FAKS - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3958/1/... · menjadi...
Transcript of FAKS - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3958/1/... · menjadi...
® FAKS 03-20567081
Bangi: Kempen menggalakkan
rakyat Malaysia membaca muladiperke
nalkan sejak Ogos tahun 1995 dengan slogan 'Mari
Membaca Bersama'. Walaupun hampir 14 tahun
kempen itu dijalankan, kesedaran mengenai kepentingan membaca
dalam kalangan ma~ syarakat negara
masih pada tahap sederhana. Keadaan itu ditambah lagi dengan
peredaran zaman dengan kehadiran telefon pintar, komputer riba, 'ipad' dan juga penggunaan laman media sosial.
Namun demikian, hal ini bukanlah menjadi alas an kepada masyarakat + untuk terus melupakan buku, surat khabar atau bahan bacaan lain yang menjadi satu daripada saluran ilmu pengetahuan yang tidak akan pupus
. hingga akhir zaman. 0 .1
o bhpendidikan
_ bhpendidikan
PENGARANG URUSAN KUMPULAN NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid
PENGARANG KUMPULAN BH Mahfar Ali
TIMBALAN PENGARANG KUMPULAN BH Badrulhisham Othman
PENGARANG EKSEKUTIF BERITA DAN EHWAL SEMASA Norhayati Md Said
PENGARANG EKSEKUTIP MINGGUAN ! BH2 ZainorSaid
PENGARANG EKSEKUTIF PENGELUARAN ! E·PAPER Rosli Safar
PENGARANG PENDIDIKAN: + Fadzlena Jafar
PENGARANG BERITA PENDIDIKAN Ridzuan Yop Mohd Feroz Abu Bakar
~kOh nilam Sekolah Mene
ngah Kebangsaan (SMK) Dato' Abu Bakar Baginda,
Ainun Najiha Mohd Nor, 17, berkata amalan membaca ialah aktiviti ringkas dan umum yang perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.
"Di negara kita, amalan membaca sudah dipupuk sejak kecillagi. Cuma menjadi masalah kepada diri seseorang untuk meneruskan amalan itu atau hanya memegang bukujika perlu.
"Amalan membaca buku hanya ketika diperlukan seharusnya tidak boleh dijadikan tabiat kerana amat merugikan seseorang. Dengan membaca, kita dapat memperluas ilmu pengetahuan tanpa had," katanya ketika dite- . mui baru-baru ini.
Berkongsi pendapatnya mengenai inisiatif yang boleh dianjurkan mana-mana pihak berkaitan, Ainun Najiha memberitahu antara program yang boleh dilancarkan ialah '1 Hari 1 Perkataan'.
"Ramai generasi muda ketika ini tidak mahu membaca apatah lagi penggunaan bah as a yang amat teruk memandangkan mereka terdedah dengan bahasa pesanan khidmat ringkas (SMS).
"Dengan adanya program 1 Hari 1 Perkataan, saya yakin pelajar akan: memperoleh perkataan baharu setiap hari dan membantu penggunaan bahasa mereka sekali
gus menggalakkan ;unalan membaca dalam kalangan generasi mudah.
Program Jom Baca "Selain itu, pihak sekolah boleh
meneruskan inisiatif menganjurkan program Join Baca selama 10 minit sebelum memulakan sesi pembelajaran setiap hari persekolahan," katanya yang membaca hampir 400 bahan bacaan setiap tiga bulan.
Pendapat itu dipersetujui Maisarah Hayati Rusli, 15, yang men-
® SELASA 6 MEl 2014
jadikan membaca sebagai amalan yang perlu dilakukannya setiap hari walaupun sibuk dengan mengulang kaji.
Dia yang merupakan pengawas . pusat sumber sekolah itu, tidak mahu menjadikan kekurangan masa sebagai alasan untuk tidak membaca sebaliknya mengambil masa selama lima ke 10 minit untuk memperoleh ilmu pengetahuan baharu.
"Membaca bukan semata-mata untuk mengetahui jalan cerita, tetapi saya yakin penggunaan ayat yang dipakai oleh seseorang penulis buku dapat memberi pengetahuan kepada pembacanya.
"Sayajuga akan memilih bahan bacaan yang sesuai dengan umur saya. Keadaan ini disebabkan ramai remaja yang senang terpengaruh dengan bacaan novel yang tidak bersesuaian umur mereka," katanya.
kina Nabilah Nizam, 15, pula berpendapat us aha pihak Perpustakaan Negara mewujudkan perpustakaan bergerak melalui bas dan van perlu diperluas lagi melalui aktiviti yang disediakan.
"Saya pernah masuk ke dalam bas yang menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan di dalamnya. Ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam us aha menggalakkan masyarakat membaca namun tanpa aktiviti yang menarik saya masih melihat sambutan yang diberikan menjadi hambar.
"Tidak salahjika pihak tertentu menganjurkan lebih banyak aktiviti membabitkan masyarakat untuk menarik minat mereka membaca seterusnya menjadikannya sebagai amalan sepanjang masa," katanya.