi pihak pengurusan konvokesyen pula, mereka perlu menyimpan borang-borang permohonan tersebut. Mereka juga mengambil masa yang lama untuk memproses borang-borang permohonan bagi menghantar surat pengesahan kehadiran dan borang-borang yang berkenaan kepada graduan yang layak. Ini dapat membebankan pihak berkenaan (Pihak Pengurusan Konvokesyen). Melalui cara ini juga, borang yang dilakukan secara manual kemungkinan terdapat kesilapan dan boleh menyebabkan pelajar tidak layak untuk menerima penganugerahan ijazah.

    Antara objektif projek yang akan dicapai dalam pembangunan sistem ini

    ialah: (i) Untuk mengkaji dan menganalisis sistem pengurusan konvokesyen yang sedia ada berasaskan laman web dan aplikasi mudah alih, (ii) Merekabentuk dan membangunkan sebuah sistem permohonan konvokesyen yang melibatkan permohonan graduasi, pengesahan kehadiran, penempahan jubah konvokesyen yang berasaskan pengkomputeran web dan aplikasi mudah alih dan (iii) Untuk menguji keberkesanan sistem melalui pengujian pengguna dengan menggunakan UTM sebagai kajian kes untuk memastikan sistem ini dapat digunakan dengan jayanya.

    2 Metodologi Pembangunan

    Sistem ini dibangunkan menggunakan kaedah proses penyatuan rasional (RUP) – yang melibatkan fasa Permulaan, Penghuraian, Pembinaan, dan Peralihan. RUP dan permodelan Unified Modeling Language (UML) yang boleh diubah berdasarkan kepada keperluan baru yang diminta oleh pihak berkepentingan dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di dalam proses lelaran. Berdasarkan Jadual 1, terdapat beberapa kekurangan sistem konvokesyen sedia ada dalam memberi kemudahan kepada pengguna sistem tersebut. Kekurangan yang terdapat di dalam sistem sedia ada yang lain menyebabkan proses graduasi yang dilakukan tidak efisien dan todak memuaskan. Justeru itu, dapatan daripada perbandingan yang telah dibuat dapat digunakan untuk menghasilkan sistem yang lebih baik iaitu Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian.

  • 44

    Jadual 1. Perbandingan antara sistem konvokesyen sedia ada

  • 45

    Rajah 1. Permodelan Rajah-rajah Kefungsian dan Rajah Kelas bagi Sistem Konvokesyen UTM

    3 Rekabentuk Sistem

    Rajah 2 menunjukkan antaramuka halaman utama bagi UTM GMS yang membolehkan pengguna memasuki sistem. Terdapat tiga pengguna yang akan menggunakan halaman utama ini untuk memasuki ke dalam sistem iaitu Graduan, Unit Konvokesyen dan Pentadbir.

    Rajah 2. Antaramuka Log Masuk

  • 46

    Rajah 3 menunjukkan paparan antaramuka halaman utama bagi pengguna graduan di dalam sistem. Pada paparan antaramuka ini, graduan akan dipaparkan dengan buletin dimana maklumat atau pengumuman berkaitan majlis konvokesyen akan dipaparkan di ruangan buletin. Pada antaramuka dashboard graduan ini, terdapat beberapa aktiviti yang bakal dilakukan oleh para graduan. Ia ditunjukkan pada menu yang dipaparkan di sebelah atas paparan sistem. Menu tersebut termasuk mengemaskini profil graduan dan membuat pengesahan kehadiran konvokesyen seterusnya membuat tempahan jubah konvokesyen. Bagi graduan yang tidak hadir ke majlis konvokesyen, graduan diberi pilihan untuk mengepos sijil ijazah/ diploma mereka melalui UTM GMS.

    Rajah 3. Antaramuka halaman utama graduan

    4 Implementası Dan Pengujıan Sistem

    Pangkalan data telah dimuatnaik ke pelayan dalam mendapatkan data melalui skrip aturcara yang menggunakan bahasa SQL. Rajah 4 menunjukkan skrip aturcara capaian data daripada pangkalan data untuk dipaparkan kepada pengguna. Kod aturcara ini telah diletakkan di atas fail-fail ASP yang berkaitan dengan tujuan memudahkan capaian data daripada pangkalan data. Rajah 5 menunjukkan skrip aturcara log masuk ke dalam sistem. Kod aturcara ini telah diletakkan di fail aspx yang dinamakan sebagai ‘login.aspx’ dimana setiap pengguna yang memasuki sistem ini akan melalui proses pengesahan pengguna dengan memanggil fail ‘login.asxp.cs’.

  • 47

    Rajah 4. Skrip capaian data daripada pangkalan data

    Rajah 5. Skrip log masuk

    5 Kesimpulan

    Terdapat tiga perkara utama yang perlu difokuskan bagi membangunkan UTM GMS (UTM Graduation Management System) iaitu objektif, skop dan kepentingan projek ini dibangunkan. Setelah UTM GMS ini siap dibangunkan, pencapaian objek projek adalah seperti berikut: (i) Pemahaman yang jelas tentang teknologi yang digunakan dalam pembangunan UTM GMS, (ii) Untuk mengenalpasti kehendak pengguna, keperluan dan kelemahan sistem sedia ada bagi pengurusan konvokesyen, (iii) Untuk membina satu proses sistem yang lebih tersusun antaramuka yang mesra pengguna dan mempunyai pelbagai fungsi dan (iv) Sistem pelaksanaan dan pengujian telah dilakukan kepada pengguna bagi mendapatkan keputusan yang memuaskan disamping mengintegrasikan kepada peranti yang pelbagai saiz.

    Antara kelebihan sistem ini yang telah dikenal pasti ialah (i) UTM GMS

    memudahkan pengguna graduan dalam membuat permohonan graduasi,

  • 48

    pengesahan kehadiran dan penempahan jubah konvokesyen secara atas talian walaupun berada jauh daripada kampus, (ii) UTM GMS boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa serta pada pelbagai peranti seperti komputer, telefon pintar dan tablet, (iii) UTM GMS tidak memerlukan masa yang lama untuk berinteraksi dengan pengguna kerana ianya telah dibina dengan gabungan bahasa pengaturcaraan yang memberi tindak balas secara pantas apabila diakses dan (iv) UTM GMS dapat mengurangkan kos utiliti seperti kegunaan kertas secara manual iaitu dengan mengisi borang-borang konvokesyen.

    Rujukan

    1. About UTM (2014). Facts and Figures. Tersedia di: http://www.utm.my/about/factsfigures. [Diakses pada 17 Mac 2016].

    2. Ambler, S.W. (2005). A Manager’s Introduction to The Rational Unified Process (RUP). Tersedia di: http://www.ambysoft.com/downloads/managers

    3. Bootstrap (2016). Tersedia di http://getbootstrap.com/getting-started/. [Diakses pada 20 April 2016] 4. Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (2016). Sistem Pengurusan Konvokesyen ILKBS.

    Tersedia di: http://eikbn.gov.my/konvokesyen IKBN2016/page1.php. [Diakses pada 29 Mac 2016]. 5. Jaakkola, H. and Thalheim, B. (2011). Architecture-driven modelling methodologies. In: Proceedings

    of the 2011 conference on Information Modelling and Knowledge Bases XXII. Anneli Heimbürger et al. (eds). IOS Press. pg. 98.

    6. Mohd. Shahizan Othman., & Lizawati Mi Yusuf. (2010). Pengaturcaraan web ASP.net (1st ed.). Skudai, Johor: Penerbit Universiti Tekonologi Malaysia (UTM).

    7. Mohd Shahizan Othman. (2015). Pengaturcaraan web ASP.NET menggunakan VB dan C# (1st ed.) Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

    8. Muat turun borang konvokesyen UTM (2016). Tersedia di http://www.utm.my/convocation/ forms-for-download/. [Diakses pada 30 Mac 2016].

    9. Shahid, N., Khan, O. A., Anwar, S. K., and Pirzada, U. T. (2011). Rational Unified Process. Assignment on RUP. University of Alaska Springfield.

    10. The Eclipse Foundation (2010). Eclipse IDE for Java Developers. Tersedia di: http://www.eclipse.org /downloads/moreinfo/java.php. [Diakses pada 7 Mei 2016].

    11. Universiti Teknologi Malaysia (2016). UTM Convocation. Tersedia di: www.utm.my/convocation/. [Diakses pada 30 Mac 2016].

  • 49

    Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian )

    SCSJ

  • 50

    Aplikasi Hibrid Ekopelancongan UTM

    1Akmal,and2ShahlizaAbdHalim1,2Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia

    [email protected],[email protected]

    Abstrak.Unit kampus ekopelancongan UTM telah ditubuhkan bagi merancang dan menyelaras program-program yang berasakan pendidikan, unit yang terlibat adalah Unit Bahagian Perkhidmatan, Pejabat Aset dan Pembangunan. Permasalahan yang dihadapi oleh kampus ekopelancongan UTM ialah sistem sedia ada yang tidak dinamik dan tiadanya sistem berkomputer yang membantu dalam proses penempahan fasiliti yang diuruskan oleh unit ini. Bagi mengatasi masalah ini, Aplikasi Hibrid Ekopelancongan UTM untuk Kampus Ekopelancongan UTM ini telah di bangunkan dengan menggunakan platform hibrid iaitu Ionic untuk aplikasi telefon bimbit dan platform Laravel untuk pembangunan sistem web bagi membantu pihak Kampus Ekopelancongan UTM. Sistem ini memudahkan segala urusan penempahan dan segala urusan ekopelancongan di UTM. Metodologi yang digunakan ialah Rational Unified Process (RUP) yang mengandungi empat fasa iaitu fasa pembangunan, penghuraian, fasa pembinaan dan fasa peralihan. Antara fungsi yang telah di bangunkan bagi memudahkan segala urusan ekopelancongan UTM ialah fungsi penempahan, fungsi mengetahui lokasi, fungsi hebahan ke laman sosial, fungsi tambahan pakej dan pengesahan tempahan secara atas talian. Dengan menggunakan aplikasi ini para pengguna mampu mengetahui pakej menarik yang ditawarkan dan dapat menjimatkan masa pengurusan bagi Kampus Ekopelancongan UTM.

    Kata Kunci: Ekopelancongan UTM, sistem aplikasi hibrid, android, web

    1 Pendahuluan

    Ekopelancongan ataupun pelancongan ekologi ialah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semulajadi dari segi flora, fauna ataupun warisan budaya. Ekopelancongan dilakukan bertujuan untuk menyumbang kepada penyelenggaraan bagi pemeliharan dan pemuliharaan alam semula jadi dan hidupan liar. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada ekopelancongan iaitu tarikan semulajadi yang berdasarkan ciri persekitaran yang terhasil secara sendirinya, tarikan budaya berdasarkan peradaban manusia dan jenis tarikan istimewa yang dicipta hasil buatan manusia. Di Malaysia, ekopelancongan juga merupakan sumber pendapatan ekonomi utama, oleh itu kerajaan sangat menyambut baik semua agensi yang menguruskan ekopelancongan ini. Seiring dengan itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mewujudkan inisiatif sendiri dengan mewujudkan kampus ekopelancongan pada tahun 2009 yang dilancarkan oleh Mantan Naib Canselor UTM, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang. UTM Skudai merupakan kampus pertama yang memperkenalkan inisiatif kampus ekopelancongan. Pada Oktober 2009 unit kampus ekopelancongan UTM telah ditubuhkan bagi merancang dan menyelaras program-program yang berasakan pendidikan, unit yang terlibat adalah Unit Bahagian Perkhidmatan, Pejabat Aset dan Pembangunan. Dengan keluasan 1145 hektar Kampus Ekopelancongan UTM dapat menawarkan pelbagai aktiviti lasak dan keindahan semula jadi. Antara lokasi-lokasi yang boleh dilawati ialah Hutan Rekreasi, Balai Cerapan, Taman dan Rumah Tropika, Institut Pembangunan Bioproduk, Taman Ekuin, Utm Trails, Taman Rusa, Dusun dan Ladang, Tasik Ilmu dan Desa Bakti, Makmal Pengurusan Marin, Makmal Aeronautik, Pusat Inovasi

  • 51

    Mahasiswa, Pusat Kecemerlangan Inovasi Media dan Permainan (MaGIC-X), Golf Driving Range dan Scholar’s Inn. Seiring dengan perkembangan teknologi, segala urusan ekopelanc