Faktor Dan Jenis Jenayah

6
Pelbagai faktor boleh mengundang kepada jenayah disebabkan adanya rung bebas yang mempunyai potensi untuk berlakunya kejadian jenayah. Ruang-ruang ini berpotensi sebagai kawasan jenayah yang tinggi disebabkan mempunyai sifat atau punca seperti berikut : a. Terlalu banyak laluan masuk yang luas dan lapang Ruang yang besar dan lapang menyebabkan penjenayah mempunyai banyak pilihan untuk membuat laluan bagi melepaskan diri. Ini adalah disebabkan adanya ruang kemasukan yang pelbagai dan memberi peluang yang mudah kepada penjenayah untuk senang merancang untuk melepaskan diri dengan keadaan yang pantas. Oleh itu, keadaan sebegini akan lebih menjadikan penjenayah tersebur sukar untuk ditangkap atau dikenalpasti b.Keadaan penyesuaian susun atur tanah dan kawasan Keadaan kawasan yang kurang sesuai susun aturnya kemungkinan akan memberi potensi berlakunya isu jenayah di kawasan tersebut. Isu seperti ini tidak harus dipandang ringan oleh majlis daerah tempatan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membaiki dan menyelenggara segala kerosakan atau kekurangan fasiliti bagi memudahkan penduduk berurusan di kawasan kediaman mereka sendiri. Sebagai contoh, kawasan kediaman yang mempunyai lorong gelap dan sunyi yng berdekatan dengan kawasan hutan atau semak samun yang besar. Kawasan-kawasan seperti ini boleh menjadi sasaran bagi penjenayah untuk melakukan jenayah perbandaran. c. Laluan yang terselindung

description

Faktor dan jenis jenayah

Transcript of Faktor Dan Jenis Jenayah

Pelbagai faktor boleh mengundang kepada jenayah disebabkan adanya rung bebas yang mempunyai potensi untuk berlakunya kejadian jenayah. Ruang-ruang ini berpotensi sebagai kawasan jenayah yang tinggi disebabkan mempunyai sifat atau punca seperti berikut :a. Terlalu banyak laluan masuk yang luas dan lapangRuang yang besar dan lapang menyebabkan penjenayah mempunyai banyak pilihan untuk membuat laluan bagi melepaskan diri. Ini adalah disebabkan adanya ruang kemasukan yang pelbagai dan memberi peluang yang mudah kepada penjenayah untuk senang merancang untuk melepaskan diri dengan keadaan yang pantas. Oleh itu, keadaan sebegini akan lebih menjadikan penjenayah tersebur sukar untuk ditangkap atau dikenalpastib.Keadaan penyesuaian susun atur tanah dan kawasanKeadaan kawasan yang kurang sesuai susun aturnya kemungkinan akan memberi potensi berlakunya isu jenayah di kawasan tersebut. Isu seperti ini tidak harus dipandang ringan oleh majlis daerah tempatan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membaiki dan menyelenggara segala kerosakan atau kekurangan fasiliti bagi memudahkan penduduk berurusan di kawasan kediaman mereka sendiri. Sebagai contoh, kawasan kediaman yang mempunyai lorong gelap dan sunyi yng berdekatan dengan kawasan hutan atau semak samun yang besar. Kawasan-kawasan seperti ini boleh menjadi sasaran bagi penjenayah untuk melakukan jenayah perbandaran.c. Laluan yang terselindungRuang terselindung melibatkan kawasan atau tempat yang mempunyai kadar penglihatan yang terlindung daripad laluan utama ataupun daripada tumpuan orang ramai. Kawasan seperti ini yang tidak menjadi pilihan untuk orang ramai lalu-lalang akan menyebabkan penjenayah menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat berlakunya perancangan jenayah mereka. Contoh tempat-tempat yang terlindung daripada pandangan orang ramai adalah seperti kawasan lorong belakang bangunan ataupun jalan dalam yang tidak lagi digunakan oleh orang ramai. d. Kawasan ruang terasingRuang yang boleh dikategorikan sebagai ruang terasing ini adalah seperti ruang kawasan yang tidak menjadi tumpuan orang ramai. Kawasan ini melibatkan kadar tinjauan yang amat rendah dan menyumbang kepada kadar peningkatan potensi berlakunya jenayah yang utama. Ruang terasing seperti kawasan tempat letak kereta yang jauh, bangunan-bangunan yang telah lama ditinggalkan, kawasan yang dikelilingi semak samun dan taman permainan lama. Acap kali menjadi ruang berlakunya gejala jenayah di kawasan perbandaran atau taman perumahan yang kecil dan jauh daripada pusat perbandaran utama. Kawasan seperti ini juga kurang mendapat perhatian akibat keadaan kawasan tersebut yang kurang mendapat pemerhatian orang ramai. Kawasan terasing seperti ini lebih cenderung kepada jenayah sosial seperti penagihan dadah dan maksiat.

Kawasan-kawasan yang gelap dan terasing ini bukan sahaja boleh mengundang jenayah, malah kemalangan seperti kemalangan kenderaan juga boleh berlaku. Berdasarkan faktor-faktor berikut, ternyata bahawa kemalangan juga boleh berlaku disebabkan keadaan kawasan yang gelap dan sunyi:a. Kawasan yang kurang diselenggaraKebiasaannya, kawasan-kawasan yang kurang menjadi tumpuan orang ramai seperti sekitar bangunan yang telah lama ditinggalkan ataupun jalan yang terlindung daripada laluan utama akan mengalami kerosakan major seperti jalan yang berlubang dan rosak dan juga ketiadaan lampu jalan atau lampu jalan yang tidak lagi digunakan. Kawasan-kawasan ini juga mempunyai kepentingan sendiri seperti berdekatan dengan kawasan kediaman atau tempat yang hendak dituju. Sebagai contoh, kawasan sekitar stesen Tanjung Malim sendiri mempunyai kepentingannya iaitu memudahkan orang ramai untuk menaiki komuter ataupun tren. Namun, keadaan kawasan jalan di sekitar stesen itu merupakan tempat yang sunyi terutama sekali pada waktu malam. Oleh itu, mereka yang mempunyai jadual waktu untuk menaiki tren pada waktu malam terpaksa melalui jalan yang sunyi dengan risiko keselamatan yang amat tinggi. b. Jalan raya yang tidak mempunyai lampu jalanPersekitaran kawasan jalan raya yang tidak mempunyai lampu jalan, atau lampu jalan yang rosak akan mengundang kadar kemalangan yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh jalan yang rosak sukar dilihat oleh pemandu terutama sekali pada waktu malam. Hanya dengan menggunakan lampu kereta sahaja tidak cukup untuk menerangi seluruh kawasan tersebut. Jalan raya yang tidak mempunyai lampu jalan ini mempunyai risiko kemalangan yang tinggi kerana kenderan-kenderaan yang lalu di kawasan tersebut sukar untuk mengesan sebarang kerosakan yang berlaku di sekitar jalan rayaKejadian jenayah yang boleh berlaku di kawasan-kawasan gelap dan sunyiAntara jenayah-jenayah yang boleh berlalu sekiranya melalui kawasan yang gelap dan sunyi adalah seperti :RogolRogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Kes jenayah seperti ini terjadi terutamanya kepada perempuan yang jalan berseorangan di tempat-tempat yang sunyi dan terlindung daripada pandangan orang ramai. Kawasan seperti ini menjadi sasaran untuk mereka melakukan jenayah tersebut. Rompak/samunJenayah rompak dan samun merupakan jenayah yang berat dan mengundang fatal (kematian). Hal ini demikian, kerana mereka yang menggunakan jalan yang sunyi dan gelap secara berseorangan ataupun kurang daripada dua orang akan berisiko untuk disamun disebabkan ketiadaan orang ramai untuk membantu. Perompak kebiasaannya akan menggunakan senjata seperti pisau atau pistol untuk melakukan rompakan. RagutJenayah ragut bukan sahaja boleh berlaku kepada kaum perempuan yang membawa beg tangan atau barangan kemas, namun boleh juga berlaku kepada kaum lelaki yang membawa beg. Ragut melibatkan penunggang motosikal, biasanya penagih dadah yang tertekan disebabkan ingin mencari wang untuk membeli dadah . Mangsa kebiasaannya menyandang beg di bahu kanan atau meletak beg tangan di dalam bakul motosikal. Peragut akan menggunakan motosikal bagi memudahkan mereka untuk melepaskan diri secepat mungkin.

CulikCulik atau penculikan bermaksud mengambil seseorang tanpa kerelaan, tanpa sebarang alasan dan musabab. Penculikan tertumpu kepada mangsa yang lemah seperti wanita dan kanak-kanak. Jenayah ini kemungkinan dilakukan untuk mendapat wang tebusan atau membalas dendam. Jenayah ini kebiasaannya dilakukan di tempat yang gelap dan sunyi dn tidak tertumpu oleh orang ramai bagi memudahkan proses penculikan.

Kemalangan yang boleh berlaku di kawasan yang gelap dan sunyiKenderaan seperti kereta, lori dan motosikal kerapkali menghadapi kemalangan yang boleh menyebabkan kematian akibat kecederaan parah yang dialami oleh mangsa. Ketiadaan lampu jalan menyukarkan pemandu untuk melihat keadaan jalan raya. Selain kerosakan jalan raya, ketiadaan lampu jalan juga mendatangkan risiko kemalangan yang disebabkan oleh binatang-binatang liar yang lalu di kawasan tersebut.Sebagai contoh, menurut Sinar Harian Online, kejadian yang berlaku di Kuala Rompin di sepanjang Jalan Kuantan-Seremban sering berlaku kemalangan akibat ketiadaan lampu jalan raya. Penduduk di kawasan tersebut telah menggelar jlan tersebut sebgai laluan maut. Penduduk tempatan mendesak supaya kerajaan menyalurkn peruntukan tambahan untuk memasang lampu di sepanjang jalan tersebut. Pemasangan lampu di sepanjang jalan yang sentiasa dilalui oleh kenderaan dapat mengurangkan kadar kemalangan di kawasan terbabit. Menurutnya, beberapa hari sebelumnya , Sinar Harian melaporkan dua kenderaan remuk selepas merempuh seekor babi hutan di jalan tersebut.Ketiadaan lampu jalan menyukarkan pengguna menghadapi kes kecemasan seperti kerosakan kenderan yang bimbng untuk berhenti memandangkan kawasan itu gelap dan sunyi.Oleh itu, ternyata bahawa lampu jalan amat penting bukan saja untuk mengurangkan risiko kemalangan, malah mampu memastikan keselamatan pengguna terutama jika berlaku sebarang kes kecemasan.